KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

NOORMI AZURA BT. ISMAIL (EL-D12) D20102046799 FAKULTI: PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

SEMESTER: SEMESTER SATU (2011)

KURSUS: KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

TAJUK:
1) ISU YANG MELANGGAR ETIKA PROFESION PERGURUAN. 2) KESAN ISU TERSEBUT KEPADA PEMBANGUNAN SAHSIAH GURU. 3) KAITAN ISU TERSEBUT DENGAN TEORI PEMBANGUNAN SAHSIAH (TEORI PILIHAN)

PENSYARAH: KANNAMAH A/P MOTTAN
-1-

2006). Definisi Etika: Etika (etimologi) menurut modul KKD 2063 Pembangunan Sahsiah ialah berasal dari bahasa Yunani adalah µEthos¶ yang membawa maksud watak kesusilaan atau adat kebiasaan (costum). mendera. Guru ibarat pakar rujuk dalam setiap bidang dan menjadi orang yang dihormati dalam masyarakat. sakit mental dan sebagainya. Dalam kehidupan.com). Dan kes-kes atau isu-isu yang diperkatakan makin bertambah hari demi hari yang menampakkan keburukan serta kepincangan yang mencalar profesion perguruan itu sendiri walupun ianya berpunca dari individu tertentu yang bergelar cikgu atau guru. dihormati dan disanjungi. Etika biasanya berkait rapat dengan perkataan moral yang merupakan istilah dari bahasa Latin.kumpulan tersebut. yang bererti juga adat kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik (kesusilaan). isu adalah seuatu masalah yang dikedepankan (diperkatakan) untuk ditanggapi oleh orang ramai. profesion perguruan abad ini tidak terlepas daripada isu-isu hangat yang diperkatakan seperti isu salah laku seks.KKD 2063 Pembangunan Sahsiah 1(a): Huraikan satu isu yang melanggar etika perguruan. Perkara ini mendasari perkembangan etika dalam masyarakat tersebut. Guru adalah seseorang yang akan dikenang jasanya oleh anak didikya hingga ke akhirnya. Sistem dasar meliputi aspek-aspek moral yang baik atau buruk serta yang betul atau salah sebagai panduan kepada ahli-ahli. manusia perlukan satu sistem atau panduan untuk menentukan mereka bertingkah laku. Definisi Isu: Isu kebiasaannya dikaitkan dengan sesuatu perkara yang diperkatakan dan boleh menjadi sesuatu yang besar. dan menghindari perkara-perkara tindakan yang buruk (Keith. rasuah. penyalahgunaan dadah. Walaubagaimana pun. salah guna kuasa. Tidak banyak definisi isu yang dapat dinyatakan namun menurut satu laman web(artikata. Ia juga merupakan suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak atau tingkah laku bagi sesuatu kumpulan atau organisasi. -2- . Pengenalan: Profesion perguruan adalah suatu profesion yang mulia. iaitu µMos¶ dan dalam bentuk jamaknya µMores¶. Ia juga adalah suatu khabar yang tidak jelas asal usulnya dan tidak terjamin kebenarannya. Ia adalah suatu profesion yang mempunyai etikanya yang tersendiri di mana guru dianggap segala-galanya.

Sepanjang tahun 1995 hingga 2008. Menurut William (1971). Oleh itu berdasarkan pengertian di atas. Merujuk kepada beritaberita semasa.P. sebanyak 41 kes keruntuhan moral membabitkan guru dilaporkan (Utusan Malaysia. berhemah dan berkesan. sejauh yang dapat ditentukan oleh akal. to be good or bad or in some similar way¶ (Sains normatif mengenai perilaku manusia dalam masyarakat di mana sains ini menentukan sesuatu perilaku sebagai betul atau salah. O. Etika berkaitan dengan norma-norma. Isu-Isu Yang Melanggar Etika Profesion Perguruan: Guru perlu mempunyai sahsiah yang tinggi dan komitmen terhadap tugas sebagai pendidik yang baik. baik atau buruk dan lain-lain). Drs.KKD 2063 Pembangunan Sahsiah Menurut para sarjana. Burhanudin Salam berpendapat etika adalah cabang falsafah yang berbicara mengenai nilai dan norma moral ya ng menentukan prilaku manusia dalam hidupnya. guru menyebarkan ajaran ati kerajaan dan sebagainaya yang menarik perhatian umum serta menguji kredibiliti profesion perguruan. nilai-nilai. Di samping itu juga. etika adalah aturan perilaku. Simorangkir. sempurna. jelas bahawa etika berkaitan dengan pembuatan keputusan bagi semua jenis tindakan di mana tindakan-tindakan tersebut membawa seseorang untuk berinteraksi dengan orang lain secara berprotokol. etika ialah µThe normative science of the conduct of human beings living in societiesa science which judges this conduct to be right or wrong. Manakala Drs. etika melihat secara khusus mengenai tingkah laku manusiayang dikira patut atau tidak patut dilakukan selaras dengan norma -norma dan nilai-nilai yang diterima oleh semua masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.kaedah-kaedah dan ukuran-ukuran bagi tingkah laku manusia yang baik atau buruk dan boleh diikuti atau sebaliknya. guru besar menyembunyikan kes-kes disiplin.Media juga turut melaporkan kes-kes lain seperti guru memukul murid. etika sebagai pandangan manusia dalam berperilaku menurut ukuran dan nilai yang baik. Sidi Gajalba dalam sistematika filsafat pula mengatakan etika adalah teori tentang tingkah laku perbuatan manusia dipandang dari segi baik dan buruk. adat kebiasaan manusia dalam pergaulan antara sesamanya dan menegaskan kebenaran dan keburukan. Menurut Drs. Namun kes-kes seperti ini semakin meningkat setahun demi setahun. 18 September 2008) termasuklah perbuatan sumbang mahram dan bersekedudukan. banyak isu-isu yang melibatkan guru dikategorikan sebagai melanggar etika -3- .

namun rakannya terus pulang selepas menghantarnya. Guru cabul pelajar 8 tahun. -4- . Cikgu terlampau. Guru kena rotan dan dipenjara 36 tahun. Namun. Guru mendera pelajar (laporan wartawan MAT SMKTPG News. 24 Jun 2008). Guru disiplin tampar murid lewat ke sekolah (Berita Harian Online:28 Oktober 2009). 5. Antara isu-isu hangat tersebut ialah yang di petik dari sumber MyMetro iaitu: 1. 7. petang Khamis lalu. 6. Guru agama cabul 4 pelajar (Utusan Malaysia Online:13 Februari 2010). Guru mendera murid hingga mati (April 2011). Guru rogol murid ditahan polis (Kosmo-5 Julai 2010). 3. Guru ditahan mengedar dadah (Berita Harian Online:20 Februari 2010).KKD 2063 Pembangunan Sahsiah profesion perguruan sekarang ini. 2. seorang guru gagal mengawal nafsu hingga tergamak merogol pelajarnya yang berusia 15 tahun. 4. Kejadian berlaku di rumah guru berusia 33 tahun itu di kuarters sebuah sekolah menengah. Masih banyak isu guru yang timbul dan diperkatakan sama ada di dalam mahupun luar negara. Guru ditahan memiliki dadah (6 April-Bernama). 2. Guru disyaki rogol murid (9 Mei 2011) 3. 8.Bersalah rogol murid 11 tahun (November 2010) 5. Merujuk kepada satu laporan akhbar baru-baru ini yang ditulis oleh Mohd Fauzi Abdullah dalam Harian Metro melaporkan: µGara-gara berjauhan dengan isteri dan kesepian. Guru dituduh rogol pelajar (31 Disember 2007). Katanya. Ditampar guru-Lima dakwa ditampar guru (Mac 2011) Sumber-sumber lain: 1.¶ Menurut sumber. sebelum kejadian guru terbabit dikatakan menghubungi ibu mangsa dan mempelawa mangsa datang ke rumahnya dengan alasan membantunya belajar dan tawaran itu diterima baik ibu mangsa tanpa sebarang prangsangka.Cikgu cabul 12 murid (Februari 2011) 4. di sini hanya satu isu akan di bincangkan bagi bagi mendalami dan memahami akan permasalahan yang timbul serta memberi kesan kepada profesion perguruan. mangsa pergi ke rumah gurunya yang terletak tidak jauh dari rumahnya dengan ditemani rakan.

polis menahan guru terbabit untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mangsa cuba melawan namun gagal dan tiada siapa dapat membantu kerana hanya mereka berdua di rumah berkenaan.KKD 2063 Pembangunan Sahsiah ³Pada mulanya guru itu mengajar mangsa tugasan sekolah.´ katanya.´ katanya ketika ditemui di sini. Berdasarkan laporan yang dibuat dalam akhbar terkenal itu. namun dipecayai gagal mengawal nafsunya dan terus memeluk mangsa dari belakang sebelum merogoln ya. jelas menunjukkan bahawa guru tersebut secara terang melanggar etika profesion perguruan dan kod etika perguruan di Malaysia yang menyatakan bahawa guru perlu mematuhi kod etika perguruan iaitu menjalankan tanggungjawabnya sebagai guru kepada pelajar. tindakan di luar kewarasannya itu turut memusnahkan masa depan pelajarnya yang sepatutnya di jaga dan dilindungi olehnya. kelmarin. Selain menggelapkan masa depannya sendiri. Profesion perguruan adalah sebuah profesion yang amat mulia dan dipandang tinggi oleh semua lapisan masyarakat. Katanya. ³Bertindak atas laporan itu. Superintendan Mohd Haris Daud. Sementara itu . Namun dalam kes ini. masyarakat dan Negara. rakan sejawat. mengesahkan polis menerima laporan berhubung kejadian itu. Ini jelas menunjukkan sikap tidak profesional guru tersebut yang tidak berfikir degan wajar sebelum melakukan tindakan tersebut yang jelas menjejaskan masa depannya serta memburukkan nama baik profesion perguruan yang sepatutnya disanjung tinggi. Katanya. semalam. ibu bapa pelajar. Guru seperti yang disebutkan di atas sememangnya mementingkan kehendak dan kepuasan diri tanpa memikirkan nilai sahsiah dan moral yang sepatutnya dimiliki oleh seorang guru. laporan dibuat ibu bapa mangsa selepas dimaklumkan mengenai kejadian oleh guru mangsa. pemeriksaan perubatn ke atas pelajar terbabit di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas). Malah kepercayaan yang diberikan oleh keluarga pelajar tersebut turut dimusnahkannya dengan pengkhianatan tersebut. Temerloh mengesahkan dia dirogol. perbuatan guru berkenaan terbongkar apabila mangsa menceritakan kepada guru lain keesokannya selepas mendekati pelajar itu yang kelihatan murung. Dengan kesalahan-kesalahan segelintir guru yang -5- . Timbalan Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan /Perundangan)negeri. guru telah menyalahgunakan kuasa yang ada dengan mngambil kesempatan terhadap pelajarnya sendiri. Sumber itu berkata.

Tanpa pegangan agama yang kuat. ia cenderung ke arah merosakkan peraturan-peraturan dalam masyarakat. namun jika diteliti dan diperhalusi. Mungkinkah perkara ini tidak terjadi jika isterinya tinggal bersama dengannya? Jika guru yang sudah berkahwin tinggal berjauhan dengan pasangannya. kegagalan mendapatkan sesuatu keperluan yang utama boleh menyumbang kepada seseorang cenderung melakukan kesalahan demi mengisi keperluan yang dihajatinya. Kegagalan sahsiah guru itu adalah kegagalannya secara individu. Jika pengalaman ini tiada atau kurang. Kehendak fisiologi dan seksiologi adalah keperluan yang tidak dapat dinafikan. paling tidak gejala seperti yang terjadi terhadap guru tersebut dapat dibendung walaupun tidak sepenuhnya berjaya. perkara ini perlu diselidik semula terutamanya jika pasangannya adalah golongan yang berkerjaya. Jika mengikut teori Maslow. Psikoanalitik yang diasaskan oleh Sigmund Frued (18561939) melihat manusia dilahirkan denagn sifat semulajadi dan tingkahlakunya lebih kepada naluri kehaiwanan yang hanya dapat dibendung dengan pengalaman-pengalaman dalam masyarakat dan sosialisasi. Jika perkara ini dipandang serius dan guru-guru boleh bersama keluarga masing-masing.KKD 2063 Pembangunan Sahsiah melanggar etika perguruan sesungguhnya mencemarkan kemuliaan profesion itu. Rumusan: Sebagai kesimpulannya seseorang itu termasuklah yang bergelar guru perlu mendalami diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran yang dapat mengimbangi pemikiran sedar dan bawah sedarnya supaya setiap tindakan yang diambil tidak menjejaskan etika profesionnya yang akan meninggalkan kesan ke atas semua pihak -6- . Kesalahan individu sering kali dilihat sebagai kgagalan individu itu sendiri. Adalah penting jika guru yang sudah berkahwin ditempatkan berdekatan dengan pasangan masing-masing. namun mungkinkah ianya merupakan kegagalan pihak lain yang menyumbang kepada kesalahan dan pelanggaran nilai sahsiah dirinya sendiri? Jika kesalahan yang dilakukannya adalah disebabkab tidak dapat menahan gelojak nafsu yang bergelora. perkara ini hendaklah dipandang serius oleh pihak-pihak tertentu supaya ianya dapat dibendung. ada beberapa faktor yang turut menyumbang kepada berlakunya keadaan ini. kewarasan akal kadangkadang tidak dapat menyekat kehendak naluri individu itu untuk terus cenderung melakukan kesalahan.

sikap. perasaan. sosial dan rohani individu. Pembangunan guru juga bermula dari pembangunan individu dan ia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti baka dan persekitaran. pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal. pemikiran. penyalahgunaan dadah dan memegang nilai-nilai atau budaya yang bercanggah dengan nilai masyarakat. sikap yang beramah mesra. pembangunan sahsiah di kalangan guru se olah-olah tidak berjaya dan ia sesuatu yang membimbangkan memandangkan guru adalah golongan yang diharapkan untuk membangunkan bangsa dan negara. boleh bergaul mesra dengan orang lain serta memegang dengan nilai agama sendiri. dilihat sebagai melanggar etika perguruan. masyarakat. Seseorang individu boleh dinilai sahsiahnya berdasarkan aspek ini. Peranan keluarga amat penting sebagai memainkan peranan utama manakala pembangunan sahsiah di sekolah hanyalah program sokongan peneguhan dan pengayaan peribadi seseorang. sekolah. pelajar. Pembangunan sahsiah seseorang sebenarnya terbentuk sejak kecil bahkan sejak di dalam kandungan ibunya dan suasana di dalam rumah tempatnya membesar. Sememangnya banyak isu yang timbul atau ditimbulkan melibatkan guru. dan Negara. Tahap pendidikan dan penghayatan ilmu membantu perkembangan dan pembangunan sahsiah ke arah lebih positif. tingkah laku. tingkah laku devian. -7- . dapat mengawal perasaandiri. tingkah laku yang boleh diterima norma dan nilai masyarakat. Jika terdapat guru yang mempunyai sahsiah buruk dan menimbulkan isu yang negatif. 1 (b): Huraikan kesan isu tersebut kepada pembangunan sahsiah guru. Manakala individu yang dikatakan mempunyai sahsiah yang bermasalah lebih cenderung kepada masalah disiplin. Definisi Pembangunan Sahsiah: Menurut KKD 3063 Pembangunan Sahsiah (Unit 1).KKD 2063 Pembangunan Sahsiah termasuklah dirinya sendiri. Pengenalan: Setiap isu yang timbul atau ditimbulkan oleh guru sudah pasti meninggalkan kesan secara langsung atau tidak langsung terhadap diri guru itu sendiri. Etika seorang guru yang perlu dipatuhi melibatkan tanggungjawabnya terhadap semua pihakyang terlibat dengannya secara langsung atau tidak langsung. Selalunya individu yang mempunyai sahsiah yang baik menunjukkan penampilan fizikal yang kemas. Pelanggaran etika perguruan sebagai profesionnya akan mengakibatkannya dilabel sebagai individu gagal dan bersahsiah negatif.

Jabatan Pendidikan serta Kementerian Pelajaran Malaysia. Tindakan yang dipilih dapat dilihat sebagai tindakan yang boleh diterima atau tindakan positif yang merupakan tindakan yang sejajar dengan jangkaan masyarakat dan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia. Berita-berita membanggakan yang melambangkan sahsiah positif seorang guru seperti guru bertindak berani menyelamatkan anak muridnya dan ketabahan guru menghadapi harungan dan cabaran untuk mendidik anak bangsa merupakan perkhabaran yang membuatkan kita kagum dengan profesion perguruan.KKD 2063 Pembangunan Sahsiah Kesan Isu: Sahsiah sering dikaitkan dengan peribadi yang ditonjolkan oleh seseorang guru melalui tindakan atau perlakuannya. isu negatif telah mula menjadikan kebanggaan terhadap profesion perguruan ini pudar. Walaubagaimanapun. Pihak tersebut termasuklah mangsa. Guru yang telah melakukan kesalahan yang serius seperti merogol telah mengakibatkan sahsiahnya kelihtan amat rendah dan martabatnya sebag guru ai -8- . Kesan terhadap pembangunan sahsiah guru tersebut (tertuduh): Guru yang bertindak merogol pelajar adalah dari kalangan guru yang dipercayai oleh ibu bapa pelajar kerana dalam kes yang diketengahkan. keluarga tertuduh. sekolah dan KementerianPelajaran khasnya. Namun tindakan negatif yang tidak melambangkan sahsiah guru turut menjadi fokus utama media massa dan para penyelidik. Kesan itu turut memberi impak terhadap pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Malah pihak media. pihak sekolah. a. Ia boleh menunggalkan kesan yang bukan sedikit terhadap pembangunan sahsiah individu itu sendiri dan terhadap pembangunan sahsiah golongan guru yang lain. Kesan Isu Terhadap Pembangunan Sahsiah Guru: Isu guru merogol murid adalah antara isu yang paling banyak dan paling hangat diperkatakan. meningkatkan kepercayaan masyarakat dan turut mengharumkan persada pendidikan. Bahkan guru tersebut sendiri meminta keizinan daripada ibu mangsa. Isu-isu sebegini telah memberikan impak yang besar terhadap profesion perguruan. Isu positif akan meningkatkan semangat dan motivasi para guru. keluarga mangsa. ibu mangsa sudah memberi kebenaran kepada mangsa ke rumah gurunya dengan alasan guru terlibat ingin membantunya dalam pelajaran. penyelidik bahkan masyarakat telah memberikan tekanan dan desakan yang hebat terhadap pihak warga pendidik.

-9- . Ia perlulah tabah menghadapinya kerana keburukan yang dilakukan akan meninggalkan kesan yang agak lama dan mendalam. isu ini tidak akan berhenti begitu sahaja. Isu dan sahsiah guru ini akan tetap menjadi bualan dan dia akan dipandang serong oleh orang lain. guru ini masih terpaksa menerima balasan di atas perbuatannya jika ia masih diragui dan tidak diberi kepercayaan. Kesan terhadap pembangunan sahsiah guru secara keseluruhannya: Perbuatan buruk seorang guru sebagaimana tertuduh di dalam kes di atas bukan saja memburukkan imejnya sebagai guru secara peribadinya. Segala kebaikan dan bakti yang dicurah selama ini akan hilang begitu sahaja. Masyarakat sekeliling akan turut menjadikannya sebagai satu tajuk bualan dan perkara sebegini adalah lumrah di dalam masyarakat kita. Rakan sekerja juga mungkin akan mempertikaikan kejujurannya terhadap pelajar dan sekiranya dia sudah insaf. Di sekolah. Moralnya akan menjadi persoalan dan akan diperkatakan oleh setiap lapisan masyarakat serta mendapat cemuhan. guru ini tidak lagi dihormati malah mungkin akan ditakuti oleh pelajar. Melalui kod etika guru yang diperkenalkan. Sekiranya dia dijatuhkan hukuman. sahsiah guru yang akan dibina selepas itu akan manjadi lebih sukar dan perlukan banyak kesabaran untuk melaluinya.KKD 2063 Pembangunan Sahsiah dikesali kerana seorang guru tidak sepatutnya memiliki sahsiah sedemikian. Jika guru ini sudah selesai menjalani hukuman atau berjaya membayar denda yang dikenakan. bahkan guru antara golongan terpelajar dan berilmu. Ia seolah-olah menunjukkan keperibadian guru yang gagal mencerminkan seorang guru yang sebenarnya sebagaimana yang diaspirasikan oleh Negara. Pembangunan sahsiah guru terbabit akan dikategorikan sahsiah yang negatif walaupun dia seorang guru yang berkaliber dan berjasa. malah tempiasnya turut dirasai oleh semua guru. alangkah rendahnya mertabat seorang guru yang terpaksa menghabiskan masa bersama-sama pesalah lain yang rata-rata bukanlah dari golongan cendekiawan sepertinya. guru bertanggungjawab terhadap pelanggannya iaitu murid dan keluarga serta bertanggungjawab terhadap rakan sekerja. Perbuatan tidak senonoh ini seolah-olah mengkhianati rakan sekerja yang lain yang turut menanggung malu akibat perbuatan rakan mereka yang berge seorang lar guru. Kesan daripada itu. Malahan guru-guru dari sekolah lain juga akan menjadikannya sebagai bualan atau akan menjadikannya sebagai sempadan dan ingatan terhadap perkara yang sudah terjadi. b.

dunia sebenar. Teori Pilihan: Menurut modul KKD 2063 Pembangunan Sahsiah. dunia pengertian. perbuatan yang telah dilakukan oleh tertuduh menyebabkan masyarakat menilai sahsiah guru secara umum bahawa guru-guru sekarang sudah tidak bersahsiah dan berperibadi sebagaimana dahulu. 1 (c): Kaitkan isu tersebut dengan teori yang dipilih: Pengenalan: Setiap tindakan yang diambi loleh seseorang hingga menimbulkan isu sama ada positif atau negatif sebenarnya mempunyai penjelasan yang tersendiri.10 - . bukan atas dasar tanggungjawab. tetapi disebabkan mahu mendapat sesuatu pekerjaan demi menjamin ekonominya? Guru-guru ini tidak menghayati sepenuhnya akan tanggungjawab. identity Berjaya dan identity gagal. system tingkah laku. Teori Pilihan telah diasaskan oleh William Glasser seorang doktor psikologi klinikal yang dilahirkan di Cleveland. Idea-idea Teori Pilihan mula diaplikasikan oleh beliau dalam tahun 1966 dalam system pendidikan di California. Adakah benar bahawa guru-guru sekarang menjadi guru bukan atas dasar minat dan tanggungjawab. maksud yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara dan kod etika perguruan kerana jawatannya dianggap sebagai sandaran untuknya mendapatkan sumber ekonomi. . Dalam ilmu psilkologi kaunseling aliran kognitif ada dibincangkan mengapa individu itu bertingkah laku berdasarkan kepada pilihan mereka. Namun ada sesetengah perkara yang dilakukan adalah berpunca dari desakan-desakan tertentu hingga mengakibatkan pilihan yang diambil adalah pilihan yang salah. nilai dan pengetahuan. Ohaio. California pada 11 Mei 1925. Salah satu teori yang membincangkan tentang pemikiran dan tingkah laku kita adalah Teori Pilihan. skala perimbangan. tingkah laku keseluruhan.KKD 2063 Pembangunan Sahsiah Dari segi pembangunan sahsiah guru. Setiap apa yang manusia lakukan adala di atas kehendak dan pilihannya sendiri. Teori pilihan membincangkan bagaimana seseorang individu bertingkah laku dan mengapa mereka bertingkah laku berdasarkan perspektif psikologi kawalan luaran.psikologi kawalan dalaman dunia kualiti.keperluan asas.

keintiman. Manakala keperluan keseronokan adalah keperluan untuk bermain. majikan dan orang di sekelilng. Tambah beliau. Kaitan Isu Dengan Teori Pilihan: Isu yang dipilih ialah mengenai isu rogol yang dilakukan oleh seorang guru terhadap muridnya yang berusia 15 tahun. mempengaruhi orang lain. ketawa. Mengukut Teori Pilihan. Rasa ingin bebas yang dimaksudkan oleh teori ini adalah berkeinginan memilih apa yang wajar untuk dirinya dan cenderung untuk membuat keputusan tentang kemahuan mereka dalam hidup. Mengikut Teori Pilihan kesemua tingkah laku manusia berasaskan keinginan Psikologi dan fisiologi individu. disayangi inginkan penghargaan. cekap. mempunyai wang yang cukup. fleksibel. keselamatan. teori ini menerangkan bahawa setiap individu sebenarnya memilih untuk bertingkah laku sebagaiman yang diinginkan termasuklah bersedih.KKD 2063 Pembangunan Sahsiah Tegas Glasser (2000). bermatlamat dan kreatif. keinginan psikologi merangkumi keinginan menyanyangi. dilindungi dan seksual yang sihat. berkemahiran. Menurut Glasser (1986) dan Ahmad Jazimin (2010). rakan. Inginkan penghargaan meliputi keperluan ke arah pencapaian. Psikologi kawalan luaran banyak mengganggu kita memilih apa yang diinginkan. rasa dipunyai oleh keluarga. Aspek menyayangi dan disayangi merangkumi keperluan kasih saying. pilihan kita sendiri. Mungkin disebabkan keinginan seksnya yang tidak dapat disalurkan ke saluran yang betul (isteri) menyebabkan pertimbangan akalnya melampaui kewarasan hingga sanggup menggunakan helah terhadap murid sendiri bagi memenuhi hasratnya tanpa memikirkan akibat yang akan ditanggung selepas itu. kebebasan dan kegembiraan. Namun keperluan aspek psikologi tidak cukup sekiranya tiada aspek fisiologi yang merujuk kelangsungan hidup termasuklah individu itu berani mengambil risiko.11 - . Keperluan yang dimaksudkan ialah keperluan fisiologi dari segi keinginan seksnya yang tidak dapat dipenuhi lantaran berjauhan daripada isteri. ingin dihargai dan suka bersaing dengan orang lain. berehat. Teori Pilihan memberi penekanan kepada tanggungjawab individu dan menolak konsep mimpi dan angan-angan tanpa berpaksikan realiti yang sebenar. gembira dan berekreasi. masalah manusia berpunca daripada keperluan asas yang tidak dipenuhi. Individu bebas bertingkah laku berdasarkan motivasi dalaman. tindakan yang dilakukan adalah disebabkan oleh keperluan asas yang tidak dipenuhi. . Semua tindakan manusia adalah dipandu oleh keperluan asas (basic needs).

Sememangnya konflik akan timbul apabila tidak mendapat apa yang diingini dan dapat apa yang tid ak diingini. Semuanya adalah kerana kekurangan nilai dan moral serta kerana beberapa keperluan asasnya tidak dapat dipenuhi. Setiap isu yang timbul melibatkan guru sebenarnya bukan menunjukkan kegagalan guru keseluruhannya. Ia akan memilih simptom negatif dan akhirnya mengalami tingkah laku yang tidak efektif. Ia turut akan melarikan diri daripada tanggungjawab setelah emosi dan pemikirannya terganggu. . pergaulan banyak mempengaruhi keputusan yang di buat. Konflik ini akan mempengaruhi tingkah laku. Mungkin kerana itulah guru tersebut tersilap membuat pertimbangan lalu memilih untuk mangambil jalan mudah bagi memenuhi tuntutan nafsunya. perasaan dan fisiologi individu. nilai. namun ia hanyalah kegagalan guru terlibat secara individu disebabkan kegagalannya menterjemahkan sesuatu keburukan yang dilakukan akan meninggalkan kesan terhadap dirinya dan banyak pihak lain. Personaliti gagal terbentuk apabila ia gagal memenuhi kehendaknya dengan cara yang bertanggungjawab. Kebebasannya untuk membuat pilihan dan keputusan menyebabkannya gagal menginterpretasiknnya dalam keadaan yang betul lantaran gangguan psikologi kawalan luaran yang menghalangnya dari membuat keputusan yang terbaik. Rumusan: Secara keseluruhnnya dapatlah dirumuskan bahawa semua individu dilahirkan dengan sifat-sifat yang baik dan faktor-faktor pembelajaran. Akibatnya pembentukan sahsiah yang negatif akan dilalui olehnya dan ia akan menjadi seorang yang bersahsiah negatif serta tidak bermoral. Keadaan inilah yang menimbulkan keseronokan atau kesakitan/keperitan kepada individu tersebut. pemikiran.KKD 2063 Pembangunan Sahsiah Walaupun seseorang individu itu berhak memilih dan membuat keputusan sendiri di atas kelakuannya.12 - . namun psikologi kawalan luaran banyak mengganggu untuk memilih apa yang diinginkan. Keseluruhan tingkah laku akan menyumbang kepada identiti berjaya atau gagal bagi individu tersebut.

Eysenck.E. 10 Mei 2011.com/pdf/definisi-pembangunan sahsiah-guru-html .com/arti-331194-isu.:Olds.(9 ed).Psychology for AS level. http://www.13 - .com/pdf/isu-pembangunan sahsiah-guru-html www.:&Gould.Pendidikan di Malaysia: Untuk Diploma Pendidikan.Kuala Lumpur:Kumpulan Budiman.Boston:McGrawHill.KKD 2063 Pembangunan Sahsiah BIBLIOGRAFI: Abdul Majid Mohd Isa & Rahil Mahyuddin (1995).:& Flanagan. Mok Soon Sang (1996). www. Rahmattullah Khan Abdul Wahab Khan.Pembangunan Sahsiah KKD 2063 .Human development.New Jersey:John Wiley &Sons.D.(2011).2010.artikata.(2004).W.Psychology around us.bacaanonline.R ( 2008 ).C.Petaling Jaya :Logman. Miltenberger.E.com/pdf/maksud-pembangunan sahsiah-guru-html www.East Sussex:Psychology Press Ltd.com/pdf/definisi-teori-pembangunan sahsiah-guru-html www.:& Feldman. Tanjung Malim:Universiti Pendidikan Sultan Idris. 5 Julai2010.bacaanonline.S.R.bacaanonline.Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip( 2001). Papalia.W.(4 ed).Inc.bacaanonline.Behavior modification:Principal and procedures. Harian Metro.(2000).PasificGrove CA:Brooks & Cole Publishing. Kosmo. Comer.D.html.R. Utusan Malaysia. Psikologi Pendidikan 1:Pertumbuhan Dan Perkembangan.M.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful