P. 1
Article Kajian Tindakan BI

Article Kajian Tindakan BI

|Views: 263|Likes:
Published by Choong Eeming

More info:

Published by: Choong Eeming on May 31, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/05/2015

pdf

text

original

Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Bahasa Inggeris Melalui Latih Tubi Menggunakan Tafsiran Gambar Dan Kata Kunci

Bagi Murid Tahun 2

Oleh NOR IDAYU BINTI IDRUS Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan 27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur

ABSTRAK
Kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh murid- murid dalam kemahiran menulis ayat mudah atau ‘simple sentences’ dalam bahasa Inggeris. Masalah ini boleh memberi kesan terhadap tahap penguasaan bahasa Inggeris dan dan pencapaian murid dalam peperiksaan terutamanya Kertas Dua. Dalam menghasilkan ayat mudah yang baik, seseorang murid perlu menguasai beberapa kemahiran. Salah satu daripadanya ialah kemahiran mentafsir gambar bagi memperolehi lebih kata kunci. Kebanyakan murid hanya bergantung kepada kata kunci yang telah diberikan dan ini menyebabkan mereka tidak dapat mengembangkan ayat dengan lebih baik. Seramai 18 orang murid dipilih sebagai responden kajian. Mereka terdiri daripada murid-murid tahun 2 Mulia, iaitu sebuah kelas yang agak lemah. Pencapaian mereka di dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris adalah kurang menggalakkan. Lantas guru mencuba kaedah latih tubi membina ayat dengan bantuan gambar rajah dan kata kunci untuk meransang minat murid. Alat pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah Ujian Pra dan Ujian Pasca dan juga pemerhatian secara informal. Dalam kajian ini, murid telah didedahkan tentang cara-cara memperoleh lebih kata kunci dengan cara mentafsir gambar, mengeluarkan kata kunci dan membandingkan dengan kata kunci yang telah diberikan. Kajian ini dijalankan selama 2 minggu dalam 2 sesi pengajaran (60 minit setiap pengajaran).

ISU KAJIAN Bahasa Inggeris merupakan salah satu mata pelajaran teras yang sangat penting, sama ada di Sekolah Kebangsaan atau di Sekolah Jenis Kebangsaan. Pada dasarnya, murid-murid akan dinilai dalam dua kertas ujian iaitu kertas 1 dan kertas 2 yang lebih menjurus kepada kemahiran menulis. Masalah utama yang dihadapi oleh guru ialah murid tidak begitu gemar menulis atau membina ayat dalam bahasa Inggeris walaupun murid telah diberikan bantuan gambar rajah dan kata kunci. Terdapat beberapa kemahiran membina ayat yang biasa di gunakan dalam pengajaran Bahasa Inggeris. Di antaranya ialah membina ayat dengan bantuan gambar, kata kunci, menyambungkan keratan ayat, dan melengkapkan tempat kosong atau word cues. Kemahiran membina ayat biasanya akan diuji dalam kertas 2 dan soalan yang biasanya diberikan ialah murid diminta membina ayat berdasarkan salah satu daripada kemahiran-kemahiran di atas. Daripada ujian PKSR 1 yang telah diadakan pada bulan Mac 2005 yang lalu terdapat ramai murid yang tidak dapat menjawab hampir kesemua soalan yang diberikan. 67

Ujian Pasca dan juga pemerhatian informal bagi tujuan mengumpul maklumat. Menilai keberkesanan tindakan untuk meningkatkan kemahiran membina ayat bahasa Inggeris melalui latih tubi menggunakan tafsiran gambar dan kata kunci. Oleh itu. Dalam ujian tersebut didapati bahawa pelajar hanya dapat menjawab 30% daripada 8 soalan membina ayat walaupun telah diberi bantuan kata kunci. SOALAN UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA Saya telah melaksanakan satu bentuk pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Murid-murid berminat mempelajari Bahasa Inggeris terutamanya dalam sesi bacaan tetapi kurang berminat dalam sesi penulisan atau Shared Writing. Saya perlu lebih banyak bersabar dan perlu menyediakan lebih banyak gambar rajah yang menarik untuk membantu murid-murid membina ayat. KUMPULAN SASARAN / RESPONDEN KAJIAN Responden kajian terdiri daripada 18 orang murid tahun 2 Mulia (5 orang lelaki dan 13 orang perempuan). Sepanjang sesi pengajaran. murid mudah berputus asa apabila diberikan soalan yang sedemikian. Daripada pemerhatian saya juga. Mereka dalam lingkungan umur 8 tahun dan mempunyai pencapaian akademik yang secara keseluruhannya sederhana dan lemah. Memandangkan di dalam kelas tahun 2 Mulia ini terdapat beberapa orang murid yang masih tidak menguasai kemahiran membaca dan menulis. Murid-murid diminta untuk membina sebanyak 5 ayat mudah (Sila rujuk Lampiran C). OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini bertujuan untuk : a) b) c) Meningkatkan kemahiran membina ayat bahasa Inggeris melalui latih tubi menggunakan tafsiran gambar dan kata kunci. fokus kajian saya ialah meningkatkan kemahiran membina ayat Bahasa Inggeris melalui latih tubi menggunakan tafsiran gambar dan kata kunci. hanya murid yang berpotensi untuk cemerlang sahaja yang memberikan tumpuan sewaktu sesi pengajaran. INSTRUMEN KAJIAN Instrumen kajian yang saya gunakan adalah Ujian Pra. Mereka akan mengambil jalan mudah dengan menyalin semula perkatan-perkataan yang diberikan tanpa membuat sebarang penambahan. Merancang tindakan untuk meningkatkan kemahiran membina ayat bahasa Inggeris melalui latih tubi menggunakan tafsiran gambar dan kata kunci. 68 . kelemahan murid tahun 2 Mulia dalam kemahiran membina ayat boleh dilihat dalam markah ujian PKSR 1 yang lalu. saya menjalankan ujian Pra bagi mengetahui tahap keupayaan murid-murid dalam membina ayat. Selepas sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut selesai. Jerantut Pahang. maka tidak semua murid dilibatkan dalam kajian ini.REFLEKSI ISU KAJIAN Di Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan.

8. saya menilai setiap jawapan murid. Penilaian dibuat dari segi dua kemahiran utama iaitu nahu atau grammar dan perbendaharaan kata atau vocabulary (Sila rujuk Jadual 1). Penilaian juga dibuat dari segi dua kemahiran utama iaitu nahu atau grammar dan perbendaharaan kata atau vocabulary (Sila rujuk Jadual 1). Saya perlu lebih sabar dan tekun dalam memastikan murid-murid cuba mencambahkan idea-idea mereka dalam mengeluarkan kata kunci yang lebih banyak dengan menggunakan gambar yang diberikan. Pada minggu yang berikutnya. Apa yang menjadi masalah kepada saya ialah murid-murid tidak cuba untuk berfikir lebih lama sebelum membina ayat. Murid telah diberi masa selama 30 minit untuk menjawab soalan tersebut. sederhana dan cemerlang bagi kedua-dua ujian yang dijalankan dalam bentuk peratusan (Sila rujuk Jadual 2). Topik yang dipilih ialah berkaitan dengan haiwan.2 iaitu menulis ayat mudah dengan bantuan.Gambar dan kata kunci diberikan sebagai bantuan tetapi guru tidak menerangkan cara atau kaedah bagi menulis ayat mudah yang lebih baik. Berikut adalah bagaimana pelaksanaan rancangan tersebut dilaksanakan. (Sila rujuk Lampiran D). mudah difahami dan dapat menarik minat murid. 69 . saya telah menjalankan ujian Pasca yang juga mengandungi 5 soalan membina ayat dengan bantuan gambar rajah dan kata kunci bagi menguji keberkesanan penggunaan kemahiran tersebut. Tujuan pemerhatian adalah untuk mengkaji perubahan tingkah laku penguasaan kemahiran membina ayat. Saya telah menerangkan kepada murid bahawa kaedah yang lebih baik untuk membina ayat mudah adalah dengan cara cuba mentafsirkan gambar yang diberikan. TEKNIK PEMERHATIAN Teknik pemerhatian digunakan untuk mendalami masalah membina ayat yang dihadapi. Saya juga telah meminta pendapat daripada guru-guru yang lebih berpengalaman mengajar Bahasa Inggeris Tahap Satu tentang kesesuaian pemilihan instrumen tersebut. Pemerhatian informal dilakukan terhadap murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran (Sila rujuk Lampiran E). Kebanyakannya lebih suka mengambil jalan mudah dengan menyalin semula sahaja kata kunci yang diberikan. Selepas semua jawapan dikumpul. murid-murid juga dinilai dan diletakkan di dalam kategori lemah. gambar rajah diberikan dan kata kunci adalah di antara 2 hingga 3 patah perkataan. Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu. Bagi saya gambar yang diberikan adalah bersesuaian dengan kata kunci yang diberikan. LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN Pelaksanaan tindakan telah dijalankan selama 2 minggu berturut-turut untuk setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Instrumen bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca diperoleh daripada buku latihan Unik Didik Sdn Bhd di bawah kemahiran 4. Murid cuba mengeluarkan lebih kata kunci di samping menggunakan kata kunci yang telah diberikan. saya telah menjalankan satu bentuk pengajaran dan pembelajaran yang berbeza dengan menggunakan kaedah mentafsir gambar bagi memperolehi lebih kata kunci berdasarkan kemahiran membina dan menulis ayat yang sama seperti dalam ujian pra.

Sepanjang sesi ini juga guru dapat membuat pemerhatian secara informal bagi mengkaji perubahan tingkah laku murid dalam menguasai kemahiran membina ayat. murid dikehendaki membina 5 ayat mudah juga dengan bantuan gambar dan kata kunci. kata kerja dan lain-lain lagi. kata nama khas. Murid juga mengenal pasti di mana harus diletakkan tanda bacaan yang sesuai di dalam ayat-ayat tersebut. Saya menerangkan bahawa selain membina ayat dengan bantuan kata kunci yang diberikan. Dalam ujian ini. Minggu Kedua Pada minggu kedua hari yang pertama. Terdapat juga segelintir murid yang tidak cuba menjawab soalan dan masih meneruskan tabiat lama iaitu hanya menyalin semula perkataan yang diberikan. Murid perlu cuba mentafsirkan gambar yang diberi dengan cara cuba mengeluarkan seberapa banyak kata kunci dari gambar tersebut.Minggu Pertama Pada minggu pertama dalam sesi yang pertama. 70 . murid boleh memperolehi lebih banyak kata kunci berdasarkan gambar yang diberikan. ketiga dan keempat. saya menyediakan latih tubi kepada murid. pada 18 Julai 2005. Pada sesi-sesi yang seterusnya iaitu pada hari yang kedua. Jawapan yang diperolehi dikumpul dan disemak untuk tindakan seterusnya. PENGUMPULAN DATA Antara cara pengumpulan data yang dijalankan ialah : Soalan Kajian Ujian Pra dan Ujian Pasca dijalankan untuk mendapat maklumat kemahiran murid membina ayat mudah melalui kaedah latih tubi membina ayat dengan kaedah mentafsir gambar dan dengan bantuan kata kunci. Sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung selama 30 minit dan 30 minit kedua. Dalam ujian ini murid dikehendaki membina 5 ayat mudah dengan bantuan gambar dan kata kunci. guru telah mengadakan Ujian Pra (Sila rujuk Lampiran A). Tetapi dalam sesi ini saya telah memperkenalkan kaedah yang lebih baik supaya murid dapat membina ayat yang lebih baik. Pada hari yang terakhir dalam minggu kedua. iaitu pada 29 Julai 2005 saya telah mengadakan Ujian Pasca untuk mengetahui tahap pencapaian murid dalam kemahiran membina ayat mudah dengan bantuan gambar dan kata kunci selepas sesi pengajaran dan pembelajaran (Sila rujuk Lampiran B). Dalam sesi ini saya cuba melihat sejauh mana murid cuba berbincang dalam kumpulan dan cuba mengeluarkan seberapa banyak kata kunci daripada gambar yang diberikan. Kata-kata kunci baru yang diperoleh sama ada dalam bentuk kata nama am. Tidak dinafikan wujud perasaan sedih bercampur kecewa dalam diri saya kerana masih ada segelintir murid yang tidak mahu berubah. pada 25hb Julai 2005. guru telah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa yang memfokus kepada kemahiran membina ayat mudah dengan bantuan. saya telah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran yang sama . Murid menyenaraikan kata-kata kunci baru yang diperoleh bersebelahan dengan gambar tersebut.

guru telah mengumpul kesemua kertas jawapan untuk dibuat penilaian. Sekiranya betul dan tepat. Penilaian dibuat berdasarkan skema-skema di bawah: a) Nahu atau grammar Murid akan diberikan 5 markah penuh sekiranya berjaya memberikan kata kunci yang maksimum. murid cuba mentafsir gambar. Tujuan pemerhatian adalah untuk mengkaji perubahan tingkah laku penguasaan kemahiran membina ayat. kata kerja.Teknik Pemerhatian Pemerhatian informal dilakukan terhadap murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. murid menyenaraikan kata kunci di sebelah gambar dan murid menggunakan kesemua kata kunci baru dan lama. b) Perbendaharaan kata atau vocabulary Murid dikehendaki membina ayat mudah yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 5 patah perkataan. kata hubung. tanda bacaan dan lain-lain lagi. 10 markah akan diberikan dan sekiranya perkataan yang ditulis adalah kurang daripada 5 patah perkataan atau tidak lebih daripada kata kunci yang diberikan. Kata kunci boleh terdiri daripada kata nama. ANALISIS DATA Selepas selesai menjalankan ujian Pra dan ujian Pasca. 71 . maka markah akan ditolak. Jadual 1 : Ujian Pra dan Ujian Pasca Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 Murid Amirul suffian Muhammad Syahfiq Sheikh Amirul Hafizi Syamir Izzuddin Zahiruddin Elly Hazlin Farsha Farhana Idayu Hifaziha Izzattie Nor Farisha Noris Farisha Nur Asyuhada Nu Hazren Nur Nafisa Nuurul Huda Puteri Nurhalida Siti Norhidayah Siti Nur Najwa N 4 4 2 2 3 4 2 2 4 2 2 4 2 2 4 4 2 2 51 P 6 2 5 7 4 3 7 6 7 6 5 5 3 3 5 5 2 3 84 Jumlah 10 6 7 9 7 7 9 8 11 8 7 9 5 5 9 9 4 5 135 N 4 4 3 2 3 4 2 2 4 4 3 4 2 2 4 4 2 2 55 P 8 8 5 6 6 6 6 7 9 7 7 6 6 6 8 6 3 6 116 Jumlah 12 12 8 8 9 10 8 9 13 11 10 10 8 8 12 10 5 8 171 * Nama-nama murid di atas adalah nama samaran. Markah akan ditolak sekiranya murid langsung tidak memberikan kata kunci yang baru selain daripada kata kunci yang diberikan. Antara aspek-aspek pemerhatian ialah sama ada murid berbincang.

5 markah) Sederhana (8 . Namun begitu. Idea-idea mereka adalah terhad.Setiap markah penilaian adalah seperti di dalam Jadual 1 dan rumusan tahap pencapaian murid dalam bentuk peratusan boleh dilihat di dalam Jadual 2 di bawah: Jadual 2 : Rumusan pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pasca Bil Lemah (1 . dalam Ujian Pasca. Daripada ujian tersebut juga. boleh dirumuskan bahawa murid-murid biasanya mengambil jalan mudah untuk membina ayat dengan menyalin semula kata kunci yang diberikan tanpa membuat sebarang penambahan bagi memperolehi ayat yang lebih panjang dan lebih baik. Daripada data yang telah dikumpulkan. bolehlah dirumuskan bahawa kebanyakan murid tidak tahu dan tidak faham bagaimana membina ayat mudah dengan bantuan gambar dan kata kunci. 12 orang murid (67%) telah mencapai keputusan yang sederhana dan seorang murid (6%) mencapai keputusan yang lemah. 4 orang daripada mereka hanya mencapai tahap lemah (1 -5 markah). menunjukkan bilangan murid yang telah berkurang iaitu 13 orang (72%) dalam Ujian Pra kepada 12 orang murid (67%) dalam Ujian Pasca. hanya 1 orang murid (6%) berjaya mencapai tahap cemerlang (11 -15 markah). Ini menunjukkan bahawa selepas tindakan telah diambil.10 markah) Cemerlang (11 . bilangan murid yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang telah bertambah di dalam Ujian Pasca iaitu daripada 1 orang murid kepada 5 orang murid.15 markah) 4 13 1 Peratus (22%) (72%) (6%) Bil 1 12 5 Peratus (6%) (67%) (27%) Berdasarkan Ujian Pra. Jadual 2 juga menunjukkan bahawa. Daripada keputusan Ujian Pasca dapatlah disimpulkan bahawa kemahiran murid dalam membina ayat melalui kaedah latih tubi membina ayat mudah dengan kaedah mentafsir gambar dan bantuan kata kunci telah meningkat dan keadaan ini mungkin boleh dikaitkan dengan tindakan yang dilakukan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran sepanjang tempoh kajian tindakan yang dilakukan. Bagi tahap sederhana. Mereka hanya menulis ayat berbantukan kata kunci tanpa mengambil kira gambar yang juga diberi sebagai bantuan. masih ada lagi seorang murid daripada kumpulah yang lemah yang masih tidak tahu membina dan menulis ayat. Ini menunjukkan bahawa murid-murid ini telah memahami kaedah membina ayat dalam Bahasa Inggeris dengan lebih baik. 72 . Namun pengurangan ini masih menunjukkan kesan yang positif memandangkan kebanyakan murid yang berada pada tahap ini telah berjaya berada di dalam kumpulan yang cemerlang. 13 orang murid (72%) mencapai tahap sederhana (6 -10 markah). Kebanyakan murid juga mempunyai perbendaharaan kata yang kurang dan ini tidak membantu mereka memperoleh markah yang tinggi. Pemerhatian informal yang dibuat juga menunjukkan murid cuba mentafsir gambar yang diberi. menyenaraikan kata kunci bersebelahan gambar dan murid juga cuba menggunakan kesemua kata kunci yang baru dan lama di dalam ayat yang dibina. 5 orang murid (27%) telah mencapai keputusan cemerlang.

kajian ini dapat disiapkan seperti yang dirancang. Kajian tindakan gelung pertama ini telah menunjukkan bahawa saya telah berjaya membantu murid-murid meningkatkan kemahiran membina ayat dengan bantuan gambar dan kata kunci. maka guru perlulah bersikap terbuka. kaedah ini hanya sesuai setelah kaedah-kaedah lain yang berkaitan dengan ilmu penulisan dan bacaan dimantapkan terlebih dahulu. Untuk murid murid yang terlalu lemah. Mereka tidak cuba mengembangkan idea melalui gambar yang diberikan.mudah berputus asa apabila diberikan latihan yang berbentuk kemahiran membina ayat. Ayat yang dibina menjadi lebih baik dan bilangan perbendaharaan juga telah bertambah. kajian tindakan yang dijalankan menampakkan hasil yang memberangsangkan. 73 . Murid seterusnya cuba menyenaraikan kata kunci bersebelahan gambar yang diberikan dan memasukkannya ke dalam ayat yang akan dibina. Antaranya murid. Selain itu. Bantuan yang dimaksudkan ialah kebiasaannya murid akan diberikan bantuan gambar dan kata kunci untuk membina ayat. Salah satu faktornya ialah murid tidak cuba menggunakan bantuan yang telah diberikan. Pencapaian dan penguasaan murid terhadap kemahiran membina ayat dengan bantuan gambar dan kata kunci telah meningkat. PENUTUP Kesimpulannya. berkat kesabaran dan bantuan daripada rakan-rakan. tetapi murid hanya akan membina ayat dengan bantuan kata kunci sahaja. Oleh itu. Selain daripada itu. Sekiranya seseorang guru menjalankan kajian tindakan. Ini kerana murid-murid tahun 6 mempunyai lebih banyak perbendaharaan kata dan pengetahuan tentang nahu atau grammar yang lebih baik. Sekiranya punca itu melibatkan amalan pengajaran guru. Namun. Saya berharap kajian ini dapat diteruskan pada gelung yang seterusnya. Hasil daripada kajian tindakan ini. saya juga berharap kajian tindakan ini dapat dijalankan ke atas murid-murid tahun 6. kaedah ini lebih sesuai untuk murid-murid yang berada dalam tahap sederhana dan baik. Saya agak berpuas hati dengan dapatan kajian yang telah dijalankan. Walau bagaimanapun. sepanjang tempoh kajian saya mengalami masalah kesuntukkan masa kerana terlibat dengan program-program sekolah yang lain. guru itu dapat mengesan masalah pembelajaran yang wujud di kalangan murid dan punca-puncanya. tindakan yang telah saya ambil adalah dengan menyuruh murid cuba mentafsir gambar yang diberikan bagi memperolehi lebih kata kunci atau perbendaharaan kata. Kajian ini perlu diteruskan sama ada pada kemahiran yang sama atau kemahiran yang berbeza mengikut keperluan murid kerana pencapaian murid banyak bergantung kepada amalan pengajaran dan pembelajaran. Gelung pertama merupakan panduan ke arah tindakan yang lebih baik pada masa yang akan datang. saya dapat mengenal pasti bahawa kelemahan pelajar dalam membina ayat terutamanya di dalam Bahasa Inggeris berpunca daripada pelbagai faktor. saya berhadapan dengan beberapa kekangan.REFLEKSI TINDAKAN Sepanjang kajian ini. menerima kelemahan dan bersedia untuk melakukan perubahan terhadap amalannya.

m – 11.8.2 LO : By the end of the lesson.10 a. Teacher reads the word cues and pupils listen. pupils should be able to: 1) Construct simple sentences with words and pictures guidance. ( Pre-Test) STEP 4 Teacher discusses the answer with pupils.m Topic: The Animals Skills : 4. Teacher collects all the worksheet 74 .LAMPIRAN A Lesson Plan (Action Research) Date Day Year Time : 18 July 2005 : Monday : 2 Mulia : 10. Activities: STEP 1 Teacher put up pictures and word cues for the pupils to see and read. Pupils write the sentences on the blackboard.10 a. STEP 2 Teacher asks pupils to construct simple sentences with the guidance of word and picture cues. STEP 3 ( Independent Work) Pupils construct 5 sentences individually in the worksheet.

10 a. Pupils write the sentences on the blackboard.LAMPIRAN B Lesson Plan (Action Research) Date Day Year Time : 29 July 2005 : Monday : 2 Mulia : 10. ( Post-Test) STEP 4 Teacher discusses the answer with pupils.2 LO : By the end of the lesson. Teacher asks pupils to constuct simple sentences using the new words and the word cues given. Teacher reads the word cues and pupils listen. STEP 2 Teacher asks pupils to construct simple sentences with the guidance of word and picture cues. STEP 3 ( Independent Work) Pupils construct 5 sentences individually in the worksheet.8. STEP 3 Teacher asks pupils to list down all the new words beside the pictures. pupils should be able to: 1) Construct simple sentences with words and pictures guidance.m – 11.m Topic : Foods Skills : 4. Teacher collects all the worksheet 75 .10 a. Teacher asks pupils to describe the pictures. Activities : STEP 1 Teacher put up pictures and word cues for the pupils to see and read.

LAMPIRAN C Ujian Pra Look at the pictures.wild fish .lives .frog 76 . cat .young .meat tiger . Use the words to make simple sentences.likes .water tadpole .tame dog .

drinks .bed grandmother .ice-cream Mary .LAMPIRAN D Ujian Pasca Make sentences using the notes given.fingers Meng Chong .milk .chopsticks .uses .rice .likes .eat 77 .fruits -everyday Ani .eats . Roslan .

10 – 11.10 Tempat : Tahun 2 Mulia 1 2 Murid berbincang Murid cuba mentafsir gambar Murid menyenaraikan kata kunci di sebelah gambar Murid menggunakan ke semua kata kunci baru dan lama. 26. 27 dan 28 Julai 2005 Masa : 10.LAMPIRAN E Borang Pemerhatian Tarikh : 25. / / / 3 4 / 78 .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->