You are on page 1of 26

T o p ik 9X Persediaan

Sebelum
Kejohanan
Olahraga

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menulis kertas kerja bagi kejohanan olahraga;
2. Menghuraikan peranan yang di mainkan oleh jawatan kuasa
teknikal sebelum kejohanan olahraga;
3. Menyatakan surat-surat yang perlu dihantar sebelum kejohanan
olahraga; dan
4. Menyatakan jenis-jenis borang yang di perlukan dalam
melaksanakan kejohanan olahraga.

X PENGENALAN
Persediaan sebelum kejohanan dilakukan biasanya mengambil masa yang lama,
bermula dari lantikan jawatan kuasa induk. Bagi membentuk perancangan yang
tersusun jawatan kuasa induk perlu merancang dasar, tujuan, tarikh dan tempat
kejohanan dan seterusnya membentuk satu kertas kerja. Huraian tugasan bagi
jawatan kuasa induk dan kecil telah di bincangkan dalam Topik 7.
170 X TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

9.1 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN


Kertas kerja merupakan bahan bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai
sesuatu projek untuk di bahaskan. Kertas kerja yang baik adalah kertas kerja yang
dapat memberi gambaran yang jelas tentang hala tuju, jenis aktiviti, jawatan kuasa,
peserta dan perbelanjaan sesuatu projek. Dengan kata lain kertas kerja yang
lengkap akan menjadi sumber rujukan utama dalam sesuatu program. Kertas kerja
juga merupakan dokumen rujukan yang perlu ada dalam proses memohon
kebenaran dan pertolongan dari pihak tertentu. Memandangkan kepentingan ini
kertas kerja perlu lengkap dan terarah.

(a) Menyediakan Kertas Kerja Mengikut Format yang Ditetapkan


Antara format kertas kerja yang selalu di gunakan ialah seperti berikut:
(i) Tajuk Kertas Kerja
Tulis tajuk dengan ringkas dan bermakna tajuk yang di rangka perlulah
jelas tepat dan menggambarkan objektif program.

(ii) Tujuan Kertas Kerja


Nyatakan secara jelas arah, hala, haluan, yang ditujukan, maksud,
matlamat dan tuntutan kertas kerja disediakan sama ada untuk:
Ć Kelulusan, maklumat atau perbincangan
Ć Untuk siapa kertas kerja di kemukakan
Ć Nyatakan apakah objektif dan matlamat yang hendak dicapai

(iii) Matlamat Projek


Merupakan sasaran yang realistik untuk dicapai dan perlu berdasarkan
kepada konsep kejohanan.

(iv) Penerangan tentang Projek


Nyatakan secara jelas butiran mengenai jawatan kuasa:
Ć Tarikh, masa atau tempat
Ć Peserta kumpulan sasaran
Ć Yuran atau bayaran yang dikenakan
Ć Kerjasama atau bantuan di unit atau persatuan lain
TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA W 171

(v) Jawatan kuasa Induk


Nyatakan secara jelas segala butiran mengenai jawatan kuasa induk dan
kecil.
Ć Nyatakan atau sertakan minit mesyuarat induk yang telah
memutuskan untuk mengadakan projek yang di pohon.
Ć Senarai penuh jawatan kuasa induk yang terdiri daripada:
– Penaung
– Penasihat
– Senarai Penuh Ahli Jawatan kuasa Induk dan Kecil
Ć Peranan dan bidang tugas jawatan kuasa.

(vi) Anggaran Perbelanjaan


Nyatakan secara terperinci anggaran pendapatan serta perbelanjaan
termasuk belanja runcit sebanyak 10 peratus dan diperincikan mengikut
butir-butir perbelanjaan.

(vii) Susun Atur atau Atur Cara


Sediakan jadual tentatif program yang terperinci dari awal hingga akhir
termasuklah atur cara perasmian dan penutup dengan menyatakan
masa, tempat dan tindakan jawatan kuasa dan individu.

(viii) Peserta
Nyatakan kumpulan sasaran yang akan menyertai program ini sama ada
pelajar atau kakitangan anggaran bilangan peserta.

(ix) Tindakan
Ć Senarai semak tindakan
Ć Pelan tindakan
Ć Atur cara pentadbiran
Ć Carta Gann
(x) Sokongan
Rujuk keseluruhan kertas kerja kepada penasihat atau pegawai yang
berkaitan untuk di komen atau di beri sokongan.
172 X TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

(b) Mendapat Kelulusan dari Pihak Pengurusan


Kertas kerja yang telah di bina perlu dihantar untuk mendapat kelulusan dari
pihak pengurusan. Penganjur mesti memastikan tarikh serahan kertas kerja
menepati kehendak masa pemprosesan kelulusan.

(c) Menyediakan Jadual Tindakan Tentatif


Jadual tindakan tentatif perlu di bina bagi memastikan perlaksanaan program
berjalan dengan lancar. Jadual tindakan tentatif ini membolehkan pengerusi
atau orang yang berkepentingan memantau aktiviti perancangan dan
perkembangan tugas setiap jawatan kuasa. Jadual tindakan tentatif boleh
dalam bentuk carta gann, senarai semak, jadual, carta alir dan lain-lain media
yang mudah difahami.

SEMAK KENDIRI 9.1

1. Jadual tentatif membolehkan pengerusi memantau aktiviti perancangan


dan pelaksanaan aktiviti. Nyatakan bentuk jadual tindakan tentatif?
2. Nyatakan cara format membina Kertas Kerja mengikut modul ini?

9.2 PENGURUSAN SEBELUM KEJOHANAN


Bagi menentukan kejayaan dan keberkesanan perjalanan kejohanan olahraga
persediaan awal amat perlu. Pengurusan kejohanan harus di rancang terlebih awal
dan tidak boleh di buat secara tergesa-gesa. Dalam merancang pertandingan sukan
apa yang perlu ialah pengurusan yang teliti kemas dan berdokumen. Kesemua ini
dilakukan bagi mengelakkan perkara-perkara penting terlepas pandang yang
akhirnya akan mencatatkan kejohanan olahraga.

Dalam merancang dan melaksanakan kejohanan olahraga berbagai pihak perlu di


hubungi bagi mendapat kebenaran, memohon bantuan, jemputan dan
pemberitahuan. Kesemua proses ini memerlukan pihak urus setia menyiapkan dan
menghantar surat tujuan tersebut. Urusan surat menyurat merupakan cara
berkomunikasi yang selalu digunakan dalam mengelola sesuatu majlis atau
kejohanan. Surat adalah dokumen yang mengandungi maklumat dan akan menjadi
sumber rujukan. Oleh itu surat perlu mempunyai maklumat yang ringkas tetapi
bermakna kepada pembacanya. Surat biasanya di keluarkan oleh setiausaha
jawatan kuasa.
TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA W 173

Jawatan kuasa teknikal kepegawaian perlu bekerja keras sebelum kejohanan,


berbagai tugasan perlu di selesaikan oleh jawatan kuasa ini. Jawatan kuasa teknikal
kepegawaian perlu menyediakan jumlah pegawai yang mencukupi untuk bertugas
pada hari kejohanan. Jawatan kuasa ini juga perlu menyusun jadual pegawai yang
bertugas dalam kejohanan olahraga pelan kontegensi dan kebajikan pegawai.

Jawatan kuasa teknikal dan padang bertanggungjawab menentukan padang dan


gelanggang tersedia untuk kejohanan olahraga. Jawatan kuasa teknikal dan padang
perlu memastikan keadaan padang dalam keadaan baik serta tidak mendatangkan
mudarat kepada peserta. Selain itu jawatan kuasa ini perlu memastikan ukuran
gelanggang dan padang menepati spesifikasi. Jawatan kuasa teknik alatan pula
perlu memastikan alatan yang di gunakan dalam kejohanan olahraga di sediakan.

Urusan pendaftaran peserta akan melibatkan jawatan kuasa pendaftaran, jawatan


kuasa ini perlu memastikan peserta kejohanan didaftarkan penyertaannya
mengikut borang penyertaan. Selain daripada borang-borang teknikal berserta
kandungannya iaitu nama peserta serta data lain perlu di siapkan oleh jawatan
kuasa pendaftaran sebelum kejohanan bermula.

9.2.1 Pengurusan Surat Menyurat dan Pelantikan


Surat ialah merupakan kiriman kertas yang di tulis dan dikirim pada orang lain
bertujuan atau mempunyai maksud tertentu. Surat merupakan dokumen penting
yang boleh menjadi sumber rujukan dari semasa ke semasa. Dalam mengendali
kejohanan olahraga urusan surat menyurat merupakan keperluan. Antara surat
yang dikeluarkan oleh jawatan kuasa ialah:

(i) Surat Jemputan Mengambil Bahagian


Surat ini dialamatkan kepada badan-badan, persatuan-persatuan, sekolah-
sekolah untuk menjemput menyertai kejohanan. Butiran dalam surat
pelantikan ini ialah jenis dan bentuk kejohanan, tarikh kejohanan, masa
kejohanan dan tempat kejohanan dan nombor telefon pegawai yang
berkenaan. Surat ini mesti di lampirkan dengan ringkasan kertas kerja,
peraturan am, jadual pertandingan dan borang penyertaan serta lampiran
yang berkaitan.

(ii) Surat Pelantikan Ahli Jawatan Kuasa Induk dan Ahli Jawatan Kuasa Kecil
Surat pelantikan perlu di berikan kepada ahli jawatan kuasa induk dan ahli
jawatan kuasa kecil. Butiran dalam surat pelantikan ini ialah jawatan, tarikh
kejohanan, masa kejohanan dan tempat kejohanan. Surat lantikan juga perlu
di sertakan dengan surat jawapan penerimaan.
174 X TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

(iii) Surat Pelantikan Pegawai Teknikal


Surat pelantikan perlu di berikan kepada pegawai teknikal dalam waktu
yang bersesuaian. Butiran dalam surat pelantikan ini ialah jawatan, tarikh
kejohanan, masa kejohanan dan tempat kejohanan dan nombor telefon
pengerusi ke pegawai. Surat lantikan juga perlu di sertakan dengan surat
jawapan penerimaan.

(iv) Surat Memohon Pelepasan


Pihak jawatan kuasa tertinggi juga perlu memohon pelepasan dari
majikannya sebagai untuk setiap ahli jawatan kuasa dan pegawai teknikal
untuk bertugas. Butiran dalam surat pelantikan ini ialah nama pegawai
yang terlibat, jawatan, sela tarikh kerja, tarikh kejohanan masa kejohanan
dan tempat kejohanan dan nombor telefon pengerusi kepegawaian.

(v) Surat Penggunaan Gelanggang


Surat ini di buat sekiranya gelanggang atau padang di bawah kawalan
sekolah atau pertubuhan lain di gunakan. Surat ini perlu di hantar segera
supaya gelanggang dapat disediakan pada tarikh yang kita kehendaki.
Butiran dalam surat ini ialah tarikh kejohanan, masa kejohanan dan
cadangan tujuan penggunaan gelanggang.

(vi) Surat Peminjaman Alatan


Surat ini bertujuan untuk meminjam barang-barang untuk kejohanan dari
badan-badan, pertubuhan atau sekolah. Surat ini perlu di hantar segera
supaya barang-barang dapat disediakan pada tarikh yang kita kehendaki.
Butiran dalam surat ini ialah tarikh kejohanan, masa kejohanan dan
cadangan tujuan penggunaan alatan, tarikh mengambil dan tarik
pemulangan barang.

(vii) Surat Penggunaan Kemudahan


Surat ini bertujuan untuk memohon kemudahan seperti asrama, bas dan
lain-lain dari satu pertubuhan atau sekolah. Surat ini perlu di hantar segera
supaya kemudahan yang kita kehendaki dapat disediakan pada tarikh yang
kita kehendaki. Butiran dalam surat ini ialah tarikh kejohanan, masa
kejohanan dan cadangan tujuan penggunaan gelanggang.

(viii) Surat Memohon Bantuan daripada Persatuan Sukarela atau Badan-badan


Beruniform
Bantuan dari persatuan sukarela atau badan-badan beruniform contohnya
St John Ambulan, Bulan Sabit Merah, Pengakap perlu dalam melicinkan
kejohanan olahraga. Penganjur perlu menghantar surat memohon bantuan
bagi mendapatkan perkhidmatan persatuan sukarela atau badan-badan
beruniform tersebut. Surat memohon bantuan perlu kandungan surat itu
TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA W 175

perlu mengandungi masa, tarikh, tempat dan aktiviti yang terlibat, bidang
bantuan yang di kehendaki dan jumlah anggota yang di perlukan.

(ix) Surat Memohon Bantuan daripada Pihak Polis


Terdapat aktiviti kejohanan contohnya jalan kaki atau maraton yang
melibatkan penggunaan jalan raya. Penganjur perlu memaklumkan dan
memohon mengadakan aktiviti dari pihak polis. Oleh itu pihak penganjur
perlu menghantar surat memohon kebenaran dan bantuan dari pihak polis.
Kandungan surat itu perlu mengandungi masa, tarikh, tempat dan aktiviti
yang terlibat. Surat ini juga perlu mengandungi permohonan bantuan dari
pihak polis kepada penganjur, contohnya mengadakan rondaan dan
kawalan.

(x) Surat Pemberitahuan, Memohon Bantuan Kawalan dari RELA


Dalam keadaan tertentu kita mungkin memohon bantuan daripada pihak
RELA untuk membuat kawalan keselamatan. Dalam surat memohon
bantuan kawalan keselamatan dari pihak RELA kandungan surat itu perlu
mengandungi masa, tarikh, tempat dan aktiviti yang terlibat, bidang
kawalan yang dikehendaki dan jumlah anggota.

(xi) Surat Pemberitahuan dan Memohon Bantuan dari Hospital atau Klinik
Penganjur perlu memaklumkan hospital atau klinik tentang kejohanan
olahraga yang dianjurkan. Ini bertujuan bagi hospital atau klinik bersedia
memberi bantuan kecemasan atau ambulan sekiranya berlaku kecemasan
dalam menjalankan Kejohanan Olahraga Kandungan surat itu perlu
mengandungi masa, tarikh, tempat dan aktiviti yang terlibat.

(xii) Surat Sumbangan


Dalam satu kejohanan olahraga yang besar sumbangan dari pihak koporat
atau individu memang di perlukan. Dalam Surat memohon sumbangan
sama ada dari segi kewangan atau barang-barang kandungan surat itu perlu
mengandungi masa, tarikh, tempat dan aktiviti yang terlibat dan
sumbangan yang diharapkan.

(xiii) Surat Jemputan Perasmian atau Penutup Tetamu Kehormat


Pihak penganjur juga perlu menghantar surat jemputan khas kepada tetamu
kehormat untuk merasmikan atau menutup kejohanan olahraga. Butiran
dalam surat ini ialah tarikh kejohanan, masa perasmian atau penutup
kejohanan dan cadangan jadual aktiviti perasmian atau penutup kejohanan.
176 X TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

(xiv) Surat Jemputan Perasmian atau Penutup Tetamu Khas


Bagi menyerikan lagi upacara perasmian dan penutup pihak penganjur
boleh menjemput tetamu khas. Surat jemputan mestilah berbutiran seperti
berikut iaitu tarikh kejohanan, masa perasmian atau penutup kejohanan dan
cadangan jadual aktiviti perasmian atau penutup kejohanan.

Pelantikan Jawatan kuasa


Pelantikan jawatan kuasa induk serta kecil dan bidang tugasnya telah di
bincangkan dengan terperinci dalam Topik 7. Pihak pengurusan pertandingan
perlu memastikan bahawa pelantikan jawatan kuasa perlu berdasarkan kepada
keupayaan dan pengalaman kerja yang lepas. Urusan pelantikan perlu di lakukan
secara bersurat. Oleh kerana jawatan kuasa akan melibatkan mesyuarat dan lain-
lain tugasan di luar. Pelepasan ahli jawatan kuasa terlibat perlu di pohon dari
majikan jika berkenaan. Surat mesyuarat atau panggilan bertugas kepada ahli
jawatan kuasa perlulah melalui ketua jabatan untuk di rekodkan.

Pelantikan Pegawai Kejohanan


Pelantikan pegawai kejohanan olahraga hendaklah di lantik dengan berhati-hati,
sekiranya berkemampuan pegawai kejohanan yang di lantik perlulah bertauliah
dengan mempunyai sijil kepegawaian daripada Kesatuan Olahraga Amatur
Malaysia. Namun dalam kejohanan sekolah atau Majlis Sekolah Daerah kita sukar
untuk mempunyai kesemua pegawai bertauliah. Oleh itu biasanya mereka yang
mempunyai tauliah di minta mengetuai pegawai teknikal sebagai referi dan ketua
hakim.

Kursus pegawai kejohanan perlu di rancang bagi memberi pendedahan dan


seterusnya melicinkan lagi kejohanan olahraga. Pelantikan pegawai perlu
berdasarkan pengalaman dan latar belakang. Dalam keadaan tertentu mungkin
pegawai yang tidak berpengalaman perlu berpasangan dengan pegawai yang
berpengalaman untuk menimba pengetahuan dari rakan yang lebih senior. Bagi
kejohanan besar terdapat juga penganjur membuat amali kejohanan sebenar bagi
melatih pegawai yang bertugas. Dalam topik lapan bidang tugas pegawai-pegawai
teknikal di huraikan dengan terperinci.

Selain daripada itu jawatan kuasa teknik kepegawaian perlu juga berbincang
dengan pegawai sebelum menyusun jadual bertugas dalam kejohanan olahraga.
Antara faktor penting yang perlu di fikirkan ialah pengalaman dan kelulusan
pegawai yang bertugas, masalah peribadi pegawai yang tidak dapat di elakkan dan
kepakaran pegawai dalam bidang-bidang tertentu. Selain daripada itu kebajikan
pegawai juga perlu di jaga oleh jawatan kuasa ini.
TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA W 177

9.2.2 Persiapan Teknikal


Persiapan teknikal perlu mantap bagi menjayakan kejohanan olahraga, berbagai
kerja perlu di lakukan oleh jawatan kuasa teknikal sebelum menganjur kejohanan.
Jawatan kuasa teknik dan pertandingan perlu menyiapkan dan memastikan
penyediaan padang dan gelanggang mengikut ukuran dan spefikasi yang terdapat
dalam undang-undang Kesatuan Olahraga Malaysia (KOAM). Jawatan kuasa ini
juga perlu memastikan alatan yang di gunakan dalam kejohanan ini mengikut
spesifikasi yang di tetapkan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOAM). Selain dari
aspek ini jawatan kuasa ini juga perlu memastikan gelanggang dan alatan yang di
gunakan selamat dan tidak mendatangkan risiko kecederaan kepada peserta.

Jawatan kuasa teknikal peralatan bertanggungjawab menyediakan segala peralatan


pertandingan. Alat-alat ini termasuk kerusi, meja bagi hakim, sistem pembesar
suara, papan tulis dan lain-lain perkakasan teknikal sesuatu pertandingan. Jawatan
kuasa peralatan juga dikehendaki membantu jawatan kuasa teknik dan
pertandingan untuk memeriksa peralatan dan memastikannya mengikut
spesifikasi.

Sebaik sahaja borang penyertaan dihantar oleh pasukan yang bertanding, jawatan
kuasa pendaftaran dan pertandingan perlu mendaftar peserta dengan teliti supaya
tidak terdapat kesilapan teknikal berlaku yang akan mengganggu tumpuan peserta.
Jawatan kuasa ini perlu mendaftarkan peserta ke dalam borang teknikal yang akan
di gunakan dalam pertandingan. Jawatan kuasa pendaftaran perlu membantu
jawatan kuasa pertandingan dan teknikal bagi memastikan pendaftaran peserta
oleh pasukan mengikut undang-undang yang ditetapkan. Jawatan kuasa teknikal
dan pertandingan perlu menyediakan borang teknikal sebelum urusan pendaftaran
peserta dilakukan.

9.2.3 Penyediaan Borang


Borang teknikal menjadi tanggungjawab jawatan kuasa teknikal dan pertandingan
untuk menyediakannya. Borang teknikal dalam kejohanan olahraga adalah
merupakan borang yang terdiri daripada maklumat dan mempunyai fungsi yang
tersendiri. Borang-borang teknikal perlu seragam mengikut Kesatuan Olahraga
Malaysia (KOAM). Dalam pengelolaan kejohanan olahraga borang teknikal
merupakan bahan atau alat yang penting dalam melicinkan kejohanan olahraga.
Maklumat atau butir-butiran dalam borang akan memudahkan pegawai teknikal
menjalankan tugasnya. Jadual di bawah menunjukkan jenis borang dan fungsinya.
178 X TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

Jadual 9.1: Borang dan Kegunaannya

BIL BORANG GUNA


1 Borang Masuk atau Penyertaan Borang ini mengandungi daripada butir-butir para
(Lampiran A) peserta, pasukan yang mengambil bahagian dan
acara yang di pertandingan.
2 Borang Penyeliaan Peserta Borang ini menunjukkan dan mengesahkan senarai
(Lampiran B) peserta yang bertanding dalam sesuatu acara.
3 Borang Hakim Balapan Borang ini digunakan oleh hakim untuk
(Lampiran C) mencatatkan kedudukan dan keputusan yang
dicapai oleh dalam acara balapan.
4 Borang Penjaga Masa Borang ini di gunakan untuk mencatat masa yang
(Lampiran D) di capai dalam acara balapan.
5 Borang Ketua Penjaga Masa Borang ini digunakan untuk ketua penjaga masa
(Lampiran E) mencatat masa rasmi bagi satu acara balapan.
Borang ini merupakan rumusan daripada setiap
penjaga masa.
6 Borang Ketua Hakim Borang ini digunakan untuk ketua Hakim dalam
(Lampiran F) mencatat keputusan rasmi bagi satu acara balapan.
Borang ini merupakan rumusan daripada setiap
penjaga masa.
7 Borang atau Kad Acara Padang Borang ini tercatat senarai nama peserta, jumlah
(lompatan dan balingan) percubaan, ukuran pencapaian dalam satu acara
(Lampiran H) lompatan atau balingan.
8 Borang Pencapaian Markah Borang ini akan memaparkan markah yang di capai
Keseluruhan (Lampiran I) oleh setiap pasukan bagi acara yang di
pertandingan. Pengiraan markah untuk
menentukan tempat dalam sesuatu pasukan.
9 Borang Bantahan Borang bantahan akan di berikan pihak yang ingin
(Lampiran K) membuat bantahan terhadap keputusan rasmi atau
pengadilan.
10 Borang Penyampaian Hadiah Borang ini di gunakan untuk urusan penyampaian
(Lampiran L) hadiah yang berjalan lancar seperti yang dirancang.
11 Senarai Pemenang Piala Pusingan Bagi memudahkan pihak penganjur mengesan
piala-piala pusingan yang di menangi oleh sesuatu
pasukan borang ini di perkenalkan.
12 Borang Catatan Pusingan Borang ini di gunakan untuk mencatat bilangan
(Lampiran M) pusingan yang di buat oleh peserta dalam acara lari
jarak jauh (5000m, 10000m).
13 Borang Laporan Kelajuan Angin Borang ini di gunakan oleh juruteknik untuk
mencatat kelajuan angin yang bertiup semasa
sesuatu acara di jalankan.
TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA W 179

SEMAK KENDIRI 9.2

1. Nyatakan Jawatan kuasa yang bertanggungjawab menyediakan segala


peralatan pertandingan. Alat-alat ini termasuk kerusi, meja bagi
hakim, sistem pembesar suara, papan tulis dan lain-lain perkakasan
teknikal sesuatu pertandingan.
2. Borang ini tercatat senarai nama peserta, jumlah percubaan, ukuran
pencapaian dalam satu acara lompatan atau balingan. Namakan jenis
borang ini.
3. Nyatakan butiran yang ada dalam surat pelantikan ahli jawatan kuasa
kecil dan induk.
4. Cirikan Surat kebenaran yang digunakan dalam kejohanan olahraga
dan beri contoh.
5. Borang ini mengandungi daripada butir-butir para peserta, pasukan
yang mengambil bahagian dan acara yang di pertandingan. Namakan
jenis borang ini.
6. Nyatakan jawatan kuasa yang bertanggungjawab menyediakan borang
teknikal sebelum urusan pendaftaran peserta dilakukan.
7. Nyatakan lampiran yang disertakan dalam surat jemputan mengambil
bahagian.

Ć Kertas kerja merupakan bahan bertulis yang mengandungi perbincangan


mengenai sesuatu projek untuk di bahaskan.
Ć Kertas kerja yang baik adalah kertas kerja yang dapat memberi gambaran yang
jelas tentang hala tuju, jenis aktiviti, jawatan kuasa, peserta dan perbelanjaan
sesuatu projek.
Ć Jadual tindakan tentatif ini membolehkan pengerusi atau orang yang
berkepentingan memantau aktiviti perancangan dan perkembangan tugas
setiap jawatan kuasa.
Ć Pengurusan kejohanan harus di rancang terlebih awal dan tidak boleh di buat
secara tergesa-gesa.
Ć Dalam merancang pertandingan sukan apa yang perlu ialah pengurusan yang
teliti kemas dan berdokumen.
Ć Surat adalah dokumen yang mengandungi maklumat dan akan menjadi sumber
rujukan.
180 X TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

Ć Surat perlu mempunyai maklumat yang ringkas tetapi bermakna kepada


pembacanya.
Ć Jawatan kuasa teknikal kepegawaian perlu menyediakan jumlah pegawai yang
mencukupi untuk bertugas pada hari kejohanan.
Ć Jawatan kuasa teknikal dan padang perlu memastikan keadaan padang dalam
keadaan baik serta tidak mendatangkan mudarat kepada peserta.
Ć Jawatan kuasa teknik alatan perlu memastikan alatan yang di gunakan dalam
kejohanan olahraga di sediakan.
Ć Urusan pendaftaran peserta akan melibatkan jawatan kuasa pendaftaran,
jawatan kuasa ini perlu memastikan peserta kejohanan di daftarkan
penyertaannya mengikut borang penyertaan.
Ć Kursus pegawai kejohanan perlu di rancang bagi memberi pendedahan kepada
pegawai dan seterusnya melicinkan lagi kejohanan olahraga.
Ć Jawatan kuasa teknik kepegawaian perlu berbincang dengan pegawai sebelum
menyusun jadual bertugas dalam kejohanan olahraga.
Ć Jawatan kuasa teknik dan pertandingan perlu menyiapkan dan memastikan
penyediaan padang dan gelanggang mengikut ukuran dan spesifikasi yang
terdapat dalam undang-undang Kesatuan Olahraga Malaysia (KOAM).
Ć Jawatan kuasa teknikal peralatan bertanggungjawab menyediakan segala
peralatan pertandingan.
Ć Jawatan kuasa pendaftaran dan pertandingan perlu mendaftar peserta dengan
teliti supaya tidak terdapat kesilapan teknikal.
Ć Jawatan kuasa pendaftaran perlu membantu jawatan kuasa pertandingan dan
teknikal bagi memastikan pendaftaran peserta oleh pasukan mengikut undang-
undang yang ditetapkan
Ć Borang teknikal menjadi tanggungjawab jawatan kuasa teknikal dan
pertandingan untuk menyediakannya.
Ć Borang teknikal dalam kejohanan olahraga adalah merupakan borang yang
terdiri daripada maklumat dan mempunyai fungsi yang tersendiri.
Ć Borang-borang teknikal perlu seragam mengikut Kesatuan Olahraga Malaysia
(KOAM).
TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA W 181

Borang teknikal Jawatan kuasa teknikal peralatan


Borang teknikal Kertas kerja
Jadual tindakan tentatif Persiapan teknikal
Jawatan kuasa pendaftaran Setiausaha jawatan kuasa.
Jawatan kuasa teknikal dan padang Urusan pendaftaran peserta
Jawatan kuasa teknikal kepegawaian

Clarke, R., & Boyle, R. (1978). Successful Track and Field. Dubuque, Iowa: Walliam
C. Brown.

Darren Bennet. (1992). Sports Facts Athletic Sports. London: Franklin Watts.

Helen Ten. (1996). Manual Olahraga. Kuala Lumpur: Junjuara Publications Sdn.
Bhd.

Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (2003). Undang-undang Kejohanan Olahraga


3.

Teng Bong Tong. (1994). Gerko: Panduan Pengajaran Olahraga. Shah Alam:
Penerbitan Fajar Bakti

Wee Eng Hoe (2002). Panduan Pengajaran Olahraga: Kepegawaian dan


Kejurulatihan. Karisma Publication Sdn. Bhd.
182 X TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

LAMPIRAN A: BORANG PENYERTAAN


BORANG PENYERTAAN

Pasukan: (L/P)

B.Lembing
ACARA

JUMLAH

L. Cakera
BIL NAMA PESERTA JUMLAH ACARA

B.Peluru
4x100 m
4x400 m
L Tinggi
1500 m
5000 m
BESAR

L Jauh
100 m

400 m
200 m

800 m
No Perseorangan Pasukan
Peserta

"Butir-butir penyertaan ini adalah mengikut


syarat-syarat penyertaan." (URUSAN RASMI)
Tarikh terima___________
Pengesahan Pengurus pasukan Catatan_____________________________
_____________________________
___________________
Tarikh ( Nama )
____________________
Tarikh ( )

Borang Penyertaan Borang ini mengandungi butir-butir para peserta, pasukan yang
mengambil bahagian dan acara yang dipertandingkan.
TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA W 183

LAMPIRAN B: BORANG PENYELIAAN PESERTA

LAPORAN PENYELIAAN PESERTA

No Acara Acara (L/P) Kelas


Masa pertandingan: Saringan/Separuh Akhir/Akhir

LORONG NAMA PESERTA NOMBOR PASUKAN CATATAN

Catatan Penolong Pelepas:

TARIKH:

Borang Penyeliaan Peserta: Borang ini menunjukkan dan mengesahkan senarai


peserta yang bertanding dalam sesuatu acara.
184 X TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

LAMPIRAN C: LAPORAN HAKIM BALAPAN

LAPORAN HAKIM LAPORAN HAKIM


Acara: (L./W) Acara: (L/W)

No. Acara No. Acara


Saringan ( ) S-Akhir ( ) Saringan ( ) S-Akhir ( )

1 1
2
Tarikh Hakim Tarikh Hakim
LAPORAN HAKIM LAPORAN HAKIM
Acara: ' (L/W) Acara: (L/W)
No. Acara- No. Acara
Saringan ( ) S-Akhir ( ) Saringan ( ) S-Akhir ( )

(Hakim mencatat
nombor peserta
2 yang mendapat
tempat 3
kedua)
(Hakim mencatat
nombor peserta
3 yang mendapat
tempat
ketiga)
4
Tarikh Hakim Tarikh Hakim

Borang Hakim Tempatan ini digunakan oleh hakim untuk mencatatkan kedudukan
dan keputusan yang dicapai oleh dalam acara balapan.
TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA W 185

LAMPIRAN D: BORANG LAPORAN PENJAGA


MASA

LAPORAN PENJAGA MASA


Acara_________________(L/W)
No.Acara:___________ saringan/S.Akhir/Akhir

Tempat

Jam

Tarikh

Tanda tangan
( Nama Penjaga masa)

Borang Penjaga Masa ini digunakan untuk mencatat masa yang di capai dalam
acara balapan.
186 X TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

LAMPIRAN E: BORANG LAPORAN KETUA


PENJAGA MASA

LAPORAN KETUA PENJAGA MASA


Acara_________________(L/W)
No.Acara:___________ saringan/S.Akhir/Akhir
Rekod

Tempat Masa Rasmi


1
2
3
4
5
6
7
8
Tarikh
Tanda tangan
( Nama Ketua Penjaga masa)

Borang Ketua Penjaga Masa ini digunakan untuk ketua penjaga masa mencatat
masa rasmi bagi satu acara balapan. Borang ini merupakan rumusan daripada
setiap penjaga masa.
TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA W 187

LAMPIRAN F: BORANG LAPORAN KETUA HAKIM


LAPORAN KETUA HAKIM

No Acara Acara (L/P) Kelas

Masa pertandingan: Saringan/Separuh Akhir/Akhir

LORONG NAMA PESERTA NOMBOR PASUKAN KEDUDUKAN CATATAN


1

Tarikh:
( Referi ) ( Ketua Hakim )

Borang Ketua Hakim ini digunakan untuk ketua Hakim dalam mencatat keputusan
rasmi bagi satu acara balapan. Borang ini merupakan rumusan daripada setiap
hakim.
188 X TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

LAMPIRAN G: BORANG LAPORAN KETUA HAKIM


(BALINGAN DAN LOMPATAN)

LAPORAN ACARA L.Jauh/Lkijang/Lontar Peluru/L.Cakera

No Acara Acara (L/P) Kelas


Masa pertandingan: Rekod

Giliran BUTIR-BUTIR PESERTA Jarak Terbaik ( Jarak Terbaik TEMPAT


percubaan) (keselunihan)

Nama No Pasukan 1 2 3 4 5 6

1
2
3
4
5
6
7
8

KEPUTUSAN

TEMPAT NAMA NO PASUKAN JARAK CATATAN


.
Perta'ma
Kedua
Ketiga
Keempat
Kelima
Keenam
Ketujuli
Kelapan

Tarikh:
( Referi ) ( Ketua Hakim )

Borang atau Kad Acara Padang (lompatan dan balingan) ini tercatat senarai nama
peserta, jumlah percubaan, ukuran pencapaian dalam satu acara lompatan dan
balingan.
TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA W 189

LAMPIRAN H: BORANG LAPORAN KETUA HAKIM


(LOMPATAN TINGGI)
LAPORAN ACARA L.Tinggi/Bergalah

No Acara Acara (L/P) Kelas


Masa pertandingan: Rekod

GILIRAN BUTIR-BUTIR PESERTA Tinggi TEMPAT

Lompatam
Jumlah

Jumlah
Gagal
Nama No 1 2 3 1 2 3 1 2 3 1 2 3 1 2
1
2
3
4
5
6
7
8
9

KEPUTUSAN

TEMPAT NAMA NO PASUKAN JARAK CATATAN


.
Pertama
Kedua
Ketiga
Keempat
Kelima
Keenam
Ketujuli
Kelapan

Tarikh:
( Referi ) ( Ketua Hakim )

Borang atau Kad Acara Padang (lompatan tinggi) Borang ini tercatat senarai nama
peserta, jumlah percubaan, ukuran pencapaian dalam satu acara lompatan tinggi.
190 X TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

LAMPIRAN I: BORANG LAPORAN PENCAPAIAN


MARKAH
PENCAPAIAN MARKAH

NO
Acara

B.Lembing

Kedudukan
L. Kijang

B Peluru
4x100 m

4x400 m

L.Tinng

Markah
1500 m

Jumlah
100 m

800 m
400 m
200 m

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12

Keputusan (L/P)

Kedudukan Pasukan Markah


Johan
Naib Johan
Ketiga

( Ketua Perakam)

Borang Pencapaian Markah Keseluruhan ini akan memaparkan markah yang di


capai oleh setiap pasukan bagi acara yang di pertandingkan. Pengiraan markah
untuk menentukan tempat dalam sesuatu pasukan.
TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA W 191

LAMPIRAN J: BORANG KEPUTUSAN RASMI

KEPUTUSAN RASMI

No Acara Acara (L/P) Kelas


Masa pertandingan: Saringan/Separuh Akhir/Akhir

TEMPAT NAMA PESERTA/ PASUKAN NOMBOR Masa/Jauh/Tinggi CATATAN


1
2
3
4
5
6
7
8

Tarikh:
( Perakam ) ( Ketua Perakam )

Borang Keputusan Rasmi ini digunakan untuk perakam dalam mencatat keputusan
rasmi bagi satu acara balapan. Borang ini merupakan rumusan daripada setiap
laporan ketua hakim dan disahkan oleh referi.
192 X TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

LAMPIRAN K: BORANG BANTAHAN


BORANG BANTAHAN
Nama Peserta/Pasukan yang Membantah :.

Butir-Butir Bantahan
Nombor Acara: Acara

Masa Peristiwa Berlaku: Temp at Berlaku:

Nombor Peserta @ Pasukan lawan yang terlibat:.

Peristiwa yang teiah berlaku:

Dengan ini saya mengemukakan bantahan ini untuk pertimbangan pihak


tuan.

Pengurus Psukan
( )
Tarikh :

Untuk Urusan Rasmi


Tarikh Dan Masa Bantahan

Keputusan Referi

( Referi )
Keputusan Juri Rayuan

( Pengerusi Juri Rayuan )

Borang bantahan akan diberikan pihak yang ingin membuat bantahan terhadap
keputusan rasmi atau pengadilan.
TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA W 193

LAMPIRAN L: BORANG PENYAMPAIAN HADIAH


Acara_______

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan untuk menyampaikan


hadiah kepada pemenang-pemenang.
Pemenang; Pasukan/Peserta Masa/Jarak/Ketinggian
1. (Johan) (Nama) (Pencapaian)
2.
3.
Piala pusingan dihadiahkan oleh:
Majlis mengucapkan. ribuan terima kasih kepada
kerana sudi menyarnpaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.
Catalan Penyelia Hadiah:

Hadiah bagi acara ini telah di sarnpaikan pada pukul (masa)

Tarikh
(Penyelia Hadiah/Jumhebah)

Borang Penyampaian Hadiah ini digunakan untuk urusan penyampaian hadiah


yang berjalan lancar seperti yang dirancang.
194 X TOPIK 9 PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

LAMPIRAN M: BORANG CATATAN PUSINGAN


KAD PENCATAT PUSINGAN

No Acara Acara (L/P) Kelas


Masa pertandingan: Saringan/Separuh Akhir/Akhir

Pusingn/ 3/4 12 11 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
No Peserta 1/2

CATATAN

Pencatat Pusingan
( )

Borang Catatan Pusingan ini digunakan untuk mencatat bilangan pusingan yang
dibuat oleh peserta dalam acara lari jarak jauh (5000m, 10).

You might also like