You are on page 1of 13

Persembahan tarian Ulik Mayang

Tarian Ulit Mayang sejenis tarian yang berunsurkan pemujaan semangat pantai. Dipercayai
telah wujud pada zaman pemerintahan Sultan Umar. Seni budaya ini dianggap sebagai satu
khazanah budaya Terengganu yang cuba dipertahankan sehingga kini. Adalah difahamkan
tarian ini merupakan satu permainan tradisi masyarakat melayu Terengganu yang tinggal
di persisiran pantai negeri Terengganu. Ia juga dikatakan berasal dari Tanah Seberang iaitu
Kepulauan Jawa.

Ulit atau ulek adalah merujuk kepada berdondang atau mengulit-ngulit yang
membawa makna menyeru-nyeru dengan nama memujuk-mujuk supaya kembali semula
dan datang semula merujuk kepada makhluk halus. Ditarikan secara beramai-ramai antara
10 hingga 15 orang dalam bentuk bulatan untuk memuja Tuan Puteri Tujuh beradik. Ia
biasanya diadakan pada waktu malam. Tarian ini ditarikan sebagai persembahan kepada
penunggu laut supaya tidak menggangu nelayan yang mencari rezeki di tengah
lautan. Mengikut cacatan sejarah, Ulik Mayang menampilkan persembahan tujuh puteri
yang mengubati orang yang terkena sampuk. Tujuh puteri tersebut berasal dari bukit
puteri dan sentiasa menjadi tumpuan orang tempatan untuk meminta bantuan, iaitu
mengubati orang sakit melalui jampi, seru, dan mentera. 
Tarian Ulik Mayang juga digunakan dalam pengubatan tradisional. Ia menjadi
identiti masyarakat Terengganu kerana tarian ini menjadi amalan masyarakat melayu di
Terengganu sejak beratus-ratus tahun dahulu.

Kampung yang masih giat memperkembangkan kesenian ini ialah Kampung Pasir
Panjang, Kuala Terengganu. Persembahan Ulek Mayang ini dimainkan dengan
menggunakan Mayang Pinang. Sebelum tarian dimulakan, mayang pinang akan dipuja serta
digoncang-goncang diatas bekas kemenyan. Mayang dibangkitkan semangat dan asalnya.
Mayang pinang tadi kemudiannya berpindah tangan dari seorang ke seorang sehinggalah
penari yang memegang mayang tersebut tidak sedarkan diri.  Ketika persembahan ini
berlangsung pemain-pemain sambil diiringi dengan seloka dan pantun oleh rakan-rakan
yang lain. Persembahan ini dimainkan beramai-ramai dengan membuat bulatan dan
pemegang duduk di tengah-tengah dan tidak ada muzik yang mengiringi persembahan ini.
Biasanya yang mengambil bahagian dalam persembahan ini berumur dalam lingkungan 15
hingga 40 tahun.

Persembahan Ulit Mayang yang dimainkan untuk bersuka-suka sahaja,


melambangkan suatu pemujaan yang mendalam terhadap Tuan Puteri Tujuh Beradik.
Persembahan dimulakan dengan membaca doa dan membangkitkan asal Mayang. Mayang
yang digunakan dalam persembahan ini diasap kemenyan dan disapu minyak kelapa
terlebih dahulu. Doa dan bangkitan dilakukan untuk memohon perlindungan agar orang
yang mengambil bahagian tidak ditimpa apa-apa kemalangan.

Mayang pinang digunakan oleh ketua pemujanya dalam keadaan bersila di tengah-tengah
bulatan sambil menyanyi lagu antara lain senikatanya berbunyi:

Umbuk mayang diumbuk


Umbuk dengan jala jemala
Sambut dayang kusambut
Sambut dengan puteri ngesa
Puteri ngesa berkain serong
Puteri ngesa berbaju hijau
Puteri ngesa bersubang gading
Puteri ngesa bersanggol sendeng

( rangkap pertama di atas kemudian diulang dengan puteri dua dan seterusnya
hingga puteri tujuh ) 

Mayang yang digunakan diasap kemeyan di dalam bekas bara api yang dinamakan
Dupa untuk membangkit semangat dan asal mayang. Minyak kelapa juga disapukan pada
mayang ketika diperasapkan supaya mayang itu kelihatan segar ketika diulit. Mayang
hidup dapat dikesan apabila berlaku getaran pada Adi ( ketua pemuja ) yang seolah-olah
kelihatan mayang tersebut bergetar dengan sendirinya. Ini akan membawa Adi atau
pemegang mayang ke dalam situasi tidak sedarkan diri atau lupa.

Tujuh Puteri dari kayangan menari untuk mengubati pesakit

Lirik Lagu Ulik Mayang


Ulek Mayang 
Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serong


Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat

Puteri empat berbaju serong


Puteri empat bersanggol sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam

Puteri enam berbaju serong


Puteri enam bersanggol sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya tujuh

Puteri tujuh berbaju serong


Puteri tujuh bersanggol sendeng
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Tuan puteri berbaju serong


Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Ku tahu asal usul mu


Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala

Legasi ini menjadi identiti tarian rakyat Terengganu. Inspirasi juga mula tercetus
daripada legasi seni yang sekian lama dipraktikkan ini. Hasilnya, muzik lagu Ulik Mayang
diolah dan digubah menjadi muzik orkestra yang harmoni dan mempunyai nilai muzik
yang begitu tinggi. Keasliannya dikekalkan dan persembahannya diperhebatkan melalui
seni muzik. 

Kini Ulek Mayang hanya dipersembahkan sebagai hiburan semata-mata tanpa


mencampur adukkan dengan unsur khurafat dalam bacaan mentera, malah persembahan
itu hanya berlangsung 10 minit berbanding antara 20 hingga 30 minit.

Koreografer Badan Kesenian Muzium Terengganu, Mohd Nazri Ismail, berkata


olahan termasuk gerak tari dan susunan muzik dilakukan bagi memberi nafas baru selaras
dengan perkembangan zaman dan penerimaan masyarakat ketika ini.

Ulek Mayang sering dipersembahkan pada majlis penutup program promosi


termasuk di luar negara antaranya Jerman, Brunei, Singapura dan Indonesia.
Visit Terengganu 2008: 
Seni budaya warisan negeri
Oleh Nazura Ngah
BeritaHarian

ULIK Mayang tarian yang menjadi identiti Terengganu.

Tarian Rodat, Ulik Mayang serta kehalusan songket tenun dan batik warnai keindahan
Terengganu 

RODAT adalah seni persembahan tarian dan nyanyian warisan Terengganu. Seni
persembahan unik ini hanya ada di negeri itu yang sering dipersembahkan secara terbuka
untuk majlis keraian atau pesta khususnya di luar bandar. 

Persembahannya membabitkan penari lelaki atau dikenali sebagai pelenggok, pemukul


gendang atau tar (pengadi) dan penari wanita (mak inang) yang menampilkan empat
gabungan posisi gerakan badan iaitu berdiri-berlutut-duduk-berpusing, diiringi dengan
rentak dan alunan muzik dihasilkan gendang tar atau kompang temborin. 

Rodat dipercayai berasal daripada singkatan `Hadrat Baghdad' yang menjadi sebahagian
bentuk seni persembahan hadrah atau berzanji. Ia adalah tradisi dan budaya Islam yang
berasal dari Timur Tengah. 

Pengarah Akademi Seni Terengganu (Aseni), Mohd Noor Yusof, berkata rodat dibawa
masuk ke Tanah Melayu pada 1900 melalui Pulau Sambas di Indonesia. 

Buletin Warisan terbitan Mac 1979 mencatatkan pedagang dari Sambas dan Pontianak
datang ke Terengganu untuk membeli budu, songket serta perkakas tenunan dengan
perahu besar pada awal abad ke-19. 
Pada sebelah malam anak kapal Sambas berkumpul sambil memukul rebana kecil dan
menyanyi serta menari hingga larut malam. Dipercayai kampung yang mula-mula
menerima seni rodat di Terengganu adalah Kampung Pasir Panjang dan Gong Tok Nasek di
Kuala Terengganu. 

Namun seni persembahan yang popular suatu ketika dulu kini semakin dilupai apabila
hanya lima kumpulan terdiri daripada warga emas yang masih membuat persembahan di
Terengganu. 

Bagi memartabatkan rodat, Aseni yang menyambut ulang tahun pertama pada 1 Ogos lalu
berusaha mengangkat semula seni itu sebagai seni persembahan milik rakyat Terengganu
dengan melatih anak muda menjiwainya supaya tidak luput ditelan zaman. 

Selain rodat, seni persembahan lain seperti nyanyian lagu rakyat, Ulek Mayang, gamelan,
wayang kulit, teater dan tari turut mewarnai seni tradisional warisan bumi Terengganu. 

Ulek Mayang yang bermula sebagai kaedah perubatan tradisional menjadi identiti
Terengganu kerana menjadi amalan masyarakat Melayu lama sejak beratus tahun lalu. 

Kini Ulek Mayang hanya dipersembahkan sebagai hiburan semata-mata tanpa mencampur
adukkan dengan unsur khurafat dalam bacaan mentera, malah persembahan itu hanya
berlangsung 10 minit berbanding antara 20 hingga 30 minit. 

Koreografer Badan Kesenian Muzium Terengganu, Mohd Nazri Ismail, berkata olahan
termasuk gerak tari dan susunan muzik dilakukan bagi memberi nafas baru selaras dengan
perkembangan zaman dan penerimaan masyarakat ketika ini. 

Ulek Mayang sering dipersembahkan pada majlis penutup program promosi termasuk di
luar negara antaranya Jerman, Brunei, Singapura dan Indonesia. 
"Ulek Mayang yang menampilkan persembahan tujuh puteri yang mengubati orang yang
kena sampuk. Ada dua versi iaitu versi sekumpulan lelaki bermain sepak raga dan versi
sekumpulan nelayan sebelum seorang daripada mereka terkena sampuk. 

"Mengikut catatan sejarah, tujuh puteri itu berasal dari Bukit Puteri yang sentiasa menjadi
tumpuan orang kampung untuk meminta bantuan mengubati orang sakit melalui jampi,
seru dan mentera. 

"Ulek Mayang yang ada pada hari ini sudah mengalami perubahan termasuk unsur
khurafat dihapuskan," katanya. 

Selain kaya dengan kebudayan unik, Terengganu juga sinonim dengan penghasilan kraf
seperti songket dan batik. 

Antara pengusaha songket yang mendapat tempat di hati peminat dari dalam dan luar
negara ialah pemilik Terengganu Songket, Zainab @ Ngah Mamat, 65 yang beroperasi di
rumahnya di Kampung Bukit Depu, Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu. 

Tokoh Kraf Negara 2002 itu mewarisi bakat membuat songket daripada arwah nenek dan
ibunya serta mampu menghasilkan songket seawal usia 12 tahun. 

Zainab yang mempunyai 50 pekerja sambilan dan enam pekerja tetap gemar menghasilkan
songket bermotifkan alam semula jadi seperti bunga, tumbuhan dan buah-buahan. Songket
yang dijual berharga antara RM35 dan RM15,000 yang mempunyai tiga ukuran lebar iaitu
dua meter, 2.25 meter dan 2.5 meter, manakala labuh sama ada 30 inci, 37 inci dan 42 inci. 

Harga sehelai songket bergantung pada jenis benang sama ada kapas atau sutera, corak,
bunga dan tempoh masa menghasilkannya. Contoh songket berharga RM15,000 yang
ditempah pemimpin negara memerlukan masa tujuh bulan untuk disiapkan. 
Katanya, songket berharga RM500 dan ke bawah menjadi pilihan pembeli, manakala orang
kenamaan yang mementingkan kualiti tidak berkira untuk memilih songket bernilai ribuan
ringgit. 

Batik juga mengalami perkembangan mengikut peredaran zaman dan cita rasa
pemakainya. Jika dulu batik hanya terhad pada batik yang dicop atau dilukis tangan atas
kain fuji atau kapas, namun sejak 1992, batik mengalami perubahan apabila kain sutera
dari China menambah fabrik sedia ada. 

Pengarah Imbasan Damai Batik Sdn Bhd, Fauziah Yahya, 50, mengakui batik memerlukan
sentuhan kreatif bagi menghasilkan corak eksklusif dan terbaru yang membuatkannya
sentiasa hidup atau 'evergreen' walaupun berusia lebih 10 tahun. 

Antara teknik yang digunakan dalam penghasilan batik adalah teknik lilin dan 'brush'. Kain
sutera yang dibawa masuk dan menjadi fabrik utama dalam menghasilkan batik
mempunyai beberapa jenis iaitu sutera jacquard, creepe, rayon, sifon dan habotai. 

Finalis Piala Seri Iman yang akan berlangsung bulan ini (November) mengusahakan
industri batik dan songket warisan keluarga suaminya, Sukri Abdullah, 56, di Losong, Kuala
Terengganu. 

"Batik sentiasa mendapat permintaan dan langkah kerajaan menggalakkan pemakaian


batik di kalangan kakitangan kerajaan pada hari tertentu serta majlis rasmi menjadikan
industri batik terus berkembang mewarnai seni warisan Terengganu," katanya. 

Terengganu juga kaya dengan seni kraftangan anyaman berasaskan rotan, buluh dan daun
mengkuang. 

Pelancong dari Kuala Lumpur yang memilih laluan darat untuk tiba ke Terengganu
khususnya bandar Kuala Terengganu akan dapat menyaksikan deretan gerai yang menjual
produk itu di beberapa lokasi di Marang. 
Malah jika terlepas, pengunjung masih berkunjung ke Pasar Besar Kedai Payang di Kuala
Terengganu yang menjadi syurga kepada peminat barangan kraf. 

Lebih tepat lagi, Terengganu menjadi destinasi 'macam-macam ada' bagi memenuhi selera
pengunjung.
Ulek Mayang tiada lagi unsur khurafat

Lagu Ulek Mayang yang bermula sebagai kaedah perubatan tradisional menjadi


identiti Terengganu kerana menjadi amalan masyarakat Melayu lama sejak
beratus tahun lalu. 

Ini adalah persembahan kesenian tradisional yang


masih aktif berkembang beberapa lokasi di
Terengganu seperti Kampung Pasir Panjang, Kuala
Terengganu.  Persembahan Ulek Mayang ini
dimainkan dengan menggunakan Mayang Pinang. 
Dipercayai Mayang Pinang membangkitkan
semangat.  Ketika persembahan ini berlangsung
pemain diiringi dengan seloka dan pantun oleh rakan
yang lain.  Persembahan ini dimainkan secara beramai-ramai dengan membuat
bulatan dan pemegang duduk di tengah-tengah.  Tidak ada muzik yang mengiringi
persembahan ini.

Kini, Ulek Mayang hanya dipersembahkan sebagai hiburan semata-mata tanpa


mencampur adukkan unsur khurafat dalam bacaan mantera.  Malah, persembahan
hanya berlangsung 10 minit berbanding antara 20 hingga 30 minit.

Koreografer Badan Kesenian Muzium Terengganu, Mohd Nazri Ismail,


menjelaskan olahan termasuk gerak tari dan susunan muzik dilakukan bagi
memberi nafas baru selaras dengan perkembangan zaman dan penerimaan
masyarakat ketika ini.

Ulek Mayang yang menampilkan persembahan tujuh puteri yang mengubati


seorang lelaki yang terkena sampuk.  Ada dua versi iaitu versi sekumpulan lelaki
bermain sepak raga dan versi sekumpulan nelayan sebelum seorang daripada
mereka terkena sampuk. 

Mengikut catatan sejarah, tujuh puteri itu berasal dari Bukit Puteri yang sentiasa
menjadi tumpuan orang kampung untuk meminta bantuan mengubati orang sakit
melalui jampi, seru dan mantera.  Ulek Mayang yang ada pada hari ini sudah
mengalami perubahan termasuk menghapuskan unsur khurafat.

Kini, persembahan Ulek Mayang yang dimainkan sekadar untuk suka-suka saja, di
mana ia melambangkan suatu pemujaan mendalam terhadap Tuan Puteri Tujuh
beradik.  Persembahan dimulakan dengan membaca doa dan membangkitkan asal
Mayang.  Mayang yang digunakan dalam persembahan ini diasap kemenyan dan
disapu minyak kelapa terlebih dahulu.

Doa dan 'bangkitan' dilakukan untuk memohon perlindungan agar orang yang


mengambil bahagian tidak ditimpa apa-apa kemalangan. 

Sumber:  Bintang Popular (Berita Minggu - 15 Februari 2009, oleh Suzan Ahmad)

You might also like