You are on page 1of 40

INTERAKSI SOSIAL DALAM

MASYARAKAT

STATUS PERANAN
DAN
KONFLIK PERANAN
 Setiap individu memerlukan hubungan
dengan orang lain untuk mendapat kasih
sayang, penghargaan,perhatian,berkongsi
masalah dan sebagainya.
 Hubungan yang wujud daripada interaksi
yang berkesan membolehkan individu
mempunyai keyakinan diri dan juga
bermotivasi untuk melakukan sesuatu
perkara.
 Pelbagai bentuk hubungan boleh wujud antaranya
hubungan berbentuk kekeluargaan, pasangan, rakan
sebaya, rakan sekerja dan hubungan dengan
individu lain.
 Interaksi sosial dapat diertikan sebagai hubungan-
hubungan sosial yang dinamis. Merupakan
hubungan antara individu dengan individu, antara
kelompok dengan kelompok dan antara kelompok
dengan individu.
 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM),
2006.
Hubungan Ya (%) Tidak (%)
Ikatan kekeluargaan yang erat 92.9 7.1
Menceritakan masalah
kepada keluarga 82.9 17.1
Berhati memberitahu
sesuatu kepada keluarga 84.2 15.8
Mengetahui perasaan
ahli keluarga 85.2 14.8
Elakkan konflik dalam
keluarga 90.0 10.0
ELEMEN STRUKTUR SOSIAL

Interaksi sosial berkait rapat dengan elemen-


elemen struktur sosial berikut:
 Status
 Peranan sosial
 Kumpulan sosial
 Institusi sosial
 Kerajaan
1. Status
Apa dia status?
Kamus Dewan – Taraf atau kedudukan (negara
atau orang dll)
 Dalam perbualan seharian, kita menggunakan
perkataan ‘status’ untuk merujuk kepada tahap
kedudukan seseorang daripada aspek
kemewahan, pengaruh dan martabatnya.
 Bagi ahli sosiologi, Status seseorang dimaksudkan
sebagai kedudukan seseorang dalam kumpulan atau
masyarakatnya, seperti ibu, datuk bandar, rakan,
penghulu,pegawai daerah,wanita dan pengetua.
Semua ini adalah status seseorang dalam
masyarakat.
 Semua manusia memegang beberapa status pada
satu masa. Anda boleh jadi seorang anak, pekerja,
kekasih dan pelajar.
 Ahli sosiologi menggunakan istilah ‘set status’ untuk
merujuk kepada semua status atau kedudukan yang
kita pegang.
 Sekiranya status anda berubah maka set status
anda juga akan berubah.
 Contohnya, sekiranya anda sudah lulus daripada
universiti dan memegang jawatan tetap, berkahwin,
membeli sebuah rumah, ada anak dan sebagainya
maka set status anda akan berubah untuk
memasukkan kedudukan anda sebagai pekerja,
suami/isteri/suri rumah, dan ibu/bapa.
 Seseorang akan menghadapi kekangan
untuk mendapatkan sesuatu status. Misalnya
tidak semua orang boleh jadi Perdana
Menteri,angkasawan,guru,
penyanyi atau pelakon dll.
Bagaimana kita memperolehi sesuatu
status?
Jenis-Jenis Status

(a) Status Yang Diwarisi (ascribed status)


 Keturunan – Kerabat diraja/Tengku,
pembesar,syed,Wan,Nik,Long
Bangsa,Agama,Latar belakang
keluarga,status sosioekonomi,pemilikan
harta kekayaan,perniagaan,koperat d
(b) Status Yang Dicapai (achived status)
 Status yang kita perolehi melalui usaha dan
persaingan.
 Semua masyarakat akan memberi status
yang tinggi kepada individu yang
cemerlang (doktor, pelajar universiti,
guru,dan pemain sukan yang handal) dan
status yang rendah kepada yang gagal
(pencuri, penagih dan pembunuh).
(c) Status Utama (Master Status)
 Ada juga status yang lebih menonjol
berbanding dengan status lain yang
dinamakan sebagai status utama (master
status).
 Status ini merupakan status utama yang
individu bawa dalam dirinya semasa
berinteraksi dengan orang lain.
 Contoh status utama ialah umur yang menentukan
seseorang itu berstatus bayi,kanak-kanak,remaja
atau orang dewasa.
 Jantina juga merupakan status utama. Sama ada
dara,janda,ibu tunggal,duda,
 Perbuatan akan menentukan kesesuaian
status.Apakah status seorang perempuan berumur
85 tahun bercinta dan berkahwin dengan pemuda 25
tahun?Atau sebaliknya?
 Status sosial terbina dalam norma masyarakat dan
ia menjadi panduan kepada tingkahlaku kita. Apabila
status seseorang itu konsisten, kita akan dapat
menjangka tingkahlakunya.
 Tetapi apabila status sosialnya tidak konsisten
sebagaimana contoh yang diberi, bagaimanakah
isteri akan melayani suami berumur 25 tahun itu?
Atau sebaliknya?
Peranan Sosial
 Status mempunyai satu set peranan dan
tanggungjawab yang dinamakan sebagai
peranan.
 Peranan ini yang menentukan tingkahlaku
manusia yang dipandang sama ada sesuai
atau tidak dengan statusnya.
 Perbezaan di antara status dan peranan
ialah status diperolehi dan peranan ialah apa
yang dilakukan.
 Pelakon mengayakan peranannya menurut
skrip yang diberikan; apa yang akan
diucapkan dan dilakukan dan reaksi
penonton.
 Skrip yang dilakonkan berbeza dengan
kehidupan sebenar seseorang pelakon
 Peranan seorang doktor merawat orang
yang sakit dan seorang tukang masak
menyediakan masakan mengikut pesanan
pelanggannya.
 Semakin tinggi status seseorang, semakin
besar peranan yang dimainkan dan
diharapkan.
 Peranan juga boleh disifatkan sebagai
pembenteng dalam hidup.
 Contohnya, seorang wanita Melayu tidak
mahu memakai baju kurung dan seorang
lelaki Melayu tidak mahu memakai sampin,
tidak kira apa yang diperkatakan oleh orang
lain.
 Apabila menghadiri perkahwinan atau
kematian, mereka berdua berkemungkinan
akan mengubah pendirian mereka tentang
jenis pakaian untuk menghadiri upacara
tersebut.
Konflik Peranan
 Di mana individu tersebut melalui
pengalaman yang menyedihkan disebabkan
oleh beberapa tekanan ke atas peranannya.
 Contoh ibu tunggal yang terpaksa bekerja
untuk menyara hidup anak-anak dan pada
masa yang sama memohon bantuan
kerajaan.
 Seseorang individu terpaksa memikul dua atau lebih
peranan dan terdapat percanggahan di antara
peranan-peranan tersebut.
 Contohnya, seorang pelajar universiti yang
sederhana pencapaiannya dan miskin menerima
tawaran biasiswa atas kehebatannya sebagai
pemain bola sepak.
 Apakah konflik peranan yang akan dihadapi oleh
pelajar ini.
(a) Lakon Peranan
 Dalam kehidupan seharian kita ada
perbezaan di antara perkara yang
sepatutnya kita lakukan dan perkara yang
dilakukan.Sesuatu peranan itu adalah
tingkahlaku jangkaan yang dikaitkan dengan
status kita.
 Seseorang yang melakukan tingkahlaku
sebenar mengikut statusnya dinamakan
sebagai lakon peranan.
 Bagaimanakah sepatutnya lakon peranan
seseorang pensyarah?
- Penampilan/imej
- Percakapan
- Penyampaian dll.
(b) Set Peranan
 Satu status mungkin akan ada beberapa
peranan dan ini dikatakan sebagai set
peranan.
Apakah peranan seorang pelajar di IPG?
Apakah pula peranan seorang guru wanita?
Apakah peranan seorang Ibu?
 Definisi satu peranan bergantung kepada
kewujudan peranan lain misalnya tidak akan
wujud pensyarah tanpa pelajar universiti.
 Setiap peranan mesti ada sekurang-
kurangnya satu peranan yang perlu
diuruskan sebagai tanggungjawab kepada
peranan lain.Hak/Peranan pelajar ialah
belajar dan hak mengajar ialah pensyarah.
 Terdapat hubungan peranan yang kompleks
di mana peranan-peranan tersebut bertindih
di antara satu sama lain semasa interaksi
berlaku.
Struktur Sosial Dan Realiti Kehidupan

(a) Penyesuaian Diri


 Ahli Psikologi mendefinisikan penyesuaian
diri (adjustment) sebagai usaha individu
dalam mengatasi permasalahan,
ketegangan, kekecewaan serta konflik bagi
mencapai keharmonian,kesejahteraan dan
kedamaian antara tuntutan diri dan
persekitaran dengan melibatkan proses
mental dan fizikal.
 Penyesuaian diri perlu dalam kehidupan
berkeluarga,persahabatan, sekolah,alam
pekerjaan dan dalam masyarakat dan
persekitaran.
 Indvidu akan mengalami stres disebabkan
kegagalan mereka untuk melakukan
penyesaian diri dengan situasi yang penuh
tekanan.
 Tingkah laku manusia dapat dipandang
sebagai reaksi terhadap berbagai tuntutan
dan tekanan persekitaran tempat ia hidup
seperti cuaca dan berbagai unsur alam
lainnya.
Aspek-aspek Penyesuaian Diri
(1) Penyesuaian Peribadi
kemampuan individu untuk menerima
dirinya sendiri sehingga tercapai hubungan
yang harmonis antara dirinya dengan
lingkungan persekitarannya.
 Keberkesanan penyesuaian peribadi itu ditunjukkan
dengan tidak adanya rasa benci, lari dari kenyataan
atau tanggungjawab, kecewa,rasa cemas, rasa tidak
puas, rasa kurang senang dan keluhan terhadap
nasib yang dialaminya atau tidak percaya pada
dirinya sendiri.
 Ia menyedari sepenuhnya siapa dirinya yang
sebenar, apa kelebihan dan kekurangannya dan
mampu bertindak srcara objektif sesuai dengan
dirinya.
(2)Penyesuaian Sosial
 Setiap iindividu hidup di dalam masyarakat
di dalamnya terdapat proses saling
mempengaruhi satu sama lain silih berganti.
 Hubungan-hubungan tersebut mencakupi
hubungan dengan masyarakat di sekitar
tempat tinggalnya, keluarga, sekolah, teman
atau masyarakat keseluruhannya.
Oleh itu apa yang perlu dilakukannya?
Segregasi

 Segregasi bermaksud pemisahan atau


pengasingan kumpulan etnik dengan etnik
yang lain dalam sesebuah negara sama ada
disebabkan oleh kawasan kediaman, sistem
persekolahan, pengangkutan dan
kemudahan awam (Shamsul Amri
Baharuddin, 2007).
 Segregasi juga dimaksudkan sebagai
hubungan yang bersifat pemisahan di antara
etnik-etnik di dalam sesebuah negara.
 Kenapa wujud Segregasi ini?
- perbezaan budaya,adat,agama dan
kepercayaan.
- akibat penjajahan
- didasari oleh undang-undang spt. Dasar
Aparteid (1948-1994)
Penyamaran
 Penyamaran ialah satu kaedah atau cara
mengelak dari diperhati yang membolehkan
sesuatu hidupan atau objek yang nyata
menjadi tidak jelas dalam persekitarannya
secara perdayaan.
 Contoh: Belang harimau dan pakaian
seragam tentera moden. Teori penyamaran
meliputi pelbagai strategi yang digunakan
untuk mencapai kesan penyamaran.
Asimilasi
 Merupakan satu proses percantuman dan penyatuan
antara kumpulan Etnik yang berlainan budaya
sehingga membentuk satu kelompok dengan
kebudayaan dan identiti yang sama
 Menurut Vander Zanden: Asimilasi ialah satu proses
dalam mana kelompok-kelompok yang
berfikir,berperasaan dan bertindak secara berlainan
menjadi satu kesatuan sosial serta budaya yang
sama.
 Konsep ini diwakili dengan formula
A+B+C = A
 Contoh, Orang Melayu di Thailand,orang
Cina di Kelantan dan Melaka.
 Asimilasi berlaku tanpa melibatkan anutan
agama dan kepercayaan.
Pluralisme

 Bermaksud kepelbagaian yang terdapat dan


diamalkan di dalam budaya sesuatu
masyarakat.
 Contohnya, Pluralisme budaya dalam
masyarakat Melayu memperlihatkan ciri-ciri
budaya yang semula jadi dan diamalkan
tanpa paksaan oleh mana-mana pihak.
 Akibat interaksi pelbagai budaya telah
melahirkan satu fenomena baru dalam Alam
Melayu yang disebut sebagai Kepluralitian
Budaya.
 Contohnya, pengaruh budaya Arab Islam,
Hinduisme,Buddhisme dan barat spt.
Portugis,Belanda dan British.
Nyatakan apakah budaya luar itu yang
diterima dan diamalkan dalam msykt Melayu.
Masyarakat Pluralistik
 Kepelbagaian Masyarakat yang
mengamalkan pelbagai budaya di sesuatu
tempat.
 Pola masyarakat Tanah Melayu sebelum
kedatangan orang Eropah.
- Berdagang
- Menetap
- Berkahwin
- Mengamalkan budaya masyarakat
tempatan (budaya Melayu).
- Budaya mereka juga diterima oleh
masyarakat tempatan.
- Adat bersanding,berinai, bunga manggar
dan bunga telur adalah diambil dari budaya
India.

You might also like