You are on page 1of 13

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ULU KINTA

PERAK DARUL RIDZUAN

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN


TAHUN 3 SEMESTER 1

UNIT PENEMPATAN:
DEWAN BERSALIN
HOSPITAL KUALA KANGSAR

TAJUK:
GESTATIONAL DIABETES MELLITUS (GDM)

NAMA PELATIH : MOHD AZRIN BIN MD JAAFAR

NO I/C : 830321-12-5457

NO. MATRIX : BPP 2008 – 6132

TARIKH : 11/10/2010 – 22/10/2010


PATIENT’S BIODATA:
Name : Devi A/p Muniappan

R/N : 6264

I/C No : 751019-08-5540

Date of Birth : 19 Oktober 1975

Sex : Female

Age : 45 Years

Race : Indian

Religion : Hindu

Marital Status : Married

Occupation : Housewife

Patients Pregnancy History:

Gravida/Para Gravida 5 Para 1+3


LMP 07 February 2010
EDD 14 February 2010
Blood Group O
Rhesus Positive (+Ve)
Height 151 cm
Diagnosis 1. GDM on diet control
2. Anaemia in pregnancy
- Hb: 6.4 10.8 10.9 (25/08/2010)
MOGTT Result Antenatally:
07 May 2010: 5.6/7.7
10 May 2010: 5.75/7.16

Latest BSP : 5.2/5.8/5.2/5.3

PENGENALAN
Gestational Diabetes Mellitus (GDM) ialah kondisi di mana wanita yang sebelum
ini belum pernah didiagnosakan menghidap kencing manis mengalami peningkatan
glukosa dalam darah semasa sedang mengandung.

Gestational Diabetes pada umumnya mempunyai beberapa simptom umum yang


boleh dikenalpasti melalui pemeriksaan kesihatan semasa mengandung. Ujian diagnostik
lazimnya dilihat pada peningkatan tahap glukosa dalam darah. Gestational Diabetes
Mellitus lazimnya berlaku pada 3%-10% jumlah ibu yang mengandung. Tiada sebarang
faktor penyebab utama yang diketahui sehingga kini. Namun, sesetengah daripada pakar
kesihatan mengaitkan faktor peningkatan hormon semasa mengandung menyebabkan
insulin menjadi resistant yang mengakibatkan impaired glucose tolerence.

Bayi yang dilahirkan daripada ibu yang mempunyai GDM berisiko untuk
mendapat beberapa masalah seperti komplikasi semasa kelahiran, kadar gula rendah
dalam darah dan jaundis. GDM adalah suatu keadaan yang boleh dirawat dan wanita
yang mampu mengawal paras glukosa dengan baik, boleh mengurangkan risiko ini.

Wanita dengan gestational diabetes mellitus berisiko tingi untuk mendapat type 2
diabetes mellitus. Terdapat juga kondisi yang jarang-jarang berlaku, penghidap akan
mengalami late autoimmune diabetes atau diabetes type 1. Ibu juga seringkali berhadapan
dengan risiko kejadian pre-eclampsia dan pembedahan caesarean. Anak yang dilahirkan
juga seringkali akan menghidap childhood obesity dan type 2 diabetes mellitus menjelang
fasa hidup berikutnya. Pesakit dengan gestational diabetes mellitus lazimnya tidak
memerlukan ubatan. Perawatan hanya melalui kawalan diet dan senaman. Akan tetapi,
terdapat juga beberapa kes yang memerlukan bantuan ubatan seperti ubatan anti-diabetik
atau suntikan insulin.

LITERATURE REVIEW
Gestational Diabetes Mellitus (GDM) didefinisikan sebagai suatu keadaan dimana
glukosa menjadi tidak toleran daripada pelbagai aspek yang dikesan semasa
mengandung. GDM ini dikesan semasa peeringkat pengskrinan ibu-ibu mengandung bagi
mengesan sebarang komplikasi yang mungkin didalami semasa mengandung. Umumnya
GDM dikesan bagi ibu-ibu mengandung yang sebelum dalam tempoh mengandung
mempunyai sejarah penyakit diabetes atau pun sejarah keturunan yang mempunyai
keadaan ini. Kajian menunjukkan ibu-ibu yang pernah mengalami sejarah GDM
berkemungkinan untuk mendapat penyakit diabetes di luar empoh kehamilan (Thomas
A. Buchanan & Anny H. Xiang; March 1,2005).

Lebih kurang 7% daripada semua kes-kes kehamilan akan mengalami GDM, yang
merekodkan kes lebih daripada 200,000 kes setiap tahun. Prevalen boleh terdiri daripada
1 hingga 14% daripada semua kehamilan, bergantung kepada populasi kajian dan ujian
diagnostik yang dijalankan (American Diabetes Association).

Gestational Diabetes Mellitus merupakan suatu keadaan yang sering berlaku


namun ianya dikaitkan dengan kontroversi penyakit. Banyak kajian menunjukkan
berlakunya peningkatan di dalam kesan sampingan semasa peringkat kehamilan. Dalam
kebanyakan rawatan yang dilakukan, dapat dinyatakan bahawa berlakunya pengurangan
di dalam kejadian kes dystocia namun yang demikian tidak dapat dinyatakan bahawa
proses kelahiran melalui kaedah cesarean tidak menunjukkan sebarang pengurangan
dalam morbiditi perinatal. Ibu-ibu hamil yang mengalami keadaan ini dinasihatkan untuk
mengawal pemakanan, melakukan senaman ringan serta mendapatkan nasihat kaunseling
nutrisi bagi mengekalkan normoglycemia (American Family Physician; Management of
Gestational Diabetes Mellitus).

KLASIFIKASI
Keadaan ini (Gestational Diabetes Mellitus – diabetes yang berlaku semasa
kehamilan) boleh dibahagikan kepada 2 jenis yang utama iaitu:

1. Jenis A1:
Oral Glucose Tolerance Test (OGTT) yang abnormal tetapi paras glukosa dalam
darah semasa berpuasa dan 2 jam selepas makan adalah normal ; modifikasi diet
adalah mencukupi untuk mengawal paras glukosa.
2. Jenis A2:
OGTT yang abnormal dan paras glukosa semasa berpuasa ataupun selepas makan
juga abnormal ; terapi tambahan dengan insulin atau ubatan lain adalah
diperlukan.

ETIOLOGI

Gestational Diabetes Mellitus ini berlaku diakibatkan oleh beberapa faktor.


Antara keadaan yang menyebabkan berlakunya kondisi ini adalah:

a) Mempunyai sejarah GDM


b) Keturunan yang mempunyai diabetes jenis ke – 2
c) Usia terutamanya lebih daripada 35 tahun
d) Berat badan yang tinggi (obesiti)
e) Kelahiran lepas menghasilkan anak yang mempunyai berat badan yang tinggi
f) Masalah-masalah obstetric lepas
g) Perokok
h) Polycystic ovarian syndrome

PATOFISIOLOGI
Gestational Diabetes Mellitus ini berlaku akibat daripada peningkatan hormon estrogen
dan hormon progesterone yang kemudiannya merangsang proses glukoneogenesis
(pemecahan lemak/protein kepada glokosa di dalam badan).

Mekanisma spesifik yang menyebabkan GDM masih tidak diketahui. Namun,


faktor yang dijangka ramai adalah disebabkan oleh insulin resistance. Hormon yang
dihasilkan semasa mengandung dan beberapa mekanisme lain dikatakan menyebabkan
gangguan kepada tindakan insulin untuk bergabung dengan insulin receptor. Gangguan
mungkin berlaku semasa fasa cell signaling pada insulin receptor. Gangguan pada insulin
binding menyebabkan kebanyakan molekul glucose tidak dapat dibawa masuk ke dalam
sel. Faktor ini mengakibatkan pengumpulan glucose dalam darah dan seterusnya
menyebabkan kadar glucose dalam darah meningkat. Kejadian ini dapat diatasi dengan
meningkatkan kadar insulin dalam darah dalam kadar 1.5 hingga 2.5 kali ganda dari
kadar kandungan normal.

Insulin resistance merupakan kejadian normal yang berlaku pada trimester kedua
dan ketiga semasa mengandung. Ini kerana bekalan glukose dalam darah mesti dalam
keadaan mencukupi untuk pembesaran fetus. Wanita dengan GDM dan insulin resistant
dikatakan mempunyai masalah dalam penghasilan insulin pada beta-cell of pankrease.
Hormon placenta dan peningkatan lemak semasa mengandung memburukkan lagi
keadaan dan menggalakan kejadian insulin resistant. Antara hormone yang dikaitkan
ialah cortisol, progesterone, human placental lactogen, prolactin dan estradiol.

MANIFESTASI KLINIKAL
Selalunya GDM tidak akan menunjukkan sebarang simptom tetapi sesetengah ibu
mungkin akan mengalami kondisi seperti yang berikut:

a) Kehausan meningkat
b) Urinasi meningkat
c) Berat badan menurun
d) Fatigue
e) Loya dan muntah
f) Infeksi yang kerap pada bladder, vagina dan kulit
g) Penglihatan kabur

INVESTIGASI
Investigasi yang selalunya digunakan dalam penyaringan GDM adalah Modified
Oral Glucose Test (MOGTT).

a) Ujian ini dilakukan pada pagi hari selepas berpuasa selama semalaman dalam
lingkungan 8 hingga 14 jam.
b) Sampel darah diambil dan diuji tahap glukosa.
c) Kemudian ibu diberikan minuman glukosa sebanyak 75 gram.
d) Sampel darah diambil lagi selepas 2 jam pertama untuk memerhati metabolisma
glukosa dalam darah.

TEST FOR GESTATIONAL DIABETES

Non-challange blood glucose tests:

 Fasting glucose test


 2-hour postptandial (after a meal) glucose test
 Random glucose test

Screening glucose challange test

Oral glucose tolerance test (OGTT)

1999 WHO DIABETES CRITERIA


Condition 2 hour glucose Fasting glucose

Mmol/l(mg/dl) Mmol/l(mg/dl)

Normal <7.8 (<140) <6.1 (<110)

Impaired fasting glycemia <7.8 (<140) ≥ 6.1 (≥110) & <7.0(<126)

Impaired glucose tolerance ≥7.8 (≥140) <7.0 (<126)

Diabetes Mellitus ≥11.1 (≥200) ≥7.0 (≥126)

PENGURUSAN
Tujuan utama rawatan adalah untuk mengurangkan risiko GDM kepada ibu dan
anak. Kajian menunjukkan bahawa pengawalan paras glukosa yang baik boleh
mengurangkan komplikasi yang serius seperti macrosomia.

Ujian OGTT haruslah diulang selepas 2 – 4 bulan selepas kelahiran untuk


memastikan diabetes telah tiada.

Selain daripada itu, kejadian macrosomia boleh dikesan dengan menggunakan


alatan sonography (ultrasound) bagi melihat pertumbuhan fetus di dalam rahim.

Kaunseling, Gaya Hidup dan Pengawalan

Kaunseling sebelum kehamilan (contohnya, tentang pencegahan folic acid


supplements) adalah penting untuk kehamilan yang sempurna. Kebanyakan wanita boleh
mengawal GDM mereka dengan mungubah diet dan melakukan senaman. Tetapi
sesetengah wanita memerlukan ubatan anti-diabetic untuk mengawal keadaan in daripada
menjadi bertambah serius. Antara ubatan yang sering digunakan untuk kawalan GDM
ialah melalui terapi insulin.

Ubat-ubatan

Antara ubat-ubatan yang sering digunakan untuk kawalan kondisi GDM ini
adalah:

a) Terapi insulin
b) Ada kajian yang menunjukkan sesetengah Oral Hypo-Glycemic Agents (OHA)
adalah kurang berbahaya semasa kehamilan iaitu Glyburide, generasi kedua
sulfonylurea.

KOMPLIKASI
Keadaan ini boleh mendatangkan beberapa komplikasi terhadap ibu juga bayi
yang dilahirkan. Antara komplikasi-komplikasi yang mungkin dialami oleh ibu serta
fetus adalah:

a) Polihydromious:
Kandungan cecair amnion yang berlebihan

b) Pregnancy Induced Hypertension (PIH):


Peningkatan tekanan darah akibat daripada kehamilan

c) Abortion:
Keguguran

d) Macrosomia:
Berat badan fetus yang berlebihan serta tidak sekata mengikut tempoh kehamilan

e) Ketoacidosis:
Konsentrasi yang tinggi terhadap ketone bodies akibat daripada pemecahan asid
lemak

f) Dystocia:
Berlaku apabila berlakunya cephalopelvic disproportion, posisi fetus yang tidak
normal serta berlakunya aktiviti uterus yang tidak sekata

g) Pre-eclampsia:
Berlakunya peningkatan tekanan darah pada ibu yang hamil dengan terdapatnya
kandungan protein di dalam urin

RUMUSAN
Kesimpulannya, keadaan Gestational Diabetes Mellitus ini boleh dirawat melalui
kawalan pemakanan serta terapi ubatan. Namun yang demikian pendedahan awal
haruslah diberikan kepada ibu yang mengandung bagi memastikan bahawa pencegahan
boleh dilakukan seawal peringkat pertama kandungan. Ini adalah untuk memastikan
timbulnya kesedaran terhadap keadaan ini dikalangan ibu yang mengandung dan
langkah-langkah pencegahan boleh dilakukan.

Selain itu, pemantauan yang berterusan terhadap ibu-ibu yang mengandung ini
juga adalah perlu bagi memastikan keadaan kesihatan yang optimum terhadap ibu serta
fetus dalam kandungan.

Sebarang komplikasi yang dialami oleh setiap ibu-ibu yang mengandung haruslah
diselia dengan lebih kerap bagi memerhatikan sebarang bentuk keadaan yang boleh
mengancam nyawa ibu serta fetus. Ini adalah perlu supaya tindakan awal dapat dilakukan
bagi menjamin kesihatan yang baik.

RUJUKAN
Mires GJ, Williams FL, Harper V. Screening practices for gestational diabetes mellitus
in UK obstetric units. Diabet Med 1999; 16(2): 138-41. 

Canadian Diabetes Association Clinical Practice Guidelines Expert Committee.


Canadian Diabetes Association 2003 Clinical Practice Guidelines for the Prevention
and Management of Diabetes in Canada. Can J Diabetes 2003; 27 (Suppl 2): 1–140.

Gabbe SG, Gregory RP, Williams SB, Schulkin J. Management of diabetes mellitus by
obstetrician-gynecologists. Obstet Gynecol 2004; 103(6): 1229-34.

Chu SY, Callaghan WM, Kim SY, Schmid CH, Lau J, England LJ, Dietz PM. Maternal
obesity and risk of gestational diabetes mellitus. Diabetes Care 2007; 30(8): 2070-6

Langer O, Conway DL, Berkus MD, Xenakis EM, Gonzales O. A comparison of


glyburide and insulin in women with gestational diabetes mellitus. N Engl J Med.
2000;343(16):1134-8.

David K. Turok, Stephen D. Ratcliffe, Elizabeth G. Baxley. Management Of Gestational


Diabetes Mellitus; Am Fam Physician. 2003 Nov 1:68(9):1767-1773.

You might also like