You are on page 1of 21

WASIAT WAJIBAH : SUATU PENGENALAN

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Islam adalah ugama yang sangat sempurna yang di nuzulkan kepada seluruh ummat manusia
untuk dijadikan jalan hidup, kesempurnaan Islam boleh diketahui dalam ajarannya yang
termaktub dalam Al-qur’an dan As-sunnah di mana secara umum telah di hatur perkara-perkara
tentang hubungan Allah SWT dengan manusia, hubungan manusia dengan manusia, manusia
dengan binatang dan manusia dengan tumbuh-tumbuhan.

Perkara-perkara hubungan manusia dengan manusia ialah suatu yang penting kerana
berhubungan langsung bagi kehidupan manusia sehari-hari dalam menjalani kehidupan ini.

Ketentuan-ketentuan atau hukum yang mengatur perkara hubungan manusia dengan manusia
(makhluk) disebut dengan Ahkam al-Muamalat di mana di dalamnya membahas beberapa
hukum, seperti hokum orang dan keluarga ( Alkam al-ahwal al-Syakhsiyyah), hukum pidana
Islam (al-ahkam al-jinayah), hokum acara ( al-ahkam al- Qadha wa al- Murafa’at dan hokum
benda (Ahkam al-Madaniyyat) iaitu hokum-hukum yang mengatur masalah yang berkaitan
dengan benda, seperti jual-beli, sewa-menyewa, pinjam-meminjam, penyelesaian perkara
warisan, perkara wakaf dan hukum-hukum wasiat.

Wasiat adalah suatu rahmat Allah swt kepada manusia yanng pada mulanya digariskan dalam Al-
qur’an sebagai suatu perintah yang wajib ditunaikan oleh tiap-tiap mukallaf supaya mewasiatkan
hartanya kepada bapa-ibunya dan para kerabatnya yang terdekat. Kemudian perintah itu di
tepikan setelah turun ayat yang khusus membahas tentang perkara-perkara harta warisan.

Dalam tajuk ini akan diuraikan secara jelas tentang konsep wasiat dalam Islam berkisar pendapat
mazhab empat dan juga pemahaman penulis tentang perkara-perkara dalam pembahasan
hukum-hukum wasiat.

1.1.1 Matlamat Kajian

Membincangkan dan Menganalisa tentang kedudukan wasiat dalam Islam berdasarkan


pandangan mazhab yang empat dan menurut Enakmen wakaf (Negeri selangor) No:7,1999 serta
menjelaskan dari konsep dan kedudukan hukum dan dalil-dalilnya. Rukun-rukunnya, wasiat
wajibah dan pemberian dengan penamaan.

1.1.2 Skop Kajian

Skop kajian menjurus kepada perbincangan ulamak dan Enakmen wakaf (Negeri selangor)
No:7,1999 mengenai konsep wasiat dan di fokuskan kepada wasiat wajibah dan pemberian
dengan penamaan

1.1.3 Objektif Kajian

1. Memahami konsep wasiat menurut perspektof Islam Enakmen wakaf (Negeri selangor)
No:7,1999
2. Menjelaskan hukum-hukum wasiat
3. Menjelaskan konsep wasiat wajibah
4. Menjelaskan perbincangan sepuutar pemberian dengan penerimaan.

1.1.4 Metodologi Kajian

Dalam penulisan tugasan ini, penulis menggunakan kajian kepustakaan (library reseach).

1.2 ASAS TEORI

1.2.1 Definisi Wasiat

Pada sudut bahasa, wasiat menurut setengah-setengah ahli fiqah ialah berasal daripada kata
“wassa” yang mempunyai erti memerintahkan menasehatkan atau menjanjikan . Menurut
setengah-setengah ahli fiqah yang lain pula, khasnya ahli fiqah mazhab mazhab Syafi’I
berpendapat bahawa wasiat berasal daripada kata sifat “wassa” yang bererti menghubungkan
atau menyampaikan . Ia juga memberi erti menyampaikan atau menghubungkan kerana
seseorang yang berwasiat, menyambungkan kebaikan dunianya dengan akhiratnya selepas
kematiannya.

Pada sudut istilah wasiat adalah pemberian atau sumbangan harta oleh seseorang kepada orang
atau pihak lain setelah meninggal dunia sama ada perkataan wasiat itu diucapkan dengan
perkataan wasiat atau perkataan lain yang menmbawa maksud wasiat dan pemindahan hak milik
tersebut berlaku setelah kematian pewasiat .
Menurut enakmen wasiat orang Islam (Negeri Selangor) No: 4, 1999, wasiat ertinya iqrar
seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk
menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan
menurut hukum syarak, selepas dia mati .

Dalam pengertian di atas baik menurut sudut ahli fiqah maupun menurut enakmen wasiat orang
Islam (Negeri Selangor) No: 4, 1999, sama-sama memahamkan bahawa wasiat boleh dilakukan
oleh seseorang yang masa hidup dan perpindahan hak milik tersebut berlaku bila pewasiat telah
meninggal dunia.

Dari takrif di atas dapatlah diketahui bahawa terdapat perbezaan antara wasiat dan cara
pemilikan harta yang lain. Hak milik melalui wasiat hanya boleh dimiliki selepas kematian
pewasiat, sementara hak milik yang lain contohnya hadiah boleh dimiliki ketika hayatnya.

Dari pengertian di atas boleh di pahami juga bahawa wasiat adalah tindakan yang digolongkan
sebagai perbuatan terakhir daripada orang Islam dengan hartanya atau kepentingannya, yang
bertujuan untuk membawa kebajikan atau diharap dapat menghubungkan kebaikan yang
diperolehinya di dunia dengan pahala dan kedamaian di akhirat.

Di sini dikatakan tindakan pewasiat itu sebagai perbuataan terakhir semasa hidupnya kerana
dilihat dari segi kesan perbuatan yang berlaku setelah kematian sepewasiat itu, tidak bererti
bahawa tindakan tersebut mesti dilakukan pada saat-saat terakhir menjelang kematiannya.

1.2.2 Dalil Pensyari’atan Wasiat

a) Nas-nas al-Qur’an

Wasiat adalah dibenarkan, wasiat disyariatkan melalui dalil Al-qur’an Al-qarim, Sunnah
Nabawiyah, amalan sahabat dan Ijmak ulamak. Dalam membincangkan dalil pensyariatan wasiat
adalah penting kita menyentuh kedudukan dan kesan ayat pertama yang pernah diwahyukan
dalam soal pembahagian harta. Ayat itu juga dikenal sebagai ayat wasiat iaitu :

Maksudnya:
“Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta
(hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu-bapak dan karib kerabatnya dengan cara yang baik
(menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajiban atas orang-orang yang bertakwa.”
Ayat lain yang menyentuh tentang wasiat ini juga terdapat dalam surat berikut ini, iaitu:

Maksudnya:
“Hai orang-orang beriman, apabila salah seorang dari kamu menghadapi kematian, sedang
dia akan berwasiat, maka hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil di
antara kamu atau dua orang yang berlainan dengan kamu, jika kamu dalam perjalanan di
muka bumi lalu kamu ditimpa bencana bencana sakit yang membawa maut.”

Dalam ayat ini, secara jelas Allah swt memerintahkan manusia kalau sudah tampak tanda-tanda
kematian supaya berwasiat kepada ibu bapa dan keluarga mereka yang dekat, dengan cara-cara
yang baik dan ini adalah kewajiban bagi orang-orang yang bertakwa.

Ahli-ahli fiqah berselisih pendapat sama ada ayat ini masih berlaku atau terbatal apabila Allah
SWT menurunkan ayat mengenai pusaka (an-Nisa’ : 11, 12 dan 176) yang secara jelas menetapkan
hak dan faraiad kepada setiap ahli waris.

Menurut kebanyakan Sahabat dan ahli fiqah seperti di antaranya Abu Bakar, Ali, Ibn Umar, Abu
Musa, Sa’id al- Musayyib, al-Hasan, Ata’, Mohammad bin Sirrin, Ta’us, Ibrahim an-Nakhai,
Syuraih, Akramah, Mujahid, asy-Sya’bi, ad-Adahak, al-Uza’I ath-Thauri dan mazhab sunni yang
empat bahawa ayat wasiat tersebut batal setelah turunnya ayat pusaka (an-Nisa’ : 11,12 dan 176)
yang kemudian secara khusus menetapkan faraid kepada waris.

Namun pendapat kedua menurut setengah-setengah ahli fiqah seperti ‘Ata’, az-Zuhri, Abu Majaz,
Talhah bin Mutarrij, Ishaq, bahawa ayat wasiat tidak terbatal dengan turunya ayat-ayat pusaka
kerana perkataan “kutiba” yang terdapat pada permulaan ayat wasiat itu merupakan perintah
supaya orang berwasiat, dan perintah itu diperkuat pula pada akhir ayat tersebut dengan kata
“haqqan ‘alal-muttaqin” iaitu kewajiban ke atas orang-orang yang bertakwa mengerjakannya.
Maka dengan ini adalah jelas menurut ahli-ahli fiqah tersebut bahawa ia menyalahi kebiasaan
dengan membatalkan ayat-ayat hukum kerana selalunya ayat-ayat yang dibatalkan itu tidak
diperkuatkan dengan penekanan demikian .

Oleh itu golongan ahli fiqah yang kedua ini tetap berpendapat bahawa berpandukan alasan-
alasan di atas maka menjadi kewajiban kepada mereka yang mempunyai harta supaya berwasiat
kepada ahli waris mereka sama ada mereka berhak menerima bahagian harta pusaka si mati
tersebut atau tidak.

Di samping itu terdapat juga segolongan ahli fiqah yang mengambil jalan tengah dalam
menafsirkan ayat-ayat berkenaan, mereka antara lain ialah Ibn Abbas, al-Hasan, Ta’us, Iyyas,
Daud, Ad-Dahaq, Abdul Malik bin Ya’la, Muslim ibn Yasar dan lain-lain. Menurut mereka
bahawa kesan penurunan ayat pusaka terhadap ayat wasiat hanyalah berlaku kepada ahli waris
tertentu yang berhak mendapat bahagian harta pusaka sahaja dan bukan semua ahli waris.

Oleh itu, ahli keluarga lain atau mungkin juga keluarga yang dekat tetapi terdinding oleh keluarga
dekat yang lain atau kerana berlainan agama sama ada mereka itu ibu bapa si mati atau anak-
anaknya atau sebagainya, khasnya mereka yang miskin adalah diwajibkan mengambil harta
peninggalan si mati tersebut secara wasiat sesuai dengan maksud ayat al-Ankabut: 8).

Penulis lebih cenderung kepada pendapat yang ketiga iaitu bahawa ayat wasiat tetap berlaku
kepada ahli waris atau keluarga dekat yang terdinding oleh keluarga dekat yang lain atau kepada
ibu-bapa dan anak yang berlainan agama, sedangkan bagi ahli waris yang telah disebutkan
bahagian-bahagiannya seperti terdapat dalam ayat pusaka (an-Nisa’ : 11,12 dan 176) maka tidak
lagi terdapat kewajiban bagi wasiat untuk berwasiat kerana menurut penulis pendapat yang
ketiga ini boleh menghilangkan kesenjangan di antara para ahli waris atau keluarga.

b) al-Sunnah

Dalam sunnah pula terdapat beberapa hadis yang membincangkan perkara-perkara pensyari’atan
wasiat antaranya:

‫م حق ا مر ئ مسلم له شي ء ير يد أ ن يو صي فيه يبيت ليلتين ا ال و و صيته مكتو بة عنده‬

Maksudnya:
“Seorang muslim yang mempunyai sesuatu boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur selama
dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiatnya di sisinya”.

Hadis ini menyebut kalimah ‘tidak sepatutnya’ menunjukkan bahawa langkah berhati-hati perlu
diambil, iaitu dengan menulis wasiatnya di sisinya kerana dia tidak mengatahui bila ajalnya akan
tiba. Kemungkinan kelalainnya mengakibatkan segala

Hadis lain iaitu:

‫ا لمحرو م من حرم و صيته‬

Maksudnya:
“Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat.”
Rasulullah bersabda lagi:

‫من ما ت على و صيت ما ت على سبيل و سنة و ما ت على تقى و شها د ة و ما ت مغفو را له‬

Maksudnya:

“ Sesiapa yang meninggal dunia dengan meninggalkan wasiat maka dia mati dia atas jalan ini
dan sunnah. Dia mati dalam keadaan bertakwa, bersyahadah dan dalam keadaan
diampunkan.”

c) Amalan Para Sahabat

Para sahabat pula sering mewasiatkan sebahagian harta mereka kerana ingin mendekatkan diri
dengan Allah s.w.t

Abdul Razzak meriwayatkan dengan sanad yang sahih bahawa Anas r.a berkata: “Para sahabat
menulis di awal wasiat mereka: Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi lagi maha
pengasih”. Ini adalah wasiat fulan bin fulan bahawa dia bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan
tiada sekutu baginya. Dia juga bersaksi bahawa hari akhirat pasti akan datang dan Allah akan
membangkitkan manusia dari kubur. Dia mewasiatkan ahli keluarganya yang masih tinggal agar
takutkan Allah dan saling memelihara hubungan mereka. Hendaklah mereka mentaati Allah dan
rasul-Nya sekiranya mereka yang orang-orang beriman. Dia mewasiatkan mereka sebagaimana
wasiat Nabi Yaakub kepada keturunan mereka:

Maksudnya:
Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini bagi kamu, janganlah kamu mati
melainkan kamu dalam Islam.

d) Ijmak

Dari sudut ijmak, telah berlaku ijmak di kalangan para sahabat. Antara para sahabat yang
melaksanakan wasiat ialah Saidina Abu Bakar dan Saidina Ali telah berwasiat sebanyak 1/5
daripada harta mereka. Saidina Umar pula telah berwasiat sebanyak ¼ daripada hartanya.

1.2.3 Hukum-hukum yang Berkaitan dengan Wasiat

Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam penjelasan di atas bahawa wasiat adalah amalan yang
digalakkan dalam hal kebajikan dan dibolehkan untuk selain ahli waris, Cuma dalam beberapa
keadaan ia mungkin keluar dari sunat tersebut kepada hukum yang lain, iaitu:

1. Wajib

Hukum wasiat menjadi wajib sekiranya terdapat tanggung-jawab syar’ie yang harus dilaksanakan
kepada Allah swt dan manusia yang harus dilaksanakan, sedemikian sehingga khawatir jika tidak
diwasiatkan hal itu tidak sampai kepada yang berhak. seperti zakat dan haji dan dia bimbang
harta ini akan habis sekiranya tidak di wasiatkan.

2. Mustahab

Wasiat hukumnya mustahab (sangat dianjurkan) dalam perbuatan takarrub (pendekatan diri
kepada Allah swt) iaitu dengan mewasiatkan sebagian dari harta yang ditinggalkan untk
diberikan kepada para sanak-kerabat yang miskin (terutama yang tidak akan menerima bahagian
harta warisan). Atau orang-orang shaleh yang memerlukan, atau hal-hal yang berguna bagi
masyarakat, seperti pembangunan lembaga pndidikan, kesehatatan social dan sebagainya.

3. Haram

Hukum wasiat menjadi haram menurut syara’ jika dia mewasiatkan perkara yang diharamkan
melakukannya seperti mewasiatkan arak, atau mewasiatkan sesuatu yang boleh mencemar
akhlak masyarakat. Selain haram wasiat sebegini tidak boleh dilaksanakan.

Antara wasiat yang diharamkan ialah wasiat yang bertujuan menyusahkan waris-wasir dan
menghalang mereka daripada menerima bahagian yang ditetapkan oleh syarak.

Allah melarang wasiat yang bertujuan menyusahkan (memudharatkan) orang lain, firman Allah
swt:

Maksudnya:
Wasiat-wasiat tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudharat (kepada waris-waris).
(setiap satu hokum itu) ialah ketetapan dari Allah swt. Dan ingatlah Allah maha mengetahui
lagi maha penyabar.

4. Harus
Hukum wasiat menjadi harus sekiranya wasiat ditujukan untuk sahabat handai tolan atau orang
kaya yang mana mereka bukan dari golongan yang berilmu dan shaleh. Jika wasiat bertujuan baik
dan bertujuan untuk menghubungkan silaturahmi maka wasiat ini dia anggap sunat kerana ia
bertujuan mentaati Allah swt.

5. Makruh

Wasiat adalah makruh sekiranya pewasiat seorang kurang berada dan memiliki waris-waris yang
miskin serta memerlukan harta. Wasiat juga makruh sekiranya diberikan kepada orang yang fasik
dan jahat pewasiat merasakan kemungkinan besar harta ini akan digunakan kea rah kejahata

1.2.4 Rukun-Rukun Wasiat.

Apa yang dimaksudkan dengan rukun (unsur) wasiat di sini ialah sesuatu yang menyebabkan
wujudnya atau mengikatnya perbuatan seseorang sehingga tanpanya atau tanpa salah satu
daripadanya menyebabka kewujudan atau perbuatan terjejah atau tidak sah. Dalam hal ini
rukun-rukun yang diperlukan bagi dalam kewujudan wasiat ialah:

a. Pemberi wasiat atau orang yang berwasiat (musi).


b. Penerima wasiat atau orang yang menerima wasiat (musa lahu)
c. Barang yang diwasiatkan (musa bihi)
d. Ijab dan qabul (sighah)

1.2.5 Syarat-syarat wasiat

a) Syarat-syarat bagi pewasiat ialah:

i. Berakal.

Ia adalah syarat yang mesti ada khususnya dalam soal memberi hadiah dan sedekah. Wasiat tidak
sah jika dilakukan oleh orang gila atau terencat akal, orang yang pengsan dan orang yang mabuk.
Kesemua mereka dianggap orang-orang yang kehilangan akal yang meerupakan asas kepada
taklif, dengan ini orang-orang ini tidaka layak memberi wasiat

ii. Baligh.

Syarat ini juga asas kepada taklif. Dengan ini, adalah tidak sah wasiat daripada seorang kanak-
kanak walaupun telah mumaiyiz kerana ia tidak layak berwasiat.

iii. Pilihan.
Wasiat tidak sah jika dilakukan oleh orang yang dipaksa. Ini kerana wasiat bermakna
menyerahkan hak milik maka ia perlu melalui keredaan dan pilihan pemiliknya.

iv. Merdeka.

Tidak sah wasiat daripada seorang hamba sama ada qinna, mudabbir atau mukatib kerana hamba
bukan pemilik. Bahkan diri dan hartanya adalah milik tuannya.

Dalam enakmen wasiat orang Islam (negeri selangor) No: 4, disebutkan bahawa seseorang
pewasiat hendaklah seseorang yang:

a) Telah mencapai umur 18 tahun;


b) Tidak merupakan orang yang tak sempurna akal;
c) Bertindak dengan sukarela dan tidak dipaksa; dan
d) Tidak dilarang daripada menguruskan hartanya.
e) Seseorang yang tidak layak menjadi pewasiat menurut hukum syarak, hukumnya adalah tidak
sah kecuali dengan izin dan kebenaran Mahkamah.
f) Jika seseorang pewasiat dalam keadaan sakit, dia hendaklah waras fikirannya, baik ingatan dan
memahami semasa wasiat dibuat.
g) Jika seseorang pewasiat dalam keadaan marad al-maut, wasiatnya hendaklah tidak melebihi
dari satu pertiga dari hartanya dan jika harta yang diwasiatkan itu melebihi satu pertiga,
wasiatnya hanya boleh diterima dengan persetujuan semua waris .

Secara umum syarat-syarat bagi pewasiat dalam hukum fiqah dengan enakmen wasiat orang
Islam (negeri selangor) No: 4 tidak berbeza, hanya sahaja di dalam enakmen wasiat orang Islam
(negeri selangor) No: 4 umur pewasiat telah ditentukan iaitu berumur 18 tahun. Menurut penulis
umur bagi pewasiat harus ditentukan demikian supaya tidak menimbulkan perbezaan pandangan
ummat tentang batas umur baligh.

b) Syarat-syarat bagi penerima wasiat ialah:

i. Penerima sama ada pihak yang umum (seperti fakir miskin) atau badan tertentu (seperti
masjid) atau individu tertentu bukannya kepada pihak yang terlibat dengan maksiat.

ii. Hendaklah penerima wasiat wujud ketika wasiat dibuat. Tidak sah mewasiatkan harta kepada
bayi yang akan dikandung ataupun masjid yang akan dibina.
iii. Penerima hendaklah diketahui.

iv. Penerima hendaklah orang yang boleh menerima milik dan boleh memberi milik.

v. Penerima hendaklah bukan seorang pembunuh.

vi. Penerima bukan kafir harbi (pendapat fuqaha’ mazhab Maliki), bukannya kafir harbi di dar
(pendapat fuqaha’ mazhab Hanafi) dan tidak boleh mewasiatkan senjata kepada ahli harbi
(pendapat fuqaha’ mazhab Syafi’i).

vii. Penerima hendaklah bukan dari kalangan waris melainkan setelah mendapat persetujuan
waris.

Dalam enakmen wasiat orang Islam (negeri selangor) No: 4, disebutkan bahawa syarat-syarat
bagi penerima wasiat (benefisiari) ialah:

a) Diketahui
b) Mempunyai kelayakan untuk memiliki harta yang diwasiatkan; dan
c) Jika ditentukan, dia hendaklah wujud ketika wasiat dibuat dan jika tidak ditentukan,
benefisiari tidak disyaratkan wujud sama ada ketika wasiat itu dibuat atau ketika pewasiat itu
mati .

Dalam pandangan ahli fiqah di atas bahawa di antara syarat bagi penerima wasiat iaitu hendaklah
pewasiat wujud ketika wasiat dibuat, ertinya kalau pewasiat belum berwujud atau belum lahir
maka tak boleh diberikan wasiat. Dalam enakmen wasiat orang Islam (negeri selangor) No: 4,
disebutkan bagi penerima wasiat yang ditentukan maka harus wujud tetapi bagi penerima wasiat
yang tidak ditentukan tidak disyaratkan wujud, penulis lebih condong kepada pandangan ahli
fiqah bahawa kepada penerima wasiat disyaratkan wujud ketika wasiat dibuat.

c) Syarat-syarat bagi barang atau benda yang diwasiatkan ialah:

i. Barang itu dikira sebagai harta dan ia boleh diwarisi.

ii. Barang tersebut dari harta yang boleh dinilai atau mempunyai nilai kewangan sama ada
melibatkan benda atau manfaat dari susut syarak.

iii. Barang tersebut boleh dipindahmilik sekalipun tiada pada waktu berwasiat.
iv. Barang itu dimiliki oleh pemberi wasiat ketika berwasiat jika zatnya ditentukan.

v. Barang itu bukanlah sesuatu yang maksiat seperti mewasiatkan rumah untuk dijadikan gereja,
pusat judi dan sebagainya.

vi. Harta atau barang tersebut hendaklah tidak melebihi kadar 1/3 harta pewasiat

Dalam enakmen wasiat orang Islam (negeri selangor) No: 4 pula diatur syarat-syarat bagi barang
atau benda yang diwasiatkan adalah:

a) Sesuatu yang boleh dijadikan pusaka atau boleh menjadi perkara akad semasa hidup pewasiat
b) Sesuatu yang bernilai;
c) Sesuatu yang boleh dipindahkan selepas kematian pewasiat; dan
d) Sesuatu yang wujud dan dalam milik pewasiat, jika ditentukan dan, hendaklah wujud semasa
kematian pewasiat, jika ditentukan.
e) Sesuatu yang diwasiatkan hendaklah benda yang harus dan bukan sesuatu yang haram atau
maksiat atau bidaah.

Antara syarat-syarat menurut ahli fiqah dan dalam enakmen wasiat orang Islam (negeri selangor)
No: 4 tidak terdapat perbezaan.

d) Syarat-syarat bagi ijab dan qabul ialah:

Ahli-ahli fiqah daripada mazhab Hanafi memandang bahawa rukun (unsur) wasiat adalah
memadai dengan sighah sahaja, iaitu meliputi penawaran dan penerimaan, sedangkan benda
wasiat yang akan diberikan kepada penerima wasiat terdapat dalam aqad (perjanjian) itu.
Sebahagian fuqaha’ yang lain termasuk fuqaha’ mazhab Syafie berpendapat sighah merupakan
rukun wasiat yang keempat .

i. Hendaklah wasiat tersebut dilafazkan sama ada dalam bentuk jelas atau kabur.

Lafazh yang jelas seperti:”Saya mewasiatkan untuknya satu ribu” atau “serahkan satu ribu
kepadanya selepas kematian saya” atau berikan kepadanya selepas kematian saya” atau Harta itu
menjadi haknya selepas kematian saya”. Lafaz wasiat yang jelas ini diterima sebagai suatu wasiat
dan sah dilaksanakan menurut lafaz tersebut. Jika orang yang berkata tersebut menafikan ia
berniat wasiat katanya itu tidak diterima.
Sementara lafaz yang kabur pula perlu disertakan dengan niat. Terdapat kemungkinan lafaz itu
tidak membawa maksud wasiat maka ia perlu diikuti dengan niat. Contohnya, “ Buku saya ini
untuk Zaid.

ii. Hendaklah wasiat ini diterima oleh penerima wasiat jika wasiat ini ditujukan
kepada orang yang tertentu. Jikalau wasiat ini ditujukan kepada orang yang tertentu. Jikalau
wasiat ini ditujukan kepada pihak yang umum seperti fakir miskin atau ulamak persetujuan
mereka tidak diperlukan kerana ini menyukarkan. Wasiat ini hendaklah dilaksanakan setelah
kematian pewasiat.

iii. Hendaklah persetujuan tersebut diambil kira selepas kematian pewasiat tanpa
mengira sama ada penerima telah bersetuju atau telah menolak wasiat ini sebelum kematian
pewasiat. Ini adalah kerana penerima tidak mempunyai hak sebelum kematian pewasiat. Masalah
sama sepertimana menggugurkan hak syafaat sebelum jual beli.

Dalam enakmen wasiat orang Islam (negeri selangor) No: 4, disebutkan bahawa syarat-syarat
bagi

1.2.6 Harta Yang Boleh Diwasiatkan

a. Wasiat ke atas ‘Ain Benda atau Harta

‘Ain benda atau harta yang hendak diwasiatkan itu hendaklah dilindungi oleh syarak. Ini ialah
kerana jika ia dilindungi syarak maka ia dianggap bernilai.oleh itu jika ‘ain benda itu pada
dasarnya dihukum najis oleh syarak sama ada diproses atau diubahsuai seperti babi, arak dan
lain-lain maka tidak sah berwasiat dengan benda demikian.

‘Ain benda atau harta yang hendak diwasiatkan itu juga hendaklah boleh dimiliki dan
dipindahmilikkan seperti perjanjian jualbeli atau menurut setengah-setengah fuqaha’seperti
pepindahan milik harta pusaka. Syarat ini berlaku sama ada ia melibatkan harta asal atau
manfaat daripadanya sahaja.

Berkenaan dengan hal ‘ain benda atau harta yang boleh diwasiatkan itu wujud maka hendaklah
dibezakan benda wasiat seperti ,”Hartaku yang berada dalam rumah ini” atau “tanah ini”. Maka
dalam hal ini banyak ulamak berpendapat mensyaratkan bahawa ‘ain benda atau harta itu
hendaklah ada pada masa berwasiat. Sekiranya pewasiat hanya menyatakan atau
menggambarkan benda atau harta wasiat atau nilainya secara secara umum,’sepertiga dari
hartaku “atau “seekor lembu daripada hartaku” maka dalam keadaan ini disyaratkan supaya
benda atau harta itu diperolehi atau dibelikan dengan hartanya .
b. Wasiat ke atas Manfaat Benda atau Harta

Kebanyakan para fuqaha’ termasuk mazhab sunni yang empat berpendapat bahawa boleh
berwasiat dengan manfaat sahaja iaitu manfaat yang dibolehkan oleh syarak sedangkan
‘sedangkan ‘ain tetap berada pada waris pewasiat, ini adalah kerana berpandukan kepada
pandangan bahawa ‘ain dan manfaat boleh dipisahkan.

Merujuk dalam perkara had penggunaan harta manfaat terdapat perselisihan pendapat di
kalangan para fuqaha’ sunni. Fuqaha mazhab Syafie, Maliki dan Hambali membolehkan
penerima wasiat memanfaatkan semaksimum mungkin harta manfaat yang diperolehi seperti
menyewakannya, meminjamkannya atau mewasiatkan semula harta manfaat tersebut selagi
perbuatnnya itu masih dalam tempoh sebagaimana yang dibenarkan dalam wasiat tersebut.
Tetapi jika ada larangan bagi yang jelas bagi penerima wasiat dari tindakan tersebut maka
hendaklah menggunakan harta manfaat itu sendiri.

Berlainan pula dengan fuqaha ‘ mazhab Hanafi yang menyatakan penerima wasiat harta manfaat
tidak boleh menyewakan atau meminjamkan kepada orang lain harta wasiat tersebut.ini adalah
diakibatkan penerima manfaat pada hakikatnya tidak memiliki ‘ain itu sendiri kecuali kecuali hak
yang terbatas sahaja iatu penerima yang diwasiatkan sahaja yang berhak menggunakan harta
manfaat tersebut .

1.2.7 Pelaksanaan Wasiat

a) Wasiat dalam bentuk ucapan

Para fuqaha’ sepakat mengatakan wasiat dalam bentuk ucapan dibolehkan sama ada secara
terang atau tidak terang tetapi dipahami dari kata-katanya itu membawa wasiat. Penerimaan
(qabul) boleh belaku selepas kematian pewasiat menurut jumhur ulama’, sedang ulamak Hanafi
berpendapat bahawa wasiat boleh diterima semasa pewasiat masih hidup .

b) Wasiat dalam bentuk tulisan

Para fuqaha sepakat mengatakan bahawa wasiat dalam bentuk tulisan dibolehkan, jika seorang
pewasiat tidak boleh bercakap seperti bisu.begitu juga dibolehkan bagi orang yang mampu
bercakap, jika sekiranya tulisan pewasiat itu dipastikan dengan pengakuan waris atau dibuktikan
dengan penyaksian bahawa itu adalah tulisan pewasiat.
c) Wasiat dalam bentuk Isyarat

Wasiat dalam bentuk ini hanya boleh kepada orang yang bisu atau orang yang tidak boleh
bercakap dan dia (pewasiat) meninggal dunia dalam keadaan tersebut. Jika sekiranya pewasiat
yang bisu itu boleh menulis, maka wasiat tidak terbentuk atau berlaku dengan isyarat kecuali
dengan tulisan.

Dalam enakmen wasiat orang Islam (negeri selangor) No: 4 disebutkan pelaksanaan wasiat iaitu:

1) Sesuatu wasiat boleh dibuat dengan lisan atau tulisan dan jika orang yang hendak membuat
wasiat itu tidak dapat melakukan sedemikian, wasiatnya bolehlah dibuat dengan cara isyarat yang
boleh difahami.

2) Sesuatu wasiat lisan atau wasiat dengan isyarat hendaklah dibuat di hadapan sekurang-
kurangnya dua orang saksi yang boleh diterima sebagai saksi menurut hukum syarak.

3) Sesuatu wasiat bertulis bolehlah dibuat dalam borang yang terdapat dalam jadual kedua
kepada enakmen ini.

BAB II
WASIAT WAJIBAH DAN APLIKASI

Pada dasarnya pemberian wasiat adalah suatu tindakan yang dilakukan atas dorongan kemahuan
sendiri. Oleh itu tidak terdapat dalam syariat Islam ajaran ‘wasiat wajibah menurut pendapat
jumhur fuqaha’. Tetapi menurut sebaagian fuqaha’ tabi’in, imam-imam fiqh dan hadis seperti
said bin al-musayyab, al-Hasan al-Basri, Imam Ahmad bin Hambal, Ibnu Hazm dan lain-lain
berpendapat bahawa wasiat untuk kaum kerabat terdekat yang tidak mendapatkan bahagian
pusaka adalah wajib, mereka bersandarkan kepada firman Allah iaitu:

Maksudnya:
“Hai orang-orang beriman, apabila salah seorang dari kamu menghadapi kematian, sedang
dia akan berwasiat, maka hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil di
antara kamu atau dua orang yang berlainan dengan kamu, jika kamu dalam perjalanan di
muka bumi lalu kamu ditimpa bencana bencana sakit yang membawa maut.”

Jumhur fuqaha’ mengatakan bahawa ayat di atas telah dinasakhkan oleh ayat-ayat pewarisan
dalam surah al-nisa’ ayat 11,12, dan 176 oleh itu kewajiban kepada ahli waris, kerabat dan orang
lain adalah telah dinasakhkan hukumnya.

Manakala menurut sebahagian fuqaha’ yang lain bahawa ayat dia atas tidak pernah di nasakhkan,
bahkan ayat di atas boleh dipahamkan sebagai membawa maksud kewajiban berwasiat ditujukan
kepada keluarga yang tidak berhak mendapat bahagian harta warisan sahaja. Tegasnya mereka
menggabungkan pengertian antara pengertian ayat wasiat dengan ayat pusaka sehingga konsep
‘wasiat wajibah’ dapat secara berkesan dilaksanakan kepada keluarga yang terdekat yang
terlindung daripada mendapat bahagian pusaka .

Dalam enakmen wasiat orang Islam (negeri selangor) No: 4 bahagian VIII bahawa yang berhak
mendapat wasiat wajibah iaitu:

1) Jika seseorang mati tanpa membuat apa-apa wasiat kepada cucunya daripada anak lelaki yang
telah mati terlebih dahulu daripadanya atau mati serentak dengannya, maka cucunya itu
hendaklah berhak terhadap satu pertiga wasiat dan sekiranya cucu itu diberi dengan kadar yang
kurang dari satu pertiga, haknya hendaklah disempurnakan mengikut kadar wasiat wajibah yang
diperuntukkan di bawah seksyen ini.

2) Kadar wasiat wajibah untuk kanak-kanak yang disebut dalam subsyeksen (1) hendaklah
setakat kadar di mana ayahnya berhak daripada harta pusaka datuknya sekiranya diandaikan
ayahnya itu mati selepas kematian datuknya: dengan syarat wasiat itu tidak melebihi satu pertiga
daripada harta pusaka simati.

3) Kanak-kanak tersebut hendaklah tidak berhak kepada wasiat sekiranya dia telah mewarisi
daripada datuk atau neneknya, mengikut mana berkenaan, atau datuk atau neneknya semasa
hayatnya, dan tanpa menerima apa-apa balasan, telah membuat wasiat kepada mereka atau telah
memberi kepada harta yang brersamaan dengan apa yang mereka sepatutnya menerima menurut
wasiat wajibah: dengan syarat sekiranya wasiat yang dibuat oleh datuk atau nenek itu kurang
daripada bahagian yang sepatutnya dia berhak, haknya hendaklah ditambah sewajarnya dan jika
bahagian tersebut adalah melebihi bahagian yang dia berhak, bahagian yang lebih itu hendaklah
menjadi wasiat sukarela dengan tertakluk kepada persetujuan waris.

Bagi mereka yang berpendapat bahawa wasiat ke atas kaum keluarga yang tidak mendapat
bahagian harta pusaka adalah wajib tidak menyatakan dengan jelas siapakah di antara mereka
yang berhak mendapat wasiat tersebut. Walau bagaimanapun, dengan memperhatikan contoh
berikut dapat menjelaskan siapakah yang berhak mendapat wasiat wajibah.
Contohnya: A meninggal dunia dengan meninggalkan seorang anak lelaki iaitu B dan seorang
anak lelaki kepada anak lelakinya (anak lelaki kepada A) telah meninggal dunia sebelum A
meninggal dunia. Setelah A meninggal dunia, seluruh hartanya diterima oleh B, sedangkan C
tidak mendapat apa-apa bahagian kerana didinding oleh B. Oleh itu, untuk berlaku adil kepada C
maka wasiat wajibah diberikan kepadanya.

Dari contoh di atas, dapat dibuat kesimpulan bahawa mereka yang berhak mendapat wasiat
wajibah hanya berlaku kepada cucu lelaki atau perempuan yang telah kematian bapa atau ibu
mereka sebelum terbuka warisan daripada orang tua masing-masing iaitu sebelum datuk atau
nenek mereka meninggal dunia.

Dari penjelasan di atas tentang konsep wasiat wajibah beserta contoh yang telah dibincangkan,
maka menurut penulis wasiat wajibah ini wajib dilakukan oleh seseorang yang meninggalkan ahli
waris terdekat tetapi terhalang mendapatkan bahagian harta pusaka, wasiat wajibah ini harus
digalakkan sebagai ibadah oleh ummat Islam untuk mencegah terjadinya berbagai kesenjangan
dan rasa tidak adil yang boleh dirasakan oleh para ahli waris terdekat yang terhalang.

BAB III
PEMBERIAN DENGAN PENAMAAN DAN APLIKASI

Dalam amalan pemberian harta di Malaysia, pada kini terdapat pula cara pemberian yang boleh
juga menentukan sifat harta yang diberikan, sama ada ia sah atau tidak dari segi undang-undang.

Cara pemberian yang dimaksudkan di sini ialah pemberian yang harta secara tidak langsung iaitu
dengan cara amanah atau dikenal sebagai pemberian dengan”penamaan” maka dengan cara ini
pihak penama akan mengambil harta yang diberikan kepadanya itu setelah kematian pemberi
atau mengendalikan sendiri harta dengan penamaan itu daripada pihak ketiga yang bertindak
sebagai pemegang amanah untuk sementara waktu hingga harta itu boleh diserahkan kepada
penama .

Pelantikan penama lazimnya menjadi amalan di Malaysia, terutamanya dalam institusi


kewangan, Bank-bank, kumpulan wang simpanan pekerja, tabung haji dan sebagainya. Persoalan
mengenai penama timbul apabila penyimpan atau seseorang kakitangan kerajaan atau swasta
meninggal dunia.

Persoalan penama telah timbul dalam kes Re Ismail bin Rentah (si mati) [1939] FMSLR
230, di mana dalam kes ini si mati telah menjadi ahli syarikat Kopertif Pegawai Melayu,
Perkhitmatan Awam dan telah menamakan anak perempuannya sebagai penama untuk
menerima saham dan faedahnya dalam syarikat itu apabila dia meninggal dunia. Dia telah
meninggal dunia dan meninggalkan beberapa beberapa orang waris terrmasuk ibunya, balunya,
anak perempuan, seorang saudara lelaki dan seorang saudara perempuan. Penolong pendaftar
telah memerintahkan saham dan faedah si mati dari syarikat itu dibahagikan kepada waris-
warisnya. Rayuan telah dibuat kepada Mahkamah Tinggi dan Raja Musa iaitu hakim dalam
pembicaraan ini telah menolak rayuan itu. Raja Musa dalam keputusannya berkata:

“ Dalam pendapat saya, surat penama dalam kes ini tidak boleh dianggap sebagai hibah masa
hidup oleh kerana tidak ada pindah milik kepada orang yang menerima. Sebaik-baiknya dia
boleh dianggap sebagai hibah dalam masa mard al-maut, akan tetapi hibah demikian
dianggap sebagai tertakluk kedalam undang-undang wasiat. Oleh kerana itu mengikut
undang-undang Islam jumlah wang itu terpulang untuk dibahagikan kepada semua ahli
waris”.

Dalam hal ini, terdapat satu fatwa yang telah dikeluarkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja kali
ke-96 yang diadakan pada 20hb. September 1973, Majlis Raja-raja telah memberi pendapat
seperti berikut:

“Penama-penama kumpulan wang simpanan pekerja, wang simpanan pejabat pos, Bank,
Insurans dan syarikat kerjasama adalah sebagai orang-orang yang melaksanakan wasiat si
mati atau wasi. Mereka boleh menerima wang si mati dari sumber-sumber tersebut untuk
dibagikan kepada orang-orang berhak untuk pembahagian faraid ”.

BAB IV
KESIMPULAN

istilah wasiat adalah pemberian atau sumbangan harta oleh seseorang kepada orang atau pihak
lain setelah meninggal dunia sama ada perkataan wasiat itu diucapkan dengan perkataan wasiat
atau perkataan lain yang menmbawa maksud wasiat dan pemindahan hak milik tersebut berlaku
setelah kematian pewasiat.

ayat wasiat tetap berlaku kepada ahli waris atau keluarga dekat yang terdinding oleh keluarga
dekat yang lain atau kepada ibu-bapa dan anak yang berlainan agama, sedangkan bagi ahli waris
yang telah disebutkan bahagian-bahagiannya seperti terdapat dalam ayat pusaka (an-Nisa’ : 11,12
dan 176) maka tidak lagi terdapat kewajiban bagi wasiat untuk berwasiat kerana menurut penulis
pendapat yang ketiga ini boleh menghilangkan kesenjangan di antara para ahli waris atau
keluarga.

wasiat adalah amalan yang digalakkan dalam hal kebajikan, tetapi dalam keadaan tertentu
boleh berubah menjadi hukum yang wajib dilaksanakan, haram kalau dilaksanakan, harus, dan
makruh hukumnya kalau dilaksanakan.

Secara umum syarat-syarat bagi pewasiat dalam hukum fiqah dengan enakmen wasiat orang
Islam (negeri selangor) No: 4 tidak berbeza, hanya sahaja di dalam enakmen wasiat orang Islam
(negeri selangor) No: 4 umur pewasiat telah ditentukan iaitu berumur 18 tahun.

 Pada dasarnya pemberian wasiat adalah suatu tindakan yang dilakukan atas dorongan
kemahuan sendiri. Oleh itu tidak terdapat dalam syariat Islam ajaran ‘wasiat wajibah menurut
pendapat jumhur fuqaha’. Tetapi menurut sebaagian fuqaha’ tabi’in, imam-imam fiqh dan hadis
seperti said bin al-musayyab, al-Hasan al-Basri, Imam Ahmad bin Hambal, Ibnu Hazm dan lain-
lain berpendapat bahawa wasiat untuk kaum kerabat terdekat yang tidak mendapatkan bahagian
pusaka adalah wajib, sehingga wasiat ini dinamakan sebagai wasiat wajibah.

Pemberian dengan penamaan ialah pemberian harta secara tidak langsung iaitu dengan cara
amanah maka dengan cara ini pihak penama akan mengambil harta yang diberikan kepadanya
itu setelah kematian pemberi atau mengendalikan sendiri harta dengan penamaan itu daripada
pihak ketiga yang bertindak sebagai pemegang amanah untuk sementara waktu hingga harta itu
boleh diserahkan kepada penama.

Daftar Rujukan

Al- Quran al-karim

Abdul wadud as-sariti, Al wasaya wal Awqaf wal mawarisi fi As-syari’ah al –Islamiyah, 1997, Dar
An-nahzah al- Arabiyan Beirut.

Abdul Rashid Haji Abdul Latif, Wasiat dalam Islam, 1986, Universiti Kebangsaan Malaysia

Enakmen wakaf (Negeri Selangor) No:7, 1999 enakmen wasiat orang Islam(Negeri Selangor) N0:
4, 1999.

Faraj Mahmud Abu Laila, Tarikh Al-Wasaya, 1997, cet. Dar As- saqafah Lihiba’ah Wannasyar Wat
tawziya’, Qatar.
Ja’far Subhani, Yang hangat dan Kontroversial dalam Fiqh, 1999, PT. Lentera Basritama, Jakarta

Muhammad Abdul Malik Az-zaghabi, t.t, Wasiyyat manyat , Cet. Maktabah Imam-Mansurah.

Muhammad Abu Zahrah, Syarah Qanun al- Wasiyyah, 1998, cet. Dar al- fikri al-Arabi.

Muhammad Shahrur, Metodologi Fiqih Islam kontemporer, 2004, elSAQ press, Yogyakarta.

M. Hasbi Ash Shiddieqy , Hukum-hukum fiqh Islam, 1952, PT. Bulan bintang, Jakarta.

Muhammad Jawad Mugniyah, Fiqih lima mazahab, 1996, PT. Lentera Basritama

Mustofa Al- Bugho, Kitab fiqah Mazhab Syafie wakaf, wasiat, faraid, 2005, Pustaka Salam SDN
BHD.

Muhammad Baqir Al-Habsyi, Fiqih Praktis menurut Alqur’an, As- Sunnah, dan Pendapat para
Ulama, 2002, Mizan

Mohd. Ridzuan Awang dkk, Undang-undang dan Pentadbiran pusaka, wasiat dan wakaf orang
Islam di Malaysia, Jabatan Syari’ah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wahbah Zuahaili, Al- wasaya Wal Waqaf fil Fiqhil al Islami, 1998, Cet. Dar al-Fikri Suriah.

Posted by Mahir Danial at 10:58 PM


Hukum Pelaksanaan Wasiat Wajibah
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-83, pada 18-24
Oktober 2008 di Kelantan telah membincangkan hukum Perlaksanaan wasiat wajibah. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Melaksanakan wasiat wajibah adalah harus dalam kes di mana seorang anak yang bapa atau ibunya mati terlebih dahulu
daripada datuk atau neneknya atau bapa dan ibunya mati secara serentak bersama-sama datuk atau neneknya maka anak
tersebut layak untuk menerima wasiat wajibah dengan mengambil bahagian faraid bapa atau ibunya pada kadar tidak
melebihi 1/3 daripada harta pusaka datuk atau neneknya. Sekiranya bahagian ibu atau bapa ialah 1/3 atau kurang daripada 1/3
maka pembahagian tersebut hendaklah dilaksanakan pada kadar tersebut. Sekiranya bahagian tersebut melebihi 1/3 maka
hendaklah dikurangkan pada kadar 1/3 setelah mana mengikut syarat-syarat seperti berikut:
 
1. Anak lelaki dan perempuan daripada anak lelaki dan anak perempuan (cucu) ke bawah adalah layak untuk
menerima wasiat wajibah.
2. Hendaklah kedua ibu bapa mereka meninggal dunia terlebih dahulu daripada datuk atau nenek, atau ibu atau bapa
meninggal dunia serentak dengan datuk atau nenek dalam kejadian yang sama atau berlainan.

3. Cucu lelaki atau perempuan bukan merupakan waris kepada harta pusaka datuk. Sekiranya mereka merupakan
waris ke atas harta pusaka secara fardhu atau ta'sib maka mereka tidak layak untuk mendapat wasiat wajibah
walaupun bahagiannya sedikit berbanding wasiat wajibah. 

4. Sekiranya anak lelaki atau anak perempuan berlainan agama dengan ibu atau bapa, atau terlibat dengan
pembunuhan ibu atau bapa, maka dia tidak berhak untuk mendapat wasiat wajibah daripada harta pusaka datuk. 

5. Sekiranya datuk atau nenek telah memberikan harta kepada cucu melalui hibah, wakaf, wasiat dan sebagainya
dengan kadar yang sepatutnya diterima oleh anak lelaki atau anak perempuan sekiranya mereka masih hidup, maka
cucu tidak lagi berhak untuk mendapat wasiat wajibah. Sekiranya pemberian tersebut adalah kurang daripada hak
yang sepatutnya diterima oleh cucu daripada bahagian anak lelaki atau anak perempuan, maka hendaklah
disempurnakan bahagian
tersebut.

6. Anak akan mengambil bahagian faraid bapa atau ibu yang meninggal dunia terlebih dahulu daripada datuk atau
nenek dan kadar tersebut hendaklah tidak melebihi kadar 1/3 daripada nilai harta pusaka. Sekiranya bahagian
tersebut adalah 1/3 atau kurang daripada 1/3, maka pembahagian tersebut hendaklah dilaksanakan pada kadar
tersebut. Sekiranya bahagian tersebut melebihi 1/3 maka hendaklah dikurangkan pada kadar 1/3 melainkan setelah
mendapat persetujuan ahli-ahli waris yang lain. 

7. Pembahagian wasiat wajibah boleh dilaksanakan setelah didahulukan urusan berkaitan mayat, wasiat ikhtiyariah
dan hutang piutang.

8. Pembahagian wasiat wajibah kepada cucu-cucu yang berhak adalah berdasarkan kepada prinsip faraid iaitu seorang
lelaki menerima bahagian 2 orang perempuan.

Keterangan/Hujah: 
 
 
1. Majoriti fuqaha’ berpendapat bahawa hokum wasiat adalah sunat dan umat Islam
digalakkan untuk berwasiat kepada ahli-ahli keluarga yang tidak mendapat
pembahagian pusaka dengan kadar tidak melebihi 1/3.
 
2. Ibn Hazm al-Zahiri berpendapat bahawa wajib berwasiat kepada kaum kerabat yang
tidak mendapat bahagian harta pusaka. Menurut Ibn Hazm, penurunan ayat pusaka
yang menerangkan hak faraid bagi waris-waris tidak menasakhkan kewajipan
berwasiat bahkan penurunan ayat wasiat tersebut dikhususkan bagi ahli-ahli waris
yang tidak mendapat pusaka disebabkan oleh halangan-halangan tertentu. Dalam hal
ini Ibn Hazm menegaskan bahawa kewajipan itu tidak akan gugur meskipun selepas
kematian seorang muslim dan menjadi kewajipan kepada waris atau pentadbir harta
untuk menyempurnakan tanggungjawab tersebut menurut kadar yang berpatutan tanpa
menimbulkan kesusahan kepada waris-waris yang ditinggalkan.
 
3. Wasiat Wajibah perlu dilihat dari segi maksud dan hikmah serta bagaimana
pelaksanaannya kerana wasiat wajibah dilihat dapat mengatasi isu kematian serentak
yang berlaku terhadap datuk atau nenek bersama anak yang masih mempunyai anak-
anak (cucu) yang masih hidup.
 
4. Dalam sistem pembahagian pusaka Islam, cucu tidak berhak untuk mewarisi harta
pusaka datuk atau nenek disebabkan mereka terdinding oleh bapa saudara dan ibu
saudara. Keadaan ini telah menimbulkan persoalan tentang kebajikan dan masa depan
cucu-cucu ini terutama sekali sekiranya mereka masih kecil. Lebih memburukkan lagi
keadaan sekiranya ibu bapa mereka meninggal dunia pada usia muda dan tidak
meninggalkan harta untuk diwarisi oleh anak-anak bagi meneruskan kehidupan.
 
5. Dalam melaksanakan Wasiat Wajibah, harus mengambil pandangan Ibn Hazm az-
Zahiri demi kepentingan keluarga terutamanya anak-anak yang menjadi yatim piatu.
 
6. Sebahagian negeri tidak mengkanunkan pelaksanaan Wasiat Wajibah kerana ia tidak
mengikut pandangan Mazhab Syafie. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa meminta
supaya negeri-negeri memfatwakan kerana asas pelaksanaannya adalah maslahah dan
kebajikan insan. Dalam situasi hidup pada hari ini, maslahah ahli-ahli waris yang
dalam keadaan memerlukan tetapi terhalang daripada mendapat bahagian pusaka,
perlu ditentukan mengikut Maqasid Syariyyah.
 
7. Wasiat Wajibah boleh dianggap sebagai badal atau ganti kepada faraid. Oleh itu,
pelaksanaannya juga perlu didahulukan urusan berkaitan mayat, wasiat ikhtiyariyyah
dan hutang piutang.

You might also like