You are on page 1of 3

LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN BIL 2(c)

Tarikh : 20 Mei 2008 (Selasa)


Masa : 2.45 – 5.15 petang
Tajuk : Ujian Personaliti 16PF
Laporan :

Program ini telah dihadiri oleh guru-guru SM Sains Seri Puteri. Ujian personaliti 16PF
dikendalikan oleh kaunselor iaitu Cik Hasreena bt Abdul Rahman.

Guru-guru diminta menjawab soalan ujian personaliti 16PF. Moderator memberi


taklimat cara mengira jawapan ujian dan skor jawapan. Skor jawapan bagi setiap
soalan dihuraikan kepada guru-guru.

Guru-guru perlu mengira skor dan setiap skor yang diperolehi menggambarkan
personaliti individu terbabit. Guru-guru dapat mengenal pasti faktor personaliti yang
utama dan khusus dalam diri mereka. Oleh itu guru-guru dapat memperbaiki dan
muhasabah diri ke arah yang lebih positif sama ada dalam kehidupan peribadi atau
pekerjaan.
LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN BIL 3

Tarikh : 21 Jun 2008 (Sabtu)


Masa : 8.00 – 10.00 pagi
Tajuk : Sekolah Cemerlang
Laporan :

Program ini telah dihadiri oleh guru-guru SM Sains Seri Puteri. Ceramah ini telah
disampaikan oleh mantan Ketua Pengarah Pendidikan Dato’ Haji Abdul Raof b
Hussin.

Penceramah memulakan program dengan memaparkan sistem Eg-Tukar yang akan


digunakan oleh guru-guru untuk memohon pertukaran sekolah secara talian terus.
Sistem ini amat efisien dan cekap serta memudahkan proses permohonan
pertukaran guru-guru.

Guru-guru perlu melengkapkan atau mengemas kini data EMIS sebelum mengisi Eg-
Tukar. Ini kerana sebarang kesilapan maklumat peribadi guru dalam EMIS akan
memberi kesan terhadap pemprosesan borang pertukaran yang telah diisi oleh guru-
guru.

Borang permohonan yang telah diisi perlu dicetak sebanyak 2 salinan dan sebarang
dokumen sokongan perlu disertakan seperti laporan kesihatan, surat penceraian dan
lain-lain. Guru-guru perlu menghantar salinan yang telah dicetak kepada pengetua
untuk disahkan.

Proses untuk mengisi borang pertukaran talian terus perlu diisi dalam tempoh yang
telah ditetapkan. Sekiranya permohonan pertukaran gagal, guru-guru hanya perlu
mengklik butang rayuan pada Eg-Tukar.
LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN BIL 3

Tarikh : 21 Jun 2008 (Sabtu)


Masa : 10.30–12.30 tengah hari dan 2.00-4.00 petang
Tajuk :
Laporan :

Program ini telah dihadiri oleh guru-guru SM Sains Seri Puteri. Ceramah ini telah
disampaikan oleh Tn Hj Fauzy b Halim daripada konsultan Masterplan.

Penceramah memulakan program dengan memaparkan sistem Eg-Tukar yang akan


digunakan oleh guru-guru untuk memohon pertukaran sekolah secara talian terus.
Sistem ini amat efisien dan cekap serta memudahkan proses permohonan
pertukaran guru-guru.

Guru-guru perlu melengkapkan atau mengemas kini data EMIS sebelum mengisi Eg-
Tukar. Ini kerana sebarang kesilapan maklumat peribadi guru dalam EMIS akan
memberi kesan terhadap pemprosesan borang pertukaran yang telah diisi oleh guru-
guru.

Borang permohonan yang telah diisi perlu dicetak sebanyak 2 salinan dan sebarang
dokumen sokongan perlu disertakan seperti laporan kesihatan, surat penceraian dan
lain-lain. Guru-guru perlu menghantar salinan yang telah dicetak kepada pengetua
untuk disahkan.

Proses untuk mengisi borang pertukaran talian terus perlu diisi dalam tempoh yang
telah ditetapkan. Sekiranya permohonan pertukaran gagal, guru-guru hanya perlu
mengklik butang rayuan pada Eg-Tukar.

You might also like