You are on page 1of 27

630223-04-5449

ISI KANDUNGAN

RINGKASAN EKSEKUTIF 3

1.0 PENGENALAN 4

1.1 Definisi Perpaduan (Integrasi) 6

1.2 Definisi Etnik (Kaum) 7

1.3 Definisi Masyarakat Majmuk 8

2.0 PUNCA MASALAH PERPADUAN DI MALAYSIA

2.1 Sistem Pendidikan Yang Berbeza 9

2.2 Isu-Isu Selain Pendidikan 10

3.0 CARA-CARA MEWUJUDKAN PERPADUAN ANTARA


KAUM DAN MEMPERKASAKAN SEKOLAH

3.1 Memantapkan lagi perlaksanaan Dasar Pelajaran


Kebangsaan 11

3.2 Menjadikan Sekolah Sebagai Alat Perpaduan 13

3.3 Pendemokrasian Pendidikan 14

3.4 Pelaksananaan Sekolah Wawasan 15

3.5 Pelaksanaan Sekolah Satu Aliran 17

3.6 Sukan Untuk Perpaduan 18

3.7 Sistem Persekolahan Yang Sama Bagi Semua 19

3.8 Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Pengantar


Utama 19

3.9 Kurikulum Yang Sama 20

3.10 Sukatan Pelajaran Yang Seragam 20

1
630223-04-5449

3.11 Peperiksaan Yang Seragam 21

3.12 Lain-Lain Program Yang Meyokong Perpaduan


Kaum Di Sekolah 21

4.0 PERPADUAN MEMPERKASAKAN SEKOLAH


KEBANGSAAN 22

5.0 PENUTUP 22

BIBLIOGRAFI 24

BAHAN TAMBAHAN DARI INTERNET 26

2
630223-04-5449

RINGKASAN EKSEKUTIF

Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang aman dan makmur.

Keamanan yang dinikmati dan keharmonian hidup pelbagai kaum telah

menjadikan Malaysia sebuah negara yang dihormati oleh pelbagai pihak dan

dalam kalangan negara-negara lain. Namun begitu, kesan gelombang

globalisasi telah mencabar keamanan dan kehormonian negara dalam pelbagai

bentuk yang sukar diramalkan. Nilai individualistik, materialistik dan pelbagai

nilai dalam kalangan masyarakat sedikit sebanyak mulai terhakis sehingga

merosakkan individu dan masyarakat. Keadaan ini memerlukan strategi yang

mantap bagi melindungi generasi pelajar yang bakal memimpin dan membawa

negara ke arah Wawasan 2020. Salah satu strategi Kerajaan untuk membentuk

dan melahirkan generasi baru yang berwawasan, berdisiplin, berkeyakinan

terhadap diri, maka dasar-dasar kerajaan berfokaskan kepada mewujudkan

perpaduan antara kaum melalui pendidikan di sekolah. Oleh itu, pelbagai dasar

seperti memantapkan lagi Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan,

menjadikan sekolah sebagai alat perpaduan, Pendemokrasian Pendidikan,

Pelaksanaan Sekolah Wawasan, Konsep Sekolah Penyayang, Pelaksanaan

Sekolah satu aliran, Sukan untuk Perpaduan, Sistem persekolahan yang sama

bagi semua , Bahasa Kebangsaan, Kurikulum yang sama dan sukatan

peperiksaan seragam telah dilaksanankan. Berteraskan dasar tersebut diyakini

dapat membantu dalam memupuk serta meningkatkan semangat patriotisme,

integrasi nasional demi kestabilan, kesejahteraan rakyat yang berterusan dan

sekali gus bersedia menghadapi sebarang cabaran yang mendatang.

3
630223-04-5449

1.0 Pengenalan

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara yang berbilang kaum

seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang

membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat,

modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari

pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada

perkongsian nilai serta semangat patriotisme, lingua franca, integrasi,

kewarganegaraan dan demokrasi. Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut

perubahan dinamik dalam sistem pendidikan bagi melahirkan warganegara

“glokal” yang bertindak bijak menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi

mengikut acuan local atau tempatan.

Pendidikan di Malaysia bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi

keperluan manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum.

Pendidikan sebagai alat perpaduan kaum jelas dinyatakan dalam Penyata Razak

1956 yang mengemukakakan dua elemen penting dalam dasar pendidikan dan

dianggap dapat menyuburkan semangat perpaduan negara, iaitu sistem

persekolahan yang sama bagi semua penduduk dan penyeragaman kurikulum

yang bercorak kebangsaan. Cabaran paling utama dalam usaha negara

mencapai matlamat Wawasan 2020 adalah seperti berikut:

‘Malaysia tidaklah harus menjadi negara yang maju dari segi ekonomi

semata-mata tetapi perlu merangkumi semua aspek. Kita hendaklah mencapai

kemajuan sepenuhnya dari segi perpaduan negara dan kesepaduan sosial,

ekonomi, keadilan sosial, kestabilan politik, sisitem pemerintahan, mutu

4
630223-04-5449

kehidupan, nilai-nilai sosial dan kerohanian, selain mempunyai rasa bangga dan

keyakinan akan bangsa sendiri.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, September 2003)

Selain daripada itu, sistem pendidikan juga boleh menjadi salah satu cara

memupuk integrasi dan mewujudkan perpaduan di antara etnik. Sebagaimana

yang kita tahu sekolah ialah sebuah organisasi berbentuk pendidikan yang

kebanyakannya semua kaum atau etnik berada dalam satu bumbung yang

sama. Dari situlah pelbagai kaum atau etnik dapat mempelajari nilai-nilai murni

sesuatu kaum dan seterusnya menghayati proses sosialisasi secara mudah.

Dengan cara tersebut bolehlah mereka mewujudkan perpaduan sebagaimana

yang diharapkan oleh sekolah, masyarakat dan bangsa.

Pelbagai dasar telah dilaksanakan sejak merdeka hingga ke hari ini bagi

mewujudkan integrasi di antara etnik. Walaupun banyak kemajuan dapat dilihat

dalam hubungan antara etnik pada hari ini , tetapi masih banyak yang perlu

dilakukan bagi memantapkan proses integrasi ini. Cabaran-cabaran dan masalah

yang timbul, menunjukkan proses integrasi antara etnik di peringkat sekolah

perlu dikemas kini dan dimantapkan lagi. Perlu ada dasar atau rancangan yang

lebih konkrit bagi mencapai objektif integrasi antara etnik di sekolah.

Ia hendaklah bukan sekadar di kulit luaran tetapi isinya. Pada hari ini tidak

dinafikan menerusi sistem dua aliran yang ada, integrasi antara etnik di sekolah

telah mencapai banyak kemajuan. Walau bagaimana pun, masih banyak yang

perlu dilakukan bagi memantapkan lagi proses integrasi antara etnik di sekolah.

5
630223-04-5449

Oleh itu, pelbagai rancangan dan dasar haruslah difikir dan dikaji bagi

menjadikan sekolah sebagai pusat integrasi antara etnik yang terbaik.

1.1 Definisi Perpaduan (Integrasi)

Satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan

negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat

dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan

kebangsaan bersama dalam kalangan mereka. Perpaduan masyarakat

merupakan sebahagian komponen yang penting daripada pembangunan negara.

Oleh itu, mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciri-ciri masyarakat

majmuk di negara kita (Sanusi Osman, 1989).

Mengikut Sufean Hussein (1996) integrasi bermaksud menyatukan

etnik-etnik atau kelompok-kelompok yang terasing pada asalnya kepada satu

bentuk lain yang tersendiri. Mengikut Khalid Yaakub (1982) pula, integrasi

merupakan proses menyatupadukan secara budaya dan kelompok-kelompok

sosial yang berbeza-beza kepada satu unit yang mempunyai identiti yang umum

dan tersendiri. Mengikut Mohd Salleh Lebar (1998), integrasi yang diterima atau

yang biasa dikehendaki ramai adalah satu proses yang cuba menyatupadukan

masyarakat majmuk atau pelbagai kaum dan mewujudkan pula pembentukan

kebudayaan kebangsaan atau nasional yang tersendiri dalam kalangan mereka.

Perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu integrasi dan asimilasi. Integrasi

merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan

kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam

6
630223-04-5449

sesebuah unit politik. Asimilasi pula ialah satu proses bagaimana kumpulan-

kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya

ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar.

Menurut Vender Zanden (1975), asimilasi ialah satu proses dalam

mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara

berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama.

Cara-cara mencapai perpaduan

Politik Sosial Ekonomi

Integrasi politik Integrasi kebudayaan Integrasi wilayah

Integrasi sosial Integrasi ekonomi

Integrasi pendidikan

Sumber : Majlis Perundingan Kebangsaan (NCC), 2003.

1.2 Definisi Etnik (Kaum)

Etnik atau etnos dalam bahasa asal Greek membawa makna kumpulan

manusia atau bangsa. Ia merujuk kepada pengenalan diri seseorang ke dalam

kumpulan yang mempunyai latar belakang keturunan nenek moyang yang

sama. Mereka mempunyai keturunan dari segi sejarah, negara asal, bahasa,

tradisi, budaya, struktur dan sistem nilai. Mengikut kamus Dewan pula, etnik

merujuk kepada sesuatu kaum atau masyarakat majmuk yang mempunyai

kelompok, yang hidup berlainan tetapi di bawah sistem politik yang sama.

7
630223-04-5449

1.3 Definisi Masyarakat Majmuk

Masyarakat majmuk adalah merujuk kepada keadaan masyarakat di tanah

jajahan seperti mana yang terdapat di Burma, Indonesia dan juga Malaysia.

Masyarakat majmuk di Malaysia dicirikan dari segi kepelbagaian budaya,

pemisahan fizikal, pengenalan kaum melalui perkerjaan, kekurangan kontrak

sosial dan wujudnya satu kumpulan etnik yang dominan dari segi politik.

Walaupun hidup bersama, mereka adalah berasingan (live side by side but

separately), setiap kumpulan mempunyai bahasa, budaya, agama, nilai,

pemikiran dan cara hidup masing-masing (Sufean Hussin, 1996). Mengikut

tokoh antrolopologi terkenal (J. S. Furnival, 1944) mendefinisikan masyarakat

majmuk sebagai kumpulan etnik yang tinggal di bawah satu unit politik (sebuah

negara) tetapi tidak bersatu padu. Perhubungan masyarakat majmuk hanyalah

didasari oleh hubungan ekonomi dan di antara mereka tidak ada azam sosial

bersama (common will) serta tiadanya ikatan normatif. Malahan wujudnya

perpecahan sebagaimana yang digambarkan oleh Furnival: “Perdagangan dan

perindustrian terletak ditangan orang asing sementara penduduk tempatan

kebanyakannya terlibat dalam pertanian, pemodal-pemodal asing mengupah

buruh tempatan atau kuli-kuli yang diimport dari luar” .

8
630223-04-5449

2.0 Punca Masalah Perpaduan Di Malaysia

Antara isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan dan integrasi nasional di

negara ini ialah:

2.1 Sistem Pendidikan Yang Berbeza

Mengikut Ramlah Adam (2003) Sistem persekolahan yang wujud di

negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat yang diperkenalkan oleh

pentadbiran British mulai abad ke 19, iaitu pada peringkat permulaannya, di

Negeri-negeri Selat. Pada awal tahun itu, pihak British memberi keutamaan

kepada pelajaran Melayu dan Inggeris. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan

berkembang secara sendirian.

Sekolah Cina dan Tamil bukan hanya menggunakah bahasa Cina dan

Tamil sebagai bahasa pengantar, gurunya datang dari negara China dan India,

buku teks diimport dari negara China dan berkiblatkan China. Kerajaan sebelum

merdeka menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem persekolahan yang

unggul. Kelulusan sekolah Inggeris terdedah kepada pemikiran Barat.

Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan sekolah-sekolah lain bukan dari

segi bahasa pengantar sahaja, sukatan pelajaran juga tidak sama dan sekolah

Inggeris juga memberi kesan kepada perpecahan yang berlaku di dalam

masyarakat. Jelas sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka memainkan

peranan penting mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik dan, di

samping itu, mewujudkan dua golongan terdidik – berpelajaran Inggeris dan

9
630223-04-5449

berpelajaran vernakular yang tidak mempunyai pandangan dunia (world – view)

yang sama.

Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem

pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang

kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran kepada

segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi

keperluan tenaga dan ekonomi.

2.2 Isu-Isu Selain Pendidikan

2.2.1 Tindakan Kerajaan membantu kaum Bumiputera didalam bidang

sosio-ekonomi telah dilihat sebagai satu diskriminasi terhadap kaum-kaum lain;

2.2.2 Terdapat sebahagian dari kalangan penganut pelbagai agama di

negara ini yang kurang sensitif (peka) dan bertoleransi telah menjejaskan

keharmonian kaum di negara ini.

2.2.3 Kurangnya semangat partriotisme dan kesukarelaan di kalangan

masyarakat boleh menjejaskan perpaduan kaum di negara ini.

2.2.4 Peningkatan kes-kes gejala sosial di kalangan remaja dan

peningkatan kes-kes jenayah boleh mengugat keharmonian serta kesejahteraan

masyarakat.

2.2.5 Pembangunan ekonomi yang tidak seimbang di antara wilayah

khususnya Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia

turut membantutkan kelancaran proses integrasi nasional.

10
630223-04-5449

2.2.6 Fahaman politik yang melampau dan taksub telah membawa

kepada perpecahan di kalangan masyarakat sesama atau antara kaum.

2.2.7 Terdapatnya sekatan tertentu terhadap pergerakan yang bebas

bagi rakyat Malaysia untuk memasukki Sabah dan Sarawak telah menjejaskan

proses integrasi nasional.

2.2.8 Media massa lebih gemar memberi liputan luas dan sensasi

terhadap isu-isu perpaduan yang berbentuk negatif daripada mempromosi

aspek-aspek positif di dalam perpaduan antara kaum.

3.0 Cara-cara Mewujudkan Perpaduan Antara Kaum Dan

Memperkasakan Sekolah

Pelbagai dasar telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan sejak merdeka

hingga ke hari ini bagi mewujudkan perpaduan antara kaum dan

memperkasakan sekolah. Antaranya ialah:

3.1 Memantapkan Lagi Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan

Di Malaysia, pelbagai cara digunakan untuk mewujudkan perpaduan

antara etnik di sekolah. Antaranya menerusi Dasar Pelajaran Kebangsaan yang

menggunakan sukatan pelajaran, buku teks, peperiksaan, pakaian seragam,

sistem latihan guru dan bahasa penghantar yang sama. Sebagai contoh dalam

matapelajaran Pendidikan Islam dan Moral pendekatan yang lebih baik

digunakan agar pelajar dapat memahami tentang keperluan moral, sosial, agama

dan kepercayaan kepada tuhan serta menjadi warga negara yang baik. Pelajar-

11
630223-04-5449

pelajar juga sering bergaul antara pelbagai etnik secara lebih dekat semasa

diadakan kegiatan ko-kurikulum, kerja luar dan juga semasa belajar dalam kelas.

Dengan cara kegiatan tersebut agak mudah untuk guru memupuk semangat

bekerjasama antara etnik dan saling faham dan memahami antara satu dengan

lain.

Sebahagian daripada dasar dan tindakan strategik ini telah dilaksanakan

dengan berkesan walaupun belum sepenuhnya. Misalnya dasar penggunaan

bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan

kebangsaan, sekurang-kurangnya telah mewujudkan generasi dari pelbagai etnik

yang lebih komunikatif antara satu sama lain dan lebih saling memahami. Walau

bagaimana pun pada waktu ini cabaran terhadap bahasa Melayu sebagai

bahasa perpaduan antara etnik kadangkala menghadapi kesukaran kerana

Dasar Pendidikan Kebangsaan yang membenarkan sekolah dua aliran namun,

hasrat murni kita untuk memastikan matlamat penggunaan bahasa Melayu di

semua peringkat sebagai alat integrasi dapat dicapai.

Sementara itu dalam Rancangan Malaysia Pertama, Kedua, Ketiga

hingga Kesembilan, kerajaan terus memperkuatkan sistem pendidikan untuk

memupuk perpaduan negara. Sebagai contoh dalam Rancangan Malaysia

Ketiga penekanan utama dalam proses integrasi ialah dengan penggunaan

bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar utama, pembentukan

keperibadian, pembahagian sumber-sumber negara dengan lebih saksama dan

penyatuan sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak melalui sistem pendidikan

kebangsaan pada akhir tahun 1960-an..

12
630223-04-5449

Oleh itu, pembaharuan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang bertujuan

untuk menggantikan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam kurikulum

yang sedia ada dengan unsur-unsur yang lebih mantap bagi memupuk integrasi

antara etnik perlu disegerakan. Hal demikian kerana Dasar Pelajaran

Kebangsaan adalah teras bagi sistem persekolahan di negara kita. Dasar-dasar

yang tidak sesuai dengan kehendak semasa haruslah digantikan bagi

memastikan integrasi di peringkat sekolah dapat dilaksanakan dengan baik.

3.2 Menjadikan Sekolah Sebagai Alat Perpaduan

Sistem persekolahan sekarang yang memisahkan pelajar mengikut

bahasa penghantar dan perbezaan kumpulan etnik tidak dapat memainkan

peranan yang berkesan untuk memupuk perpaduan dan persefahaman dalam

kalangan pelajar. Usaha-usaha yang gigih harus diambil untuk mengatasi segala

bentuk pengasingan dan pemisahan yang sengaja diadakan.

Satu sistem persekolahan yang sama patut diperkenalkan dengan penggunaan

Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar untuk membentuk satu generasi

baru yang mempunyai keperibadian Malaysia. Di samping itu, hak-hak

kebudayaan kumpulan-kumpulan etnik lain untuk mempelajari bahasa dan

kebudayaan masing-masing patut dihormati dan diberi perlindungan yang

sewajarnya. Perubahan ini hendaklah dilakukan secara saksama dan adil.

Perubahan-perubahan ini juga harus didasarkan atas keinsafan bahawa

kebaikan dan kepentingan masa depan genarasi muda negara ini adalah

mengatasi segala kepentingan-kepentingan lain.

13
630223-04-5449

Sekolah juga harus berperanan menggalakkan pelajar-pelajar supaya

boleh berfikir dan berani mengeluarkan pendapat. Pelajar-pelajar yang berlainan

etnik perlu didedahkan kepada nilai-nilai bersama seperti perasaan kasih

sayang, hormat menghormati, saling membantu, berbudi bahasa, cintakan

keamanan, bencikan kekejaman, jujur, bertanggungjawab dan sebagainya.

Melalui ko-kurikulum pula pelajar-pelajar daripada semua kumpulan etnik

hendaklah digalakkan bercampur dan memceburkan diri dalam menjalankan

aktiviti-aktiviti di sekolah. Dengan ini sekolah akan dapat melahirkan rakyat

Malaysia yang bersatu padu dan mempunyai semangat kemalaysiaan yang kuat

walaupun berlainan etnik.

3.3 Pendemokrasian Pendidikan

Pendemokrasian pendidikan juga dapat memupuk integrasi antara etnik

Pendemokrasian Pendidikan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran

adalah untuk memastikan agar semua kaum atau etnik dapat menikmati

kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada mereka bersekolah di

dalam bandar atau di luar bandar. Baik di bandar mahupun di luar bandar reka

bentuk sekolah-sekolah yang dibina adalah sama. Di samping itu alat-alat yang

dibekalkan seperti kerusi, meja, almari adalah seragam di semua sekolah.

Dengan ini tidak timbul perbezaan antara sekolah sam ada yang digunakan oleh

etnik Melayu, Cina, India atau Bumiputera Sarawak dan Sabah.

Pelajar-pelajar daripada pelbagai etnik tidak disekat untuk untuk bersekolah di

mana-mana sekolah di negara kita. Mereka boleh memilih sekolah pilihan

14
630223-04-5449

masiang-masing. Sekolah-sekolah yang berbeza aliran juga mendapat

kemudahan-kemudahan yang sama. Walaupun mereka menggunakan bahasa

penghantar yang berlainan tetapi sukatan, buku teks, jadual waktu dan

peperiksaan diselaraskan secara berpusat.

Hak-hak kebudayaan kumpulan-kumpulan etnik lain untuk mempelajari

bahasa dan kebudayaaan kumpulan etnik masing-masing patut dihormati dan

diberi perlindungan yang sewajarnya. Perubahan ini hendaklah dilakukan secara

saksama dan adil. Perubahan-perubahan ini harus didasarkan atas keinsafan

bahawa kebaikan dan kepentingan masa depan pelajar mengatasi kepentingan

lain. Dengan ini, Pendemokrasian Pendidikan dapat memupuk proses integrasi

antara etnik.

3.4 Pelaksanaan Sekolah Wawasan

Pelaksanaan Sekolah Wawasan merupakan antara cadangan bagi

memupuk integrasi antara etnik di Malaysia. Sekolah Wawasan adalah sekolah

rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang

sama tanpa mengira kaum dan agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga

sekolah rendah berlainan sekolah akan mempunyai bangunan yang bersambung

antara satu sama lain. Matlamat penubuhan sekolah ini adalah untuk

mewujudkan perpaduan atau integrasi antara murid yang berlainan etnik dan

agama. Ia juga untuk melahirkan sifat toleransi, persefahaman yang tinggi dan

menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua pelajar melalui

perkongsian kemudahan sekolah dan perlaksanaan aktiviti.

15
630223-04-5449

Sekolah Wawasan ini tidak langsung mengubah sistem pembelajaran

yang asal kerana tiap-tiap sekolah mempunyai nama yang tersendiri di samping

urusan pentadbiran dan pengurusan kewangan yang dikendalikan oleh sekolah

masing-masing. Sekolah Wawasan akan membolehkan pelajar-pelajar yang

berlainan etnik menggunakan pelbagai kemudahan secara bersama seperti

kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan padang. Konsep

Sekolah Wawasan ini diharap dapat merapatkan hubungan pelajar dari pelbagai

etnik walaupun berlainan aliran persekolahan.

Sebagai negara yang pesat membangun, Malaysia telah mengalami

pelbagai perubahan dalam semua aspek keperluan negara, khususnya dalam

bidang politik, sosial dan ekonomi. Namun, keutuhan Malaysia yang mempunyai

masyarakat daripada pelbagai etnik, jika tidak diimbangi dengan betul akan

mewujudkan pertentangan kaum. Konsep Sekolah Wawasan yang kini

dipraktikkan adalah satu usaha untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang

bersifat cintakan negara. Jika kerangka konsep sekolah dahulunya terasing

antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang

seragam dan selari dengan hasrat negara.

Pada hari ini masih wujud lagi sekolah yang berasaskan kaum iaitu

sekolah Cina dan Tamil. Sekolah Wawasan boleh dicernakan sebagai

pertembungan etnik dalam satu ruang yang sama. Penggabungan sekolah-

sekolah yang berasaskan etnik ini dalam satu kawasan yang sama, akan

menemukan pelajar yang pelbagai etnik secara kerap dan ini mewujudkan

integrasi etnik dengan cepat.

16
630223-04-5449

3.5 Pelaksanan Sekolah Satu Aliran

Sistem Sekolah satu aliran merupakan satu lagi alternatif bagi memupuk

integrasi antara etnik di sekolah. Sistem sekolah satu aliran ialah sistem yang

menggunakan satu bahasa penghantar saja di sekolah-sekolah. Dalam konteks

Malaysia, bahasa penghantar adalah bahasa Melayu. Pada waktu ini, di negara

kita terdapat tiga aliran sistem persekolahan iaitu sekolah kebangsaan iaitu

berbahasa penghantar bahasa Melayu, sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan

sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Masalah yang timbul di sini ialah kurangnya

interaksi antara pelbagai etnik yang menggunakan pelbagai sistem ini. Ini

menyebabkan proses integrasi antara etnik di peringkat sekolah berjalan agak

perlahan dan lambat.

Menerusi sistem sekolah satu aliran, penggunaan bahasa oleh kawan-

kawan lain tidak akan menyebabkan berlakunya penghapusan bahasa ibunda

lain-lain etnik. Alternatifnya ialah bahasa Cina dan Tamil perlu dijadikan subjek

wajib bagi pelajar berkenaan dan subjek pilihan kepada pelajar Melayu atau

sesiapa saja daripada lain-lain etnik yang berminat. Di samping mereka boleh

bergaul secara meluas , mereka juga boleh memahami budaya etnik atau kaum

lain.

Jika ini dapat dipraktikkan masalah hubungan antara etnik yang lambat

dapat diatasi dengan sendirinya melalui pergaulan antara pelajar dan saling

memahami antara satu sama lain. Kita dapat melihat dengan jelas bahawa

dengan terasingannya sekolah rendah ini telah menanam semangat perkauman

17
630223-04-5449

atau etnik pelajar sekolah rendah dari awal lagi. Fenomena ini akan menular pula

di peringkat sekolah menengah dan Institut Pengajian Tinggi.

Menerusi sistem sekolah satu aliran ini, semangat perkauman atau etnik

akan dapat dihapuskan dari peringkat sekolah rendah lagi. Pergaulan di antara

pelbagai etnik yang berlainan membuatkan mereka lebih mengenali antara satu

sama lain dan dapat bertolak ansur jika timbul sesuatu masalah. Hal ini perlu

diberikan perhatian segera demi mewujudkan proses integrasi yang jitu antara

pelbagai etnik demi masa depan negara yang makmur dan harmoni.

3.6 Sukan Untuk Perpaduan

Sukan memainkan peranan sebagai alat perpaduan tanpa mengira

ideologi dan dapat menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan

masyarakat atau pelajar. Aktiviti sukan tidak mengehadkan penyertaan kepada

sesuatu kaum sahaja malahan membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka

yang berminat.

Pada peringkat sekolah, sukan merupakan aktiviti kokurikulum yang

sangat digalakkan. Majlis Sukan Sekolah-Sekolah telah ditubuhkan pada

peringkat daerah, negeri dan kebangsaan untuk menggalakkan aktiviti sukan.

Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan diadakan dua tahun sekali jelas

memainkan peranannya untuk mengeratkan perpaduan antara kaum dan

hubungan antara negeri.

18
630223-04-5449

3.7 Sistem Persekolahan Yang Sama Bagi Semua

Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan Sekolah-

Sekolah Umum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantarnya dan Sekolah-Sekolah Jenis Umum menggunakan bahasa

pengantar Cina, Tamil dan Inggeris. Kepentingan bahasa Melayu sebagai

bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan. Walaupun pada peringkat rendah ini

sekolah-sekolah diasingkan oleh bahasa pengantar yang berbeza namun

sukatan pelajaran dan sistem persekolahan disamakan. Pada peringkat

menengah pula ditubuhkan Sekolah Menengah Kebangsaan dengan pengantar

bahasa Melayu dan semua kanak-kanak akan memasuki sama ada Sekolah

Menengah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Inggeris tanpa mengira bahasa

pengantar yang dilaluinya pada peringkat rendah.

3.8 Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Pengantar Utama

Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum

di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu

bahasa perhubungan iaitu Bahasa Malaysia dan persefahaman di antara satu

kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga.

Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di

negara ini.

19
630223-04-5449

3.9 Kurikulum Yang Sama

Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya

segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur

kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk

diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah

untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani,

akal dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga berperanan

untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan

perpaduan yang berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan tenaga

rakyat yang terlatih untuk keperluan negara.

3.10 Sukatan Pelajaran Yang Seragam

Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh

Penyata Razak adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran

kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara. Mata pelajaran Sejarah, Sivik,

Pendidikan Moral memainkan peranan penting ke arah matlamat pembangunan.

Melalui pelajaran tersebut diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan

perasaan hormat menghormati terutama dalam masyarakat yang berbilang

kaum, agama dan adat resam.

20
630223-04-5449

3.11 Peperiksaan Yang Seragam

Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah

telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang

seragam. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang

kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama.

3.12 Lain-Lain Program Yang Meyokong Perpaduan Kaum

Di Sekolah

3.12.1 Program Patriotisme melalui aktiviti-aktiviti yang boleh membina

jati diri serta semangat kecintaan kepada bangsa dan negara seperti Kuiz Bina

Bangsa/budaya, Debat Perpaduan, Kempen Kibar Jalur Gemilang, Pertandingan

Lagu Patriotik, Kem Padu Anak Malaysia, Mantor-mentee, Kawat kaki (Kelab dan

Persatuan), Homestay, Perhimpuan/nyanyian dan Lawatan Integrasi/anak

Angkat/Pesta.

3.12.2 Program Promosi pula dibuat bagi memperluaskan hebahan

kepada masyarakat/pelajar agar kesedaran terhadap kepentingan perpaduan

dan integrasi nasional akan sentiasa subur. Antara aktiviti di bawah program ini

adalah seperti Sayembara Cerpen Remaja Perpaduan, Majalah/Buletin

Perpaduan, Bulan Perpaduan (bulan Mei), Brosur dan Segmen di Media.

21
630223-04-5449

4.0 Perpaduan Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), tumpuan

memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK) diberi kepada sekolah rendah. Ini

kerana SK berperanan penting sebagai tapak untuk menyemai serta memupuk

perpaduan di antara kaum dari peringkat awal persekolahan. Ciri-ciri SK

perkasa ialah : Infrastruktur lengkap dan berkualiti, Pemimpin dan guru cekap,

terlatih dan berkualiti, semua pelajar menguasai 3M, Beraspirasi nasional,

Menawarkan bahasa Cina dan bahasa Tamil, Pencapaian akademik cemerlang,

Sistem sokongan yang kuat dan mencukupi, Iklim dan budaya sekolah yang

sihat, Penawaran dan pelaksanaan kurikulum berasaskan pelanggan,

Penawaran dan pelaksanaan kokurikulum yang berkesan, Pencapaian sahsiah

pelajar cemerlang.

5.0 Penutup

Dasar yang dimainkan dalam bidang pendidikan amatlah penting dalam

proses integrasi dan pembangunan sesebuah negara. Dengan perkembangan

ekonomi yang cepat menyebabkan keadaan mobiliti masyarakat terus berubah .

Dalam masa yang sama, kita harus terus mempertahankan nilai-nilai perpaduan

yang diasaskan sebelum ini. Bidang pendidikan merupakan bidang terpenting

bagi menjadi alat perpaduan antara etnik. Hanya menerusi pendidikan saja,

rakyat Malaysia yang berbilang etnik dapat disemai rasa semangat kekitaan dari

sejak kecil hinggalah dewasa. Oleh itu segala dasar dalam pendidikan yang

22
630223-04-5449

dapat memupuk integrasi antara kaum haruslah disokong sepenuhnya oleh

setiap rakyat Malaysia.

Sesuai dengan perubahan masa, pelbagai dasar yang telah diwujud sejak

daripada kita merdeka hinggalah sekarang perlulah sering disemak bagi

memastikan setiap dasar yang di rancang dapat melaksanakan proses integrasi

antara etnik di sekolah dengan berkesan.

Sekolah merupakan unit yang terpenting dalam sistem pendidikan kita

bagi mewujudkan integrasi di antara etnik. Kegagalan proses integrasi di

sekolah, khasnya di peringkat rendah akan menyebabkan juga gagalnya proses

integrasi peringkat menengah dan seterusnya di universiti. Ini seterusnya akan

menghasilkan masyarakat Malaysia bukan saja berlainan etnik tetapi tidak

bersatupadu dan berlainan kefahaman.

Oleh itu, pelbagai cara harus digunakan bagi memupuk integrasi antara

etnik di sekolah. Cadangan-cadangan yang diutarakan seperti konsep Sekolah

Wawasan atau Sekolah Satu aliran harus difikirkan bagi mewujudkan integrasi

antara etnik. Sekolah adalah tempat bermula segalanya dan ia harus dijaga

dengan baik dan sempurna. Sekolah juga harus relevan dengan kehendak

semasa yang sentiasa berubah. Seandainya terdapat perubahan yang berlaku,

sekolah sebagai pusat integrasi etnik terpenting jangan sesekali hilang

upayanya. Hal ini bertujuan supaya rakyat Malaysia yang berbilang etnik atau

kaum dapat hidup bersatu padu, harmonis dan berjiwa Malaysia.

23
630223-04-5449

BIBLIOGRAFI

Abd Rahim Abd Rashid, (1993), Pendidikan Nilai Merentasi Kurikulum. Dewan

Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur.

Akta Pendidikan 1961, (1984), International Law Book Service, Kuala Lumpur.

Akta Pendidikan 1996, (1998), International Law Book Service, Kuala Lumpur.

Amir Hasan Dawi, (1999), Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Quantum

Books, anjung Malim.

Hamedi Mohd Adnab, (1994), Bahasa Melayu STPM, Nurin Enterprise, Kuala

Lumpur.

Hoy, Wayne K. & Miskel, Cecil G. (1987), Educational Administration, Theory

Research and Practice (3rd Edition), Random House, New York.

Hoy, W.K (1969), Pupil Control Ideology And Organizational Socialization School

Review, Vol. 77, 257 – 256.

Hussein Hj. Ahmad, (1993), Pendidikan dan Masyarakat, Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kuala Lumpur.

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, (1988),

Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.

Mohd Salleh Lebar, (1998), Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah dan

Pendidikan, Thinker’s Library Sdn. Bhd, Selangor.

24
630223-04-5449

Mohd Yazid Yusoff, Mohd Noor Mohd Zain, Idris Omar, (2007), Persamaan dan

Perbezaan Akta Pelajaran 1961 Dengan Akta Pendidikan 1996, Universiti Utara

Malaysia, Kedah.

Sanusi Osman, (1989), Ikatan Etnik dan Kelas di Malaysia, Universiti

Kebangsaan Malaysia, Selangor.

Shahril @ Charil Marzuki, Zainun Ishak, Leo Pau Wing, Dr. Saedah Hj. Siraj,

(1993), Pendidikan di Malaysia, Utasan Publication, Kuala Lumpur.

Sufean Hussin, (1996), Pendidikan Di Malaysia – Sejarah, Sistem dan Falsafah,

Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Kamus Dewan, Edisi ketiga, 1996

Dewan Masyarakat, Oktober 2000, m/s 14-25

Dewan Masyarakat , Januari 2001, m/s 50-51

Massa, 14-20 April 2001, m/s 62-63.

Dewan Masyarakat, Jun 2001, m/s 44-45.

Massa, 29 Dis- 4 Jan 2002, m/s 12-13

25
630223-04-5449

Bahan Tambahan dari Internet

BookFinder.com: Book directory [e3ef08de] ,P. Ramlee, Seniman Agung Dunia


Melayu: Kumpulan Kertas Kerja (9679120678) Tun Hussein Onn, Bapa
Perpaduan: Tun Hussein Onn, Father of Unity ...www.bookfinder.com
/dir/e3ef08de

Education And Modernization In The Third World: , Kertas ini dimaksudkan


untuk menyelidik peranan pendidikan dalam membuka jalan ... pendidikan
moden membuktikan tidak membawa perpaduan menuju pemodenan politik.
...www.penerbit.ukm.my/jdem17-4.html.

Islam Hadhari, Seminar & Kertas Kerja. Informasi Terkini / Aktiviti. Undian Islam
Hadhari. F.A.Q ... mahukan sekolah kebangsaan berupaya memperagakan
kurikulum baru di bawah .www.islamhadhari.net/v4/ ucapanpm / detail.php?
nkid=20.

JasinDaily ,... melemahkan serta menghapuskan sekolah agama rakyat di


seluruh dunia, menunjukkan ... di mana tidak berlakunya pergolakan kaum
dalam peristiwa hitam 13 Mei 1969 di ...www.jasindaily.blogspot.com
/om/sejarah3.html

KERTAS KERJA KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN (MTT2353)


PENDIDIKAN PRA SEKOLAH ... aspek sosiolisasi, perpaduan akhlak di
samping aspek perkembangan.. members.tripod.com/~sarjana/pra1.html

KERTAS KERJA SEMINAR PEMBANGUNAN & ISU-ISU GLOBAL (MTP 3012)


KONFLIK ... quo di kalangan etnik, tetapi tidak diterapkan unsur-unsur integrasi
nasional. ..,members.tripod.com/~sarjana/konflik1.html

KERTAS KERJA SOSIOLOGI PENDIDIKAN (MTT 3303) SEJARAH


PENDIDIKAN DI MALAYSIA ... memelihara dan menjaga perpaduan dan
keharmonian kaum dalam mana-mana ...sarjana.tripod.com.

MASALAH13MEI ,... merupakan proses bagi mewujudkan identiti nasional di


kalangan kumpulan-kumpulan ... Menggalak dan memperkukuhkan integrasi
nasional dengan mengurangkan jurang ...www.angelfire.com/on2/
Saifulazrulchelah/MASALAH13MEI.html.

26
630223-04-5449

Patriot Malaysia - Memacu Misi Nasional- YAB Dato' Seri Abdullah Haji ...
Polarisasi kaum masih boleh dilihat di sekolah, di tempat kerja dan dalam ...
punca yang boleh menggugat perpaduan kaum dan kestabilan negara,
seterusnya.www.patriotisme.net.my/modules.php?name=News&file
=article&sid=28.

POLITICAL/ARCHIVES/C0A-303.HTML ,.. diraja untuk menyiasat keadaan


perpaduan nasional di Malaysia, agar penyelesaian .. tersebut dan
membentangkan satu kertas putih di Dewan ini dengan
..www.angelfire.com/journal2/tsgtan/POLITICAL/ARCHIVES/C0A-03.HTML.

::Roslan SMS Corner:: ,... ulangtahun ketiga Pelan Integrasi Nasional dan
Institut Integriti Malaysia semalam. ... penyokong BN yang berkebetulan
berkumpul di sekolah Cina berkenaan.
n32.blogspot.com/2007_04_01_archive.html

Search Results ,... sejumlah besar sekolah-sekolah dan pelajar-pelajar


khususnya di luar bandar. ... di mana tidak berlakunya pergolakan kaum dalam
peristiwa hitam 13 Mei 1969 di ...mesra.net/forum/index.php?
...&act=Search&CODE=getalluser&mid=16240.

UCAPAN YB DATUK DR MAXIMUS JOHNITY ONGKILI MENTERI DI JABATAN


PERDANA ... (PDF) , DAN INTEGRASI NASIONAL DI DALAM MEWUJUDKAN
SUASANA EKONOMI, ... PENGAJARAN AGAMA-AGAMA LAIN DI SEKOLAH
BANTUAN. KERAJAAN, PIHAK JAWATANKUASA BERPENDAPAT. www.pbs-
sabah.org/bandau/speech/bentang.pdf

zukri @ keADILan ,.. istilah, interaksi antara kaum, integrasi nasional dan
sebagainya, tetapi amat ... kediaman di UKM yang memperkenalkan
penggunaan nombor siri pada kertas undi dan ...zukri-keadilan.blogdrive.com

27

You might also like