You are on page 1of 7

Kenyataan Dasar

Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia berusaha untuk mencapai dan mengekalkan

kesejahteraan pemakanan penduduk. Dasar ini bertujuan memberikan panduan dan kemudahan
agar segenap lapisan masyarakat boleh mendapatkan bekalan makanan yang cukup, selamat,
berkualiti dan berzat. Polisi ini akan menggalakkan dan menyokong strategi amalan pemakanan
secara sihat untuk semua. Dasar ini juga akan mengintegrasikan serta menggabungkan usaha-
usaha pihak yang berkepentingan dalam perancangan, pelaksanaan serta penilaian program-
program makanan dan pemakanan yang berkesan dan berkekalan.

Matlamat
Dasar Pemakanan Kebangsaan bertujuan mewujudkan penduduk yang sihat dari segi
pemakanan, untuk membolehkan mereka menyumbang secara berkesan ke arah pembangunan
negara, selaras dengan Wawasan 2020.

Objektif

Dasar ini mempunyai tiga objektif, iaitu:-

1. Mempertingkatkan serta mengekalkan tahap kesejahteraan pemakanan bagi semua

penduduk.
2. Memastikan jaminan kedapatan makanan isi rumah untuk semua lapisan masyarakat.
3. Memantapkan hubungan perantaraan dan dalaman sektor yang terlibat dalam
pembangunan serta pelaksanaan semua bentuk aktiviti berkaitan pemakanan.

Strategi

Bagi tujuan mencapai ketiga-tiga objektif di atas, maka strategi-strategi berikut akan digunakan:-

1. Memaktubkan objektif-objektif, pertimbangan serta komponen-komponen pemakanan ke

dalam dasar-dasar serta program-program pembangunan kebangsaan.
2. Memastikan bahawa semua golongan masyarakat berupaya mendapatkan bekalan
makanan yang selamat dan berzat secara berterusan.
3. Memastikan bahawa semua penduduk berupaya mendapatkan pengetahuan, pendidikan
pemakanan dan sumber, serta peluang untuk membolehkan mereka membuat keputusan
berdasarkan fakta mengenai pemilihan makanan yang sihat.
4. Mencegah seta mengawal masalah kekurangan zat makanan dan penyakit-penyakit tidak
berjangkit berkaitan pemakanan.
5. Mempertingkatkan penjagaan bagi golongan yang kurang bernasib baik dan berisiko
menghadapi kekurangan zat makanan.
6. Menggalakkan amalan pemberian makanan yang optimum bagi bayi dan kanak-kanak.
7. Menggalakkan cara pemakanan yang sihat dan gaya hidup yang aktif bagi semua lapisan
masyarakat.
8. Menyokong usaha-usaha melindungi pengguna dengan memperbaiki kualiti dan
keselamatan makanan.
9. Memastikan bidang pemakanan dan dietetik diamalkan oleh profesional yang terlatih.
10. Mempertingkatkan keupayaan institusi dalam menjalankan aktiviti-aktiviti pemakanan
dan yang berkaitan dengannya.
11. Penilaian dan pemantauan berterusan situasi pemakanan dalam negara.
12. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan yang berterusan di dalam bidang
makanan dan pemakanan.

Mekanisme Pelaksanaan

Pelaksanaan Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia adalah di bawah bidang kuasa Majlis
Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Menteri
Kesihatan. Jawatankuasa Penyelaras Makanan dan Pemakanan Kebangsaan akan bertindak
sebagai penasihat teknikal kepada Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan.
Dasar ini akan dilaksanakan melalui perancangan yang berkesan dan berdaya maju dengan
penyemakan semula Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia.

Pemantauan dan Penilaian

Bagi memastikan dasar ini dilaksanakan dengan berkesan, satu sistem pemantauan dan penilaian
akan diwujudkan. Objektif pemantauan dan penilaian dasar ini adalah seperti berikut:-

1. Memastikan bahawa Dasar dilaksanakan sebagaimana dirancang dan objektif-objektifnya

dicapai.
2. Mengenal pasti masalah-masalah dan kelemahan dalam pelaksanaan Dasar.
3. Memperbaiki pengurusan dan prestasi Dasar.

Pemantauan dan penilaian dasar ini akan dijalankan dari semasa ke semasa, dan diselaraskan
oleh Jawatankuasa Penyelaras Makanan dan Pemakanan Kebangsaan. Urusan pentadbiran
pelaksanaan dasar dijalankan menerusi penggabungan tenaga pelbagai kementerian, agensi,
badan profesional serta badan-badan bukan kerajaan melalui beberapa Kumpulan Kerja
Teknikal.
Pengenalan

Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan (NPANM) II adalah pelan 10 tahun untuk tempoh 2006
hingga 2015. Objektif, strategi, aktiviti dan sasaran NPANM II disediakan berdasarkan Dasar
Pemakanan Negara, kajian semula NPANM II (1996-2000) dan pelaksanaannya selepas tahun
2000. Dasar tersebut telah diluluskan oleh Kabinet pada 17 Disember 2003. Pelan Tindakan ini
adalah merupakan usaha sepadu daripada pelbagai organisasi kerajaan, ahli akademik, bukan
kerajaan dan badan-badan profesional. Ia merupakan kolaborasi pelbagai stakeholder dan setiap
stakeholder memainkan peranan penting ke arah kejayaan pencapaian NPANM II.

Objektif NPANM II

Objektif Umum

Untuk mencapai dan mengekalkan kesejahteraan pemakanan yang optimum di kalangan rakyat
Malaysia.

Objektif Khusus

1. Untuk meningkatkan status pemakanan penduduk.

2. Untuk mencegah dan mengawal penyakit tidak berjangkit berkaitan dengan pemakanan.

StrategiStrategi Dasar Pemakanan Negara menyediakan asas untuk merumuskan objektif

NPANM II. Bagi memastikan pelaksanaan, pemantauan dan penilaian yang berkesan ke atas
pelan tindakan, strategi ini disesuaikan dan dibahagikan kepada strategi asas, pemudah dan
pemboleh.

Strategi Asas

Strategi Dasar Pemakanan Negara dengan “memasukkan objektif, isu dan komponen
pemakanan ke dalam dasar dan rancangan-rancangan pembangunan negara” merupakan
strategi yang utama dan sangat penting untuk pelaksanaan pelan ini dengan berkesan.

Strategi Pemboleh

Lima strategi dasar yang dikenal pasti mempunyai kesan langsung untuk mencapai objektif
khusus pelan ini, bertindak sebagai strategi pemboleh iaitu:

1. Meningkatkan jaminan kedapatan makanan keluarga terutamanya di kalangan kumpulan

berpendapatan rendah.
2. Menggalakkan amalan pemakanan yang optimum di kalangan bayi dan kanak-kanak
kecil.
3. Mencegah dan mengawal kekurangan pemakanan.
4. Menggalakkan pemakanan sihat dan hidup cergas.
5. Menyokong usaha melindungi pengguna dari segi mutu dan keselamatan makanan.

Strategi Pemudah

Lima lagi strategi dasar yang dikenal pasti berfungsi sebagai penyedia mekanisme dan
membantu merealisasikan strategi pemboleh, membentuk strategi pemudah bagi pelan ini, iaitu:-

1. Memastikan semua individu boleh mendapatkan maklumat pemakanan.

2. Membuat penilaian dan pemantauan berterusan ke atas situasi pemakanan.
3. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan yang berterusan.
4. Memastikan pemakanan dan dietetik diamalkan oleh profesional terlatih.
5. Meningkatkan keupayaan institusi dalam aktiviti pemakanan.

 Pengenalan

Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan (NPANM) II adalah pelan 10 tahun untuk tempoh 2006
hingga 2015. Objektif, strategi, aktiviti dan sasaran NPANM II disediakan berdasarkan Dasar
Pemakanan Negara, kajian semula NPANM II (1996-2000) dan pelaksanaannya selepas tahun
2000. Dasar tersebut telah diluluskan oleh Kabinet pada 17 Disember 2003. Pelan Tindakan ini
adalah merupakan usaha sepadu daripada pelbagai organisasi kerajaan, ahli akademik, bukan
kerajaan dan badan-badan profesional. Ia merupakan kolaborasi pelbagai stakeholder dan setiap
stakeholder memainkan peranan penting ke arah kejayaan pencapaian NPANM II.

Objektif NPANM II

Objektif Umum

Untuk mencapai dan mengekalkan kesejahteraan pemakanan yang optimum di kalangan rakyat
Malaysia.

Objektif Khusus

1. Untuk meningkatkan status pemakanan penduduk.

2. Untuk mencegah dan mengawal penyakit tidak berjangkit berkaitan dengan pemakanan.

Strategi

Strategi Dasar Pemakanan Negara menyediakan asas untuk merumuskan objektif NPANM II.
Bagi memastikan pelaksanaan, pemantauan dan penilaian yang berkesan ke atas pelan tindakan,
strategi ini disesuaikan dan dibahagikan kepada strategi asas, pemudah dan pemboleh.
 
You might also like