You are on page 1of 20

Tajuk

Majlis Perbandaran
Kota Bharu

SENARAI KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN


1 PENGHARGAAN
2 OBJEKTIF KAJIAN
3 KAEDAH KAJIAN
4 HASIL KAJIAN
5 RUMUSAN
6 LAMPIRAN
7 RUJUKAN

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana telah
mengurniakan saya kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan Kerja Kursus Sejarah
PMR 2011 dengan sempurnanya.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Mudirah,
…………………………. yang telah memberi kebenaran kepada saya untuk manjalankan
tugasan ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada ………………., guru Sejarah yang
sentiasa memberi dorongan, galakan dan semangat kepada saya. Beliau juga banyak
memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.

Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan
dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang
telah mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Tidak lupa juga kepada sahabat yang disayangi Izyan Awatif, Nur Syazwani , Puteri
Arini dan Anniisah yang telah banyak berkongsi idea dan pendapat untuk menghasilkan
kerja kursus ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan budi baik kalian
semua.

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah seperti berikut:


 Untuk mengetahui visi dan misi yang dilaksanakan oleh MPKB.

 Untuk mengenali dengan lebih jelas mengenai latar belakang, carta organisasi
sejarah penubuhan MPKB.

 Untuk memenuhi kehendak Lembaga Peperiksaan Malaysia bagi menduduki


Penilaian Menengah Rendah pada tahun ini.

 Kajian ini juga bertujuan untuk memahami sesebuah institusi pentadbiran


empatan di negeri Kelantan seperti MPKB.

 Sebagai panduan kepada rakyat yang mendiami di negeri Kelantan.

Kaedah kajian

1. Penyelidikan Perpustakaan
Saya bersama beberapa sahabat telah pergi ke Perpustakaan Awam Kota Bharu. Kami
mengumpulkan buku ilmiah dan akhbar lama yang berkaitan dengan tajuk untuk membuat
salinan fotostat sebagai sumber kajian ini.

2. Melayari Internet

Saya dapat mengumpul beberapa fakta melalui internet. Saya telah melayari
laman web http://www.mpkbbri.gov.my untuk dijadikan sebagai bahan kajian saya.

3. Rujukan

Saya telah merujuk beberapa buah majalah untuk dimuatkan dalam kerja kursus ini.

Hasil kajian

1. Majlis Perbandaran Kota Bharu


Nama rasminya ialah Majlis Perbandaran Kota Bharu atau dengan nama ringkasnya
‘MPKB’ yang terletak di Jalan Hospital, 15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Antara objektif MPKB ialah :

 Memperkemaskan jentera pentadbiran Majlis supaya menjadi pihak Berkuasa


Tempatan yang melaksanakan segala tindakan berasaskan perancangan yang
teratur dan tersusun
 Memperkukuhkan kewangan majlis dengan mempertingkatkan keupayaan jentera
pungutan hasil dan mengenal pasti punca-punca hasil baru
 Mempertingkatkan perkhidmatan perbandaran dengan memberi penekanan
kepada aspek kebersihan dan keindahan bandar
 Mempertingkat program pembangunan insan untuk melahirkan wargakota yang
berwibawa seterusnya menyumbang ke arah pembangunan fizikal dan rohani
selaras dengan Kota Bharu Bandar Raya Islam
 Mengutamakan dan menggalakkan penglibatan masyarakat di dalam aktiviti dan
program pembangunan majlis
 Mempertingkatkan langkah-langkah pembasmian aktiviti maksiat dan
kemungkaran dalam kawasan majlis

Antara visi dan misinya adalah seperti berikut :

Visi
Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam sebagai sebuah organisasi yang
unggul akan membangun dan memajukan bandar Kota Bharu sebagai sebuah
Bandaraya Islam yang bersih, indah dan berdikari berteraskan dasar Membangun
Bersama Islam  

Misi

Membawa kemakmuran dan kesejahteraan hidup kepada warga kota dan


mempertingkatkan kemajuan sosio-ekonomi serta memberi sumbangan yang besar
kepada pertumbuhan ekonomi bandar Kota Bharu khasnya dan negeri Kelantan
amnya.

CARTA ORGANISASI MPKB


YANG DIPERTUA

Bahagian Unit Audit Setiausaha Bahagian Jabatan


Pengurusan Dalam Pembangunan Undang-
Korporat dan Pelaburan Undang

Pembangunan Khidmat
Korporat Nasihat
Perundingan
Bahagian
Perhubungan Pentadbiran
Awam Pendakwaan

Jabatan Jabatan Jabatan Jabatan Penilaian Jabatan


Khidmat Perbendaharaan Perancangan & Pengurusan Kejuruteraan
Pengurusan & Kawalan Harta
Bangunan
Bahagian
Kewangan Infrastruktur
Bahagian & Akaun Bahagian
Pentadbiran Bahagian Penilaian
Perancangan Bahagian
Letak Kereta Bandar Mekanikal
Bahagian Bahagian
Penguatkuasan Pengurusan
Harta
Perolehan Bahagian Bahagian
Landskap Bangunan &
Bahagian Elektrik
Perkhidmatan
Bahagian
Bahagian Kawalan
Teknologi Bangunan
Maklumat

Setiausaha
Jabatan Jabatan Jabatan
Perkhidmatan Perlesenan Kemasyarakatan
Perbandaran & &
Kesihatan Kawalan Perniagaan
Bahagian
Bahagian Pembangunan
Kebersihan Bahagian Masyarakat
Perlesenan

Bahagian
Bahagian Pembangunan
Kesihatan Insan
Bahagian
Awam
Pengurusan Pasar
&
Penjaja
Bahagian
Pembentungan

SENARAI AHLI MAJLIS 2010


BIL NAMA PEGAWAI JAWATAN
1 Ust. Hj. Abd. Rahman Bin Yunus   Ahli Majlis
2 En. Aidy Bin Hassan   Ahli Majlis
3 Tn. Hj. Mohd Noordin Bin Noor   Ahli Majlis
4 Hj Dr Izani bin husin   Ahli Majlis
5 Dr Ramly Mamat   Ahli Majlis
6 Chua Chin Hui   Ahli Majlis
7 Wan Sepiah Wan Sulaiman   Ahli Majlis
8  Hjh Norriha Ab Ghani Ahli Majlis
9 En. Hassan Bin Mamat   Ahli Majlis
10 En. Shaari Bin Mat Yaman   Ahli Majlis
11 En. Mohamed Bin Sulaiman   Ahli Majlis
12 Tn. Hj. Mortazi Bin Ismail Ahli Majlis
13 Ust. Wan Azimin Bin Wan Adnan Ahli Majlis
14 En. Ruzely Bin Abdullah   Ahli Majlis
15 En. Abd Hamid Bin Seman Ahli Majlis
16 En. Mohd Noor Bin Mat Yajid   Ahli Majlis
17 Tuan Hj. Mohd. Makhatar bin Che Haron   Ahli Majlis
18 Ong Tian Huei @ Wong Tian Huei   Ahli Majlis
19  Hjh. Nik Shamsiah @ Aminah bt. Ismail   Ahli Majlis
20 Nor Hashimah binti Deraman   Ahli Majlis
21 Wan Abu Bakar bin Wan Muhammad   Ahli Majlis
22 Hjh. Noraini binti Hussein   Ahli Majlis
23 En. Musa bin Amin   Ahli Majlis
24 Hj Mohd. Zahiruddin bin Hj. Ahmad @ Mohd Ahli Majlis

2. LATAR BELAKANG
 Sejarah Penubuhan :

Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) adalah organisasi Majlis Kerajaan Negeri
yang menjalankan operasi di sekitar bandar Kota Bharu yang meliputi 65 seksyen.
Keluasan kawasan pentadbirannya ialah 115.64 kilometer persegi yang merangkumi
kawasan dari Pantai Cahaya Bulan ke Pantai Sabak di sebelah utara, kawasan yang
bersempadan dengan kawasan Batu 5, Jalan Pasir Mas dan Jalan Kuala Krai ke
jambatan Pasir Tumboh di sebelah selatan, Sungai Pengkalan Datu dan Wakaf Stan di
sebelah timur dan disebelah barat Sungai Kelantan.

Kawasan MPKB adalah merupakan nodus pembangunan bagi Negeri Kelantan


dengan terletaknya bandar Kota Bharu sebagai pusat pentadbiran, perdagangan dan
kewangan. Manakala Pengkalan Chepa sebagai pusat perindustrian dan Kubang Kerian
sebagai Pusat Institusi.
Bandar Kota Bharu telah ditubuhkan pada tahun 1844 dan diisytiharkan sebagai pusat
pemerintahan Negeri Kelantan oleh Kebawah Duli Yang Mulia Al-Marhum Sultan
Muhammad Ke-II. Pada tahun 1936, bandar Kota Bharu dinaik tarafkan sebagai Majlis
Bandaran Kota Bharu (MBKB). MBKB telah dimansuhkan dan ditukarkan kepada
Lembaga Bandaran pada tahun 1971. Pada tahun 1978 Lembaga Bandaran Kota Bharu
disusun semula dan dinaik tarafkan kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu pada tahun
1978.
 Perincian Peranan :

Jabatan-jabatan yang terdapat di Majlis Perbandaran Kota Bharu :

 Jabatan Khidmat Pengurusan


 Jabatan Perbendaharaan
 Jabatan Kejuruteraan
 Jabatan Perancangan dan Kawalan Bangunan
 Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
 Jabatan Pekhidmatan Perbandaran dan Kesihatan
 Jabatan Kemasyarakatan
 Perlesenan dan Kawalan Perniagaan
 Jabatan Undang-Undang
 Bahagian Pembangunan dan Pelaburan
 Jabatan Pengurusan Korporat
 Jabatan Audit Dalam

3.PERANAN
 Pendidikan

Keilmuan menuntut kita semua menghidupkan pusat-pusat pengajian dan


majlis-majlis ilmu agama, sentiasa melakukan dakwah secara lisan, media cetak
dan memperbanyakkan papan tanda-tanda kerohanian.

 Keagamaan

Kepatuhan kepada Allah dapat merealisasikan dalam bentuk etika dan


peraturan hidup masyarakat, membimbing mereka menghayati ajaran Islam dengan
sempurna dan program pemulihan serta penguatkuasaan sentiasa dipertingkatkan.

 Kebajikan

Kebajikan dapat dizahirkan melalui perkhidmatan mesra pelanggan,


kemudahan-kemudahan awam yang mencukupi dan golongan dhaif, kurrang upaya
sentiasa mendapat perhatian dan pembelaan daripada semua pihak.

 Kemasyarakatan

Ciri kesejahteraan ini akan tercapai setelah keamanan dan keharmonian sentiasa
dijaga oleh semua pihak, ikatan persaudaraan dan perpaduan kaum terpelihara dan
suasana suka nasihat menasihati disuburkan dengan mengajak masyarakat kepada
kebaikan serta mencegah mereka daripada kejahatan.
4. PERKEMBANGAN
 Pengiktirafan

Kota Bharu Bandar Raya Islam 1 Oktober

Kerajaan Kelantan akan mengisytiharkan Kota Bharu sebagai Bandar raya Islam
pada 1 Oktober. Sultan Kelantan , Tuanku Ismail Petra berkenan untuk
menyempurnakan pengisytiharan tersebut di Stadium Muhamad ke 4. Selepas
pengisytiharan secara rasmi oleh Sultan, MPKBakan dikenali sebagai Bandar Raya
Islam.

 Kemajuan Yang Dicapai

MPKB-BRI Berjaya Memperbaharui Sijil Program 5S Untuk Tahun Ke-3

MPKB-BRI sekali lagi diaudit oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)


bagi memperbaharui sijil program berkualiti5S bagi tahun 2011-2011. Majlis pengauditan
ke atas MPKB-BRI bagi tahun 2010 telah dilakukan selama sehari.

 Pembangunan Prasarana

Pembinaan Menara MPKB

Pembinaan menara MPKB yang RM180 juta yang menjadi mercu tanda baru
Bandar Kota Bharu dimulakan Ogos 2003. Tarikan utama di menara itu yang mempunyai
ciri-ciri seni bina Islam iailah ruang khas bagi menjual pelbagai jenis barang kemas yang
dihasilkan oleh penduduk Kelantan.

 Keistimewaan

RM 2.88 juta untuk MPKB bina tapak lupus sampah

Kerajaan PAS Kelantan meluluskan peruntukan RM2.88 juta kepada MPKB untuk
mendapatkan tapak baru pelupusan sampah seluas kira-kira 20 hektar berhampiran
Mukim Telok Kitang, Pantai Sabak.
RUMUSAN

Antara unsur patriotisme yang saya perolehi daripada kajian ini iailah :

1. Diri

1. Saya dapat menyemaikan rasa bangga kerana dapat hidup di bawah pimpinan
Majlis Perbadanan Kota Bharu yang mengamalkan pentadbiran sistematik dan
teratur.
2. Saya juga mendapat beberapa pengetahua yang bermanfaat setelah menyelidik
beberapa perkara yang dijalankan oleh MPKB.

2. Bangsa

1. Kajian yang telah dijalankan ini dapat melahirkan sebuah bangsa yang hidup
dalam keaddan yang bersatu padu, aman dan harmoni.
2. Bangsa-bangsa di dalam negeri Kelantan dapat mengamalkan sifat yang murni di
bawah arahan oleh pihak MPKB.

3. Negara

1. Ia dapat melahirkan rakyat yang kenal dan cinta akan tanah airnya yang makmur.
2. Ia juga dapat membina sebuah negara yang mengamalkan sistem yang teratur .
Lampiran

Figure 1Kota Bharu Bandar Raya Islam


Figure 2 Peta Kota Bharu
Figure 3Logo MPKB

Figure 4Portal Rasmi MPKB


RUJUKAN

1. Internet

- http://www.mpkbbri.gov.my

2. Akhbar

-Utusan Malaysia(28.01.2003)
-Mingguan Malaysia(24.07.2005)
-Berita Harian(13.06.2003)

3. Majalah

-Buletin MPKB-BRI (Edisi Mei 2010)

You might also like