You are on page 1of 2

Buku Log adalah buku catatan untuk ‘merakam’ kerja – kerja yang telah kita lakukan.

Untuk memduduki ujian


kompentensi PW1, PW4, AO, A4, BO, B4, kita perlu menyediakan buku log kerana ini merupakan salah satu syarat
yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga (ST). Kolum F ( PENGAKUAN – iv ) Borang Permohonan
Peperiksaan Kekompetenan elektrik ada menyebutkan perkara ini.
Buku Log bukan sahaja untuk rujukan kita pada masa – masa akan datang tetapi juga untuk menunjukkan sejauh
mana pengalaman dan pemahaman kita tentag kerja – kerja yang telah kita buat. Maka, setiap Buku Log perlu ditulis
dengan kemas.
Sebagai  contoh, saya akan ulas di sini penyediaan Buku Log untuk Penjaga Jentera Elektrik. Jika anda adalah
pelatih / penuntut di mana – mana pusat latihan kemahiran seperti IKM atau ILP, anda memang telah disediakan
Buku Log. Bagi calon persendirian, mungkin artikel ini boleh membantu.
Pada beberapa muka surat pertama, tuliskan biodata seperti  Nama, No.KP, Pengalaman kerja dan kategori ujian.
Contoh : Kategori ujian :-  AO.
Masukkan latar belakang pendidikan. Untuk Penjaga Jentera Elektrik, anda sekurang – kurangnya tamat tingkatan 5.
Anda juga perlu menulis tentang kemahiran – kemahiran dalam ketukangan elektrik seperti pendawaian,
penyelanggaraan motor elektrik, pengujian dan lain – lain.
Untuk menambah keyakinan para panel, mungkin ada baiknya jika anda tuliskan pengalaman – pengalaman kerja
yang lalu Contoh : Julai 2004 – Dis 2004
Syarikat : Kilang Padi.
Tugas / kerja : ( nyatakan tugas seperti menjaga kelengkapan elektrik dsb)
Alasan mengapa anda perlu nyataka tugas / kerja kerana, tidak semua tempat kerja memberikan pengalaman untuk
anda. Jika anda berkerja sebagai Pendawai Elektrik mungkin anda tidak melakukan kerja – kerja penyelanggaraan 
MSB. Tetapi pengalaman kerja penyelanggaraan MSB anda boleh dapat di tempat lain jika anda di bawah seliaan
seorang Penjaga Jentera Elektrik Kompeten.
Masukkan juga butir – butir Syarikat / tempat kerja seperti nama syarikat, alamat, No. Pepasangan didaftarkan
dengan ST ( jika ada ), Kakitangan berkompeten, gambar, peta lokasi dsb.
Setelah anda selesai dengan perkara di atas, tuliskan projek / kerja pertama. Berdasarkan pengalaman, saya cuma
menggunakan buku hard cover unutk membuat Buku Log.
Tarikh : 1/9/07
Tajuk Projek / kerja : Menukar Motor Pump.
Tempat kerja : Loji Penghawa Dingin.
Cara Kerja :
1. Asingkan Litar dengan mematikan suis utama litar yang terlibat.
2. Buka sambungan / tamatan motor yang rosak.
3. Asingkan motor dari pump.
4. Periksa keadaan motor gantian sebelum dipasangkan.
5. Uji arah pusingan dengan bekalan sebenar ( 3 fasa / 420 V / 50 Hz ). Pusingan Kipas motor mestilah mengikut
arah jam.
6. Pasang motor gantian mengikut tanda dan warna kabel.
7. Hidupkan suis utama dan hidupkan sistem Penyejuk Udara Hotel.
Langkah – langkah keselamatan :
1. Penandaan pada kabel dan / atau motor sebaik- baiknya dilakukan untuk mengelekkan kekeliruan.
2. Pakai pakaian yang sesuai dan kasut yang berdaya tebatan yang tinggi.
3. Pastikan penyambung / pendua ( Coupling ) separas di antara motor dan dan pump.
4. Bolt dan nut diikat dengan kuat.
5. Lakukan pengujian arah putaran motor.
6. Periksa keadaan fius- fius, mcb, mccb yang terlibat sebelum dihidupkan.
Peralatan / Bahan :
1. Test pen.
2. Multi Meter.
3. Spaner mengikut kesesuaian.
4. Pemutar skru (+/-)
5. Puller.
6. Motor gantian.
7. Fius 36 A.
Analisis :
1. Setelah bekalan mengalami ganguan di Loji Penghawa Dingin, Chiller gagal beroperasi.
2. Perpandukan Papan Alamat, kerja – kerja bermula dengan pemeriksaan dan di ketuai oleh Ketua Jurutera.
Didapati Chilled Water Pump telah rosak berkemungkinan daripada bearing yang haus / longar.
Berpandukan contoh di atas, kita dapat menulis pengalaman dengan ringkas tapi padat.
Anda seharusnya menyediakan sekurang – kurangnya 10 projek untuk dimasukkan dalam Buku Log.
antara skop Penjaga Jentera Elektrik AO adalah :
1. Penyelanggaraan MSB.
2. Penyelanggaraan ACB.
3. Pengujian.
4. Pembuman.
5. Motor elektrik.
6. Faktor kuasa.
7. Bekalan 3 fasa.
8. Pendawaian.
9. Pendawaian Bawah.
10. Bekalan ac / dc.

You might also like