You are on page 1of 14

Pengenalan

WARISAN BUDAYA KAUM KADAZANDUSUN

Halaman web "Warisan Budaya Kaum Kadazandusun" ini menonjolkan tentang keunikan dan keaslian budaya kaum Kadazandusun di
negeri Sabah, Negeri Di bawah Bayu.

Sesungguhnya, kaum Kadazandusun ini memiliki banyak budaya yang boleh diwarisi contohnya dari segi asal-usul, lagenda dan
perkembangan suku kaum Kadazandusun, bahasa, pakaian tradisional, muzik berunsurkan tradisional, corak kehidupan
masyarakatnya, tarian tradisional dan kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya Kadazandusun ialah Perayaan Pesta Kaamatan
yang diadakan pada setiap tahun.

Dalam aspek asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun menjelaskan tentang kelahiran kaum Kadazandusun
dan lagenda kelahiran kaum ini bermula dari "Nunuk Ragang" sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran sukukaum ini ke
seluruh pelusuk negeri Sabah yang telah banyak mempengaruhi sosio budaya mereka mengikut tempat yang baru, contohnya dari
aspek bahasa dan corak kehidupan mereka. Mengikut statistik, terdapat lebih kurang 40 etnik yang terdapat dalam suku kaum
Kadazandusun.

Dari aspek bahasa, perbezaan loghat, sebutan dan ejaan banyak dipengaruhi mengikut etnik tertentu. Contohnya, sebutan dan ejaan
sukukaum Kadazandusun dari satu daerah dengan daerah lain di negeri sabah adalah berlainan tetapi masih membawa erti dan
makna yang sama.

Pakaian tradisi ini pula berbeza mengikut kawasan dan sosio budaya sukukaum Kadazandusun. Dalam aspek ini, tumpuan diberikan
kepada corak pakaian dalam perayaan tertentu. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai pakaian tradisinya sendiri.

Muzik tradisi yang ditonjolkan dalam kaum ini amat menarik dan unik. Alat-alat dan bunyi-bunyian tradisional ini banyak terdapat dalam
suku kaum Kadazandusun dan ianya berpotensi untuk diwarisi oleh generasi muda kini. Antara lain alat-alat muzik tradisi yang popular
ialah gong, sompoton, kulintangan, togunggu atau togunggak, bungkau, pumpuak, sundatang, suling, turali, tongkungon dan lain-lain
lagi.

Disebabkan masyarakat Kadazandusun ini memiliki pelbagai budaya yang unik mengikut etnik tertentu maka corak hidup mereka juga
berbeza mengikut tempat tertentu. Kebanyakan corak kehidupan mereka ini dipengaruhi oleh adat resam penduduk setempat. Adat
resam inilah yang mempengaruhi corak kehidupan masyarakat Kadazandusun sesuatu kawasan.

Dalam setiap upacara rasmi ataupun perayaan tertentu, tarian tradisional suku kaum Kadazandusun sering menjadi daya tarikan dan
kemeriahan majlis tersebut. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai tarian tradisinya sendiri. Corak tarian tradisional ini
dipengaruhi oleh sosio budaya kawasan tertentu.

Kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya sukukaum Kadazandusun dan kesenian serta keunikannya ialah menerusi Perayaan
Pesta Kaamatan yang diraikan pada setiap 30 dan 31 Mei setiap tahun. Dalam perayaan ini,berbagai acara menarik dan juga budaya
kaum Kadazandusun yang ditonjolkan dan dipamerkan. Antara lain acara yang biasanya menjadi tarikan dalam Perayaan Pesta
Kaamatan ialah "Unduk Ngadau" Kaamatan yang mempamerkan pakaian tradisi mengikut etnik.

Konklusi, masyarakat Kadazandusun memang memiliki warisan budaya yang sungguh unik, asli dan menarik. Justeru itu, melalui
laman web ini sedikit sebanyak memberi penerangan dan penjelasan kepada para pembaca yang melayari laman web "Warisan
Budaya Kaum Kadazandusun" supaya warisan budaya masyarakat Kadazandusun ini tetap dipelihara dan dikekalkan untuk tatapan
dan penyelidikan generasi masa akan datang.

Menurut Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA), Kadazandusun merujuk kepada empat puluh satu etnik seperti
berikut; ·

Bisaya, Kuijau, Murut, Sungai, Bonggi, Lingkabau, Nabai, Tatana, Bundu, Liwan, Paitan, Tangara, Dumpas, Lobu, Pingas, Tidong,
Gana, Lotud, Rumanau, Tindal, Garo, Lundayo, Rungus, Tobilung, Idaan, Makiang, Sinobu, Tolinting, Kadayan, Malapi, Sinorupu,
Tombonuo, Kimaragang, Mangkaak, Sonsogon, Tuhawon, Kolobuan Minokok, Sukang, Tutung.

Kita akui bahawa kesemua etnik di atas berasal dari Nunuk R agang, iaitu satu petempatan awal Kadazandusun yang terletak di
"Tompios" dalam daerah Ranau pada hari ini.

LAGENDA NUNUK RAGANG

Catatan yang lengkap mengenai Nunuk Ragang sudah lama hilang namun apa yang masih tinggal hanyalah teori-teori para ahli Sains
Sosial dan cerita legenda.

TEORI SAINS SOSIAL

Terdapat sekurang-kurangnya empat teori mengenai asal-usul kaum kadazandusun.

Teori Pertama: Kaum Kadazandusun berasal dari keturunan "Mongoloid" (Ivor H.N. Evans:1923 dan T.R. Williams: 1965);
Teori Kedua : Kaum Kadazandusun berketurunan "Indo-Malayan" (T.R. Williams: 1965).

Teori Ketiga : Kaum Kadazandusun adalah kacukan kaum China (Ivor H.N. Evans:1923 dan Owen Rutter:19220

Teori Keempat : Kaum Kadazandusun adalah keturunan orang purba Gua Madai.

Sejarah lisan atau Cerita Legenda yang popular menunjukkan bahawa Kadazandusun berasal dari tempat ini - "NUNUK RAGANG".
Tempat ini terletak di sebuah kawasan di sekitar muara pertemuan dua batang sungai iaitu sungai Kogibangan (dari arah kiri) dan
Sungai Kawananan (dari arah kanan) yang telah bercantuman menjadi sungai yang lebih besar, yang dinamakan Sungai Liwogu
(Dalam dan Tenang). Kerana diliputi dengan "lembaga hidup yang kelihatan kemerahan-merahan" masing-masing dengan telatah dan
perangainya.

Di bawah pohon, di tebing sungai dan di atas sepanjang juntaian akar Nunuk - penuh dengan lembaga itu. Pantulan warna ke
"kemerahan" semakin menyerlah apabila cahaya matahari terpancar ke arah tubuh lembaga-lembaga itu. Oleh yang demikian, Nunuk
itu kelihatan seolah-olah "merah" lalu ia dipanggil Nunuk Ragang. (Aragang/Ragang(Bahasa Kadazandusun)=Merah.

Tanggapan bahawa Nunuk itu Merah atau Nunuk Ragang adalah kiasan bagi menggambarkan betapa ramainya manusia (lembaga
merah) yang bersenda ria di sekitar kawasan Nunuk ini. Sebenarnya, manusia yang ramai dikiaskan sebagai "warna merah" apabila
dilihat dari jarak jauh dan bukanlah pokok Nunuk itu yang berwarna merah.

Sejak itu, nama NUNUK RAGANG ini menjadi "identity" rakyat Sabah yang mempercayai bahawa "asal-usul" mereka adalah dari
kawasan ini. Tempat ini dikenali sebagai Pomogunan Nunuk Ragang, nama yang diambil bersempena dengan kewujudan pokok
Nunuk, yang pada suatu ketika dahulu "merah" satu perlambangan menunjukkan betapa ramai manusia di tempat ini.

Di kawasan muara percantuman dua batang sungai ini, terdapat sepohon pokok Kayu Ara (Nunuk). Saiz pokok Nunuk itu sangat besar
dan sebahagian daripada akar serta dahan-dahannya condong ke arah sungai Liwogu. Dahan-dahan dan akar terjuntai ke sungai,
sangat sesuai sebagai tempat rekreasi seperti memanjat, bergayut, berteduh dan sebagainya.

Penduduk di sini sangat ramai, ketika cuaca baik dan cahaya matahari memancar di ufuk barat dari jam 1.00 petang hingga 4.00
petang, ketika itulah ramai penduduk (tidak kira tua, muda, gadis, pemuda dan anak-anak dsb..) turun bermandi-manda di sungai
Liwogu, sementara yang lain memanjat, bergayutan serta ramai yang berjemur di atas dahan-dahan rending Nunuk tersebut.

Suasana demikian berlaku hampir pada setiap hari dan pada masa yang hampir sama, kecuali cuaca tidak baik atau sungai Liwogu ini
banjir. Maka apabila seseorang melihat pokok Nunuk dalam suasana seperti itu dari jarak jauh, sama ada dari puncak bukit mahupun
dari sebarang sungai Liwogu, pemandangannya sangat menakjubkan. Pokok Nunuk kelihatan seolah-olah "aragang".

KEHIDUPAN MASYARAKAT NUNUK RAGANG

Masyarakat terawal Kadazandusun dikatakan telah menghuni tempat ini dalam keadaan bebas, menikmati berbagai-bagai jenis
bekalan makanan yang mencukupi, baik makanan daripada hutan mahupun daripada sungai serta hasil daripada usaha pertanian.
Keperluan hidup yang lain juga mudah diperolehi di sekeliling perkampungan Nunuk Ragang ini.

Kehidupan mereka aman dan damai, bersatu padu, mogitabang-tabang, mogiuhup-uhup, otoluod, obinsianan, orulan, ohinomod,
aparu, onimot, obingupus, okupi, obintinong, obingkanggau, obintumbayaan, obinronok, obiniangasan, otuyu, obingopi, mamantang,
otorini, opori, oining, obintudau, osuau, opohawang, obulun om onitinginawo.

Hidup yang tenang dan tenteram itu telah membolehkan mereka berfikir sambil menerokai "teknologi baru" bagi menambah
kecekapan, menamnbah dan memudahkan urusan serta meningkatkan kesejahteraan hidup seharian. Bidang bidang yang diterokai
antara lain ialah peralatan pakaian (seperti sinombiaka, tokuluk (sirung, linumbagai, golong, sinandang, limpogot, dll), peralatan
pertanian (seperti ragus, basung, dangol, gagamas, kakali, guyudan, kisaran, tosung, rilibu/raya dll).

Peralatan perikanan (seperti tundalo, siud, bangkala, tambong, bubu sawak dll), peralatan penternakan(lukug, gading dll ), peralatan
memburu (sopuk, tuwil, gaba, sungul, balatik, paliw, tandus, ramok, rungkasip, tabpai, sodik, tungkakub, pimpig, tawos dll), peralatan
muzik dan bunyi-bunyian (seperti tagung, sompoton, turali, bungkau, suling pumpuak, dll), peralatan dan produk-produk
ekonomi(seperti Bohungon, Basung, kakanan, luping, sigup, sada toosin, bilis, tipun, paha, tusi dll).

Lagenda Pesta Kaamatan

Pesta Kaamatan atau di dalam bahasa kadazan "Magavau" ini merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon"
iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi kaum kadazandusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini
biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang kita rayakan dewasa ini telajh diluluskan oleh Majlis Undangan
Kerajaan Koloni sebagai Cuti Umum sejak tahun 1960 lagi. Beliau yang bertanggungjawab untuk mengusulkan agar Pesta Kaamatan
ini diisytiharkan sebagai Cuti Umum ialah Allahyaraham YAB Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, SMN, PSM. SPDK, PNBS, bekas
Ketua Menteri Sabah yang pertama.

Asal Usul Magavau

Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaum Kadazandusun. Walau bagaimanapun ianya
tetap membawa maksud yang sama.
Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun.
Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka
Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat
istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan
utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu
mengeluarkan benih p adi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".

Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang kita
rayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara
penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob
) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan
penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya ( Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya
Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.

Adat Resam kaum Kadazandusun

Asal usul makanan

Lazimnya, menurut kepercayaan suku kaum Kadazandusun, padi berasal daripada isi manusia yang bernama Huminodun. Huminodun
ialah seorang gadis jelita anak kepada Kinoingan. Kinoringan ialah nama Tuhan bagi nenek moyang suka kaum Kadazandusun.

Kinoringan telah mengorbankan anaknya Huminodun demi mengatasi masalah kebuluran di dunia. Menurut kepercayaan suku kaum
ini, segala jenis bahan makanan yang utama berasal dari pelbagai bahagian badan Huminodun. Beras dari isinya yang putih melepak;
darahnya yang merah telah bertukar menjadi lada; halia pula adalah jari jemari Huminodun; bawang 'tagaas' berasal dari rambut
Huminodun; giginya bertukar menjadi jagung; kepalanya pula menjadi kelapa dan sebagainya.

Oleh itu demi menghormati dan mensyukuri pengorbanan Kinoringan dan Huminodun, nenek moyang suku kaum ini mengadakan
upacara-upacara adat seperti Momohizan dan Humabot.

Upacara Momohizan

Upacara Momohizan ini diadakan pada bulan Ogos atau bulan September apabila padi selesai dituai. Upacara momohizan diadakan
untuk memuja semangat padi dan memberi makan kepada penjaga semangat padi supaya membantu untuk menyuburkan padi dan
melindungi padi dari sebarang penyakit atau bencana alam. Upacara momohizan biasanya berlangsung dirumah keluarga suku kaum
Kadazandusun golongan berada. Sementara itu golongan yang kurang berada akan meminta untuk didoakan bersama ataupun dalam
bahasa Kadazandusun 'mikiompit'.

Dua minggu sebelum upacara ini diadakan tuan rumah akan meminta para penduduk kampung untuk menolongnya menyediakan
'tapai' iaitu sejenis minuman keras tradisi Kadazandusun. Upacara Momohizan dimulakan pada sebelah malam iaitu setelah semua
jemputan hadir. Beberapa orang Bobohizan (bomoh suku kaum Kadazandusun) yang berpakaian serba hitam akan berkumpul dan
memulakan upacara ini dengan memanggil 'miontong pomumuon' (penjaga rumah/semangat padi) Apabila selesai membaca mantera
pemanggilan dalam kata lain apabila semua miontong dan 'tasab' (malaikat padi) sudah dihimpunkan maka Bobohizan akan
menaburkan serbuk ragi (manasad) di atas nasi yang telah dihidangkan di atas nyiru dan diletakkan di ruang tengah rumah.

Adalah dipercayai bahawa perbuatan manasad dilakukan bersama-sama dengan miontong. Setelah selesai manasad, nasi yang
ditabur dengan ragi itu kemudian diisi ke dalam sukat (saging) dan diatas nasi itu diletakkan arang (popou), kemudian mulut sukat ini
akan ditutup dengan daud simpur (daingin). Kemudian Bobohizan akan mengisi beras ke dalam nyiru yang berbentuk segitiga
(hihibuh), ketua Bobohizan akan memungut sedikit beras dari nyiru dan meletakkannya ke atas gendang.

Sambil membaca mantera, Bobohizan akan mengetuk gendang dan kemudiannya memakan beras itu, tujuannya ialah untuk
menjemput miontong sama-sama memakan beras tersebut. Selepas itu beberapa orang pelatih Bobohizan yang terdiri daripada
sumandak (gadis-gadis sunti) akan berkumpul dan memukul gendang sambil menyanyi dan membaca mantera 'tumingak' dan diikuti
dengan mantera 'sumava'. Seiringan dengan itu Bobohizan akan membungkus nasi dengan daun simpur. Nasi yang dibungkus ini
kemudiannya dipungut sedikit-sedikit lalu diisi ke dalam tempayan kecil. Tempayan ini kemudiannya diletakkan di atas batang bambu
yang tingginya kira-kira tiga kaki dan hujung bambu itu diletak untuk tempayan itu diletakkan. Batang bambu ini diikat pada tiang rumah
dengan menggunakan tali kyang diperbuat daripada kelapa (hisad).

Setelah itu Bobohizan akan menjemput 'miontong' untuk minum tapai (moginum) bersama-sama. Setelah itu bobohizan akan bersedia
untuk menjemput dewata dari kayangan untuk turut serta makan minum dan memohon kepada mereka untuk menjaga dan melindungi
padi serta keluarga suku kaum Kadazandusun.

Pelatih Bobohizan akan membaca mentara'mingau' dan diikuti dengan mentera 'kumodong sakazan' ini ialah untuk memanggil
semangat kenderaan yang menurut mereka berbentuk perahu dan akan belayar terapung-rapung di udara. Para Bobohizan akan
menutup muka mereka dengan kain sambil membaca mantera 'modsuut/soikung' iaitu memanggil roh-roh kayangan. Para Bobohizan
ini akan menentukan arah tujuan masing-masing, biasanya dua orang Bobohizan akan belayar ke kayangan (minsavat).

Acara 'modsuut' ini diiringi dengan paluan gong tanpa henti dan Bobohizan pula membaca mantera dan mengoncang-goncangkan alat
bunyian mereka yang diperbuat serpihan-serpihan besi disangkutkan pada serpihan tulang rusuk manusia yang dipercayai diturunkan
oleh nenek moyang mereka yang merupakan pahlawan peperangan (misasangod). Alat bunyian ini dipanggil 'sindayang'.
Antara bahan makanan yang dihidang di tengah rumah sebagai jamuan 'mintong' ialah nasi, tapai, jeruk ikan (nosom) yang digaul
dengan halia dan padi (santadang paai). 'Modsuut' memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang dari jam 1.00 tengah malam
hingga jam 5.00 subuh. Apabila roh Bobohizan itu sudah turun ke bumi dengan roh-roh kayangan, maka Bobohizan akan berehat
sebentar, samada mereka akan tidur atau makan.

Semasa Bobohizan berehat, para jemputan akan menarikan tarian tradisional Kadazandusun iaitu sumazau. Di sebelah pagi pula iaitu
lebih kurang jam 6.00 pagi Bobohizan akan memalu gendang sambil membaca mantera 'mihung', 'painsan', 'monduvazan dan
Bobohizan akan menyanyikan mantera 'momosik' tompuvan' (mengejutkan pari-pari yang menjaga rumah).

Seterusnya Bobohizan akan menarik sehelai bulu dari seekor ayam yang telah disediakan sebagai korban. Korban biasanya ialah
seekor ayam dengan seekor babi. Jantina korban mestilah bertentangan misalannya ayam jantan dengan babi betina dan sebaliknya.
Sehelai bulu ayam tadi akan diikat pada hisad dan ianya akan dikuis pada tuan rumah dan para tetamu.

Ini ialah untuk melindungi mereka daripada serangan penyakit agar mereka akan sentiasa sihat dalam mengerjakan sawah padi
masing-masing. Setelah itu tetamu akan dijamu dengan makanan yang telah disediakan seperti nasi, tapai, daging ayam, daging babi
dan sebagainya. Setelah Bobohizan menjamu selera, mereka akan turun ke bawah rumah dan membawa korban itu bersama-sama
mereka. Bobohizan akan membaca mantera sambil memegang ayam korban dan sumazau.

Selepas membaca mantera, ayam akan disembelih dengan menusuk kepala ayam itu dengan benda tajam, kadangkala Bobohizan
akan menggunakan klip rambut yang besar(titimbok). Setelah ayam itu mati, bulunya akan dibakar sehingga terhidu baunya. Ertinya
ayam itu kini telahpun dikorbankan kepada miontong. Seterusnya Bobohizan akan memanggil 'miontong' untuk minum tapai iaitu
dengan menuangkan sedikit tapai ke tanah.

Setelah itu Bobohizan akan memotong, rumput dengqn parang dan membaca mantera 'manau' untuk meminta dewata pulang ke
kayangan. Kemudiannya korban-korban itu akan dibawa naik semula ke rumah. Semasa para Bobohizan naik ke rumah, salah
seorang tuan rumah akan merenjiskan air kepada Bobohizan sebagai membersihkan Bobohizan yang telah turun ke tanah. Bobohizan
pula akan menyanyikan mantera 'sumamboi'.

Bobohizan akan berehat seketika, kemudian acara 'magampah' akan diadakan dimana tetamu dan ahli keluarga tuan rumah
terutamanya kanak-kanak akan duduk berkumpulan pada suatu tempat (lazimnya ditengah ruang tamu) lalu ditutup dengan kain yang
besar sambil Bobohizan menari-nari mengelilingi mereka dengan membaca mantera dan memukul dua bilah parang (tandus atau
ilang) di atas kain yang menutuoi kumpulan itu untuk menghalau penyakit.

Bobohizan yang lainnya juga akan menari-nari mengelilingi kumpulan ini dengan menguis kain penutup dengan batang Lengkuas
(tumbu) dan ohok (bunga). Apabila mantera selesai dibaca, Bobohizan akan mengangkat kain penutup dan mereka yang ditutup oleh
kain itu akan bertempiaran lari kononya untuk meninggalkan penyakit ditempat mereka berekumpul tadi.

Setelah itu Bobohizan dan para tetamu akan para tetamu akan sumazau. Selepas jamuan tengah hari, Bobohizan akan membaca
mantera 'papasazau miontong' ini ialah untuk menjemput roh-roh penjaga rumah/padi berpesta menari sumazau bersama-sama.
Sambil sumazau, Bobohizan akan memotong batang bambu (binabat) yang telah disediakan, kemudian disangkut pada dinding rumah.

Hisad juga akan dihiris-hiris oleh Bobohizan. Hisad yang jatuh ke lantai akandipungut dan ditabur diatas padi yang dipersembahkan
sebagai korban kepada 'miontong'. Selepas itu Bobohizan akan berehat dan pada waktu inilah korban-korban seperti daging babi dan
ayam dibersihkan dan dibahagi-bahagikan. Bahagian usus korban ini akan dibawa oleh Bobohizan ke sungai untuk dibersihkan.
Upacara ini dinamakan 'humanau', ini juga bertujuan untuk memberi makan kepada miontong .

Setelah itu kesemua Bobohizan akan mandi, membersihkan diri mereka. Semasa perjalanan kembali ke rumah tempat momohizan itu
diadakan, Bobohizan dilarang untuk menoleh ke belakang atau tersadung kaki semasa berjalan. Upacara momohizan ini diadakan
selama dua malam dan setengah hari. Malam keduanya Bobohizan akan membaca mantera 'modsuut' lagi tapi dengan roh penjaga
rumah/padi saja.

Di sebelah pagi hari kedua, bahan korban akan dibahagi-bahagikan kepada para Bobohizan sebagai sogit dan selepas itu mereka
akan dijamu dengan makanan dan minuman tapai, ketika inilah para tetamu dan Bobohizan akan berbalas pantun (kizat) atau syair
(hius) dan acara ini sememangnya merupakan acara untuk berhibur yang di selangi dengan gelak ketawa dan usik mengusik. Setelah
selesai makan, Bobohizan akan pulang ke rumah masing-masing dengan berbekalkan sogit (huus).

Humabot

Upacara Humabot ialah adat suku kaum Kadazandusun yang diamalkan oleh nenek moyang suku kaum ini apabila mendirikan rumah
baru. Sebuah keluarga suku kaum ini yang akan mendirikan rumah akan meminta Bobohizan untuk menjampi tanah tapak rumah itu
didirikan.

Bobohizan memasukkan benda-benda seperti garam, butang baju dan kayu sapad ke liang tanah tempat tiang dipacakkan. Selepas itu
Bobohizan akan merenjis air disekitar kawasan tapak rumah sambil membaca mantera, ini bertujuan untuk menghalau roh-roh jahat
yang berkeliaran di tapak rumah tersebut yang dipercayai akan mendatangkan malapetaka ataupun dalam bahasa kadazandusun
'kopizo' Tiang akan dipacakkan jika tuan rumah termimpi baik, tetapi jika sebaliknya, maka tapak tiang akan dialihkan sedikit dari tapak
asal.

Apabila rumah sudah didirikan, Bobohizan akan dipanggil lagi dan kali ini upacara 'momodu' atau memandikan rumah akan dijalankan.
Bobohizan akan membaca mantera sambil kaum lelaki akan menyalakan apai pada bambu yang hujungnya dibungkus dengan getah
(sikalap) dan membawa obor ini mengililingi rangka-rangka atap rumah sambil bertempik sorak atau 'memangkis'. Ini bertujuan untuk
menghalau roh-roh jahat pembawa malapetaka.

Upacara ini biasanya disambut dengan keramaian dan para jemputan akan dihidangkan dengan jamuan. Tuan rumah juga akan
memjemput ketua keluarga yang mempunyai ramai anak yang semua masih 'hidup', ke rumahnya dan meminta ketua keluarga itu
baring sebentar pada alas tidur tuan rumah. Ini dipercayai bertujuan untuk menjemput rezeki yang berpanjangan kepada keluarga tuan
rumah itu.

Sebulan selepas tuan rumah tinggal di rumah itu maka upacara 'momohontog sisit' iaitu upacara menghormati tiang rumah akan
diadakan ianya merupakan acara keramaian seperti magagung, sumazau dan makan besar. Setahun selepas tuan rumah tinggal di
rumah baru itu, upacara magavau akan diadakan untuk memuja semangat rumah.

Seminggu selepas magavau diadakan upacara Humabot pula menyusul, upacara ini juga adalah upacara menghormati rumah dan
ianya disambut dengan meriah sekali. Tapai akan disediakan untuk menjamu jemputan yang datang.

Dalam upacara itu Bobohizan akan menjampi nasi untuk membuat tapai kemudian meletakkanya diatas daun simpur. Air perahan nasi
tapai itu akan diminum dan nasinya pula dilontarkan ke dalam ketawai besar (bekas menyimpan padi), ini adalah untuk memberi
makan kepada semangat padi 'bambazon' makan. Kaum lelaki juga akan melontarkan nasi tapai pada daun simpur itu ke dalam
ketawai sambil bertempik sorak (memangkis) .

Acara ini berterusan sehingga kesemua nas tapai yang diletakkan atas daun simpur itu habis. Upacara Humabot diadakan setiap
selang satu tahun selepas ia diadakan dan lima tahun selepas rumah itu dihumi. Upacara ini juga merupakan upacara keramaian iaitu
makan besar dimana seekor kerbau akan ditumbangkan sebagai sogit (korban).

Nenek moyang suku kaum ini mempercayai bahawa sekiranya upacara-upacara menghormati rumah baru ini tidak dilakukan maka
malapetaka pasti akan menimpa keluarga yang tinggal dirumah baru itu, penyakit akan berleluasa, perkara-perkara ganjil dan
mengerikan akan terjadi dirumah itu seperti beratus-ratus ekor tabuan (potizukon) akan mengelilingi rumah atau biawak akan tiba-tiba
muncul dirumah baru itu.

Bahasa

Bahasa merupakan pengenalan dan asas perpaduan bagi semua kaum. Demikian juga dengan kaum Kadazandusun yang
mempunyai bahasanya sendiri iaitu Bahasa Kadazandusun. Bahasa ini adalah identiti bagi sukukaum Kadazandusun. Sekiranya
lenyap bahasa maka sesuatu kaum itu juga akan pupus. Oleh itu, Bahasa Kadazandusun ini haruslah dikembangkan dan dipelihara
supaya tidak lenyap.

Bagi mengembangkan dan memelihara bahasa ibunda kaum Kadazandusun ini lenyap maka beberapa usaha telah diambil contohnya
Bahasa Kadazandusun ini telah mula diajar di beberapa buah sekolah rendah terpilih untuk projek perintis pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Kadazandusun.

Kurikulum Bersepadu Bahasa Kadazandusun Sekolah Rendah adalah untuk memboleh murid menguasai kemahiran asas
berkomunikasi dan memperolehi ilmu serta menghayati dan membanggai bahasa itu.

Pendidikan di negeri Sabah berkembang dengan adanya satu lagi Bahasa diajar dengan rasminya dalam sistem tertentu persekolahan
sekolah rendah.

Selain Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, beberapa badan dan pertubuhan lain juga memainkan peranan penting dalam usaha
pengembangan dan pemeliharaan Bahasa Kadazandusun contohnya Kadazandusun Language Foundation ( KLF ), Koisaan Cultural
Development Institute ( KDI ), Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah ( KDCA ), Perpustakaan Negeri Sabah ( PNS ).

Kadazandusun merupakan suku kaum yang terbesar di negeri Sabah. Mereka menuturkan banyak dialek dalam bahasa
Kadazandusun. Walaupun terdapat perbezaan ini namun ianya masih dalam rumpun suku kaum Kadazandusun.

Dengan adanya pendidikan Bahasa Kadazandusun di sekolah rendah kini, maka bahasa Kadazandusun ini akan dapat di mertabatkan
dan dikekalkan serta dapat dipelihara daripada pupus.

Makanan Tradisi

Makanan bagi sesuatu kaum merupakan identiti dan pengenalan bagi sesuatu kaum. Terdapat banyak jenis makanan dalam
masyarakat Kadazandusun.

Biasanya kita dapat melihat pelbagai jenis hidangan ini di musim perayaan seperti Pesta Kaamatan yang dirayakan setiap tahun iaitu
30 dan 31 Mei.

Selain perayaan, biasanya suku kaum Kadazandusun yang tinggal di kampung, masih mengamalkan cara masakan atau hidangan
secara tradisional ini.

Kita juga dapat melihat dan merasa hidangan seumpama ini pada masa upacara seperti perkahwinan dan majlis lain di adakan oleh
suku kaum Kadazandusun.
Sesungguhnya makanan tradisional bagi kaum Kadazandusun ini amat berbeza dari kaum yang lain terdapat di negeri Sabah. Selain
makanan ini lazat, sudah tentu ianya juga mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Makanan Tradisi Kaum Kadazandusun

Masyarakat Sabah telah dianugerahkan dengan pelbagai jenis makanan. Ini adalah kerana keadaan semulajadi bentuk muka buminya
banyak membekalkan sumber pencarian makanan.

Contohnya, laut dan sungai yang dibekalkan dengan pelbagai jenis ikan, udang dan sebagainya, hutan rimba yang ditumbuhi dengan
pelbagai jenis tumbuhan liar, herba, buah-buahan dan didiami pelbagai jenis hidupan liar. Masyarakat tempatan Sabah telah
memperkenalkan pelbagai jenis makanan tradisi.

Kebiasaan ini diamalkan oleh lebih dari tiga puluh golongan etnik yang mana lebih dipengaruhi dengan cara hidup dan keadaan
persekitaran tempat tinggal etnik tertentu.

Masyarakat kaum Kadazandusun di Sabah telah mengamalkan cara pemakanan Tradisi sejak turun-temurun dan masih diamalkan
sehingga hari ini.

Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazandusun ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan dan Sup Manuk Lihing.
Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi Kaum Kadazandusun.

HINAVA

Hinava merupakan makanan yang paling popular di kalangan kaum Kadazandusun. Bahan yang diperlukan untuk penyediaan
makanan ini ialah Isi ikan ( Ikan Tenggiri ) dihiris halus, biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah ,
limau kapas dan garam.

NOONSOM

Noonsom lebih dikenali sebagai jeruk dalam Bahasa Melayu. Terdapat beberapa jenis Noonsom yang telah diperkenalkan oleh Kaum
Kadazandusun.

Antara yang paling popular ialah Noonsom Sada (Ikan), Noonsom Bambangan dan Noonsom Tuhau.

Noonsom Sada - Ikan yang digunakan ialah jenis ikan air tawar, dibersihkan dan dijeruk menggunakan isi buah Pangi (ditumbuk ),
nasi dan garam.

Campurkan kesemua bahan dan diisi ke dalam bekas botol/tajau kecil dan biarkan selama sepuluh atau dua belas hari sehingga boleh
dimakan.

Noonsom Bambangan - Isi Buah Bambangan dihiris dan dicampur dengan biji buah bambangan yang telah diparut dan sedikit
garam.

Apabila kesemua bahan dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol atau tajau kecil dan biarkan selama seminggu sebelum dimakan.

Noonsom Tuhau - Isi Tuhau dihiris halus dan dijeruk dengan cuka, garam dan cili merah.

Apabila kesemua bahan telah dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol dan biarkan beberapa minit sebelum dihidangkan.

PINAASAKAN

Bahan yang diperlukan untuk penyediaan makanan ini ialah ikan ( ikan air tawar/ikan air laut ) , dibersihkan dan dicampur dengan
sedikit biji kunyit dan halia yang telah ditumbuk, sedikit biji asam jawa atau buah asam 'takob-bakob' , garam, serbuk perasa dan
sedikit air. Biarkan ia mendidih sehingga air hampir kering.

SUP MANUK LIHING

Masakan ini lebih dikenali sebagai 'Sup Ayam Lihing' dalam Bahasa Melayu. Bahan yang diperlukan ialah seekor ayam kampung ,
sejenis minuman keras yang lebih dikenali 'Lihing' di kalangan kaum Kadazandusun dan hirisan halia.

Cara menyediakan, rebus daging ayam yang telah dipotong dengan setengah cawan lihing , hirisan halia, garam dan serbuk perasa.
Biarkan ia mendidih sehingga daging ayam betul-betul lembut sebelum dihidangkan.

Mengikut tradisi kaum Kadazandusun, makanan ini sangat sesuai untuk wanita yang baru lepas bersalin. Kebanyakan makanan tradisi
kaum Kadazandusun hari ini boleh didapati di beberapa restoran tertentu yang biasa menyediakan makanan tradisi penduduk
tempatan.
Selain dari itu, beberapa hotel terkemuka juga memilih untuk menghidangkan 'Hinava' sebagai hidangan khas untuk para
pengunjungnya. Keunikan dan kepelbagaian makanan tradisi yang diperkenalkan oleh masyarakat tempatan Sabah hari ini merupakan
salah satu lagi keistimewaan yang terdapat di negeri di bawah bayu ini

Muzik Tradisional

JENIS ALAT MUZIK TRADISIONAL

Kebanyakaan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-bahan asli. Sebagai contoh, tongkungon, turali, suling (atau seruling),
sompoton dan togunggak diperbuat daripada buluh.

Alat lain seperti gambus, kompang dan gendang diperbuat daripada kulit kambing. Gong dan kulintangan dibuat daripada kayu lembut
dan menyerupai gitar panjang bertali tiga yang dibuat daripada giman, sejenis gentian pokok palma. Alat-alat muzik di Sabah,
dikelaskan kepada ;

Kordofon - (tongkungon, gambus,sundatang atau gagayan)

Erofon - (suling, turali atau tuahi, bungkau dan sompoton)

Idofon - (togunggak, gong,kulintangan) dan membranofon (kompang,gendang atau tontog).

GONG

Gong merupakan tulang belakang dalam kebanyakan arena permainan muzik dan ianya digunakan dalam hampir kesemua upacara
sosial.

Bilangan gong yang dimainkan bersama berbeza-beza mengikut keperluan masyarakat setempat. Satu atau dua buah gendang juga
sering dipalu bersama untuk menseragamkan iramanya.

Gong boleh didapati di seluruh negeri Sabah dan mempunyai nilai yang tinggi. Ia juga digunakan sebagai hantaran berian, upacara
kepercayaan animistic, isyarat dan perayaan pesta-pesta menuai Sejak akhir-akhir ini suku kaum Rungus di Kudat ada membuat gong
yang dibentuk dari kepingan besi galvanic yang dibeli di sini.

Gong yang lebih popular mempunyai dinding yang tebal, bibir yang dalam serta tombol yang besar, ditempah dari Filipina, Indonesia
atau Berunei.

BUNGKAU

Kecapi mulut dibuat daripada kulit sejenis pokok palma yang dikenali sebagai polod oleh suku kaun Kadazandusun. Untuk mengukir
bentuknya, ianya memerlukan tangan yang halus dan mahir. Alat ini lazimnya ditemui di kawasan-kawasan suku-kaum Dusun.

Kepingan berkayu yang nipis di tengah alat ini digetarkan dengan memukulnya dengan ibu jari. Getaran kepingan kayu ini
menghasilkan bunyi yang kecil tetapi dengan meletakkannya di hadapan mulut sipemain boleh membesarkan bunyinya melalui salun
(bunyi yang berbalik).

Berjenis-jenis frekuensi boleh dihasilkan dengan mengubah mulut serta kedudukan lidah. Apabila tidak dipakai, alat ini selalunya
disimpan dalam bekas tiub buluh kecil agar ianya tidak rosak dan sentiasa dalam keadaan bersih.

SOMPOTON (Erofon)

Organ mulut merupakan alat yang sangat menarik di antara alat-alat musik tempatan di Sabah. Ianya dibuat daripada sebiji buah labu
yang kering dengan lapan batang paip buluh yang disusun dalam dua lapisan.

Salah satu daripada paip ini tidak mempunyai bunyi dan berfungsi untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut.
Dengan meniup atau menyedut mulut labu, sipemain boleh menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu.

Beberapa kepingan kecil polod(seperti dalam Bungkau) diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian paip yang berbunyi. Paip tersebut
dimasukkan ke dalam lubang pada sisi labu kemudian ditampal dengan lilin lebah.

Kepingan kecil polod diletakkan di dalam labu dan menambah salun alat yang baru disiapkan.
Paip-paip buluhnya diikatkan bersama dengan rotan yang telah diraut nipis. Semada memainkan sompoton, seseorang pemain
menutup dan membuka tiga daripada empat paip terpendek pada hujungnya dengan tiga jari tangan kanan dan tiga lubang kecil pada
dasar paip terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang dengan jari tangan kiri.

Sompoton ini boleh dimainkan secara perseorangan untuk hiburan persendirian atau dalam kumpulan untuk mengiringi tarian. Ianya
popular di kalangan sukukaum Kadazandusun.

TOGUNGGAK (idiofon)

Dikenali sebagai tagunggak di kalangan suku kaum Murut, Togunggak di kalangan suku kaum Dusun/Kadazan atau 'Togunggu' di
Penampang., idiofon bambu paluan ini dimainkan dalam kumpulan untuk mengiring tarian atau perarakan di pesta-pesta.

Satu set alat-alat muzik ini merangkumi enam (togunggu') hingga tiga puluh (tagunggak) buah, bergantung kepada suku kaum. Muzik
yang dikeluarkan menyerupai satu set gong sesuatu kumpulan, dengan setiap idiofon diselaraskan bunyinya mengikut gong sebenar
yang dimainkan.

KULINTANGAN (Idiofon)

Pada mulanya alat ini diperkenalkan di barat Sabah oleh suku kaum Brunei tetapi secara tradisional ianya juga digunakan oleh suku
kaum Bajau dan beberapa suku Dusun/Kadazan.

Selalunya, ia dimainkan dalam majlis-majlis dan perayaan seperti majlis perkahwinan dan upacara keagamaan, di mana ianya diiringi
oleh gong-gong tradisional.

Alat ini merangkumi lapan ataupun 9 buah gong-gong cerek yang kecil. Setiap daripadanya mengeluarkan bunyi-bunyian yang
berbeza-beza apabila dipukul.

Gong-gong cerek ini diletakkan tersusun dalam satu barisan di atas sebuah rangka kayu rendah. Biasanya sipemain duduk di atas
lantai berhadapan dengan barisan gong sambil memukulnya dengan dua pemukul kayu kecil.

Pakaian Tradisi

Pakaian tradisi suku kaum Kadazandusun kaya dengan keunikannya. Ini adalah kerana, ianya berlainan diantara satu tempat dengan
tempat yang lain. Setiap etnik dalam kaum Kadazandusun ini mempunyai perbezaan dari segi pakaian tredisinya.

Contohnya pakaian tradisi bagi etnik Dusun Bundu di Ranau dan Liwan di Tambunan adalah berbeza dengan pakaian tradisi bagi etnik
Lotud di Tuaran dan juga Kimaragang di Kota Marudu. Setiap etnik dalam kaum Kadazandusun ini mempunyai keunikannya yang
tersendiri.

Biasanya pakaian tradisi ini dipakai pada musim perayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga upacara khas seperti perkahwinan.
Selalunya para gadis dari kaum Kadazandusun ini akan memperagakan jenis pakaian tradisi ini apabila adanya Pertandingan Unduk
Ngadau Kaamatan di Peringkat Negeri Sabah.

PAKAIAN TRADISI PERHIASAN SERTA BARANGAN KEMAS SUKU KAUM KADAZANDUSUN NEGERI SABAH.

Pengenalan

Dengan mempunyai sebanyak 32 etnik suku kaum asli di negeri Sabah, maka dijangkakan, kita dapat melihat pelbagai jenis pakaian
tradisi mengikut suku kaum.

Kebanyakan daripada mereka telah mengekalkan corak dan warna pakaian tradisi yang asli. Warna yang amat popular ialah warna
hitam.

Warna ini banyak digunakan kerana pada masa dahulu, penduduk asli negeri Sabah hanya bergantung kepada beberapa jenis
tanaman dan sayuran untuk dijadikan cecair pencelup kain.

Mereka hanya perlu menambahkan manik-manik berbagai jenis warna seperti merah, oren, putih serta hijau sebagai perhiasan
tambahan.

Pakaian tradisi juga termasuklah manuk-manik antik yang dijadikan kalung, tali pinggang, barangan antik berukiran berwarna perak
dan tali pinggang yang diperbuat daripada wang syiling dolar berwarna perak. Kesemuanya ini merupakan khazanah turun-temurun
yang sangat berharga serta tinggi nilainya.

Berikut adalah beberapa keterangan tentang pakaian tradisi suku kaum kadazansusun yang amat popular di negeri Sabah.

 
1. SUKU KAUM KADAZANDUSUN PENAMPANG

Ciri-ciri pakaian tradisi.

a) Blaus tidak berlengan,berwarna hitam baldu untuk wanita(Sinuangga).

b) Blaus berlengan pendek, berwarna hitam(baldu) untuk wanita petengahan umur. (Sinompukung)

c) Blaus berlengan panjang untuk wanita golongan tua terutamanya 'bobohizan'(kinoingan).

d) Kemeja berwarna hitam baldu, atau panjang untuk golongan lelaki.

e) Sarong (tapi) panjang berenda 'siling', berwarna hitam

f) Siga - pelbagai corak dan motif pada tenunan

Perhiasan pakaian.

a) renda 'siling' utama keemasan pelbagai corak.

Barangan kemas

a) Himpogot - wang syling berwarna perak.

b) Tinggot - Tali pinggang berwarna perakdiperbuat daripada wang syling dolar abad awal 20-han.

c)Tangkong - Diperbuat daripada leburan logam tembaga bercorakkan gong dan berbentuk cincin (husau) yang disarungkan dalam
lingkaran rotan yang halus.

d) gelang (gohong)

e) rantai leher (hamai)

f )anting-anting (simbong)

g )cincin (sinsing)

h) kerongsang berwarna keemasan.

2. RUNGUS DI KUDAT

Ciri-ciri Pakaian Tradisi

a) Blaus berwarna hitam bercorak yang dipakai aras dada ke pinggang dipanggil 'Banat Tondu'.

b)Sarong(Tapi Rinugading) hingga ke paras lutut sahaja.

c) Kain hitam berukuran lebar 28-30 sm. Ia disarungkan ke leher lalu diletakkan di bahu dan berjuntai ke lengan berbentuk pakaian
berlengan.

d) Baju Kemeja hitam berlengan pendek atau panjang untuk golongan lelaki.

e) Siga

Perhiasan Pakaian

a) Kain bercorak, tenunan halus pelbagai corak.

b)Cincin tembaga serta manik-manik antik disarungkan dalam 'togung ' menjadi tali pinggang berwarna-warni yang dipanggil 'orot'.

c)Manik-manik dipanggil " lobokon " digantung di pinggang.

d)Sepasang selendang (pinakol) berukuran 6-8 sm lebar. Ia diperbuat daripada manik-manik berunsurkan corak purbakala.
Barangan Kemas

a) Rantai leher (sandang) diperbuat daripada kulit kerang (Kimia) berwarna putih berkilauan dan tulang haiwan.

b) Sanggul (titimbok)

c) 'Burambun' dan 'Giring' barangan antik yang diperbuat daripada logam emas berbentuk loceng.

d) 'Sisingal' - manik-manik serta kulit kerang diikat bersama membentuk rantai yang diikat di bahagian dahi.

e) Cebisan kain dijahit membentuk tocang (rampai) berwarna-warni, diikat di tengkuk.

3. KADAZANDUSUN PAPAR

Ciri-ciri Pakaian Tradisi

a) Blaus baldu hitam berlengan panjang (siya)

b) Blaus putih (baju dalam)

c) Sarong (gonob) baldu hitam hingga paras lutut.

d) Siga (lelaki)

e) Baju kemeja baldu hitam berlengan panjang.

f) Siung (wanita)

i)berbulu binatang (burung) berwarna apa sahaja untuk wanita bujang.

ii)berbunga-bunga untuk golongan wanita sudah berkahwin.

iii)tiada perhiasan di siung .

Perhiasan Pakaian

a) butang berwarna keemasan (kubamban) sebanyak 8 pasang di dada.

b) Renda keemasan (siling) dan labuci (dijahit disekeliling lipatan tangan dan leher)

c) 8 pasang butang berwarna keemasan dijahit di lengan blaus.

d) Tenunan 'rinangkit ' bercorak cetusan bintang dijahit secara menegak dan melintang pada sarong (gonop).

Barangan Kemas

a) 3 bentuk kerongsan antik keemasan berbentuk duit syiling.

b. gelang (belilit) perak.

c)Tali pinggang berwarna perak (rupiah) berbentuk duit syiling.

Cara Pemakaian.

a) 3 pasang untuk wanita bujang.

b) 2 pasang untuk wanita berkahwin.

c) 1 pasang untuk wanita berstatus balu atau golongan berumur.

d) Tali pinggang kecil berwarna perak untuk menunjukkan si pemakai dari golongan berada.

 
4) (a) LOTUD TUARAN

" Lorud "(Blaus berlengan panjang)

a) Dipakai oleh Lotud Tantagas semasa upacara rasmi.

Ciri-ciri Pakaian Tradisi

a) Blaus hitam berlengan panjang (sukub kopio), bercorak warna merah sebagai warna utama. Tinobugi berwarna merah, kuning
keemasan dijahit pada pergelangan tangan, tepian blaus dan di dada.Corak bermotif bambu (Ukob)berwarna merah,oren, biru dan
hijau dijahit tangan di atas jahitan warna keemasan di pergelangan tangan.

b) " Gonob " pula bercorak warna merah dijahit ditepi kiri (bangkit) serta tinobugi dijahit melintang diparas betis. Ukuran gonob adalah
dibawah paras lutut.

c) Sandai. Ia sejenis kain skaf panjang yang dipakaikan disekeliling bahu.

Perhiasan Pakaian

a)Kain putih (haboi) sebagai tali pinggang .

b)Tali pinggang (loti) putih dan perak. Ditambah dengan 2 kelepak ikatan hitam untuk wanita sudah berkahwin.

c) Rambut disanggul seperti 'Sinulug' (atas) 'Sinungkok' (bawah) "Ginuli" pula dililitkan di sekeliling sanggul 'sinulug'.

d) Sigar dan siwot.

i) Sigar - Ia diperbuat daripada daun nipah serta mempunyai daun emas. Brunei yang diukir tangan. Tepian sigar dihias dengan rotan
yang dicelup dengan warna merah.

ii. Siwot - Ia terdiri daripada ikatan 4 helai bulu ayam putih diikat dengan kain merah . Setiap bulu dilekatkan pada cebisan bambu
nipis. Beberapa helai bulu hitam disertakan juga. Helaian 1 dan 4 mesti mempunyai rantai manik emas dan biru berhiaskan cebisan
kain merah.

Barangan Kemas

a)Himpogot wang syling berwarna perak.

b) Tinggot - Tali pinggang berwarna perakdiperbuat daripada wang syling dolar abad awal 20-han.

c.Tangkong - Diperbuat daripada leburan logam tembaga bercorakkan gong dan berbentuk cincin (husau) yang disarungkan dalam
lingkaran rotan yang halus.

d. Gelang (gohong)

e. Rantai leher (hamai)

f. Anting-anting (simbong)

g. Cincin (sinsing)

h. Kerongsang berwarna keemasan.

4(b) LOTUD TUARAN

CIRI-CIRI PAKAIAN TRADIS

a)Blaus ini (sukub) dihias sederhana berbanding blaus (sukub kopio). Ia berwarna hitam serta berenda kuning keemasan, mempunyai
labuci di lengan kolar dan di depan baju.

b) Gonob (sarong) hingga ke paras lutut. Linangkit bercorak bunga (kembang suri ). Warna merah merupakan warna utama namun
ditambah juga warna keemasan, putih, oren dan biru.

Perhiasan Pakaian
a) Kuluwali (Selindang), Linangkit (corak) bermotif kembang suri.

Barangan Kemas

a) Lilimbo (tali pinggang rotan) yang tidak mempunyai kancing pembuka.

b) Gelang perak (simpai)

c) Gelang kaki perak (lansung)

5. DUSUN TINDAL TEMPASUK KOTA BELUD

Ciri-ciri Pakaian Tradisi

a) Blaus berlengan panjang (sinipak ) berwarna hitam.

b) Gonob (sarong) paras lutut.

Perhiasan Pakaian

a)Renda bercorak dijahit tangan pada lengan blaus.

b) Lengan blaus di atas siku ke bawah pula dibelah dan dijahit tangan dengan berbagai corakl kain berenda.

c) Kain hitam berlapis-lapis dengan renda kuning keemasan (sunduk do sunalatan) disandang di tangan sebelah kanan.

d) 2 pasang selendang merah.

e) Kain dastar sebagai kolar baju.(selindang lolopot)

f) Gonob ditenun sendiri oleh suku kaum Dusun Tindal menggunakan kain tenunan dari hasil pemprosesan pisang larut (textil musa)

Barangan Kemas

a. Manik-manik antikb)Tali pinggang yang lebar (Kinokogis)a) Sinipogot - 4 gelang sinipogot yang diperbuat daripada wang syiling
dolar perak.

b) Gelang Perak ( Saring Perak ).

c) Anting-anting Perak.

d) Beg kecil berwarna perak (pouch) diukir tangan beserta rantai leher (kiupu). Ia dipakai sebagai rantai leher.

6. MURUT TAGAL DARI DAERAH KENINGAU

Ciri-ciri Pakaian Tradisi.

a) Blaus tidak berlengan ( sampayau pinongkoh ).

b) Sarung ( tapi ) berwarna hitam paras bawah lutut. Keunikan Tenunan manik-manik berwarna-warni dan bercorak secara melintang
dan menegak di seluruh bahagian depan dan belakang blaus serta sarung.

Perhiasan Pakaian

Manik-manik bercorak serta berwarna-warni seperti warna merah, putih, oren dan hijau.

Barangan Kemas

a) Tali pinggang ( tirol ringgit ) yang diperbuat daripada wang syiling antik dolar warna perak.

b) Tali pinggang ( sukayan ) diperbuat daripada manik kristal berwarna merah / coklat ( sapulu ).

c) Manik-manik warna biru ( botina ) dipakai ( berjuntai ) pada pinggang.


d) Tali pinggang ( bungkas ) diperbuat daripada manik-manik yang berlapis-lapis berwarna putih yang sukar didapati sekarang.
Bungkas merupakan warisan turun temurun ahli keluarga dan bernilai RM 10 000. 00.

e) Rantai leher berwarna putih biru dan merah yang diperbuat daripada manik dan ukiran kayu.

f) Gelang tangan yang diperbuat daripada manik dipakai di atas paras siku.

Tarian Tradisional

Tarian Sabah mempunyai tiga puluh dua jenis etnik, lima puluh lima jenis bahasa dan kira-kira seratus dialek. Setiap etnik mempunyai
kebudayaan, tradisi dan adat resamnya yang tersendiri. Mereka menunjukkan cara hidup mereka melalui muzik dan tarian. Antara
jenis tarian suku kaum Kadazandusun di Sabah adalah sepeti berikut;

Liliput

Liliput merupakan tarian bagi etnik Bisaya di daerah Beaufort. Liliput ditarikan secara berpusing-pusing. Tarian ini biasanya ditarikan
semasa upacara menghalau roh jahat daripada badan seseorang dan mengembalikan semangatnya. Upacara ini hanya akan
ditamatkan setelah semangat orang itu kembali ke badannya.

Menangkuk

Tarian ini dipersembahkan oleh kaum Kadazandusun Kota Marudu di utara negeri Sabah. Ia biasanya ditarikan semasa perkahwinan
dan upacara-upacara lain. Penari akan mempersembahkan tarian ini dengan menggunakan piring yang diletakkan di atas telapak
tangan.

Tarian ini ditarikan dengan melenggangkan punggung tanpa menjatuhkan piring. Sekiranya piring itu jatuh, ianya menunjukkan
petanda yang buruk, terutamanya semasa tarian ini dipersembahkan semasa hari perkahwinan. Kadang-kadang lilin yang dinyalakan
akan letakkan diatas piring tersebut untuk membuatkan tarian itu lebih menarik.

Mogunatip

Mogunatip adalah tarian yang dipersembahkan oleh kaum asli dari pedalaman Sabah termasuk kaum Kadazandusun dari Tambunan,
Kwijau Dusun dari Keningau dan beberapa kumpulan daripada suku kaum Murut. Mogunatip diambil daripada perkataan "atip" yang
bermaksud menekan antara dua permukaan. Penari mogunatip memerlukan kemahiran dan ketangkasan yang baik untuk menari
melintasi buluh yang dipukul serentak untuk menghasilkan bunyi dan irama tarian tersebut. Tarian ini merupakan tarian yang
dipersembahkan semasa upacara-upacara yang tertentu untuk menghormati tetamu.

Mongigol Sumundai

Mongigol Sumundai adalah tarian daripada daerah kudat dan Pitas yang dipersembahkan oleh suku kaum Rungus . Kedua-duanya
dipersembahkan oleh suku kaum Rungus. Kedua-duanya dipersembahkan sekaligus semasa perayaan dan upacara pemujaan
semangat. Tarian ini ditarikan oleh 3 hingga 8 orang penari perempuan dan diketuai oleh penari lelaki. Penari perempuan akan
merapatkan bahu antara satu sama lain dan menggerakan pergelangan tangan dengan langkah-langkah yang perlahan dan lembut.
Pakian yang digunakan oleh penari perempuan adalah pakaian tradisional suku kaum Rungus. Tarian ini diiringi dengan 4 gong dan
gendang yang dinamakan ' Tontog'.

Paina

Paina merupakan tarian suku kaum Kadazandusun dari daerah Membakut. Ianya dipersembahkan semasa upacara kesyukuran
terhadap semangat padi.

Ia biasanya dipersembahkan oleh sekumpulan lelaki dan perempuan. Pakaian yang dipakai oleh penari perempuan adalah serba
hitam dengan dihiasi butang yang terang dan menyerlah manakala penari lelaki pula memakai ' sigar ' di kepala dan ' sandai ' yang
tergantung dari leher.

Sumayau ( Mongigol Tuaran )

Tarian ini merupakan tarian pemujaan semangat oleh suku kaum Dusun Lotud di daerah Tuaran. Ia biasanya dipersembahkan semasa
Upacara ' Rumaha ' ( Upacara memuja tengkorak kepala ), ' Magahau ' ( Upacara pemujaan semangat Tajau ).

Sumayau dipersembahkan lebih daripada 8 orang pasangan yang berpakaian serba hitam dengan lengan panjang dan selendang
yang panjang mengelilingi leher. Penari perempuan pula memakai bulu burung di bahagian kepala yang digabungjalinkan sementara
penari lelaki memakai ' sigar '.

Penari perempuan menggerakkan tapak kaki mereka dengan perlahan , sementara penari lelaki berdiri dan menggoncangkan ' giring '
atau loceng kecil ang dilekatkan pada pakaian mereka.

Sumazau Papar
Tarian ini berasal dari daerah Papar, Sabah. Ianya biasa ditarikan oleh gabungan penari lelaki dan perempuan.

Keunikan pergerakan tapak kaki penari perempuan, tumit bertemu tumit, ibu jari bertemu ibu jari. Ini membuatkan tarian ini lebih unik
dan serta menarik. Penari perempuan memakai pakaian tradisi suku kaum Kadazandusun dari daerah Papar, dengan ' seraung' yang
diletakkan atas kepala dan bulu berwarna-warni atas ' seraung ' yang dipanggil ' senaundung '. Penari lelaki pula memakai ' siga ' pada
kepala mereka dan juga skaf / selendang yang dikenali sebagai ' sandai '.

Sumazau Penampang

Sumazau Penampang adalah tarian tradisional suku kaum Kadazandusun. Tarian ini biasanya dipersembahkan semasa perayaan dan
juga upacara pemujaan semangat padi ( Bambaazon ).

Penari mempersembahkan tarian mereka secara berpasangan. Kedua-dua penari lelaki dan perempuan mula menari dengan irama
yang lembut dan perlahan mengikut paluan gong. Dengan ' pangkis ' dari penari lelaki biasanya, ini menandakan pertukaran corak
tarian akan dilakukan. ' Pangkis ' dari penari lelaki ini akan lebih memeriahkan lagi suasana tarian ini.

Pakaian yang dipakai oleh penari ini ialah pakaian serba hitam dengan jalur kuning emas. Penari perempuan memakai ' tangkong ', '
tinggot ', dan ' Himpogot '. Penari lelaki pula memakai ' sigar ' di kepala. Tarian ini biasanya diiringi oleh paluan gong atau pun '
togunggu '.

Titikas

Titikas adalah tarian tradisional suku orang sungai di kawasan Kinabatangan, Sandakan. Tarian ini biasanya ditarikan untuk
menyambut ketibaan tetamu kehormat dan juga semasa perayaan.

Pergerakan tangan semasa menari ialah sama seperti permainan ' Ingki-ingki '. Alar muzik yang digunakan untuk mengiringi tarian ini
dikenalai sebagai ' titikas ', ' gabang ', ' kantung ' , dan juga gong.

You might also like