You are on page 1of 12

LAPORAN PELAKSANAAN

PROGRAM 5S

ANJURAN
UNIT TEKNOLOGI ELEKTRIK
TAHUN 2009

DI SEDIAKAN OLEH:

ROSLIAH ABU BAKAR


KETUA PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK

1
1.0 PENGENALAN

Amalan 5S merupakan proses pengurusan persekitaran berkualiti yang dipelopori oleh Jepun
dengan penumpuan kepada lima (5) langkah tindakan pelaksanaan yang bermula dengan huruf
awalan S’ yang bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik. Seiri, Seiton,
Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang diringkaskan menjadi 5S. Dalam Bahasa
Melayu memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.

Selain daripada itu, ia dapat menyumbang kepada proses penambahbaikan terhadap


persekitaran tempat kerja yang memberi keutamaan dalam aspek kebersihan, kekemasan dan
keselamatan di tempat kerja.

Oleh yang demikian , Unit Teknologi Elektrik mengambil inisiatif ini untuk melaksanakan
amalan 5’S di Makmal Teknologi Elektrik, Makmal Elektrik Elektornik dan Bengkel Pendawaian
Elektrik

2.0 OBJEKTIF

Tujuan Amalan 5S ini dilaksanakan bagi Program Teknologi Elektrik ialah untuk:-

i) Mewujudkan persekitaran makmal dan bengkel yang lebih bersih, kemas dan
tersusun rapi;
ii) Mewujudkan persekitaran makmal dan bengkel yang lebih selamat;
iii) Mengelakkan berlakunya pembaziran terhadap stok bahan luak di makmal dan
bengkel;
iv) Mewujudkan displin untuk menjaga kebersihan di kalangan staf dan pelajar yang
menggunakan makmal dan bengkel;
v) Memudahkan urusan penyelenggaraan;
vi) Meningkatkan semangat kerja berpasukan;
vii) Meningkatkan imej korporat organisasi;

2
3.0 AKTIVITI 5’S

3.1 Lawatan ‘Benchmark’


Untuk melaksanakan amalan 5S, Unit Teknologi Elektrik telah mengadakan
lawatan ‘benchmark ke Kolej Komuniti Bandar Darulaman pada 4 Disember 2008.

3
3.2 Taklimat 5’S
Taklimat 5’S telah diadakan kepada semua staf Unit Teknologi Elektrik pada 2
Januari 2009 di Makmal Autocad. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ketua
Program Teknologi Elektrik (Puan Rosliah Abu Bakar) yang telah menghadiri
kursus Pendedahan 5’S anjuran unit kualiti KKKL bersama Sirim Berhad.

3.3 Pembentukan Kumpulan 5’S


Dalam Program Teknologi Elektrik, terdapat 3 makmal/bengkel iaitu Makmal
Teknologi Elektrik, Makmal Elektrik Elektronik dan Bengkel Pendawaian Elektrik.
Oleh itu 3 kumpulan 5’S telah dibentuk untuk mewakili setiap satu makmal dan
bengkel pada 2 Januari 2009. Butiran kumpulan adalah seperti berikut.

Nama Kumpulan Ahli Kumpulan

Md Rizal Ramli (Ketua)


Rosliah Abu Bakar
KAIZEN Saidatuljulia Shamsuddin
(Bengkel Pendawaian Elektrik) Nur Hanim Ariff
Fardanadia Sulaiman
Kaslia Kasiran

Mohd Khairulnizam Radzali (Ketua)


Noor Aini Mattar
LIMO’S
Nooraini Ibrahim
(Makmal Elektrik Elektronik)
Azwa Mohamed Ghazali
Noorazlina Hashim

Muhamad Firdaus Tauhid Ahmad (Ketua)


Mohd Zahri Md Said
MTE 5’S Akma Che Omar
(Makmal Teknologi Elektrik) Siti Maizatulakmam Imam
Sharina Shafie
Nik Norhasanah Nik Hassan

4
3.4 Jawatankuasa Kecil Audit Dalaman 5’S
Tujuan jawatankuasa ini di bentuk adalah untuk melaksanakan proses
pengauditan ke atas ketiga-tiga makmal/bengkel. Pelantikan juruaudit dibuat
berdasarkan pengalaman juruaudit yang telah mengikuti kursus 5’S oleh Sirim
Berhad pada 25-26 Ogos 2008. Audit dalaman tersebut telah dilaksanakan pada 6 –
8 Januari 2009. Aspek pengauditan yang dilihat semasa menjalankan pengauditan
adalah di peringkat pertama iaitu keadaan makmal/bengkel sebelum pelaksanaan 5S
dijalankan. Seterusnya penemuan audit telah dibentangkan kepada ketiga-tiga
kumpulan pada 12 Januari 2009. Butiran juruaudit adalah seperti berikut.

Juruaudit Lokasi Audit

Rosliah Abu Bakar Makmal Teknologi Elektrik

Md Rizal Ramli Makmal Elektrik Elektronik


Mohd Zahri Md Said Makmal Pendawaian Elektrik

3.5 Gotong –Royong


Hasil daripada dapatan audit yang telah diperolehi, setiap kumpulan telah
mengadakan mesyuarat untuk membincangkan tindakan pembetulan yang perlu di
buat. Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 13 dan 14 Januari 2009. Seteruanya
mesyuarat memutuskan untuk mengadakan gotong royong bersama pelajar. yang
dijalankan serentak pada 21 Januari 2009. Tujuan gotong royong ini dijalankan
ialah untuk;

5
6
4.0 HASIL AMALAN 5’S
Hasil daripada penemuan audit yang telah diperolehi, setiap kumpulan mengambil
beberapa tindakan untuk memperbaiki semua teguran yang dibuat. Berikut
merupakan antara gambar-gambar hasil daripada tindakan yang dijalankan.

Meletakkan papan tanda kebersihan Menetapkan kawasan kerja

Membentuk kumpulan pelajar bagi setiap


Melabel setiap meja kerja meja kerja

Memasang ‘sinage’ makmal (hasil projek


pelajar) Menyusun dan melabel peralatan

7
Menanda dan melabel kawasan ‘fire
Menetapkan kawasan peralatan kebersihan extinguisher’

Melabel suis kawalan aircond Mewujudkan papan kenyataan Program

Mewujudkan papan tanda bahaya 8 Memaparkan maklumat tentang 5’S


Menetapkan kedudukan peralatan
kebersihan Menubuhan kumpulan 5S

Memaparkan maklumat tentang 5S Mewujudkan papan tanda kebersihan

Mewujudkan papan tanda keselamatan Melabel semua peralatan

9
Mewujudkan papan tanda kebersihan dan peti
pertolongan cemas Menanda kedudukan peralatan

Menyusun peralatan pelajar dalam bekas


Melabel contoh aksesori pendawaian yang telah ditetapkan

Melabel setiap ‘wiring bay’ Menyusun dan melabel peralatan tangan

10
Menyusun dan melabel bahan luak Menyusun dan melabel peralatan tangan

Menanda kedudukan tangga Melabel bahan luak

Menyusun tangga dengan teratur Menanda kedudukan ‘Switch Board’

11
5.0 CADANGAN
Antara cadangan yang difikirkan adalah seperti berikut:-
i) Sediakan prasarana yang bersesuaian untuk melaksanakan amalan 5S ini seperti
peralatan melabel dan sebagainya.
ii) Mengadakan latihan kepada kumpulan-kumpulan yang terlibat dalam Amalan 5S
dan anggota lain di dalam organisasi secara berterusan untuk meningkatkan
motivasi staf .
iii) Sediakan pelan pelaksanaan Amalan 5S yang menyeluruh dengan merangka
pendekatan yang sistematik dan berterusan.
iv) Mewujudkan sistem ganjaran yang menawarkan ganjaran pada setiap pasukan yang
berjaya dalam pelbagai kategori yang dianjurkan sebagai motivasi kepada staf.
v) Membuat kajian ke atas keberkesanan pelaksanaan amalan 5S dari aspek
peningkatan produktiviti dan kualiti kerja.

6.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya konsep Amalan 5S mudah difahami oleh setiap anggota kerana
perkara ini hanya memerlukan pengetahuan konvensional dan disiplin serta komitmen yang
tinggi. Amalan ini boleh dilaksanakan di semua organisasi secara berterusan untuk
mengekalkan prestasi penyampaian perkhidmatan organisasi yang cemerlang kerana
amalan 5S ini dapat memupuk semangat kerja berpasukan, disiplin diri dan dapat
meningkatkan rasa tanggungjawab serta sayang kepada organisasi.

12

You might also like