You are on page 1of 12

CONTOH KARANGAN TEMA PERPADUAN

Oleh sebab perpaduan sangat penting, pelbagai langkah perlulah diambil untuk
meningkatkan perpaduan di negara kita. Bincangkan langkah-langkah yang perlu
diambil untuk mengukuhkan perpaduan.
Perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu dipupuk dari
semasa ke semasa. Usaha ini amat penting dilakukan untuk memastikan keamanan
negara sentiasa terpelihara. Pernahkah terlintas dalam benak kita tentang apakah yang
dimaksudkan dengan ‘perpaduan rakyat’? Mengikut definisi yang diberikan dalam
Kamus Dewan Edisi Keempat, perpaduan rakyat dapat diertikan sebagai rakyat
berganding bahu untuk melakukan sesuatu dan sentiasa menyelesaikan masalah secara
musyawarah. Persoalannya ialah apakah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi
memastikan perpaduan rakyat dapat dikekalkan dan ditingkatkan?

Satu daripada langkah yang perlu dilakukan ialah rakyat Malaysia haruslah mempunyai nilai-
nilai murni yang tinggi terutamanya nilai toleransi. Hal ini amat penting untuk mengelakkan
berlakunya sebarang pertelingkahan atau perselisihan faham yang akan memecahbelahkan
rakyat Malaysia. Menurut Tun Dr. Mohathir Mohamad, mantab Perdana Menteri Malaysia
ke-4, kita haruslah mengetepikan emosi yang akan menyebabkan perpecahan. Oleh itu, rakyat
Malaysia haruslah meneruskan kehidupan dalam suasana yang aman dan saling membantu
atau bekerjasama serta mengikis sikap ‘bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing untuk memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat terus berkekalan.

Selain itu, badan bukan kerajaan (NGO) juga memainkan peranan yang penting dengan
mengadakan pelbagai kempen untuk meningkatkan perpaduan. Dalam hal ini, mereka
hendaklah menganjurkan ceramah yang bertajuk seperti “ Perpaduan Teras Kejayaan”.
Aktiviti sebegini haruslah diadakan secara berterusan dan bukannya setakat hangat-hangat
tahi ayam sahaja. Hal ini amat penting kerana melalui aktiviti tersebut, rakyat Malaysia akan
terdedah dengan kepentingan perpaduan. Persengketaan dan perpecahan yang berlaku seperti
di kebanyakan negara di dunia disebabkan mereka tidak sedar akan kepentingan perpaduan.
Puncanya ialah ketiadaan kempen yang dijalankan secara berterusan. Oleh hal yang demikian,
sesebuah negara yang dahulunya mempunyai perpaduan yang erat dalam kalangan rakyat,
kini, mereka hidup porak-peranda. Adakah kita mahu agar perkara sebegini berlaku di negara
kita? Jawapannya tentulah tidak!

Pertubuhan seperti Rukun Tetangga pula seharusnya mengadakan aktiviti-aktiviti yang


melibatkan pelbagai kaum. Melalui aktiviti tersebut, rakyat pelbagai kaum akan dapat saling
memahami budaya kaum yang lain. Dengan ini, perpaduan rakyat dapat dikekalkan. Sebagai
contohnya, mereka haendaklah menganjurkan aktiviti Majlis Rumah Terbuka sempena hari
perayaan supaya dapat dihadiri oleh semua penduduk. Melalui aktiviti seperti ini, perkara
sensitif yang melibatkan kaum tertentu dapat dielakkan dan rakyat pula tidak akan
membangkitkan persoalan tersebut dan seterusnya mengelakkan berlakunya pertelingkahan
mahupun pertelagahan yang tidak diingini. Mereka juga harus memahami bahawa ‘ bersatu
teguh bercerai roboh’.

Pernahkan terlintas dalam fikiran kita bahawa ibu bapa juga memainkan peranan yang penting
bagi memastikan perpaduan rakyat dapat dikekalkan? Ibu bapa merupakan orang yang
terdekat dengan anak-anak. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-
anak mereka dengan nilai-nilai yang murni seperti toleransi. Berbalik pada zaman tradisi,
asuhan dalam keluarga merupakan pendidikan yang paling ampuh bagi kanak-kanak
mempelajari nilai-nilai murni daripada ibu bapa mereka. Oleh sebab itu, ibu bapa hendaklah
menunjukkan teladan kepada anak-anak mereka agar anak-anak bergaul dengan kawan-kawan
daripada pelbagai kaum dengan harmoni. Pepatah Melayu mengatakan bahawa bagaimana
acuan begitulah kuihnya. Melalui cara ini, anak-anak akan menjaga sensitiviti kaum lain dan
tidak akan menimbulkan masalah atau pergaduhan yang akan menyebabkan perpaduan tidak
dapat dikekalkan.

Sebagai konklusinya, semua pihak haruslah berganding bahu ibarat ke bukit sama-sama
didaki, ke lurah sama-sama dituruni untuk memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat
dapat dikekalkan. Janganlah meranapkan impian Malaysia untuk mencapai wawasan 2020.
Biar matahari terus bersinar, biar pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia terus
gemilang. Ingatlah bahawa sekali sahaja perpaduan hancur, maka sukarlah untuk kita
membinanya kerana telur sesanggkak, pecah sebiji pecah semuanya.

Ditulis oleh:

Oleh : Vincent Kok Chin Keong


Isu-isu yang dipaparkan di bawah merupakan topik Ujian Lisan Bahasa Melayu
SPM sebelum tahun 2002. Bukan sahaja, topik-topik ini masih relevan untuk
dirangkumkan bersama dengan topik-topik yang terdapat dalam buku teks
Bahasa Melayu Tingkatan 4 & 5 kini malahan, pelajar boleh menghubungkaitkan
topik-topik ini dengan dimensi individu, keluarga, masyarakat, negara dan
antarabangsa dalam penulisan karangan.
Topik-topik ini juga dilihat boleh diguna pakai dalam membina item untuk soalan
Merumuskan Karangan dan Pemahaman 2a dalam Kertas 2.

1 PERINDUSTRIAN
-Jenis-jenis
-Kebaikan & keburukan penggunaan teknologi moden
-Prestasi negara dalam perindustrian

2 INDUSTRI DESA
-Jenis-jenis
-Usaha-usaha dan tujuan memajukan industri desa
-Sambutan terhadap hasil keluaran industri desa Halangan-halangan

3 PEMBALAKAN
-Kesan Pembalakan
-Usaha -usaha mengekalkan kawasan hutan
-Isu pembalakan haram

4 TEMPAT REKREASI
-Fungsi dan peranan taman rekreasi
-Sambutan masyarakat terhadap taman rekreasi
-Penyediaan kemudahan di taman rekreasi

5 PENSWASTAAN
-Faedah - faedah penswastaan
-Perkembangan penswastaan di Malaysia
-Penglibatan pihak swasta dalam bidang tertentu

6 INDUSTRI PERIKANAN
- Masalah yang dihadapi oleh nelayan
-Penggunaan teknologi moden dalam industri perikanan
-Perkembangan dan sumbangan industri perikanan 7 AGENSI KERAJAAN
- Jenis-jenis agensi kerajaan
-Peranan dan fungsi agensi kerajaan
-Keberkesanan agensi kerajaan

8 KEMPEN
-Tujuan diadakan kempen
-Sambutan masyarakat terhadap kempen
-Keberkesanan kempen

9 INDUSTRI PELANCONGAN
-Usaha dan cara memajukan industri pelancongan
-Kesan industri pelancongan kepada negara
-Perkembangan industri pelancongan

10 PERUMAHAN
-Masalah perumahan pada hari ini
-Isu yang berkaitan dengan pemaju perumahan
-Usaha mengatasi masalah perumahan

11 LEBUH RAYA
-Perkembangan lebuh raya hari ini
-Fungsi lebuh raya
-Isu yang berkaitan dengan lebuh raya

12 PENGIKLANAN
-Isu pengiklanan
-Pengaruh iklan
-Kesesuaian iklan

13 SUKAN
-Perkembangan sukan di Malaysia
-Faedah-faedah bersukan
-Usaha-usaha meningkatkan mutu sukan
-Sains Sukan
-Masalah dalam bidang sukan

14 KEPENDUDUKAN
-Isu rakyat termiskin
-Migrasi dan perpindahan penduduk
-Isu kepadatan penduduk
-Kualiti hidup

15 BADAN KEBAJIKAN DAN SUKARELA


-Penglibatan masyarakat dalam badan kebajikan
-Sumbangan dan peranan badan kebajikan sukarela
-Masalah-masalah yang dihadapi

16 PENCEMARAN ALAM
-Punca-punca pencemaran alam
-Usaha-usaha mengatasi
-Kesan daripada pencemaran alam

17 GOTONG-ROYONG
-Kebaikan amalan gotong royong
-Amalan gotong royong pada hari ini
-Cara-cara menggalakkan gotong royong

18 SAMBUTAN HARI PERAYAAN DAN KEBESARAN


-Cara-cara menyambut hari perayaan dan kebesaran
-Kesan-kesan mengadakan sambutan hari perayaan
-Suasana sambutan hari perayaan

19 ADAT RESAM DAN ISTIADAT


-Adat resam pelbagai kaum
-Fungsi dan peranan adat resam
-Amalan adat resam pada hari ini

20 PENGANGGURAN
-Punca-punca pengangguran
-Usaha-usaha mengatasi pengangguran
-Kesan daripada pengangguran

21 TENAGA KERJA ASING


-Faktor-faktor kedatangan tenaga kerja asing
-Usaha-usaha pengawalan tenaga kerja asing
-Kebaikan dan keburukan tenaga kerja asing
22 KESEDARAN SIVIK
-Usaha memupuk kesedaran sivik
-Kebaikan mempunyai kesedaran sivik
-Sikap masyarakat pada hari ini

23 PERPADUAN KAUM
-Kepentingan dan faedah perpaduan kaum
-Usaha-usaha memupuk perpaduan kaum
-Perpaduan kaum pada hari ini

24 KEPENGGUNAAN
-Kepentingan pendidikan kepenggunaan
-Peranan dan fungsi persatuan pengguna
-Masalah yang dihadapi oleh pengguna

25 HOBI DAN KEGIATAN MASA LAPANG


-Jenis-jenis hobi
-Fungsi dan tujuan bergiat dalam sesuatu hobi
-Usaha-usaha menggalakkan masyarakat mempunyai hobi

26 WARGA TUA
-Sikap masyarakat terhadap warga tua
-Usaha-usaha membantu warga tua
-Kebaikan membantu warga tua

27 KANAK-KANAK
Isu kanak-kanak terbiar
-Penggunaan tenaga kerja dalam kalangan kanak-kanak
-Tanggungjawab masyarakat terhadap kanak-kanak

28 KESIHATAN
-Kepentingan kesihatan
-Cara-cara menjaga kesihatan
-Tahap kesihatan rakyat
-Gaya Hidup Sihat

29 MAJIKAN DAN PEKERJA


-Tanggungjawab majikan terhadap pekerja
-Kualiti kerja dan produktiviti
-Etika kerja

30 TELEVISYEN / VIDEO / FILEM


-Pengaruh terhadap masyarakat
-Kesesuaian rancangan terhadap masyarakat
-Fungsi dan peranannya
-Cetak Rompak

31 PASAR RAYA / PASAR TANI / PASAR MALAM


-Perkembangan di Malaysia
-Kebaikan dan keburukannya
-Sebab-sebab tempat tersebut menjadi tumpuan

32 AMALAN MEMBACA
-Sikap membaca di kalangan masyarakat
-Usaha memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat
-Faedah membaca

33 PERUBATAN MODEN
-Perkembangan perubatan moden
-Kesan penggunaan ubat-ubat moden
-Kemudahan perubatan di Malaysia

34 PERUBATAN TRADISIONAL
-Peranan dan pengaruh bomoh
-Perbandingan p.moden dengan p.tradisional
-Keberkesanan penggunaan perubatan tradisional

35 SAINS DAN TEKNOLOGI


-Kemajuan dan perkembangan
-Ciptaan-ciptaan baru
-Kesan sains dan teknologi

36 PENDIDIKAN
-Perkembangan pendidikan di Malaysia
-Masalah pendidikan di Malaysia
-Kepentingan pendidikan

37 AKTIVITI KOKURIKULUM
-Jenis-jenis aktiviti kokurikulum
-Kebaikan dan faedah menyertai kokurikulum aktiviti kokurikulum pelajar
-Halangan pelaksanaan

38 KEBUDAYAAN
-Kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia
-Konsep kebudayaan kebangsaan
-Pengaruh luar dalam kebudayaan

39 NILAI-NILAI MURNI
-Usaha memupuk nilai murni
-Kepentingan mempunyai nilai-nilai murni
-Nilai murni di kalangan masyarakat hari ini

40 KHAZANAH BUMI / HUTAN


-Jenis-jenisnya
-Usaha-usaha mengekalkan khazanah tersebut
-Sumbangan kepada negara

41 PERLADANGAN
-Isu tenaga kerja di bidang peladangan
-Perkembangan dan sumbangannya kepada negara
-Usaha-usaha memajukan sektor perladangan

42 PERUNDANGAN
-Peranan dan fungsi undang-undang
-Keberkesanan undang-undang
-Jenayah di negara kita

43 PERTANIAN TRADISIONAL
-Kebaikan dan keburukan pertanian tradisional
-Sebab-sebab pertanian tradisional masih diamalkan
-Kesesuaian pertanian tradisional pada zaman moden

44 PERTANIAN MODEN
-Kebaikan dan Keburukan pertanian moden
-Penggunaan teknologi moden dalam pertanian
I-su pasaran dan harga hasil pertanian

45 TANAH
-Masalah tanah terbiar
-Penerokaan tanah secara haram
-Kesan pembangunan yang pesat

46 SEMANGAT KEBANGSAAN/ PATRIOTIK


-Usaha-usaha memupuk semangat kebangsaan
-Kepentingan semangat kebangsaan kepada negara
-Penghayatan semangat kebangsaan di kalangan masyarakat

47 HAL-EHWAL SEMASA
-Perkembangan politik tanah air
-Masalah-masalah sosial di negara
-Kemajuan negara dalam bidang ekonomi

48 PERMAINAN TRADISIONAL
-Jenis-jenisnya
-Fungsi dan peranannya pada masyarakat
-Usaha bagi menghidupkan dan mengekalkannya

49 KEKELUARGAAN
-Hubungan kekeluargaan sekarang
-Cara-cara mengekalkan hubungan kekeluargaan
-Kepentingan kekeluargaan di kalangan masyarakat
-Kempen Utamakan Keluarga

50 PROJEK PERUMAHAN
-Tujuan diadakan projek perumahan
-Kebaikan dan keburukan projek perumahan
-Jenis-jenis projek perumahan

51 KOPERASI DAN PERSATUAN


-Jenis-jenis dan peranan
-Fungsi dan tanggungjawab koperasi @ persatuan
-Sambutan terhadap koperasi @ persatuan
-Program Usahawan Muda

52 PENYAKIT BERBAHAYA
Jenis-jenisnya
Cara-cara mencegahnya
Punca-punca penyakit berjangkit

53 MUZIK
-Dunia muzik hari ini
-Kerjaya dalam bidang muzik
-Kebaikan dan keburukan muzik

54 SEJARAH
-Tempat-tempat bersejarah
-Pemulihan tempat-tempat bersejarah
-Permasalahan dalam mengekalkan tempat -tempat bersejarah

55 PERNIAGAAN /PERDAGANGAN
-Jualan murah
-Barang-barang tempatan dan barang import
-Kebaikan berniaga
-Karnival Jualan Mega

56 AMALAN PEMAKANAN
-Jenis-jenis makanan dalam kalangan masyarakat di Malaysia
-Makanan seimbang
-Kebersihan tempat menjual makanan
57 JIMAT CERMAT
-Tujuan berjimat cermat
-Cara-cara menggalakkan berjimat cermat
-Faedah-faedah mengamalkan berjimat cermat

58 PENTERNAKAN IKAN AIR TAWAR


-Perkembangan di Malaysia
-Cara-cara menggalakkan masyarakat makan ikan
-Masalah yang dihadapi oleh penternak ikan
-Projek akuakultur

59 DISIPLIN PELAJAR
-Tahap disiplin pelajar hari ini
-Punca-punca yang menimbulkan masalah disiplin
-Usaha-usaha mengatasi masalah disiplin

60 MEDIA CETAK
-Jenis-jenis media cetak
-Pengaruh media cetak
-Peranan dan fungsi media cetak
-Masa depan media cetak

61 ALAT PERHUBUNGAN DAN PENGANGKUTAN


-Jenis-jenis alat pengangkutan dahulu dan sekarang
-Isu berkaitan dengan kenderaan awam
-Peranan dan fungsi pengangkutan

62 SEMANGAT KEJIRANAN
-Pentingnya semangat kejiranan
-Usaha meningkatkan semangat kejiranan
-Permasalahan kejiranan hari ini

63 PROJEK PENGINDAHAN KAWASAN /KECERIAAN


-Tujuan dan fungsi mengindahkan kawasan
-Cara-cara mengekalkan keindahan
-Permasalahan dengan pengindahan kawasan
-Peranan sekolah dan pelbagai pihak

64 KESELAMATAN NEGARA
-Peranan pasukan keselamatan
-Keadaan keselamatan negara pada hari ini
-Kerahan tenaga rakyat
-Program Latihan Khidmat Negara

65 ALAM SEKITAR
-Keadaan alam sekitar hari ini
-Usaha-usaha mengekalkan alam sekitar
-Tujuan mengekalkan keindahan alam sekitar
-Kesan kemusnahan alam sekitar

66 PELABELAN
-Kepentingan dan fungsi penggunaan label
-Keberkesanan penggunaan label
-Isu permasalahan penggunaan label

67 BENCANA ALAM
-Jenis-jenis bencana alam
-Punca-punca bencana alam
-Usaha menghadapi bencana alam

68 SENI MEMPERTAHANKAN DIRI


-Jenis-jenis seni mempertahankan diri
-Perkembangan seni mempertahankan diri
-Kebaikan dan keburukan seni mempertahankan diri

69 KEMUDAHAN AWAM
-Jenis-jenis kemudahan awam di Malaysia
-Sikap dan tanggungjawab masyarakat
-Permasalahan kemudahan awam

70 BUAH-BUAHAN TEMPATAN
-Kebaikan dan kelebihannya
-Sambutan masyarakat terhadapnya
-Usaha memajukan industri buah-buahan tempatan
-Prospek pemasaran
-Halangan

71 SEKOLAH
-Sekolah Idaman
-Kempen 3K
-Hari Kantin
-Anugerah Cemerlang
-Ponteng sekolah
-Program Peningkatan Akademik
-Motivasi
-Sekolah Bestari

72 INTERNET & KOMPUTER/ MULTIMEDIA


-Kebaikan dan kelebihannya
-Sambutan masyarakat terhadapnya
-Kesan penggunaan internet
-Dasar Langit Terbuka
-Kafe Siber

73 KEPIMPINAN
-Peranan Pemimpin
-Ciri-ciri Pemimpin
-Kepentingan pemimpin

74 VANDALISME @ RAGUT
-Sebab-sebab Berlaku
-Langkah Mengatasi
-Peranan Semua Pihak
-Kesan

75 KEMALANGAN JALAN RAYA


-Sebab-sebab Berlaku
-Langkah Mengatasi
-Peranan Semua Pihak
-Kesan

76 SLOGAN-SLOGAN KERAJAAN
-Definisi Slogan
-Sambutan masyarakat terhadapnya
-Usaha Memastikan Matlamat Tercapai

You might also like