You are on page 1of 17

Sigmund Freud (6 Mei 1856–23 September 1939) ialah seorang ahli neurologi Austria serta

pengasas psikoanalisis, satu subbidang psikologi. Beliau paling dikenali untuk kajian-kajiannya
terhadap nafsu berahi, penindasan, dan fikiran bawah sedar. Freud sering dirujuk sebagai "Bapa
Psikoanalisis", dan kerja-kerjanya amat terpengaruh dalam imaginasi yang popular —
mempopularkan tanggapan-tanggapan terhadap fikiran bawah sedar, mekanisme pertahanan,
kesilapan sebut Freud, dan perlambangan mimpi — sementara memberi kesan-kesan yang abadi
kepada berbagai-bagai bidang seperti sastera, filem, teori-teori Marxisme dan faham kewanitaan,
kritikan kesusasteraan, serta falsafah, dan sudah tentunya, psikologi.

Sigismund Schlomo Freud dilahirkan kepada sebuah keluarga Yahudi di Freiberg (Pribor),
Moravia, dalam Empayar Austria (kini dimiliki oleh Republik Czech). Pada tahun 1877, ketika
berumur 21 tahun, beliau menyingkatkan namanya menjadi "Sigmund." Walaupun Sigmund
merupakan anak sulung ibunya antara lagi tiga orang adik lelaki dan lima orang adik perempuan,
beliau mempunyai abang-abang tiri yang lebih tua daripada perkahwinan ayahnya yang pertama.
Keluarganya mempunyai kewangan yang terhad dan tinggal disebuah rumah pangsa yang penuh
sesak. Walaupun demikian, ibu bapanya berusaha untuk menggalakkan intelek Sigmund yang
ketara sejak awal lagi, dan mereka lebih menyayanginya berbanding anak-anak yang lain.
Sigmund mendapat tempat pertama dalam kelasnya untuk salah enam daripada lapan tahun
persekolahannya, dan kemudian menyertai Universiti Vienna ketika berumur 17 tahun, dari 1873
hingga 1881.

Pada keseluruhannya, tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan awal Freud kerana beliau
telah memusnahkan dokumen-dokumen peribadinya sekurang-kurangnya dua kali, iaitu sekali
pada tahun 1885, dan sekali lagi pada tahun 1907. Selain itu, dokumen-dokumennya yang
kemudian dikawal dengan ketat dalam Arkib Sigmund Freud dan hanya diberikan kepada
periwayat hidup rasminya, Ernest Jones, dan beberapa ahli golongan dalaman psikoanalisis.

Pada tahun 1886, Freud pulang ke Vienna, dan selepas membuka klinik yang mengkhususkan
dalam gangguan saraf dan otak, beliau berkahwin. Beliau menguji kaji dengan hipnotisme pada
pesakit-pesakit histeria dan neurosis yang paling teruk, tetapi kemudian menutup kliniknya.
Semasa membuat uji kaji, Freud mendapati bahawa jika beliau membaringkan pesakit-
pesakitnya di atas katil, beliau dapat menggalakkan mereka untuk bercakap tentang apa-apa
sahaja yang difikirkan (suatu praktik yang diistilahkan sebagai kaitan bebas).

Dalam tempoh umur empat puluhan, Sigmund "menghidapi banyak jenis celaru psikosomatik
serta ketakutan berlebih-lebihan terhadap kematian diri sendiri dan fobia-fobia yang lain"
(Corey, 2001, m.s. 67). Pada masa itu, Sigmund terlibat dalam usaha-usaha untuk memeriksa
mimpi-mimpi sendiri, serta dinamik perkembangan personaliti. Dalam analisis diri ini, beliau
mendapati perasaan pemusuhan terhadap ayahnya (Jacob Freud) dan "beliau teringat perasaan
nafsu berahi pada masa kanak-kanak terhadap ibunya yang merupakan seorang wanita yang
menarik, mesra, dan bersifat melindungi" (Corey, 2001, m.s. 67). Corey (2001) menganggap
tempoh kesukaran emosi ini sebagai tempoh yang paling kreatif dalam kehidupan Sigmund.

Selepas menerbitkan beberapa buku laris mengenai fikiran bawah sedar pada tahun 1900 dan
1901, Sigmund dilantik sebagai profesor di Universiti Vienna di mana beliau memperoleh
banyak pengikut yang setia.
Sigmund tidak tahan dengan rakan-rakan sekerja yang menyimpang daripada doktrin-doktrin
psikoanalisisnya. Beliau mencuba memecat mereka yang tidak bersetuju dengan gerakannya atau
enggan menerima aspek-aspek teorinya yang utama (Corey, 2001): contoh-contoh yang paling
terkenal ialah Carl Jung dan Wilhelm Reich. Sigmund menulis bidasan yang kejam terhadap
kedua-dua Jung dan Alfred Adler dalam sebuah karyanya, "Mengenai Sejarah Gerakan
Psikoanalisis".

Pada tahun 1930, Sigmund telah dianugerahkan dengan Hadiah Goethe oleh bandar raya
Frankfurt sebagai penghormatan kepada sumbangan-sumbangannya dalam bidang psikologi.
Ibunya meninggal dunia pada tahun yang sama ketika berumur sembilan puluh lima tahun. Pada
tahun 1933, ketika Adolf Hitler dan Nazi merampas kuasa di Jerman, buku-buku Sigmund telah
dibakar oleh S. A. di khalayak ramai.

Plak peringatan untuk Sigmund Freud di tempat kelahirannya di Pribor, Republik Czech.

Menyusul Anschluss Jerman Nazi, Sigmund melarikan diri dari Austria bersama-sama
keluarganya dengan bantuan kewangan daripada Puteri Marie Bonaparte, pesakit dan kawannya.
Pada 4 Jun 1938, Sigmund dan keluarganya dibenarkan melintasi sempadan masuk ke Perancis,
dan mereka membuat perjalanan dari Paris ke Hampstead, London, England, di mana mereka
tinggal di 20, Taman Maresfield (kini Muzium Freud). Sewaktu meninggalkan Jerman, Gestapo
memaksa Sigmund menulis dan menandatangani satu kenyataan yang mengatakan bahawa beliau
telah diperlakukan dengan penuh hormat. Sigmund menulis: "Aku dengan mesra menyarankan
Gestapo kepada setiap orang."

Di England pada tahun 1938, keinginan Sigmund untuk diterima oleh masyarakat sebagai
seorang ahli sains yang penting mencapai setakat kejayaan ketika dua orang setiausaha daripada
Persatuan Diraja membawa buku Persatuan itu untuk ditandatanganinya. Sigmund menulis
kepada kawannya, Arnold Zweig: "Mereka meninggalkan senaskhah salinan tepat buku itu untuk
aku dan jika kau di sini, aku boleh menunjukkan kepada engkau tandatangan-tandatangan Isaac
Newton hingga Charles Darwin. Teman-teman yang baik!"

Sigmund menghisap cerut pada kebanyakan hayatnya, termasuk juga selepas rahangnya dibuang
melalui pembedahan, akibat barah, sehingga kematiannya pada 23 September 1939. Beliau
menghisap sekotak cerut setiap hari. Selepas menghidapi barah mulut pada tahun 1923 ketika
berumur 67 tahun, beliau menjalani melebihi 30 pembedahan untuk merawat penyakitnya dan
selama banyak tahun, memakai prostesis yang amat menyakitkan untuk memisahkan mulut
daripada rongga hidungnya. Akhirnya, Sigmund tidak tahan lagi sakit yang dikaitkan dengan
barahnya, dan kemudian menjemput pakar perubatan peribadinya ke rumahnya di London untuk
tujuan mengakhirkan hayatnya. Kematian Sigmund disebabkan oleh dos morfina berlebihan
yang dibantu oleh pakar perubatan

PENGENALAN KEPADA TEORI PSIKOANALISIS

     Psikoanalisis merupakan satu sistem psikologi yang


dipelopori oleh Sigmund Freud.  Beliau berasal dari
Moravia, yang pada masa sekarang terkenal dengan nama
Slovakia.  Beliau bermula sebagai seorang doktor
perubatan dan sebagai penyelidik menumpukan
penyelidikannya kepada kecelaruan saraf.  Bidang ini
tidak begitu maju dalam abad yang ke 18, dimana ramai
semasa itu yang menggunakan hipnosis sebagai satu kaedah
bagi menyelesaikan penyakit mental.  Freud bagaimana pun
dipengaruhi oleh kerja-kerja kaedah yang dijalankan oleh
seorang doktor di Vienna, Austria yang bernama Joseph
Breur.  Breur telah menggunakan suatu teknik bagi
mengubati pesakit-pesakitnya, ia-itu menumpukan kepada
perbualan tentang simtom-simtom dan didapati berkesan. 
Pengaruh ini melibatkan Freud mendalami kajiannya secara
persendirian dan hingga diterbitkan bukunya yang pertama
'The Interpretation of Dreams' (1900) dan seterusnya
kajian tentang analysis swadiri.

     Psikoanalisis bolehlah diiktirafkan sebagai satu


kaedah bagi merawati seorang individu yang meminta
bantuan berkaitan dengan masalah emosinya.  Sekiranya
kita mengikuti fahaman tradisi, psikoanalisis lebih
dianggap sesuai merawati individu yang mana masalah
personalitinya sungguh tertekan dan mendalam. 
Kemungkinan agak kurang sesuai untuk membantu mengatasi
kesulitan yang dialami seharian.

PERSPEKTIF PSIKOANALITIK
Perspektif yang akan disentuh disini ialah pandangan Sigmund Freud berkaitan
struktur personaliti. Beliau mengemukakan Teori Psikoanalitik yang menyentuh
tentang pembentukan personaliti berdasarkan persaingan antara tiga unsur kuasa
iaitu (a) keinginan memenuhi kehendak asas yang dikenali sebagai id (b) keperluan
untuk akur dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh masyarakat yang dikenali
sebagai ego (c) ingin hidup dengan kod moral mengikut pandangan sendiri
yang dikenali sebagai superego. Ketiga-tiga kehendak tersebut sering tidak
dapat ditunaikan oleh seseorang secara serentak. Ini menyebabkan kita bertindak
mengikut kehendak diri sendiri. Inilah yang berlaku kepada pelajar di sekolah

Sebagai contoh, mereka tahu ponteng sekolah menyalahi peraturan sekolah


serta bertentangan dengan kehendak ibu bapa mereka. Namun oleh kerana terikut
dengan kawan ataupun tarikan daripada keseronokan luar seperti kedai siber
yang menyediakan kemudahan internet dan permainan yang lebih menarik
daripada pelajaran yang terdapat di sekolah, telah menyebabkan mereka sanggup
ponteng sekolah demi memenuhi kehendak diri sendiri. Inilah unsur memenuhi
keseronokan yang disebut sebagai id. Jika remaja tersebut dapat berfikir bahawa
ponteng menyalahi undang-undang sekolah, maka remaja telah mencapai tahap
ego. Peringkat superego dapat dicapai apabila kod moral remaja tersebut selari
dengan id dan ego lalu merealisasikannya dengan tidak akan melakukan perkara
yang bertentangan dengan undang-undang dan juga bertentangan dengan
prinsip moral diri yang tidak sanggup melakukan perkara yang salah. Jika tahap
ini berjaya dicapai maka tingkah laku remaja berada di landasan yang betul dan
selari dengan kehendak sekolah.
Ketiga-tiga kuasa dalaman ini bertindak dalam zon yang dipanggil
unconscious iaitu tidak sedar. Dalam menyelesaikan permasalahan dalam zon
unconscious ini, Freud telah mengenal pasti strategi yang dipanggil defence
mechanisms (mekanisma untuk mempertahankan) yang merupakan suatu usaha
untuk mempertahankan sebarang tindakan yang telah dilakukan oleh individu.
Defence mechanisms yang pertama ialah rationalization. Apabila kita mula
bertindak untuk melakukan sesuatu, kita telah bersedia dengan jawapan tentang
mengapa kita bertindak demikian. Contoh remaja yang pertama kali ingin ponteng
sekolah akan memberi alasan pada diri sendiri, tindakan ponteng tersebut tidak
mengapa kerana itulah pertama kali dia ponteng dan tidak merasa rugi tidak
hadir ke sekolah pada hari tersebut. Defence mechanisms yang kedua dipanggil
repression iaitu perasaan cemburu yang perlu dipendamkan sahaja akibat
kesilapan sendiri. Contohnya seorang remaja yang selalu melakukan kesalahan
disiplin, prestasinya mula merosot. Dia melihat rakan lain yang berdisiplin dan
rajin, lulus dengan cemerlang. Akibatnya timbul perasaan cemburu di hatinya.
Perasaan cemburu tersebut terpaksa dipendamkan kerana tidak sepatut dia
merasa cemburu kerana sikapnya memang bermasalah berbanding rakannya
yang baik dan mengikut peraturan sekolah.
Defence mechanisms seterusnya dipanggil displacement iaitu seorang
pelajar merasa marah terhadap guru kerana menegur sikapnya yang tidak baik.
Kesannya pelajar tersebut rasa ingin bertindak terhadap guru tersebut tetapi
tahu kesan akibat daripada tindakan itu. Maka dia meluahkan perasaan marahnya
terhadap rakan pelajar lain misalnya bertindak kasar terhadap mereka seperti
memaki hamun dan memukul seolah-olah kita sedang melepaskan geram terhadap
guru tersebut. Defence mechanisms yang disebut sebagai projection pula adalah
perasaan bersalah tentang sesuatu tindakan yang telah kita lakukan, lalu kita
membuat kesimpulan bahawa individu lain juga akan bertindak begitu dalam

situasi yang sama seperti situasi yang kita alami. Sebagai contoh kita terjumpa
wang kertas yang bernilai 50 Ringgit Malaysia lalu kita tidak menyerahkan kepada
guru kita sebaliknya menggunakan wang tersebut. Kita akan memberi alasan
sekiranya orang lain terjumpa dengan wang sebanyak itu tentu mereka juga
akan bertindak serupa.
Seterusnya adalah defence mechanisms yang dikenali sebagai reaction
formation iaitu bertindak secara bertentangan dengan perasaan yang telah sebati
dengan jiwanya. Contohnya seorang remaja yang mempunyai tingkah laku baik
tetapi oleh kerana ingin diterima oleh ahli kumpulan di sebuah sekolah yang
baru dimasuki, dia terpaksa mengikut budaya kumpulan tersebut walaupun
bertentangan dengan sifat asalnya. Ini banyak berlaku kepada pelajar yang
tidak ada rakan di tempat baru. Oleh kerana ingin diterima sebagai rakan, mereka
sanggup berubah sikap asal, seterusnya menghancurkan diri dan masa depan.
Akhir sekali adalah sublimation iaitu mengarahkan perasaan yang tidak
sesuai agar ditukarkan menjadi sesuatu yang bermanafaat dan diterima oleh
masyarakat. Sebagai contoh, seorang remaja yang berasa terlalu marah kepada
rakannya dalam kelas tetapi enggan memukul rakannya itu kerana takut dimarahi
guru, telah meluahkan kemarahan tersebut dengan menyibukkan diri dengan
aktiviti di padang seperti bermain bola sepak dan sebagainya. Ini merupakan
defence mechanisms yang baik dan dapat membentuk tingkah laku baik kerana
berjaya mengubah sikap asal yang berbentuk negatif kepada tindakan yang
bersifat positif. Ini patut digalakkan dalam kalangan remaja.
Jelas sekali dalam memahami tingkah laku bermasalah dalam kalangan
remaja, peranan unsur kuasa dalaman seperti id, ego dan superego yang
dinyatakan oleh teori psikoanalitik secara terus berkait rapat dengan
pembentukan tingkah laku bermasalah. Ini ditambah lagi dengan peranan
kewujudan aspek unconscious dalam diri seseorang. Dengan mengetahui
beberapa aspek dalam defence mechanisms, kita dapat menyelami fikiran remaja
yang bertindak secara bermasalah kerana aspek unconscious telah mempengaruhi
tingkah laku remaja tersebut. Mereka ingin mengelak daripada dikenakan tindakan
disiplin ataupun dikenali sebagai remaja yang nakal dan bermasalah. Sebagai
ibu bapa dan guru, aspek unconscious perlu diberi perhatian dalam menangani
masalah tingkah laku remaja kerana remaja tidak dapat melihat secara signifikan,
cara tindakan mereka selari dengan kehendak masyarakat ataupun sekolah.
Sekiranya elemen unconscious itu bertepatan dengan tuntutan moral, ianya
perlu dipupuk tetapi jika ia bertentangan maka ibu bapa dan guru perlu
memperbetulkan agar ia tidak berterusan dan menjadi sebahagian daripada nilai
hidup mereka.

CIRI UTAMA DALAM TEORI PSIKOANALISIS

Dalam pandangannya tentang fitrah manusia, Freud


mempercayai manusia dilahirkan dengan desakan naluri yang
semulajadi (inborn drives).  Berdasarkan kepada pandangan
ini lahirlah konsep antirasionalisma dalam segala gerak-
geri manusia.  Fahaman ini berpendapat manusia tidak
rasional, tidak sosial dan penuh dengan desakan yang
merosakkan dirinya dan manusia sebagai individu tidak
dapat membawa arah kepada nasib haluannya.

     Tingkahlaku manusia lebih digalakkan oleh naluri


kehaiwanan (Animalistic instincts) dan desakan
biologikal.  Desakan yang paling utama adalah desakan
mendapatkan kepuasan nafsu swadiri (self gratification). 
Desakan ini berlaku dalam diri seorang sama ada lelaki
atau perempuan dan mereka telah terperangkap kepada asas
naluri dan desakan yang jahat ini.  Desakan-desakan
kejahatan perlu dibendung dengan pengalaman-pengalaman
dalam masyarakat.  Dalam ertikata yang luas termasuklah
juga kekeluargaan.  Dengan demikian, maka diadakan ciri-
ciri sosialiasi.  Sekiranya sosialiasi ini tidak berlaku,
maka individu akan berhadapan dengan ciri-ciri yang boleh
merosakkan peraturan-peraturan dalam masyarakat sendiri. 
Apabila kesedaran ini berlaku, maka individu dianggapkan
bilazim.

PERKEMBANGAN PERSONALITI

     Terdapat lima peringkat perkembangan personaliti


mengikut teori psikoanalisis.  Peringkat tersebut adalah
seperti berikut:

     1.  Peringkat oral.  Kepuasan yang mula dirasai oleh


seorang bayi adalah keseronokan yang dikecapi di mulut. 
Peringkat ini bermula semenjak dilahirkan.  Hampir semua
objek dibawa ke mulut oleh seorang bayi.  Mengikut
fahaman psikoanalisis, keadaan ini menyebabkan keadaan
lekatan sebagai mekanisma bela diri semasa dewasa yang
boleh membawa kepada trait yang passif, optimis dan ingin
mengetahui.

     2.  Peringkat anal.  Pada tahun kedua, kanak-kanak


mula berkembang dan berupaya mengasingkan fungsi
pembuangan najis dari kehendak nalurinya yang semula
jadi.  Pada peringkat ini, kanak-kanak dilatih cara yang
sesuai bagi melaksanakan kehendak pembuangan najisnya. 
Pelaksana psikoanalisis berpendapat bahawa latihan yang
dilalui akan mempengaruhi sasiahnya apabila meningkat
dewasa.

     3.  Peringkat falik.  Mengikut pendapat


psikoanalisis, pada peringkat ini, kanak-kanak mula
berseronok dengan organ jantinanya.  Peringkat ini juga
merupakan permulaan berkembangnya kompleks oedipus dan
kompleks elektra.  Kompleks oedipus berlaku pada kanak-
kanak lelaki apabila tanpa disedari ianya tertarik kepada
ibunya.  Kartasis penarikan ini juga berlaku terhadap
kanak-kanak perempuan kepada bapanya, sealiran dengan
kompleks elektra.  Rasa tidak puas terhadap sama ada ibu
oleh kanak-kanak perempuan dan terhadap bapa oleh kanak-
kanak lelaki menyebabkan kanak-kanak mengikut serta
mendapatkan perhatian kepada ibu atau bapanya.  Peringkat
paling kritikal ini akan menentukan kepesatan seksual
yang berkembang dalam diri seorang individu.

     4.  Peringkat pendaman.  Pada umur lima hingga dua


belas tahun, kehendak seksual terpendam.  Maka bermulalah
gejala penyekatan seksual dalam diri individu.  Walau
bagaimanapun, peringkat ini juga penuh dengan suasana
menguatkan sifat serta ciri kelakian atau pun kewanitaan. 
Peringkat ini juga penuh dengan keupayaan berkawan sesama
rakan sama ada dari jantina lelaki atau pun wanita.

     5.  Peringkat genital.  Sebaik sahaja kanak-kanak


menghampiri akhir baligh, kehendak seksual diganti dengan
struktur ego yang mengambil alih semula perkembangan
diri.  Pada masa ini, objek yang jitu dari segi
perkembangan diri menjadi lumrah dengan kematangan yang
berfungsi.  Ego yang terbentuk dijaga dan dikembangkan
secara pengalaman yang baru serta bermakna bagi diri
individu.  Individu mula dengan peranan sosialisasi,
perlaksanaan aktiviti berkelompok, mula dengan penarikan
interaksi seksual dan persedian perkahwinan, berkeluarga 
dan penetapan vokasional.  Zaman kanak-kanak ditinggalkan
dan bermula dengan peringkat kedewasaan.

MEKANISME BELA DIRI

     Mekanisme bela diri berlaku bagi menjaga pembentukan


ego yang sedia ada dalam pengalaman seorang individu. 
Mekanisme bela diri berpandukan kepada pengalaman yang
tersirat pada peringkat bawah sedar dalam struktur ego. 
Seorang individu belajar hasil dari pengalamannya tentang
segala contoh dan kegiatan berkaitan naluri diri bagi
memuaskan kehendaknya.  Apabila fungsi ego yang sedia ada
tidak dapat menyesuaikan dengan keadaan sekeliling,
seorang individu akan secara tanpa sedar menggunakan
mekanisme bela diri bagi menagani keadaan yang dihadapi.
Antara mekanisme bela diri yang digunakan adalah seperti
berikut:

     Pendaman.  Pendaman merupakan mekanisme bela diri


yang asas dalam struktur personaliti seorang individu. 
Pendaman merupakan pengenepian desakan sebagai perwakilan
idea daripada tahap sedar.  Perkara ini berlaku apabila
ada desakan yang menyebabkan kepincangan yang tidak
sangup ditangani.  Kesannya mengakibatkan berlaku
keresahan sekiranya timbul pada tahap sedar.  Ciri
pendaman yang berterusan akan memakan diri di samping
pengaliran tenaga ego bagi tujuan membela diri.

     Keresahan.  Keresahan merupakan perasaan ketakutan


dalaman.  Keresahan berasas dari ingatan serta pengalaman
lampau yang pahit dan menyakitkan diri.  Biasanya
keresahan dikaitkan dengan penderaan.  Desakan ini sering
diingati dan akan menimbulkan desakan dalaman yang
menakutkan.

     Rosotan.  Satu proses dimana seorang individu dalam


keadaan yang tertekan akan mengguna gerak balas yang
biasa dilakukan pada peringkat awal perkembangan
personalitinya.  Rosotan berlaku bagi mendapatkan
kepuasan yang sedia ada dalam tahap bawah sedarnya. 

Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru sahaja dapat


seorang adik akan merosot tingkah lakunya, seperti tidak
membuang air dengan teratur tanpa mengingat latihan yang
sudah dilalui.  Dalam keadaan ini, kanak-kanak tersebut
rasa terancam dengan kedudukannya yang selamat dalam
struktur kekeluargaan.
     Pembentukan reaksi.  Proses ini merupakan satu
perkembangan sikap yang bertentangan dengan perkara yang
telah dipendam.  Keadaan ini berasaskan kepada prinsip
bertentangan polariti.  Contohnya, desakan melakukan
kegiatan `mengotorkan' bertentangan dengan desakan
kegiatan `bersih' yang ada dalam pendaman. 

     Unjuran.  Suatu keadaan dimana seorang individu


melepaskan sikap diri sendiri ke arah orang lain. 
Keadaan ini berlaku apabila ego tidak lagi dapat memendam
bahan yang tidak digemarinya.  Contohnya, perasaan marah
terhadap sesuatu kegiatan.

     Introjeksi.  Suatu keadaan dimana seorang individu


menghimpun dalam dirinya semua sikap afektif dan bukan
afektif berkaitan dengan objek atau orang luaran. 
Mekanisme ini penting sebagai asas kepada proses
pengenalpastian dalam peranan superego.

     Pengenalpastian.  Pengenalpastian merupakan satu


proses dimana seorang individu menggabungkan sikap orang
lain ke dalam dirinya.  Dalam keadaan demikian, segala
tenaga id dialirkan ke arah proses pembentukkan ego. 
Contohnya, seorang kanak-kanak rujuk tingkah laku dengan
mengenalpasti kepada ibu bapanya.  Dengan cara menyerap
segala ego ideal ibu bapa tersebut sebagai idealnya.  Di
sini terbentuk tenaga superego bagi diri kanak-kanak
tersebut.

     Pindahgantian.  Keadaan ini merupakan satu proses


mengalirkan tenaga psike dari sumber atau objek yang
tidak dapat diakses kepada satu objek lain.  Keadaan in
akan mendatangkan satu bentuk kartasis atau kelegaan
dalam diri.  Pada biasanya sikap serta perasaan yang asal
tetap akan terserap, hanya emosi yang baru digantikan ke
arah objek yang lain.  Contohnya, kemarahan terhadap
seorang diganti dengan satu kegiatan yang kasar tetapi
membena seperti membelah kayu api atau mencangkul membuat
batas tanaman sayur.

     Sublimasi.  Satu bentuk pindahgantian yang berunsur


seksual, apabila desakan seksual dialihkan ke arah
tindakan yang berbentuk sosial dan mernunafaat serta
kreatif.  Contohnya, menyani, melukis, drama dan semua
kegiatan kreatif dan kesenian.  Sekiranya pindahgantian
berunsurkan desakan yang ganas maka sublimasi berbentuk
kegiatan yang ganas akan mengambil alih seperti sukan
berbentuk lasak.

TEORI PSIKOANALISIS
Pengenalan
(Sigmund Freud >> sumber Wikipedia)
Teori psikonalisis ini merupakan sebuah gerakan falsafah dan juga cabang psikolagi yang
diasaskan oleh Sigmund Freud (6 Mei 1856 - 23 September 1939). Beliau merupakan seorang
ahli neurologi Austria dan ahli psikologi dalam aliran psikoanalisis. Sigmund Freud dilahirkan di
Freiburg, Moravia (sekarang dikenali sebagai Czechoslovakia) pada 6 Mei 1856. Sebahagian
besar hidup beliau dihabiskan di Vienna. Namun begitu, beliau menghembuskan nafas terakhir di
London pada tahun 1939 pada umur 83 tahun. Beliau mendapat pendidikan formal hingga ijazah
perubatan dari Universiti Vienna.
Pada awalnya, beliau menunjukkan minat yang mendalam dan melakukan berbagai-bagai
penyelidikan dalam bidang neurologi. Pengalaman dan minatnya yang meluas dalam bidang itu
mendorong beliau membuka klinik persendirian yang memberi rawatan khusus bagi penyakit
saraf sahaja.
Semangat dan sifat ingin tahu yang tinggi dalam bidang neurologi mendorong beliau
meninggalkan dunia akademik di universiti dan menjadi pengamal perubatan pada tahun 1886.
Pada tahun yang sama, beliau mendirikan rumah tangga denag Martha Bernays. Keluarga
bahagia ini dikurniakan empat orang anak. Salah seorang daripada anak beliau adalah Anna, iaitu
tokoh psikologi yang terkenal. Beliau menulis beberapa buah buku penting yang masih dikaji
sehingga sekarang. Antaranya adalah The Interpretation of Dreams, The Psychopathology of

Everyday Life, Beyond The Pleasure Principle, The Ego and The Id dan Civilization and Its
Discontents.
Psikoanalisis ditakrifkan rawatan yang dilakukan kepada seseorang yang mengalami
tekanan jiwa dengan bertanyakan pengalamannya yang lalu untuk mencungkil masalah dan
perasaannya yang tersembunyi yang menjadi punca penyakitnya (Kamus Dewan Edisi ketiga –
DBP). Professor Madya Dr. Othman Dato' Haji Mohamed pula menyatakan bahawa
psikoanalisis itu sebagai satu kaedah merawati seseorang individu yang meminta bantuan
berkaitan dengan masalah emosinya manakala melalui fahaman triadisi pula psikoanalisis lebih
dianggap merawati individu yang mana masalah personalitinya sungguh tertekan dan mendalam.
Psikoanalisis juga dikenali sebagai Psiko dinamik, psikoanalitik dan psiko terapi.
Ciri- ciri utama teori psikoanalisis adalah berdasarkan kepada manusia itu sendiri. Freud
percaya bahawa manusia lahir berdasarkan desakan atau dorongan kepada naluri semulajadi
manusia. Daripada pandangan itu timbul pendapat yang menyatakan bahawa manusia ini tidak
rasional (antirasionalisma). Maksudnya, manusia itu seringkali didorong oleh keinginan daging
sendiri yang kelaknya merosakkan dirinya dan sekaligus mempengaruhi kepada nasib haluannya.
Tingkah laku manusia itu biologikal atau dipengaruhi oleh dorongan kepuasan diri sendiri. Oleh
sebab itu, ciri- ciri sosialisma harus ada, maksudnya manusia perlu belajar daripada
pengalamanpengalaman
yang pernah berlaku dalam masyarakat.

PERKEMBANGAN PERSONALITI BERDASARKAN TEORI PSIKOANALISIS

Teori psikoanalisis berpendapat bahawa perkembangan personaliti manusia


dipengaruhi oleh tenaga psike. Tenaga psike ini adalah penting untuk mengetahui lebih
lagi mengenai konsep psikoanalisis itu sendiri. Ini adalah meliputi kepada beberapa
konsep iaitu konsep penentuan psike dan konsep tahap kesedaran.

Penentuan Psike
Penentuan psike ini menerangkan konsep yang
mana sebab-sebab tertentu itu mempengaruhi
tingkah laku dan reaksi emosi manusia. Ini
adalah berkait rapat dengan tahap sedar dan
tahap tidak sedar, pemikiran yang rasional
dengan tindakan atau kehendak emosi yang
sertamerta. Ini secara keseluruhannya
merangkumi kepada hubungan antara sesama
insan.Tenaga psike (tenaga kejiwaan) ini
adalah lebih kepada konsep LIBIDO,iaitu
dorongan atau desakan yang terarah kepada
seksual sebagai tenaga kehidupan.Walaubagaimanapu ini tidak tertumpu kepada
maksud seksual yang sempit tertapi termasuk kepada kehendak nafsu untuk memenuhi
kepuasan sendiri. Selain itu dorongan dan desakan lain dalam tenaga psike kehendak
mati.
Daripada dorongan- dorongan atau desakan-desakan itu, semuanya merupakan
keinginan naluri yang sebenarnya sudah wujud secara semulajadi sejak seseorang itu
dilahirkan. Oleh itu, setiap individu akan mengalami kesukaran untuk mengaturnya yang
sekaligus akan mencorakkan haluan hidupnya. Contohnya konflik yang kecil
berpanjangan walaupun itu adalah bermula daripada masalah yang kecil.

Tahap Kesedaran
Teori psikoanalisis berpendapat bahawa tahap kesedaran adalah sama penting dengan
konsep pentuan pskie dalam perkembangan personaliti seseorang. Ada tiga tahap
kesedaran yang dikemukakan dalam teori psikoanalisis. Tahap-tahap itu ialah tahap
sedar, tahap prasedar dan tahap bawah sedar.

Peringkat sedar ini adalah peringkat yang


disedari oleh seseorang. Ini adalah merangkumi
TAHAP SEDAR
kepada tingkah laku, tindakan, perasaan,
pemikiran
dan ingatan. Contoh perbuatan atau pemikiran TAHAP PRASEDAR
sedar ialah minum, berjalan, berasa gembira
atau sepi.
Peringkat prasedar pula, sesorang akan TAHAP BAWAH SEDAR
mengalami sedikit kesukaran untuk menyedari
sesuatu yang berlaku. Walaubagaimanapun, jika
tumpuan atau dilakukan secara bersungguh-sungguh ianya mampu diingat semula.
Keseluruhannya peringkat ini lebih kepada pemikiran yang berkaitan dengan perasaan.
Contohnya penilaian manusia
terhadap tahap kesejukan atau kepanasan. Manusia mampu berfikir sejauh mana tahap
kesejukan dan kepanasan berdasarkan pengalaman.
Tahap bawah sedar berdasarkan teori psikoanalisis ialah tahap yang paling penting.
Ini kerana ianya sangat mempengaruhi kepada pembentukan tingkah laku sesorang.
Pada tahap ini semua naluri dan keinginan manusia membentuk keperibadiannya.
Akhirnya seseorang itu akan menunjukkan tingkahlaku yang suka diterima oleh oleh
orang ramai.
Oleh sebab itu, peralihan tahap dari bawah sedar ke sedar adalah sangat sukar. Ianya
perlu merujuk atau memerlukan pembimbing yang lebih arif dan bertauliah contohnya
counselor . Umumnya teori psikoanalisis berpendapat bahawa perasaan pemikiran
bawah sedar ini melalui suatu proses yang mana situasi yang dihadapi disekat oleh
kenyataan. Maksudnya individu itu biasanya beranggapan bahawa dia tidak dapat
menerima kenyataan dan persepsi masyarakat juga tidak dapat menerima kenyataan
itu. Contohnya khayalan sesorang atau mimpinya.

PERSONALITI MANUSIA MENGIKUT TEORI PSIKOANALISIS

Personaliti secara ringkasnya adalah keperibadian atau perwatakan sesorang (Kamus Dewan
Edisi ketiga –DBP). Berdasarkan teori psikoanalisis, umumnya personaliti manusia ini adalah
dipengaruhi oleh kesan kesedaran dalam diri seseorang. Psikoanalisis telah membahagikan
pesonaliti manusia kepada tiga struktur iaitu id, ego dan super ego.

Model ICEBERG

Model struktur personaliti


Frued>

Id (Prinsip Kenikmatan - Pleasure Principle)


Id adalah bahagian minda berhubungan dengan naluri dan dorongan bawah sedar.
(Kamus Dewan Edisi ketiga – DBP). Teori psikoanalisis pula menyatakan bahawa semua
perbuatan atau gejala manusia yang neutral dalam pemikiran manusia itu adalah id. Keadaan id
atau ciri-ciri id seseorang itu sudah wujud sejak ianya dilahirkan. Maksunya id itu diturunkan,
semulajadi dalam diri, elemen yang diwarisi, dan memang suda ada sedia dalam diri manusia itu.

Id keseluruhannya merupakan perbuatan atau tingkah laku bawah sedar iaitu menjadi sumber
kepada LIBIDO (Naluri Kehidupan- life instinct) dan THANATOS( Naluri Kematian- death
instinct), lebih primitif , tidak tersusun, tidak rasional, dan lebih kepada oreintasi kehendak
nafsu. Objektif atau tujuan keseluruhannya adalah lebih kepada kepuasan.
Ego (Prinsip Realiti - prinsip reality)
Ego adalah persepsi seseorang tentang harga dirinya yang seterusnya mempengaruhi
kepada keyakinan dirinya (Kamus Dewan Edisi ketiga – DBP). Ego secara keseluruhannya
terbentuk melalui pengalaman. Ini berbeza daripada id herana ego tidak wujud sewaktu
kelahiran. Ego berkembang secara berperingkat. Ego penuh dengan pelbagai persepsi, inginkan
kemajuan, dan boleh beradabtasi dengan fungsi ego itu mengikut keadaan. Ego berkembang
dengan hubungan atau perantaraan secara sosial dengan orang lain atau alam sekeliling.
Keseluruhannya ego mempengaruhi personaliti seseorang dan perkembangan ego haruslah
melalui proses pendidikan.
Fungsi ego yang yang boleh didapati adalah ego dapat bertindak terhadap keadaan yang
mendatangkan kecemasan.keadaan yang digunakan konsep ego dalam keadaan kecemasan ini
adalah melalui pengalaman. Maksudnya penyelesaian masalah lebih berasaskan kepada
pengalaman dan keadah menetang, menolak dan tipu helah yakni pemesongan keadaan yang
sebenar kepada tidak sebaliknya. Proses ini adalah dikenali sebagai makenisma bela diri ego.
Super Ego (Prinsip Moral - Moral Principle)
Super ego adalah bahagian fikiran bawah sedar yang sentiasa menyedarkan kita tentang
kebaikan dan keburkan sesuatu, dan yang menbuatkan kita berasa bersalah sekiranya kita
melakukan kesalahan (Kamus Dewan Edisi ketiga – DBP).
Umumnya super ego adalah suatu struktur yang ketiga dalam pemikiran tingkahlaku
psikoanalisis. Ia lebih terarah kepada hati naluri seseorang atau kesedaran suara hati seseorang.
Super ego ini penting untuk penentuan kepada tingkahlaku moral yang baik. Perkaitan super ego
berdasarka moral dipelajari melalui asuhan ibubapa, dipelajari daripada masyarakat, dan
seterusnya kepada penerapan moral itu sehinnga sebati dalam diri.
Keseluruhannya super ego ini adalah penetuan kepada ego dan id. Super ego ini
mengenal ego dan id. Pendek kata super ego ini bertindak sebagai makenisma pengingat yang
tertumpu kepada kebaikan seseorang.

PERKEMBANGAN PERSONALITI BERDASARKAN TEORI PSIKOANALISIS


Secara keseluruhannya perkembangan ini terbahagi kepada lima peringkat. Peringkat -
peringkat itu ialah;-
a.) Peringkat Oral
b.) Peringkat Anal
c.) Peringkat Falik
d.) Peringkat Latensi

e.) Peringkat Genitial

Peringkat Oral
Peringkat ini adalah tertumpu kepada bayi
yang berumur antara 0 hingga 18 bulan.
Keseronokan dan kepuasan bayi itu boleh dicapai
melalui mulut. Ini kerana mulut adalah zon erotik
yang aktif bagi bayi. Ini dibuktikan bahawa bahawa
hampir semua objek dibawa ke mulut oleh bayi.
Selain itu bayi lebih menghabiskan masanya
bermain dengan mulut contohnya ibunya
menyusunya atau menyusu jarinya sendiri.
Peringkat Anal
Peringkat anal ini berlaku pada lingkungan
umur 2 hingga 4 tahun. Pada peringkat ini sudah
mampu menguasai fungsi biologi iaitu membuang
najis. Pada peringkat ini lebih kepada rangsangan
melalui dubur. Kanak kanak dilatih bagaimana
kaedah atau cara yang lebih sesuai untuk
membuang najis. Teori psikoanalisis berpendapat
bahawa kepuasan dapat dicapai sekiranya
kanakkanak
mampu membuang najis berdasarkan
kehendaknya sendiri. Keseluruhannya psikoanalisis
menerangkan bahawa semua latihan tunjuk ajar
yang dilalui oleh kanak-kanak akan membentuk
sahsiahnya.
Peringkat Falik
Peringkat ini berlaku pada lingkungan umur 4 hingga 6 tahun. Teori psikoanalisis
berpendapat bahawa pada masa ini kanak-kanak lebih kepada organ jantinanya. Ini dapat
dibuktikan dengan kanak-kanak pada peringkat umur ini sering memegang organ jantinanya.
Pada peringkat ini juga berlaku perkembangan kepada Oedipus kompleks dan Elektra kompleks.
Oedipus kompleks ini berlaku kepada kanak-kanak lelaki yang lebih cenderung dengan ibunya
manakala Elektra kompleks pula berlaku kepada kanak-kank perempuan yang lebih cenderung
dengan bapanya.

Peringkat Latensi
Peringkat ini berlaku pada lingkungan umur 6 hingga 12 tahun. Teori psikoanalisis
berpendapat bahawa pada masa ini pemikiran seksual mula berkembang. Maksudnya
kanakkanak
mula mengalihkan perasaan kasih sayangnya kepada orang lain selain daripada ibubapanya. Ini
dapat dilihat bahawa kanak-kanak pada umur begini sudah mula bergaul dengan

kanak-kanak yang berlainan jantina dengannya.


Peringkat Genitial
Peringkat ini berlaku pada lingkungan umur 12 tahun keatas. Kebiasaannya kanak-kanak
sudah mencapai baligh pada masa ini. Teori psikoanalisis menerangkan lebih banyak tentang
oreintasi seksual untuk peringkat genitial ini. Maksudnya remaja mula tertarik dan menaruh
minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina. Perkembangan ini membentuk kematangan
dan pemikiran kepada haluan masa depan iaitu alam perkahwinan.

APLIKASI TEORI PSIKOANALISIS DALAM BILIK DARJAH


Teori psikoanalisis ini sangat mempengaruhi keadaan bilik darjah secara tidak langsung.
Daripada keseluruhan perbincangan mengenai teori psikoanalisis peringkat umur yang lebih
diketengahkan adalah umur dalam lingkungan persekolahan. Oleh itu para pendidik harus
memahami teori psikoanalisis untuk mengatahui perwatakan anak murid.
Beberapa cadangan yang harus dipertimbangkan oleh setiap pendidik berdasarkan hujah
dan teori psikoanalisis ini. Anataranya para pendidik harus mengubah suai keadaan pengajaran
dan pembelajaran supaya ianya dapat mengambil kira sikap, persepsi, dan tingkah laku pelajar
secara keseluruhannya. Maksudnya pengajaran dan pembelajaran hendaklah mampu
mengimbangi sikap,persepsi dan tingkah laku pelajar.
Selain itu, para pendidik harus peka kepada keadaan pelajar-pelajar yang bermasalah. Ini
kerana pelajar-pelajar yang bermasalah ini selalunya mengalami kecaleruan dalam
memotivasikan diri mereka sendiri. Oleh itu, para pendidik hendaklah mendekati pelajar-pelajar
ini secara diplomasi dan berikan mereka motivasi yang sepatutnya mereka terima.
Keupayaan atau kemampuan seseorang pelajar itu dipengaruhi umur. Semakin meningkat
umurnya maka pengetahuannya juga bertambah. Oleh itu, para pendidik harus peka dan tahu
akan potensi atau setakat mana keupayaan pelajarnya. Ini adalah penting untuk mentukan
tugasan atau latihan yang sesuai yang sesuai kepada mereka. Jika tugasan dan latihan yang
diberikan oleh para pendidik itu sesuai untuk mereka, kepuasan boleh dicapai dalam diri mereka.
Selain itu, pelajar-pelajar pada umumnya belajar daripada nilai yang mereka pelajari.
Penerapan nilai yang baik dalam pengajaran dan pembelajaran ini adalah amat penting. Ini
kerana penerapan nilai agama dan moral yang baik ini yang mepengaruhi keseluruhan sahsiah
dan perwatakan pelajar seterusnya. Keseluruhannya teori psikoanalisis ini banyak mempengaruhi
keadaan manusia baik dalam pengajaran dan pembelajaran mahupun dalam kehidupan seharian.

You might also like