You are on page 1of 24

SULIT* STPM

MEI 2010
940/2

JABATAN PELAJARAN SABAH


(SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK)

SEJARAH
KERTAS 2

(SEJARAH MALAYSIA, ASIA TENGGARA,


ASIA SELATAN, DAN ASIA TIMUR, 1800-1963)
( Tiga jam)

EXCEL MEI 2010


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
( MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE )

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN

Jawab empat soalan sahaja: dua soalan daripada bahagian A dan dua soalan
daripada Bahagian B.

Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda [ ].


______________________________________________________________________
Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak.
© Sektor Pengurusan Akademik, JPN SABAH

STPM 940/2 [Lihat Sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga kertas soalan ini tamat SULIT*
BAHAGIAN A

1. .Huraikan kedudukan dan peranan raja sebelum kedatangan kuasa Barat di Tanah
Melayu . [25]
2. Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada pembentukan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu pada tahun 1896. [25]
3. Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi perusahaan getah di Negeri-negeri Melayu
pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. [25]
4. Bincangkan peranan kesusasteraan dan akhbar dalam kebangkitan gerakan
nasionalisme Melayu. [25]
5. Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan reaksi penduduk Tanah
Melayu terhadap penubuhannya. [25]
6. Bincangkan corak pemerintahan demokrasi berparlimen yang diamalkan oleh
kerajaan Malaysia . [25]

BAHAGIAN B

7. Huraikan dasar tutup dan buka pintu yang diamalkan oleh China dan Jepun terhadap
kuasa Barat pada abad ke-19. [25]
8. Bincangkan tindak balas masyarakat tempatan di Indonesia dan Filipina terhadap
pemerintahan kuasa barat di negara masing-masing. [25]
9. Huraikan kesan penghijrahan imigran Cina ke Indonesia dan Filipina sebelum Perang
Dunia Kedua. [25]
10. Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada meletusnya Revolusi China pada
tahun1911 dan Revolusi Siam pada tahun 1932. [25]
11. Bincangkan kesan-kesan pendudukan Jepun di Indonesia dan Vietnam semasa Perang
Dunia Kedua. [25]
12. Jelaskan pembangunan sosioekonomi negara Myanmar dan Thailand selepas tamat
Perang Dunia Kedua sehingga tahun 1963. [25]

SOALAN TAMAT

http://sejarahstpm.blogspot.com/
SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

Soalan 1
Huraikan kedudukan dan peranan raja sebelum kedatangan kuasa Barat di Tanah Melayu.

Pendahuluan: (3 markah)
 Istilah raja sebenarnya dipinjam dari perkataan Sanskrit, dan sistem beraja di Tanah
Melayu mendapat sentuhan daripada pengaruh Hindu-Buddha dari India.
 Raja mempunyai kedudukan teratas dalam masyarakat mahupun pentadbiran kerajaan.
Peranan raja sangat luas sesuai dengan kuasa mutlak yang dimiliki.
 Berasaskan sistem feudal raja dianggap sebagai ketua ketua pemerintah dan mempunyai
kedudukan yang tertinggi dalam struktur sosial.

Isi-isi: (20 markah)


 Raja menduduki hierarki tertinggi dalam pentadbiran dan pemerintahan kerajaan.
Disokong dengan kuasa mutlak raja. Sultan atau raja yang memerintah dianggap
berdaulat. Iainya diakuai dengan pengiktirafan rakyat dengan seruan “Daulat Tuanku”.
Melalui konsep daulat raja sentiasa menerima kemuliaan tanpa sebarang tentangan
daripada daripada rakyat jelata.

 Kedudukan seorang raja akan dikukuhkan lagi melalui penggunaan bahasa istana/dalam.
Antaranya ialah beta, baginda, santap, bersiram, beradu. Penggunaan warna diraja iaitu
kuning, peralatan seperti payung putih dan kuning. Raja menggunakan peralatan
kebesaran diraja seperti cop mohor, ketur, kendi, kipas, keris, mahkota, pending.

 Raja bertanggungjawab melantik golongan pembesar yang membantu dalam


pemerintahan kerajaan. Golongan pembesar akan melicinkan pentadbiran. Raja juga
berkuasa untuk melucutkan jawatan tersebut. Raja juga mempunyai kuasa untuk
menentukan bakal pewaris takhta kerajaan.

 Raja berkuasa untuk menggubal undang-undang kerajaan yang meliputi semua aspek
kehidupan sama ada politik, ekonomi maupun sosial. Raja berperanan untuk mengetuai
sistem kehakiman. Raja diibaratkan sangat adil dalam memutuskan hukuman. Hanya
raja yang berkuasa memutuskan hukuman mati ke atas pesalah.

 Raja berkuasa mutlak dalam bidang ekonomi kerajaan. Antaranya buruh, hasil pertanian,
perdagangan, pemungutan cukai. Raja berkuasa menentukan kadar cukai yang wajib
dibayar. Raja juga memutuskan alatan timbang dan sukat yang seragam. Penggunaan
mata wang kerajaan mesti mendapat perkenaan raja.

 Raja merupakan lambang perpaduan dikalangan rakyat dan daerah jajahan. Dengan
menggunakan kuasa daulat maka, rakyat akan taat dan setia terhadap raja mereka kerana
bimbang terkena tulah.

 Dalam bidang militer, raja akan bertindak sebagai ketua angkatan tentera. Raja
merupakan ahli strategis dalam peperangan dan pertahanan. Hanya raja yang berkuasa
untuk mengisytiharkan peperangan atau menyerah kalah terhadap pihak musuh.

http://sejarahstpm.blogspot.com/
 Pada zaman Islam, raja menjadi ketua agama Islam dan segala yang berkaitan dengan
adat istiadat Melayu. Sesuai dengan ajaran Islam, Raja bertanggungjawab untuk
menyebarkan ajaran Islam kepada rakyat. Pada zaman Hindu-Buddha, raja dianggap
sebagai suci kerana wakil atau tuhan dalam masyarakat. Raja akan dihormati dan
disanjung oleh rakyat jelata.

 Dalam hubungan luar negeri, raja akan menguruskan hubungan diplomatik dengan
kerajaan-kerajaan lain. Raja akan mengetuai rombongan lawatan ke luar kerajaan, dan
menyambut utusan kerajaan lain.

Kesimpulan: (2 markah)
 Raja dalam masyarakat Melayu tradisional sebelum kedatangan Barat di Tanah Melayu
sangat berpengaruh dan berkuasa dalam semua aspek kehidupan rakyat.
 Setelah kedatangan barat raja-raja Melayu kehilangan sebahagian besar kuasa mereka,
walaupun kedudukan mereka masih dikekalkan oleh kuasa barat.

Soalan 2
Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada pembentukan negeri-negeri Melayu
Bersekutu 1896.

Pendahuluan (3 markah)
 Negeri-negeri Melayu Bersekutu merupakan gabungan 4 buah negeri di Tanah Melayu
iaitu Perak, Negeri sembilan, Selangor dan Pahang yang telah disatukan dalam satu
pentadbiran berpusat. Pentadbiran ini juga dikenali sebagai Persekutuan 1896.
 Idea awal penubuhan persekutuan ini telah dikemukakan oleh Sir Fredrick Weld.
walaupun idea ini ditolak namun terus diusulkan sehinggalah Frank Swettenham berjaya
mendapat persetujuan daripada keempat-empat sultan untuk menerima pembentukan
persekutuan ini
 Hasil kerjasama erat dan hubungan baik Frank Swettenham dan sultan-sultan Melayu,
akhirnya pada 1 Julai 1896, persekutuan dilaksanakan secara rasmi

Isi Penting (20 markah)


i. Kedudukan Negeri Pahang
 Pada mulanya Inggeris berkeyakinan bahawa Pahang mempunyai potensi yang baik
dari segi ekonomi. Setelah memperkenalkan sistem residen pada tahun 1888 di
Pahang , Inggeris mengalami krisis kewangan sejak tahun 1890-an.
 Pada tahun 1892 Pahang terpaksa membuat pinjaman kepada negeri-negeri Selat.
Keadaan bertambah buruk apabila berlaku pemberontakan Pahang oleh Dato
Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau untuk menentang Inggeris yang mernambahkan
lagi beban kewangan Pahang.
 Dalam keadaan terdesak, Kerajaan Inggeris perlu membuat keputusan sama ada
hendak mengundurkan diri dari pahang atau sebaliknya. Demi memelihara maruah
dan maartabat Inggeris , Pahang perlu dipertahankan melalui cadangan pembentukan
persekutuan untuk mengatasi masalah kewangan negeri ini.

ii. Kawalan Kuasa residen


 Di bawah Sistem residen, Residen menjadi terlalu berkuasa di negeri-negeri masing-
masing. Sultan hanya simbol semata-mata dan bertindak sebagai pemerintah boneka.

http://sejarahstpm.blogspot.com/
Kesukaran sistem perhubungan menjadikan Residen semakin berani menguatkan
kuasa mereka. Kuasa Residen yang keterlaluan boleh menimbulkan rasa tidak puas
hati dalam kalangan pembesar-pembesar Melayu.
 Justeru, Frank swettenham mengesyorkan supaya jawatan Residen Jeneral
diwujudkan bagi menyelaraskan tugas keempat-empat buah negeri Melayu di bawah
Sistem Residen

iii. Kecekapan dan keseragaman pentadbiran


 Di bawah pemerintahan Sistem Residen, pentadbiran kempat-empat buah negeri
diasingkan dan ditadbirkan oleh empat orang resdien yang berlainan.Hasilnya wujud
ketidakseragaman pentadbiran di Negeri-negeri di Tanah Melayu. Resdien
menumpukan perhatian di negeri-negeri masing-masing.
 Frank Swettenham mencadangkan penyatuan Negeri-negeri Melayu bagi mengatasi
ketidakseragaman pentadbiran. Melalui pembentukan persekutuan, Inggeris dapat
menambahkan kecekapan pentadbiran serta dapat memajukan pembangunan
sosioekonomi secara menyeluruh dan bersepadu di keempat-empat buah negeri
 Pembentukan persekutuan ini juga diharapkan mewujudkan keseragaman
pentadbiran, kerjasama antara negeri untuk memajukan sistem pengangkutan yang
pastinya menguntungkan Inggeris kerana memudahkan usaha membawa hasil
ekonomi ke pelabuhan untuk dieksport.

iv. Faktor keselamatan


 Pihak Inggeris menyedari bahawa Persekutuan adalah perlu bagi membentuk satu
pasukan tentera bersama melindungi Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat.
Sebelum ini kekacauan yang berlaku di Tanah Melayu ditangani dengan terpaksa
mendapatkan bantuan dari Singapura, Hong Kong dan India.
 Melalui pembentukan persekutuan, kekuatan angkatan tentera dapat diwujudkan
dengan adanya gabungan keempat-empat buah negeri. Dengan memiliki angkatan
tentera yang besar dan kuat, Inggeris bertambah yakin untuk mengatasi sebarang
kemungkinan berkaitan kekacauan di Negeri-negeri Melayu tanpa bantuan dari
negara luar.

v. Faktor ekonomi
 Kegagalam Sistem Residen memajukan dan mempelbagaikan sumber ekonomi di
sesebuah negeri telah memberi peluang yang lebih luas kepada orang-orang Cina
untuk mengeksploitasi kekayaan ekonomi di Negeri-negeri Melayu. Justeru,
perlaksanaan Sistem Residen lebih menguntungkan orang Cina berbanding orang
Inggeris.
 Bertitik tolak daripada pengalaman tersebut, maka pembentukan sebuah persekutuan
amat penting bagi mewujudkan keseimbangan kemajuan ekonomi dan menarik
kehadiran pelabur-pelabur Eropah ke Negeri-Negeri Melayu. Kemasukan pelabur
Eropah secara beramai-ramai dijangka akan mempercepatkan pertumbuhan dan
kemajuan ekonomi secara berskala besar.

vi. Memperluaskan Sistem perhubungan


 Di setiap negeri, Residen, membina jalan raya dan keretapi untuk negerinya sahaja.
Tiada usaha untuk menghubungkan jalan raya dan jalan keretapi di antara keempat-
empat buah negeri itu. Lantaran itu adalah sukar bagi resdien membincangkan
perkara-perkara penting antara satu sama lain.

http://sejarahstpm.blogspot.com/
 Oleh itu dengan penubuhan persekutuan, sistem perhubungan dapat dimajukan antara
Negeri-negeri Melayu bagi memudahkan usaha-usaha menyelaras sistem pengurusan
di negeri-negeri tersebut.

vii. Dasar Kerajaan Inggeris


 Pada akhir abad ke-19, Inggeris mula menggalakkan penyatuan terhadap negeri-
negeri yang terletak di bawah perlindungannya. Pembentukan sebuah persekutuan
didiorong oleh hasrat dan dasar Inggeris yang ingin menyatukan negeri-negeri kecil
di tanah jajahan mereka. Matlamatnya ialah untuk memudahkan usaha
mengeksploitasi sumber kekayaan negeri agar ianya dapat dikumpulkan dan
diagihkan secara sama rata bagi faedah semua.
 Selain itu, usaha penyatuan memperlihatkan dasar Inggeris yang cuba mengurangkan
kos pentadbiran, mewujudkan kestabilan ekonomi dan menambahkan kecekapan
dalam pemerintahannya. Ini menjadi dasar Inggeris untuk memperlihatkan kejayaan
perlaksanaan dasar ini di tanah jajahannya di Australia, Afrika selatan, Amerika
Utara dan Kanada.

Kesimpulan (2 markah)
 Akhirnya Inggeris telah menrima cadangan Frank swettenham, C.P Lucas dan Sir
Cecil Celementi Smith untuk penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
 Sepanjang perlaksanaannya , persekutuan ini telah meninggalkan pelbagai kesan
dalam politik, ekonomi dan sosial. Penubuhan Persekutuan 1896 merupakan langkah
awal ke arah penyatuan negeri-negeri Melayu

Soalan 3
Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi perusahaan getah di Negeri-negeri Melayu
pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.

Pengenalan (3 markah)
 Pada akhir abad ke-19, getah diperkenalkan selepas kejatuhan perusahaan kopi dan pada
abad ke-20, menjadi tanaman dagangan yang penting di Tanah Melayu.
 Sir Henry Wickham berperanan dalam perusahaan getah di TM. Getah berasal dari
Brazil, benih bermutu jenis Hevea Brasiliensis.
 Di peringkat awal hanya diusahakan secara kecil-kecilan oleh pengusaha Inggeris tetapi
menjelang abad ke-20 mula berkembangan disebabkan oleh faktor kejatuhan harga kopi
dan permintaan getah dunia.

Isi-isi Penting (20 markah)


Faktor-faktor perkembangan perusahaan getah :
1 Sumbangan H.N. Ridley
 Membuat penyelidikan cara penanaman, kesesuaian tanah dan pembekuan getah.
Hasilnya telah ditulis dalam Straits and FMS Agriculture Bulletin.
 Berusaha memujuk peladang di TM menanam getah sehingga digelar Ridley Getah atau
Ridley Gila.
 Memperkenalkan sistem torehan getah mengikut sistem ibedem atau tulang ikan Herring.

http://sejarahstpm.blogspot.com/
 Memperkenalkan cara selamat mengangkut anak-anak getah dalam arang yang lembab
untuk ditanam di ladang yang baru dibuka.

2 Kemerosotan harga kopi


 Dua sebab iaitu persaingan kopi dari Brazil dan penawaran melebihi permintaan kopi di
pasaran dunia.
 Penyakit yang dibawa oleh kupu-kupu Beehawk memusnahkan pokok kopi.

3 Permintaan getah yang tinggi


 Rev. Perindustrian di Eropah dan Amerika Syarikat ; getah menjadi bahan mentah bagi
pelbagai ciptaan. Contohnya di kilang-kilang automobil. Terciptanya tayar berangin oleh
J.B.Dunlop. Amerika Syarikat menjadi pembeli utama getah dunia akibat perkembangan
industri motokar.
 Proses Vulcanization iaitu mencampurkan belerang dan haba ke dalam getah telah
ditemui oleh Goodyear. Pelbagai kegunaan dalam industri membuat kasut, alat-alat
elektrik, tayar basikal, perubatan dan perabot.
 Harga getah telah meningkat sehingga mencapai tahap paling tinggi pada tahun 1910
iaitu $5.50. Orang Eropah dan Cina mula berminat dengan tanaman getah, juga
diusahakan oleh pekebun kecil.
 Peningkatan permintaan tinggi syarikat pengusaha Eropah spt Guthrie, Harrison and
Crossfield, Sime Darby dan Dunlop mula membuat pelaburan membuka ladang-ladang
getah di negeri-negeri Melayu manakala orang Melayu mengusahakan secara pekebun
kecil.

4 Dasar kerajaan British


 Kerajaan mengenakan kadar cukai tanah yang rendah iaitu 10 sen bagi 10 tahun pertama.
Selepas itu dinaikkan kepada 50 sen seekar.
 Duti eksport yang rendah bagi getah iaitu 2.5 % bagi 15 tahun dan selepas itu naik 5 %
itu menggalakkan pembukaan ladang getah.
 Kerajaan memperuntukan $ 4000 bagi menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan
kualiti dan hasil getah. Pinjaman disediakan dengan kadar faedah yang rendah terutama
bagi syarikat Eropah.
 Sistem perhubungan spt jalan raya dan keretapi dibina untuk membawa getah ke
pelabuhan.

5 Tenaga buruh yang murah


 Menggalakkan kemasukan buruh asing dari India Selatan sebagai sumber tenaga ; dibawa
melalui sistem kontrak dan sistem Kangani.
 Orang Eropah yang berpengalaman dalam penanaman kopi di Sri Langka telah berhijrah
dan membuka ladang di NNM.

6 Penyelidikan getah secara saintifik


 1905- Jbt Pertanian ditubuhkan, 1907- Pertubuhan Penanaman Getah .ditubuhkan untuk
memperbaiki mutu dan hasil getah dan menambahkan keluasan tanaman getah.
 1926 – Institut Penyelidikan Getah ditubuhkan untuk memajukan perusahaan getah spt
penyelidikan mengeksport getah dalam bentuk cecair, kaedah torehan yang saintifik dll.

http://sejarahstpm.blogspot.com/
Kesimpulan (2 markah)
 Permintaan getah yang tinggi serta dasar kerajaan British yang berjaya menstabilkan
politik mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di NNM. Menjelang abad ke-20,
getah telah menjadi sumber pendapatan dan Tanah Melayu muncul sebagai pengeluar
getah utama dunia.

Soalan 4
Bincangkan peranan kesusasteraan dan akhbar dalam kebangkitan gerakan nasionalisme
Melayu.

Pengenalan (3 markah)
 Nasionalisme secara umum boleh diertikan sebagai perasaan cintakan tanah air ke arah
perjuangan pembentukan sebuah negara bangsa. Perubahan-perubahan politik, sosial dan
ekonomi berikutan campurtangan British di Tanah Melayu pada abad ke-19 dan awal
abad ke-20 telah mempengaruhi perkembangan nasionalisme Melayu. Nasionalisme
Melayu berkembang secara beransur-ansur. Terdapat banyak faktor yang berjaya
membangkitkan semangat nasionalisme Melayu di Tanah Melayu. Salah satu faktornya
ialah peranan akhbar dan kesusasteraan.

Isi Penting
Peranan akhbar (20 markah)
 Akhbar yang memainkan peranan membangkitkan kesedaran awal dalam kalangan orang
Melayu ialah Al-Imam. Al-Imam diterbitkan pada tahun 1906 oleh Kaum Muda yang
terdiri daripada tokoh-tokoh terkemuka seperti Sheikh Tahir Jalaludin, Syed Sheikh
Ahmad al-Hadi, Haji Abbas bin Mohd Taha dan Sheikh Mohd Salim al-Kalali.
 Al-Imam merupakan alat untuk menyampaikan mesej pembaharuan Kaum Muda kepada
masyarakat Melayu . Al-Imam merupakan akhbar pertama yang mempunyai idea-idea
perubahan sosial dan unsur-unsur politik.
 Al-Imam membangkitkan kesedaran kaum Melayu dengan menyentuh kemunduran
kaum Melayu dan penguasaan kehidupan mereka oleh orang asing.
 Al-Imam juga menyentuh aspek sosial seperti pelajaran, kemajuan madrasah , kebebasan
wanita dan perpaduan kaum Melayu. Al-Imam juga ,menyindir secara implisit pihak
penjajah British , raja-raja Melayu dan pembesar-pembesar Melayu.
 Kaum Muda juga telah menerbitkan akhbar Saudara pada tahun 1928. Akhbar Saudara
bertujuan menyedarkan masyarakat Melayu supaya insaf dan berusaha memajukan diri
mereka sendiri agar tidak ketinggalan dalam arus poembangunan.
 Lembaga Malaya juga diterbitkan untuk membangkitkan kesedaran politik dalam
kalangan orang Melayu. Lembaga Malaya menyeru agar agama Islam digunakan sebagai
satu alat penyatuan terbaik untuk melahirkan semangat nasionalisme Melayu.
 Antara akhbar yang menyentuh aspek politik orang Melayu ialah Idaran Zaman, Warta
Malaya, Majlis dan Utusan Melayu.
 Idaran Zaman yang sangat setuju dengan penubuhan Kesatuan Melayu Singapura
menyarankan agar orang Melayu menubuhkan persatuan sedemikian untuk melindungi
kepentingan dan hak mereka. Saranan Idaran Zaman disambut baik oleh Warta Malaya.
 Majlis ialah akhbar kebangsaan yang pertama. Majlis menyeru supaya orang Melayu
bergiat cergas dalam politik. Majlis juga menyedarkan orang Melayu tentang peristiwa
politik yang berlaku seperti dasar desentralisasi. Majlis juga menyeru supaya orang

http://sejarahstpm.blogspot.com/
Melayu yang telah bersara dan berpengaruh menubuhkan persatuan-persatuan orang
Melayu bertujuan menyokong raja-raja Melayu mempertahankan hak-hak orang Melayu.
 Warta Malaya membincangkan soal Malayan Union dan memberi sokongan kuat kepada
orang Melayu menentang Malayan Union dan menyeru raja-raja Melayu dan rakyat
berganding bahu dalam penentangan tersebut.
 Abdul Rahim Kajai dan Ishak Hj Muhamad menerbitkan akhbar Utusan Melayu. Akhbar
ini bertujuan menyatukan orang Melayu. Utusan Melayu juga meluahkan hasrat
mengadakan satu kongres kebangsaan.

Peranan Kesusasteraan
 Melalui kesusasteraan , para novelis bercita-cita menyedarkan masyarakat Melayu
tentang kemunduran mereka dalam segala bidang kehidupan terutama ekonomi. Ini
digambarkan dalam novel Dari Perangkap ke Penjara dan Rumah Besar Tiang Sebatang.
 Maktab Perguruan Sultan Idris telah berjaya memainkan peranan dalam membangkitkan
semangat nasionalisme Melayu. Hasil Karya lepasan MPSI berjaya menyedarkan kaum
Melayu tentang keadaan sebenar mereka dalam kalangan orang Cina. Contoh karya :
Anak Mat Lela Gila, Alam Perempuan dan Putera Gunung Tahan.
 Novel Putera Gunung Tahan dikarang oleh Ishak Hj Muhammad mencerminkan sikap
anti-penjajahan beliau. Beliau mengkritik secara sindiran sikap British di Tanah Melayu.
Menurut beliau British tidak jujur dalam dasar pemerintahan mereka
 Novel Hikayat Faridah Hanum yang diterbitkan pada tahun 1925 oleh Syed Sheikh al-
Hadi menegaskan kepentingan pendidikan dalam kalangan orang Melayu supaya tidak
terus ketinggalan dan mundur. Syed Sheikh al-Hadi juga membincangkan isu emansipasi
wanita. Beliau menekankan bahawa golongan wanita berhak memperoleh pendidikan
seperti golongan lelaki.
 Perjuangan Syed Sheikh al-Hadi disokong oleh Ahmad Rashid Talu dalam novelnya
Iakah Salmah . Beliau juga membincangkan isu emansipasi wanita tetapi dalam aspek
yang lebih praktikal. Bagi beliau pembaharuan Islam adalah cara yang paling berkesan
untuk menyelesaikan segala kepincangan dan kelemahan dalam masyarakat Melayu.

Penutup (2 markah)
 Kesusasteraan dan akhbar sememangnya memainkan peranan yang penting dalam
membangkitkan kesedaran sosial dan politik kaum Melayu. Kesusasteraan dan
akhbar yang diterbitkan pada masa itu menitikberatkan keadan politik dan
sosioekonomi masyarakat Melayu pada masa itu juga jauh ketinggalan. Oleh itu
kesusasteraan dan akhbar membantu dalam perkembangan gerakan nasionalisme
Melayu.

http://sejarahstpm.blogspot.com/
Soalan 5
Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan reaksi penduduk Tanah Melayu
terhadap penubuhannya.

Pengenalan ( 3 markah)

Pelaksanaan Malayan Union (MU) mendapat tentangan daripada orang Melayu. British terpaksa
membubarkan MU dan menubuhkan satu jawatan kuasa kerja untuk merangka perlembagaan
Tanah Melayu (PTM) yang baru.
Pada 1 Februari 1948 PTM telah diisytiharkan.

Isi dan Huraian ( 20 markah)


Ciri-ciri PTM:
 PTM terdiri dari 9 buah negeri Melayu dan 2 buah negeri Selat.
 Diketuai oleh Majlis Mesyuarat Kerja Dewan Undangan Persekutuan.
 Majlis Perundangan pula bertangungjawab dalam menggubal undang-undang.
 Kedaulatan dan kuasa sultan dipelihara. Sultan memerintah dgn bantuan Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan Negeri yang mempunyai kuasa
menggubal undang-undang.
 Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum bmiputera.
 Pemberian kerakyatan mengikut prinsip jus soli dihapuskan dan syarat memohon
kerakyatan diperketatkan.

Reaksi
a. All Malayan Council of Joint Action (AMCJA)
 Pada Disember 1945 golongan profesional Cina telah menubuhkan Malayan Democratic
Union (MDU) tidak bersetuju dengan kandungan Perlembagaan 1948 kerana dianggap
tidak demokratik dan Singapura sepatutnya dimasukkan dalam PTM.
 MDU telah bersatu dengan pertubuhan-pertubuhan bukan Melayu seperti Malayan
Indian Congres, The Malayan Democratic League, Persekutuan Kesatuan Buruh Seluruh
Tanah Melayu, Malayan Peoples Anti Japanese Army dan Ex-Servise Comrades
Association membentuk AMCJA. Tan Cheng dilantik menjadi Presiden.
 AMCJA telah mengemukakan draf perlembagaan mereka sendiri dan menuntut supaya
perlembagaan PTM 1948 yang dipersetujui antara kerajaan British, Raja-raja Melayu,
dan UMNO dibatalkan. Tuntutan AMCJA tidak dapat diterima oleh pentadbiran British
di Tanah Melayu kerana terlalu radikal.

b. Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)


 PUTERA merupakan pertubuhan politik Melayu berhaluan kiri tidak bersetuju dengan
perlembagaan PTM 1948.
 Pertubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diketuai oleh Dr.
Burhanuddin al-Helmy telah keluar dari UMNO dan bergabung dengan Angkatan
Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API), Kesatuan Tani, Gerakan Rakyat
Melayu (GERAM) dan 80 buah kesatuan kecil yang lain membentuk PUSAT TENAGA
RAKYAT pada Februari 1947.

c. Tentangan AMCJA-PUTERA
 Pakatan AMCJA-PUTERA menentang PTM yang dirangka kerana tidak mewakili
seluruh rakyat di Tanah Melayu. Pakatan iini tidak bersetuju kerana British secara sulit
telah mengadakan rundingan dengan Lembaga 12.

http://sejarahstpm.blogspot.com/
 Pakatan ini juga telah menggubal perlembagaan baru yang dianggap mewakili rakyat
Tanah Melayu dikenali sebagai Perlembagaan Rakyat.
 Sikap toleransi antara kaum Melayu dan bukan Melayu direalisasikan dalam pakatan
AMCJA-PUTERA. Perlembagaan Rakyat tidak diterima oleh pentadbiran British di
Tanah Melayu kerana dianggap radikal.
 Pakatan AMCJA-PUTERA telah melancarkan hartal di seluruh Tanah Melayu pada 20
Oktober 1947 tetapi gagal mencapai matlamat kerana tidak mendapat sambutan daripada
rakyat.

Kesimpulan ( 2 M )
 Masyarakat Melayu mendapat kejayaan menghapuskan rancangan MU dan
memperkenalkan PTM. Mereka dapat memperjuangkan kedaulatan raja-raja
 Melayu dan hak istimewa orang-orang Melayu. PTM 1948 menjadi asas kepada
Perlembagaan Kemerdekaan 1957.

Soalan 6
Bincangkan corak pemerintahan demokrasi berparlimen yang diamalkan oleh Kerajaan
Malaysia

Pengenalan (3 markah))

 Kerajaan demokrasi bermaksud pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan dengan


mengambil bahagian dalam pemerintahan melalui wakil-wakil terpilih
 Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen sejak tahun 1957
selepas mencapai kemerdekaan.
 Amalan demokrasi ini dilakukan melalui pilihan raya bagi memilih wakil-wakil dalam
badan perundangan yang kemudiannya berperanan untuk membentuk kerajaan dan
menjalankan pemerintahan
 Parlimen mempunyai kuasa menjalankan pemerintahan melalui undang-undang yang
digubal.

Isi Penting (20 markah)

 Parlimen Malaysia terdiri dari tiga komponen iaitu Yang Di Pertuan Agong, Dewan
Rakyat dan Dewan Negara. Kuasa parlimen diperuntukkan melalui Perlembagaan
Negara.
 Fungsi utama parlimen ialah menggubal undang-undang. Parlimen juga merupakan badan
penggubal undang-undang meminda atau membatalkan undang-undang tertinggi di
Malaysia. Setiap undang-undang mesti diluluskan oleh ketiga-tiga komponen Parlimen.
 Parlimen juga bertanggungjawab mengawal kuasa eksekutif supaya tidak
disalahgunakan. Parlimen menentukan kadar cukai dan mengawal kelulusan anggaran
belanjawan negara.
 Parlimen akan bersidang apabila dibuka oleh Yang di Pertuan Agong. Baginda akan
memberi titah ucapan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Ucapan baginda akan
dibahaskan di Parlimen selama beberapa hari. Ianya disebut sebagai perbahasan usul
terima kasih. Yang di Pertuan Agong juga berkuasa menangguhkan sidang Parlimen dan
membubarkan dewan.

http://sejarahstpm.blogspot.com/
 Rakyat merupakan salah satu dari tiga komponen Parlimen – Fungsi Dewan Rakyat ialah
menggubal undang-undang Malaysia, mengenakan cukai dan mengawal badan eksekutif
melalui kelulusan anggaran belanjawan. negara. Dewan rakyat juga menyediakan satu
forum di mana dasar-dasar kerajaan boleh dipersoalkan dan diperdebatkan.
 Dewan rakyat terdiri dari ahli yang dipilih melalui pilihanraya. Umur minimum bagi
pengundi dan ahli Dewan Rakyat ialah 21 tahun. Setiap ahli Dewan Rakyat akan
memegang jawatan selama 1 penggal iaitu 5 tahun. Dewan Rakyat diketuai oleh Yang di
Pertuan Agong. Speaker Dewan Rakyat mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat
serta menentukan tatatertib dan peraturan dewan rakyat. Speaker Dewan dibantu oleh dua
timbalan speaker yang dilantik di kalangan ahli Dewan Rakyat. Dewan Rakyat
mempunyai seorang Setiausaha yang dilantik oleh Yang di Pertuan Agong.
 Dewan Negara merupakan salah satu dari tiga komponen Parlimen Malaysia. 69 ahli
Dewan Negara dilantik dan dikenali sebagai senator. 43 ahli dilantik oleh Yang di
Pertuan Agong dan 26 lagi dipilih oleh Dewan Undangan Negeri dan 13 buah negeri.
Ahli terdiri daripada warganegara Malaysia yang berbakti dengan cemerlang atau
mencapai taraf tinggi dalam perkhidmatan awam, perdagangan, perusahaan, pertanian,
kebudayaan atau mewakili kaum minoriti.
 Setiap ahli Dewan Negara berumur 30 tahun ke atas memegang jawatan selama 3 tahun
bagi satu penggal dan boleh dilantik semula untuk penggal kedua. Yang di Pertuan
Dewan dan timbalannya dilantik di kalangan anggota. Manakala Setiausaha Dewan
dilantik Yang di Pertuan Agong.
 Peranan Dewan Negara ialah membahaskan rang undang-undang yang diluluskan oleh
Dewan Rakyat secara lebih mendalam dan teliti tetapi tidak boleh membatalkannya.
Dewan Negara hanya boleh melambatkan kelulusan rang undang-undang tersebut selama
1 bulan bagi rang udang-undang kewangan dan setahun bagi rang undang-undang lain.
 Yang di Pertuan Agong juga merupakan komponen parlimen. Jawatan ini diwujudkan
sejak tahun 1957. baginda merupakan Ketua Negara. baginda menjadi lambang
kedaulatan dan taat setia seluruh rakyat. Baginda dilantik di kalangan Raja-raja Melayu.
Memegang jawatan selama 5 tahun secara bergilir-gilir. Baginda memiliki kuasa
eksekutif tertinggi seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. Kuasa
eksekutif dijalankan oleh Kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri.
 Antara tugas Yang di Pertuan Agong ialah:
1. Pemerintah tertinggi angkatan tentera Malaysia.
2. mempunyai kuasa memberi pengampunan bagi setiap hukuman.
3. memberi tauliah kepada duta-duta negara yang akan dihantar bertugas di luar
negara dan menerima tauliah duta asing.
4. pemerintah tertinggi angkatan tentera.
5. ketua agama negeri yang tidak bersultan semua raja-raja 9 buah negeri yang
layak.

 Menjadi Yang di Pertuan Agong kecuali baginda menolak pencalonan, uzur, tidak waras
dan belum cukup umur. Yang di Pertuan Agong dilantik oleh Majlis Raja-Raja dan
diuruskan oleh penyimpan mohor besar Majlis Raja-raja. Yang di Pertuan Agong tidak
boleh didakwa di mana-mana mahkamah. Baginda tertakluk kepada beberapa larangan
tertentu seperti tidak boleh memegang jawatan bergaji, terlibat secara aktif dalam
perniagaan. baginda berkuasa bertindak ikut kuasa budi bicara seperti melantik Perdana
Menteri, membubar atau menangguhkan sidang parlimen atau memanggil Persidangan
Majlis Raja untuk membincangkan tentang kedudukan raja-raja Malaysia.

http://sejarahstpm.blogspot.com/
Kesimpulan (2 markah)
 Parlimen Malaysia mempunyai 3 komponen iaitu Yang di Pertuan Agong, Dewan Rakyat
dan Dewan Negara.
 Kuasa ketiga-tiga komponen tadi diputuskan melalui perlembagaan Malaysia.

Soalan 7
Huraikan dasar tutup dan dasar buka pintu yang diamalkan oleh China dan Jepun
terhadap kuasa Barat pada abad ke-19.

Pengenalan ( 3 markah)
 Dasar tutup pintu merupakan satu usaha yang diamalkan oleh China dan Jepun untuk
mengelakkan campurtangan kuasa asing.
 China begitu berhati-hati apabila menjalinkan hubungan dengan kuasa asing.
 China mengadakan sekatan terhadap hubungan perdagangan mahupun diplomatik.
 Jepun turut mengamalkan dasar isolasi terhadap kuasa Barat. Sebelun 1800, Maharaja
Jepun mengharamkan semua aktiviti perdagangan dan sebarang bentuk perhubungn
dengan negara luar.

Isi Penting
CHINA (10 markah)
 China telah menjalinkan hubungan dengan kuasa-kuasa Barat sejak abad ke-16.
 Pada abad ke-19 China menutup pintunya kepada kuasa barat dengan alasan Barat
sentiasa menimbulkan masalah dan huru hara.
 China juga mempunyai rasa bangga terhadap keupayaan negaranya sebagai middle
kingdom dan tidak mengharap serta memerlukan mana-mana barangan dari luar.
 Maharaja China juga khuatir akan pengaruh agama Kristian dan budaya Barat sekiranya
mereka diberi peluang masuk secara total ke China kerana ini pasti akan mencemar
agama asal, kebudayaan dan adat resam temapatan masyarakat Cina.
 Kerajaan Manchu berusaha untuk menyekat dan mengehadkan perdagangan China
dengan kuasa-kuasa Barat.
 Kuasa-kuasa Barat hanya dibenarkan bergerak di kawasan yang terhad di China, iaitu
hanya di pelabuhan Canton.
 Maharaja Chien Lung memperkenalkan Dikri Lapan Peraturan. Kuasa-kuasa Barat
dikehendaki mematuhi peraturan serta undang-undang yang telah ditetapkan.
 Sekatan China ke atas para pedagang asing menimbulkan pelbagai masalah.
 Peperangan menyebabkan China menukar dasar tutup pintu kepada dasar buka pintu.

JEPUN ( 10 markah)

 Dasar Tutup Pintu Jepun berlangsung sejak pertengahan abad ke-17, mendapat perhatian
kuasa-kuasa Barat.
 Jepun menggunakan alasan tidak memerlukan barangan dari Barat memandangkan
negaranya merupakan sebuah negara pertanian dan mempunyai hasil dan sumber negara
yang mencukupi untuk menampung keperluan rakyatnya.
 Kerajaan Syogun Tokugawa bimbang dengan perkembangan ajaran agama Kristian dan
tidak mahu agama ini akan dijadikan alat untuk menjatuhkan kerajaannya.

http://sejarahstpm.blogspot.com/
 Jepun beranggapan bahawa orang asing sering menimbulkan masalah perbalahan serta
huru-hara dan ini pasti mengancam ketenteraman negaranya.
 Syogun Tokugawa juga mencurigai kejujuran Barat dan bimbang Barat akan mengambil
kesempatan untuk campur tangan dalam politik dan hal ehwal pemerintahan Jepun lebih-
lebih lagi apabila melihat Filipina dijajah oleh Sepanyol.
 Kuasa Barat seperti Belanda dan British berusha meminta Kesyogunan Tokugawa supaya
menghentikan dasar tersebut tetapi gagal.
 Tahun 1853, Amerika Syarikat mengumumkan akan menghantar misi ke Jepun.
 Keadan di China menjadi teladan yang amat baik kepada Jepun dalam menghadapi
tekanan Barat.
 Dasar Isolasi Jepun hanya berakhir apabila termetrainya Perjanjian Kanagawa(1854)
 Perubahan dasar Jepun telah mengubah sistem ekonomi, politik dan sosial.

Kesimpulan ( 2 markah)
 Dasar Tutup Pintu yang diamalkan oleh China dan Jepun sebenarnya bertujuan untuk
menyekat penguasaan asing.
 Mereka bimbang terhadap penyebaran agama Kristian.
 Dasar Tutup Pintu China berakhir apabila British berjaya mengalahkan China dalam dua
siri peperangan.
 Jepun terpaksa membuka negaranya kepada Amerika Syarikat kerana diugut dengan
menggunakan kekuatan tentera.

Soalan 8
Bincangkan tindak balas masyarakat tempatan di Indonesia dan Filipina terhadap pemerintahan
kuasa barat di negara masing-masing

Pengenalan.

 Menjelang akhir abad ke-19 negara-negara Asia Tenggara telah di jajah oleh kuasa-kuasa
barat. Indonesia dijajah oleh Belanda manakala Filipina telah dikuasai oleh Sepanyol
sejak tahun 1520an.

 Belanda telah memperkenalkan Sistem Tanaman Paksa,Dasar Liberal dan Dasar Susila
dan Sepanyol pula memperkenalkan sistem Polo dan Sistem Vandala.

 Sistem pemerintahan yang dilaksanakan ini telah membangkitkan penentangan di


kalangan masyarakat di Indonesia dan Filipina.

Isi.

Indonesia.

 Ketidakpuasan hati masyarakat terhadap dasar pemerintahan Belanda dalam bidang


ekonomi,politik dan sosial menimbulkan penentangan.

 Perang Jawa meletus pada tahun 1825-1830 berpunca daripada ketidakpuasan hati
terhadap pemerintahan Belanda.

http://sejarahstpm.blogspot.com/
 Perang ini merupakan pemberontakan masyarakat Indonesia yang dipimpin oleh Dipo
Negoro seorang putera diraja Jogjakarta sebagai tindakbalas terhadap pemerintahan
Belanda.

 Perang Jawa mendapat sokongan golongan bangsawan dan petani khususnya di Jawa
Tengah kerana Dipo Negora dianggap sebagai wira dan fore runner bagi gerakan
menentang Belanda.

 Gabenor Van Der Capellan telah membatalkan kontrak sewa tanah pada tahun 1823.
Tindakan ini menyebabkan golongan bangsawan kehilangan punca pendapatan.

 Perang Jawa juga berpunca daripada tindakan Belanda megenakan pelbagai jenis cukai
ke atas barangan yang dibawa oleh petani menyeberangi antara tanah kerajaan dengan
tanah petani.Tambahan lagi kutipan cukai ini dipajakkan kepada orang Cina.

 Kebimbangan masyarakat Acheh terhadap perluasan kuasa Belanda ke wilayah


Barus,Tapus, Singkel, Siak,Serdang,Deli dan Asahan mencetuskan Perang Acheh pada
tahun 1873 hingga 1912 berpunca.

 Di Banjirmasin,penentangan terhadap Belanda disebabkan campurtangan Gabenor


Rochssen dalam urusan takhta kerajaan. Belanda telah melantik Pangeran Tamjid Ulah
sebagai putera mahkota mengantikan Putera Mahkota yang telah mangkat.

 Penentangan di Sapurua Maluku berlaku pada tahun 1817.Penentangan dilakukan kerana


pertukaran kuasa pentadbiran daripada British kepada Belanda. Belanda telah
menghidupkan semula amalan serahan dan wajib kerja yang telah dihapuskan oleh
British.

Filipina.

 Pemerintahan Sepanyol sejak abab ke-16 menimbulkan perasaan tidak puashati di


kalangan masyarakat Filipina. Dasar pemerintahan Sepanyol banyak menindas
masyarakat tempatan.

 Pemberontakan Basi telah meletus pada tahun 1807 di Ilacandia berpunca daripada
masalah arak.

 Pada tahun 1823 tentera Filipina telah memberontak menentang tentera Sepanyol
disebabkan amalan diskriminasi dalam pasukan tentera.Pemberontakan ini di kenali
sebagai Pemberontakan Novales.

 Golongan Paderi yang dipimpin oleh Apolinario de la Cruz telah mencetuskan


Pemberontakan Tayabas pada tahun 1840-1841 disebabkan layanan buruk Sepanyol
terhadap paderi-paderi Filipina.

http://sejarahstpm.blogspot.com/
 Pada tahun 1873 satu lagi pemberontakan berlaku di Cavite melibatkan golongan Paderi
dan tentera Filipina. Tindakan Sepanyol telah menghalang paderi bersembahyang
menimbulkan perasaan tidak puas hati.Pemberontakan ini melibatkan 200 tentera.

Penutup.

 Penentangan dan pemberontakan masyarakat di Indonesia dan Filipina merupakan tindak


balas masyarakat terhadap kehadiran kuasa-kuasa barat.

 Sistem pentadbiran yang diperkenalkan hanyalah alat kepada Belanda dan Sepanyol
untuk mengeksploitasi Indonesia dan Filipina.Penduduk tempatan yang tertindas telah
bertindak balas menentang kuasa-kuasa barat.

 Bagaimanapun tindakbalas ini boleh dianggap sebagai pelopor kepada gerakan


seterusnya.(Gerakan Nasionalisme)

Soalan 9
Bincangkan kesan penghijrahan imigran Cina ke Indonesia dan Filipina sebelum Perang
Dunia Kedua

Pendahuluan (3 markah)

Penghijrahan orang Cina ke Asia Tenggara khususnya Indonesia dan Filipina berlaku pada abad
ke-19.

Mereka dibawa masuk untuk menjadi buruh dalam sektor perlombongan. Ditambah lagi dengan
galkkan oleh pemerintah Belanda di Indonesia dan Sepanyol di Filipina.

Kehadiran orang Cina di Indonesia dan Filipina mendatangkan pelbagai kesan politik , ekonomi
dan sosial terhadap kedua buah negara.

Isi-Isi Penting

INDONESIA ( 10 markah)
a. Kesan Ekonomi :
 Peringkat awal : orang Cina hanya menjadi buruh kasar di estet milik
Belanda.
 Menjelang pertengahan abad ke19, orang Cina mula menjalankan
perdagangan dengan menceburkan diri dalam perniagan, perjudian dan
pengangkutan feri.
 Orang Cina berjaya menguasai ekonomi Indonesia iaitu kira-kira 37
peratus terlibat degan perniagaan.
 Mereka juga telah menubuhkan Dewan Perniagaan Cina pada tahun
1908.

b. Kesan terhadap sistem pendidikan


 Orang Cina telah membuak beberapa buah sekolah sekitar tahun 1909.

http://sejarahstpm.blogspot.com/
 Sekolah tersebut menggunakan kurikulum Belanda.
 Perkembangan sekolah Cina – Belandadi Indonesia mendapat bantahan
dari kjn Negara China Seberang Laut.
 Belanda berusaha menyekat pengaruh sekolah Cina kerana ingin
mengurangkan penguasaan orang Cina di Indonesia.

c. Kesan Pentadbiran.
 Memainkan peranan dalam Volsraad pada tahun 1918.
 Terdapat lima orang wakil orang Cina dalam dewan perwakilan utk
menyuarakan hak dan kptngan mereka.

d. Nasionalisme
 Gerakan kesedaran dalam kalangan masyarakat Cina lebih kepada
perkembangan nasionalisme di negara asal mereka.
 Wujud pertubuhan sprt Persatuan Orang Cina dan Kelab Pengembara
Nanyang.

FILIPINA (10 markah)

a. Kesan ekonomi
 Orang Cina telah melibatkan diri dalam aktikviti ekonomi sprt perniagaan,
perlombongn dan pertanian.
 Cina Mestizo : penguasa ekonomi utama Filipina. Bertindak sbg orang tengah
kpd pedagang Eropah yang mengimport beras dari Filipina. Juga terlibat dalam
pengiulangan beras, industri pembalakan, pemborongan dan ceti. Merupakan
tuan tanah yang menjalankan pertanian komersil.
 Mereka menguasai sebahagian besar dr industri pembuatan sprt kilang
memproses tembakau, garam, barangan kulit dan makanan.
b. Kesan sosial
 Menubuhkan persatuan bagi melindungi hak dan kepentingan ekonomi mereka.
Cth 1904 mereka telah menubuhkan Dewan Perniagaan Umum Cina.
c. Kesan terhadap pendidikan.
 Sekolah Cina mula dibina pada pertengahan abad ke 19.
 Sekolah Cina mendapat bantuan dr sepanyol dan Amerika Syarikat.
 Sekolah Cina yang pertama ialah Anglo-Chinese.
 Menjelang abad ke-20, terdapat kira-kira 58 buah sekolah Cina di seluruh
Filipina. Antaranya : Sekolah Chung Hua, Sekolah Perdagangan Cina dan
Sekolah Sun Yat Sen.

Kesimpulan
 Imigran Cina telah menguasai ekonomi,politik mahupun budaya masyarakat di Indonesia
dan Filipina.
 Rakyat tempatan tidak mampu bersaing dengan orang Cina.
 Timbul gerakan anti-Cina yang dilancarkan oleh kaum pribumi Indonesia dan Filipina.

http://sejarahstpm.blogspot.com/
Soalan 10
Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada meletusnya Revolusi China pada
tahun1911 dan Revolusi Siam pada tahun 1932.

Pengenalan ( 3 markah)
 Revolusi China yang berlaku pada tahun 1911 dan Revolusi Siam pada tahun 1932
merupakan kemuncak penentangan yang agak berbeza sedikit kerana bukannya
menghalau penjajah Barat tetapi menjurus kepada rasa tidak puas hati terhadap
pemerintahan yang sedia ada. Revolusi digerakkan oleh gologan intelektual yang
merasakan pembaharuan perlu dilakukan untuk membangunkan negara dan ianya
mendapat sokongan rakyat. Revolusi China dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen dan Revolusi
Siam dipimpin oleh Pride Panomyong. Revolusi ini disebabkan oleh beberapa faktor.

Isi Penting
A. Faktor-faktor meletusnya Revolusi China 1911 (10 markah)
1. Kelemahan pemerintahan Manchu
 menurunkan / menjatuhkan pemerintahan Dinasti Manchu dengan penubuhan Kerajaan
Republik China di bawah Yuan Shih Kai
 beberapa penentangan terbuka iaitu Pemberontakan Taiping (1850 – 1864,
Pemberontakan Panthay (1885), Pemberontakan Nien (1853 – 1868) serta gerakan sulit
While Lotus Society dan Heaven and Earth Society.
 Kelemahan kerajaan Manchu telah menyebabkan kemasukan orang Barat, masalah
rasuah dan huru hara. Ini menyebabkan masalah kewangan.
 Masalah bencana alam seperti banjir dan kemarau mengurangkan hasil pertanian. Ini
dianggap kerajaan Manchu tidak mendapat mandat dari Tuhan.

2. Kesengsaraan rakyat
 Awal abad ke-20 penduduk China sekitar 400 juta dan wujud masalah kekurangan tanah
untuk pertanian.
 Masalah bencana alam seperti banjir dan kemarau.

3. Kemasukan kuasa Barat


 masyarakat China perlu menerima idea-idea Barat jika ingin maju tetapi ini tidak
disenangi oleh oleh pemerintah Manchu.

4. Penguasaan ekonomi oleh kuasa asing


 kuasa Barat seperti British, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat menguasai pelabuhan
utama akibat beberapa siri perjanjian seperti Perjanjian Nangking.
 Mengakibatkan China kehilangan punca kewangan utama dan menimbulkan rasa tidak
puas hati penduduk tempatan terhadap pemerintah Manchu.

5. Peranan golongan terpelajar


 Golongan terpelajar seperti Dr. Sun Yat Sen mempengaruhi masyarakat tempatan dan
meniup semangat nasionalisme

6. Kemudahan sistem perhubungan


 kemudahan sistem perhubungan seperti rangkaian keretapi, jalan raya, pos dan telegraf
mempercepatkan penyampaian idea.

B. Faktor-faktor Meletusnya Revolusi Siam 1932 (10 markah)

http://sejarahstpm.blogspot.com/
 Meletusnya Revolusi Siam pada Jun 1932 mempunyai kaitan dengan pembaharuan yang
diperkenalkan oleh Raja Mongkut dan Chulalongkon terutamanya dalam pendidikan.
Hasilnya lahir golongan cerdik pandai dan liberal serta yang memikirkan demokrasi
berparlimen. Antara faktor yang mempercepatkan berlakunya revolusi ini adalah:
1. Lahirnya golongan berpendidikan Barat
- golongan ini merasakan perlu dilakukan pembaharuan dalam ekonomi, politik
dan sosial.
- Mendapat idea daripada didikan Barat dan terpengaruh dengan idea demokrasi
seperti Profesor Pridi Panomyong, Mejar Pibul Songram.
2. Kelemahan pemerintah Raja Prajadhipok
- Siam mengalami masalah ekonomi dan kewangan serius antara tahun 1913 –
1925 iaitu perbelanjaan negara meningkat sehingga 50% sedangkan pendapatan
negara hanya 25%
- Tindakan beliau memotong gaji tidak disenangi oleh pegawai-pegawai dan
kakitangan kerajaan
- Pembubaran pasukan The Wild Tiger Corps yang diasaskan oleh Raja Vajiravuth
menimbulkan kemarahan di kalangan tentera kerana kehilangan pekerjaan.
- Dituduh memberi jawatan tinggi kepada kerabat diraja
3. Dasar pilih kasih Prajadhipok
- hanya mempercayai golongan diraja dalam membantu pemerintahan negara
- menubuhkan Majlis Penasihat tetapi ahli-ahlinya hanya terbatas kepada putera-
putera raja
4. Perselisihan antara golongan pemerintah dari kalangan kerabat diraja
- mula dengan konflik antara Putera Bovaradej (Menteri Pertahanan) dengan
Putera Purachatra (Menteri Perdagangan) pada tahun 1931
- mempunyai pendapat yang berbeza mengenai ekonomi dan penyelesaian
- memberi gambaran yang kurang sihat kepada rakyat
5. Peranan Parti Rakyat
- melalui kepimpinan Pridi Panomyong, Kolonel Bahul dan Mejar Pibul Songram
telah melancarkan rampasan kuasa setelah penubuhan Parti Rakyat pada 26 Jun
1932
- rampasan berlaku sewaktu Raja Prajadhipok berada di luar negara dan
sekembalinya ke Siam selepas dua hari beliau terpaksa terima perlembagaan
yang dirangka oleh Pridi Panomyong pada Disember 1932

Kesimpulan ( 2 markah)
 Revolusi China yang berlaku pada tahun 1911 dan Revolusi Siam pada tahun 1932
merupakan peristiwa yang terjadi akibat daripada rasa tidak puas hati rakyat terhadap
sistem pemerintahan beraja yang dianggap mengongkong pembaharuan dan
pembangunan yang meliputi aspek sosial, ekonomi dan politik. Bezanya di China ianya
didasarkan kepada pemerintahan yang bukan dari kalangan orang China tetapi dari
golongan Manchu sementara di Siam pula berkait rapat dengan ketidakpuasan hati
terhadap pemerintahan beraja sendiri secara mutlak.

http://sejarahstpm.blogspot.com/
Soalan 11
Bincangkan kesan-kesan pendudukan Jepun di Indonesia dan Vietnam semasa Perang
Dunia Kedua.

Pengenalan (3 markah)
 Pada peringkat awal, Jepun telah menjalankan usaha berbaik-baik dengan penduduk di
Asia Tenggara. Kebanyakan negara Asia Tenggara telah memberikan sokongan kepada
Jepun yang mereka anggap sebagai penyelamat dan membebaskan negara mereka
daripada penjajahan Barat.
 Beberapa dasar Jepun mentadbir negara dengan menjalankan pemerintahan secaras keras
dan penuh disiplin. Penduduk Jepun di Indonesia dan Vietnam telah meninggalkan kesan
yang mendalam terhadap kehidupan rakyatnya.

Isi-isi Penting
1. Kesan-kesan pendudukan Jepun di Indonesia (10 Markah)
a. Ke arah berkerajaan sendiri
 Tentera Jepun telah memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk bersama-sama
dengan tentera Jepun memerintah negara mereka.
 Golongan terpelajar telah diberi peluang untuk menyertai pentadbiran, manakala ahli-ahli
politik pula diberi kebebasan untuk berpolitik
 Tahanan politik semasa penjajahan Barat seperti Soekarno, Hatta dan Syahrir di
Indonesia telah dibebaskan kerana dijadikan tahanan semasa pemerintahan pihak British
 9 Julai 1943, Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) ditubuhkan di Indonesia, untuk
memantapkan sokongan penduduk Indonesia kepada Jepun
 Penubuhan Tentera Pembela Tanah Air (PETA) pada September 1943 pula bertujuan
untuk mempertahankan Indonesia daripada Kuasa Berikat

b. Tumpuan utama Jepun kepada golongan pemuda Indonesia


 Dalam usaha Jepun cuba menawan hati penduduk Indonesia, golongan pemuda
merupakan antara tumpuan utama mereka
 Tentera Jepun menyebarkan propaganda kepada golongan muda untuk menanam
semangat pejuang dan antiBarat dengan slogan Jepang-Indonesia sama-sama atau Jepang
Saudara Tua,
 Barisan Pemuda Asia Raya (BPAR) yang ditubuhkan pada 11 Jun 1942 adalah untuk
melatih pemuda dengan penekanan kepada semangat dan keyakinan

c. Kekurangan sumber makanan


 Ekoran pendudukan Jepun di Indonesia menyebabkan Indonesia menghadapi
kesengsaraan akibat kekurangan sumber makanan
 Ini telah menyebabkan kebuluran yang semakin berleluasa di kalangan rakyat tempatan
 Bahan-bahan makanan seperti beras tidak dapat diimport dari luar negara seperti Burma
dan Siam akibat peperangan
 Hal ini juga mengakibatkan taraf kesihatan telah merosot akibat merebaknya penyakit
tropika seperti taun, malaria dan sebagainya.

http://sejarahstpm.blogspot.com/
d. Gerakan nasionalisme Indonesia
 Zaman pendudukan Jepun di Indonesia antara tahun 1942-1945 juga adalah satu
tempoh yang sangat penting kepada gerakan nasionalisme
 Pendudukan Jepun juga telah memperkukuhan gerakan Indonesia dan
mempercepatkan proses kemerdekaan melalui slogan-slogannya sebelum perang
dunia kedua meletus iaitu “Jepun Pemimpin Asia” dan “Jepun Cahaya Asia”
 Antara gerakan nasionalisme ialah PUTERA, MASJUMI, PETA
 Rakyat tempatan diberi kesempatan memegang jawatan penting
 Ini memberi keyakinan kepada mereka untuk memerintah negara sendiri

2. Kesan-kesan pendudukan Jepun di Vietnam (10 Markah)


a. Jepun memberi sokongan kepada golongan agama dan pemimpin nasionalis Vietnam
 Tahanan politik seperti pemimpin Cao Dai dan Hoa Hoa telah dibebaskan
 Trang Quang Vinh dan kumpulan Cao Dai misalnya menjalankan kerjasama dengan
pemerintahan Jepun sebagai golongan intelek untuk memerhati pemerintah Perancis
 1944 kumpulan ini telah mendapat latihan dan kerja-kerja teknik daripada Jepun

b. Penderitaan oleh para petani Vietnam


 Penduduk Vietnam menghadapi penderitaan akibat paksaan yang dikenakan ke atas
petani mereka
 Tentera Jepun telah memaksa petani Vietnam untuk menukarkan sebahagian tanah subur
mereka untuk penanaman jut, rami, kacang, dan tumbuhan minyak jarak
 Arahan tentera Jepun ini telah menimbukan masalah kerana kawasan utara dan tengah
mengalami kekurangan bahan bijiran
 Untuk menguatkuasakan dasar ini, tentera Jepun dan Kempitai akan mengawas kampung
petani
 Makanan pula makin berkurangan dan mereka terpaksa memakan jagung, kentang atau
kekacang bagi mengantikan beras

c. Serangan ke atas Jepun diteruskan oleh perjuangan komunis


 Viet Minh mendakwa bahawa dia mempunyai seramai 200 000 orang ahli di Tongking
dan menjalankan serangan gerila dan menyebar propaganda kepada penduduk Vietnam
 Mereka berikrar untuk menyingkirkan Jepun dan Bao Dai serta menubuhkan republik
 Kemerdekaan yang diberikan oleh Jepun kepada Annam dan Tongking hanyalah satu
propaganda Jepun untuk mendapat sokongan rakyat Vietnam
 Bao Dai sendiri berasa kecewa denga sikap Jepun yang tidak mahu membantu masalah
yang dialami Wilayah Annam dan Tongking

Kesimpulan (2M)
 Sifat Jepun yang menindas rakyat tempatan yang menyebabkan penderitaan penduduk
Indonesia dan Vietnam. Pihak Jepun turut memperkenalkan pelbagai dasar untuk
mengukuhkan kedudukannya di Indonesia dan Vietnam
 Dasar ekonomi Jepun sangat teruk sehingga menyebabkan masalah inflasi. Selain itu,
Jepun telah mengeksploitasi kekayaan sumber alam di Vietnam dan Indonesia untuk
kepentingan negaranya. Walau bagaimanapun. Jepun member kebebasan terhadap

http://sejarahstpm.blogspot.com/
gerakan kebangsaan di kalangan tokoh-tokoh nasiolis. Keadaan ini telah membangkitkan
semangat untuk mencapai kemerdekaan sebaik sahaja Jepun menyerah kalah dalam
Perang Dunia Kedua

Soalan 12
Jelaskan pembangunan sosioekonomi negara Myanmar dan Thailand selepas tamat Perang
Dunia Kedua sehingga tahun 1963.

Pendahuluan (3 markah)
 Selepas Perang Dunia Kedua pada tahun 1945, Thailand telah berusaha untuk
membangunkan sosioekonominya. Pelbagai bidang ekonomi telah dimajukan untuk
manfaat rakyatnya. Antara bidang ekonomi yang dimajukan ialah pertanian dan
perindustrian. Kerajaan menaiktaraf dan menambahbaik segala kemudahan sosial.
 Kemerdekaan Myanmar daripada British memberikan peluang untuk membangunkan
negara sendiri. Pada awal kemerdekaannya, Myanmar banyak memberikan tumpuan
terhadap pembangunan sosioekonomi. Myanmar banyak bergantung kepada sektor
pertanian. Pembangunan untuk kesejahteraan rakyat turut diberikan keutamaan oleh
kerajaan.

Isi-isi penting
Myanmar (10 markah)

 Pemimpin Myanmar telah mengambil tindakan yang berkesan ke arah memajukan


ekonomi negara mereka. Antara tindakan yang dilaksanakan ialah penubuhan
Kementerian Perancangan Kebangsaan yang bertujuan merancang segala pembangunan
ekonomi negara. Selain itu, kerajaan juga telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Dua
Tahun dan Akta Hak Milik Negara. Kedua-dua pendekatan tersebut bertujuan
memaksimumkan hasil pendapatan negara.
 Perkembangan yang pesat dalam ekonomi Myanmar terutama sekali bidang pertanian
khususnya penanaman padi. Padi merupakan tanaman utama Myanmar selepas British
memperkenalkan berbagai langkah seperti menyediakan pasaran eksport beras dan
kemudahan kepada para petani untuk mendapatkan pinjaman. Selain itu, British telah
menggalakkan pembukaan tanah-tanah pertanian yang baru dan memperbaiki kemudahan
pengairan di kawasan sawah padi. Kawasan penanaman padi yang utama ialah di
Arakkan, Tenasserim, Myanmar Hilir. Sekitar tahun 1870, Myanmar telah mengeksport
kira-kira 40 peratus beras di dunia. Selain penanaman padi Myanmar turut mengusahakan
tanaman lain secara besar-besaran seperti sekoi, getah, kelapa sawit dan tebu.
 Penggunaan kepakaran asing untuk membangunkan ekonomi Myanmar telah
dilaksanakan sebaik sahaja mencapai kemerdekaan. Perdana Menteri U Nu telah
menggunakan khidmat pakar ekonomi dari Amerika Syarikat. Oleh yang demikian,
Myanmar telah melaksanakan satu program pembangunan yang dikenali sebagai
Rancangan Negara Makmur telah berjaya meningkatkan ekonomi negara dengan
penglibatan pihak swasta.
 Sumber ekonomi yang turut berkembang semasa pemerintahan British di Myanmar ialah
sektor pembalakkan. Kayu jati merupakan hasil utama yang paling berharga di
Myanmar. British telah menjadikan kayu jati sebagai hak milik mahkota British untuk
memaksimumkan penguasaan pembalakkan. Oleh yang demikian, British telah
memperkenalkan pelbagai perubahan untuk menguasai sumber hutan tersebut. Misalnya
pada tahun 1856, Jabatan Perhutanan telah diwujudkan untuk memastikan pengurusan

http://sejarahstpm.blogspot.com/
dan hasil hutan dapat diusahakan dengan sempurna. Jabatan Perhutanan telah berjaya
mengurangkan kegiatan pembalakkan secara haram yang mengakibatkan banyak
kawasan hutan diselamatkan. Selain itu, kawasan-kawasan hutan simpan telah diwartakan
untuk memastikan sumber hutan yang berharga dapat dilestarikan.
 Myanmar telah mendapatkan bantuan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang
berupa bantuan kepakaran dan teknikal. Misalnya bantuan PBB telah berjaya
meningkatkan pengeluaran kayu jati. Myanmar merupakan pengeluar kayu balak yang
terbesar di dunia dengan menguasai kira-kira 75 peratus keluaran dunia. British telah
memberikan lesen pembalakkan kepada beberapa syarikat pembalakkan. Misalnya
Syarikat Bombay-Burma Trading Coporation yang merupakan syarikat pembalakkan
yang terbesar.
 Perlombongan minyak turut berkembang dengan pesat semasa pendudukan British. Pada
peringkat awal, perlombongan minyak di Myanmar telah dimonopoli oleh golongan
istana. Kaedah dan penggunaan minyak hanyalah terhad dan bersifat tradisional. Selepas
pengusahaan British, telah memperkenalkan kaedah perlombongan baru melalui syarikat-
syarikat perlombongan asing. Misalnya pada tahun 1886, Burma Oil Company telah
diwujudkan oleh British untuk urusan carigali dan perlombongan. Menjelang akhir abad
ke-19, pengeluaran minyak Myanmar telah meningkat dengan adanya kilang penapisan
minyak di Syriam. Dengan itu, Myanmar telah berjaya menghasilkan lebih kurang 270
juta tan minyak.
 Dalam bidang sosial, Myanmar telah berusaha untuk membangunkan sistem pendidikan.
Bahasa Myanmar telah dijadikan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan, manakala
bahasa Inggeris dijadikan bahasa kedua. Kerajaan turut menaiktaraf kemudahan kesihatan
untuk rakyatnya dengan pembinaan pusat-pusat kesihatan. Misalnya pada tahun 1961,
kerajaan telah berjaya mengurangkan kadar kematian bayi sebanyak 55 peratus.
 Kerajaan Myanmar telah mengisytiharkan agama Buddha sebagai agama rasmi negara.
Hal ini bertujuan membendung ideologi dan kegiatan komunis yang berusaha
mempengaruhi rakyat Myanmar.

Thailand (10 markah)

 Sebenarnya pembanguanan dalam aspek sosioekonomi Thailand mula berkembang pesat


pada zaman pemerintahan Rama IV iaitu Raja Mongkut tahun 1851. Kemudian
bertambah pesat ketika pemeritahan Raja Chulalongkorn tahun 1868. Selepas tamat
Perang Dunia Kedua pembanguanan dalam bidang pertanian semakin dipertingkatkan
oleh kerajaan Thailand telah memajukan sektor tersebut. Sebagai contohnya kerajaan
telah memperkenalkan kaedah moden untuk penanaman padi, getah dan kayu jati.
Kerajaan Thailand juga mempermodenkan sistem pengairan yang telah dibina semenjak
beberapa abad yang lama. Antara tempat pengairan yang moden adalah Delta Irrawady,
dan Delta Tomnesap. Kawasan–kawasan pengairan ini merupakan kawasan penanaman
padi yang utama di Thailand. Menjelang tahun 1960-an Thailand semakin meningkatkan
hasil keluaran pertanian terutamanya padi. Justeru itu, padi merupakan eksport utama
Thailand. Selain itu, kerajaan juga menggalakkan tanaman seperti kelapa.
 Dalam sektor perindustrian, kerajaan Thailand memajukan industri pemprosesan beras,
gula dan kayu jati. Thailand tidak mahu bergantung semata-mata terhadap sektor
pertanian semata-mata. Hasil pertanian yang dieksport mentah tidak memberikan
pulangan pendapatan yang lumayan. Oleh yang demikian, hasil pertanian diproses
menjadi barang siap dan separuh siap sebelum dieksport. Menjelang tahun 1961,
Thailand telah meningkatkan aktiviti industri berat terutama peleburan besi dan
membuat kaca. Selain itu, kerajaan telah memajukan juga ringan seperti memproses

http://sejarahstpm.blogspot.com/
padi, gula, dan juga kraftangan. Malahan kerajaan juga telah meningkatkan penghasilan
batu permata, garam dan batu kapur. Pada tahun 1959, bidang perindustrian di Thailand
mengalami fasa baru setelah loji penipasan minyak telah dibina yang mempunyai kapasiti
pengeluaran mencecah kira-kira 280 000 tong sehari.
 Pada tahun 1960, kerajaan telah mewujudkan Rancangan Pembangunan Enam Tahun
yang bertujuan membawa asas bagi satu ekonomi yang berkembang dengan luasnya di
Thailand. Bagi mendukung usaha pembangunan ekonomi tersebut maka, kerajaan telah
menubuhkan Lembaga Kemajuan Ekonomi Kebangsaan dan Kementerian Pembangunan
Negara. Rancangan pembangunan tersebut telah berjaya meningkatkan ekonomi Thailand
yang mengalami kemerosotan akibat daripada Perang Dunia Kedua.
 Penyediaan kemudahan sosial seperti pendidikan, pengangkutan dan sebagainya
dimajukan oleh kerajaan, misalnya dalam bidang pendidikan memaksa anak-anak
golongan atasan mempelajari bahasa Inggeris yang dikendalikan di istana oleh kerana
pendidikan barat lebih maju. Bagi menguruskan perjalanan pelajaran dengan lebih terarur
dan sisematik. Penyusunan sistem pendidikan diperkemaskan dengan menubuhkan
pejabat pelajaran di Bangkok. Bagi memberi pelajaran kepada rakyat, kerajaan telah
menyamakan sistem pendidikan Thailand dengan sistem pendidikan Barat dan
menubuhkan sekolah dengan dua bahasa pengantar, sekolah bahasa pengantar Inggeris
dan sekolah bahasa pengantar Thailand contohnya sekolah Sunandalayat ( sekolah
perempuan) dan sekolah harian (golongan pertengahan).
 Kerajaan menyedari bahawa negara Thailand memerlukan tenaga pakar dalam pelbagai
seperti kemahiran teknik yang lebih khusus seperti kejuruteraan. Oleh yang demikian
kerajaan berusaha untuk meningkatkan kepakaran teknikal dengan mewujudkan sistem
pendidikan yang menjurus kepada bidang tersebut. Tambahan pula, kerajaan telah
berusaha untuk meningkatkan jumlah sekolah rendah dengan menguatkuasakan undang-
undang mewajibkan semua kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan peringkat
rendah. Kerajaan telah mengeluaran perbelanjaan yang cukup besar untuk menaiktaraf
sistem persekolahan di Thailand.
 Kerajaan juga menjalankan dasar memajukan kemudahan-kemudahan asas untuk orang
ramai. Pada peringkat awal usaha tersebut kerajaan Thailand mendapat bantuan dan
pinjaman daripada negara asing. Sejumlah besar pinjaman diperolehi daripada pinjaman
Bank Dunia. Antara kemudahan asas yang dimajukan ialah jalan keratapi untuk
memudahkan perhubungan antara wilayah di seluruh negara. Selain itu, pelabuhan
Bangkok, pembinaan empangan air bagi menjana kuasa dan juga pengairan kawasan
pertanian turut dinaiktaraf. Kerajaan Thailand juga telah mendapat bantuan dari pelabur
asing untuk pembangunan jalan raya, perhubungan telekomunikasi, kesihatan dan
kebersihan.

Kesimpulan (2 markah)
 Pembangunan sosioekonomi di Myanmar dan Thailand telah berjaya meningkatkan taraf
hidup pendudukanya. Pendapatan negara turut meningkat dengan pelaksanaan semua
perancangan ekonomi.
 Kejayaan rancangan pembangunan sosioekonomi di Myanmar dan Thailand merupakan
bukti kerjasama antara kerajaan dengan rakyat. Kedua-dua negara telah berusaha
memajukan negara masing-masing.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

You might also like