P. 1
Proposal Tesis

Proposal Tesis

|Views: 2,660|Likes:
Published by irfan haziq

More info:

Published by: irfan haziq on Jun 01, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/19/2014

pdf

text

original

BAB 1 PENDAHULUAN 1.

1 PENGENALAN Pembuatan keputusan adalah salah satu cabang psikologi yang meliputi kajian tentang tingkah laku kognitif seseorang individu dan meliputi suatu proses mental manusia di mana seseorang individu itu bertindak dan bertingkah laku dalam membuat keputusan atau pelan pilihan yang terbaik untuk dirinya berdasarkan tujuan dan strategi-strategi tertentu yang telah di tetapkan oleh mereka. Menurut Robin Forgarty dan James Bellanca (1990) dalam Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) telah mengkategorikan kemahiran berfikir dalam pembuatan keputusan sebagai pemikiran yang kritis dan mereka telah mendifinisikannya sebagai “ Making a choice based on reasoned judgement”. Mereka memberikan kata sinonim ‘decision making’ dengan ‘judging’, ‘choosing’, ‘selecting’. Mereka juga memberikan menu untuk menggunakan kemahiran ini berdasarkan akronim J. U. D. G. E.
• • • • •

J untuk Jot down occasion for decision U untuk Use brainstorming for alternatives D untuk Decide on best possibilities G untuk Gauge positive and negative outcomes E untuk Express selection; DECIDE

Sehubungan dengan itu terdapat tiga situasi di dalam pembuatan keputusan yang perlu kita ketahui. Antaranya ialah situasi mudah, situasi sederhana dan situasi rumit. Sebagai contoh dalam situasi sederhana ialah memilih pekerjaan atau hendak

1

menyambungkan pengajian. Manakala dalam situasi rumit seperti hendak membina masjid atau hendak melabur saham di Singapura. Terdapat dua kategori dalam membuat keputusan. Keputusan yang pertama ialah keputusan yang di programkan (Programmed decision). Ia merupakan situasi-situasi yang berlaku selalunya cukup untuk membolehkan peraturan membuat keputusan dibina dan digunakan untuk masa hadapan. Selain itu dibuat dalam menangani masalah yang berulang didalam sesebuah organisasi. Keputusan yang kedua ialah keputusan yang tidak di programkan (Unprogrammed Decisions). Ia berkaitan dengan tindakbalas terhadap situasi yang unik, tidak jelas dan mempunyai kesinambungan terhadap sesuatu organisasi. Anon. (2011) Perbezaan antara keputusan yang di programkan dengan keputusan yang tidak diprogramkan berasaskan kepada beberapa faktor. Antaranya ialah:1. Kepastian (Certainty) Di mana kesemua maklumat yang diperlukan sudah sedia ada 2. Risiko (Risk) Keputusan mempunyai matlamat yang jelas. Jika keputusan itu jelas maka dapat kita membezakan sesuatu perkara atau matlamat dengan lebih baik. Selain itu terdapat maklumat yang baik dan keputusan akan datang dikaitkan dengan setiap alternatif atau jalan penyelesaian tertakluk kepada peluang yang ada. 3. Ketidakpastian (Uncertainty) Di dalam ketidakpastian ini, pengurus mengetahui matlamat mana yang hendak dicapai terlabih dahulu. Sebarang maklumat tentang pemilihan dan situasi yang belum wujud dan akan dating kemungkinan besar tidak tepat. Mungkin perkaraperkara sedemikian perlu menggunakan kaedah, cara, metod dan pendekatan yang lebih kreatif untuk alternatif yang sedia ada.

2

4. Kekeliruan (Ambiguity) Faktor kekeliruan seperti keputusan yang paling sukar untuk di buat adalah menjadi masalah yang utama kepada pengguna di dalam membuat keputusan membeli sesuatu barangan atau produk. Selain itu matlamat yang tidak jelas dalam pembelian juga mempengaruhi pembuatan keputusan pengguna. Pilihan yang ada susah untuk di kenal pasti kerana terdapat pelbagai jenama, kualiti, produk dan harga untuk di pertimbangkan. Dan yang terakhir sekali kemungkinan maklumat-maklumat tentang barangan yang hendak dibeli tidak mencukupi atau tiada. Dalam proses kognitif, analisis masalah dan pembuatan keputusan ini terdapat tiga perkara yang digunakan semasa pengguna bertindak untuk membuat pembuatan keputusan terhadap pemilihan dan pembelian barangan. Antaranya ialah penakulaan, pembuatan keputusan dan penyelesaian masalah. Elemen-elemen yang di sebutkan tadi mempengaruhi pembuatan keputusan seseorang pengguna dalam pembelian mahupun pembuatan keputusan dalam kes-kes yang lain. Sebelum membeli, pengguna akan menggunakan akal fikiran yang melibatkan proses kognitif untuk menaakul dimana pengguna akan membuat satu pertimbangan yang wajar yang melibatkan sesuatu penilaian semasa proses pembelian barangan. Pengguna akan berfikir dahulu samada mereka berhak untuk membeli barangan tersebut atau tidak. Mereka akan bertindak secara bijak dalam proses ini. Penaakulan yang dikatakan ini terdiri dari dua jenis yang dikenali sebagai deduktif dan induktif. Jika deduktif ia merupakan proses yang mengemukakan proposisi umum pengguna atau individu tentang apa yang mereka ketahui. Segalanya akan berakhir dengan kesimpulan yang pasti dan wajar dari segi logik. Manakala penaakulan induktif adalah penakulaan yang bertujuan dan akan menghasilkan segala kesimpulan berdasarkan kenyataan dan pemerhatian seseorang pengguna semasa strategi, proses atau teknik individu membuat keputusan pembelian barangan. Penyelesaian masalah adalah satu proses aktiviti yang begitu luas dan melibatkan keputusan. Keputusan ini mempunyai tahap-tahap di mana tahap akhir atau tahaptahap yang lain akan membuat pemilihan dua alternatif atau lebih.

3

Manakala pengguna akan membuat keputusan dimana proses ini merupakan proses kognitif terakhir yang mana melibatkan satu keputusan yang adil dalam membuat pertimbangan atau ramalan sebelum pengguna membeli sesuatu barangan. Selain itu ia juga dinilai atau menilai barangan yang hendak dibeli sejajar dengan kepuasan yang ada pada diri pengguna. Contoh yang boleh di berikan seperti seseorang pengguna memilih jenis kereta untuk di beli agar ia paling memuaskan dengan jumlah wang yang mereka ada. Gelagat atau tingkah laku seseorang pengguna pada perubahan-perubahan yang berlaku di sekitarnya terutama semasa memasarkan Sesuatu produk atau barangan adalah perkara yang paling penting dan memainkan peranan yang utama dalam menarik minat pengguna untuk membeli sesuatu barangan. Selalunya pengguna akan di pengaruhi dengan perubahan pada harga, iklan, kaedah pemasaran dan cara pembungkusan barangan. Pengguna akan bertindak untuk membeli dan merasai barangan tersebut samada mereka berpuas hati atau pun tidak. Jika pengguna berpuas hati mereka akan mengulagi perbuatan tersebut untuk membeli barangan setiap kali mereka memerlukannya. Seseorang yang dikatakan pengguna ialah apabila mereka sendiri akan membuat keputusan untuk pembelian barangan yang mereka perlukan. Engel et. al., (1978) dalam bukunya consumer behavior mengakui kepentingan aktiviti pengguna yang mempengaruhi pemerhatian dan pemilihan mereka kepada kelakuan pasaran seperti hubungan dengan penjual, media dan pengaruh iklan, maklumat serta membuat keputusan. Ahli-ahli ekonomi, fisiologi, pengurusan dan pemasaran berpendapat pengguna adalah manusia yang mempunyai tingkah laku kognitif dan pembuatan keputusan dengan secara rasional terhadap pembelian barangan mengikut strategi yang di tetapkan oleh pengguna itu sendiri. Mereka membuat keputusan berdasarkan kepuasan pada diri mereka. Definisi tingkah laku pengguna adalah satu gelagat, gaya, tindakan, kelakuan atau sikap kepada sesuatu pembelian barangan yang mereka beli. Berdasarkan pada takrifan yang di berikan, kesimpulan yang boleh di buat ialah manusia adalah orang biasa yang terdiri dari pelbagai kaum, status perkahwinan yang berbeza. Begitu juga pada pendapatan bulanan dan pekerjaan. Semua ini bergantung pada keupayaan dan

4

kerelaan atas diri pengguna itu sendiri dalam strategi pembuatn keputusan terhadap pembelian dan pemilihan barangan yang mereka beli dan perlukan. 1.2 PERMASALAHAN KAJIAN Kajian yang di kaji ini menumpukan perhatian terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan dalam pemilihan dan pembelian barangan di kalangan pengguna. Kajian ini akan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pengguna dalam membuat keputusan membeli barangan. Selain itu kajian ini ingin melihat bagaimana mereka membuat pemilihan, membuat penilaian ke atas barangan yang ingin di beli. Sehubungan dengan itu, pengkaji ingin mengetahui apakah yang mendorong, menarik perhatian pengguna bertindak dan bertingkah laku membeli semasa pembelian barangan. Dari perspektif psikologi, seseorang pengguna yang membeli barangan, akan membelinya sekali lagi apabila pengguna merasakan yang barangan tersebut memuaskan hati. Manakala jika barangan yang di beli itu tidak memuaskan hati mereka, pengguna tidak akan mengulangi tindakan tersebut. Dalam proses pemilihan barangan, strategi memainkan peranan penting untuk pengguna membuat keputusan. Pengguna akan berfikir dahulu sebelum membeli samada pemilihan barangan ini adalah yang terbaik atau tidak untuk mereka. Begitu juga dengan pembelian barangan dimana pengguna akan berfikir samada mereka memerlukan barangan tersebut atau tidak. Maka kita tahu pengguna adalah manusia biasa yang banyak di pengaruhi oleh persekitaran luar. Motivasi yang tinggi akan mendorong mereka membeli atau tidak membeli barangan. Pengguna bertindak dalam segala keperluan dan kehendak mengikut kepuasan hati mereka. Pengguna mempunyai pemikiran yang berbeza-beza. Jadi, apa yang mereka buat ialah membuat keputusan dengan bijak dan menyelesaikan masalah dengan baik tanpa berlakunya pembaziran. Ahli-ahli psikologi telah mengatakan bahawa salah satu pembolehubah yang kuat dalam menentukan kekuatan sesuatu kebiasaan ialah jumlah peneguhan yang diterima oleh seseorang individu (Berkman dan Gilson, 1981).

5

Oleh itu, kesedaran tentang sesuatu jenama, pengiklanan, pembungkusan, kualiti dan popular di gunakan, barang boleh mempengaruhi pemilihan barangan pengguna. sebagai satu nama yang jelas yang mengidentifikasikan barangan pengeluar. Hasty dan Will (1977) dalam Siti Aisyah, Ishak dan Azizah (2004) pula, memberikan pengertian yang lebih komprehensif lagi. Bagi mereka jenama ialah simbol, istilah, tanda, nama atau kombinasi kesemuanya yang bertujuan untuk mengenalpasti barangan yang dihasilkan oleh pengeluar. Jenama boleh berupa apa sahaja kecuali pembungkusan atau bentuk keluaran tersebut. Sehubungan dengan itu, faktor jenama adalah salah satu faktor yang memberi kepuasan yang lebih kepada pengguna dimana ia adalah satu titik kepercayaan dan sikap pengguna yang perihatin dengan jenama yang di pilih. Maklumat-maklumat juga boleh mempengaruhi persekitaran pengguna seperti dari televisyen, radio, surat khabar, internet, keluarga dan rakan-rakan anda. Maklumat-maklumat ini di sampaikan melalui pelbagai cara iaitu audio, lisan mahupun bukan lisan. Berdasarkan perbincangan di atas, kajian ini cuba melihat apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan pengguna dalam pemilihan dan pembelian barangan. Kajian ini mengkaji bahagian A dan bahagian B dimana bahagian A mengkaji demografi pengguna dan menjadikan pembolehubah-pembolehubah pengguna seperti taraf pekerjaan, status perkahwinan, jantina dan pendidikan untuk dinilai, dihurai dan menganalisis data kajian tersebut. Manakala di bahagian B sebanyak 16 soalan diukur untuk melihat tahap signifikan. Di antara pembolehubah-pembolehubah tersebut ialah keliru dengan pilihan yang terbaik, tabiat setia jenama, gerak hati atau pengguna cuai, fesyen terkini, kesempurnaan dan kualiti tinggi, kesedaran pada harga, rekreasi pengguna atau hedonistic dan kesedaran pengguna pada jenama memainkan peranan yang penting dalam mengkaji tingkah laku pengguna semasa pembelian dan pemilihan barangan di lakukan.

6

1.3 PERSOALAN KAJIAN Kajian ini cuba melihat faktor-faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan dalam pemilihan dan pembelian barangan ketika berbelanja dan perbezaannya mengikut faktor-faktor seperti jantina, umur, taraf pendidikan, etnik, status perkahwinan dan pendapatan pengguna. Berdasarkan permasalahan di atas, kajian ini dijalankan untuk menjawab beberapa soalan-soalan seperti berikut:1) Apakah faktor-faktor yang mendorong pengguna membuat keputusan dalam pemilihan dan pembelian barangan semasa berbelanja? 2) Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan barangan dan perkhidmatan di kalangan pengguna.? 3) Adakah terdapat perbezaan terhadap membuat keputusan dalam memilih barangan berdasarkan faktor-faktor demografi iaitu etnik, taraf pekerjaan , status perkahwinan, pendidikan dan jantina? 4) Harga barangan mempengaruhi pembuatan keputusan pengguna. 1.4 OBJEKTIF KAJIAN 1) Melihat perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan dalam tingkah laku berbelanja berdasarkan pendapatan jantina pengguna. 2) Melihat perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan dalam tingkah laku berbelanja berdasarkan taraf pendidikan pengguna. 3) Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan dalam tingkah laku berbelanja berdasarkan status perkahwinan. 4) Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan dalam tingkah laku berbelanja berdasarkan taraf pekerjaan.

7

1.5 SIGNIFIKAN KAJIAN Signifikan kajian adalah bertujuan untuk mengkaji tingkah laku manusia dalam membeli barangan. Ianya sangat perlu kerana psikologi banyak mempengaruhi tingkah laku pengguna dalam bertindak membuat keputusan. Ramai di luar sana hanya mengkaji dari perspektif ekonomi, pengurusan, perniagaan mahupun pasaran. Dari sudut psikologi tidak ramai yang mengkaji masalah ini dengan mendalam. 1.5.1 Signifikan kajian kepada khazanah ilmu

Dari segi khazanah ilmu, kajian ini diharapkan dapat memperkembangkan teori dan model kajian terdahulu tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan terhadap pembelian dan pemilihan barangan di kalangan pengguna. Kajian ini juga diharapkan dapat menambahkan pengetahuan mengenai psikologi terutama sekali pada subjek analisis masalah dan pembuatan keputusan, psikologi kognitif dan modifikasi tingkah laku. Selain itu menambahkan bahan bacaan kepada pelajar-pelajar serta para ilmuan di masa akan datang. 1.5.2 Signifikan kajian kepada organisasi

Di Malaysia, kajian mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan dalam tingkah laku pembelian barangan di lihat masing kurang dijalankan. Hal ini berkemungkinan terjadi kerana kurangnya pengkaji mengkaji kerana kebiasaannya pengkaji banyak mengkaji dari perspektif yang lain. Maka dengan itu, kajian ini dijalankan untuk memberi sedikit gambaran yang jelas kepada organisasi-organisasi yang wujud untuk membuka mata mereka supaya mereka faham tingkahlaku pengguna adalah memainkan peranan yang penting dalam bidang psikologi. Pengguna ialah penjana pendapatan negara. Senang bagi setiap organisasi menarik perhatian pengguna dalam membuat keputusan membeli barangan seperti membuat tawaran yang hebat. Ini akan mempengaruhi tingkah laku dan kemungkinan besar akan menguntungkan organisasi tersebut. Organisasi perlu mempelajari tingkah laku manusia dengan lebih mendalam untuk menarik perhatian pengguna membeli barangan.

8

1.5.3

Signifikan kajian kepada pengguna/ individu

Pengguna perlu tahu dan memahami dengan lebih mendalam tingkah laku yang mereka wujudkan semasa pembuatan keputusan terhadap pembelian barangan. Kemungkinan besar mereka di pengaruhi elemen-elemen dari persekitaran mereka. Pengguna perlu peka supaya tidak melakukan pembaziran. Tetapi inginkan kepuasan pengguna membuat keputusan dengan sewajarnya. Selain itu pengguna dapat menilai diri mereka dalam membuat keputusan dan pemilihan barangan secara ekonomis semasa berbelanja. Mungkin di sebabkan pendapat yang berbeza-beza dalam membuat keputusan. 1.6 HIPOTESIS KAJIAN 1) Terdapat perbezaan yang signifikan antara lelaki dan perempuan terhadap faktor-faktor pembuatan keputusan semasa pemilihan dan pembelian barangan dalam tingkah laku berbelanja di kalangan pengguna. 2) Terdapat perbezaan yang signifikan antara pendidikan sekolah menengah/sekolah rendah dan pendidikan universiti/kolej terhadap faktorfaktor pembuatan keputusan semasa pemilihan dan pembelian barangan dalam tingkah laku berbelanja di kalangan pengguna. 3) Terdapat perbezaan yang signifikan antara status perkahwinan terhadap faktor-faktor pembuatan keputusan semasa pemilihan dan pembelian barangan dalam tingkah laku berbelanja di kalangan pengguna. 4) Terdapat perbezaan yang signifikan antara status pekerjaan terhadap faktor-faktor pembuatan keputusan semasa pemilihan dan pembelian barangan dalam tingkah laku berbelanja di kalangan pengguna. 5) Harga barangan mempengaruhi pembuatan keputusan pengguna.

9

1.7 SKOP KAJIAN Kajian ini dijalankan terhadap responden di pasaraya terpilih sekitar bandaraya Alor Setar dan Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Responden di pilih di kalangan lelaki dan perempuan tidak mengira umur, bangsa, agama, taraf pekerjaan dan status perkahwinan. Bilangan sampel yang di pilih dan di edarkan sebanyak 100 borang soal selidik. Kajian ini di pilih dan menggunakan pemilihan sample secara rawak serta persampelan bola bersaji. Kajian ini telah di lakukan di pasaraya seperti TESCO, giant dan Econsave. Kajian ini menumpukan kepada pengguna yang mempengaruhi mereka dalam pembuatan keputusan apabila mereka membeli sesuatu barangan. Ia melibatkan faktor-faktor seperti tingkah laku penggua dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan pengguna. 1.8 TEORI/ MODEL KAJIAN 1.8.1 Teori keputusan klasik/ Teori model normative Dalam kajian ini, saya meggunakan teori keputusan klasik di mana ia merupakan model yang paling awal di gunakan untuk menghurai, menafsir dan menilai individu, pengguna atau masyarakat membuat sebarang keputusan. Tidak kira apa pun keputusan yang di buat seperti dalam memilih dan membeli barangan isi rumah, kereta, komputer atau yang lain, pembuatan keputusan yang di buat hendaklah bijak, teratur dan ada strategi yang tersendiri bagi menggelakkan pembaziran. Teori ini juga dikenali sebagai teori model normative yang menjadi bahan kajian kepada ahli ekonomi dan sains pengurusan tradisional. Jika kita melihat di dalam teori ini, kriteria digunakan untuk memilih alternative dan sejauhmana alternatif itu dapat memberi keuntungan yang maksimum. Model ini juga dikenali sebagai nilai utiliti yang dijangkakan. Orang ekonomi atau pengurus yang rasional adalah individu yang membuat keputusan ekonomi dengan menggunakan model ini.

10

Di dalam pembuatan keputusan ada beberapa perkara yang penting untuk di ambil kira. Antaranya ialah 1) Pengguna sekurang-kurangnya mesti mempunyai pengetahuan yang terbaik tentang pelbagai pilihan semasa membuat pembelian. 2) Kepekaan yang mendalam dalam sesuatu perkara semasa membuat sebarang keputusan. 3) Berfikir secara rasional dan membuat tindakan yang sepatutnya dari aspek pemilihan dan pembelian barangan. Untuk memahami dengan lebih mudah tentang pembuatan keputusan dalam pemilihan dan membeli sesuatu barangan satu contoh di berikan seperti berikut. Pembuat keputusan adalah pengguna. Bertingkah laku membeli dan membuat pilihan sesuatu barangan dengan mempertimbangkan salah satu daripada 2 jenis barangan yang ditawarkan. Kedua-duanya menawarkan tawaran yang hebat, harga yang berpatutan, berkualiti dan berjenama. Melalui model teori normatif ini, pembuat keputusan di jangka akan membuat pengiraan untuk menentukan kebarangkalian objektif sebagai satu pilihan. Contohnya, 0.5 darab 0.20=0.1 untuk barangan yang pertama manakala 0.9 darab 0.10=0.09 untuk barangan yang kedua. Contoh di atas tadi, pembuat keputusan akan mengira ke semua yang melibatkan keuntungan yang berpotensi memperolehi kos yang mungkin akan di tanggung bagi setiap barangan, dan memilih barangan yang menawarkan keuntungan maksimum dengan kosnya yang paling rendah. 1.8.2 Teori utiliti jangkaan subjektif/ Teori utiliti jangkaan positif Dari perspektif psikologi satu lagi teori yang menyediakan huraian dalam pembuatan keputusan ialah Teori utiliti jangkaan subjektif yang mana melibatkan individu membuat keputusan ke atas sesuatu perkara. Teori USJ adalah satu teori dimana sebarang keputusan yang di buat sentiasa mencari keseronokan dan kepuasan yang maksimum semasa pemilihan dan pembelian barangan ketika berbelanja. Ia juga di kenali sebagai utiliti positif. Dalam usaha mencapai matlamat, pengiraan diutamakan kerana ia menentukan utility subjektif, maknanya pemberatan utiliti yang di pertimbangkan individu, bukannya

11

berasaskan kriteria objektif. Teori ini adalah untuk memahami dan mencadangkan tindakan yang perlu di ambil kira untuk menghasilkan pulangan atau keuntungan yang maksimum dengan makna yang lain ialah kepuasan hati pengguna membeli barangan. 1.8.3 Teori/Model respon kognitif Teori ini melibatkan perubahan tingkah laku manusia terhadap komunikasi yang berbentuk pemujukan. Ia menerangkan sikap manusia bertindak di dalam hal-hal komunikasi. Seperti contoh yang diberikan iaitu teori respon kognitif. Teori ini boleh dikaitkan dengan tingkah laku pengguna dalam pembuatan keputusan pembelian barangan. Kebiasaanya pengguna akan membuat keputusan yang sewajarnya dalam pembelian. Faktor-faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan akan mendorong pengguna membeli dan memilih barangan yang mereka inginkan dengan kepuasan masing-masing. Kebiasaanya pengguna akan tertarik dengan kaedah, proses dan cara-cara komunikasi syarikat penjualan barangan dimana mendorong, menarik perhataian dan minat pengguna cuba untuk membeli barangan tersebut. Mereka akan menggunakan daya komunikasi yang tinggi dan canggih yang melibatkan tawaran hebat, promosi, harga rendah, gaya pembungkusan sesuatu barangan, kualiti dan jenama yang tebaik. . Faktor-faktor yang dinyatakan tadi adalah perkara-perkara yang memepngaruhi pembuatan keputusan pengguna terhadap tingkah laku pembelian barangan. Maka di sini pengguna akan tertarik dan bertindak membuat keputusan untuk membeli barangan. Apabila pengguna menerima informasi yang di sampaikan, maklumat yang sedia ada akan di hubungkaitkan dengan pemikiran. Pemikiran tadi akan aktif dan bertindak untuk membeli barangan. Teori ini mula diambil perhatian oleh Anthony G. Greenwald pada tahun 1930 an. Kajian beliau adalah berkenaan dengan perubahan sikap. Perubahan sikap ini berhubung dengan pembelajaran, persepsi, fungsi dan konsistensi. Keistimewaan teori ini adalah teori ini diambil daripada teori-teori yang lain dan

12

dengan mengumpulkan teori-teori ini, maka muncullah apa yang dikenali oleh Greenward sebagai Kognitif respons. 1.8.4 Berkepuasan dalam membuat keputusan. Pada awal tahun 1950an, ahli Psikologi Kognitif telah mempersoalkan kerasionalan manusia yang dikatakan tiada batasan seperti yang terdapat dalam teori utiliti jangkaan subjek. Mereka mengakui manusia bukanlah selalu membuat keputusan yang boleh di anggap sebagai ideal tetapi mencadangkan manusia bukannya tiada batasan dari kerasionalan untuk membuat keputusan. (Herbert A Simon (1957) dalam Muhamed B. Awang (1999) mencadangkan manusia tidak semestinya tidak rasional langsung tetapi mereka memperlihatkan kerasionalan terbatas. Menurut Simon (1957), beliau mencadangkan dalam keadaan biasa manusia menggunakan strategi membuat keputusan yang di istilahkan sebagai berkepuasan. Dalam strategi ini manusia tidak mempertimbangkan semua pilihan dan mengira tepat pilihan yang di buat bagi memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kerugian. Pertimbangan yang di buat itu dianggap memuaskan dan memenuhi penerimaan. Menurut Umar Burhan, (2006) dalam Konsep Dasar Ekonomi, nilai guna sesuatu barang adalah perkara yang paling penting untuk diambil kira. Barangan yang dibeli hendaklah berketepatan dan dapat memberikan kepuasan terhadap pengguna. Ia dikenali sebagai utiliti dimana nilai guna barangan yang satu tidak selalu dengan nilai guna barang mengikut situasi tertentu pengguna. Selain dari itu, pengguna juga sepatutnya membuat pemilihan barangan yang di beli adalah berguna dan memberi faedah kepada diri mereka. Maksudnya pengguna tidaklan membeli barangan sembarangan dan membazirkan. Sehubungan dengan itu, pengguna hendaklah jelas dalam pembelian dan pemilihan barangan ketika berbelanja. Dengan faktor nilai guna barangan adalah lebih bermanfaat dan dapat memberikan kepuasan kepada pengguna. yang lain. Nilai guna juga adalah berbeza

13

TEORI DAN MODEL KAJIAN Menurut Henryassael (1998), proses pembuatan keputusan pengguna bukanlah hanya satu proses yang setara setiap masa. Proses pembuatan keputusan untuk membeli kereta adalah berbeza dengan cara pembuatan keputusan untuk membeli ubat gigi. Rajah 2.4 menunjukkan dua aspek penting yang terlibat dalam pembuatan keputusan di kalangan pengguna iaitu keluasan pembuatan keputusan dan darjah penglibatan dalam pembelian. KEPUTUSAN PEMBELIAN (penglibatan tinggi) PEMBUATAN KEPUTUSAN KOMPLEKS (sering mencari maklumat produk dari pelbagai jenama) Pembuatan keputusan yang kompleks (barang elektronik, eksesori kenderaan) KEPUTUSAN PEMBELIAN (penglibatan rendah) Pembuatan keputusan yang terhad (produk makanan kesihatan)

PEMBUATAN KEPUTUSAN TABIAT BIASA (kurang mencari maklumat dan berpuas hati dengan satu jenama)

Kesetiaan jenama (kasut sukan, pakaian ke pejabat)

Inertia (sabun, ubat gigi, makanan ringan, tisu)

14

Rajah 2.4 Penglibatan pengguna dalam pembuatan keputusan. Sumber : Henryassael, 1998 Dalam gambarajah yang di tunjukkan seperti di atas terdapat 2 aspek yang penting. Pada aspek pertama ia meliputi tentang seluruh tahap keluasan atau darjah bagi pembuatan keputusan samada ia berbentuk pembuatan keputusan yang kompleks, tingkah laku, habit atau tabiat yang biasa dilakukan oleh pengguna. Di dalam pembelian, pemprosesan tentang pencarian maklumat dan data merupakan suatu perkara yang penting. Atau sebaliknya, kepuasan yang memainkan peranan dalam pembelian barangan dan meneruskan pembelian barangan itu secara konsisten dan sewajarnya. Dalam aspek yang kedua, ia meliputi penglibatan pengguna pada tahap atau darjah yang rendah. Sehubungan dengan itu faktor-faktor yang mempunyai kaitan dengan pengguna seperti usia, risiko, sosial akan mempengaruhi imej, sikap, tingkah laku, persoanaliti seseorang pengguna. Kebiasaannya tahap penglibatan yang rendah, kurang di pengaruhi oleh faktor-faktor pembelian. Selain itu, menurut Harold (1978) satu model ringkas telah dibangunkan oleh Gordon (1994) untuk menunjukkan hubungan sosiobudaya, faktor sosial dan faktor individu dalam mempengaruhi kelakuan dan pembuatan keputusan pengguna. Ketiga-tiga faktor ini dilihat sebagai sangat mempengaruhi keputusan pembelian pengguna dalam pemilihan produk dan perkhidmatan yang terbaik. Rujuk Rajah 2.5 untuk melihat kedudukan faktor-faktor tersebut dalam Model Gelagat Pengguna Allport. Faktor sosiobudaya berkaitan dengan faktor budaya,sosial dan pesekitaran di sekeliling kita. Kita sebagai manusia dan pengguna banyak di pengaruhi pelbagai cara seperti apa yang pengguna lain menggunakan sesuatu barangan, kemungkinan tingkah laku tersebut kita akan ikut dan menjadi model untuk kita mencuba dan membeli. Kebiasaannya melibatkan kelas tahap atau taraf hidup dan di peringkat umur. Faktor sosial melibatkan pengaruh daripada kumpulan dalam lingkungan pengguna yang terlibat terhadap proses pembuatan keputusan sewaktu pengguna membeli barangan. Faktor individu pula melibatkan pengetahuan seseorang pengguna, persepsi, sikap dan personaliti pengguna (Harold, 1978).

15

Faktor Sosiobudaya Budaya Kelas sosial

Faktor sosial Pengaruh kumpulan Motivasi dan personaliti

Faktor individu

Objek rangsangan

Penyesuaian Produk Tingkatkan dan membeli service Rajah 2.5: Model Gelagat

Pengguna Allport Sumber : Gordon (1994), The Nature of Prejudice. Misalnya dalam kajian yang saya kaji, ketiadaan masa yang mencukupi untuk memasti, menilai dan meneliti sesuatu barangan dan memilih barangan yang terbaik di lihat berasaskan demensi bagi menilai barangan yang di beli. Pelbagai faktor boleh menyebabkan pengguna dipengaruhi semasa membuat keputusan pembelian sesuatu barangan. 9.1 DEFINISI KONSEP 1.9.1 Pengguna Menurut Schiffman dan Kanuk (1999), istilah pengguna seringkali digunakan untuk menjelaskan pengguna yang berbeza iaitu pengguna individu dan pengguna organisasi. Pengguna individu merupakan individu-individu yang membeli barangan dan perkhidmatan untuk kegunaannya sendiri, isi rumah, salah seorang ahli dalam isi rumah ataupun sebagai hadiah kepada kawannya. Ia berbeza dengan pengguna organisasi yang merujuk kepada peniaga-peniaga swasta, agensi-agensi kerajaan dan institusi-institusi yang masing-masing membeli barangan, kelengkapan dan perkhidmatan demi untuk keperluan organisasi mereka samada bagi tujuan yang menguntungkan atau sebaliknya. Nordstrom (1981) mendefinisikan pengguna sebagai sesiapa sahaja yang menggunakan sesuatu hasil pengeluaran. Pengguna juga ialah seseorang yang membeli sesuatu barangan untuk kegunaannya sendiri. Menurutnya lagi, pengguna bukan merupakan individu yang membeli hasil keluaran tertentu tetapi tidak menggunakannya. 16

Menurut Wasson (1975) pengguna adalah berbeza daripada penjual. Walaupun mereka sama-sama membeli dan menjual sesuatu. Manakala Herzberg (dalam Britt, 1966) pula mendefinisikan pengguna sebagai seorang individu yang membeli sesuatu di suatu tempat dengan tujuan dan tingkat harga tertentu. Mohd Ali Hassan (1984) pula menyatakan bahawa pengguna adalah sesiapa sahaja yang menggunakan barangan, perkhidmatan serta kurniaan alam semulajadi untuk kepuasan dan kepentingan hidupnya. Di dalam penjanaan ekonomi, pengguna memainkan peranan yang penting buat Negara. Pengguna akan berbelanja walaupun sedikit pada setiap hari kepada penjual, pemborong dan sebagainya dan seterusnya mereka yang menjual itu akan menggunakan wang tadi untun pembelian sesuatu barangan untuk di jual. Maka aliran wang itu tidak kemana-mana hanya berada di dalam negara. Ini menjelaskan bahawa keuntungan ekonomi negara datangnya dari penjanaan ekonomi yang mantap iaitu dari pengaliran wang dalam negara sahaja tanpa wang itu keluar Negara. Kepentingan pengguna perlu di ambil perhatian kerana pengguna lah yang akan memaju dan memperkembangkan ekonomi negara seta berdaya saing dengan Negara-negara luar yang maju Menurut Wikipedia dalam Ensiklopedia bebas, pengguna ialah istilah luas yang merujuk kepada mana-mana individu atau isi rumah yang menggunakan barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam ekonomi. Konsep pengguna boleh digunakan dalam konteks yang berlainan, dengan itu penggunaannya boleh mMakroekonomi (dari awalan "macr(o)-" bererti "besar" + "ekonomi") merupakan cabang ekonomi yang berkaitan dengan prestasi, struktur, dan tingkah-laku ekonomi oleh keseluruhan masyarakat, samaada negara, kawasan, atau keseluruhan dunia. Bersama mikroekonomi, Makroekonomi merupakan satu daripada dua bidang umum dalam ekonomi. Ia merupakan kajian pada semua aspek, terutamanya tingkah-laku dan membuat keputusan, keseluruhan ekonomi. Kajian makroekonomi menghimpun petunjuk seperti KDNK, kadar pengangguran dan indeks harga bagi memahami bagaimana keseluruhan ekonomi berfungsi. Makroekonomi membangunkan model yang menjelaskan kaitan antara faktor sedemikian seperti pendapatan kebangsaan, keluaran negara, penggunaan, pengangguran, inflasi, penyimpanan, pelaburan, pelaburan, perdagangan antarabangsa dan kewangan antarabangsa. Sebaliknya, mikroekonomi kebanyakannya menumpukan

17

pada tindakan agen persendirian, seperti entiti perniagaan dan pengguna, dan bagaimana tindakan mereka menentukan harga dan kuantiti dalam pasaran khususerujuk kepada makna berlainan.
Keputusan ialah suatu perbuatan (sikap) pemilihan daripada sejumlah, kemungkinan alternatif dan sejumlah alternatif tersebut tidak harus dipilih semua, tetapi dipilih beberapa saja, atau dipilih satu saja. Keputusan ialah suatu perbuatan (sikap) pemilihan daripada sejumlah, kemungkinan alternatif dan sejumlah alternatif tersebut tidak harus dipilih semua, tetapi dipilih beberapa saja, atau dipilih satu saja. Tingkah laku pengguna ialah sebarang tindakan oleh individu

yang berhubung dengan penggunaan bahan-bahan ekonomi dan perkhidmatan termasuk proses membuat keputusan yang menentukan tingkah laku tersebut (Block dan Roering, 1979) Dalam kajian ini, konsep pengguna merujuk kepada seorang atau satu kumpulan manusia yang membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan dan benar-benar menggunakannya sendiri atau untuk digunakan oleh orang lain. Secara operasionalnya, pengguna boleh dapat dihuraikan bahawa tingkah laku pengguna dalam faktor-faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan terhadap pemilihan dan pembelian barangan di kalangan pengguna mempunyai hubungan rapat dari perspektif psikologi modifikasi tingkah laku. Selain dari itu bidang-bidang yang berkaitan juga turut terlibat memberi sumbangan dan huraian terhadap kajian ini. Antaranya ialah dari bidang ekonomi, sosial dan kognitif. Bidang-bidang ini semua merangkumi dalam aspek psikologi. Pengguna atau di kenali dengan guna lebih bersinonim dengan memanfaatkan sesuatu keadaan dan benda. Ia berkaitan dengan faedah, kelebihan, kebaikan, fadilat, keuntungan dan juga peranan individu dalam sesuatu situasi. Selain daripada itu pengguna juga dapat ditakrifkan sebagai seorang individu atau masyarakat yang membeli apa-apa jua barangan untuk keperluan diri sendiri, isi rumah dan sebagainya. Ia melibatkan tingkah laku berbelanja dan tingkah laku individu dalam membuat keputusan Sebelum berbelanja pengguna akan membuat keputusan untuk memilih dan membeli barang yang diperlukan. Sehubungan dengan itu pengguna mengatur strategi yang bijak semasa berbelanja. Pengguna adalah pelanggan yang

18

puratanya membeli belah pada hujung bulan untuk keperluan diri dan juga keluarga masing-masing. 1. 9.2 Definisi Pembuatan Keputusan Menurut Mc. Farland beliau menyatakan pembuatan keputusan ialah “ A decision an act of choice when in an executive forms a conclusion about what muse or must not be done in a given situation”. ( Pembuatan Keputusan ialah satu tindakan di mana melibatkan pemilihan dan menentukan kesimpulan tentang perkara yang tidak harus di lakukan di dalam situasi yang tertentu. (Keputusan ialah suatu tindakan pemilihan di mana Pimpinan menentukan suatu kesimpulan tentang apa yang harus atau tidak harus dilakukan dalam suatu situasi yang tertentu). Keputusan ialah suatu perbuatan (sikap) pemilihan daripada sejumlah, kemungkinan alternatif dan sejumlah alternatif tersebut tidak harus dipilih semua, tetapi dipilih beberapa saja, atau dipilih satu saja. Membuat keputusan adalah merujuk kepada pilihan yang dibuat berdasarkan kepelbagaian jalan penyelesaian. Pemilihan merupakan fungsi kepada objektif si pembuat keputusan tadi, maka dalam penilaian alternatif yang sedia ada untuk dipilih, si pembuat juga berminat untuk mengetahui dengan lebih jelas tentang akibat daripada tindakan, ekoran daripada pilihan yang dibuatnya. Pilihan-pilihan yang di buat oleh si pembuat keputusan juga melibatkan elemen ketakpastian. Menurut Durvasula dan Lysonski (1993), ia merujuk kepada orientasi mental yang menjelaskan bagaimana seseorang pengguna atau individu membuat pilihan dalam pembelian sesuatu barangan. Apabila membuat keputusan pembelian barangan, pengguna mempunyai beberapa dimensi untuk dipertimbangkan. Menurut Sprole and Kendall (1986) dalam Fan dan Xio (1997), terdapat lapan dimensi model pembuatan keputusan pengguna. Ia terdiri daripada komponen Perfectionist, High Quality Conscious Consumer, Brand Conscious, “Price Equals Quality” Consumer, Novelty-Fashion Conscious Consumer, Recreational, Hedonistic Consumer, Price Conscious, “Value For Money” Consumer, Impulsive, Careless Consumer, Confused by Over- Choice Consumer and Habitual, Brand-Loyal Consumer. Menurut kamus komputer, sistem yang digunakan untuk membantu manusia membuat keputusan terbaik tentang sesuatu masalah berdasarkan rancangan, peraturan,

19

atau model yang telah ditetapkan. Selain itu, sistem atau peraturan yang digunakan untuk pembuatan keputusan apabila peristiwa atau masalah yang dijangkakan itu wujud. Secara operasional, Pembuatan keputusan ialah satu jenis yang berbentuk alternatif dimana ia melibatkan pemilihan seseorang individu membuat keputusan dengan membuat suatu pembelian barangan yang mereka inginkan. Ia juga merupakan satu sikap manusia untuk bertindak dalam sesuatu keputusan. Pembuatan keputusan amat penting untuk pengguna kerana boleh membantu pengguna membuat pemilihan barangan yang berpatutan dan sewajarnya. Sehubungan dengan itu, pembuatan keputusan merupakan suatu jalan atau alternatif yang dirancang oleh pengguna. Ia adalah pelan strategi dalam menentukan apa yang ingin dilakukan dan di kehendaki. Ia juga membabitkan ketidakpastian sesuatu perkara dalam menentukan alternatif dan menempuh pelbagai kesukaran untuk mencapai matlamat yang dingini. 1.9.3 Definisi Tingkah Laku Pengguna Menurut Lewis M. Beaker (2001) Sebarang perbuatan yang di lakukan samada secara terus atau tidak dan secara sedar atau separa sedar. Menurut Gary Martin & Joseph Pear (2003) tingkah laku merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, tindakan dan reaksi. Selain dari itu, menurut kamus wikipedia menyatakan bahawa tingkah laku manusia ialah sekumpulan tingkah laku yang ditonjolkan oleh manusia dan dipengaruhi oleh budaya, sikap, emosi, nilai, etika, autoriti, hubung baik, hipnosis, pujukan, paksaan, dan atau genetik. Ia merupakan salah satu faktor yang penting dalam masyarakat manusia. Menurut sudut pandangan humanisme, setiap manusia mempunyai tingkah laku yang berbeza. Manakala menurut Imam Al-Ghazali dalam bukunya Nasihat Al Mulk, dari pandangan perspektif Islam beliau menyatakan setiap manusia berasaskan dorongan dan tujuan. Dorongan atau motivasi itu berasal dari dalam diri manusia. Motivasi boleh di ransang oleh ransangan-ransangan luar atau dalaman yang berkaitan dengan keperluan fisiologi dan emosi. Motivasi juga menggalakkan individu mendorong sesuatu perkara untuk di lakukan oleh manusia. Tingkah laku yang timbul berkaitan dengan perasaan dan kesedaran terhadap suatu situasi. Interaksi memainkan peranan yang penting dalam

20

menggerakkan motivasi dan tingkah laku. Mengikut Kamus Dewan ;ia bermaksud budi pekerti, kelakuan, watak, pengetahuan berkaitan kelakuan tingkah laku manusia dan sebagainya sama ada baik atau jahat. Mengikut Mafhum kata-kata Aishah yang dirumus dari sabda Nabi Muhammad s.a.w berkaitan ahhlak Baginda. Seterusnya mengikut Istilah ; segala tingkah laku perbuatan yang telah menjadi adat kebiasaan,apabila dilakukan tidak perlu lagi berfikir panjang setelah tingkah laku diamalkan sekian lama dan diterima masyarakat sebagai sebahagian dari cara hidup Menurut Islam pula ia beerti“satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah“. Secara operasionalnya, segala tingkah laku dan perbuatan adalah menjadi adat kebiasaan kepada manusia,apabila manusia melakukan sesuatu perkara sesetengah mereka tidak berfikir secara panjang setelah tingkah laku diamalkan sekian lama dan diterima masyarakat sebagai sebahagian dari cara hidup. Menurut Islam pula ia beerti“satu sifat atau sikap keperibadian diri yang melahirkan tingkah laku, perbuatan dan tindakan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah“. Tingkah laku adalah suatu gerakan, aktiviti dan tindakan yang dilakukan oleh manusia yang melibatkan satu hubungan dengan situasi persekitaran. Tingkah laku mempunyai tiga ciri yang patut kita ketahui. Di antaranya ialah tingkah laku bersifat sedar dan separa sedar, rela mahupun tidak rela dan secara sejadi atau di pelajari. Dalam bidang sosiologi tingkah laku mempunyai hubungan dengan hubungan sosial, penggunaan dalam ekonomi, perniagaan dan pemasaran yang melibatkan tindakan dan sikap pengguna, hiburan mahupun pakaian.Tingkah laku da tabiat adalah saling berkaitan. Ia sesuatu tindakan yang berdasarkan logik manusia. Maka tidak hairanlah tabiat memainkan peranan penting dalam situasi kesikapan pengguna dalam pembuatan keputusan dari segi menilai,memilih dan membeli barangan yang ingin di beli di pasaran mengikut kehendak da keperluan masing-masing. Selain daripada itu tingkah laku adalah peranan utama dalam diri manusia untuk menggerakkan tindakan dan melakukan aktiviti-aktiviti yang manusia perlukan seperti bertindak dalam membuat keputusan membeli barangan. Tingkah laku juga banyak

21

berkaitan dengan persekitaran luaran mahupun dalaman untuk melakukan sesuatu pekerjaan dalam keadaan dan situasi yang berbeza. Sehubungan dengan itu, tingkah laku manusia adalah satu cara untuk mereka berhubung di sekeliling mereka dengan mempelajari cara membuat sesuatu keputusan, pendapat, persepsi, dan ia mempengaruhi antara satu sama lain. Manusia dimotivasikan untuk bertingkah laku dalam keadaan yang tertentu dan seterusnya mereka akan bertindak mengikut cara masing-masing dengan pelbagai alternatif yang kreatif. Secara umumnya, manusia mempunyai sistem saraf yang sempurna begitu juga dengan haiwan. Tetapi manusia mempunyai akal fikiran yang lebih dan pandai mengatur susun segala tingkah laku mereka. Manusia akan belajar dari orang sebelumnya untuk mempelajari dan mengetahui tentang gerak balas yang mereka lihat dan baru bagi mereka. Jika tingkah laku itu sesuai dengan situasinya maka manusia atau individu tersebut akan bertindak mengulangi tindakan tersebut. Seperti contoh yang boleh diberikan ialah seorang pengguna membuat keputusan dalam membeli barang.pengguna tersebut tertarik dengan tawran harga yang berpatutan. Jika barangan tersebut sesuai bagi dirinya, kemungkinan besar pengguna akan membeli lagi barangan tersebut. Semua tingkah laku yang dilakukan oleh pengguna atau seseorang individu boleh di perhati, di ukur dan di nilai. Selain itu ia merupakan satu manifestasi fizikal sebagai suatu sikap yang berdasarkan nilai-nilai tertentu. KAJIAN LEPAS Menurut Kurt Lewin(1986), tingkah laku pengguna ini banyak di pengaruhi oleh pelbagai faktor. Di antara faktor-faktor tersebut ialah faktor dalaman yang sememangnya secara semulajadi ada di dalam diri manusia seperti sikap, tabiat, demografi, keperluan, persepsi, pembelajaran dan motivasi seseorang manusia yang semuanya bergelar sebagai pengguna. Manakala faktor luaran terdiri daripada budaya dan agama yang dianuti individu itu, sosial dan ekonomi serta pengaruh yang terdekat pada diri kita seperti kawan-kawan dan keluarga.

22

A.R Anderson (1965) telah mengkaji tentang faktor-faktor yang banyak mempengaruhi keputusan pengguna untuk membeli sesuatu barangan yang mereka perlukan. Beliau telah menyatakan cirri-ciri seperti demografi,persepsi emosi, motivasi dan pengaruh luaran adalah peranan utama dalam pengguna bertingkah laku semasa membuat pembelian. Kebiasaannya, pengguna di pengaruhi oleh faktor-faktor seperti harga barangan, kualiti dan jenama barangan, promosi dan tawaran hebat dan pembungkusan barangan yang akan mendorong menarik minat pengguna untuk bertindak dengan lebih jauh dan mendalam supaya mereka boleh membuat keputusan yang terbaik semasa membeli. Menurut F.M Nicosia (1966), beliau mereka cipta satu model yang di beri nama model Nicosia dimana melibatkan pembuatan keputusan dalam membeli suatu barangan. Ia bergantung kepada faktor dalaman yang di kaitkan dengan cirri-ciri seperti jantina, tahap pendidikan, sikap dan persepsi individu. Selain dri itu faktor pasaran juga adalah penting dalam pembuatan keputusan pengguna. Ciri-cirinya terdiri daripada barangan yang dibeli, harga barangan,tawaran,cara membuat pembelian barangan, serta kesenangan mendapatkan barangan yang ingin dibeli. Kedua-dua faktor ini saling berkaitan dengan situasi persekitaran semasa. Menurut pandangan pakar-pakar pengkaji dalam gelagat atau tingkah laku pengguna seperti Engel, Koulat dan Blackwell (1982), tiga pengaruh memainkan peranan penting dalam mempengauhi pembuatan keputusan pengguna dalam tingkah laku berbelanja. Di antaranya ialah persekitaran dimana melibatkan cirri-ciri budaya, sosioekonomi dan keluarga. Manakala pengaruh yang kedua datangnya dari dalaman. Ia melibarkan faktor seperti keperluan, sikap, persepsi. Jika kita lihat faktor-faktor ini bertindak memainkan peranan yang kuat dalam psikologi membentuk manusia atau pengguna bertindak dan bertingkah laku dalam membuat sebarang keputusan. Pengaruh yang ketiga ianya terdiri daripada promosi, pengiklanan, barangan dan juga pengagihan barangan di pasaran. Ciri-ciri yang disebutkan tadi adalah peranan utama dalam tingkah laku. Ia akan mempengaruhi pembuatan keputusan terhadap pemilihan dan pembelian barangan di kalangan pengguna. Banyak perkara yang perlu difikirkan terlebih dahulu sebelum membeli sesuatu benda, produk atau barang kerana

23

kemungkinan besar akan melibatkan perbelanjaan yang banyak dan tidak menepati kehendak pengguna. Walaupun kita sedia berfikir dalam membuat keputusan yang baik tetapi kadang kala tindakan dan sikap kita sebagai pengguna yang inginkan kepuasan dan keseronokan dalam membeli adalah punca utama untuk kita menyesal selepas membeli barangan. Dari situ baru kita sedar bahawa barangan itu di perlukan atau tidak. Permainan mental kognitif dan psikologi dengan pengaruh persekitaran dan dalaman menyebabkan kita bertukar fikiran dan membuat tindakan serta mencari sesuatu alternatif dalam segala pembuatan keputusan yang diperlukan. Pengaruh pasaran juga memainkan peranan utama dalam mempengaruhi keputusan pembelian pengguna. Craig, Lees, Joy dan Browne (1984) menyatakan faktorfaktor seperti produk, harga, promosi, pengiklanan dan pengagihan mempunyai pengaruh yang lansung ke atas pengguna. Sehubungan dengan itu, Delighton, Nestlin dan Henderson (1994) pula menyatakan, pengiklanan yang di lakukan oleh sesebuah syarikat, kedai ataupun pasaraya melalui majalah, televisyen , radio, surat khabar sangat besar mempengaruhi seseorang pengguna. Mereka juga telah berpendapat bahawa sesorang pengguna tidak akan membeli sesuatu barangan jika pengguna tidak mengenali barangan tersebut ataupun kurangnya pendedahan terhadap pengguna terhadap sesuatu produk atau barangan di pasaran. Krishna (1994), mendapati harga sesuatu produk atau barangan pada masa kini dan pada masa hadapan akan mempengaruhi gelagat pembelian seseorang pengguna. Menurut beliau lagi, sekiranya peruncit, pemborong atau pengeluar produk itu meletakkan harga yang tinggi ke atas barangan tersebut, maka ramai pengguna berpotensi dalam membuat keputusan untuk tidak membeli. Jacobson dan Obbermiller (1990), menerangkan bahawa seseorang individu tidak akan membeli sesuatu produk yang tinggi harganya walaupun produk tersebut membawa kelebihan dan pengguna tersebut akan mencari alternatif-alternatif yang lain serta berpuas hati dengan alternatif tersebut.

24

Sementara itu Assael (1992), menerangkan budaya di ertikan sebagai nilai, tradisi dan norma di mana seseorang individu mempelajari dari masyarakat sekeliling yang mana akan menuju kepaa corak kelakuakan yang biasa di dalam masyarakat tersebut. Menurut Thompson, Polio, B.Locander (1994) faktor budaya seperti tradisi dan agama boleh mempengaruhi pengguna dalam pembuatan keputusan untuk membeli sesuatu barangan. Ia berkaitan dengan sesuatu barangan atau produk yang mungkin terjadi kerana tidak sesuai dengan faktor budaya dan agama pengguna. Menurut Delk, Wallendrof dan Sherry (1985) mereka berpendapat bahawa persekitaran memainkan peranan penting, Seorang pengguna yang pertama kalinya memebli sesuatu barangan. Jika barangan itu sesuai maka pengguna tersebut akan mengulangi tindakan membeli barangan itu berualang kali kerana kemungkinan sesuai dengan budaya dan tradisi pengguna. Charles Soule E. (1987) menerangkan bahawa bagaimana pengaruh luaran seperti sosio-ekonomi yang terdiri daripada faktor pendapatan pengguna berperanan dalam segala tingkah laku pembuatan keputusan pengguna. Kemungkinan pengguna melihat kepada kualiti dan jenama dan dapat memuaskan hati mereka dan berbaloi semasa membuat keputusan dalam pembelian. Menurut L.V Domminin Quez (1998) tahap sosio-ekonomi yang paling mempengaruhi keputusan membeli sesuatu barangan adalah berkaitan dengan factor pendapatan dimana seorang individu akan membeli sekiranaya pendapatan yang mereka terima adalah cukup. Menurut P.D Martineau (1989) sesetangah individu tidak akan membuat keputusan membeli barangan walaupun mereka sedar barangan tersebut membawa pada kelebihan. Kemungkinan ini berlaku di sebabkan dorongan motivasi yang tinggi untuk tidak membeli barangan adalah kuat kerana di sebabkan oleh situasi dan keadaan pengguna yang tidak dapat dinilai dan dihuraikan secara luaran. Di sini pengaruh dari segi psikologi amat penting dalam memainkan peranan mereka untuk mengkaji individu tersebut kenapa mereka bertingkah laku sedemikian. Menurut Assael (1992), pengaruh demografi yang mempengaruhi keputusan untuk membeli adalah terdiri daripada faktor umur, jantina, tahap pendidikan, dan status perkahwinan .

25

Moyer dan D. Hutt (1978), mendapatkan bahawa sekiranya seseorang itu mempunyai tahap pendidikan yang tinggi maka individu tersebut akan lebih mengetahui mengenai kelebihan satu barangan dan akan menbeli barangan tersebut berbanding dengan mereka yang ada tahap pendidikan yang rendah. Menurut Engel dan Blackwell (1990), taraf perkahwinan seseorang individu mempengaruhi pembuatan keputusan pembelian suatu barangan atau prouk yang di beli oleh pengguna, dan sesuai digunakan ke atas diri mereka dan stiap ahli-ahli kelaurganya maka, pengguna akan membeli lagi barangan tersebut kerana ianya memberi kelebihan dan keuntungan bagi semua pihak. Menurut P. Rotter (1982) faktor keperluan merupakan faktor dalaman yang wujud dalam diri pengguna. Menurut beliau lagi, apabila wujud faktor keperluan maka seseorang individu itu akan membuat keputusan membeli barangan. Selain daripada itu, Azleeny Ramli 2008 dalam kajiannya menyatakan kualiti dan kepuasan memainkan peranan yang penting dalam pembelian barangan. Kualiti dan kepuasan pengguna adalah saling berkaitan. Kepuasan pengguna merupakan gambaran yang terbaik tentang kualiti barangan dan sesuatu perkhidmatan. Di dalam organisasi ia menjadi ukuran kejayaan dalam syarikat. Menurut Woo et al (2004) telah menjelaskan bahawa kualiti adalah bersifat kognitif, sedangkan kepuasan adalah dari reaksi emosi. Oleh yang demikian, persepsi dan pandangan dari pengguna berkenaan dengan kualiti adalah berdasarkan kepada penilaian objektif dimana sesuatu perkhidmatan atau produk barangan yang dijual mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Kepuasan sebaliknya melibatkan gerak balas dan tindakan dari reaksi emosi dan pengalaman yang menggunakan produk barangan yang dibeli secara umum.

BAB 111 METODOLOGI

26

3.1 PENDAHULUAN Bab ini membincangkan metodologi bagi kajian ini. Sehubungan dengan itu, bab ini akan memfokuskan kepada reka bentuk kajian, jenis penyelidikan, kerangka kajian, Sampel dan tempat kajian, pembinaan instrumen, pengumpulan data dan analisis data. 3.2 REKA BENTUK KAJIAN Dala reka bentuk kajian ini ia merujuk kepada bagaimana sesuatu maklumat itu dapat di capai dengan lebih baik dan teratur mengikut cara-cara yang ditentukan bagi mencapai sesuatu matlamat dengan lebih sempurna. Menurut Mohd Majid (1994), beliau menyatakan bahawa reka bentuk kajian ini berdasarkan kepada bagaimana untuk mendapatkan maklumat bagi mencapai sesuatu matlamat kajian. Mengikut Ahmad Mahdzan (2002), reka bentuk kajian ialah segala prosedur yang di ambil untuk mencapai objektif kajian. Manakala pendapat Mohd Majid (1994) dan Ahmad Mahdzan (2002) di sokong oleh Cooper dan Schindler (1998) yang menegaskan bahawa reka bentuk kajian adalah satu perancangan dan struktur penyiasatan bagi mendapatkan jawapan kepada semua persoalan kajian. Babbie (1995), menjelaskan reka bentuk kajian merupakan perancangan saintifik bagi memperoleh dapatan yang diinginkan serta mampu memberi penjelasan kepada permasalahan kajian. Berdasarkan kepada empat persoalan utama kajian iaitu adakah apakah faktorfaktor yang mendorong pengguna membuat keputusan dalam pemilihan dan pembelian barangan semasa berbelanja. Kedua, apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan barangan dan perkhidmatan di kalangan pengguna. Ketiga, Adakah terdapat perbezaan terhadap membuat keputusan dalam memilih barangan berdasarkan faktor-faktor demografi iaitu etnik, taraf pekerjaan , status perkahwinan, pendidikan dan jantina dan yang keempat ialah adakah harga barangan mempengaruhi pembuatan keputusan pengguna. Oleh itu penyelidik mendapati kajian ini perlu meggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif. Menurut Ary, Jacobs, Razaviegh, (1990), Penyelidikan kuantitatif merupakan suatu kaedah penyelidikan yang banyak menggunakan pendekatan yang di kenali sebagai deduktif di mana pendekatan ini menerangkan sesuatu fenomena yang berlaku. Di

27

perjelaskan lagi dengan lebih mudah, dimana kajian ini menggunakan nilai angka yang menunjukkan sifat berkaitan dengan objek pembolehubah. Menurut Gay dan Airasian, (2000), kaedah ini merupakan kaedah yang di aplikasikan untuk mengumpulkan data daripada sampel yang besar dengan menggunakan pelbagai kaedah pengumpulan data seperti menggunakan borang soal selidik. Ahmad Mahdzan, 2002 & Mohd Majid, 1994) menyatakan reka bentuk penyelidikan kuantitatif deskriptif adalah di gunakan dalam kajian ini. Penyelidikan kuantitatif deskriptif merupakan penyelidikan yang di aplikasikan bagi menerangkan fenomena yang berlaku di sekeliling kita. Manakala Salkind (2004) menjelaskan bahawa penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang menerangkan fenomena semasa. Selain itu Salkind (2000) menerangkan penyelidikan deskriptif mampu menyediakan gambaran yang jelas terhadap fenomena yang sedang di terokai oleh para penyelidik. Telah di jelaskan oleh Salkind (2000) dan di perkukuhkan lagi oleh Gay dan Airasian (2000) yang menegaskan bahawa penyelidikan deskriptif dapat menjelaskan sesuatu permasalahan yang berlaku. Mereka juga telah mencadangkan penyelidikan yang sangat sesuai di gunakan ialah kaedah deskriptif yang banyak merungkai isu-isu yang berkaitan dengan permasalahan kajian. Sehubungan dengan itu, dapatlah di perjelaskan bahawa kaedah deskriptif adalah menerangkan apa yang sedang berlaku. Penyelidik akan mengkaji sesuatu bidang yang sesiapa pun belum mengkaji dan kekurangan dalam Sesuatu kajian atau bidang tersebut. Maka pengkaji akan membuat penyelidikan dengan lebih terperinci dan menjelaskan serta meghuraikan permasalahan kajian, objektif kajian, persoalan kajian dengan lebih mendalam. Selain menggunakan kaedah deskriptif, kajian ini guna meggunakan kaedah inferensi dimana analisis statistik di gunakan dengan menggunakan sistem SPSS untuk menganalisis data dan penyelidikan yang dilakukan. Teknik analisis inferensi ini di gunakan dalam kajian-kajian untuk mengetahui data yang di kumpul dan di huraikan dengan lebih jelas dengan menggunakan konsep dan hokum kebarangkalian. Ianya di lakukan untuk memberi jaminan bahawa generalisasi dan kesimpulan yang di buat secara menyeluruh adalah tepat. Selain itu beberapa tatacara kebarangkalian perlu diikuti agar pemerihalan data terhadap populasi besar yang di kaji kadang-kadang bersifat sejagat

28

sehingga boleh menyakinkan walaupun pengkaji hanya menggunakan data daripada sampel kajian. 3.3 KERANGKA KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan semasa pemilihan dan pembelian barangan ketika berbelanja di kalangan pengguna. Oleh itu, satu kerangka di perlukan sebagai panduan kepada penyelidik di luar sana dalam usaha untuk mencari jawapan kepada persoalan serta mencapai semua objektif kajian yang telah di nyatakan dalam bab satu. Berdasarkan perbincangan di atas, kajian ini telah membuat dua kerangka kajian dimana di bahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Kerangka kajian ini menjelaskan dengan lebih terperinci dan ditunjukkan dalam Rajah 1 dan 2. Demografi (Bahagian A) Jantina Pendidikan Taraf Pekerjaan Status Perkahwinan Faktor-faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan Rajah 3.1 : Kerangka Kajian Bahagian A

Tingkah Laku Pengguna (Bahagian B) Keliru dengan pilihan yang banyak Tabiat setia jenama Gerak hati/ pengguna cuai Fesyen terkini ……………………… Pembuatan keputusan pengguna Kesempurnaan dan kualiti tinggi

29

Kesedaran harga Reakresi Kesedaran pada jenama Rajah 3.2 Kerangka Kajian Bahagian B 3.4 JENIS PENYELIDIKAN Kajian ini akan dijalankan secara kuantitatif yang dikaitkan dengan data numerika yang dipungut dengan ujian statistik. Kaedah kajian yang dipilih ialah melalui cara survei yang melibatkan soal selidik. Dalam soal selidik yang dijalankan ini, satu set borang soal selidik dihasilkan, dan responden dalam populasi yang ingin dikaji diminta untuk mengisi borang tersebut. Kajian secara servei ini di lihat untuk meneroka dan memperihalkan sesuatu populasi dan seterusnya mengeneralisasikan kepada populasi. Selain itu tujuan survey ini di buat adalah untuk membezakan setiap kumpulan dan kelompok dalam populasi. Dengan itu, kajian servei ini juga menjelaskan dengan menghubungkaitkan fakta dan pembolehubah. Dri situ pengkaji boleh membuat huraian, menjelaskan dengan lebih kompleks serta menyelidik tujuan kajian yang dilakukan. 3.5 TEMPAT KAJIAN Kajian ini akan dijalankan ke atas pengguna-pengguna di sekitar pasaraya-pasaraya terpilih Alor Setar dan Sungai Petani Kedah Darul Aman. Sampel terdiri daripada 100 orang pengguna yang terdiri daripada lelaki dan wanita dari pelbagai umur, bangsa, agama, status perkahwinan dan taraf pekerjaan masing-masing. Kaedah persampelan yang dipilih ialah persampelan rawak mudah dan persampelan bola salji. Persampelan rawak mudah digunakan agar subjek kajian yang dipilih memiliki unsur-unsur yang diperlukan oleh kajian dan mewakili apa yang dikehendaki dalam rekabentuk kajian. Manakala persampelan bola salji pula digunakan agar memudahkan responden dikenalpasti dan dihubungi. Persampelan jenis ini diperolehi melalui rangkaian kenalan pengguna itu sendiri. 3.5 SUBJEK KAJIAN

30

Subjek kajian meliputi seramai 100 orang responden dimana lelaki lebih ramai sebanyak 57 orang manakala wanita sabanyak 43 orang dalam menjawab borang soal selidik yang saya edarkan kepada mereka. Ke semua subjek ini merupakan pengguna-pengguna yang saya jumpa di pasaraya-pasaraya sekitar Sungai Petani dan Alor Setar beserta dengan pengedaran borang soal selidik di sekitar Sedim Resort, Kulim, Kedah dimana terdapat sebilangan sukarelawan dari Yayasan Sultanah Bahiyah Alor Setar yang membuat aktiviti di sana. Maka saya mengambil peluang untuk memberi borang soal selidik berkaitan kepenggunaan untuk di jawab. 3.6 LATAR BELAKANG RESPONDEN Etnik Melayu yang menjawab soal selidik ini seramai 42 orang dan yang selebihnya 15 orang di kalangan bukan melayu. Selain itu umur responden di bahagikan kepada dua kategori iaitu 40 tahun ke atas hingga 60 tahun ke atas seramai 33 orang manakala bagi kategori 40 tahun ke bawan hingga 20 tahun ke bawah seramai 24 orang. Selain daripada itu, pendidikan seperti sekolah menengah dan rendah seramai 30 orang. Yang selebihnya seramai 27 orang dari kategori pendidikan kolej atau universiti. Kebanyakkan pengguna yang di beri borang soal selidik ini bekerja di sector swasta seramai 34 orang dan di sector kerajaan seramai 23 orang. Tingkat pendapatan pengguna juga di ambil kira. 35 orang pada kategori RM 1000 keatas dan 22 orang pada kategori RM 999 ke bawah. Faktor demografi seperti status perkahwinan seramai 32 orang masih belum berkahwin dan seramai 25 orang sudah pub berkahwin. Kekerapan berbelanja pengguna di kategorikan kepada tiga. 7 orang akan berbelanja dalam seminggu sekali, 29 orang dalam masa dua minggu sekali. Selebihnya 21 orang sebulan sekali. Bagi Anggaran perbelanjaan sebulan pengguna mereka telah menghabiskan sebanyak RM 100 ke bawah seramai 12 orang, RM 101 hingga RM 300 seramai 34 orang manakala RM 301 hingga RM 500 seramai 8 orang. Dan yang selebihnya pengguna yang membelanjakan barangan setiap kali pembelian sebanyak RM 501 keatas hanya 3 orang sahaja. 3.7 LATAR BELAKANG BORANG SOAL SELIDIK

31

Satu set soal selidik digunakan mendapatkan maklumat yang di perlukan bagi kajian ini. Dalam borang soal selidik ini di kategorikan kepada dua bahagia dimana bahagian A tentang demografi atau latar belakang pengguna manakala di bahagian B tentang kelakuan atau tingkah laku pengguna. Borang ini di ambil dari kajian yang lepas di mana kajian itu mengkaji proses membuat keputusan dalam tingkah laku membeli di kalangan pengguna: kajian kes di Johor Bahru. Kajian ini di kaji oleh penyelidik dari Fakulti Pengurusan Sumber Manusi, Universiti Teknologi Malaysia tahun 2004 terdiri dari tiga orang iaitu Siti Aisyah Bt Panatik, Ishak Bin Mad Shah dan Azizah Bt Rejab. Soalan yang asal terdiri dari bahagian A sebanyak 9 soalan di mana soalan yang bernombor tujuh di kategorikan kepada 7 A dan 7 B. Borang soal selidik di bahagian B yang asal terdiri daripada 40 soalan. Ia boleh di rujuk di lampiran kajian ini. Sementara pada kajian yang di kaji oleh saya, saya mengambil soal kaji selidik di bahagian A dengan membuat sedikit perubahan. Ia boleh dilihat dalam lampiran kajian ini. Selain itu di bahagian B saya telah memendekakan borang kaji selidik ini sebanyak 18 soalan sahaja. Borang yang telah di buat perubahan boleh dirujuk di bahagian lampiran kajian. 3.8 ALAT UKURAN Satu set soal selidik digunakan mendapatkan maklumat yang di perlukan bagi kajian ini. Dalam borang soal selidik ini di kategorikan kepada dua bahagia dimana bahagian A tentang demografi atau latar belakang pengguna manakala di bahagian B tentang kelakuan atau tingkah laku pengguna. Borang kaji selidik ini berdasarkan kepada 9 item di bahagian A dan 18 item di bahagian B. Ia berdasarkan skala Likert dengan 5 pilihan jawapan seperti Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Setuju dan Sangat Tidak Setuju. Alat ukuran ini di rangka untukmelihat tahap-tahap pengguna dalam factor-faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan pengguna semasa membeli barangan. Alat ini di gunakan kerana sifat-sifatnya mudah, jelas dan dapat di fahami kerana ianya senag di markatkan. Subjek atau responden di minta untuk menjawab soal selidik ini berdasarkan kepada jawapan yang telah dinyatakan dan pengguna merasakan ada kaitan dengan diri mereka.

32

Terdapat 5 pilihan jawapan seperti Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Setuju dan Sangat Tidak Setuju. Jadual 3.1 Darjah Persetujuan Item _______________________________________________________________________ _ Darjah Persetujuan _ Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak Bersetuju 5 4 3 2 1 Nilai _______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________ 3.10 PENGUMPULAN DATA Data dalam kajian ini dikumpulkan melalui kaedah soal selidik. Borang soal selidik ini dihasilkan untuk mengukur sejauh mana faktor-faktor yang mempegaruhi pembuatan keputusan terhadap pembelian dan pemilihan barangan dalam tingkah laku berbelanja di kalangan pengguna. Soal selidik ini dilakukan secara bersemuka dengan pengguna dan menghantar borang soal selidik berkenaan kepada responden di lokasi kajian yang telah dipilih seperti di TESCO, GIANT dan ECONSAVE. Terlebih dahulu responden akan diberitahu tentang objektif utama kajian tersebut dijalankan. Responden diminta mengisi borang soal selidik tersebut dengan lengkap agar segala data dapat dikaji. Segala maklumat yang diperolehi daripada responden akan dirahsiakan dan maklumat peribadi tidak akan didedahkan. Dalam borang soal selidik berkenaan, saya menggunakan soalan jenis tertutup melalui Skala Likert. Soalan yang dikemukakan berbentuk mudah difahami, ringkas dan jelas bagi menyenangkan responden pelbagai bangsa dan usia menjawabnya.

33

3.11 PENGANALISISAN DATA Penganalisisasan data di lakukan dengan menggunakan sistem statistik dengan lebih terperinci yang di kenali sebagai Statistical Package For Social Science (SPSS) Versi 17. Untuk kajian ini, data yang diperolehi melalui kaedah tinjauan soal selidik akan dikumpulkan dan dikaji. Pengiraan data banyak menggunakan program Analisis Data Berkomputer SPSS yang memudahkan dan mempercepatkan pengiraan sesuatu data. Dalam kajian ini, maklumat demografi responden seperti umur,etnik,agama,status perkahwinan atau pun pekerjaan akan dianalisis menggunakan teknik peratusan dan min. Penyajian dan huraian data akan dilakukan dalam bentuk graf, carta, jadual, gambar rajah dan sebagainya bagi menunjukkan hasil data yang berjaya dikumpulkan. Kaedah korelasi dan t-test akan digunakan untuk kajian ini bagi menguji hipotesis yang telah dilakukan dalam kajian ini. Dalam analisis data penyelidik memilih pendekatan deskriptif dan inferensi dalam kajian ini: 3.11.1 Pendekatan Deskriptif Pendekatan deskriptif di gunakan terdiri daripada peratus dan juga frekuensi. Peratusan dan frekuensi ini di gunakan untuk analisis komposisi demografi responden. Pendekatan deskriptif yang penyelidik kaji ini merangkumi borang soal selidik bahagian A iaitu jantina, etnik, umur, pendidikan, taraf pekerjaan, tingkat pendapatan, status perkahwinan, kekerapan berbelanja dan anggaran perbelanjaan sebulan. 3.11.2 Pendekatan Inferensi Pendekatan ini melihat tahap-tahap perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan ketika pembelian barangan di kalangan pengguna mengikut jantina, pendidikan, taraf pekerjaan dan status perkahwinan.

3.11.3.1 Ujian T Ujian T terbahagi kepada dua bahagian iaitu ujian-t sampel tidak bersandar dan ujian-t sampel berpasangan. Ujian ini terdapat pada sistem SPSS for windows.

34

1) Ujian-t sampel tidak bersandar, hanya digunakan semasa hendak membandingkan skor min bagi dua kumpulan yang berbeza. 2) Ujian-t sampel berpasangan, hanya di gunakan semasa hendak membandingkan skor min bagi sekumpulan individu yang sama ke atas dua situasi yang berbeza. Dalam kajian ini, ujian-t sampel tidak bersandar di gunakan untuk melihat: 1) 3.11.3.2 Korelasi Sebagai penyelidik yang menggunakan metod-metod penyelidikan, kita mungkin tertarik dengan satu-satu kajian yang boleh menunjukkan hubungan di antara satu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain dan mempunyai kaitan diantara faktor-faktor yang di kaji. Sebagai contoh, Kajian yang dijalankan oleh Iran Herman dan Asmah Bee Md. Noor (2000) menyatakan fenomena prestasi akademik pelajar universiti dan hubungannya dengan penghargaan kendiri. Dalam kajian terhadap nilai kerja di kalangan kakitangan sebuah organisasi di Kuala Lumpur di buktikan mempunyai ikatan dengan prestasi kerja dan kepuasan kerja Iran Herman dan Mohd Khadri Suray (2001). Metod korelasi adalah metod analisis data dimana ia sesuai di gunakan dalam menguji pola dan sejauhmana terdapat hubungan dua pembolehubah yang kaji. Metod ini telah digunakan sekian lama semenjak tahun 1885 apabila Franus Galton dalam bbukunya yang bertajuk ‘Regression Towards Mediocrity in Hereditary Stature’ telah meramalkan bahawa cirri-ciri fizikal anak-anak dapat di tentukan oleh kriterium yang terdapat pada ibubapa.

3.12 KESIMPULAN Dalam kajian metodologi, semua yang berkaitan dengan demografi dan penganalisisan data yang di ambil adalah sangat penting dalam penghuraian dan penilaian kajian yang

35

dikaji untuk mengetahui hasil keputusan dan dapatan kajian. Metodologi memainkan peranan penting untuk memulakan sesuatu penghuraian di mana bab ini menerangkan keseluruhan pelbagai sudut yang terdapat dalam borang soal selidik yang di edarkan kepada responden untuk mengumpulkan data-data penting.

36

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->