You are on page 1of 8

NOTA KIMPALAN ARKA I

KIMPALAN ARKA

Kimpalan arka elektrik dijalankan secara mengalirkan tenaga elektrik daripada elektrod ke
atas logam asas dan menukarkan tenaga elektrik ini kepada tenaga haba yang tinggi.
Tenaga haba ini digunakan untuk melebur logam elektrod, logam tambahan atau logam
penyambung yang akhirnya menghasilkan satu sambungan kimpal. Pada asasnya, banyak
tenaga elektrik diperlukan untuk mencapai suhu tertentu bagi melebur logam dalam jangka
masa yang pendek. Berikut ialah dua jenis arus elektrik yang biasa digunakan dalam kerja-
kerja kimpalan.

Arus ulangalik (a.u.) : Sejenis arus yang mengubah arah pengalirannya beberapa kali
dalam satu saat. Arus ulangalik yang biasa digunakan akan mengubah kekuatan dan
arahnya 120 kali dalam masa satu saat atau membuat satu pergerakan ulangalik dalam
masa 1/60 scsaat. Frekuensi arus ini dikatakan bernilai 60 hertz. Dengan perkataan lain
arus ulangalik yang mempunyai frekuensi 60 hertz akan mengubah kekuatan dan arahnya
60 kali bagi setiap saat.

Arus terns (a.t.). :Sejenis arus yang mempunyai arah pengaliran yang tetap. Arah arus
terns hanya boleh diubah dengan menukar sambungan kabel yang digunakan.

Arus Elektrik
Arus elektrik mengalir daripada satu tekanan tinggi kepada tekanan rendah melalui litar atau
dawai kerana wujudnya perbezaan daya. Daya yang menyebabkan arus ini mengalir disebut
daya gerak elektrik. Unit bagi daya gerak elektrik ialah volt. Hujung yang mempunyai daya
gerak elektrik yang tinggi dikatakan hujung negatif dan hujung satu lagi yang mempunyai
daya gerak elektrik rendah ialah hujung positif. Ini bermakna aliran arus elektrik melalui litar
bermula daripada hujung negatif ke hujung positif. Unit bagi mengukur arus elektrik ialah
ampere.

Rintangan
Apabila arus elektrik mengalir di dalam sesuatu pengalir, arus ini akan menghadapi
rintangan pada keseluruhan laluannya. Rintangan itu berubah mengikut jenis bahan yang
digunakan. Unit rintangan ialah Ohm. Bahan tembaga memberi rintangan yang rendah
terhadap aliran arus. Itulah sebabnya pengalir tembaga digunakan secara meluas.
Sebaliknya bahan-bahan yang merintang aliran elektrik disebut penebat. Di antara bahan-
bahan penebat utama ialah kertas,getah,dan minyak. Getah biasanya digunakan untuk
menebat aliran elektrik sepanjang laluanya.

Prinsip-Prinsip Kimpalan Arka


Suatu arka elektrik terjadi apabila arus elektrik mengalir daripada suatu hujung elektrod ke
permukaan logam yang hendak dikimpal. Keadaan ini berlaku apabila elektrod yang
membawa arus itu bersentuhan dengan logam yang hendak dikimpal serta terdapat voltan di
antaranya. Kejadian itu menghasilkan haba yang tinggi dan akibatnya sebahagian logam
asas dan hujung elektrod terlebur. Peleburan hujung elektrod menyebabkan pembentukan
bebola-bebola halus logam(kumai) yang dipindahkan ke dalam lopak di atas logam asas
melalui arka berlaku dan Ini disebut pemindahan logam.
Kadangkala cecair logam yang terjadi dilindungi oleh gas-gas lindungan yang terhasil
daripada peleburan salutan kimia elektrod. Cecair logam juga kadangkala dilindungi oleh
satu lapisan jermang yang dihasilkan daripada pembakaran salutan elektrod. 

Kelengkapan dan Aksesori


Keperluan asas bagi menjalankan sesuatu kimpalan arka ialah bekalan elektrik dengan
voltan dan arus yang sesuai. Voltan yang diperlukan ialah di antara 20-100 volt manakala
arus yang sesuai ialah di antara 100-1000 ampere. Terdapat dua jenis mesin kimpalan arka.
Iaitu:
a) Mesin yang memberi arus terus.
b) Mesin yang memberi arus ulang alik.

Mesin Kimpalan Arus Terus 


Terdapat dua cara bagi mendapatkan arus terus yang digunakan dalam mesin kimpalan
jenis ini iaitu melalui set penjana dan alat kimpalan penerus.

Kebaikan dan Keburukan

(a) Boleh digunakan untuk mengenakan kedua-dua elektrod teras dan bukan teras.
(b) Menghasilkan kimpalan yang lebih licin dan ini berguna untuk mengimpal logam
kepingan nipis.
(c) Lebih selamat digunakan.
(a) Harganya lebih mahal.
(b) Perlu dijalankan penyelenggaraan berkala ke atas jenis kilang penjana kerana terdapat
bahagian-bahagian yang bergerak.
c) Gangguan-gangguan daripada
'tiupan arka'.

Mesin Kimpalan Arus Ulangalik


Bekalan arus ulangalik untuk kerja-kerja kimpalan didapati daripada sebuah pengubah
perendah. Di sini bekalan elektrik utama dengan kekuatan 230-250 volt diturunkan kepada
suatu nilai yang kurang daripada 100 volt oleh alat pengubah. Pengubah ini mempunyai
pengatur kawalan arus yang membolehkan operator memilih nilai arus yang sesuai
setanding dengan saiz elektrod yang digunakan. Dari segi kecekapan dan kemudahan,
peralatan arus ulangalik adalah unggul. Berikut disenaraikan beberapa kebaikan
menggunakan mesin kimpalan arus ulangalik: 

(a) Harganya lebih murah.


(b) Sedikit penyelenggaraan diperlukan atau mungkin tidak diperlukan lang¬sung. Ini 
adalah kerana tidak ada bahagian-bahagian yang bergerak dalam pengubah.
(c) Tidak berlaku 'tiupan arka'.
(d) Boleh digunakan di sebarang tempat.
Peralatan tambahan bagi kimpalan arka
Berikut ialah beberapa peralatan tambahan penting bagi kegunaan pekerja¬pekerja
kimpalan.

• Pemegang elektrod.
• Kabel atau wayar kimpalan.
• Kabel bumi.
• Pelindung muka.
• Sarung Tangan.
• Apron kulit..
• Berus 
• Penyepit

Keselamatan
Bahaya-bahaya yang mungkin ditemui dalam kerja-kerja kimpalan arka ialah daripada
sinaran arka, percikan logam lebur, gas-gas dan haba yang terhasil serta risiko renjatan
elektrik. Oleh itu, kita mestilah sentiasa berhati-hati apabila menjalankan kimpalan arka
untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan.

Untuk mengelakkan kemalangan akibat daripada sinaran arka dan percikan logam lebur,
pengimpal mestilah melindungi kulit pada bahagian muka, mata, tangan, lengan, kaki dan
badan dengan cara memakai pakaian yang sesuai dan selamat.

Sebelum memulakan sesuatu kerja kimpalan, pastikan kesemua sambungan elektrik berada
dalam keadaan sempurna dan mempunyai pembumian elektrik yang baik. Perlu diingat,
penting bagi hujung kabel daripada set kimpalan itu dibumikan melalui satu terminal atau
pembumian yang betul. Ini untuk mengelakkan berlakunya pembumian melalui pengimpal
jika terminal bumi ini tersalah sambung, maka kemungkinan akan berlaku kejadian renjatan
elektrik.

Pakaian Keselamatan Ketika Mengimpal Arka


Untuk mendapatkan perlindungan yang lebih berkesan. Pakaian kerja atau apron yang
kemas boleh juga digunakan. Kasut yang bertapak nipis atau kasut getah kurang sesuai.

Benda-benda tajam atau kepingan-kepingan logam yang tajam boleh menembusi tapak
kasut dan menyebabkan kecederaan . kasut yang tahan lasak atau kasut keselamatan
(kasut perusahaan) patut di pakai. Pakaian perlindungan kulit atau apron kulit harus
digunakan semasa membuat kerja-kerja kimpalan.

Bagi pengawasan keselamatan tambahan,pelajar atau pelatih juga diminta mengulungkan


lengan baju dan menanggalkan gelang,jam tangan,cincin dan memasukkan tali leher ke
dalam baju sebelum membuat kerja amali. Langkah-langkah ini dapat mengelakkan benda-
benda yang longgar termasuk atau tersangkut kepada bahagian-bahagian mesin yang
sedang bergerak
Mesin Kimpalan Arka
Mesin kimpalan arka adalah merupakan sebuah alatubah perendah iaitu ia mengubah dari
voltan tinggi kepada voltan rendah tetapi menghasilkan arus yang tinggi untuk menerbitkan
arka bagi kegunaan mengimpal. Dilengkapi dengan kabel pemegang elektrod dan juga
kabel bumi ke meja kerja.

Fungsi Alat Pengubah


Alat pengubah adalah komponen yang terdapat pada sebuah mesin kimpalan arka yang
berfungsi untuk mengurangkan voltan dan meninggikan arus bagi menerbitkan arka untuk
tujuan kerja mengimpal. Alat ubah ini dikenali sebagai alatubah perendah.

Komponen-komponen asas dalam sesebuah mesin kimpalan arka adalah 


terdiri daripada:

- Alatubah
- Kebel bumi
- Kebel elektrod
- Pemegang Elektrod
- Bekalan kuasa

Jenis-jenis mesin kimpalan arka


Terdapat lima jenis mesin kimpalan arka. Iaitu:

- Jenis ‘rectifier (DC)


- Jenis alatubah (AC)
- Jenis kombinasi AC/DC
- Jenis pacuan enjin. (petrol atau disel)
- Jenis pacuan motor elektrik.(janakuasa)

Jenis ‘rectifier’(DC)

Mesin kimpalan arka jenis ‘rectifier’ (penerus) digunakan kerana ianya mempunyai dua
pilihan aliran arus, iaitu arus terus kekutuban berbalik dan arus terus kekutuban lurus.

Punca positif disambungkan kepada elektrod maka ianya adalah kekutuban berbalik. Punca
negatif disambungkan kepada elektrod maka ia adalah kekutuban lurus. Semua jenis kerja
mengimpal bagi kebanyakan logam adalah amat sesuai dengan mesin jenis ini. Bagi kerja-
kerja pembinaan dan penyelengaraan mesin jenis ini adalah pilihan yang tepat.

Kelemahan: 
- Menghasilkan ‘semburan arka’ (arc blow)
- Arka tidak begitu stabil berbanding jenis janakuasa
- Tiada pilihan untuk ciri-ciri arka.
Jenis arus ulangalik.

Mesin kimpalan arus ulangalik (AC) digunakan adalah kerana ianya menghasilkan arka yang
lebih stabil dan tiada berlaku ‘semburan arka’ (arc blow) dengan penembusan yang
sederhana dan senyap.

Kelemahan:
- Mengimpal ke atas logam tertentu dan penggunaan yang terhad.
- Tidak semua elektrod boleh digunakan.
- Mampu beroperasi pada ampiar yang tinggi.

Jenis gabungan/kombinasi AC/DC.

Mesin jenis ini boleh menggunakan kedua-kedua jenis arus. Ianya perlu apabila mengimpal
logam tertentu dengan arus yang tertentu. Mempunyai penggunaan yang meluas. Boleh
digunakan ke atas banyak jenis keluli dan kedudukan mengimpal.

Kelemahan:
- Kos yang agak tinggi
- Berlaku ‘semburan arka’ pada sesetengah sambungan

Contoh :

Apakah alat yang menukarkan arus ulangalik kepada arus terus dalam mesin
kimpalan arus terus?

Penyelesaian:

Alat yang digunakan bagi menukar arus ulangalik kepada arus terus ialah ‘rectifier’
atau alat penerus.

Jenis Pacuan enjin petrol /disel ( Arus Terus atau Arus Ulangalik).

Mesin ini boleh digunakan dikawasan yang tiada bekalan elektrik. Boleh membekalkan sama
ada arus ulangalik atau arus terus.

Kelemahan:
- Modal yang besar dan penyelenggaraan yang tinggi
- Bising
- Semburan arka (arc blow)
- Memerlukan bahanapi.
Jenis Pacuan motor.

Mesin kimpal arka jenis ini menghasilkan arus terus. Menghasilkan dua pilihan arus terus.
Iaitu kekutuban terus dan kekutuban berbalik.

Kelemahan:
- Terdapat ‘arc blow’ .
- Penyelenggraan yang tinggi. Ianya menggunakan beberus karbon 
dan perlu ditukar pada tempoh tertentu.

Kekutuban Mesin Kimpalan Arka


Terdapat dua jenis kekutuban mesin kimpalan arka . Iaitu:

- Arus Terus Kekutuban Berbalik ( kebel elektrod dipasang pada punca positif)
- Arus Terus Kekutuban Lurus ( kebel lektrod dipasang pada punca negatif)

Ciri-ciri Kekutuban:

Ciri-ciri kekutuban arus terus kekutuban berbalik ialah:

- Kadar kecairan elekrod yang lebih cepat.


- Kelajuan kimpal yang lebih pantas diperlukan.

Ciri-ciri kekutuban arus terus kekutuban lurus ialah:

- Kadar kecairan elektrod yang lambat


- Kelajuan yang sederhana

Kaedah Mengimpal Menggunakan Elektrod Bersalut


Terdapat dua teknik mengimpal dengan kimpalan arka gas pelindung Iaitu:

Teknik Seret.

Menggunakan teknik ini boleh dilakukan dengan elektrod jenis ‘hujung cawan’(deep cup)
dimana hujung logam tidak bersentuh dengan bendakerja kerana hujung bahan lakur
membentuk seperti cawan. Oleh itu jarak sentiasa kekal pada ketinggian yang sama dan
mengahsilkan kumai yang cantik dan kemas.

Teknik Angkat 

Menggunakan teknik ini letrod diangkat pada jarak lebih kurang 1/8 inci dari permukaan
bendakerja ketika arka dihidupkan sehingga selesai mengimpal. Teknik ini hendaklah
digunakan apa mengimpal dengan elektrod biasa yang bukan jenis ‘deep cup’.

Contoh :
Bilakah teknik seret digunakan dan apakah kelebihan menggunakan teknik ini?

Penyelesaian:

- Teknik seret boleh digunakan apabila mengimpal dengan menggunakan elektrod jenis ‘
hujung dalam’ (deep cup). Kelebihannya jarak arka dapat diseragamkan dan juga rupa
kumai akan lebih seragam dan kemas. Amat baik untuk mengimpal kembi kerana mudah
dikendalikan dan kumai kelihatan lebih halus dan cantik.

Kesan jarak arka, sudut arka dan kelajuan arka ke atas hasil kimpalan.

Jarak Arka

Jarak arka adalah jarak diantara hujung teras logam elektrod dengan permukaan
bendakerja. Dimana arka yang diterbitkan akan dapat dikekalkan pada jarak ini. Jarak arka
yang terlalu tinggi akan menyebabkan kumai tidak cantik dan juga ketelusan yang kurang.
Jarak arka ialah antara 5.0mm hingga 6.0mm.

Sudut Arka

Sudut yang terbentuk diantara kecondongan elektrod dengan permukaan bendakerja pada
arah gerakan elektrod. Sudut arka yang tidak betul akan menyebabkan riak kumai jadi
memanjang atau bujur dan menjadikan rupa kumai tidak cantik.

Kelajuan Arka

Kelajuan arka adalah laju gerakan elektrod bergerak ke arah hujung penamat kimpalan.
Kelajuan ini biasanya bergantung kepada kadar kecairan elektrod.
Mengimpal terlalu laju akan menjadikan kumai terlalu halus dan tinggi serta kurang
ketelusan.

CONTOH SOALAN : 

Apakah yang dimaksudkan dengan arka?.

Arka adalah satu fenomena satu pancaran cahaya yang kuat lagi terang terbit 
diantara hujung elektrod dengan permukaan bendakerja. Ketika ini elektron 
mengalir melintasi satu ruang udara yang telah terion maka ruang udara itu 
menjadi panas sehinggalah berlakunya arka. Haba yang terhasil dari udara
terion itu adalah lebih kurang 3300C (6000C).

Nyatakan tiga jenis arus yang digunakan dalam kimpalan arka?.


Terangkan lebih lanjut mengenai jenis-jenis arus yang anda nyatakan.
Tiga jenis arus yang digunakan dalam kimpalan arka adalah seperti berikut:

- Arus ulangalik
- Arus terus kekutuban berbalik 
- Arus terus kekutuban luruS

Arus ulangalik mempunyai frekuensi dan bergerak dari titik sifar hingga ke titik maksimum
positif dan jatuh ketitik sifar semula kemudian bergerak ke titik maksimum negatif dan
begitulah seterusnya berulang-ulang.

Manakala Arus terus kekutuban berbalik pula dimana punca positif pada mesin
disambungkan kepada kebel elektrod.

Bagi arus kekutuban lurus pula punca negatif pada mesin disambung kepada kebel elektrod.

You might also like