You are on page 1of 2

BENDERA MALAYSIA

setiap lambang dan warna yang terdapat pada bendera Malaysia mewakili
maksud-maksud tertentu.

Bahagian yang berwarna biru tua di sebelah kiri


melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bersatu padu serta
berusaha dalam memajukan pembangunan ekonomi berasaskan sains dan
teknologi canggih.

Warna kuning pada lambang anak bulan dan bintang pecah 14


bermaksud kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendokong dan menghormati
lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara. Lambang anak bulan
membawa maksud Islam sebagai agama rasmi negara sementara bintang pecah 14
menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Merah melambangkan keberanian dan bersedia dalam menghadapi segala rintangan dan
cabaran dalam usaha meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju.

Manakala putih melambangkan kesucian, ikhlasan dan kesungguhan bagi mempertingkatkan


ketahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia.

Ukuran bendera masih dikekalkan iaitu 6 kaki lebar dan 3 kaki panjang,
mempunyai 14 jalur bagi melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan 1
Persekutuan iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang,
Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, .Terengganu, dan Wilayah
Persekutuan (Kuala Lumpur dan Labuan).
BENDERA NEGERI KEDAH

Merah ialah warna kebangsaan negeri Kedah yang turun temurun. Padi maknanya negeri ini
makmur dalam hal kehidupan.

Anak bulan tanda negeri beragama Islam.

Perisai pula maksudnya Raja (Kerajaan) sentiasa menjaga dan memelihara rakyatnya dan
penduduk dalam negeri ini daripada kezaliman.

You might also like