You are on page 1of 2

KITAR KARBON

1. Kitar karbon merupakan proses


pengambilan,penggunaan dan pengembalian
karbon (dalam bentuk karbon dioksida) dalam
atmosfera secara berterusan.
2. Kitar karbon bermula dengan pengikatan gas
karbon dioksida oleh tumbuhan hijau melalui
prosesfotosintesis.
3. Haiwan yang makan
tumbuhan,memperolehi unsur-unsur
karbon daripadanya.
4. Apabila tumbuhan dan haiwan mati, tumbuhan
dantubuh haiwan akan mereput.
5. Pereputan yang dilakukan oleh bakteria dan
kulat dalam tanah membebaskan karbon
dioksida.
6. Pembakaran bahan-bahan api yang
mengandungi karbon seperti arang batu dan
petroleum juga membebaskan karbon
dioksida.
7. Semasa pernafasan,kesemua tumbuhan dan
haiwanmembebaskan karbon dioksida.
8. Jadi,proses-proses seperti
pereputan,pembakaran dan pernafasan
diseimbangkan oleh fotosintesis.
b) Jelaskan bagimanakah kitar karbon berlaku?
Aliran karbon dalam pelbagaibentuk adalah penting kerana semua benda hidup
mengandungi karbon walaupun dalam bentuk yang berbeza. Kebanyakan karbon boleh
diperolehi dalam bentuk simpanan mendapan karbonat di bawah permukaan bumi. Ianya
terhasil daripada pokok dan haiwan yang telah reput dan termendap lama di bawah
permukaan bumi. Contohnya tumbuhan yang membentuk gambut dan haiwan yang mati
membentuk hidrokarbon dalam batuan seperti petroleum dan arang batu serta karbonat
seperti kalsium karbonat. Karbon juga banyak terbentuk sebagai gas karbon dioksida terlarut
dalam air dan terdapat di udara.
Komponen gas karbon dioksida hanya 2 % daripada komposisi karbon yang dibekalkan
melalui proses pernafasan oleh organisma seperti haiwan, pembebasan oleh pembakaran
bahan fosil yang dijadikan bahan api terutama dari industri dan kenderaan. Turut terbebas
gas karbon dioksida ialah melalui pembakaran sampah sarap , pereputan bahan organik.
Secara semulajadi juga letusan gunung berapi akan membebaskan gas-gas karbon
dioksidan. Gas-gas ini akan beredar dalam udara di lapisan atmosfera.
Apabila ada gas karbon dioksida yang dikeluarkan dan ada karbon dioksida yang masuk
atau diserapkan atau disimpan, maka fenomena ini didikenali sebagai kitar karbon.
Tumbuh-tumbuhan adalah agen utama menseimbangkan kandungan karbon dioksida dan
oksigen di udara melalui proses fotosintesis. Tetapi apabila kandungan udara terlalu banyak
karbon dioksida , larutan akan menolong tumbuhan menseimbangkan kandungan karbon
dioksida iaitu gas-gas kaorbon doksida diserapkan ke dalam air lautan. Orgamisma laut
seperti siput, kerang dan sebagainya akan menyimpan karbon dalam bentuk kalium
karbonat. Apabila udara telah berkurangan karbon dioksida maka karbon dikosida dari lautan
akan dikeluarkan atau diserap semula ke atmosfera.

You might also like