You are on page 1of 65

1

SEMINAR SEJARAH PMR TAHUN 2011


Terdapat beberapa pengertian yang perlu difahami olen calon PMR terhadap pelajaran Sejarah.
Apakah Sejarah? Istilah Sejarah dikatakan berasal dari perkataan Arab iaitu syajaratun yang bermaksud
pohon atau pokok. Syajaratun juga bermakna salasilah, riwayat, keturunan dan asal-usul. Menurut Ibnu
Khaldun Sejarah membicarakan tentang masyarakat manusia atau peradaban manusia, tentang perubahan-
perubahan yang berlaku pada masyarakat itu. Menurut Herodotus, Sejarah ialah penceritaan tentang
tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya. Menurut Muhd Yusof Ibrahim pula Sejarah
merupakan catatan ataupun rekod mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu.

Sejarah sebenarnya mengenai cerita tentang manusia dengan kegiatannya. Calon PMR perlu
memahami sejarah tentang diri sendiri, masyarakat dan negara kerana apa yang berlaku pada hari ini adalah
hasil daripada perubahan yang telah mengambil masa beberapa tahun lamanya. Hanya dengan mengkaji
sejarah asal-usul dan pembangunan masyarakat pada masa lalu barulah kita boleh memahami dengan jelas
tentang masyarakat dan negara kita pada hari ini.

Setengah calon PMR beranggapan, untuk memahami dan menguasai pelajaran Sejarah adalah
dengan menghafal. Anggapan ini mungkin tepat kalau calon mempelajari sejarah sebelum KBSM
diperkenalkan. Sejarah menjadi menarik jika calon PMR mengetahui cara yang betul dan tepat untuk
mempelajari Sejarah.

Oleh itu calon PMR perlu mengemukakan soalan berikut ketika mengkaji sesebuah buku teks Sejarah
iaitu ‘Apa (NAMA TAJUK/PERISTIWA), Siapa (NAMA TOKOH), ‘Bila (PERTARIKHAN), ‘Di mana
(LOKASI) ‘Mengapa (SEBAB MUSABAB/FAKTOR KEJADIAN) dan Bagaimana ? (KRONOLOGI)
Selain memahami kehidupan masa lalu Sejarah mempunyai kaitannya dengan kehidupan pada hari ini.
Malah Sejarah dapat menjadi ikhtibar kepada kita supaya tidak mengulangi ‘kesilapan sejarah’ iaitu
kesilapan tindakan tokoh pada masa lalu ketika membuat sesuatu keputusan atau tindakan. Sejarah banyak
mengajar kita sikap berhati-hati supaya kesilapan masa lalu tidak akan berulang lagi. Oleh itu generasi
masa kini dapat merangka wawasan masa depan negara dengan lebih yakin.

Mengapa kita perlu belajar Sejarah? Sejarah boleh memupuk semangat cintakan negara. Sejarah juga
dikaitkan dengan proses pembentukan keperibadian bangsa dan negara. Dalam sejarah negara kita terdapat
ramai tokoh dan pemimpin negara yang memberi sumbangan kepada negara kita. Selepas mencapai
kemerdekaan pemimpin negara telah berusaha memajukan negara dari aspek politik, ekonomi dan sosial
bagi meningkatkan taraf kehidupan yang lebih baik. Oleh yang demikian kita mesti menghargai jasa dan
usaha pemimpin negara kita.

Apakah yang menarik mengenai soalan kertas Sejarah PMR pada tahun 2011 ? Untuk makluman calon
PMR 2011 sekalian, Kertas Sejarah PMR dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Penilaian Skor Elemen
yang diadakan di sekolah dan Penilaian Berpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Setiap calon
PMR dikehendaki menjalankan Penilaian Kerja Kursus Sejarah sebagai satu daripada keperluan pensijilan.
Markah proses penilaian kerja kursus bagi setiap calon akan dikemukakan kepada Lembaga Peperiksaan
Malaysia. Guru Sejarah anda akan menilai prestasi calon mulai awal bulan Februari 2011.

Penilaian Berpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) ialah Peperiksaan Sejarah PMR
KBSM. Kertas Sejarah PMR KBSM Tahun 2011 masih mengekalkan ciri dan format soalan 2010. Cuma
terdapat sedikit perubahan di sana – sini. Kod kertas soalan Sejarah PMR Tahun 2011 ialah 21/1. Masanya
satu jam lima belas minit. Kertas Sejarah PMR KBSM mengandungi 60 soalan objektif aneka pilihan dan
aneka gabungan.

Penilaian Menengah Rendah PMR untuk pelajaran Sejarah KBSM hanya terdiri daripada satu
kertas soalan objektif sahaja. Soalan 1 hingga 60 ialah soalan objektif aneka pilihan A, B, C D dan soalan
objektif aneka gabungan A, B, C dan D yang dibentuk daripada kombinasi dua cadangan jawapan seperti
berikut:
2

A B C D
I dan II I dan IV II dan III III dan IV

Berdasarkan pemerhatian penulis, kebanyakan calon PMR masih gagal menjawab soalan berbentuk
stimulus atau rangsangan dengan baik. Calon tidak dapat mengaitkan soalan dengan tajuk tertentu. Antara
kekerapan bentuk dan jenis soalan Sejarah PMR yang ditanya ialah soalan berdasarkan gambar, fakta,
pernyataan, senarai, jadual, rajah, petikan, maklumat, dialog, monolog, kata-kata, urutan peristiwa
(kronologi), peta, unsur patriotisme dan soalan berdasarkan perbilangan/puisi. Lihat lampiran jadual 1.
Analisis Soalan Peperiksaan Sejarah PMR 2011.

Bil Bentuk dan Jenis Soalan Stimulus


1 Soalan Berdasarkan Maklumat
2 Soalan Berdasarkan Pernyataan
3 Soalan Berdasarkan Jadual
4 Soalan Berdasarkan Petikan
5 Soalan Berdasarkan Monolog
6 Soalan Berdasarkan Dialog
7 Soalan Berdasarkan Kata-kata
8 Soalan Berdasarkan Urutan Peristiwa
9 Soalan Berdasarkan Rajah
10 Soalan Berdasarkan Peta
11 Soalan Berdasarkan Gambar
12 Soalan Berdasarkan Senarai
13 Soalan Berdasarkan Puisi/Perbilangan
14 Soalan Berdasarkan Unsur Patriotisme
15 Soalan Berdasarkan Ilustrasi
16 Soalan Berdasarkan Graf
17 Fakta secara langsung/terus

Contoh soalan berdasarkan maklumat

Maklumat berikut merujuk kepada lokasi petempatan masyarakat Zaman Neolitik.

 Gua Cha, Kelantan


 Bukit Tengkorak, Sabah

Apakah kegiatan yang dijalankan di petempatan tersebut?


A Melebur gangsa
B Menghasilkan sabit
C Menanam rempah ratus
D Mencipta peralatan tembikar

Mengapakah Sultan Kedah menghubungi syarikat berikut pada abad ke-18?

 Firma Jourdain Sullivan and de Souza


 Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI)

A Menghapuskan lanun
B Menjamin hubungan diplomatik
3

C Mengekalkan kedaulatan negeri


D Meningkatkan kegiatan perdagangan

Maklumat berikut berkaitan dengan manifesto sebuah parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Majlis
Perundangan Persekutuan 1955

 Merdeka dalam empat tahun


 Menamatkan darurat
 Mewajibkan pendidikan rendah

Apakah parti tersebut?


A Parti Buruh
B Parti Negara
C Parti Perikatan
D Parti Islam Se-Malaya

Contoh soalan berdasarkan pernyataan


Pernyataan berikut menerangkan hubungan serantau pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Istilah ‘sembah’ digunakan oleh Kampar dan Siak apabila berutus surat dengan Melaka.

Mengapakah istilah tersebut digunakan?


A Menyekat budaya asing
B Menunjukkan perbezaan taraf
C Memantapkan budaya tempatan
D Meningkatkan kecekapan pentadbiran

Peristiwa berikut berlaku di Tanah Melayu pada tahun 1950-an.

Sir Henry Gurney mahu penduduk di Tanah Melayu yang berusia 12 tahun ke atas diberikan kad
pengenalan. Rancangan tersebut dipersetujui oleh Sir Rodown Harold Briggs.

Mengapakah langkah tersebut diambil?


A Mengehadkan kaum imigran
B Melicinkan proses pilihan raya
C Membanteras ancaman komunis
D Memudahkan banci penduduk

Mengapakah British mengambil tindakan tersebut?

Pada tahun 1946 British menguasai Sarawak dan Sabah sebagai Tanah Jajahan Mahkota

A Menjaga kepentingan ekonomi


B Mengehadkan ancaman komunis
C Memenuhi kehendak penduduk tempatan
D Menyeragamkan sistem pentadbiran tempatan
4

Contoh soalan berdasarkan jadual

Jadual berikut menunjukkan tokoh tempatan yang terlibat dalam pentadbiran Jepun.

Tokoh Jawatan
Dato’ Onn bin Jaafar Pengawal Makanan Negeri Johor
Dr. Burhanuddin al-Helmy Penasihat Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu

Mengapakah Jepun bertindak sedemikian?


A Mengatasi kekurangan pegawai
B Mengatasi masalah pengangguran
C Menghormati tradisi penduduk
D Menghargai jasa pembesar

Jadual berikut berkaitan jawatan dan peranan pembesar Melaka

Jawatan Peranan
 Ketua urusetia istana
X  Ketua segala Syahbandar

Apakah X?
A Bendahara
B Laksamana
C Temenggung
D Penghulu Bendahari

Jadual berikut menunjukkan penempatan Residen di Negeri-negeri Melayu.

Tahun Kawasan Residen

1874 Perak J.W.W.Birch


Selangor J.G.Davidson
Sungai Ujong P.J.Murray
1888 Pahang J.P. Rodger

Mengapakah Pahang merupakan negeri yang terakhir menerima Residen British ?


A Kemasukan pelabur Eropah
B Penubuhan Majlis Penasihat
C Pelaksanaan pentadbiran Barat
D Kelemahan perlembagaan negeri
5

Contoh soalan berdasarkan petikan

Petikan berikut mengambarkan suasana di pelabuhan Melaka pada kurun ke-15.

“… di pelabuhan Melaka biasanya terdapat lapan puluh empat bahasa


dituturkan, tiap-tiap satunya berlainan ….”

Sumber : The Suma Oriental of Tome Pires

Mengapakah berlaku keadaan yang sedemikian?


A Kedatangan pedagang asing
B Kegiatan penyebaran agama
C Perkembangan kegiatan intelektual
D Peningkatan hubungan diplomatik

Pernyataan berikut adalah petikan dokumen Perjanjian Pemulihan Hubungan Malaysia-Indonesia yang
ditandatangani pada 11 Ogos 1966.

FASAL III
Kerajaan Malaysia dan kerajaan Republik Indonesia bersetuju bahawa memandang kepada fasal di
atas, perbuatan permusuhan di antara kedua buah negara hendaklah diberhentikan dari sekarang juga.

Apakah kejayaan yang dicapai melalui perjanjian tersebut ?


A Penamatan ancaman komunis
B Pemasyhuran kemerdekaan
C Penamatan konfrontasi
D Pemansuhan darurat

Petikan berikut menerangkan tentang cogan kata majalah Al-Imam di Tanah Melayu.

“Mengingatkan mereka yang lalai dan menjagakan mereka yang tidur dan menunjukkan mereka yang
sesat dan menyampaikan suara yang menyeru kepada kebaikan…”
Al-Imam

Apakah saranan Al-Imam untuk menjayakan usaha tersebut?


I Mengekalkan adat tradisional
II Menekankan kepentingan ilmu pengetahuan
III Menekankan pendidikan kepada kaum wanita
IV Menyeru orang Melayu mengekalkan hak istimewa

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
6

Contoh soalan berdasarkan monolog/dialog

Dialog berikut mungkin berlaku di Larut pada pertengahan kurun ke-19.

Ngah Ibrahim : Anda perlu membantu kita menyelesaikan masalah di Larut.


Kapten Speedy : Baiklah. Kami sedia membantu.

Apakah masalah di Larut pada ketika itu?


A Perebutan takhta
B Pergaduhan kongsi gelap
C Pertelingkahan pembesar
D Perebutan kawasan pertanian

Monolog berikut berkaitan dengan penentangan Dol Said terhadap British di Naning pada tahun
1830-an.

Dol Said : Saya menentang pembayaran cukai satu per sepuluh daripada hasil keluaran
pertanian.

Mengapakah beliau bertindak yang demikian?


A Membela hak petani
B Menentang pemodenan
C Mempertahan kedaulatan negeri
D Mempertahankan hak pembesar

Dialog berikut mungkin berlaku pada awal kurun ke – 15.

Parameswara : Beta berpendapat tempat ini sangat sesuai dan strategik


Pembesar : Benar Tuanku. Banyak pokok bakau dan api-api di sini.

Apakah tindakan Parameswara seterusnya?


A Melaksanakan perluasan kuasa
B Memajukan tanah pertanian
C Membina kubu pertahanan
D Mengasaskan kerajaan

Dialog berikut mungkin diucapkan oleh Gabenor Andrew Clarke dan Raja Abdullah semasa
menandatangani Perjanjian Pangkor.

Andrew Clarke : Saya percaya Perjanjian Pangkor 1874 boleh menyelesaikan


masalah takhta di Perak.
Raja Abdullah : Saya dapati syarat itu banyak merugikan beta dan pembesar!

Apakah kerugian yang dimaksudkan oleh baginda?


I Pengukuhan kuasa Sultan
II Perlucutan jawatan pembesar
III Kekurangan kuasa pentadbiran
7

IV Kehilangan hak memungut cukai

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Contoh soalan berdasarkan peristiwa

Jadual berikut menunjukkan peristiwa kemuncak gerakan antipenyerahan Sarawak.

Tahun Peristiwa
1949 Pembunuhan Sir Duncan Stewart, di Sibu Sarawak.

Apakah kesan peristiwa tersebut?


I Perisytiharan Darurat
II Pemecatan kakitangan kerajaan
III Rosli Dhobi dikenakan hukuman gantung
IV Anggota kumpulan Rukun Tiga Belas dipenjara

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Jadual berikut berkaitan dengan tempat berlakunya demonstrasi pada tahun 1946 di Tanah
Melayu.

Tempat Peristiwa
Alor Setar
Demonstrasi mengecam Sir Harold MacMichael
Kota Bharu

Mengapakah demonstrasi tersebut berlaku?


A Menentang Malayan Union
B Membantah keganasan Komunis
C Menghalang kemasukan imigran
D Menolak Persekutuan Tanah Melayu

Contoh soalan berdasarkan rajah

Rajah berikut merujuk kepada sumber sejarah.

Batu Bersurat

Sumber Pertama
Rajah 1 Fail Rasmi Jabatan

X
Apakah X?
A Buku
B Diari
C Akhbar
D Majalah
8

Rajah berikut menunjukkan sumbangan tokoh yang telah berjasa kepada negeri Johor.

Menjadi Setiausaha kerajaan Johor yang pertama

Mendapat gelaran Datuk Bentara


Dato’ Jaafar bin Muhammad

Apakah X ?
A Memartabatkan bahasa Melayu
B Menyekat kemaraan kuasa British
C Melukis peta pembangunan negeri
D Mewajibkan pendidikan semua rakyat

Contoh soalan berdasarkan puisi

Puisi berikut menerangkan penentangan Tok Janggut akibat perubahan yang dilakukan oleh Penasihat
British di Kelantan.

Aku tak rela tanah darahku diinjak, dijajah


Aku tak rela hasil bumiku dicantas dipulas
Aku tak rela, bangsaku dipandirkadukkan

Apakah perubahan tersebut?


A Menghapuskan perhambaan
B Mengehadkan kuasa Sultan
C Melarang membuka tanah
D Mewajibkan kutipan cukai

Puisi berikut terdapat dalam Utusan Sarawak,1949.

Rakyat Sarawak berdukacita


Merayu kepada kerajaan baginda
Supaya Raja Brooke kekal di takhta
Menunjukkan Sarawak tetap merdeka

Apakah yang telah berlaku pada kepada Sarawak?


A Ditindas oleh kerajaan Brunei
B Menuntut pemerintahan sendiri
9

C Memperjuangkan hak kebebasan


D Diserahkan kepada kerajaan British

Contoh soalan berdasarkan graf

Graf berikut menunjukkan peningkatan hasil eksport tembakau di Sabah pada akhir kurun ke-19.

Mengapakah peningkatan tersebut berlaku?


A Pembukaan bank asing
B Pengecualian cukai eksport
C Pertambahan pekerja mahir
D Penggunaan jentera moden

Graf berikut menunjukkan kedudukan harga getah antara tahun 1929 hingga tahun 1933.

Mengapakah berlaku kejatuhan harga getah ?


A Penciptaan getah tiruan
B Kekurangan buruh murah
C Pekebun kekurangan modal
D Kemelesetan ekonomi dunia
10

Contoh soalan berdasarkan peta.

Pada tahun 1826, negeri-negeri berikut digabungkan menjadi Negeri-negeri Selat

Mengapakah British menyatukan negeri-negeri tersebut?


A Memajukan perhubungan
B Mengurangkan kuasa raja
C Menjimatkan perbelanjaan
D Menamatkan pemberontakan

Peta berikut menunjukkan negeri yang diserahkan oleh Jepun kepada Thailand semasa Perang Dunia
Kedua.

Mengapakah Jepun bertindak sedemikian?


A Mengeratkan hubungan
B Memudahkan pentadbiran
C Menghalang kehadiran tentera asing
D Mendapat kemudahan laluan tentera
11

Contoh soalan berdasarkan perjanjian

Maklumat berikut adalah syarat Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada tahun 1874.

 Raja Abdullah diiktiraf sebagai Sultan


 Sultan menerima seorang Residen

Apakah kesan perjanjian tersebut?


A British menguasai pentadbiran negeri
B Kuasa pembesar tempatan ditambah
C Sistem perwarisan takhta diperkukuh
D Negeri-negeri Melayu Bersekutu dibentuk

Perjanjian berikut ditandatangani antara kuasa British dengan Belanda.

Perjanjian Inggeris – Belanda 1824

Apakah kesan daripada perjanjian tersebut?


A Perang Napoleon tamat
B Kerajaan Johor berpecah
C Perancis mendapat wilayah asingan
D British menamatkan dasar imperialisme

Contoh Soalan berdasarkan situasi

Pernyataan berikut menunjukkan orang Melayu terlibat dalam demontrasi menentang Malayan
Union.

Pak Ali, Aminuddin dan Puan Halimahton menyertai 50, 000 orang Melayu membantah
kedatangan Harold MacMichael di Alor Setar, Kedah.

Mengapakah mereka bertindak demikian?


A Syarat kerakyatan diperketat
B Tamadun orang Melayu diancam
C Majlis Raja-Raja Melayu dibubarkan
D Sistem pentadbiran negara disatukan

Pernyataan berikut berlaku di Tanah Melayu semasa Pilihan Raya Majlis Perundangan
12

Persekutuan 1955.

Hamidah, Mei Ling dan Saraswati diberi hak mengundi seperti kaum lelaki.

Mengapakah mereka perlu keluar mengundi?


A Mempertahan maruah bangsa
B Memperkukuh perpaduan kaum
C Melaksanakan amalan demokrasi
D Menjamin kedaulatan undang-undang

Contoh soalan berdasarkan kata-kata

Kata-kata berikut ditulis pada sepanduk di padang Kelab Sulaiman pada tahun 1946.

”Wahai bapa-bapa kami, peliharalah hak-hak kami sementara kami besar”.

Apakah peristiwa yang dikaitkan dengan kata-kata tersebut?


A Malayan Union
B Konfrontasi Indonesia
C Gerakan Anti Penyerahan
D Pembentukan Persekutuan Malaysia

Kata-kata berikut merupakan slogan yang dipegang oleh masyarakat Iban semasa menentang
pemerintahan
Brooke di Sarawak.

Agi Idup, Agi Ngelaban

Mengapakah slogan tersebut menjadi pegangan?


A Mencipta kemajuan
B Meningkatkan jati diri
C Mempertahankan maruah
D Menyemai semangat toleransi

Contoh soalan nilai/unsur patriotisme


Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Jepun telah mengambil tindakan berikut terhadap
Kesatuan Melayu Muda ( KMM ).

 Mengharamkan KMM
 Mengawasi kegiatan politik
 Memungkiri janji kemerdekaan

Apakah iktibar daripada tindakan Jepun tersebut?


A Menghargai khazanah negara
B Berwaspada terhadap penjajahan
C Membuat keputusan yang bijaksana
D Bermuafakat untuk mengekalkan perpaduan
13

Contoh soalan berdasarkan dialog


Dialog berikut mungkin berlaku semasa pendudukan Jepun di negara kita.

Abu : Syukurlah, Jepun telah menyerah kalah. Aku sudah tidak tahan makan ubi
kayu pada setiap hari.

Ali : Ya, aku pula terpaksa makan keledek menggantikan nasi.

Apakah pengajaran daripada dialog tersebut?


A Bekerjasama untuk hidup sejahtera
B Berusaha mengelak penjajahan asing
C Bersatu padu mencapai kemajuan
D Bertoleransi demi keharmonian

Contoh soalan berdasarkan senarai

Senarai berikut adalah jawatan yang wujud di Sabah semasa pentadbiran Syarikat Borneo Utara
British (SBUB).

 Ketua Kampung
 Ketua Anak Negeri

Mengapakah SBUB melantik penduduk tempatan untuk memegang jawatan tersebut?


A Memupuk perpaduan kaum
B Mengatasi masalah kewangan
C Mengawal pendidikan rendah
D Mengawal perbendaharaan negeri

Senarai berikut adalah antara kandungan Perlembagaan Merdeka yang diterima oleh pelbagai
kaum di Tanah Melayu.

 Kedudukan istimewa orang Melayu


 Kerakyatan terbuka
 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

Apakah nilai yang boleh dicontohi daripada perlembagaan tersebut?


14

A Amanah
B Toleransi
C Berhemah
D Berdikari

Contoh soalan berdasarkan gambar.

Gambar berikut menunjukkan cap mohor diraja kerajaan Melayu.

Apakah kepentingan cap mohor tersebut?


A Memantapkan perpaduan rakyat
B Mengukuhkan pertahanan negeri
C Meningkatkan kegiatan perdagangan
D Memperkukuh kedaulatan pemerintah

Bagaimanakah tokoh dalam gambar berikut berusaha mewujudkan perpaduan kaum di Tanah
Melayu?
15

Dato Onn bin Jaafar

A Mengasaskan pendidikan kebangsaan


B Menggubal perlembagaan merdeka
C Menubuhkan Parti Perikatan
D Mencadangkan Sistem Ahli

Gambar berikut menunjukkan Sultan Abu Bakar, pemerintah negeri Johor.

Apakah sumbangan baginda?


A Membentuk daerah baru
B Melaksanakan sistem kangcu
C Memperkenalkan perlembagaan negeri
D Melantik penasihat barat dalam pentadbiran

Contoh soalan berdasarkan senarai

Senarai berikut merujuk kepada peralatan tembikar masyarakat Zaman Prasejarah.

 Periuk
 Belanga
 Bekas air

Masyarakat zaman manakah yang menggunakan peralatan tersebut?


A Zaman Paleolitik
B Zaman Mesolitik
C Zaman Neolitik
D Zaman Logam

Contoh soalan berdasarkan rajah/carta alir/urutan

Rajah berikut menunjukkan proses ke arah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Rombongan Pembentukan Pemasyhuran


Merdeka X Suruhanjaya Reid Kemerdekaan
16

Apakah X?
A Perjanjian London
B Pilihan Raya Umum
C Penamatan darurat
D Pembentukan Jemaah Menteri

Carta alir berikut menunjukkan langkah ke arah kemerdekaan negara kita.

Perjanjian London X Pemasyhuran Kemerdekaan

Apakah X?
A Penubuhan Jawatankuasa Majlis Eksekutif
B Pelaksanaan Pilihan Raya Majlis Bandaran
C Pembentukan Suruhanjaya Reid
D Pengenalan Sistem Ahli

SOALAN LATIHAN

1. Ketiga-tiga kuasa berikut mengancam kedaulatan Johor.

Portugis Acheh Jambi

Bagaimanakah kerajaan Johor menghadapi ancaman tersebut?


A Meminta bantuan kuasa asing
B Meminta perlindungan Belanda
C Memindahkan pusat pentadbiran
D Mengadakan pakatan dengan Portugis

2. Pernyataan berikut merujuk kepada hubungan antara negeri Kedah dengan Siam.

Pada kurun ke 16 Kedah menghantar bunga emas ke Siam

Apakah tujuan Kedah berbuat demikian?


A Mengakui ketuanan
B Meningkatkan perdagangan
C Meminta bantuan pertahanan
D Mengeratkan hubungan persahabatan

3. Rajah berikut menunjukkan perpindahan pedagang Islam ke Acheh.

Pedagang Benggala, Sri Lanka, Pegu Acheh


dan Turki di Melaka
Berpindah
17

Mengapakah berlaku keadaan yang sedemikian?


A Perubahan angin monsun
B Perairan pelabuhan cetek
C Dasar perdagangan penjajah
D Bahan dagangan berkurangan

5. Antara berikut yang manakah merupakan cerita penglipur lara?


I Hikayat Hang Tuah
II Hikayat Malim Dewa
III Hikayat Malim Deman
IV Hikayat Faridah Hanom

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

6. Orang tua menjaga keharmonian masyarakat Sabah.


Jawatan yang mempunyai persamaan dengan orang tua ialah

A Syarif
B Majistret
C Ketua Kampung
D Ketua Anak Negeri

7. Rajah berikut merujuk kepada etnik di Sarawak.

Etnik X Mengusahakan perlombongan antimoni

Apakah X?
A Penan
B Kelabit
C Bidayuh
D Melanau

8. Jadual berikut menunjukkan peristiwa penting kedatangan pengaruh Islam pada abad ke 13.

Neger Peristiwa Penting


i
 Negeri terawal menerima pengaruh Islam
X  Penemuan batu bersurat bertulisan jawi

Apakah X?
A Perak
B Kedah
C Kelantan
18

D Terengganu

9. Pernyataan berikut merujuk kepada peranan penting Sultan Idris Perak dalam Durbar di Kuala
Lumpur.

Pada tahun 1903, Durbar kedua diadakan di Kuala Lumpur. Dalam persidangan tersebut
Sultan Perak iaitu Sultan Idris membuat beberapa tuntutan.

Antara berikut yang manakah perkara dituntut oleh baginda dalam Durbar tersebut?
I Pembentukan Pakatan Murni
II Pelonggaran syarat kewarganegaraan
III Kebajikan orang Melayu
IV Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

A I dan II B I dan IV
C II dan III D III dan IV

10. Rajah berikut menunjukkan peranan Penasihat British di Perlis.

 Jabatan Hasil dan Cukai


Kapten Meadowe Frost  Mahkamah Tinggi
 Mahkamah kadi

Mengapakah beliau menubuhkan jabatan tersebut?

A Meningkatkan hasil negeri


B Menambah kuasa raja
C Memantapkan sistem perundangan
D Mengukuhkan penguasaan British

11. Jadual berikut menunjukkan perjanjian yang dimetrai oleh keluarga Brooke dengan British di
Sarawak.

Tahun Peristiwa

1888 Perjanjian antara keluarga Charles Brooke dengan British

Apakah kesan peristiwa tersebut kepada negeri Sarawak?


A Berlaku perebutan kuasa
B Menjadi negeri naungan
C Gerakan antipenyerahan
D Pemberontakan penduduk

12. Rajah berikut menunjukkan faktor penentangan Dol Said di Naning.

Menentang bayaran cukai

Faktor penentangan Dol Said X

Menentang pelaksanaan
undang-undang British
19

Apakah X ?
A Menzalimi keluarga B Menjadi buruh paksa
C Menceroboh kawasan hutan D Mempertahankan kedaulatan negeri

13. Pertubuhan berikut telah ditubuhkan di Selangor pada tahun 1938.

Persatuan Melayu Selangor

Apakah kepentingan pertubuhan di atas ?


I Mewujudkan kampung baru II Menubuhkan universiti
III Menubuhkan tentera laut IV Meningkatkan jumlah pentadbir Melayu

A I dan II B I dan IV
C II dan III D III dan IV

14. Jadual berikut menunjukkan jumlah murid di sekolah Inggeris di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
pada
tahun 1932.

Kaum Peratus Bilangan


Murid
Melayu 15 %
Cina 50 %
India 27 %
Lain-lain 08 %

Mengapakah peratus jumlah murid Melayu kurang berbanding murid Cina dan India?
A Dasar pemerintah British
B Jadual persekolahan padat
C Peningkatan yuran pelajaran
D Kekurangan tenaga pengajar

15. Agensi berikut ditubuhkan oleh kerajaan pada tahun 1951.

RIDA

Apakah tujuan penubuhannya?


A Memasarkan hasil pertanian
B Mengenalpasti masalah penduduk
C Membaiki taraf hidup peribumi
D Menghapuskan pengenalan kaum

16. Pada 23 Julai 1948, kerajaan mengharamkan PKM.


Apakah pertubuhan lain yang turut diharamkan?
I Kesatuan Melayu Muda (KMM)
II Pergerakan Pemuda Melayu (PPM)
III Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
IV Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
20

A I dan II B I dan IV
C II dan III D III dan IV

17. Jadual berikut menunjukkan keanggotaan Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri.

Perkara Majlis Tertinggi Majlis Negeri


Keanggotaan Residen Bahagian Pertama Ketua Kaum Bumiputera

Apakah peranan pemimpin tempatan yang dilantik oleh Brooke dalam Majlis Negeri?
I Menyuarakan pandangan penduduk
II Mengambil bahagian dalam pentadbiran
III Membenarkan pemimpin bumiputera bersidang
IV Mengetuai pentadbiran di peringkat bahagian

A I dan II B I dan IV
C II dan III D III dan IV

18. Rajah berikut merujuk kepada bidang tugas pentadbir di Sabah semasa pentadbiran SBUB.

 Menjaga keamanan
X  Membantu memajukan perdagangan
 Melaporkan wabak penyakit kepada Pegawai
Daerah

Apakah X?
A Residen
B Pegawai Daerah
C Ketua Kampung
D Ketua Anak Negeri

19. Cogan kata berikut tertera pada Jata Negara Malaysia.

Bersekutu Bertambah Mutu

Apakah kaitan cogan kata tersebut dengan pembentukan Malaysia?


I Kemajuan ekonomi
II Keselamatan negara
III Kebebasan imigrasi
IV Keseragaman budaya

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
21

D III dan IV
22

TUMPUAN TOPIK SOALAN PMR SEJARAH 2011

BAB TOPIK TINGKATAN SATU


1 Sejarah dan Kita
2 Zaman PraSejarah
3 Kerajaan Awal di Asia Tenggara
4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka
5 Kegemilangan Melaka
6 Kemerosotan Melaka
7 Johor Menegakkan Semula Kewibawaan
Kesultanan Melayu Melaka
8 Kerajaan Negeri-Negeri Melayu
9 Warisan Kesultanan Melayu
10 Sarawak
11 Sabah
Jadual 1 : Topik Tingkatan Satu

Bab 1 Sejarah dan Kita memperkenalkan unsur-unsur penting pendidikan Sejarah seperti pengertian
sejarah, ciri-ciri sejarah dan kaedah pengkajian sejarah. Tajuk ini memberi pendedahan serta pemahaman
kepada asas-asas disiplin ilmu Sejarah

Bab 2 hingga 6 menyentuh kemunculan masyarakat prasejarah dan kerajaan-kerajaan awal di Asia
Tenggara sebagai latar belakang kepada kemunculan Kesultanan Melayu Melaka. Kesultanan Melayu
Melaka menjadi sebuah kerajaan yang kuat di Gugusan Kepulauan Melayu pada kurun ke-15 dan awal
kurun ke-16. Pada zaman kegemilangannya, Kesultanan Melayu Melaka telah membina satu tradisi politik,
ekonomi dan budaya yang kekal diwarisi sehingga kini. Kegemilangan dan kemakmurannya telah menarik
minat Portugis datang ke Melaka dan menawan Melaka pada tahun 1511.

Bab 7 hingga 11 memfokuskan Kerajaan Melayu Johor yang menegakkan semula kewibawaan
Kesultanan Melayu Melaka. Seterusnya, mengisahkan kewujudan Kerajaan-kerajaan Melayu lain yang
mewarisi kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka seperti Perak dan Pahang. Selain daripada itu
dibincangkan juga beberapa kerajaan lain yang telah mengadaptasi corak pentadbiran Kesultanan
Melayu Melaka dalam pentadbiran kerajaan di Selangor, Kedah, Terengganu dan Kelantan. Negeri
Sembilan pula mempunyai ciri-ciri pentadbirannya yang tersendiri. Bab 10 dan 11 membincangkan
Sarawak dan Sabah dari segi latar belakang, keadaan masyarakat dan kegiatan ekonomi.

Gambar berikut menunjukkan peristiwa Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu
pada 31 Ogos 1957

Apakah iktibar yang diperoleh daripada peristiwa tersebut?


A Cinta kepada warisan budaya B Hormat pada lambang negara
C Bangga dengan perjuangan pemimpin D Bersyukur dengan kekayaan hasil bumi
23

Senarai berikut merujuk kepada ciri-ciri sumber sejarah.

• Bersifat asli
• Belum diolah
• Belum ditafsir

Manakah antara sumber sejarah berikut menepati ciri-ciri tersebut?


A Jurnal
B Manuskrip
C Ensiklopedia
D Laporan tahunan

Dialog berikut menggambarkan perbezaan pandangan dalam kalangan sejarawan.

Sejarawan Barat Tok Janggut adalah pemberontak


Sejarawan tempatan Tidak benar, Tok Janggut adalah pejuang bangsa

Mengapakah berlaku perbezaan pandangan tersebut?


A Ketiadaan kajian saintifik
B Kekurangan orang sumber
C Kecondongan tafsiran sejarah
D Kewujudan unsur tokoh tambah

Maklumat berikut berkaitan dengan zaman prasejarah.

 Zaman Paleolitik
 Zaman Neolitik

Apakah ciri persamaan antara kedua-dua zaman tersebut?


A Peralatan batu
B Perkakasan logam
C Pusat perdagangan
D Pembinaan terusan

Gambar di bawah menunjukkan peralatan yang ditemui di tapak ekskavasi negara kita.
24

Apakah yang dapat diketahui berdasarkan penemuan tersebut?


A Kekuatan kerajaan
B Pentadbiran negara
C Kekayaan hasil bumi
D Peradaban masyarakat

Senarai berikut menunjukkan kerajaan awal Asia Tenggara.

 Srivijaya
 Champa
 Majapahit

Apakah ciri persamaan kerajaan tersebut?


A Kaya dengan hasil pertanian
B Maju dalam sistem pengairan
C Mendapat perlindungan China
D Ekonomi berasaskan perdagangan
25

Gambar berikut menunjukkan barangan kaca dan manik yang ditemui di Lembah Bujang

Apakah yang dapat dikaitkan dengan Lembah Bujang berdasarkan penemuan barangan tersebut?

A Pusat kebudayaan B Pelabuhan entrepot


C Tapak perlombongan D Tumpuan pendakwah

Rajah berikut menunjukkan perkembangan Melaka.

Kurun ke 14 Kurun ke 15
Perkampungan nelayan Pusat perdagangan antarabangsa

Apakah faktor yang membawa kepada perkembangan tersebut?


A Tanah subur B Rakyat ramai
C Pemimpin bijak D Hasil bumi banyak

Pernyataan berikut adalah petikan daripada Sejarah Melayu.

“rakyat itu umpama akar, raja itu umpama pohonnya; jikalau tiada akar,
nescaya pohon tidak dapat berdiri”

Apakah rumusan yang dapat dibuat berdasarkan petikan tersebut?


A Kekayaan hasil bumi
B Kerjasama antara kaum
C Kesetiaan kepada pemimpin
D Kepatuhan kepada undang-undang
26

Jadual berikut menerangkan kawasan pentadbiran yang diserahkan Sultan Melaka kepada pembesarnya.

Kawasan Pentadbiran Pembesar Yang Berkuasa


Muar dan Bentan Bendahara
Sening Ujung dan Kampar Penghulu Bendahari
Temasik Laksamana
Sungai Raya dan Siantan Hulubalang

Mengapakah sultan Melaka berbuat sedemikian


A Mengukuhkan kedudukan
B Menyelaras pungutan cukai
C Meningkatkan perdagangan
D Membanteras ancaman lanun

Merujuk kepada jadual di bawah, mengapakah pusat pentadbiran kerajaan Johor sering berpindah?

Tahun Pusat Kerajaan Johor


1528 - 1564 Pekan Tua
1564 - 1571 Sayong / Johor Lama / Seluyut
1571 - 1597 Tanah Putih

A Menerima ancaman luar


B Memajukan ekonomi negeri
C Mengukuhkan kuasa pembesar
D Mengawal kegiatan perdagangan

Rajah berikut menunjukkan susun lapis pemimpin dalam Adat Perpatih di Negeri Sembilan

Yamtuan Besar

Undang

Lembaga

Buapak

Bagaimanakah kedudukan pemimpin tersebut ditentukan?


A Mengikut keturunan B Berdasarkan muafakat
C Mengutamakan nasab ibu D Bersandarkan kuasa raja

Gambar berikut menunjukkan bahan yang digunakan oleh masyarakat Melayu tradisional.
27

Apakah yang dapat dikaitkan dengan penggunaan bahan tersebut?


A Kemajuan pertanian B Kemahiran kesenian
C Kepesatan perdagangan D Kepelbagaian timbangan

Jadual berikut menujukkan kegiatan ekonomi kumpulan etnik di Sarawak?

Kumpulan etnik Kegiatan ekonomi


Iban Menanam padi huma
Kelabit Memungut hasil hutan
Melanau Menangkap ikan

Apakah faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi tersebut?


A Adat resam
B Kepercayaan
C Dasar pemerintah
D Bentuk muka bumi

Jadual berikut menerangkan adat resam suku kaum di Sabah

Kaum Adat Perkahwinan


Bajau Perkahwinan lazimnya diadakan pada 14 dan 15 hari bulan Hijrah

Mengapakah suku kaum Bajau memilih tarikh tersebut untuk menjalankan upacara perkahwinan?
A Murah rezeki
B Panjang umur
C Restu masyarakat
D Hindar bencana

BAB TOPIK TINGKATAN DUA

1 Kedudukan Strategik Mendorong Penguasaan British


2 Kekayaan Hasil Bumi Mendorong Campurtangan British
3 Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor Benteng Keselamatan British
28

4 Kekayaan Ekonomi Sarawak Mendorong Penjajahan Keluarga Brooke


5 Kekayaan Ekonomi Sabah Menarik Minat Syarikat Borneo Utara British
6 British Mengeksploitasi Ekonomi
7 Perjuangan Rakyat Tempatan Mengembalikan Kedaulatan Bangsa
8 Kebangkitan Semangat Kebangsaan Untuk Mengangkat Martabat Bangsa

Jadual 2 : Topik Tingkatan Dua

Bab 1 hingga Bab 6 mengisahkan penapakan, perluasan pengaruh dan penjajahan British di
negara kita. British telah memperkenalkan sistem pentadbirannya dalam kehidupan masyarakat
Melayu yang telah menjejaskan kedudukan pemimpin tempatan. Bagi tujuan mengeksploitasi
kekayaan negara kita, British memperkenalkan ekonomi dagangan, industri dan penggunaan
teknologi moden. Perubahan ini membawa berbagai-bagai kesan dalam kehidupan masyarakat
sehingga menyebabkan sistem ekonomi tradisional terpinggir.

Bab 7 dan Bab 8 menumpukan kepada kebangkitan semangat kebangsaan secara tersusun
bagi membebaskan negara daripada belenggu penjajahan. Perjuangan bermula dengan
kebangkitan tokoh-tokoh setempat, badan-badan dan kesatuan-kesatuan yang mempunyai
corak perjuangan dan matlamat yang tertentu. Pemupukan kesedaran semangat kebangsaan
juga disalurkan melalui pendidikan, karya penulisan, akhbar, dan majalah.

Apakah kesan daripada peristiwa berikut?

 Kedah di ancam oleh Siam


 Sultan Abdullah meminta bantuan SHTI

A Kerabat diraja memberontak


B British menduduki Pulau Pinang
C Perjanjian Burney ditandatangani
D Amalan menghantar bunga emas dihentikan

Rajah berikut menunjukkan penggantian ibu negeri Selat pada tahun 1832.

1826 1832
Pulau Pinang Singapura

Mengapakah berlaku keadaan sedemikian?


A Ancaman kuasa luar
B Kedudukan strategik
C Kaya dengan bahan mentah
D Tentangan penduduk tempatan

Rajah menunjukkan perubahan dasar British di negeri-negeri Melayu.


Dasar British di negeri-negeri Melayu
Sebelum 1873 Selepas 1873
Dasar tidak campur tangan Dasar campur tangan
29

Mengapakah berlaku perubahan dasar tersebut?


A Menguasai bahan mentah
B Memodenkan pentadbiran
C Meningkatan ekonomi rakyat
D Memenuhi desakan penduduk

Ilustrasi berikut menggambarkan Perang Larut di Negeri Perak.

Apakah kesan peristiwa tersebut ke atas Perak ?


A Petempatan baru dibuka
B Pengangguran meningkat
C Penghambaan dihapuskan
D Perlombongan bijih timah terjejas

Garis masa berikut merujuk kepada peristiwa yang berlaku di negeri Selangor.

1874 Serangan ke atas rumah api Tanjung Rachado

1873 Serangan ke atas kapal dagang dekat Kuala Langat

Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?


A Residen dilantik
B Kubu pertahanan dibina
C Perang saudara berlaku
D Kuasa sultan dikukuhkan

Mengapakah pembesar berikut berbalah di Sungai Ujong?

 Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman


30

 Dato’ Bandar Kulop Tunggal

A Menguasai kawasan pertanian


B Mempertahankan Adat Perpatih
C Memperoleh hak mengutip cukai
D Menuntut jawatan Yamtuan Besar

Jadual berikut menunjukkan persidangan Durbar di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Tahun Peristiwa Tempat


1897 Durbar Pertama Kuala Kangsar
1903 Durbar Kedua Kuala Lumpur

Apakah perkara yang dibincangkan dalam Durbar tersebut?


A Kewangan negeri
B Kebajikan orang Melayu
C Kewarganegaraan imigran
D Kedudukan ekonomi British
Bagaimanakah British menghalang kemaraan kuasa besar di negeri-negeri Melayu Utara?
A Mengukuhkan pertahanan
B Membahagikan kawasan pengaruh
C Mengadakan perjanjian dengan Siam
D Mengadakan pakatan dengan raja Melayu

Mengapakah negeri-negeri berikut tidak lagi menghantar bunga emas kepada Siam selepas Perjanjian
Bangkok 1909?
31

Kedah

 Kelantan

 Terengganu

 Perlis
A Ditakluki oleh Burma
B Hasil bumi berkurangan
C Menjadi naungan British
D Berlaku pemberontakan dalam negeri

Apakah sumbangan tokoh berikut terhadap negeri Johor?

Daeng Ibrahim
A Memperkenalkan tanaman getah
B Memperkenalkan sistem Kangcu
C Menubuhkan Jabatan Kerja Raya
D Membina sistem pengairan

Jadual berikut menunjukkan sumbangan pembesar Johor untuk mengekalkan kedaulatan negeri.
32

Tokoh Sumbangan
Dato’ Jaafar bin Muhammad Mewajibkan pegawai British memakai pakaian
rasmi kerajaan Johor
Dato’ Muhammad Salleh bin Perang Melukis peta pembangunan negeri
Dato’ Abdul Rahman bin Andak X

Apakah X?
A Mengawal hubungan luar
B Memperkenalkan mahkamah
C Menubuhkan jabatan pelajaran
D Menggubal perlembagaan negeri

Bagaimanakah Johor diiktiraf sebagai negeri yang bebas dan berdaulat pada tahun 1885?
A Perjanjian Persahabatan Johor-Singapura
B Perjanjian Persahabatan Johor-British
C Perjanjian Sulit British- Siam
D Perjanjian Bangkok

BAB TOPIK TINGKATAN TIGA


33

1 Pendudukan Jepun di Negara Kita


2 Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu
3 Ancaman PKM dan Darurat
4 Kerjasama Antara Kaum Ke Arah Kemerdekaan
5 Kemerdekaan Negara 31Ogos 1957
6 Perubahan Pentadbiran Ke Arah Berkerajaan Sendiri di
Sarawak dan Sabah
7 Malaysia Yang Berdaulat
Jadual 3 : Topik Tingkatan Tiga

Bab 1 hingga bab 7 memaparkan detik-detik perjuangan rakyat ke arah menuntut kemerdekaan
tanah air. Pengalaman semasa pemerintahan Jepun menyemarakkan lagi semangat kebangsaan di
kalangan rakyat. Pembentukan Malayan Union 1946 ditentang hebat oleh orang Melayu sehingga
memaksa Kerajaan British menggantikannya dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Ancaman
pengganas komunis tidak menghalang perjuangan rakyat menuntut kemerdekaan, malah
mempercepatkan lagi usaha-usaha ke arah berkerajaan sendiri. Perjuangan rakyat mencapai
kejayaan dengan Permasyhuran Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Perubahan pentadbiran juga
berlaku di Sarawak dan Sabah ke arah mencapai taraf berkerajaan sendiri.

Bab 7 membincangkan penubuhan Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu,
Singapura, Sarawak dan Sabah. Persekutuan ini bertujuan menjamin perpaduan, kemakmuran dan keselamatan
bersama. Gagasan ini telah menghadapi pelbagai rintangan dari dalam dan luar negeri pada peringkat awal
pembentukannya. Walau bagaimanapun, berkat keazaman yang kuat, akhirnya pada 16 September 1963,
diisytiharkan pembentukan Persekutuan Malaysia. Selepas beberapa tahun Singapura dikeluarkan daripada
persekutuan.

Pentadbiran Tentera British (PTB) diperkenalkan pada bulan September 1945 untuk melaksanakan pentadbiran
peralihan di Tanah Melayu.Mengapakah pentadbiran tersebut diperkenalkan?
A Mengusir tentera asing
B Memulihkan keamanan
C Membentuk kerajaan sendiri
D Mengukuhkan kedudukan sultan

Suruhanjaya Cobbold penting dalam pembentukan Malaysia.


Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan laporan tersebut?
A Desakan pengaruh luar
B Penjajahan bentuk baru
C Keikhlasan dalam penggabungan
D Kepentingan penduduk diabaikan
34

Maklumat berikut menerangkan dasar pemerintahan Jepun di Tanah Melayu

Dasar Penjepunan
Nippon-Go sebagai bahasa pengantar
Kimigayo dinyanyikan setiap pagi di sekolah
Cuti umum sempena hari perayaan Jepun

Mengapakah Jepun melaksanakan dasar tersebut?


A Membentuk perpaduan kaum
B Menjamin kebajikan rakyat
C Memupuk kesetiaan kepada maharaja
D Mewujudkan kepelbagaian budaya

Rajah berikut menerangkan dasar ekonomi yang diperkenalkan di Tanah Melayu.

British Ekonomi Bebas

Jepun Ekonomi X

Apakah X?
A Niaga
B Pasaran
C Kawalan
D Sara diri

Senarai berikut adalah tujuan British melakukan perubahan dasar di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua.

Mewujudkan pentadbiran yang seragam


Mengurangkan kuasa politik orang Melayu
Menjamin penguasaan ekonomi berterusan

Bagaimanakan British berusaha mencapai tujuan tersebut?


A Membentuk Persekutuan Malaysia
B Melaksanakan Sistem Ahli
C Menubuhkan Malayan Union
D Memperkenalkan Pentadbiran Tentera British

Jadual berikut berkaitan ciri Malayan Union.

Pentadbiran Malayan Union


Ketua pentadbiran Gabenor British
Kuasa di peringkat pusat Parlimen British
Kuasa di peringkat negeri Persuruhjaya Negeri

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat?


A Penjajahan secara mutlak
B Pembentukan negara republik
C Pengaruh komunis dibendung
D Persekutuan Tanah Melayu ditolak
35

Rajah berikut menunjukkan perubahan pentadbiran di Tanah Melayu

1 April 1946 1 Februari 1948


Malayan Union Persekutuan Tanah Melayu

Mengapakah British melaksanakan perubahan tersebut?


A Melonggarkan syarat kerakyatan
B Mengamalkan prinsip demokrasi
C Menjalankan dasar dekolonisasi
D Memupuk perpaduan kaum

Senarai berikut adalah pertubuhan yang diharamkan oleh British di Tanah Melayu.

Angkatan Wanita Sedar (AWAS)


Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu (PETA)
Pemuda Radikal Melayu (PERAM)

Mengapakah pertubuhan tersebut diharamkan?


A Memperjuangkan kerakyatan terbuka
B Menubuhkan pasukan tentera
C Meniup semangat kenegerian
D Menjaga ketenteraman awam

Akhbar berikut memaparkan musuh negara pada zaman darurat.

Bagimanakah kerajaan berusaha menangkap musuh tersebut?


A Membentuk Home Guard
B Menawarkan hadiah wang
C Menubuhkan Special Constable
D Melaksanakan Rancangan Briggs

Kempen berikut dijalankan oleh Sir Gerald Templer dalam menjayakan rancangan Perang Saraf.

“ Memenangi hati dan fikiran rakyat”

Mengapakah kempen tersebut dilancarkan?


A Melahirkan tentera terlatih
B Menubuhkan kampung baru
C Menambah keahlian parti politik
D Mewujudkan persefahaman antara kaum
36

Gambar berikut menunjukkan pihak yang terlibat dalam pertemuan Baling 1955.

Wakil kerajaan Tanah Melayu Wakil Parti Komunis Malaya

Mengapakah pertemuan tersebut diadakan?


A Membincangkan proses pilihan raya
B Merundingkan pembebasan tawanan
C Menubuhkan kampung baru
D Menamatkan darurat

Jadual berikut merujuk kepada jawatankuasa yang ditubuhkan pada tahun 1949.

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum


Pengerusi Dato’ EEC Thuraisingam
Ahli jawatankuasa Dato’ Onn bin Jaafar
Tun Tan Cheng Lock
Wakil kaum India, Ceylon, Serani dan Eropah

Apakah tugas jawatankuasa tersebut?


A Mengukuhkan ekonomi negara
B Menyeragamkan sistem pendidikan
C Mewujudkan persefahaman rakyat
D Melahirkan penduduk yang produktif

Jadual berikut menerangkan persidangan yang diusahakan oleh pertubuhan politik di Tanah Melayu.

Tarikh Persidangan
Februari 1954 Parti Negara mengadakan Konferensi Nasional
Ogos 1954 UMNO menganjurkan Konvensi Nasional

Apakah persamaan perkara yang dibincangkan dalam persidangan tersebut ?


I Pilihan raya
II Perpaduan kaum
III Kemajuan ekonomi
IV Kelonggaran syarat kerakyatan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
37

Senarai berikut adalah syarat yang dilonggarkan untuk mendapatkan kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu

Warga negara British dan koloninya


Menetap di Tanah Melayu selama 10 tahun daripada 12 tahun secara berturut-turut
Banyak berjasa kepada Tanah Melayu

Bagaimanakah cara kerakyatan diberikan berdasarkan syarat tersebut?


A Jus soli
B Naturalisasi
C Permohonan
D Kuatkuasa undang-undang

Jadual di bawah merujuk kepada perkembangan sistem pendidikan di Tanah Melayu.


Tahun Laporan Pelajaran Tanah Melayu
1951 Laporan Barnes
1952 Ordinan Pelajaran 1952
1956 Laporan Razak

Apakah persamaan matlamat laporan pelajaran tersebut?


A Mengukuhkan sekolah vernakular
B Mempamerkan identiti kaum
C Memperkaya budaya bangsa
D Melahirkan semangat perpaduan

Dialog berikut mungkin berlaku semasa Rundingan London 1956?

Pegawai British : Kami bersedia memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu dengan
syarat pangkalan tentera kami dikekalkan

Wakil Tanah Melayu : Kami setuju dan mahukan konsep raja berperlembagaan dikekalkan

Mengapakah British mengenakan syarat tersebut?


A Meneruskan sistem perundangan Barat
B Membentuk perpaduan kaum
C Menjamin kepentingan ekonomi
D Mengukuhkan kedudukan Pesuruhjaya Tinggi

Rajah berikut menerangkan tugas X di Tanah Melayu.\


Menjamin kedudukan raja-Raja Melayu

Tugas X Mewujudkan satu rupa bangsa Persekutuan Tanah Melayu

Menggubal Perlembagaan Tanah Melayu merdeka

Apakah X?
A Suruhanjaya Reid
B Suruhanjaya Cobbold
C Jawatankuasa Eksekutif
D Jawatankuasa Antara Kerajaan
38

Jadual berikut menerangkan peristiwa penting yang berlaku di negara kita.


Tarikh/Masa Peristiwa
31 Ogos 1957 Bendera Union Jack diturunkan
12.00 malam Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan

Apakah kesan peristiwa tersebut?


A Ekonomi British disekat
B Negara autokrasi dibentuk
C Pangkalan tentera asing ditutup
D Kuasa pemerintahan tempatan dikembalikan

Rajah berikut menunjukkan faktor yang menimbulkan Gerakan Antipenyerahan Sarawak

Menggunakan tipu muslihat

Faktor Gerakan Antipenyerahan


Tidak berunding dengan pemimpin tempatan
Sarawak

X
Apakah X?
A Warisan budaya terhakis B Desakan pelabur Eropah
C Syarat kerakyatan liberal D Bertentangan Perlembagaan 1941

Garis masa berikut menerangkan perkembangan yang berlaku di Sabah

1962 Pilihan Majlis Undangan diperkenalkan

1960 Perlembagaan dipinda bagi menambah bilangan bumiputera


dalam Majlis Undangan

1952 Pilihan raya Majlis Tempatan diadakan

Mengapakah langkah tersebut dilaksanakan?


A Melatih penduduk berkerajaan sendiri
B Memupuk perpaduan kaum
C Mempercepatkan penyerahan negeri
D Menggalakkan penubuhan parti politik

Rajah berikut menunjukkan parti-parti yang menganggotai Perikatan Sabah pada tahun 1962.

Pertubuhan Kebangsaan Pertubuhan Kebangsaan Sabah


Kadazan Bersatu(UNKO) Bersatu(USNO)

PERIKATAN
SABAH

Pasok Momogun Persatuan Cina Sabah(SCA)

Mengapakah perikatan tersebut ditubuhkan?

A Meminda perlembagaan B Memenangi pilihan raya


39

C Menentang gagasan Malaysia D Membantah penyerahan negeri kepada British

Jadual berikut berkaitan dengan langkah ke arah pembentukan Malaysia.

Penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan


Malaysia (JPPM)

Pengerusi : Donald Stephens (Tun Fuad Stephens)


Ahli : Tunku Abdul Rahman (Tanah Melayu)
Lee Kuan Yew (Singapura)
Tun Datu Mustapha Datu Harun (Sabah)
Temenggung Jugah Anak Barieng (Sarawak)
Datuk Setia Pangeran Ali (Brunei)

Apakah matlamat penubuhan jawatankuasa tersebut?


A Merangka perlembagaan
B Meninjau pendapat rakyat
C Mengadakan pungutan suara
D Memberi penerangan kepada pemimpin

Rajah berikut menerangkan proses mendapatkan pandangan rakyat ke arah pembentukan Persekutuan Malaysia.

X : Meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak

Referendum : Meninjau pandangan penduduk Singapura

Suruhanjaya
: Meninjau semula pandangan penduduk Sabah dan Sarawak
PBB

Apakah X?
A Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia
B Jawatankuasa Antara Kerajaan
C Suruhanjaya Cobbold
D Suruhanjaya Reid

Jadual berikut menerangkan usaha yang dilakukan pada awal tahun 1960an.

Tarikh Peristiwa
Mei 1963 Rundingan tidak rasmi di Tokyo
Ogos 1963 Sidang Kemuncak di Manila
Februari 1964 Persidangan di Bangkok
Jun 1964 Pesidangan di Tokyo

Mengapakah usaha tersebut diambil?


A Mengadakan hubungan diplomatik
B Menamatkan konfrontasi
C Membendung pemberontakan rakyat
D Mempercepatkan penggabungan negeri
40

Jadual berikut menerangkan tindakan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1960-an.

Tindakan Tunku Abdul Rahman Putra


Tahun 1961 Tahun 1965
Mencadangkan Singapura bercantum dengan Mengumumkan Singapura dipisahkan
Persekutuan Tanah Melayu daripada Persekutuan Malaysia

Mengapakah Tunku bertindak sedemikian?


A Mengatasi krisis ekonomi
B Menjamin kestabilan negara
C Mematuhi desakan antarabangsa
D Menamatkan pertikaian sempadan

SOALAN LATIHAN 1 :

1 Rajah berikut merujuk kepada sumber sejarah

Ensiklopediad

Sumber Sejarah
Jurnal

Laporan belanjawan
negara

Mengapakah sumber tersebut diklasifikasikan sebagai sumber kedua?


A Kandungan ditokok tambah
B Kajian secara ilmiah
C Fakta telah diolah
D Maklumat terkini

2 Jadual berikut merujuk kawasan eskavasi yang terdapat di Malaysia.

Tapak Negeri
Gua Niah Sarawak
Kota Tampan Perak

Apakah ciri kehidupan masyarakat purba di kawasan tersebut?


A Menjalankan aktiviti perdagangan
B Mengamalkan kegiatan pertanian
C Menggunakan perlatan batu
D Merekacipta barang perhiasan

3 Antara berikut manakah sumber sejarah yang diperolehi melalui kaedah arkeologi?
I Fosil
II Artifak
III Jurnal
IV Ensiklopedia

A I dan II
41

B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

4 Jadual berikut merujuk kepada lokasi Zaman Prasejarah di Malaysia.

Negeri Tapak Eskavasi


Kelantan Gua Cha
Sabah Bukit Tengkorak

Zaman tersebut ialah Zaman


A Logam
B Neolitik
C Mesolitik
D Paleolitik

5 Rajah berikut merujuk kepada salah sebuah kerajaan awal di Asia Tenggara

Pusat kerajaan terletak di hilir Sungai


Mekong

Kerajaan X Sistem pemerintahan berkuasa mutlak

Mencapai kegemilangan di zaman


Suryavarman II
Apakah kerajaan X ?
A Funan B Angkor
C Srivijaya D Majapahit

6 Rajah berikut merujuk kepada peranan Laksamana dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.

Ketua angkatan laut

Laksamana Pengawal peribadi raja

X
Apakah X ?
A Ketua duta B Pemungut hasil
C Penasihat Sultan D Ketua penguasa bandar

7 Senarai berikut merujuk kepada kawasan yang dianugerahkan sultan kepada pembesar tempatan di Melaka.

Bendahara – Bentan
Laksamana - Temasik

Anugerah tersebut dikenali sebagai


42

A kawasan pegangan B wilayah naungan


C daerah warisan D jajahan takluk

Garis masa berikut menunjukkan urutan kejatuhan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka ketangan
Portugis.

Ogos 1511 Portugis menguasai Melaka

Julai 1511 Portugis menguasai Jambatan Melaka

8 Apakah faktor yang membawa kejatuhan kerajaan tersebut?


I Bilangan tentera sedikit
II Askar upahan tidak setia
III Pembesar tempatan berebut kuasa
IV Wilayah naungan membebaskan diri

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

9 Apakah kepentingan karya berikut kepada masyarakat Melaka ?

Nama Karya Tempoh Masa


Muhammad Ali Hanafiah Kurun ke - 16

A Meningkatkan semangat perjuangan


B Menjalin hubungan diplomatik
C Mengukuhkan sistem perundangan
D Menghargai salasilah raja

10. Rajah berikut menunjukkan kegemilangan kerajaan Johor pada kurun ke-17.

Pusat pengajian Islam

Kerajaan Johor Pusat persuratan Melayu

Pusat perdagangan

Apakah iktibar daripada kemajuan kerajaan di atas?


A Berusaha memajukan kerjaya C Berusaha mengekalkan kedaulatan negara
B Berdikari pada setiap masa D Berhati-hati dalam tindakan
43

STRATEGI BERKESAN BELAJAR SEJARAH PMR 2011

Dalam rencana ini calon PMR diberi pendedahan tentang fokus soalan sejarah PMR. Membaca dan
menghafal fakta sahaja tidak mencukupi untuk menguasai kemahiran Sejarah. Calon perlu membiasakan
diri dengan cara penyoalan dalam kertas Sejarah PMR. Calon PMR perlu mengetahui jenis dan stail
soalan yang sering dikemukakan dalam peperiksaan. Calon PMR perlu rajin membuat latihan Sejarah
PMR. Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh calon mengenai teknik penyoalan
Kertas Sejarah PMR 2011.

Teknik Penyoalan Dalam Kertas Sejarah PMR

Teknik Penyoalan Dalam Sejarah


1 Konsep / Istilah sejarah / Ciri-ciri sesuatu peristiwa atau perkara
2 Sebab / Faktor berlakunya sesuatu peristiwa sejarah
3 Kesan atau akibat sesuatu peristiwa sejarah
3 Kronologi / Urutan peristiwa
4 Tokoh dalam sejarah
5 Perjanjian penting dalam sejarah
6 Organisasi / Pertubuhan bukan politik / Parti politik / Institusi tempatan,
serantau dan antarabangsa
7 Ikhtibar / Unsur Patriotisme / Nilai murni peristiwa sejarah
8 Situasi

Soalan Sejarah PMR memberi penekanan kepada aspek pengetahuan sejarah, kemahiran sejarah dan
nilai dalam sejarah. Pengetahuan sejarah amat penting untuk menjawab soalan sejarah. Calon PMR perlu
memahami sesuatu idea sejarah dan berusaha untuk menguasainya. Bagi menguji kemahiran calon
menggunakan fakta sejarah, peta, gambar rajah, rajah, peribahasa, puisi, pernyataan, senarai, petikan,
jadual, maklumat dan sebagainya turut disertakan dalam soalan PMR Sejarah.

( 1 ) Soalan menanyakan sesuatu definisi, makna istilah dan ciri-ciri sesuatu peristiwa sejarah

Calon PMR perlu memahami konsep dan istilah penting dalam pelajaran Sejarah. Sejarah
mengandungi banyak idea dan konsep yang perlu dikuasai. Konsep amat penting untuk membantu calon
PMR menggambarkan peristiwa sejarah. Konsep terbentuk daripada perkataan atau idea yang perlu
dijelaskan dengan contoh yang sesuai. Calon PMR perlu memahami sesuatu makna atau maksud
perkataan tertentu untuk memahami sesuatu konsep Sejarah. Fakta Sejarah mempunyai kaitan dengan
konsep kerana fakta merupakan maklumat yang membantu menghuraikan sesuatu konsep. Pentafsiran
yang tidak tepat terhadap fakta atau pemahaman yang terpesong terhadap sesuatu konsep sejarah
menyebabkan pelajar memilih pilihan jawapan yang tidak tepat. Contoh konsep ialah rekonstruksi,
kaedah arkeologi, autokratik, tapak eskavasi, Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Neolitik dan
Zaman Logam, pelabuhan entreport, sastera lisan, bunga emas, ufti, negeri naungan, taklukan,
setaraf, Syahbandar, monopoli perdagangan, Gerakan Islah, Bumi hangus, Sistem Ahli, Perang
Saraf, dasar ekonomi kawalan, sara diri, dasar ekonomi bebas, tanaman komersil, dan konsep lain
dengan sesuatu peristiwa harus difahami. Terdapat banyak lagi konsep atau istilah sejarah seperti
44

Kaum Muda, Kaum Tua, Gerakan anti penyerahan, Komanwel, Jemaah Menteri, konfrontasi dan
sebagainya.Contoh soalan:

Rajah berikut berkaitan dengan kaedah pengkajian sejarah.

Arkeologi

Kaedah pengkajian
sejarah
Bertulis

Apakah X?
A Penerokaan
B Saintifik
X
C Tafsiran
D Lisan

Apakah hasil ekonomi yang menyumbang kepada kemajuan kerajaan agraria?


A Beras
B Hasil laut
C Ukiran kayu
D Barang perhiasan

Rajah berikut menunjukkan peranan pertubuhan X kepada PKM.

Membekalkan ubat- X Mendapatkan maklumat


ubatan

Apakah X ?
A Min Yuen
B Kempeitai
C Koa kunrenjo
D Sekolah Latihan 101

Jadual berikut merujuk kepada sistem kemasukan imigran ke Tanah Melayu pada abad ke-20.

Kaum Sistem
Buruh Cina Sistem Kontrak
Buruh India Sistem Kangani

Apakah persamaan sistem tersebut?


A Memperoleh kemahiran
B Terikat dengan majikan
C Bebas memilih pekerjaan
D Datang bersama anggota keluarga

‘Pesta Kaamatan’ diamalkan oleh etnik Kadazan Dusun.


Apakah kepentingan pesta tersebut?
A Pemujaan roh
B Kelahiran bayi
C Tanda kesyukuran
D Meraikan tahun baru
45

( 2 ) Soalan mengenai sumbangan atau peranan tokoh

Calon PMR perlu mengulangkaji biografi tokoh penting tanahair. Terdapat banyak soalan
mengenai tokoh sejarah yang dikemukakan dalam Kertas Sejarah PMR. Kajian tentang tokoh amat
penting dalam Sejarah. Ini kerana manusia merupakan isu utama dalam pergolakan Sejarah. Oleh sebab
itu calon PMR perlu didedahkan dengan maklumat tokoh penting yang menceritakan tentang kepimpinan
dan ketokohan mereka yang ditonjolkan dalam pelajaran Sejarah. Kajian tokoh sangat penting untuk
menghargai perjuangan dan pengorbanan mereka pada masa lampau. Antara soalan mengenai tokoh ialah
Dol Said, Rentap, Dato’ Bahaman, Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Seputum, Antanom,
Maharaja Abu Bakar Johor, Pangeran Mahkota dari Brunei, Dato’ Onn bin Jaafar, Tunku Abdul
Rahman, Dr Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaacob, Ishak Haji
Muhammad dan lain-lain. Soalan tokoh berfokus kepada kejayaan dan sumbangan utama tokoh kepada
negara kita. Jika seseorang tokoh mempunyai terlalu banyak sumbangan, lihat sumbangannya yang paling
besar kepada negara kita. Baca serba sedikit butir penting latar belakang, pendidikan dan teliti gambar
foto atau illustrasi mereka (jika ada) untuk memudahkan kita membuat pengecaman. Buat
pengelompokan, pengelasan dan penzamanan setiap tokoh. Lihat persamaan dan perbezaan corak
perjuangan mereka pada setiap zaman. Contoh Soalan :

Tokoh berikut telah melawat Melaka antara 1404 dengan tahun 1405.

 Laksamana Yin Ching


 Laksamana Cheng Ho

Mengapakah mereka melawat Melaka?


A Membentuk pakatan tentera
B Mengadakan rundingan damai
C Menganugerahkan pengiktirafan
D Memperkukuh sistem pertahanan

Senarai berikut menunjukkan tokoh yang telah berjasa kepada negara.

 Zainal Abidin bin Ahmad


 Dato’ Panglima Bukit Gantang
 Dato’ Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud

Apakah sumbangan mereka?


A Menyokong Parti Negara
B Menganggotai Sistem Ahli
C Menggubal perlembagaan UMNO
D Mengasaskan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
46

Maklumat berikut merujuk kepada nasionalis di Tanah Melayu.

 Abdul Rahim Kajai


 Harun Aminurrashid

Apakah peranan tokoh tersebut?


A Mengasaskan fahaman radikal
B Memimpin penentangan bersenjata
C Membangkitkan kesedaran kebangsaan
D Mencetuskan idea gerakan pemulihan agama

Apakah persamaan tokoh berikut ?

 Antanom
 Dato’ Bahaman

A Membantah sistem pajakan


B Melanggar syarat perjanjian
C Menyokong pentadbiran British
D Menentang campur tangan British

Pernyataan berikut menunjukan punca Perang Naning.

Dol Said enggan membayar cukai sebanyak 1/10 hasil Naning kepada
British di Melaka

Mengapakah Dol Said bertindak sedemikian ?


A Naning bukan jajahan Melaka
B Naning kekurangan hasil pertanian
C Naning tidak mampu membayar cukai
D Naning tidak setuju dengan kadar cukai
47

( 3 ) Soalan menanyakan sebab berlakunya sesuatu kejadian atau kesan sesuatu


peristiwa Sejarah

Sejarah tidak boleh dipisahkan dengan sebab (penyebaban) dan akibat (kesan) sesuatu peristiwa.
Sejarah merujuk kepada tanggapan umum seperti sebab yang mendorong penyebaran agama Islam dalam
Kerajaan Melayu Melaka dan kesannya. Satu cara yang mudah untuk memahami aspek ini ialah melalui
peta konsep. Calon perlu memilih sesuatu tajuk pelajaran Sejarah seperti sebab, faktor, kesan dan
implikasi sesuatu peristiwa Sejarah. Pemetaan konsep memberi gambaran menyeluruh dan menunjukkan
pertalian antara satu fakta dengan fakta yang lain. Contohnya sebab pengambilan Pulau Pinang dan
Singapura oleh British dan kesannya. Atau sebab termetrinya Perjanjian Inggeris - Belanda 1824
dan implikasinya kepada semua pihak. Atau sebab pembentukan Persekutuan 1896 dan kesannya.
Calon perlu mengenalpasti semua faktor tersebut.

Contoh soalan :

Mengapakah Brooke melaksanakan dasar pecah dan perintah di Sarawak?


A Menyatukan etnik
B Mengukuhkan kuasa
C Melindungi peribumi
D Menyeragamkan pentadbiran

Mengapakah Parti Komunis Malaya (PKM) bertambah kuat semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu?

A Mendapat bantuan kewangan


B Memiliki kemudahan pengangkutan
C Mendapat sokongan penduduk tempatan
D Memperoleh bekalan senjata daripada British

Rajah berikut menunjukkan perubahan sistem persekolahan di Tanah Melayu.

Sistem Persekolahan Lama Jawatankuasa Barnes

Mengapakah perubahan tersebut dijalankan?


A Mewujudkan perpaduan
B Meningkatkan taraf hidup
C Menjimatkan perbelanjaan
D Melahirkan golongan pentadbir

Mengapakah Tunku Abdul Rahman mencadangkan penubuhan Persekutuan Malaysia?


I Menyekat komunis
II Memajukan ekonomi
III Mengehadkan pengaruh asing
IV Mengukuhkan pemerintahan British

A I dan II
48

B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Pada bulan Disember 1946 British telah memperkenalkan Pekeliling No.9 di Sarawak.
Apakah kesan daripada pengenalan pekeliling tersebut?
A Pembunuhan Duncan Stewart
B Pemulauan pelantikan Raja Sarawak
C Penubuhan Persatuan Melayu Sarawak
D Pembentukan Persatuan Melayu Muda

Pada 1 Februari 1948 Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk untuk menggantikan Malayan Union.
Apakah kesan pembentukan persekutuan tersebut?
A Sultan kehilangan kuasa
B Syarat kerakyatan dilonggarkan
C Pentadbiran diketuai oleh gabenor
D Pengenalan sistem raja berperlembagaan

( 4 ) Soalan mengenai pertubuhan, institusi kerajaan, agensi kerajaan, parti politik,


kesatuan Melayu, organisasi serantau, organisasi antara bangsa dan sebagainya

Terdapat soalan mengenai organisasi setempat seperti arkib negara, Force 136, UMNO dan
sebagainya. Organisasi yang sering disoal ialah persatuan Melayu (Persatuan Melayu Selangor), Kesatuan
Melayu Singapura (KMS), Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan sebagainya. Calon perlu memahami latar
belakang penubuhan, sebab penubuhan, tokoh yang terlibat, matlamat penubuhan, sumbangan dan
impaknya kepada sejarah negara. Contoh Soalan :

Maklumat berikut berkaitan dengan Sistem Ahli yang diperkenalkan pada tahun 1951.

 Kabinet Bayangan
 Anggotanya dikenali sebagai Ahli

Mengapakah sistem tersebut dilaksanakan?


I Menggubal undang-undang
II Memupuk perpaduan Kaum
III Melatih kepimpinan tempatan
IV Mengehadkan Kuasa Sultan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
49

Senarai berikut adalah parti politik di Sabah dan Sarawak.

 USNO
 BARJASA

Apakah persamaan perjuangan parti tersebut?


A Menuntut kerakyatan terbuka
B Mempertahankan hak peribumi
C Mewajibkan pendidikan rendah
D Menyeragamkan sistem pentadbiran

Rajah berikut merujuk gabungan Perikatan Sabah.

UNKO

USNO
Perikatan
Sabah Parti Bersatu

Parti Demokratik

Mengapakah parti tersebut membentuk Perikatan Sabah?


A Menyokong gagasan Malaysia
B Menghadapi ancaman komunis
C Menghadapi pilihan raya umum
D Menentang dasar neokolonialisme

Apakah peranan Suruhanjaya Cobbold dalam pembentukan Malaysia?


A Membentuk perpaduan kaum
B Menyegerakan pilihan raya
C Meninjau pendapat penduduk
D Merangka perlembagaan baru

Apakah matlamat penubuhan kedua parti berikut?

Parti Pemimpin

Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) Stephen Kalong Ningkan


Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Tun Datu Mustapha

I Menyatupadukan rakyat berbilang kaum


II Memperjuangkan kebudayaan tradisional
III Memperjuangkan kepentingan masing-masing
50

IV Menyokong pembentukan Persekutuan Malaysia

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

( 5 ) Soalan mengenai perjanjian penting dalam sejarah.

Terdapat banyak perjanjian penting yang memberikan kesan kepada perkembangan sejarah, politik,
ekonomi dan sosial negara kita. Setiap perjanjian mempunyai sebab mengapa ia dimetrikan. Setiap
perjanjian juga mempunyai syarat yang berbeza dengan perjanjian lain. Jika perjanjian tersebut
memberi kesan yang besar kepada sejarah tanahair maka lebih kerap pula disoal dalam peperiksaan.
Apabila seseorang calon mengulangkaji sesuatu perjanjian, pastikan calon meneliti

a) Tahun perjanjian itu ditandatangani


b) Sebab ia ditandatangani
c) Pihak yang menandatangani perjanjian itu
d) Syarat penting atau isi penting sesuatu perjanjian dan
e) Kesan sesuatu perjanjian kepada persejarahan negara

Selain itu terdapat satu aspek lagi yang tidak kurang pentingnya untuk diberi perhatian iaitu tempoh
masa atau periodasi atau penzamanan dalam Sejarah. Peristiwa dan fakta Sejarah tidak boleh dipisahkan
daripada tarikh. Tanpa tarikh sesuatu peristiwa sukar dibuktikan sebagai bersejarah. Kebenarannya sudah
tentu dipersoalkan sebagaimana cerita mitos dan legenda. Memang diakui umum terdapat banyak tarikh
dalam Sejarah. Tetapi perlu diingatkan bahawa, Kertas Sejarah PMR tidak pernah membebankan calon
PMR dengan soalan berkaitan tarikh. Ingat tarikh bagi peristiwa penting sahaja. Jika tarikh sukar diingati,
cuba ingat peristiwa tersebut sama ada berlaku di awal, pertengahan atau di akhir sesuatu kurun.Contoh :

British telah memetrai Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 di Perak.


Apakah muslihat British mengadakan rundingan tersebut?

A Mengusai sumber bijih timah


B Mewujudkan perpaduan kaum
C Menghapuskan pengaruh Belanda
D Memelihara hubungan dengan Siam

Senarai berikut pernah menghantar bunga emas kepada Siam.

 Perlis
 Kedah
 Kelantan
 Terengganu

Mengapakah negeri tersebut tidak menghantar bunga emas ke Siam selepas Perjanjian
Bangkok 1909?
A Mengalami kekurangan emas
B Mempunyai tentera yang kuat
51

C Membuat pakatan dengan Siam


D Menjadi negeri naungan British

Rajah berikut merujuk kepada perjanjian sulit yang ditandatangani antara British dan Siam.

British mengiktiraf negeri Kedah sebagai hak Siam

Siam membenarkan British berdagang di Kelantan dan Terengganu

Apakah Perjanjian X?
A Perjanjian Burney – 1826
B Perjanjian Bangkok – 1909
C Perjanjian British – Siam 1909
D Perjanjian Sempadan British – Siam – 1899

Rajah berikut merujuk kepada Perjanjian London 1956.

Wakil Raja-Raja Melayu

Wakil Parti Perikatan Perjanjian London 1956

Wakil kerajaan British

Apakah kesan perjanjian tersebut?


A Pengembalian kuasa Raja-Raja Melayu
B Pengunduran tentera British dari Tanah Melayu
C Pengekalan perdagangan British di Tanah Melayu
D Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan

Jadual berikut menerangkan usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk mewujudkan kedamaian.

Tarikh Peristiwa
Februari 1964 Persidangan di Bangkok, Thailand
Jun 1964 Persidangan di Tokyo, Jepun

Apakah sebab yang membawa kepada persidangan tersebut diadakan?


A Tuntutan Filipina ke atas Sabah
B Pemberontakan Parti Rakyat Brunei
C Keganasan Parti Komunis Malaya
D Pencerobohan oleh pihak Indonesia
52

( 6 ) Soalan mengenai nilai dan iktibardalam Sejarah

Mata pelajaran Sejarah penting untuk memupuk nilai bagi membentuk warga negara yang bertanggungjawab.
Nilai politik, ekonomi, sosial dan intelektual yang terdapat dalam pendidikan Sejarah mampu mencorakkan
perkembangan personaliti dan karisma seseorang murid. Soalan Sejarah PMR mengemukakan soalan nilai dan
iktibar daripada peristiwa bersejarah. Soalan ini menggalakkan calon PMR berfikir dan membuat keputusan sendiri
berdasarkan fakta Sejarah yang dipelajari. Contoh soalan :

Penduduk Sarawak hidup dalam keadaan harmoni walaupun terdiri daripada pelbagai etnik yang berbeza.
Apakah nilai yang diamalkan oleh etnik tersebut?
A Berdisiplin
B Bersyukur
C Bertoleransi
D Bertanggungjawab

Leftenan Adnan telah terkorban demi mempertahankan negara.


Apakah pengorbanan beliau

A Menentang tentera Jepun


B Memperjuangkan kemerdekaan
C Menentang ancaman Komunis
D Menghalang gerakan konfrontasi

Rajah berikut menunjukkan tindakan kaum wanita yang memainkan peranan penting
untuk mendapatkan kemerdekaan.

Menentang Malayan Union


Peranan wanita dalam
persejarahan negara
Menentang Penyerahan
Sarawak kepada British

Apakah nilai yang boleh dikaitkan dengan tindakan mereka?


I Peka dengan isu wanita
II Menghargai budaya bangsa
III Memelihara kepentingan bangsa
IV Berganding bahu mempertahankan negara

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
53

D III dan IV

Jadual berikut menunjukkan peristiwa bersejarah menunjukkan kejayaan negara kita.

Peristiwa Tahun
 Kemerdekaan Tanah Melayu 31 Ogos 1957
 Pembentukan Persekutuan Malaysia 16 September 1963

Apakah ciri warganegara yang menyumbang kepada kejayaan tersebut?


I Bersatu dalam organisasi
II Berkorban untuk tanah air
III Menghargai tradisi budaya
IV Memiliki kepimpinan cemerlang

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Dialog berikut mungkin berlaku selepas penubuhan Malaysia.

Lee Kuan Yew : Kita mahukan hak yang sama bagi setiap kaum.

Tunku Abdul Rahman : Kita harus mematuhi perlembagaan.

Apakah sikap Tunku Abdul Rahman dalam peristiwa tersebut?


A Kuat semangat
B Gigih berusaha
C Tegas pendirian
D Bijak merancang

Tujuan penting peperiksaan ialah untuk mendapatkan maklumat pencapaian calon. Kategori soalan yang
dikemukakan meliputi pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan menilai. Dalam apa sahaja
peperiksaan, calon mesti menguasai fakta sejarah di dalam buku teks kerana hampir keseluruhan soalan Kertas
Sejarah PMR berpandukan buku teks.

Sebagai latihan dan persediaan peperiksaan PMR, calon diminta merujuk buku teks Sejarah Tingkatan
Satu, Tingkatan Dua dan Buku Teks Sejarah Tingkatan Tiga. Sila jawab Latihan Sejarah PMR berikut dan
bandingkan jawapan calon dengan jawapan berdasarkan rujukan buku teks yang diberi. Akhir kata, Selamat Belajar.

Soalan Kemahiran Berfikir

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberikan banyak penekanan terhadap aspek Kemahiran Berfikir
Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam semua mata pelajaran pada semua peringkat di sekolah. Pemikiran Kritis adalah
pemikiran yang mahir dan bertanggungjawab memudahkan proses memberi pendapat, membuat anggaran, membuat
54

kesimpulan atau keputusan dengan bijak secara kreatif melalui menjana minda. KBKK merupakan asas dalam
strategi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. KBKK digunakan secara bersepadu semasa berfikir.
Kemahiran ini digunakan ketika seseorang membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Kemahiran Berfikir digunakan dalam semua soalan Sejarah PMR. Dalam soalan Sejarah, perkataan tertentu
digunakan seperti mencirikan, membandingkan, membezakan, menghubungkaitkan dan frasa lain yang memberikan
makna yang sama. Antara soalan Kemahiran Berfikir dalam Sejarah PMR

i. Mencirikan – mengenalpasti kriteria seperti ciri, sifat dan konsep sejarah


ii. Membanding dan membeza – mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti
ciri sesuatu peristiwa sejarah
iii. Membuat urutan – menyusun maklumat fakta sejarah mengikut kronologi
iv. Menganalisis – memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat
v. Mengesan kecondongan – mengesan pandangan berdasarkan fakta sejarah yang sedia ada
vi. Menilai – membuat pertimbangan dari segi kebaikan dan keburukan berdasarkan bukti
vii. Membuat rumusan – membuat pernyataan berdasarkan pemerhatian yang lengkap
viii. Menghubungkait – membuat perkaitan dalam sesuatu peristiwa
ix. Meramal – menjangkakan sesuatu peristiwa berdasarkan pengalaman yang lalu atau situasi
terkini

Contoh Soalan Kemahiran Berfikir

Membanding dan Membeza

Apakah ciri persamaan pertubuhan berikut?

Tahun Parti

1948 AMCJA
1948 PUTERA

A Menentang Malayan Union


B Menubuhkan Pentadbiran Tentera British
C Menentang Persekutuan Tanah Melayu
D Menganggotai Jawatankuasa Hubungan Antara kaum

Membuat Urutan

Rajah berikut menunjukkan pentadbiran di Sarawak.

Keluarga Brooke Kuasa Jepun X Kerajaan British

Apakah tujuan pentadbiran X?


A Membanteras komunis
B Memulihkan keamanan
C Mewujudkan perpaduan
55

D Membentuk kerajaan sendiri

Mengesan Sebab dan Akibat

Rajah berikut menunjukkan gabungan negeri yang membentuk Negeri-negeri Selat.

Pulau Pinang Melaka Singapura

Negeri-Negeri Selat

Mengapakah British menggabungkan ketiga negeri tersebut?


I Menguasai kawasan pasaran
II Menyeragamkan pentadbiran
III Menjimatkan kos pentadbiran
IV Menampung bekalan makanan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Maklumat berikut menerangkan kritikan Sultan Idris dalam Durbar di Kuala Lumpur.

 Kuasa Sultan Melayu berkurangan


 Residen Jeneral terlalu berkuasa

Apakah kesan daripada kritikan tersebut?


A Penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan
B Pentadbiran tradisional dimantapkan
C Perlembagaan negeri dipinda
D Pembentukan Kabinet baru

Mencirikan

Apakah ciri persamaan kedua dua tokoh berikut?

Sultan Abdullah - Perak Tengku Hussein - Johor


56

I Diketepikan takhta
II Ditabalkan oleh kuasa luar
III Disokong oleh kongsi gelap
IV Dibuang negeri

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Menghubungkaitkan

Pernyataan berikut menunjukkan pandangan ahli sejarah terhadap dasar penjajahan


British.

“British hanya ingin membolot kekayaan ekonomi negara kita” – ahli sejarah

Apakah bukti yang dapat menyokong pernyataan tersebut?


I Penumpuan ekonomi dagangan
II Pengabaian ekonomi tradisional
III Peningkatan taraf hidup pribumi
IV Pembesar tempatan diberi modal

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

TEKNIK PENYOALAN DAN KUNCI KATA SOALAN SEJARAH PMR

Terdapat pelbagai cara soalan objektif aneka pilihan dan aneka pelengkap dikemukakan. Calon
perlu mengenalpasti kunci kata soalan-soalan berikut. Antara contoh bagaimana soalan dikemukakan
ialah

(a) Menyoal mengenai sesuatu definisi, istilah atau konsep sejarah

Kawasan telah dianugerahkan kepada pembesar untuk mengukuhkan kuasa Sultan

Kawasan Pembesar kawasan


Sultan Melaka Pemakanan jajahan dan daerah

Apakah maksud Kawasan Pemakanan?


A Memungut cukai
B Kediaman bangsawan
C Perniagaan pembesar Melayu
D Pengaruh pedagang tempatan

Dialog berikut menggambarkan sistem yang diamalkan dalam masyarakat Melayu tradisional.

Rakyat : Ini adalah sebahagian hasil dari kawasan tanah Datuk


Pembesar : Baiklah. Terima kasih.
57

Apakah sistem tersebut?


A Sistem serah
B Sistem kerah
C Sistem barter
D Sistem warisan

(b) Menyoal mengenai sebab berlakunya sesuatu kejadian atau peristiwa sejarah

Mengapakah rancangan berikut diperkenalkan?

Tahun Perkara
1922 Rancangan Sekatan Stevenson
1934 Rancangan Getah Antarabangsa

I Mengehadkan pengeluaran
II Menetapkan kuota eksport
III Mewujudkan pasaran baru
IV Meningkatkan kawalan mutu

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

(c) Menyoal punca pesuatu kejadian atau peristiwa sejarah

Mengapakah negeri berikut disatukan di bawah satu pentadbiran?

Pulau Pinang

Tahun
Singapura
1826
Melaka

I Mengukuhkan pertahanan
II Menjimatkan perbelanjaan
III Menyeragamkan pentadbiran
IV Mengamalkan perkongsian pakar

A I dan II B I dan IV
C II dan III D III dan IV

(d) Menyoal mengenai kesan sesuatu peristiwa sejarah

Maklumat dalam jadual berikut menerangkan Kongres Melayu yang pertama


58

Tarikh 1- 4 Mac 1946


Peristiwa Kongres Melayu yang pertama diadakan

Apakah kesan daripada kongres tersebut?


A Penubuhan UMNO
B Pengenalan Sistem Ahli
C Pembubaran Kesatuan Melayu Muda
D Pengisytiharan Persekutuan Tanah Melayu

(e) Menyoal mengenai ciri-ciri, matlamat dan tugas sesuatu perkara atau organisasi

Jawatan berikut diperkenalkan oleh SBUB semasa memerintah Sabah pada abad ke-
19.

Hakim Mahkamah Anak Negeri

Antara berikut yang manakah bidang tugas hakim tersebut?


I Mengendalikan hukum adat
II Mengendalikan penduduk tempatan
III Menyelaraskan perundangan Barat
IV Mengendalikan undang-undang sivil

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

(f) Menyoal mengenai sumbangan tokoh

Maklumat berikut merujuk kepada tokoh dalam sejarah negeri Johor.

 Dato’ Jaafar bin Muhammad


 Dato’ Abdul Rahman bin Andak

Apakah sumbangan tokoh tersebut?


A Memajukan sistem pelajaran
B Memperluaskan Sistem Kangcu
C Mengekalkan kedaulatan negeri
D Menggubal perlembagaan negeri

(g) Menyoal mengenai perjanjian penting dalam sejarah

Mengapakah British menandatangani penjanjian sulit dengan Siam ?


A Mengelak peperangan
B Memelihara kedaulatan
C Mengukuhkan pertahanan
D Menghalang pertapakan kuasa Barat lain

(h) Menyoal sesuatu peristiwa sejarah secara langsung

Keluarga Brooke sentiasa memperluaskan kuasa di Sarawak.


59

Bagaimanakah mereka melaksanakannya?


A Bantuan tentera British
B Sokongan pedagang asing
C Kerjasama pembesar Melayu
D Permintaan penduduk tempatan

(i) Menyoal persamaan atau perbezaan sesuatu peristiwa, tokoh, organisasi, judul
karya sastera atau perkaitan sejarah.

Senarai berikut merujuk kepada persatuan yang ditubuhkan di Sarawak.

 Barisan Pemuda Sarawak


 Persatuan Dayak Sarawak
 Barisan Pemuda Melayu Sibu

Apakah persamaan pertubuhan tersebut?


A Menentang penjajah
B Menuntut pilihan raya
C Menyatupadukan kaum
` D Membanteras komunis

Teknik membaca dan mengulangkaji subjek Sejarah

Membaca merupakan satu proses yang penting bagi memahami peristiwa sejarah. Biasanya pelajar mudah bosan,
jemu, mengantuk, kurang tumpuan dan fikiran mereka mula menerawang ke sana kemari ketika membaca atau
mengulangkaji buku sejarah. Oleh itu penulis mencadangkan agar pelajar membaca secara kritikal. Apakah
membaca secara kritikal? Membaca secara kritikal adalah kaedah yang betul semasa membaca buku sejarah.
Dengan menggunakan cara ini anda merasa seronok dan anda tidak akan merasa bosan. Minat juga mula timbul
apabila anda mula memahami isi kandungan yang dibaca. Langkah-langkah berikut perlu diambil bagi
memastikan pelajar membaca secara kritikal, aktif dan berkesan.

A. PERSEDIAAN SEBELUM MEMBACA

 Pilih masa belajar yang sesuai


 Mengumpulkan semua bahan yang diperlukan pada suatu tempat
 Pastikan kedudukan badan yang betul dengan buku dijarakkan satu kaki dari mata
 Mulakan dengan membaca Bismillah dan doa penerang hati.

B. PELBAGAI CARA MEMBACA

1. Membaca secara santai – Membaca secara santai biasanya tidak memerlukan tumpuan yang tinggi.
Antara bacaan jenis ini ialah novel, cerpen, akhbar harian, majalah, komik dan sebagainya.
2. Membaca untuk mencari maklumat tertentu – Ada masanya anda membaca semata-mata untuk
mencari maklumat tertentu. Cara skimming (imbasan objektif) dan scanning (mengimbas) digunakan
untuk mencari maklumat yang anda perlukan.
60

3. Membaca secara kritikal – Membaca cara ini bila anda mahu memahami istilah, konsep, isi kandungan
dan menelaah subjek sejarah semasa mengulangkaji.

C. LANGKAH MEMBACA SECARA KRITIKAL

1. Melihat sekali imbas. Tujuannya supaya anda dapat gambaran kasar mengenai bahan yang mahu dibaca.
Apabila anda jelas apa yang bakal anda temui semasa membaca, ia dapat merangsang minat. Lihat tajuk-
tajuk kecil dan lihat perkaitan tajuk-tajuk kecil tersebut. Amati rajah, peta, jadual, carta, ilustrasi, gambar
dan sebagainya. Lihat soalan-soalan yang ada di bab tersebut. Catatkan sebarang persoalan sekiranya
ada.

2. Baca pendahuluan dan kemudian baca bahagian kesimpulan dan penutup. Biasanya penulis buku teks
menerangkan apa yang anda ingin ketahui di bahagian pendahuluan dan membuat rumusan di bahagian
penutup.

3. Baca secara terperinci ayat demi ayat dan perenggan demi perenggan. Setiap ayat itu penting kerana ia
menjelaskan setiap konsep dan istilah yang ada.

4. Terjemahkan setiap penjelasan itu di dalam peta minda. Jangan pindah perenggan selagi anda tidak
memahami apa yang anda sedang baca. Perlahankan rentak bacaan anda di bahagian yang sukar. Ulang
baca beberapa kali sekiranya perlu.

5. Gariskan fakta penting dan highlight setiap kata kunci dan isi penting. Cara ini memudahkan anda
memahami idea, menghafal idea, membuat peta minda dan rumusan idea.

6. Yakinkan diri yang anda menguasai apa yang anda baca. Setelah membaca beberapa ketika, cuba ingati
apa yang anda baca dan susun semula mengikut kronologi atau kumpulan maklumat.

7. Selepas habis satu perenggan, satu muka surat ataupun satu sub topik, tutup buku anda dan gambarkan
semula apa yang anda baca. Ambil sehelai kertas kosong atau buku nota dan lakarkan kembali apa yang
anda baca dalam bentuk lakaran peta minda. Setiap setengah jam, rehatlah sebentar kira-kira 5 minit.

8. Akhir sekali, setelah selesai mengurang kaji luangkan masa antara 60 hingga 90 saat. Buat proses
Dumping. Keluarkan apa yang anda tahu dan buat dalam bentuk contengan. Anda tidak perlu menulis
dengan kemas kerana ia bukan untuk nota simpanan, sebaliknya untuk lakaran idea sahaja.

9. Pelajar yang lemah berasa sukar untuk mengulangkaji kerana menyangka terlalu banyak perkara hendak
diingat dan dihafal. Sebenarnya, setelah diekstrak anda hanya perlu mengingat 30 % sahaja kandungan
buku teks anda. Sekarang mulakan gerakerja berikut: Pilih satu tajuk yang anda suka dan tentukan kata
kunci atau isi penting menggunakan highlihter.

10. Latihan : Anda diberikan masa selama 1 minit untuk membaca tajuk: Gerakan Nasionalisme di
Malaysia. Fahami dan cuba Ingat apa yang anda baca. Tuliskan isi penting atau kata kunci dan
keluarkan semula apa yang anda baca secara verbal. (menyebut semula apa yang anda baca)
Kemudian Jawab soalan Apa, Siapa, Bila, Di mana, Mengapa dan Bagaimana? Jika anda berjaya melalui
aktiviti ini, anda merupakan pelajar yang cemerlang! He!he!he! Itu lah kerja seorang pelajar! Pelajar
bukan setakat belajar tetapi memahami dan mengalami proses belajar.
61

D. MENCATAT NOTA

1. Apakah itu NOTA? Nota ialah catatan yang anda ambil dan anda sediakan daripada pelbagai sumber
sebagai peringatan dan bahan rujukan serta memudahkan anda untuk menulang kaji kembali. Nota
biasanya dibuat setelah membuat rujukan daripada buku, pengajaran guru dan perbincangan dengan
rakan.
2. Mencatat nota penting untuk mengelakkan anda daripada lupa, mudah mengulangkaji, memaksa anda
mencari fakta penting, mengurangkan beban kerja dan mengekalkan keseronokan belajar.

3. Bentuk-bentuk penulisan nota


3.1. Bentuk fakta penting – mencatat isi penting sesuatu tajuk
(a) Idea utama (dinomborkan 1, 2, 3 dan seterusnya)
(b) Isi penting (menggunakan abjad a, b, c dan seterusnya)
(c) Isi kecil (isi kecil menggunakan urutan (i), (ii), (iii) dan seterusnya.
3.2. Bentuk peta minda
3.2. Bentuk rajah/carta
3.4. Bentuk jadual

4. Apakah ciri-ciri nota berkesan? Cirinya ialah :


- mengandungi isi-isi penting
- beberapa isi kecil dan contoh yang menyokong isi penting
- Padat dan ringkas
- Tiada ayat berbunga-bunga macam ayat dalam buku teks

Cuba lah! Mudah bukan? Selamat belajar.

E. TEKNIK BELAJAR BERKUMPULAN

Jika anda seorang yang mudah mengantuk semasa belajar, mudah jemu dengan cara belajar bersendirian
dan sukar mengingati apa yang anda baca, belajarlah berkumpulan.

1. Mula-mula kenalpasti siapa kawan anda? Kenali kebolehan anda itu. Pastikan ahli kumpulan tidak lebih
daripada 5 orang untuk mengelakkan perbincangan menjadi sesi ”bergosip-gosip”.
2. Lantik seorang ketua kumpulan
3. Lantik seorang jurutulis
4. Tetapkan topik perbincangan
5. Pilih tempat yang sesuai untuk berjumpa dan mengadakan sesi perbincangan.
6. Mulakan perbincangan. Ketika salah seorang ahli kumpulan membentangkan sesuatu tajuk, ahli yang lain
hendaklah mendengar dengan teliti, mencatat butir pembentangan, membuat pembetulan dan menyoal
mana-mana perkara yang kurang jelas.
7. Selepas tamat pembentangan, semak soalan-soalan peperiksaan yang berkaitan dengan tajuk.
8. Akhir sekali, buat penilaian iaitu kenalpasti isi penting, fakta, contoh, rajah, jadual, formula atau
maklumat yang berkaitan dengan topik yang dibincangkan.
62

F. TEKNIK MENGULANGKAJI TAJUK DAN TOPIK YANG SUKAR

Terdapat setengah pelajar yang melabelkan beberapa tajuk adalah disukai dan beberapa tajuk lagi tidak
disukai. Tajuk yang disukai itu biasanya mudah difahami dan mudah diingati. Tajuk yang tidak disukai
biasanya dianggap sukar dan membosankan. Bagaimana menguasai tajuk yang sukar?

 Ambil wuduk sebelum mula mengulangkaji


 Baca Bismillah dan doa penerang hati
 Pilih topik yang penting dan popular dan bakal diuji dalam peperiksaan
 Gunakan satu buku rujukan sahaja dan nota-nota yang dicadangkan guru untuk topik itu.
 Fahami dahulu fakta tersebut sebelum menghafalnya. Gunakan kata kunci untuk mengingat.
Sekiranya anda mahir kata kunci sudah tentu anda mampu menerangkan kepada orang lain apa
yang terdapat di sebalik kata kunci itu.
 Tandakan mana-mana perkara yang anda tidak fahami dan tanyakan rakan anda. Jika mereka
juga tidak faham seperti anda, rujuklah guru anda.
 Pecahkan fakta kepada beberapa kumpulan kecil. Jangan hafal semua fakta serentak. Pecahkan
fakta dalam kumpulan kecil dan hafal setiap fakta dalam kumpulan itu sahaja.

Contohnya sekolah vernakular di Malaysia ada 15 fakta, pecahkan kepada


5 bahagian iaitu sekolah pondok, sekolah Melayu, sekolah Cina, sekolah
Tamil dan sekolah Inggeris.

 Sering membuat imbasan dari masa ke semasa secara sistematik. Jika anda meninggalkan tajuk
tersebut terlalu lama, saya percaya, anda masih ingat isi kandungan tajuk tersebut tetapi akan
menyebabkan anda ”Ingat-Ingat Lupa” semasa musim peperiksaan.

*Lupaan terjadi apabila anda kurang memberikan tumpuan terhadap apa yang diajar oleh
guru di dalam kelas. Lupaan juga sering terjadi apabila kita jarang mengulangkaji sesuatu
pelajaran. (Contohnya, anda mempelajari tajuk ’Imperialisme’ pada bulan Januari. Anda
akan menghadapi kesukaran untuk mengingat (memanggil) tajuk itu pada bulan
November). Ini membuang masa dan mensia-siakan masa yang anda telah gunakan untuk
mengulangkaji sebelum ini. Oleh itu, anda mesti mengulangkaji secara berterusan.

 Jika anda jemu atau bosan dengan teknik asyik mengulang-ulang, gunakan teknik menyoal diri
dengan konsep, fakta, keterangan, contoh dan isi pelajaran ketika sedang membaca. Mulakan
dengan soalan:

Apa ? = peristiwa
Siapa ? = tokoh terlibat
Bila ? = tempoh masa
Di mana ? = lokasi peristiwa atau kejadian
Mengapa ? = sebab atau faktor
Bagaimana ? = urutan cerita (sebelum kejadian, semasa kejadian dan selepas kejadian).
63

Rumusan dan Iktibar kepada kita? = pandangan pengarang/anda dan unsur patriotisme yang
terdapat dalam peristiwa tersebut

Melalui teknik ini anda akan memerhati, memikirkan dan mencari jawapan terhadap soalan
tersebut. Jangan lupa untuk mencatat apa yang anda ingat menerusi kaedah ini menggunakan
peta minda, gambarajah, carta alir dan sebagainya.

 Anda perlu membuat latihan untuk membiasakan otak anda dengan kehendak soalan
peperiksaan. Jika soalan berbentuk objektif, ia akan membantu anda memilih jawapan terbaik.
Jika soalan esei, otak anda dilatih untuk merangka skrip jawapan.

 Cari peluang bagi mengajarkan ilmu yang anda perolehi kepada orang lain. Libatkan diri secara
aktif dalam kumpulan perbincangan. Anda boleh menerang dan menyoal rakan anda untuk
membolehkan otak anda bekerja keras ”seperti anda mengasah belakang parang.” Ini bukan
sesi menunjuk-nunjuk anda lebih pandai daripada orang lain. Sesi ini merupakan teknik
mengingat dan berkongsi maklumat dengan orang lain. Sesi ini membantu anda membuat
latihan menjawab soalan dalam bentuk soal jawab. Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud :

”Ajarkanlah ilmumu kepada orang lain yang belum mengetahuinya dan


belajarlah kamu daripada orang lain yang berilmu tentang apa yang engkau
tidak tahu. Apabila berbuat demikian, engkau akan tahu apa yang engkau tidak
tahu dan engkau ingat apa yang engkau telah tahu!

 Makanlah makanan penguat ingatan yang perlu dimasukkan sebagai makanan tambahan.
Antaranya kurma, madu, kismis, anggur hitam, lobak merah, badam, susu, air zam zam,
halia, ikan tuna, buah epal, pisang, air soya, ginko biloba, bunga cengkih, pegaga, minyak
zaitun, buah tin dan sedikit glukos.

Menurut Ibnu Qayyim, ”sesiapa yang ingin menghafal hadis hendaklah sering memakan buah
kismis (zabib)”. Dari segi saintifik kismis baik untuk kerongkong, menghilangkan batuk,
menghilangkan balgam (kahak), menguat dan menyejukkan perut, mencergaskan akal dan
minda, menguatkan saraf neuron, menghindarkan keletihan dan mengelokkan jantung.

 Makanan yang perlu dielakkan pula ialah kepala ikan, organ dalaman binatang, makanan
yang dimasuki semut, makanan yang terdedah kerana takut dicemari lipas, cicak dan serangga
lain, jeruk/asam, minuman berkarbonat, minuman berkafein, makanan segera yang
mengandungi MSG (Monosodium Glutamate), epal hijau (tuffah) dan makanan hampir basi.

KELEMAHAN UMUM DAN KESILAPAN YANG SERING DILAKUKAN OLEH CALON DAN
CARA MENGATASINYA

Terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh calon ketika belajar Sejarah. Antaranya ialah tidak
mengulangkaji secara konsisten, kurang membuat latihan, gemar meramal soalan dan tidak mengetahui
teknik menjawab soalan dengan betul. Cerita arnab dan kura-kura memberi banyak pengajaran berkaitan
dengan penggunaan masa, ketahanan mental dan usaha yang konsisten.

Dalam kisah itu, Sang Arnab yang mempunyai kekuatan berlari dengan pantas telah dikalahkan
oleh Sang Kura-Kura yang berjalan lambat tetapi konsisten. Sebenarnya istilah ‘tiada mood’ atau ‘ada
mood’ tidak harus wujud dalam mengulangkaji pelajaran.

Pada peringkat sejarah PMR, kandungan sukatan pelajaran Tingkatan Satu dan adalah menarik
dan ringan. Sukatan pelajaran Tingkatan Dua sahaja yang agak membebankan. Sukatan pelajaran
Tingkatan Tiga pula, lebih ringan! Calon boleh merujuk guru Sejarah pada bila-bila masa jika
64

menghadapi masalah pemahaman terhadap sesuatu tajuk. Calon perlu menghabiskan dua jam sehari atau
sekurang-kurangnya satu jam bagi mana-mana tajuk Sejarah tersebut.

Di samping melakukan secara konsisten calon perlu membuat latihan untuk meningkatkan
kecekapan. Kekerapan mengulangkaji adalah kunci kepada kefahaman kerana ia mengatasi proses lupa!
Ingat! Lupa berlaku disebabkan oleh maklumat yang diterima tidak diulangi dan diulangkaji. Cara belajar
Sejarah yang berkesan ialah melalui proses yang sistematik, iaitu maklumat yang dibaca dimasukkan ke
dalam minda secara tersusun dan konsisten. Semak tajuk yang belum diulangkaji dan tajuk yang belum
diulangkaji.

Calon perlu menyedari bahawa latihan di kelas, di pusat tuisyen dan di rumah bertujuan memberi
kefahaman tentang sesuatu topik. Namun begitu, ramai calon PMR membuat latihan secara sambaleweng
dan tidak sepenuh hati. Ramai calon PMR tidak menggunakan masa luang yang ada.Lebih malang lagi
ada calon tidak berusaha membuat persediaan (tidak mengulangkaji) sebelum menjawab soalan latihan
yang diberi oleh guru. Ingat! Belajar Sejarah yang berkesan ialah melalui proses ulang dan kaji.

Janganlah mengharapkan keputusan yang cemerlang, sekiranya kekerapan anda mengulangkaji


boleh dihitung dengan jari. Saya ulangi, calon perlu kerap membaca dan mengulangkaji untuk
mengingat fakta Sejarah. Setiap tahun, soalan ramalan dikeluarkan oleh pelbagai sumber. Bagi calon
PMR yang telah bersedia awal, soalan ramalan hanya merupakan soalan yang perlu diberi penekanan.
Sebenarnya mereka sudah bersedia menghadapi apa jua jenis soalan yang meliputi pelbagai tajuk. Tetapi
terdapat ramai calon PMR yang belum bersedia. Mereka menggadaikan masa depan dengan bergantung
kepada soalan ramalan semata-mata. Tindakan ini sangat berbahaya. Sekiranya soalan yang diramal itu
tidak keluar sudah tentulah anda yang keluar!

Saya mengesyorkan calon PMR mengulangkaji bab yang mudah dahulu dikuti bab yang lebih
sukar secara konsisten. Ramai calon PMR mengulangkaji mengikut bab yang mereka sukai sahaja. Ini
baik untuk mendorong anda bersemangat dan meminati pelajaran Sejarah. Namun begitu topik dalam
Sejarah mempunyai kesinambungan iaitu ditulis dari bab yang mudah kepada bab yang susah. Calon
harus menguasai bab yang awal dahulu sebelum bab yang kemudian. Walau apa pun anda perlu
menghadiri kelas pada setiap hari. Kegagalan anda mengikuti sesuatu tajuk akan mengganggu kefahaman
anda terhadap tajuk tersebut.

Terdapat pelbagai teknik pembelajaran Sejarah seperti menyenaraikan isi kandungan, menulis
nota peta minda, teknik perbincangan, penggunaan teknik mnemonik untuk tajuk yang membosankan dan
sebagainya. Kesemua teknik adalah berkesan dan baik jika bersesuaian dengan cara anda belajar.

Salah satu kelemahan calon PMR ialah menjawab soalan aneka pilihan dengan teknik yang
cepat, tepat dan betul. Calon perlu mempunyai pengetahuan, maklumat dan telah menguasai semua tajuk
dalam buku teks Sejarah.

Secara umum calon perlu menjawab soalan objektif menggunakan kaedah berikut.

 Pastikan bahawa anda membaca semua soalan dengan teliti. Fahamkan betul-betul sebelum
menjawab
 Jawab semua soalan yang anda pasti atau yakin tentang jawapannya terlebih dahulu sebagai strategi
memanfaatkan masa dengan sebaik-baiknya.
 Tandakan jawapan anda dengan jelas di tempat yang disediakan sebaik sahaja setiap soalan dibaca
 Tinggalkan dahulu soalan susah atau tidak pasti jawapannya.
65

 Bagi soalan susah atau anda tidak pasti dengan jawapannya, pilih jawapan yang betul dengan
memotong pilihan jawapan yang tidak munasabah atau meragukan melalui kaedah peyingkiran
 Singkirkan pilihan jawapan yang tidak munasabah atau meragukan anda
 Jika tinggal dua jawapan, pilih jawapan yang anda fikir lebih tepat dan munasabah

SEMOGA KITA AKAN BERJUMPA LAGI. SELAMAT BELAJAR!

You might also like