You are on page 1of 4

Seorang sahabat karib anda berada di luar negara kerana melanjutkan

pelajarannya. Sahabat anda itu telah menulis surat kepada anda untuk meminta
penjelasan tentang usaha-usaha kerajaan untuk memartabatkan sukan negara.

7107, Jalan 18/11,


Taman Seri Angsana,
75050 Melaka.

22 Jun 2005.

Menemui sahabatku, saudari Maria yang kini berada di London. Selamat


sejahtera kepada saudari.

Saudari,

Apa khabar sekarang? Saya berharap agar saudari dalam keadaan sihat
sejahtera sentiasa. Saya di sini dalam keadaan yang sihat. Saya telah menerima
surat saudari beberapa hari yang lepas.Melalui surat ini saya menyatakan
tentang usaha-usaha yang sedang dilakukan oleh pelbagai pihak untuk
memartabatkan sukan negara.

Saudari,

Usaha yang sedang dijalankan di peringkat sekolah-sekolah ialah


semua pelajar diwajibkan melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan permainan di
sekolah. Sebagai contoh setiap pelajar diberi peluang untuk memilih permainan
yang diminati oleh mereka. Pelajar juga dapat mempelajari teknik permainan
yang betul. Maka pelajar berpeluang mewakili pertandingan yang dianjurkan
oleh Jabatan Pelajaran Negeri. Selain itu bakat pelajar dalam bidang sukan
dapat dikenal pasti dan sekolah dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam
bidang sukan. Oleh itu negara akan mempunyai ramai ahli sukan untuk
memartabatkan sukan negara di mata dunia

Saudari,

Usaha lain ialah kerajaan juga telah menyediakan lebih banyak


kemudahan sukan dan kemudahan-kemudahan ini dibina untuk kemudahan
penduduk luar bandar. Selain itu kerajaan sentiasa memantau kemudahan-
kemudahan yang disediakan. Kesannya lebih ramai penduduk luar bandar
melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sukan. Di samping itu kemudahan-
kemudahan ini mampu mengurangkan gejala sosial dan kesihatan masyarakat
akan lebih terjamin. Bak kata pepatah ‘Badan Cergas Otak Cerdas’ telah
menjadi amalan rakyat Malaysia. Justeru, bidang sukan di semua negeri dapat
dimartabatkan.
Saudari,

Jurulatih juga memainkan peranan yang penting untuk membaiki mutu


sukan negara. Sebagai contoh jurulatih yang berpengalaman dapat membantu
atlit. Di samping itu kepakaran yang ada pada jurulatih harus diajar kepada para
atlit. Oleh itu atlit akan memberi lebih tumpuan dalam bidang sukan yang
diceburi dan para atlit dapat membaiki kelemahan diri masing-masing. Dengan
demikian atlit mampu meraih pingat dalam setiap pertandingan. Seterusnya,
negara dapat meningkatkan kegemilangan sukan negara.

Saudari,

Bagi menghargai jasa para atlit ganjaran perlu diberikan kepada atlit
yang mengharumkan nama negara. Misalnya atlit yang berjaya dalam bidang
sukan diberi tempat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan
mereka juga diberi sumbangan kewangan oleh badan-badan sukan serta
pihak swasta. Kerajaan juga memperkenalkan skim pencen kepada atlit yang
berjaya. Secara tidak langsung atlit yang berkualiti dapat dilahirkan dan masa
depan atlit yang bersara lebih terjamin. Oleh yang demikian atlit akan lebih
bersemangat untuk melibatkan diri secara aktif. Dengan ini imej sukan dapat
dimartabatkan di mata rakyat negara ini.

Setakat inilah sahaja, warkah saya pada kali ini. Saya mendoakan
semoga saudari berjaya di perantauan. Semoga berjumpa lagi di lain lembaran.

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,
Alifah
Anda telah mewakili sekolah anda dalam pertandingan syarahan peringkat
daerah.
Tajuk syarahan ialah “Usaha-usaha Kerajaan Untuk Memartabatkan Sukan
Negara”
Tuliskan teks syarahan itu selengkapnya.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana,
Yang Berbahagia Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Melaka Tengah, guru-guru,
rakan-rakan pelajar ,serta hadirin sekalian. Selamat pagi dan selamat sejahtera.
Pagi ini saya akan menyampaikan suatu syarahan yang bertajuk ‘ Usaha-usaha
Kerajaan Untuk Memartabatkan Sukan Negara’.

Para hadirin yang saya hormati,

Usaha yang sedang dijalankan di peringkat sekolah-sekolah


ialah semua pelajar diwajibkan melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan
permainan di sekolah. Sebagai contoh setiap pelajar diberi peluang untuk
memilih permainan yang diminati oleh mereka. Pelajar juga dapat mempelajari
teknik permainan yang betul. Maka pelajar berpeluang mewakili pertandingan
yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri. Selain itu bakat pelajar dalam
bidang sukan dapat dikenal pasti dan sekolah dapat mencungkil bakat-bakat
baru dalam bidang sukan. Oleh itu negara akan mempunyai ramai ahli sukan
untuk memartabatkan sukan negara di mata dunia

Warga dewan yang saya muliakan,

Usaha lain ialah kerajaan juga telah menyediakan lebih banyak


kemudahan sukan dan kemudahan-kemudahan ini dibina untuk kemudahan
penduduk luar bandar. Selain itu kerajaan sentiasa memantau kemudahan-
kemudahan yang disediakan. Kesannya lebih ramai penduduk luar bandar
melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sukan. Di samping itu kemudahan-
kemudahan ini mampu mengurangkan gejala sosial dan kesihatan masyarakat
akan lebih terjamin. Bak kata pepatah ‘Badan Cergas Otak Cerdas’ telah
menjadi amalan rakyat Malaysia. Justeru, bidang sukan di semua negeri dapat
dimartabatkan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Jurulatih juga memainkan peranan yang penting untuk membaiki mutu


sukan negara. Sebagai contoh jurulatih yang berpengalaman dapat membantu
atlit. Di samping itu kepakaran yang ada pada jurulatih harus diajar kepada para
atlit. Oleh itu atlit akan memberi lebih tumpuan dalam bidang sukan yang
diceburi dan para atlit dapat membaiki kelemahan diri masing-masing. Dengan
demikian atlit mampu meraih pingat dalam setiap pertandingan. Seterusnya,
negara dapat meningkatkan kegemilangan sukan negara.
Bagi menghargai jasa para atlit ganjaran perlu diberikan kepada atlit
yang mengharumkan nama negara. Misalnya atlit yang berjaya dalam bidang
sukan diberi tempat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan
mereka juga diberi sumbangan kewangan oleh badan-badan sukan serta
pihak swasta. Kerajaan juga memperkenalkan skim pencen kepada atlit yang
berjaya. Secara tidak langsung atlit yang berkualiti dapat dilahirkan dan masa
depan atlit yang bersara lebih terjamin. Oleh yang demikian atlit akan lebih
bersemangat untuk melibatkan diri secara aktif. Dengan ini imej sukan dapat
dimartabatkan di mata rakyat negara ini.

Kesimpulannya kerjasama semua pihak amat diperlukan demi


memartabatkan sukan negara. Majulah Sukan Untuk Negara.Akhir kata, sebelum
saya mengundurkan diri, saya menyusun jari sepuluh jika kata-kata saya tadi
menyinggung perasaan para hadirin.

Sekian. Terima kasih.

You might also like