You are on page 1of 25

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA,103, JALAN TEMPLER

46700 PETALING JAYA,


SELANGOR DARUL EHSAN

Tajuk: PERUNDANGAN ISLAM

Disediakan untuk:

ENCIK MOHD HASRIL BIN AHMAD

Ahli kumpulan :

MOHD FAIZOL BIN HASAN


FATIN HAFIZAH BINTI MOHAMMAD SUKRI
HAMSYINUR BINTI YUSOF
NORZIYANA BINTI ABDUL RAHMAN
ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA M/S


1. BIODATA AHLI i-ii
2. SEKAPUR SIREH 1
3. PENGENALAN PERUNDANGAN ISLAM 2
4. KEISTIMEWAAN PERUNDANGAN ISLAM 3-7
5. SUMBER-SUMBER PERUNDANGAN ISLAM 8-15
6. MATLAMATPERUNDANGAN ISLAM 16-18
7. KESIMPULAN 19
8. BIBILIOGRAFI 20

AHLI KUMPULAN
BIL. NAMA I/C NO MATRIKS
1. MOHD FAIZOL BIN HASAN 870121-10-5791 D0008060012F
2. FATIN HAFIZAH BINTI 900126-14-5752 D0008060055F
MOHAMMAD SUKRI
3. HAMSYINUR BINTI YUSOF 900825-05-5078 D0008070088F
4. NORZIYANA BINTI ABDUL 900420-01-6376 D0008060030F
RAHMAN

i
BIODATA AHLI
MOHD FAIZOL BIN HASAN ialah pelajar Maktab
Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya. Berasal dari
Raub, Pahang. Mendapat pendidikan menengah di
Sekolah Menengah Kebangsaan Dong. Pernah
menjawat jawatan Warden di Resorts World Bhd.

FATIN HAFIZAH BINTI MOHAMMAD SUKRI ialah


pelajar Maktab Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya.
Mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan
Seksyen 20, SAMT Kuala Kubu Bharu dan SMK TTDI
JAYA, Shah Alam. Berasal dari Shah Alam, Selangor.

HAMSYINUR BINTI YUSOF ialah pelajar Maktab


Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya. Berasal dari
Rembau, Negeri Sembilan. Mendapat pendidikan dari
Sekolah Kebangsaan Kg.Tanjung, Sekolah Menengah
Kebangsaan Dato’ Undang Haji Adnan, dan Sekolah
Menengah Teknik (ERT) Dato’ Undang Haji Sharif.

NORZIYANA BINTI ABDUL RAHMAN ialah pelajar


Maktab Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya. Berasal
dari Rembau, Negeri Sembilan. Mendapat pendidikan
dari Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin,
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Undang Haji
Adnan.

ii

SEKAPUR SIREH
ِ‫حمَنِ الرّحِيم‬
ْ ّ‫سمِ الِّ الر‬
ْ ِ‫ب‬

Dengan menyebut nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha


mengasihani, kami memanjatkan kesyukuran ke atas hadrat dan kurniaan-Nya
yang tidak ternilai memberi kami peluang untuk meneruskan perjalanan yang
penuh cabaran sehingga detik ini. Selawat dan salam ke atas junjungan beasr
Rasulullah S.A.W. Akhirnya, pada 20 Ogos 2008 dengan izin-Nya buku skrap
yang bertajuk “Perundangan Islam” telah siap dihasilkan.
Pertama sekali, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga kepada pansyarah kami yang tidak putus-putus memberi sokongan
dan dorongan kepada kami iaitu Encik Hasril Bin Ahmad, selaku pensyarah
Tamadun Islam Semester 1 bagi tahun 2008. Syukran jazilan!!!
Seterusnya, kepada seluruh ahli kumpulan; ijoy, fieza, anor dan nozie
yang telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam menjayakan tugasan
yang telah diberikan ini. Nampaknya segala usaha dan jerih perih sepanjang
pembikinan tugasan ini akhirnya telah membuahkan hasil yang memuaskan.
Hanya ALLAH yang dapat membalas jasa-jasa kalian… jazakumullah khaira!!!
Tidak lupa juga kepada Perpustakaan Maktab Kerjasama Malaysia yang
telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada kami khususnya dalam
pencarian bahan-bahan ilmiah yang sangat berguna dalam menyiapkan tugasan
yang telah diberikan.
Akhir kalam, semoga kalian memperoleh 1001 pengetahuan tentang
perundangan Islam. Sekian…wassalam 

1
PENGENALAN PERUNDANGAN ISLAM
Perundangan Islam dari segi bahasa bererti jalan yang lurus.
Manakala dari segi istilah perundangan islam bermaksud hukum- hukum yang
telah ditetapkan oleh Allah S.W.T kepada manusia yang merangkumi aspek
politik, sosial, akidah ( tauhid Allah S.W.T), ibadah ( solat, zakat, puasa, haji dan
ekonomi), syariah, makanan dan minuman, dan akhlak yang perlu diyakini dan
dipatuhi untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Perundangan dibahagikan kepada dua iaitu perundangan yang


disyariatkan oleh Allah S.W.T dalam Al-Quran dan Al-Sunnah serta perundangan
yang dicipta oleh manusia. Sungguhpun begitu, perundangan yang dicipta oleh
manusia tidak menyentuh hal-hal keagamaan dan menyentuh hal-hal
keagamaan melalui ijtihad sahabat serta ahli fikah yang berasaskan kepada Al-
Quran dan Al-Sunnah.

KEISTIMEWAAN PERUNDANGAN ISLAM


1. Ciptaan Allah S.W.T

Syariat Islam diturunkan oleh Allah S.W.T ke atas Nabi Muhammad S.A.W
dalam bentuk lafaz; Al-Quran dan juga makna tanpa lafaz; Sunnah. Ini jelas
bertentangan dengan undang-undang yang dicipta oleh manusia kerana ia
bersumberkan dari akal fikiran manusia semata-mata, manakala sistem
perundangan Islam bersumberkan dari pencipta segala manusia. Maka di sini,
kita boleh dapati bahawa syariat islam terhindar dari segala kekurangan dalam
bentuk ianya didasari oleh hawa nafsu dan sebagainya.

Sedangkan undang-undang ciptaan manusia sering mempunyai


kekurangan dan kelemahan lantaran dari kejahilan dan kekurangan yang ada
pada diri manusia. Sebagai contoh , di dalam Syariat Islam, terdapat satu prinsip
yang utama, iaitu 'persamaan' dikalangan manusia. Apabila seseorang itu
memeluk Islam, tidak ada padanya sebarang kelebihan ataupun kekurangan
pada dirinya jika dibandingkan dengan muslim yang lain, kecuali pada taqwa.
Seorang muslim yang berkulit putih sama sahaja kedudukannya di sisi Allah
dengan muslim yang berkulit hitam. Begitu juga perbandingan-perbandingan
yang lain dan dari sudut-sudut yang berbeza, seperti rupa paras, harta kekayaan
dan lain-lain lagi.

Sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah di dalam surah Al-Hujurat (13) :

" Hai manusia ! sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari laki-laki dan
perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa , supaya kamu
berkenal-kenalan . Sesungguhnya orang yang termulia di kalangan kamu di
sisi Allah ialah orang yang lebih bertaqwa. "

3
Prinsip ini telah didatangkan kepada Islam di dalam keadaan umat Arab
pada ketika dahulu yang mementingkan semangat asabiyyah ataupun kepuakan
dikalangan mereka. Maka Islam datang dengan membawa satu angin perubahan
yang boleh diterima oleh semua masyarakat , iaitu satu bentuk prinsip keadilan
di dalam bermasyarakat, iaitu prinsip persamaan antara individu.

2. Lengkap dan sesuai

Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna. Oleh itu, Islam
menyediakan perundangan yang lengkap dan sesuai kepada manusia.
Peraturan yang disediakan itu meliputi aspek sosial, kebudayaan, pendidikan,
ekonomi, politik, pentadbiran, pemerintahan, ketenteraan dan hubungan
antarabangsa. Perundangan Islam juga sentiasa berkembang sesuai dengan
perkembangan hidup manusia seperti ibadat haji hanya diwajibkan ke atas orang
yang mampu sahaja.

3. Hukuman yang adil

Perundangan Islam ditegakkan untuk memutuskan sesuatu hukuman itu


secara adil dan saksama. Keadilan dalam islam bersifat menyeluruh dan tidak
terbatas, yang mana ia perlu ditegakkan walaupun terhadap diri sendiri dan
kaum keluarga. Sebagai contoh, Rasulullah S.A.W telah menolak diringankan
hukuman potong tangan ke atas Fatiman bt al-Aswah seorang bangsawan
daripada Bani Makhzum yang telah mencuri.

4
4. Kekal hingga Hari Akhirat

Perundangan Islam yang diturunkan oleh Allah S.W.T bersifat tetap dan
kekal selama-lamanya hingga ke hari akhirat. Contohnya ibadat haji wajib
dilaksanakan di Makkah. Kewajipan ini tidak berubah sejak zaman Rasulullah
S.A.W hingga ke hari akhirat. Ia juga terpelihara daripada diubah dan dipinda
bahkan ia tetap asli dan unggul sebagai perundangan Allah S.W.T.

5. Mendidik jiwa manusia

Jiwa manusia perlu didik supaya mereka berakhlak dengan akhlak yang
murni. Salah satu cara untuk mendidik jiwa manusia ialah dengan mematuhi
perundangan Islam iaitu mentaati segala perintah Allah S.W.T yang terkandung
dalam perundangan Islam. Perundangan Islam juga mendidik jiwa manusia
dengan menyediakan hukuman kepada orang yang melakukan kesalahan.
Setelah dihukum, mereka akan bertaubat dan menyesal, seterusnya menjadi
seorang yang taat kepada Allah S.W.T.

6. Memelihara keselamatan masyarakat dan Negara

Perundangan Islam diturunkan untuk memelihara keselamatan


masyarakat dan Negara daripada perbuatan jenayah dan kerosokan. Justeru itu,
perundangan Islam mengenakan hukuman yang tegas terhadap perbuatan
jenayah seperti mencuri, menfitnah, rasuah, pecah amanah, dan sebagainya.

5
7. Hukuman bersifat memberikan pengajaran

Dalam perundangan Islam, hukuman yang dilaksanakan bertujuan untuk


memberi pengajaran kepada penjenayah dan orang ramai supaya tidak
melakukan jenayah yang sama. Sebab itu hukuman dalam perundangan islam
dilaksanakan di khalyak ramai. Contohnya hukuman sebat atau rejam ke atas
penzina.

8. Hukum Syariah memberi kehebatan dan penghormatan kepada


manusia

Setiap manusia , tidak kira ia dari kalangan yang memerintah ataupun


yang diperintah , akan merasai suatu bentuk kehebatan dan juga suatu bentuk
penghormatan terhadap dirinya apabila ia menghayati dengan sebenar-benarnya
syariat Islam serta maqasid/kehendak syariat itu sendiri. Ciri-ciri ini wujud hasil
daripada ianya bersumberkan dari pencipta segala makhluk, iaitu Allah S.W.T.

Manakala, kanun undang-undang ciptaan manusia tidak pernah


menyamai syariat Islam dari sudut ini. Tiada baginya suatu bentuk kekuatan dan
kekuasaan pada dirinya untuk membuatkan dia benar-benar taat kepada
perintah undang-undang ciptaan manusia ini. Kerana sesungguhnya, manusia
akan cuba mencari jalan untuk mengelak daripada undang-undang sebegini dan
akan cuba mencari jalan untuk menghindarkan dirinya dari dikongkong dan
dikuasai oleh undang-undang ciptaan manusia ini. Sebagai contoh, undang-
undang jalan raya adalah undang-undang yang dicipta oleh manusia.
Disebabkan tiadanya roh syariat Islam dari sudut perundangan Ta'zir di dalam
kanun undang-undang Islam, maka undang-undang jalanraya ini sentiasa
dilanggar oleh manusia apabila ia mempunyai kesempatan dan peluang .

6
Dr. Abd . Karim Zaidan telah memberikan satu permisalan berkaitan di
dalam ciri-ciri syariat Islam ini. Sebagai misalannya , orang-orang Arab di zaman
jahiliyyah mempunyai kegemaran meminum arak . Bagi mereka, arak adalah
suatu bentuk minuman asasi dan ianya telah menjadi suatu adat yang telah
dipusakai sejak turun temurun. Apabila syariat Islam diturunkan, pertamanya
Allah menyebut tentang dosa arak lebih besar daripada manfaatnya. Kemudian
Allah mengajar mereka dengan menurunkan wahyu melarang perbuatan
meminum arak ketika hendak mengerjakan solat . Dan akhirnya Allah terus
melarang umat Islam pada ketika itu dan hinggalah ke hari kiamat , perbuatan
meminum arak dengan turunnya ayat Al-Quran : "Wahai orang-orang yang
beriman ! Sesungguhnya arak , berjudi , menyembah berhala dan bertenung
nasib adalah perbuatan keji , ia adalah dari amalan syaitan . maka jauhilah ia
mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan " (Surah Al-Maidah 90)

Maka di sini Allah telah menggunakan kalimat "Fajtanibuuh" (Maka kamu


hindarilah ia) . Ini adalah satu bentuk interpretasi yang Allah tunjukkan untuk
membuktikan bahawa ini adalah satu bentuk penghormatan dan kehebatan yang
dianugerahkan kepada manusia yang mana tidak akan kedapatan sebarang ayat
arahan yang memberi maksud sepertimana ayat tadi di dalam kanun undang-
undang ciptaan manusia. Inilah serba ringkas apa yang disebutkan sebagai
kehebatan dan penghormatan yang Allah berikan kepada manusia di dalam
memberi perintah di dalam pelaksanaan syariatnya.

7
SUMBER PERUNDANGAN ISLAM

SUMBER ASLI

1. Al-Quran ‫القرأن‬

Al-Quran ialah kalam Allah S.W.T yang diturunkan sebagai mukjizat


kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui Jibril A.S yang merakamkan segala
kehendak Allah S.W.T ke atas manusia dalam perkara akidah, syarak dan
akhlak serta perkara yang berhubung dengan perundangan Islam. Al-Quran
menjadi sumber pertama perundangan islam. Menurut kajian, terdapat lebih
kurang 330 ayat Al-Quran daripada 6,666 ayat yang terdapat dalam Al-Quran
yang menyentuh perundangan. Antaranya 140 ayat menyentuh ibadah dan
taharah (bersuci secara fizikal dan spiritual); 70 ayat menyentuh hukum
kekeluargaan; 70 ayat menyentuh hukum muamalah (urusan dan jual beli); 30
ayat menyentuh hukum jenayah dan 20 ayat menyentuh kehakiman. Selain itu,
Al-Quran hanya menggariskan secara umum konsep, prinsip, dasar, cirri dan
ruang lingkup kehakiman islam dari sekecil-kecil hinggalah kepada sebesar-
besarnya. Misalnya Al-Quran menggariskan prinsip umum sesuatu hukuman
seperti hukuman potong tangan kepada pencuri.

8
2. Al-Hadis ‫الحديث‬

Al-Hadis ialah segala yang disandarkan kepada Rasulullah S.A.W


sama ada dalam bentuk kata-kata, perbuatan atau pengakuan serta
kejadian, akhlak dan riwayat hidup baginda, sebelum dan sesudah baginda
dilantik menjadi Rasul. Ia diriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W oleh para
sahabat, Tabi’in dan seterusnya sehingga ditulis oleh ulamak Hadis. Hadis
menjadi sumber kedua dalam perundangan Islam. Malah umat Islam berijmak
(bersepakat) bahawa al-hadis menjadi sumber hukum syariah sebagaimana
firman Allah S.W.T menerusi ayat 7 dalam Surah al-Hasyr yang bermaksud:

“……Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah ia, dan apa yang
ditegahnya maka tinggalkan ia”.

Oleh kerana Al-Quran hanya menggariskan secara umum, kasar dan teori sahaja
perkara yang berkaitan dengan kehakiman dan perundangan Islam maka hadis
yang bertanggungjawab memperincikan ajaran Al-Quran dalam bentuk amali.
Tanpa hadis perundangan Islam amat sukar dilaksanakan. Contohnya Rasulullah
S.A.W menjelaskan maksud tangan yang akan dipotong bagi mencuri ialah
pergelangan tangan kanan.

Namun terdapat beberapa perkara al-sunnah yang bukan menjadi hukum


kepada umat islam, iaitu perkara-perkara yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W
sebagaI seorang insan seperti bangun, duduk, tidur, dan makan; kecuali baginda
memerintahkannya, perkara-perkara duniawi yang diperoleh dari pengalaman
baginda sendiri, dari segi pertanian, perniagaan, peperangan, dan sebagainya,
serta perkara-perkara yang khusus bagi baginda sahaja seperti puasa tanpa
buka, wajib bertahajjud dan lain-lain.

9
SUMBER- SUMBER SEKUNDER

1. Ijmak ‫الجماع‬

Ijmak dari segi bahasa ialah sepakat. Dari segi istilah pula
bermaksud persetujuan antara ulama Islam daripada umat Muhammad
S.A.W mengenai hukum syarak pada suatu masa selepas kewafatan
Rasulullah S.A.W. Ijmak merupakan hasil ijtihad majoriti ulama di dalam sesuatu
hal yang tidak jelas nasnya sama ada di dalam Al-Quran atau hadis. Apabila
suatu fatwa itu dipersetujui oleh majoriti ulama yang muktabar, maka ia diterima
sebagai ijmak. Contohnya semua ulama bersepakat mengatakan bahawa orang-
orang yang telah sabit kesalahan qazaf (menuduh zina) tidak boleh diterima
kesaksiannya selagi tidak bertaubat kerana ia telah melakukan maksiat yang
menyebabkan hiang sifat adil yang menjadi syarat menjadi saksi. Ijmak menjadi
perundangan Islam selepas Al-Quran dan hadis.

Terdapat dua jenis ijmak, iaitu ijmak sarikh dan ijmak sukuti. Ijmak sarikh
berlaku apabila semua mujtahid memberi persetujuan mereka. Manakala ijmak
sukuti berlaku apabila sebahagian sahaja yang menyatakan persetujuan
sedangkan yang lain diam dan tidak membantah.

10
2. Qias ‫القياس‬

Qias dari segi bahasa ialah ukuran atau anggaran. Manakala dari
segi istilah pula bermaksud menghubungkan sesuatu peristiwa atau
masalah yang tidak ada nas untuk menentukan hukumannya dihubungkan
dengan sesuatu perkara yang ditentukan hukumannya oleh nas, sebab
kedua-dua peristiwa itu mempunyai illah (sebab dan musabab) yang sama.

Contohnya pengharaman dadah dan semua benda mabuk diqiaskan


pengharaman dengan arak yang telah ditentukan hukumannya oleh nas kerana
mempunyai illah yang sama iaitu memabukkan. Qias menjadi sumber
perundangan islam yang keempat dan digolongkan ke dalam sumber yang
disepakati oleh ulama dan yang tidak dipertikaikan.

3. Al-istihsan ‫الستحسان‬

Istihsan dalam bahasa Arab memberi erti membilang atau


menganggap sesuatu itu baik, sedangkan Istihan dari segi istilah ulama
ialah seorang mujtahid berpaling dari mengamalkan kehendak qiyas jaliy
(yang nyata) kepada mengamalkan qiyas khafiy (yang tersembunyi), atau
berpaling dari mengamalkan hukum kulliy kepada hukum istithnaiy
(pengecualian), atau mengecualikan masalah juziyyah daripada asal kulliy
atau prinsip umum kerana terdapat dalil yang menuntut supaya
dipalingkan.

11
4. Al-Masalih al-Mursalah ‫المرسله المصالح‬

Al-Masalih al-Mursalah itu ialah maslahah-maslahah yang mana


Syara’ tidak membina hukum-hakam bagi memperolehinya dan tidak ada
dalil tertentu yang menunjukkan ia diambil kira atau dibatalkan.

Terdapat sebahagian ulama menamakan dalil ini al-Istislah yang


bermaksud beramal dengan maslahah. Apakah boleh diwujudkan hukum untuk
mendapatkan maslahah seperti ini ? Para jumhur ulama menjawab pasti boleh.
Maka setiap persoalan yang tidak ada Nas, Ijma’, Qiyas dan Istihsan tetapi ada
padanya maslahah dan kebaikan kepada manusia, nescaya haruslah bagi
mujtahid mewujudkan hukum yang bersesuaian bagi memastikan maslahah itu
tercapai.

Contoh hukum-hukum yang dibina berasaskan maslahah antara lain ialah


mengumpulkan al-Quran dalam satu Mushaf oleh Abu bakar, membentuk
jabatan-jabatan kerajaan oleh ‘Umar, mewujudkan penjara, mengenakan hukum
Qisas ke atas satu kumpulan yang membunuh seorang sahaja, mewajibkan
tukang membayar ganti rugi sesuatu barang yang rosak ditangannya, diharuskan
mengambil cukai dari orang kaya selain dari zakat apabila kepentingan negara
memerlukannya bagi membangun kekuatan ketenteraan atau membina
keperluan-keperluan dan kemudahan asas.

12
5. Al-Urf ‫العرف‬

‘Urf dalam bahasa Arab bererti ma’rifah (mengetahui atau


pengetahuan) kemudian digunakan dengan pengertian sesuatu yang
ma’ruf dan kebiasaan yang dianggap baik serta dapat diterima oleh akal
fikiran yang sejahtera.

Sementara ‘urf menurut istilah ialah adat majoriti sesuatu kaum dari
segi perkataan, pengucapan atau amalan. Dan ditakrifkan juga sebagai
amalan yang biasa dilakukan oleh manusia dan dihayati dalam urusan
kehidupan dan mu’amalat mereka, sama ada perkataan atau perbuatan atau
meninggalkannya. Dinamakan juga dengan ’adat menurut kebanyakkan para
ulama. Tetapi sebahagian ulama menjadikan adat itu perkara yang berulang-
ulang, dan lebih umum dari ‘urf. Maka setiap ‘urf itu adat dan tidak setiap adat itu
‘urf.

Sebahagian ulama lain pula berpendapat ‘urf itu lebih umum. Walau
bagaimana pun pendapat yang menjadi pilihan kita ialah ‘urf dan adat sama
sahaja, kedua-duanya adalah nama kepada sesuatu yang telah menjadi
kebiasaan oleh manusia dan dihayatinya dalam kehidupan mereka.

13
6. Mazhab Sahabi

Sahabi atau sahabat mengikut pengertian ulama Usul al-Fiqh ialah


mereka yang bertemu dengan Nabi s.a.w. dan beriman dengannya,
bersahabat dengannya dalam tempoh masa yang agak panjang dan
mengambil ilmu darinya sehingga wajar dikatakan dia sebagai sahabat atau
teman rapat dari segi ‘urfnya seperti Khulafa’ al-Rasyidin, Ibnu ‘Abbas,
‘Aisyah dan lain-lain lagi. Sahabi menurut istilah Muhaddithin ialah mereka
yang berjumpa dengan Nabi s.a.w. dalam keadaan Islam dan mati dalam
agama Islam.

Manakala Mazhab Sahabi pula ialah perkataan yang dinukilkan kepada


kita dan sabit di sisi kita dari seseorang Sahabat dalam bentuk fatwa atau
keputusan penghakiman dalam apa jua masalah Syara’ yang tidak terdapat nas
dan tidak berlaku Ijma’.

7. Al-istishab ‫الستصحاب‬

Al-Istishab dari segi bahasa bererti saling bersahabat (al-


Musahabah) atau mengekalkan persahabatan. Adapun al-Istishab dari segi
istilah ulama’ Usuliyyin memberi erti menghukum dengan kekalnya sesuatu di
atas keadaannya yang dahulu sehingga tertegak dalil yang menunjukkan di atas
perubahannya atau dikekalkan hukum yang telah sabit pada masa yang lalu
sehinggalah didapati dalil yang menunjukkan berubahnya hukum itu. Apabila
ditanya seorang mujtahid tentang hukum sesuatu kontrak atau tindakan, dan dia
tidak mendapati mana-mana nas dalam Al-Quran atau al-Sunnah dan dalil Syara’
lain berkenaan hukum kontrak itu, nescaya dia akan menghukum harus kontrak
atau tindakan itu berdasarkan kaedah “Asal pada beberapa perkara adalah
harus”.

14
Itulah keadaan yang Allah ciptakannya semua yang terdapat di muka bumi
ini, maka sesuatu yang tidak terdapat dalil di atas perubahannya nescaya
hendaklah dikekalkan atas keharusannya yang asal. Demikian juga apabila
ditanya mujtahid tentang hukum haiwan atau tumbuhan atau apa-apa makanan,
minuman atau pekerjaan dan tidak menemui dalil Syara’ bagi hukum itu, nescaya
dia hukumkan dengan harus, kerana harus itu adalah yang asal dan tidak ada
dalil atas perubahannya.

8. Syar’u man Qablana

Syar’u man Qablana bermaksud hukum-hukum yang disyara’kan


Allah kepada umat sebelum kita dan diturunkannya kepada Nabi-nabi dan
Rasul-rasul yang terdahulu bagi disampaikan kepada umat-umat tersebut.
Apabila al-Quran atau Sunnah Sahihah menceritakan mana-mana hukum Syara’
yang telah disyara’kan kepada umat-umat yang terdahulu melalui rasul-rasul
mereka dan dinaskan bahawa ia juga difardhukan ke atas kita sepertimana
difardhukan ke atas mereka, maka tidak berlaku khilaf bahawa ia juga Syari’at
kita dan undang-undang yang wajib diikuti kerana Syari’at kita turut
memperakukannya untuk kita.

Seperti firman Allah :-

Wahai orang-orang yang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa


sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,
supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah : 183)

15
MATLAMAT PERUNDANGAN ISLAM

Pelaksanaan perundangan Islam di dalam sesebuah negara adalah


sangat penting kerana dengan pelaksanaan tersebut dapat mengekalkan
keharmonian hidup yang amat diperlukan manusia.Islam mensyariatkan
perundangan ini adalah untuk menjaga beberapa perkara yang merupakan
keperluan asas bagi manusia, antaranya ialah:

(I). Untuk memelihara agama

Islam agama yang dicipta dan diturunkan oleh Allah S.W.T kepada manusia
untuk menjamin keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Oleh itu Islam memerintahkan umatnya supaya mempertahankan agama ini
darioada dicemari dana dicerobohi oleh musuh. Cara-cara perundangan Islam
memelihara agama ialah dengan mengambil tindakan tegas terhadap golongan
yang menyeleweng daripada ajaran Islam seperti riddah, khurafat, dan ajaran
sesat. Selain itu, Islam mengharamkan riddah (murtad) dan mewajibkan
hukuman mati ke atas sesiapa yang murtad di samping memberi kebebasan
beragama kepada non-muslim kerana tiada paksaan di dalam beragama.

(II). Untuk menjaga nyawa

Nyawa manusia adalah anugerah Allah S.W.T yang sangat bernilai dan
berharga kerana tanpa nyawa, manusia akan mati. Justeru itu, islam menjamin
memelihara nyawa manusia daripada diceroboh atau dibunuh dan memastikan
tiada unsur-unsur yang boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain. Islam
telah mengharamkan pembunuhan serta menetapkan hukuman qisas ataupun
diyat atau Irsy terhadap sesiapa yang melakukan kesalahan bunuh dan yang
berkaitan dengannya. 16
(III). Untuk menjaga akal

Kesempurnaan seseorang manusia terletak pada akalnya. Melalui akallah


manusia boleh mengkaji segala ciptaan Allah S.W.T yang ada di alam ini dan
berfikir untuk menggunakan segala sumber-sumber yang ada untuk
memakmurkannya. Akal juga digunakan untuk mempelajari segala bidang ilmu
pengetahuan untuk kebahagiaan hidup manusia. Islam mengharamkan arak
serta setiap yang memabukkan dan telah menetapkan hukuman kepada
peminum arak iaitu dikenakan sebatan sebanyak 80 sebatan.

(Iv). Untuk menjaga keturunan

Manusia adalah makhluk Allah S.W.T yang paling mulia jika dibandingkan
dengan makhluk-makhluk yang lain. Namun kemuliaan itu bergantung kepada
pembentukan keluarga yang sempurna iaitu keturunan nasab yang jelas dan
diketahui asal usulnya. Justeru itu, manusia hendaklah menjaga keturunannya
daripada dicemari oleh perbuatan-perbuatan yang boleh merosakkan kesucian
keturunan. Oleh hal yang demikianlah Islam telah mengharamkan perbuatan
zina. Sesiapa yang didapati bersalah, Allah S.W.T telah menetapkan hukuman
rejam sampai mati bagi sesiapa yang sudah berkahwin dan 100 kali sebatan
kepada mereka yang masih bujang. Perundangan Islam juga telah
mensyariatkan perkahwinan untuk melahirkan keturunan yang sempurna dan
mulia.

17
(V). Untuk menjaga maruah

Maruah seseorang manusia bergantung kepada ketinggian akhlak dan budi


pekertinya. Akhlak yang mulia membentuk keperibadian yang tinggi dan budi
pekerti yang terpuji membentuk sahsiah yang mulia. Seterusnya, mereka akan
mendapat penghormatan daripada masyarakat. Oleh kerana kehormatan diri
sangat penting kepada manusia, perundangan Islam telah menetapkan
beberapa cara untuk memelihara kehormatan dan maruah diri, iaitu Islam
mengharamkan qazaf (menuduh tanpa bukti). Hukuman kepada pesalah qazaf
iaitu sebatan sebanyak 80 kali. Selain itu, Islam juga menyuruh umat Islam
menjaga batas-batas pergaulan, percakapan dan tingkah laku.

(VI). Untuk memelihara harta

Memelihara harta ialah mengakui hak milik seseorang individu terhadap


harta yang dimilikinya secara halal. Islam telah mengharamkan kegiatan sariqah
(pencurian) serta hirabah (rompakan) dengan cara yang tidak sah. Justeru itu,
perundangan Islam telah mengaturkan peraturan- peraturan yang memelihara
harta, iaitu mengenakan hukuman yang tegas terhadap sesiapa yang mencuri
dan merompak. Kepada pencuri dipotong tangannya sebagai hukuman.
Manakala hukuman kepada perompak pula hendaklah dipotong tangan dan
kakinya secara bersilang (tangan kanan kaki kiri). Sekiranya rompakan itu
disertai dengan pembunuhan, maka hukuman mati hendaklah dijatuhkan
terhadap pesalah oleh mahkamah.

18
KESIMPULAN

Secara tuntasnya di sini jelaslah bahawa perundangan Islam merupakan


perundangan yang amat diperlukan oleh seluruh umat manusia di alam ini.
Tanpanya, kehidupan manusia tidak teratur, sebarang hukuman tidak akan
dijalankan ke atas mereka yang melakukan jenayah dan penganiayaan, serta
tidak wujud sebarang penghinaan bagi mereka yang lemah. Undang-undang
Islam seharusnya dilaksanakan di seluruh Negara khususnya Negara Islam
seperti Malaysia. Insya Allah dengan pelaksanaan undang-undang di Negara ini
kadar jenayah seperti merogol, merompak, mencuri dan sebagainya dapat
dikurangkan malah kemakmuran dan keharmonian Negara kita dapat terus
dikekalkan buat sepanjang zaman.
Justeru didikan sedari kecil perlu disemai agar dapat meningkatkan
kesedaran rakyat tentang kepentingan perundangan Islam. Hal ini bertepatan
dengan peribahasa “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya ”. Para ibu bapa
seharusnya mendidik anak-anak cara-cara beribadah, cara jual beli yang
sebenar mengikut syarak dan berakhlak dengan akhlak nabi-nabi yang
terdahulu. Melalui didikan sejak kecil diharapkan anak-anak yang bakal
menggantikan tampuk pimpinan pada masa hadapan dapat mentadbir melalui
tauladan seterusnya mentadbir Negara dengan adil, telus dan saksama tanpa
sebarang diskriminasi.
Disamping itu, pihak kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO)
seharusnya barganding bahu mempergiatkan usaha mendidik masyarakat
khususnya di Malaysia mengenai perundangan Islam dengan mengadakan
ceramah-ceramah mahupun mengedarkan risalah-risalah dengan berkesan.
Selain itu, pihak Institut Kemajuan Islam Malaysia (IKIM) juga seharusnya
menerbitkan pelbagai buku ilmiah mengenai perundangan Islam yang
diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia agar masyarakat di Malaysia dapat
maklumat yang lebih mendalam mengenai ilmu syariah. Oleh hal yang demikian,
diharapkan masyarakat di seluruh Negara boleh memahami apa itu perundangan
Islam serta kepentingan pelaksanaannya.
19
BIBILIOGRAFI

• Buku

(i) Tajuk : Institusi pentadbiran undang-undang dan kehakiman islam


Nama pengarang : Mahmud Saedon A. Othman
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur

(ii) Tajuk: Pelaksanaan syariah islam


Nama pengarang : Dr. Yusuf Al-Qardhawi
Penerbit : Maktabah al-Qardhawi

(iii) Tajuk : Tasawwur islam tingkatan 4 dan 5

Pengarang : Zulkifli Ahmad

Penerbit : Pustaka Media Jaya (2006)

(iv) Tajuk: Tamadun islam

Nama pengarang : Hj. Ahmad Fauzi Hj. Morad


Ahmad Tarmizi Talib

Penerbit : Universiti Putra Malaysia 1997

• Internet

(i) http://www.geocities.com/CollegePark/Campus/8690/artikel/siasah2
.htm
(ii) http://www.unitagamakmb.com/syariah_islam.htm

20

You might also like