You are on page 1of 19

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Peraturan dan Syarat Pertandingan


KOMPANG SELAWAT DAN BERZANJI
MARHABAN SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN
PELAJARAN MALAYSIA

OPERASI DAKWAH
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KPM

MUHARRAM 1430 / JANUARI 2009


Bahagian Pendidikan Islam, KPM

TAJUK

1 Kertas Makluman Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji
Marhaban Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

DIKEMUKAKAN OLEH

2 Kertas ini dikemukakan oleh Operasi Dakwah, Bahagian Pendidikan Islam,


Kementerian Pelajaran Malaysia.

TUJUAN

3 Kertas ini dikemukakan kepada Jabatan Pelajaran Negeri bertujuan untuk


memaklumkan Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji
Marhaban Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

LATAR BELAKANG

4 Seni marhaban atau dikenali dalam Bahasa Melayu sebagai ucapan “Selamat
Datang“ dan seni kompang selawat adalah dua cabang seni warisan dan khazanah
Islam di Nusantara. Kedua cabang seni ini, yang pada awalnya diperkenalkan oleh
para pendakwah dan mubaligh Islam, diperkenalkan sebagai salah satu cara dan
metod untuk mereka berdakwah dan menarik perhatian masyarakat pada masa itu.
Ternyata cara yang diperkenalkan oleh mereka ini telah berjaya untuk menarik
perhatian penduduk Tanah Melayu dan sejak itu Islam pesat berkembang di rantau
ini.

5 Marhaban dan selawat adalah ungkapan syair-syair Arab yang diwarisi sejak
penghijrahan Rasullullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah. Berbeza daripada
marhaban, kalimah selawat adalah ucapan ’taufiqi’ yang diajarkan oleh Allah Taala.
Seiring dengan pengaruh syair Arab yang begitu berpengaruh di kalangan
masyarakat Arab, ucapan ini telah berevolusi dengan penambahan-penambahan
pujian terhadap Baginda Rasulullah s.a.w. dan melahirkan kesyukuran terhadap
Allah Taala.

6 Di Malaysia, kedua ungkapan ini sering diucapkan ketika sambutan Maulidur Rasul
s.a.w., majlis-majlis perkahwinan, ketika menyambut kelahiran cahaya mata dan
majlis-majlis kesyukuran serta khatam al-Quran. Ia mengandungi puji-pujian
kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan sifat-sifatnya yang terpuji dan mulia serta
melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah Taala.

7 Kumpulan Marhaban dan kompang selawat ini biasanya hanya dimonopoli oleh
golongan yang sudah berumur sahaja, sama ada lelaki ataupun perempuan.
Penyertaan daripada kalangan remaja amatlah kurang sekali.

TUJUAN PERTANDINGAN

8 Menyedari bahawa marhaban dan kompang selawat adalah merupakan antara


warisan bangsa dan lambang jati diri umat Islam di rantau ini, Kementerian
Pelajaran Malaysia berhasrat untuk memperkembangkan seni ini dalam kalangan
remaja, khususnya murid-murid sekolah. Justeru, Pertandingan Kompang Selawat
dan Berzanji Marhaban Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia dirangka
untuk dilaksanakan.

Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 2 }
Bahagian Pendidikan Islam, KPM

9 Pertandingan ini diadakan, antara lain bertujuan untuk mendedahkan salah satu
cabang kesenian Islam dalam kalangan murid sekolah menengah. Ia juga
bermatlamat untuk melahirkan modal insan negara bangsa yang tidak luput jati
dirinya, tinggi akal budi dan mengekalkan warisan budaya murni nenek moyang
watannya.

10 Tujuan berzanji dan marhaban juga adalah untuk memperdengarkan kepada umum
riwayat hidup Rasulullah saw. Yang mempunyai sifat-sifat mulia lagi terpuji dan
mengenai sejarah perjuangannya dalam menegakkan Islam, supaya masyarakat
dapat mengamalkannya dalam kehidupan.

PERKARA YANG DIMAKLUMKAN

11 Tajuk

Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban


Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

12 Matlamat

Menjana pembangunan modal insan di peringkat persekolahan melalui aktiviti ko-


kurikulum agar murid terdidik dengan nilai-nilai murni dan mempunyai jati diri
yang kuat melalui penghayatan ajaran Islam dan pengenalan budaya bangsa yang
luhur dan murni.

13 Objektif

1. Memberi satu wadah dan peluang kepada murid untuk terlibat dengan
aktiviti ko-kurikulum;

2. Memperkuat dan mengembalikan penghayatan murid kepada budaya


melalui aktiviti ko-kurikulum;

3. Mendedahkan salah satu cabang kesenian Islam dalam kalangan murid


sekolah menengah;

4. Memperkenal kembali seni marhaban dan kompang selawat kepada murid


sebagai salah satu medan dan metod dakwah;

5. Melahirkan modal insan negara bangsa yang tidak luput jati dirinya, tinggi
akal budi; dan

6. Mengekalkan warisan budaya murni nenek moyang agar tidak luput


ditelan zaman.

Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 3 }
Bahagian Pendidikan Islam, KPM

14 Peraturan dan Syarat Pertandingan Berzanji Marhaban Sekolah


Menengah Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

14.1 Penyertaan

14.1.2 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah


menengah kebangsaan (SMK) dan sekolah menengah di bawah
Kementerian Pelajaran Malaysia daripada Tingkatan Peralihan
hingga ke Tingkatan 5 sahaja.

14.1.3 Setiap sekolah/daerah/negeri hanya dibenarkan menghantar


satu kumpulan Marhaban yang mengandungi 9 orang bagi
setiap kumpulan termasuk pembaca rawi.

14.1.4 Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada murid sekolah yang


sama sahaja.

14.1.5 Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada satu jantina sahaja,


sama ada lelaki atau perempuan.

14.1.6 Sekolah yang menjadi johan di peringkat daerah akan mewakili


daerah berkenaan ke peringkat negeri dan johan negeri akan
mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

14.1.7 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas, boleh


dibatalkan penyertaannya.

14.2 Borang Penyertaan

14.2.1 Setiap kumpulan hendaklah menghantar Borang Penyertaan


rasmi yang mengandungi (lampiran);

(i) Nama Sekolah/Daerah/Negeri.


(ii) Nama Kumpulan.
(iii) Senarai Nama Ahli Kumpulan.
(iv) Nombor Kad Pengenalan.

14.2.2 Setiap kumpulan hendaklah menyertakan teks marhaban yang


akan dipersembahkan.

14.2.3 Borang penyertaan yang lengkap dan disahkan oleh pengetua/


Pegawai Pelajaran Daerah/ Pengarah Pelajaran Negeri
hendaklah dihantar kepada pihak Urusetia mengikut tarikh yang
ditetapkan.

14.3 Format Persembahan

14.3.1 Persembahan hendaklah dimulakan dengan bacaan rawi.

14.3.2 Semua ahli kumpulan hendaklah duduk ketika bacaan rawi.

14.3.3 Semua ahli kumpulan hendaklah berdiri ketika


mempersembahkan marhaban.
Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 4 }
Bahagian Pendidikan Islam, KPM

14.4 Pemilihan Rawi, Marhaban & Tarannum

14.4.1 Setiap kumpulan akan memperdengarkan rawi yang ditentukan


oleh penganjur pertandingan pada tahun berkenaan.

14.4.2 Tarannum berzanji dan marhaban yang disampaikan hendaklah


berdasarkan tarannum asli yang muktabar.

14.4.3 Setiap tarannum yang dipersembahkan hendaklah berasaskan


kepada tarannum Arab Hijazi sahaja.

14.4.4 Setiap persembahan berzanji dan marhaban hendaklah dimulai


dan diakhiri dengan selawat.

14.4.5 Setiap persembahan marhaban mestilah mengandungi


sekurang-kurangnya tiga (3) jenis tarannum yang dibenarkan.

14.4.6 Setiap tarannum hendaklah dipersembahkan dalam 3 tabaqat


(tingkatan).

14.5 Rawi Berzanji dan Teks Marhaban

14.5.1 Rawi berzanji dan teks marhaban hendaklah dalam Bahasa Arab
sahaja.

14.5.2 Setiap tambahan teks rawi dan marhaban hendaklah


berdasarkan teks yang muktabar.

14.6 Masa

14.6.1 Setiap kumpulan diberi masa selama 20 minit sahaja untuk


menyampaikan persembahan Berzanji dan Marhaban.

14.6.2 Markah akan di potong jika persembahan kurang daripada 18


minit atau melebihi masa 20 minit.

14.6.3 Masa akan dikira bermula daripada bacaan selawat pembuka


dan berakhir setelah selesainya bacaan selawat penutup.

14.7 Pakaian

14.7.1 Pakaian peserta mestilah menutup aurat dengan sempurna.

14.7.2 Peserta lelaki dilarang memakai pakaian menyerupai pakaian


peserta perempuan dan sebaliknya.

14.7.3 Pakaian Lelaki : Baju kebangsaan yang lengkap; bersampin


dan bersongkok hitam.

14.7.4 Pakaian Perempuan : Baju kurung/berjubah dan bertudung


yang sempurna dan sopan.

14.7.5 Pakaian dan perhiasan mestilah sederhana. Pakaian, hiasan dan


solekan yang keterlaluan akan dipotong markah persembahan.

Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 5 }
Bahagian Pendidikan Islam, KPM

14.7.6 Semua larangan yang terdapat dalam peraturan berpakaian


sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
hendaklah dirujuk dan dipatuhi.

* Perhatian

Mana-mana kumpulan yang melanggar mana-mana peraturan di


atas, boleh dibatalkan penyertaannya.

14.8 Penghakiman dan Pemarkahan

14.8.1 Penghakiman akan diadili oleh panel hakim pertandingan


Berzanji dan Marhaban yang dilantik oleh penganjur.

14.8.2 Penghakiman dibuat berdasarkan aspek pemarkahan pada


Berzanji dan Marhaban seperti berikut :

14.8.2.1 Berzanji

(i) Tarannum – 30 markah

(ii) Tajwid – 25 markah

(iii) Fasohah – 25 markah

(iv) Suara – 20 markah

14.8.2.2 Marhaban

(i) Tarannum – 40 markah

(ii) Suara – 25 markah

(iii) Fasohah – 20 markah

(iv) Persembahan – 15 markah

14.8.3 Penghakiman Berzanji

14.8.3.1 Tarannum. Aspek yang dihakimi;

(i) Tarannum Arab Hijazi yang muktabar.


(ii) Setiap Tarannum hendaklah disampaikan secara
teratur dalam empat harakat tanpa takrir.
(iii) Setiap Tarannum hendaklah disempurnakan
dalam tiga tabaqat.
(iv) Setiap Tarannum hendaklah dibawa dengan
teratur dan tersusun serta tidak bercampur-aduk.

Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 6 }
Bahagian Pendidikan Islam, KPM

Jenis-jenis kesalahan;

(i) Kurang daripada empat harakat dalam setiap


rangkap.
(ii) Tidak dapat mengawal mahattah dan qit’ah.
(iii) Terdapat sumbang alunan yang mencacatkan.
(iv) Terdapat susunan harakat yang tidak sesuai.
(v) Terdapat takrir pada harakat qit’ah.
(vi) Terdapat unsur-unsur kekerasan atau kekasaran
pada harakat.
(vii) Setiap tarannum yang tidak disampaikan dalam
tiga tabaqat.
(viii) Setiap tarannum yang bercampur aduk.

* Perhatian
(i) Pemotongan markah bagi kesalahan yang
berulang-ulang hendaklah tidak melebihi 5
markah.
(ii) Markah penuh ialah 40 markah termasuk markah
istimewa. Markah istimewa akan diberi mengikut
ciri-ciri yang tertentu.

Ciri-ciri keistimewaan;
(i) Bacaan yang mempunyai tarannum jawab yang
sesuai dan menarik. Contoh; tarannum Sikah -
jawabnya Mayyah, Rakbi – jawabnya Hijaz dan
Rast jawabnya Hijaz atau Yaman Hijaz.
(ii) Setiap tarannum yang dialunkan mengikut lahjah
Arab.
(iii) Setiap tarannum yang disempurnakan dalam 4
tabaqat secara menarik.
(iv) Harakat yang mempunyai ‘ikhtilalul lahn’.
(v) Harakat yang mempunyai burdah yang menarik.

14.8.3.2 Tajwid. Aspek yang dihakimi;

(i) Memelihara hukum nun sakinah dan tanwin.


(ii) Memelihara hukum mim.
(iii) Memelihara hukum idgham.
(iv) Memelihara hukum alif lam shamsiah dan
qamariah.
(v) Memelihara hukum ‘tarqiq’, ‘taghliz’ dan ‘tafkhim’.
Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 7 }
Bahagian Pendidikan Islam, KPM

(vi) Memelihara hukum mudud.


(vii) Memelihara ‘wajibul ghunnah’.

Jenis-jenis kesalahan;
(i) Tidak memelihara hukum mudud kecuali di
beberapa tempat tertentu dan pada ‘mad a’ridh
lissukun’.
(ii) Menyalahi hukum nun sakinah dan tanwin.
(iii) Menyalahi hukum mim.
(iv) Menyalahi hukum idgham.
(v) Menyalahi hukum alif lam shamsiah dan
qamariah.
(vi) Menyalahi hukum ‘tarqiq’, ‘taghliz’ dan ‘tafkhim’.
(vii) Menyalahi hukum mudud.
(viii) Menyalahi ‘wajibul ghunnah’.

Ciri-ciri keistimewaan;
(i) Mencapai kesempurnaan sifat-sifat ghunnah.
(ii) Dapat menyamai kadar hukum mad yang sejenis.

14.8.3.3 Fasohah. Aspek yang dihakimi;

(i) Memelihara sebutan makhraj dan sifat-sifat huruf.


(ii) Cermat dalam melafazkan huruf dan kalimah.
(iii) Kesempurnaan dan ketepatan waqaf dan ibtida’.
(iv) Memelihara tanda baris dan tasydid.
(v) Kesederhanaan dan keselarasan rentak bacaan.

Jenis-jenis kesalahan;
(i) Tidak memelihara sebutan makhraj dan sifat-sifat
huruf.
(ii) Tidak cermat dalam melafazkan huruf dan
kalimah.
(iii) Tidak sempurna dan tepat wakaf ibtida’.
(iv) Tidak memelihara tanda baris dan tasydid.
(v) Melanggar kesederhanaan dan keselarasan rentak
bacaan.

Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 8 }
Bahagian Pendidikan Islam, KPM

Ciri-ciri keistimewaan;
(i) Bacaan yang mengikut kadar kelajuan yang
sesuai pada keseluruhan persembahan bacaan.
(ii) Dapat menyempurnakan bacaan ayat yang
panjang dalam satu nafas.

14.8.3.4 Suara. Aspek yang dihakimi;

(i) Kebersihan suara (tidak serak).


(ii) Kelicinan suara (tidak pecah).
(iii) Tingkatan suara (sekurang-kurangnya 3 tabaqat).
(iv) Ketepatan nada suara (bergerak tidak sumbang).
(v) Kemanisan, kelembutan dan kemerduan suara.
(vi) Kelantangan dan ketajaman suara.
(vii) Kekerapan burdah yang disusun rapi.
(viii) Pengawalan kualiti suara dari mula hingga akhir
(kualiti suara tidak menurun dari mula hingga
akhir).

Jenis-jenis kesalahan;
(i) Suara serak / parau yang merosakkan
(ii) Suara sumbang yang merosakkan
(iii) Suara tenggelam
(iv) Suara terpecah / terputus
(v) Suara tersepit / tercekik
(vi) Suara terketar-ketar kerana terlampau tinggi /
rendah
(vii) Suara tidak cukup tiga thabaqat
(viii) Suara lemah / lembab
(ix) Suara keras / kaku
(x) Suara yang berubah kualiti

Ciri-ciri keistimewaan;
(i) Suara berlahjah Arab.
(ii) Suara yang merangkumi keempat-empat tabaqat
dengan selesa.
(iii) Suara yang bergerak / hidup.
(iv) Suara yang mempunyai kemerduan.

Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 9 }
Bahagian Pendidikan Islam, KPM

14.8.4 Penghakiman Marhaban

14.8.4.1 Tarannum. Aspek yang dihakimi;

(i) Taranum yang dipersembahkan hendaklah


berasaskan kepada Tarannum Hijazi sahaja.
(ii) Setiap persembahan mestilah mengandungi
sekurang-kurangnya tiga jenis tarannum yang
dibenarkan.
(iii) Setiap tarannum hendaklah disampaikan dalam 3
tabaqat.
(iv) Tarannum marhaban yang dipersembahkan
hendaklah seiring/sama/selaras dengan tarannum
berzanji. Contoh; rawi sikah - marhaban sikah,
rawi rakhbi - marhaban rakhbi dan rawi rast
-marhaban rast.
(v) Kesinambungan di antara tarannum hendaklah
menggunakan wazan tarannum yang
bersesuaian.

Jenis-jenis kesalahan;
(i) Menggunakan tarannum berbentuk nasyid atau
saduran.
(ii) Kurang daripada tiga tarannum dalam
persembahan.
(iii) Terdapat unsur-unsur kekerasan atau kekasaran
pada harakat.
(iv) Setiap tarannum tidak disampaikan dalam tiga
tabaqat.
(v) Sumbang ketika menukar alunan tarannum.
(vi) Tarannum marhaban tidak seiring dengan
tarannum rawi.

Ciri-ciri keistimewaan;

(i) Setiap tarannum yang dialunkan mengikut lahjah


arab.
(ii) Setiap tarannum yang disempurnakan dalam 4
tabaqat dengan selesa.
(iii) Harakat yang mempunyai burdah yang menarik.

Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 10 }
Bahagian Pendidikan Islam, KPM

14.8.4.2 Suara. Aspek penghakiman;

(i) Kebersihan suara (tidak serak).


(ii) Kelicinan suara (tidak pecah).
(iii) Tingkatan suara (sekurang-kurangnya 3 tabaqat).
(iv) Ketepatan nada suara (bergerak tidak sumbang).
(v) Kemanisan ,kelembutan dan kemerduan suara.
(vi) Kelantangan dan ketajaman suara.
(vii) Kekerapan burdah yang disusun rapi.
(viii) Pengawalan kualiti suara dari mula hingga akhir
(kualiti suara tidak menurun dari mula hingga
akhir).
(ix) Kesepaduan suara (kumpulan).
(x) Hanya menggunakan satu suara (unison).

Jenis-jenis kesalahan;
(i) Suara serak / parau yang merosakkan
(ii) Suara sumbang yang merosakkan
(iii) Suara tenggelam
(iv) Suara terpecah / terputus
(v) Suara tersepit / tercekik
(vi) Suara terketar-ketar kerana terlampau tinggi /
rendah
(vii) Suara tidak cukup tiga thabaqat
(viii) Suara lemah / lembab
(ix) Suara keras / kaku
(x) Suara yang berubah kualiti
(xi) Suara yang berlapis-lapis berbentuk harmoni

* Perhatian
(i) Suara serak yang berpanjangan akan dipotong 2
markah sahaja.

14.8.4.3 Fasohah. Aspek yang dihakimi;

(i) Memelihara sebutan makhraj dan sifat-sifat huruf.


(ii) Cermat dalam melafazkan huruf dan kalimah.
(iii) Memelihara tanda baris dan tasydid.
(iv) Keselarasan rentak bacaan / sebutan.

Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 11 }
Bahagian Pendidikan Islam, KPM

Jenis-jenis kesalahan;
(i) Tidak memelihara sebutan makhraj dan sifat-sifat
huruf.
(ii) Tidak cermat dalam melafazkan huruf dan
kalimah.
(iii) Tidak memelihara tanda baris dan tasydid.
(iv) Tidak selaras rentak bacaan.

Ciri-ciri keistimewaan;
(i) Bacaan yang mengikut kadar kelajuan yang
sesuai pada keseluruhan persembahan bacaan.
(ii) Dapat menyempurnakan ayat yang panjang
dalam satu nafas.

14.8.4.4 Persembahan. Aspek yang dihakimi;

(i) Disiplin dan susun atur.


(ii) Pakaian peserta yang bersesuaian.
(iii) Memula dan menutup persembahan dengan
selawat.
(iv) Penghayatan (ekspresi).
(v) Gaya yang sesuai dan tidak keterlaluan.

(vi) Menepati masa yang ditentukan.

(vii) Keseimbangan persembahan / penampilan di


antara solo dengan ramai.

Jenis-jenis kesalahan;

(i) Kurang berdisiplin.

(ii) Pakaian yang tidak seragam / tidak sesuai.

(iii) Tidak memula dan menutup persembahan


dengan selawat.

(iv) Tiada penghayatan.

(v) Gaya yang keterlaluan.

(vi) Tidak menepati masa.

(vii) Tidak seimbang antara solo dengan kumpulan.

Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 12 }
Bahagian Pendidikan Islam, KPM

Ciri-ciri keistimewaan;

(i) Dapat menampilkan solo lebih dari dua orang


yang menarik.

(ii) Dapat menamatkan persembahan tepat pada


masa yang ditetapkan (20 minit).

14.9 Penentuan Keputusan Pertandingan

14.9.1 Kategori Pertandingan;

14.9.1.1 Kategori Berzanji – Pembaca Rawi Terbaik

14.9.1.2 Kategori Marhaban – Persembahan Terbaik

14.9.1.3 Kategori Berzanji dan Marhaban – Johan, Naib Johan,


Ketiga dan Saguhati

14.9.2 Bagi kategori Berzanji – Pembaca Rawi Terbaik, keputusan akan


berdasarkan kepada pembaca rawi yang mendapat markah
tertinggi. Hanya satu anugerah akan diberikan.

14.9.3 Bagi kategori Marhaban – Persembahan Terbaik, keputusan


akan berdasarkan kepada persembahan marhaban yang
mendapat markah tertinggi. Hanya satu anugerah akan
diberikan.

14.9.4 Bagi kategori Berzanji dan Marhaban, pasukan yang


memperolehi markah tertinggi setelah markah kategori Berzanji
dan Marhaban dicampurkan, akan diisytiharkan sebagai johan.
Pasukan yang mendapat jumlah markah kedua tertinggi akan
menjadi Naib Johan dan seterusnya.

14.9.5 Seandainya terdapat persamaan markah, maka kedudukan akan


ditentukan dengan merujuk kepada markah bahagian-bahagian
pemarkahan berikut mengikut turutan;

(i) Tarannum (rawi dan marhaban);


(ii) Tajwid (rawi);
(iii) Suara (rawi dan marhaban);
(iv) Fasohah (rawi dan marhaban); dan
(v) Persembahan (marhaban).

14.9.6 Seandainya masih terdapat persamaan markah, jemaah hakim


akan bersidang untuk menentukan keputusan pertandingan.

14.9.7 Keputusan hakim adalah muktamad.

Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 13 }
Bahagian Pendidikan Islam, KPM

14.10 Bantahan

14.10.1 Sebarang bantahan mestilah dikemukakan secara rasmi kepada


Pengerusi Jemaah Hakim menggunakan Borang Bantahan Rasmi
yang disediakan.

14.10.2 Bantahan mestilah sampai ke Pengerusi Jemaah Hakim sebelum


keputusan diumumkan.

14.10.3 Sebarang bantahan selepas keputusan rasmi pertandingan


diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim, tidak akan dilayan.

15 Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat Sekolah Rendah


Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

15.1 Penyertaan

15.1.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah


kebangsaan (SK), sekolah jenis kebangsaan (SJK) dan sekolah
bantuan kerajaan, daripada Tahun Satu hingga ke Tahun Enam
sahaja.

15.1.2 Setiap sekolah/daerah/negeri hanya dibenarkan menghantar


satu kumpulan Kompang Selawat yang mengandungi sekurang-
kurangnya 12 orang dan tidak melebihi 15 orang bagi setiap
kumpulan.

15.1.3 Kesemua ahli kumpulan dimestikan memalu kompang.

15.1.4 Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada murid sekolah yang


sama sahaja.

15.1.5 Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada satu jantina sahaja,


sama ada lelaki atau perempuan.

15.1.6 Sekolah yang menjadi johan di peringkat daerah akan mewakili


daerah berkenaan ke peringkat negeri dan johan negeri akan
mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

15.1.7 Mana-mana pasukan dilarang sama sekali untuk


memperkenalkan identiti sekolah atau kumpulan secara lisan,
pada pakaian dan alatan dalam apa jua bentuk semasa
persembahan.

15.1.8 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas, boleh


dibatalkan penyertaannya.

15.2 Borang Penyertaan

15.2.1 Setiap kumpulan hendaklah menghantar borang penyertaan


rasmi (Lampiran) yang mengandungi;

Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 14 }
Bahagian Pendidikan Islam, KPM

(i) Nama Sekolah.


(ii) Nama Kumpulan.
(iii) Nama Ahli Kumpulan.
(iv) Nombor Kad Pengenalan / Surat Beranak.

15.2.2 Borang penyertaan yang lengkap dan disahkan oleh guru besar/
Pegawai Pendidikan Daerah/ Pengarah Pelajaran Negeri
hendaklah dihantar kepada pihak Urusetia mengikut tarikh yang
ditetapkan.

15.3 Paluan

15.3.1 Kompang hendaklah dipalu dengan menggunakan tangan sahaja


tanpa sebarang alat bantuan yang lain.

15.3.2 Gubahan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua bentuk


paluan iaitu melalu dan meningkah.

15.3.3 Paluan mestilah melibatkan kesemua ahli kumpulan.

15.3.4 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas, boleh


dibatalkan penyertaannya.

15.3.5 Gubahan yang mempunyai lebih daripada dua bentuk paluan


adalah satu kelebihan (contoh; menyilang, menganak dan lain-
lain).

15.4 Formasi persembahan.

15.4.1 Pergerakan formasi mestilah melibatkan semua ahli pasukan dan


bersesuaian dengan rentak paluan.

15.4.2 Pergerakan yang keterlaluan, agresif, merbahaya dan akrobatik


adalah tidak dibenarkan.

15.4.3 Formasi pembukaan dan penutup yang tiada kaitan dengan lagu
pertama dan kedua adalah tidak dibenarkan.

15.4.4 Sebarang set dan prop tambahan dalam apa juga bentuk adalah
tidak dibenarkan.

15.4.5 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas, boleh


dibatalkan penyertaannya.

15.4.6 Segala pergerakan masuk dan keluar pentas adalah juga


dianggap sebagai satu persembahan.

15.4.7 Segala pergerakan dan formasi hendaklah dilakukan di dalam


ruangan atau pentas yang berukuran tidak melebihi 20 kaki x 20
kaki persegi.

Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 15 }
Bahagian Pendidikan Islam, KPM

15.5 Lagu

15.5.1 Setiap pasukan mestilah mempersembahkan dua buah lagu.

15.5.2 Lagu pertama bertemakan selawat.

15.5.3 Lagu kedua bertemakan tajuk mata pelajaran Pendidikan Islam


KBSR Tahun Satu hingga Tahun Enam yang akan ditetapkan
oleh Bahagian Pendidikan Islam dari semasa ke semasa.

15.5.4 Lagu pertama boleh menggunakan melodi/irama selawat yang


sedia ada atau ciptaan baru yang bersesuaian.

15.5.5 Lagu kedua adalah bebas sama ada menggunakan melodi/irama


yang sedia ada atau ciptaan baru.

15.5.6 Lagu pertama mestilah berentak tradisional Melayu (masri,


zapin, inang, joget, asli dan gabungan mana-mana rentak di
atas.)

15.5.7 Rentak lagu kedua adalah bebas. Namun, rentak berunsur


hardrock, heavy metal, rap, hip-hop dan yang seumpamanya
adalah dilarang sama sekali.

15.5.8 Lagu pembukaan dan penutup yang tiada kaitan dengan lagu
pertama dan kedua adalah tidak dibenarkan.

15.5.9 Antara lagu pertama dan kedua perlu ada senggangan masa.

15.5.10 Kedua-dua lagu (Pertama dan Kedua) hendaklah disampaikan


tanpa bantuan alat pembesar suara (microphone).

15.5.11 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas, boleh


dibatalkan penyertaannya.

15.6 Lirik Lagu

15.6.1 Lirik lagu pertama hendaklah dalam Bahasa Arab sahaja.

15.6.2 Lirik lagu kedua boleh disampaikan dalam Bahasa Arab, Bahasa
Melayu atau Bahasa Inggeris atau gabungan antara dua atau
ketiga-tiga bahasa tersebut sahaja.

15.6.3 Lirik lagu kedua yang menggunakan Bahasa Inggeris dan


Bahasa Arab hendaklah disertakan terjemahannya.

15.6.4 Penggunaan ayat al-Quran sebagai sebahagian atau keseluruhan


lirik lagu tidak dibenarkan sama sekali.

15.6.5 Lirik yang menyentuh isu-isu sensitif tidak dibenarkan.

15.6.6 Setiap kumpulan hendaklah menyerahkan lirik lagu yang


dipertandingkan kepada urusetia pertandingan pada tarikh dan
masa yang ditetapkan.

Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 16 }
Bahagian Pendidikan Islam, KPM

15.6.7 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas, boleh


dibatalkan penyertaannya.

15.7 Masa

15.7.1 Setiap kumpulan diberi masa selama 8 hingga 10 minit sahaja


untuk menyampaikan persembahan.

15.7.2 Markah akan dipotong jika persembahan melebihi masa yang di


tetapkan atau kurang daripada 8 minit.

15.7.3 Masa dikira bermula apabila peserta mula masuk ke kawasan


persembahan atau bersuara atau memalu kompang.

15.8 Pakaian

15.8.1 Pakaian peserta mestilah menutup aurat dengan sempurna.

15.8.2 Pakaian Lelaki : Baju kebangsaan yang lengkap; bersampin,


bersongkok hitam dan berkasut lengkap.

15.8.3 Pakaian Perempuan : Baju kurung, bertudung yang sempurna


dan sopan serta berkasut lengkap.

15.8.4 Pakaian peserta lelaki tidak dibenarkan menyerupai pakaian


peserta perempuan dan sebaliknya.

15.8.5 Pakaian, perhiasan dan solekan mestilah sederhana dan tidak


keterlaluan.

15.8.6 Pakaian, hiasan dan solekan boleh mempengaruhi pemarkahan.

15.8.7 Semua larangan yang terdapat dalam peraturan berpakaian


sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
hendaklah dirujuk dan dipatuhi.

15.8.8 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas, boleh


dibatalkan penyertaannya.

15.9 Jenis kompang

15.9.1 Saiz kompang hendaklah berdiameter antara 25 cm hingga 38


cm (10 inci hingga 15 inci) sahaja. Penggunaan pelbagai saiz
kompang dibenarkan.

15.9.1 (a) Ketebalan kompang yang digunakan hendaklah tidak


melebihi 4 inci.

15.9.2 Belulang kompang mestilah dibuat daripada kulit binatang


sahaja. Penggunaan PVC atau kulit tiruan tidak dibenarkan sama
sekali.

15.9.3 Kompang berkerincing, jedor atau alatan muzik selain daripada


kompang tidak dibenarkan sama sekali.

Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 17 }
Bahagian Pendidikan Islam, KPM

15.9.4 Penggunaan sebarang alat elektronik adalah tidak dibenarkan.

15.9.5 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas, boleh


dibatalkan penyertaannya.

15.10 Penghakiman dan Pemarkahan

15.10.1 Bahagian Paluan (35 markah)

Aspek penghakiman;
(i) Gubahan rentak.
(ii) Bentuk paluan.
(iii) Tempo.
(iv) Kualiti ton.
(v) Dinamik / ekspresi.
(vi) Keseimbangan.

15.10.2 Bahagian Formasi Persembahan (30 markah)

Aspek penghakiman;
(i) Kreativiti.
(ii) Keseragaman.
(iii) Disiplin dan susun atur.
(iv) Kesesuaian gerak formasi.
(v) Pakaian.

15.10.3 Bahagian Suara (20 markah)

Aspek penghakiman;
(i) Kualiti suara.
(ii) Kesepaduan suara.
(iii) Keharmonian suara.
(iv) Kejelasan dan kefasihan sebutan.

15.10.4 Bahagian Lagu (15 markah)

Aspek penghakiman;
(i) Gubahan lagu.
(ii) Lirik yang sesuai.
(iii) Kesesuaian lagu dengan irama.

15.11 Penentuan Keputusan Pertandingan

15.11.1 Pasukan yang memperolehi markah tertinggi akan diisytiharkan


sebagai johan. Pasukan yang mendapat jumlah markah kedua
tertinggi akan menjadi Naib Johan dan seterusnya.
Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 18 }
Bahagian Pendidikan Islam, KPM

15.11.2 Seandainya terdapat persamaan markah, maka kedudukan akan


ditentukan dengan merujuk kepada markah bahagian-bahagian
pemarkahan berikut mengikut turutan;

(i) Paluan;
(ii) Formasi Persembahan;
(iii) Suara; dan
(iv) Lagu.

15.11.3 Seandainya masih terdapat persamaan markah, jemaah hakim


akan bersidang untuk menentukan keputusan pertandingan.

15.11.4 Keputusan hakim adalah muktamad.

15.12 Bantahan

15.12.1 Sebarang bantahan mestilah dikemukakan secara rasmi kepada


Pengerusi Jemaah Hakim menggunakan Borang Bantahan Rasmi
yang disediakan.

15.12.2 Bantahan mestilah sampai ke Pengerusi Jemaah Hakim sebelum


keputusan diumumkan.

15.12.3 Sebarang bantahan selepas keputusan rasmi pertandingan


diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim, tidak akan dilayan.

Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 19 }

You might also like