You are on page 1of 4

Implikasi mengenakan hukuman korporal tanpa penurunan kuasa kepada guru mengikut

Seksyen 323 Kanun Keseksaan

Saban hari kes disiplin dilaporkan di akhbar mahupun di televisyen. Bagaimanapun,


ada juga kes yang melibat kecuaian guru dilaporkan yang juga berkaitan dengan salah laku
disiplin pelajar. Kes sedemikian melibatkan laporan polis memandangkan ia ditafsir sebagai
kes yang serius sehingga menyebabkan kecederaan.

Menurut Akta 574, Seksyen 323 ialah “Seksaan Kerana Dengan Sengaja Menyebabkan
Cedera. Barang siapa, kecuali dalam hal yang diperuntukkan oleh seksyen 334 (Dengan
Sengaja Menyebabkan Cedera Atas Bangkitan-Marah), dengan sengaja menyebabkan cedera,
hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai setahun, atau dengan
denda yang boleh sampai dua ribu ringgit, atau dengan kedua-duanya.”

Jika diteliti semua siaran berita akhbar, kes-kes di bawah Seksyen 323 ini lebih banyak
melibatkan pelajar memukul guru, pelajar memukul pelajar di sekolah yang sama, waris
memukul guru ataupun guru mencederakan rakan sekerja di Malaysia. Sebagai contoh, kes
yang terbaru di mana seorang pelajar Tingkatan Dua menumbuk muka guru, Mariati Mat Ali,
37, semasa beliau cuba meleraikan pergaduhan sekumpulan pelajar di hadapan sebuah kelas.
Guru tersebut mengalami kecederaan patah tulang hidung. Sementara itu, Ketua Polis Daerah
Padang Besar mengesahkan kejadian itu dan satu laporan lagi dibuat oleh seorang pelajar
Tingkatan Satu yang mendakwa beliau ditendang oleh pelajar yang sama. Dan kes itu disiasat
mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.

Terdapat juga kes di mana guru disiasat di bawah Seksyen 323 kerana bertindak
menampar seorang pelajar hanyar kerana lewat sepuluh minit hadir ke sekolah sehingga
menyebabkan kecederaan. Ibu kepada murid Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar
Puchong 2 ini mendakwa bukan sahaja anaknya mengalami trauma, malah pendengaran
telinga kanannya turut terjejas selepas ditampar oleh guru disiplinnya. Ibunya, Kavitah
Vathamalai, mendakwa anak perempunnya yang berusia sembilan tahun mengadu telinga
kanannya sakit sehingga mengalami kesukaran untuk tidur dan demam. Ketua Polis Daerah
Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan
laporan mengenai kejadian itu dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Selain itu, ibu murid tersebut cuba mendapatkan penjelasan daripada guru besar namun pihak
sekolah menghalang ibunya berjumpa dengan guru terbabit. Walau bagaimanapun, keratan
akhbar tidak menyatakan implikasi tindakan guru ini kerana melanggar Seksyen 323. Tetapi
jika diteliti mengikut peruntukan undang-undang di bawah seksyen ini, guru ini boleh
dikenakan hukuman dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai setahun, atau dengan
denda yang boleh sampai dua ribu ringgit, atau dengan kedua-duanya.

Terdapat satu kes lagi di mana seorang guru dijatuhi hukuman denda RM 2,000 atau
empat bulan penjara jika gagal menjelaskan denda, selepas didapati bersalah mencederakan
guru besar sekolah tempat beliau mengajar lebih empat tahun lalu. Norazman Abdul Wahab
didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menumbuk muka dan menyepak
paha Halim Saad di pejabat Sekolah Kebangsaan Gerigis. Norazman dalam rayuannya
meminta pihak mahkamah meringankan hukuman kerana dia digantung kerja sejak Mac
2008, manakala dua anaknya akan memasuki universiti dan dua lagi masih belajar di sekolah
menengah. Timbalan Pendakwa Raya, Ana Rozana Mohd Nor meminta mahkamah
menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh yang merupakan
pendidik supaya menjadi contoh kepada penjawat awam lain.
Implikasi mengenakan hukuman korporal tanpa penurunan kuasa kepada guru mengikut
Seksyen 320 Kanun Keseksaan

Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan satu kes yang berkaitan dengan seorang
pelajar sekolah rendah, Saiful Syazani Sopfidee, 7, dibelasah di asrama oleh seorang guru
agama sehingga mati. Murid ini hanya disyaki mencuri sejumlah wang yang kecil tetapi
menerima hukuman yang tidak setimpal. Guru agama tersebut mengikat murid ini di tingkap
sekolah berasrama sebelum dibelasah atas sebab kesalahan mencuri RM7. Pelajar tersebut
dibelasah hampir dua jam dan pengsan selepas kejadian akibat kecederaan di kepala dan
tubuh badan akibat dipukul bertubi-tubi. Berdasarkan dakwaan bapanya, muka mangsa
bengkak selain lebam di mata dan pipi kiri. Malah, ada kesan melecet di tangannya kesan
akibat diikat. Mengikut laporan hasil bedah siasat pakar patologi, didapati murid ini mati
akibat pendarahan otak dan lemas. Laporan bedah siasat juga menunjukkan leher Saiful telah
ditekan benda lembut atau tumpul yang menyebabkan kurang oksigen pada otak mangsa
seterusnya berlaku pendarahan otak. Memandangkan kes ini menyebabkan kematian, maka
ianya disiasat di bawah Kanun Keseksaan 302 iaitu membunuh dengan niat. Ia adalah satu
pendakwaan yang mana hukuman mandatori adalah hukuman gantung sehingga mati.

Walau bagaimanapun, sekiranya pelajar ini masih hidup tetapi dia mungkin mengalami
kecacatan anggota ataupun otak yang kekal akibat daripada perbuatan guru agama yang tidak
berperikemanusiaan itu. Jika ini yang berlaku kepada murid yang malang itu, mungkin guru
ini hanya didakwa di bawah Seksyen 323 atau 324. Menurut Akta 574, Seksyen 320
mendefinisikan jenis cedera parah seperti berikut:

Hanya jenis – jenis cedera berikut sahaja yang dinamakan “parah”;

(a) Hilang tenaga kelakian


(b) Hilang selama – lamanya penglihatan salah satu mata
(c) Hilang selama – lamanya pendengaran salah satu telinga
(d) Hilang sesuatu anggota atau sendi
(e) Binasa atau lemah selama – lamanya daya sesuatu anggota atau sendi
(f) Cacat selama – lamanya kepala atau muka
(g) Patah atau retak tulang atau selisih sendi
(h) Apa-apa cedera yang membahayakan nyawa atau yang menyebabkan orang tercedera
itu menderita kesakitan tubuh yang amat sangat, atau tidak boleh menjalankan
pekerjaannya yang biasa selama dua puluh hari.

Jika guru ini hanya mencederakan muridnya dengan memukul bertubi-tubi dan tidak
menyebabkan kematian, berkemungkinan dia boleh didakwa di bawah Seksyen 323 iaitu
kerana dengan sengaja menyebabkan cedera. Huraian seksyen ini ialah, “Barang siapa,
kecuali dalam hal yang diperuntukkan oleh seksyen 334 (Dengan Sengaja Menyebabkan
Cedera Atas Bangkitan-Marah), dengan sengaja menyebabkan cedera, hendaklah diseksa
dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai setahun, atau dengan denda yang boleh
sampai dua ribu ringgit, atau dengan kedua – duanya.”

Tetapi jika guru ini menggunakan benda yang tumpul dan lembut untuk mencederakan
muridnya dan tidak menyebabkan kematian, maka dia boleh didakwa di bawah Seksyen 324
iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain
benda yang merbahaya. Huraian seksyen ini ialah, “Barang siapa, kecuali dalam hal yang
diperuntukkan oleh Seksyen 334, dengan sengaja menyebabkan cedera dengan jalan
menggunakan apa-apa alat untuk menembak, menikam, atau memotong, atau apa-apa alat
yang, jika digunakan sebagai senjata untuk menyerang, mungkin menyebabkan kematian,
atau dengan jalan menggunakan api atau apa-apa benda hangat, atau dengan menggunakan
apa-apa racun atau apa-apa benda melecur, atau dengan jalan menggunakan apa-apa benda
merbahaya kepada tubuh manusia apabila dihisap, ditelan atau dimasukkan ke dalam
darahnya, atau dengan jalan menggunakan haiwan, hendaklah diseksa dengan penjara selama
tempoh yang boleh sampai tiga tahun, atau dengan denda, atau dengan sebat, atau dengan
mana-mana dua daripada seksaan-seksaan itu.”

Bagaimanapun, kejadian ini berakhir dengan kematian Saiful Syazani Sopfidee. Maka,
suspek kini direman untuk siasatan lanjut dan jika disabit kesalahan, guru agama ini boleh
didakwa di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 302.

You might also like