You are on page 1of 24

12 Steps Guide To Better Study Habits

Try these! It might work on you :

1 - Don't touch that remote!!!


The far best way of getting time to do homework (day-time that is), is to clear away any
distractions. If your habits are anything like mine used to be, you probably turn on the TV as soon
as you come home. If you try not using TV for a few weeks you'll find out that your life is not
dependent on the box in the living room (or your bedroom or whatever). The same goes for random
internet surfing, the chatroom, facebook etc.

2 - Get more self discipline/get more organized


When you get home from school, do most of your homework at once. Don't let anything else
distract you (within reason of course, if your house is on fire or your grandfather is dying from
cardiac arrest, you might want to postpone your homework a bit). If you get bored turn on some
light music in the background (NO TV/ Radio!). It is important that this music isn't too intrusive.
Get some food while you're working (you're probably hungry when you come home from school
anyway).

3 - Work out more


Physical training gives you more energy on a long-term basis. Thus, giving you more energy to do
your homework. Combine with step 4.

4 - Eat healthier
For the same reasons as step 3. Hamburgers and candy bars are NOT the ideal food for a creative
and working mind.

5 - Go to bed earlier
Nobody feels fresh and ready for a load of homework if they have slept for 6 hours that night. Try
to get at least 8 hours of sleep every night, not fewer than 6-7 hours.

6 - Tell your parents about your bad habits.


Make them nag you until you do your homework. This might seem a bit self-destructive, but at least
you'd get some support.

7 - Get anti-social
Try not to exercise a social life until you've finished your homework. You'll get plenty of time to
socialize, afterwards.

8 - Don't postpone things.


Don't postpone until tomorrow what you might do today etc etc... . You'll probably end up doing it
at an inconvenient time anyway.

9 - Divide and conquer


Don't try to swallow it all at once, divide your homework into bearable segments.

10 - Get good grades


The best motivation there is. Ex: My history teacher gave the top grade on my first test. After that
I've had to work like ... . to keep it up. Therefore, I have to do my homework.

11 - Choose interesting subjects


If you're studying the right subjects (ie: subjects that interests you), you'll probably be more
motivated.

12 - Don't take too many courses or extracurricular activities.


Ex: Right now I ought to be studying for an English test, but instead I'm hopefully helping you. If
you've got bad study habits on top of this, it's just not the right thing to do.
35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah
Kamsah
Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada
pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang
akan:
1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat
aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
o kita ingat 10% apa yang dibaca
o kita ingat 20% apa yang didengar
o kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
o kita ingat 70% apa yang dicakapkan
o kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar,
melawat rakan dan sebagainya....
5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
o pastikan cahaya adalah terang
o kurangkan gangguan bunyi
o tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan
semangat belajar
o tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
o kerusi dan meja menghadap kiblat
o jangan lupa untuk senyum
6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak
menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota,
ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
8. Tahu teknik merangsang memori:
o memasukkan maklumat dalam memori (registration)
o menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
o mengingat kembali (recall)
o menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan
lain (application)
9. Sentiasa awal dan mendahului:
o persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan
memberi tanggapan yang positif pada guru.
o pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat
mengekalkan kejayaannya.
o belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
o untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2
kali sebelum guru mengajar.
10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
o duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
o memberikan tumpuan sepanuhnya
o menggunakan jari telunjuk untuk membaca
o menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan
sebelum menghadapi peperiksaan.
14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock).
Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur,
selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah
dan selepas berdoa.
17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80%
selepas belajar).
18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
22.Tahu petua mengulang kaji:
o cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
o siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
o duduk tegak dikerusi yang selesa
o baca doa penerang hati
o baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
o fikir dan ingat kembali isi utama
o catat/lakar
o semak semula ketepatan maklumat
o ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
o buat rumusan
o jawab soalan
o tampal maklumat yang rumit di dinding
o baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar,
melawat rakan dan sebagainya.
24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
o jangan makan kepala ikan
o jangan makan organ dalaman
o jangan minum semasa makan
o jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
o jangan melihat kemaluan
o jangan melihat buih
o jangan membaca nama pada batu nisan
o banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti
tempe, tauhu dan lain-lain
o banyakkan makan kismis, kurma dan madu
o banyakkan makan kekacang
o pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
o jangan makan sehingga terlalu kenyang
o jangan kencing berdiri
25. Tahu kemahiran mengingat:
o tampal nota-nota penting di dinding
o tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
o gunakan kaedah akronim
o reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
o pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
26. Cekap mengatur jadual belajar:
o mempunyai jadual belajar
o patuh kepada jadual
o buat jadual yang boleh diikuti
27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai
dorongan untuk belajar.
28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak
diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara
dan topik untuk belajar.
30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
32. Pelbagaikan tempat belajar.
33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan
sebagainya.
35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
o taat kepada Allah
o mendirikan sembahyang
o menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
o hormati & sayangi guru
o bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai
kecemerlangan.
o suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
o membantu rakan yang memerlukan
o berdoa dan bersyukur kepada Allah
o sentiasa bertawakal
o mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak
dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar
bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga
bermanfaat. :)
Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun seminit

Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa

sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka

baca.

Kedua – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi

Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri

anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini

membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

Ketiga – Gunakan masa awal pagi

Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal
pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan

membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

Keempat – Buat nota ringkas

Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa

yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota

ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

Kelima – Mengikut jadual sepenuhnya

Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat.

Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda

mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda

peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata

pelajaran.
Keenam – Mencuba soalan tahun lalu

Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan

corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks

tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.

Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh

Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada

masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak

anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.

Kelapan – Sentiasa menanya kalau tidak faham

Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah

faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau

abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.
Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah

Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata

pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu

penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat

atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.

Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan

Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti

mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini

akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah


Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti

yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda

untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.

Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik

Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan

melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang

cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak

dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.

Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri

Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan

pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga

pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.
Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji

Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup

yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang

dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat

remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan

sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.

Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi

Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya

tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul,

tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk

menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).


Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga

Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam

beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki

peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu

lantai dan lain-lain akan


memberi lebih masa untuk
anda belajar.
Ke tujuh belas :
Rancangkan jadual
ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda
sehingga bulan September.
Sebulan sebelum
peperiksaan , anda perlu
siap ulangkaji. Pastikan
setiap mukasurat dibaca,
dan setiap soalan dijawab.
Ini boleh dilakukan
dengan membahagikan
bilangan mukasurat buku
dengan bilangan hari yang
ada. Jika anda gagal
mengulangkaji mukasurat
berkenaan pada hari yang
ditetapkanm pangkahkan
dengan besar
menggunakan pensil.
Pastikan anda membaca
mukasurat ini sebelum
peperiksaan tiba. Tapi,
sebelum anda membaca
mukasurat yang terhutang,
pastikan anda telah siap
ulangkaji mukasurat yang
ditetapkan untuk hari
tersebut.
Ke lapan belas :
Belajar menyesuikan
diri dengan semua
keadaan
Biar pun rumah anda
bising, panas atau kurang
selesa; ia tidak menjadi
penghalang untuk anda
mengulangkaji. Kadang-
kadang , kita perlu belajar
menyesuikan diri dengan
kekurangan yang ada.
Semakin mencabar
keadaan anda , semakin
besar ujian ketahanan diri
anda. Beritahu diri anda ,
“biar apa yang berlaku,
saya tetap dapat
menjalankan tugas saya
kerana saya seorang yang
tahan lasak.”
Ke sembilan beas :
Berhati-hati dengan
kawan yang tidak
sehaluan dengan anda
Jika anda mahu belajar
tetapi rakan-rakan anda
tidak suka belajar. Mereka
cuba mempengaruhi anda
dengan seribu satu jenis
kegiatan yang hanya
membuangkan masa anda.
Berani berkata “tidak” dan
menolak mereka dengan
lembut. Jangan sekali-kali
menjadi mangsa kepada
mereka kononnya anda
tidak mahu melukakan
hati mereka. Jika anda
mengikut rentak mereka,
anda akan melukakan
masa depan sendiri.
Ke dua puluh : Terus
belajar biar pun tidak
menampakkan
kemajuan
Jangan mengukur prestasi
anda kerana tidak
menampakkan kemajuan
yang nyata dalam
keputusan peperiksaan
sekolah. Setelah berbulan-
bulan anda bertungkus-
lumus, anda mungkin
mahu kemajuan dalam
keputusan sekolah.
Sebenarnya, penilaian
sekolah tidak
menggambarkan anda
pasti akan lulus atau gagal
dalam peperiksaan akhir
tahun. Teruskan usaha dan
jangan berhenti.
Ke dua puluh satu :
Terokai bakat dan
minat anda
Sambil anda berjuang
untuk peperiksaan SPM,
peruntukkan masa juga
untuk bidang yang anda
hendak ceburi. Mungkin
anda minat dengan bidang
kedoktoran, baca majalah
dan bahan rujukan am
yang berkaitan dengan
cita-cita anda tersebut.
Gunakan bakat anda untuk
berbakti kepada keluarga
atau sekolah anda. Jika
anda minat dalam bidang
kejuruteraan, peruntukkan
masa untuk belajar
membaiki kereta atau anda
juga boleh menolong
kawan anda membaiki
kereta mereka. Kegiatan
sedemikian menjadikan
makna pembelajaran lebih
nyata. Anda tahu mengapa
anda belajar kerana anda
mempunyai hala tujuan
yang nyata.
Kesimpulan
Belajar adalah suatu seni.
Jika anda tahu menguasai
seni tersebut , anda boleh
berjaya biar pun diri anda
mempunyai beberapa
kekurangan. Semoga
lembaran ini menguatkan
ikhtizam anda untuk
mencapai prestasi yang
lebih cemerlang dalam
pelajaran.

You might also like