You are on page 1of 6

Isu-isu Salah Laku di Kalangan Guru

Pengenalan

Ungkapan dulu-dulu guru ibarat liln yang membakar diri menerangi orang lain .Sangat
menyentuh dan mendalam sekali makna ungkapan ini .Jika dikaji guru adalah insan yang sangat
dihormati kerana sanggup berkorban apa jua dalam melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya
.Diceruk mana pun dia berada dan sekecil mana pun imbuhan yang diberi ,amanah yang digalas
tetap dijalani .Sebarang masalah yang timbul gurulah sebagai rujukannya .Daripada masalah
masyarakat setempat hinggalah kepada masalah-masalah yang berlaku dalam rumahtangga
.Guru adalah pendamai ,penyelesai masalah malah hakim sekalipun .

Mutakhir ini berita-berita di dada-dada media massa amat mengguriskan perasaan dan
mencalarkan maruah . Insan bergelar guru bukan lagi manusia dihormati .Malah telah
mencalarkan maruah dan merendahkan harga diri seorang guru .Seorang guru telah sanggup
memusnahkan anak bangsanya sendiri dengan mengedar dadah .Seorang guru telah
menunjukkan sikap hidung belangnya dengan mencabul dan membuat salah laku seks kepada
pelajar-pelajarnya .Seorang guru mutakhir ini sanggup ponteng kerja dan tidak lagi menunaikan
amanah yang digalas dengan sebenarnya .Ketidakupayaan guru menunjuk model dan teladan
yang baik akan menjadi batu penghalang kea rah pembentukan pelajar yang baik .Bahkan ia
merupakan titik cemar dalam keperibadian guru berkenaan .
1. Bentuk Salah Laku

Antara bentuk-bentuk salah laku yang sering kita dengar ialah :

1.1 Pengedaran dadah


Guru sepatutnya menjauhkan murd-muridnya daripada najis dadah .Tetapi yang berlaku
adalah sebaliknya .Sekarang ini ,guru malah menjual najis dadah kepada pelajar-pelajarnya
demi mendapatkan kesenangan materi yang hanya sementara .Seperti mana yang kita lihat
di kaca televisyen ,seorang guru di Sekolah Menengah Agama di Terengganu yang ditangkap
kerana menjual dadah dan telah dijatuhkan hukuman .
1.2 Mencabul dan Salah Laku Seks

Memang tidak dinafikan guru adalah manusia biasa .Tetapi sebagai seorang guru lebih-lebih
lagi guru muslim mestilah dapat mengawal naluri dan keinginan semulajadi mereka
.Terdapat kejadian murid diperkosa ketika menghadiri tuisyen atau semasa lawatan
sekolah .murid menjadi trauma dan ini menjejaskan psikologi murid .

1.3 Mengenakan Hukuman yang Melampau Terhadap Murid

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kejadian di sebuah sekolah agama .Murid tahun satu
dihukum dengan melampau hingga menyebabkan kematian .Bayangkan murid sekecil itu
disepak ,ditumbuk ,diterajang dan diikat pada pokok .Tindakan ini bukan untuk mendidik
tetapi lebih kepada untuk melepaskan geram .Nabi Muhammad s.a.w. sendiri berlemah
lembut dalam mendidik .Kenapa kita tidak mengikut apa yang diajarkan oleh Islam itu ?
Sebaliknya kita masih mengikut hawa nafsu dalam menjatuhkan hukuman .
1.4 Ponteng Kerja

Ramai di kalangan guru sekarang memandang remeh kepada gelaran ‘guru’ .Guru sentiasa
menjadi sasaran perhatian segenap kelompok masyarakat .Apabila ada di kalangan guru
yang sanggup ponteng kerja dengan alasan yang tidak munasabah dan tidak menjalankan
amanah yang digalas , maka tercemarlah ‘title’ guru sebagai pendidik ,guru sebagai role
model kepada anak didiknya .

1.5 Pekerjaan Luar

Desakan hidup dan taraf hidup yang tinggi memaksa guru melakukan pekerjaan sampingan
untuk menambah pendapatan .Tetapi apabila telah taksub dengan pekerjaan kedua maka
terabailah kerja yang wajib .Anak-anak didik dibiarkan ,tidak menghadiri kegiatan kurikulum
dank ko-kurikulum dan sebagainya .Guru-guru ini lebih mementingkan tugas-tugas peribadi
mereka atau pekerjaan kedua mereka daripada mendidik murid-murid yang sepatutnya
menjadi keutamaan .
2. Cara Penyelesaian

Cara-cara penyelesaian yang mungkin dapat dijalankan terhadap permasalahan ini :

2.1 Pembangunan Sifat-sifat dan Sahsiah Positif

Tidak dinafikan bahawa guru yang mempunyai keperibadian yang baik akan meninggalkan
kesan yang positif dalam diri anak didik mereka .Alat teknologi moden walau secanggih
manapun tidak dapat menggantikan peranan guru .Guru sebagai role model kepada anak-
anak didiknya .Jadi guru-guru hendaklah mengikuti terapi rohaniah dan selalu
memotivasikan diri mereka .Dekatkan diri kepada Allah .Berfikiran selesa dan boleh
menyesuaikan diri dengan murid-murid mereka .

2.2 Mengurangkan Beban Tugasan Guru

Kebanyakan guru hari ini sangat terbeban dengan tugas-tugas yang dijalankan sehari-hari
.Kerja-kerja penkeranian yang tidak sepatutnya dijalankan oleh guru semakin hari semakin
menimbun .Perkara ini boleh mendatangkan tekanan di kalangan guru .,Jadi adalah perlu
perkara seperti ini dititikberatkan oleh pentadbir untuk mengelakkan perkara yang tidak
diingini berlaku .

2.3 Menggunakan Kecenderungan dan Bakat Semulajadi

Pihak pentadbir haruslah memainkan peranan dalam hal ini .Kenal pasti apakah bakat atau
kecenderungan guru-guru yang bermasalah .Kemudian biarkan mereka membuat pilihan
yang memberi faedah kepada semua pihak .
2.4 Tingkatkan Taraf Dalam Profesion Perguruan

Sebagai memenuhi keperluan psikologi manusia yang sentiasa inginkan kesenangan dan
kemewahan ,adalah wajar jika jawatan perguruan ini diberikan peningkatan dari segi
imbuhan .Ini adalah untuk mengelakkan mereka terjebak dalam kegiatan tidak bermoral .

2.5 Penghargaan Kendiri

Sifat semulajadi manusia memang ingin dihargai .Pihak pentadbir perlu prihatin tentang
perkara ini .Untuk mengelakkan guru-guru daripada tidak menjalankan tugas atau tidak
hadir bertugas pengikitirafan hendaklah diberikan kepada mereka .Adakan sedikit
sumbangan setiap bulan .Contohnya , guru yang datang awal pada bulan itu .Atau guru yang
selalu menyiapkan tugas dengan baik dan sebagainya .
Kesimpulan

Zaman yang serba canggih atau dikatakan zaman globalisasi ini bukan sahaja memberi
impak kepada anak-anak atau murid-murid tetapi juga kepada guru-guru .Guru-guru
berhadapan dengan kenakalan murid yang semakin serius .Berikan ruang kepada guru
untuk menjalankan tugas mereka untuk mendidik pelajar-pelajar menjadi pelajar yang
berjaya .Berdasarkan pengalaman ,masih ada guru yang bermasalah ,selalu ponteng kerja
dan sebagainya .Pihak pentadbir juga telah melakukan pelbagai cara untuk membuat
mereka ini sedar tentang tanggungjawab mereka .Antaranya memberi nasihat secara
bertulis dan bersemuka empat mata .Sekiranya tidak diendahkan juga barulah diberi
amaran .Pihak pentadbir juga telah cuba memenuhi keperluan-keperluan guru dibawah
pimpinan mereka .Ini adalah untuk menjadikan guru-guru lebih produktif .

Rujukan

1. Pembangunan Sahsiah ,Modul Pendidikan Jarak Jauh .


Rahmatullah Khan Abdul Wahab Khan
2. Panduan Penyelenggaraan Tindakan Tatatertib
Kementerian Pendidikan Malaysia

You might also like