You are on page 1of 3

Apa Itu Tanah Runtuh?

Tanah runtuh merupakan salah satu tragedi yang berkaitan dengan kegelongsoran tanah dan
boleh menyebabkan kematian.

Tanah runtuh merupakan kejadian geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah,
seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun, dan aliran sampah cetek, lihat aliran. Walaupun
graviti bertindak pada cerun curam merupakan punca utama tanah runtuh, terdapat faktor
tambahan lain:

 hakisan oleh sungai, glasier, atau ombak laut yang menghasilkan cerun curam
 cerun batu atau tanah yang lemah akibat tepu oleh cairan salji atau hujan lebat
 gempa bumi yang menghasilkan ketegangan yang menyebabkan cerun lemah runtuh
(lihat pencairan (liquefaction)
 letusan gunung berapi menghasilkan mendakan abu, hujan lebat, dan aliran sampah.
 gegaran dari mesin, trafik, bahan letupan, malah guruh mungkin mencetuskan keruntuhan
cerun lemah.
 berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan atau salji, timbunan batu atau bijih,
daripada timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang memberi tekanan kepada
cerun lemah hingga runtuh dan struktur lain
 tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil
pada tanah cetek, penebangan tumbuhan berakar dalam yang mengikat colluvium kepada
batu asas.

Bahan di cerun yang menjadi tepu dengan air boleh membentuk aliran sampah atau aliran
lumpur. Campuran pekat batu dan lumpur mungkin menghanyutkan pokok, rumah, dan
kereta, dengan itu menghalang jambatan dan aliran sungai menyebabkan banjir sepanjang
laluannya.

Samajuga, air batu floes boleh terbentuk dalam sungai yang tersumbat dengan air batu, tetapi
mengalir lebih perlahan. Walaubagaimanapun, ia mampu menghasilkan tenaga yang
mencukupi bagi meruntuhkan jambatan.

Kejadian Tanah Runtuh Di Kuala Lumpur Berulang Lagi

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) — Menyaksikan pasukan penyelamat menggali


timbunan tanah cuba mencari mangsa yang mungkin terselamat dalam runtuhan tanah yang
menimbus sekurang-kurangnya 14 banglo di Bukit Antarabangsa di sini sama seperti melihat
tayangan semula tragedi Highlands Tower berdekatan hampir genap 15 tahun lalu.

Jentera pengorek terpaksa bergerak perlahan dan hati-hati kerana khuatirkan berlaku lagi
tanah runtuh ketika jentera itu mengorek timbunan tanah dari satu lagi tragedi runtuhan, juga
pada kawasan lereng bukit di pinggir ibu kota.

Pada 11 Dis 1993, seperti hari ini yang juga Sabtu, satu blok kondominium di projek
Highlands Tower tumbang seperti susunan kad, menimbusi 48 orang hidup-hidup.

Tragedi itu adalah satu ingatan tegas dan pembuka mata tentang bahaya pembangunan
perumahan di lereng bukit di sekitar Lembah Klang, kawasan kediaman paling sesak, dan
tempat kediaman golongan kaya dan terkenal.
Banyak risalah dihasilkan yang selalunya menuding jari kepada pihak mana harus
dipersalahkan, tetapi apa yang jelas tidak ada orang yang belajar dari tragedi seumpama itu.

Setakat ini, hanya empat mayat telah dapat dikeluarkan dari timbunan dengan kira-kira 93
orang dilaporkan terselamat.

Belumpun memori Highlands Tower lenyap dari ingatan kita, satu lagi kejadian tanah runtuh
awal pagi di Taman Hillview juga berhampirakan tempat tragedi hari ini, menimbusi rumah
bekas Panglima Angkatan Tentera Jen. (B) Tan Sri Ismail Omar pada 21 Nov 2002,
mengorbankan enam anggota keluarga termasuk isterinya dan dua pembantu rumah
Indonesia.

Pihak berkuasa telah mengeluarkan pelbagai jenis garis panduan dan undang-undang
mengenai pembangunan lereng bukit tetapi jelas kita masih jauh dari melihat yang terakhir,
terutama di Selangor di mana bukit-bukit yang indah satu ketika dulu, ditarah dan
digondolkan, kadangkala bebas dari menghadapi sebarang hukuman.

Walaupun pembangunan lereng bukit pada tahap kecuraman tertentu dibenarkan,


persoalannya siapa yang akan menguatkuasakan ini, dan jikapun dikuatkuasakan sejauh mana
ia berkesan?

TANAH RUNTUH
 

Tanah runtuh berserta banjir lumpur merupakan satu lagi fenomena bencana alam
yang kerap berlaku masa kini di Malaysia.

Kawasan tanah runtuh boleh berlaku:


 di kawasan dimana tanah runtuh sudah berlaku, sama ada baru atau lama

 di kaki atau permukaan atas cerun

 di kaki atau permukaan atas cerun timbun yang lama

 di kaki atau permukaan atas cerun potong yang menegak

Kawasan yang selamat daripada tanah runtuh :

 di kawasan keras, batu-batan tidak bersambung dan tiada pergerakan pada

masa lampau

 di kawasan datar jauh daripada cerun dan sungai

Tanda-tanda sebelum berlakunya tanah runtuh :

 Penjelmaan mata air atau tanah basah yang melampau yang tidak pernah

terdapat atau terjadi

 Retakan baru serta pembengkakan tanah, jalan atau kaki lima

 Ketandusan tanah pada "foundation" sesuatu pembinaan

 Struktur sampingan seperti kaki lima atau ruang lain senget / bergerak

daripada struktur utama rumah

 Keretakan ketara dan mendadak pada lantai konkrit

 Kepecahan serta kebocoran pada paip air

 Kecondongan pada tiang telefon/letrik, pokok, dinding penahan atau pagar

 Garisan lurus pagar menjadi bengkang-bengkok

 Pemendapan ketara permukaan jalan

 Pintu serta tingkap rumah tidak boleh ditutup dengan rapat seperti biasa

You might also like