You are on page 1of 2

Isu kedua adalah berkenaan penyalahgunaan wang.

Sejak akhir – akhir ini, semakin banyak isu mengenai


penyalahgunaan wang di kalangan guru disiarkan dalam media massa. Sebagai contoh, seorang guru
telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana memalsukan invois dan pesanan kerajaan yang mengandungi
butir palsu (Berita Harian, 2008). Antara contoh lain penyalahgunaan wang yang berlaku di sekolah
adalah seperti memaksa murid membeli buku aktiviti tambahan untuk dapatkan komisyen daripada
pengedar, melakukan pembelian tanpa mengikut tatacara pembelian, mengemukakan tuntutan
perjalanan yang mengandungi butiran yang palsu, guru mengutip yuran khas daripada pelajar tetapi
tidak menyerahkannya kepada pihak sekolah dengan tujuan membelanjakan wang tersebut untuk
kepentingan diri, guru tidak mengeluarkan resit bagi setiap pembayaran yang dilakukan murid dan
banyak lagi.

Ada beberapa sebab kenapa masalah ini berlaku. Pertama adalah berpunca dari individu yang
menguruskan wang itu sendiri. Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang biasanya mempunyai
sikap tamak dan ingin hidup mewah. Apabila tamak dan kehendak yang tidak kesampaian menguasai
diri, maka guru menjadi gelap mata dan bertindak menggelapkan wang yang telah diamanahkan
kepadanya. Ini berkait rapat dengan penghayatan nilai murni dan keimanan dalam diri. Guru yang
menyalahgunakan wang tidak menghayati nilai kejujuran dalam hidup dan lemah imannya untuk
menepis godaan syaitan. Seterusnya adalah guru tersebut kurang faham akan prosedur dalam
menguruskan wang menyebabkan guru tersebut secara sambil lewa menguruskan wang yang dikutip
dan diperuntukkan. Akhir sekali, guru tersebut biasanya lemah dalam menghayati kod etika
profesionnya yang menggariskan batas – batas tatacara pengurusan kejayanya.

Punca yang kedua mengapa masalah ini boleh berlaku adalah dari pihak pentadbir. Antaranya ialah
penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya pemantauan yang dijalankan oleh pihak pentadbiran
terhadap pengurusan wang di sekolah. Apabila kurangnya pemantauan dan penguatkuasaan juga adalah
lemah, maka guru – guru menjadi lebih berani untuk menggelapkan wang kerana mereka tidak perlu
risau akan akibat daripada tindakan yang diambil. Tidak kurang juga pihak pentadbir yang kurang jelas
mengenai prosedur pengurusan perbelanjaan di sekolah yang menyebabkan guru – guru mengambil
kesempatan menipu atau memalsukan butir – butir perbelanjaan untuk kepentingan diri.

Masalah ini jika dibiarkan berterusan akan menjurus kepada permasalahan yang lebih besar dan
kesannya amatlah buruk. Menyedari hakikat ini, maka langkah yang sesuai dan berkesan perlu diambil.
Pertama, pihak pentadbir perlu mempertingkatkan lagi sistem pemantauan (monitoring) dan susulan
yang sedia ada supaya lebih berkesan dan cekap dengan cara sentiasa memeriksa Buku Tunai dan Buku
Resit bagi mengelakkan daripada berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan wang sekolah.
Seterusnya guru besar hendaklah mengambil tindakan segera terhadap segala kelemahan yang
dibangkitkan, menyelia tugas-tugas pungutan sekolah dengan lebih cekap bagi mengelakkan
penyelewengan dan penyalahgunaan pendapatan sekolah, membuat penyelidikan yang rapi terhadap
guru-guru di bawah jagaan bagi memastikan mereka memahami undang - undang, peraturan kewangan,
pekeliling - pekeliling dan arahan - arahan yang diedarkan dari masa ke semasa supaya dapat
melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan akhir sekali guru besar hendaklah peka terhadap teguran
dan nasihat Audit agar dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan kewangan di sekolah.

Rakan sejawat juga memainkan peranan penting dalam membendung masalah ini dengan cara memberi
nasihat kepada rakan yang menyalahgunakan wang supaya sedar akan kesalahan yang telah dilakukan
dan melaporkan kepada pihak pentadbiran tentang kesalahan yang telah dilakukan oleh rakan serta
tidak bersubahat dalam menyalahgunakan wang.

Akhir sekali adalah bergantung kepada individu itu sendiri untuk berubah. Guru yang terlibat dalam
penyalahgunaan wang perlu sentiasa bermuhasabah diri dan hidup mengikut kemampuan. Seterusnya,
guru perlu bijak dalam memilih kawan yang boleh menjadi teladan dan mampu memberi nasihat agar
dapat terus memperbaiki kelemahan diri, bekerja dengan ikhlas dan tekad menolak rasuah dengan
tegas.

Secara kesimpulannya, guru sebagai penjawat awam perlu berpegang teguh kepada kod etika yang telah
digariskan. Isu –isu pelanggaran kod etika keguruan seperti isu penyalahgunaan masa dan
penyalahgunaan wang di sekolah perlu dibendung daripada terus menular kerana ianya membawa
kesan yang buruk terhadap profesion keguruan, pembangunan modal insan dan masa depan anak
bangsa.

You might also like