P. 1
Perubatan Tradisional Dan Keluarga Bahagia

Perubatan Tradisional Dan Keluarga Bahagia

|Views: 1,066|Likes:
Published by Rexter Rex koleksi

More info:

Categories:Topics, Art & Design
Published by: Rexter Rex koleksi on Jun 03, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/19/2013

pdf

text

original

PERUBATAN TRADISIONAL DAN KELUARGA BAHAGIA KANDUNGAN SURAT SEKALUNG BUDI KATA-KATA ALUAN SEKAPUR SIREH BAB

I: MENEROKAI ALAM JIN BAB II MASALAH STRUKTUR ANGGOTA DAN RAWATANNYA BAB III PENYAKIT KULIT DAN RAWATANNYA BAB IV JENIS- JENIS PENYAKIT DAN RAWATANNYA BAB V WANITA BAB VI KELUARGA BAHAGIA BAB VII SENAMAN UNTUK KESIHATAN BADAN 57 52 44 37 29 20 V I II III MUKA

SEKAPUR SIREH DARI PENGAMAL PERUBATAN TRADISIONAL
‫السلم عليكم ورحمة الله وبركاته‬ ‫الحمد لله الذى نحمده ونستعينه ونستعينه ونعوذ بالله من شرور‬ ‫انفسنا ومن سئات اعمالنا من يهدى الله فل هدى له والصلة والسلم‬ ‫عن ابن سعيد الخدرى رضى‬ ‫لى محمد وعلى اله وصحبه اجمعين وبعد‬ ‫الله عنه ان جبريل عليه السلم اتى النبى )ص( فقال: يا محمد‬ ‫اشتيكيت, قال نعم, قال: بسم الله ارقيك من كل شىء يؤذيك من‬ ‫شركل نفس او عين حاسد الله يشفيك بسم الله ارقيك‬ ‫ رواه مسلم‬Maksudnya:Sesungguhnya Jibril As mendatangi Nabi SAW lalu berkata: “Wahai Muhammad adakah kamu sakit?” jawab Baginda, “Ya” kata Jibril: “ Dengan nama Allah aku jampi dari setiap sesuatu yang menyakitkan kamu dari kejahatan setiap jiwa atau setiap mata yang dengki. Allah akan menyembuhkanmu, dengan nama Allah aku jampi”( Riwayat Muslim) Dalam meniti kehidupan yang serba moden ini, kita tidak dapat lari dari menghadapi pelbagai perubahan. Perubahan ini termasuklah juga dalam bidang perubatan. Kebanyakkan manusia zaman sekarang telah mula melupakan rawatan lama iaitu secara tradisional. Walau bagaimanapun kita juga mesti ingat, dalam zaman serba moden ini kita masih lagi memerlukan perubatan dalam bentuk tradisional. Kerana masih terdapat lagi penyakit yang tidak dapat di rawat dengan peralatan moden. Atas dasar inilah sudah lama saya memikirkan satu jalan agar dapat saya sampaikan kepada sahabat semua tentang cara- cara perubatan tradisional mengikut apa yang telah saya pelajari. Dengan keizinan Dari Allah ta`ala yang telah memberikan kemampuan kepada saya untuk membukukan segala yang saya pelajari bagi tatapan, bacaan dan panduan kepada sahabat semua. Saya juga telah menamakan buku saya ini dengan “Perubatan Tradisional dan Keluarga Bahagia”. Pemilihan nama ini berdasarkan ianya merangkumi pelbagai kaedah perubatan tradisional, sedikit rawatan moden dan hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan seorang muslim dan muslimah.

Dalam buku ini dikhususkan kepada perubatan secara tradisional dan dimuatkan juga sedikit cara perubatan moden kerana saya tidaklah begitu arif dalam bidang rawatan moden. Sesungguhnya apa yang saya harapkan adalah teguran dan tunjuk ajar dari sahabat semua sekiranya berlaku kesilapan dan kelemahan didalam kandungan buku saya ini. Akhir kata, apa yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri. Wassalam. Mohd Zawawie Bin Ismail Pengamal Perubatan Tradisional Kuliah Syariah Islamiah, Tanta.

‫بسم الله الرحمن الرحيم‬ ‫قال تعالى : وما خلقت الجن والنسان ال ليعبدون وقال: واذ قلنا‬ ‫للملئكة اسجدوا لدم فسجدوا ال ابليس كان من الجن ففسق عن امر‬ ‫ربه وقال تعالى: وانه كان رجال من اللنسان يعوذون برجال من الجن‬ ‫فزادوهم رهق‬
Apakah Itu Makhluk Halus( Jin)? Jin ialah satu makhluk Allah yang di cipta hidup di alam lain ( khusus) bukan dialam manusia ( zahir) dan bukan dialam malaikat. Di antara Jin dan manusia ada mempunyai ciri-ciri persamaan seperti keduanya bersifat dengan sifat pemikiran dan kemampuan termasuk dari sudut mampu memilih antara jalan kebaikan dan keburukan. Namun begitu, perbezaan antara mereka dengan manusia juga ada contohnya dari segi asal penciptaan yang mana Jin dicipta daripada api sementara manusia dicipta daripada tanah. Mengapakah Dinamakan Jin? Makhluk ini dinamakan Jin kerana ia memberi makna tersembunyi dan kerana tersembunyinya serta terlindungnya mereka itu daripada pandangan mata kasar.

28 ‫قال تعالى: انه يراكم هووقبيله من حيث لتروهم -العراف‬
Maksudnya:Sesungguhnya dia dan golongannya melihat kamu sedangkan kamu tidak dapat melihat mereka. Perbezaan Antara Jin Dan Syaitan. Bagi sesetengah orang ataupun kita sendiri berpendapat bahawa antara Jin dan Syaitan adalah sama. Namun begitu bagi dua golongan ini adalah berbeza pada istilah hakikatnya, dan inilah yang menjadi sedikit punca perselisihan pendapat dikalangan Ulama` dalam menentukan adakah Jin itu daripada Syaitan atau Syaitan itu daripada Jin. Mengikut pendapat yang terkuat, Syaitan merupakan sebahagian daripada Jin. Ini dapat difahami secara jelasnya mengikut sesetengah takrif yang kita temui menyebut bahawa Syaitan itu adalah setiap yang berperangai jahat samada daripada manusia, Jin atau haiwan.

‫قال تعالى: واذ قلنا للملئكة اسجدوا لدم فسجدوا ال ابليس كان‬
50 ‫الكهف‬

- ‫من الجن ففسق عن امر ربه‬
Tentang masalah asal usul Jin ini di sana terdapat banyak pendapat Ulama`

Asal Usul. dalam menentukan bilakah Jin dicipta dan dari apakah penciptaannya. A) Bilakah ia dicipta? Golongan Jin dan Syaitan dicipta sebelum Allah menciptakan Nabi Adam lagi. Walau bagaimanapun Ulama` berselisih pendapat tentang lama manakah jaraknya diantara penciptaan Nabi Adam itu. Dalam masalah ini ada pendapat yang mengatakan ianya dicipta dua ribu tahun sebelum penciptaan Nabi Adam. Ini berdasarkan kepada hadis yang berbunyi:-

‫عن عبدالله ابن عمرو بن العاص رضى الله عنه قال خلق الله تعالى بنى الجان قبل‬ ‫آدم بألفى سنة‬
Ini disokong pula oleh hadis yang menunjukan bumi ini adalah dimakmurkan oleh golongan Jin terlebih dahulu yang berbunyi:-

‫عن ابن عباس رضى الله عنهما: كان الجن سكان الرض والملئكة سكان السماء‬ ‫وهم عمارها. لكل سماء ملئكة ولكل اهل سماء صلة وتسبيح ودعاء, فكل السماء‬ ‫فوق سمائهم اشد عبادة واكثر دعاء وصلة وتسبيحا من الذين تحتهم, فكانت الملئكة‬ ‫عمار السماء والجن عمار الرض‬
Ada sesetengah Ulama` yang mengatakan 40 tahun sebelum penciptaan Nabi Adam berdasarkan kepada riwayat yang berbunyi:-

‫عن حبيب ابن ابى ثابت أو غيرة: ان ابليس وجنوده اقاموا فى‬ ‫الرض قبل خلق آدم اربعين سنة‬
a) Dari apakah ia diciptakan.? Sebagaimana yang digambarkan oleh Allah Ta`ala didalam Al-Qur`an bahawa asal usul Jin ialah Allah mencipta golongan itu daripada api. Ini berdalilkan kepada beberapa ayat antaranya:-

27 ‫والجان خلقناه من قبل من نار السموم - الحجر‬ 15 ‫وخلق الجان من مارج من نار - الرحمن‬ ‫عن عائشة عن البى صلى ال عليه وسلم قال: خلقت المللئكة من نور وخلق الجان من النار وخلق‬ ‫آدم مما وصف لكم -رواه مسلم‬
Jenis- Jenis Makhluk Halus ( Jin) Secara kasarnya makhluk ini terbahagi kepada tiga jenis atau golongan. 1) Golongan yang mempunyai sayap dan terbang diudara. 2) Golongan berupa ular dan anjing atau yang sejenis dengannya. 3) Golongan yang naik turun silih ganti. Ini jelas kita maklumi menerusi hadis yang berbunyi:-

‫عن ابى الدرداء قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: خلق‬ ‫الله تعالى جن ثلثة اصناف, صنف حيات وعقارب وخشاش الرض‬ ‫وصنف كالريح فى الهوى وصنف عليهم الحساب والعقاب. وخلق الله‬ ‫تعالى النس ثلثة اصناف,صنف كالبهائم وصنف اجسادهم اجساد بنى‬ ‫آدم وارواحهم ارواح الشيطان وصنف فى ظل الله تعالى يوم ل ظل ال‬ ‫ظلة‬
Dalam riwayat lain berbunyi:-

,‫عن ابى ثعلبة قال: قال رسول الله )ص( : الجن ثلثة اصناف‬ ‫صنف لهم اجنحة يطيرون فى الهوى وصنف حيات وكلب وصنف‬ ‫يحلونويطعنون‬
Maksudnya:Jin itu ada tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap dan terbang di udara, golongan yang sejenis ular dan anjing dan golongan pergi mari( naik turun). Warna. Jin juga merupakan satu makhluk yang mempunyai warna tertentu. Mengikut penjelasan yang dibuat oleh Jin yang telah memeluk Islam (‫“ :)مصطفى كنجور‬ Golongan kami ada yang berwarna merah, putih, hitam, kuning dan sebagainya. Sruktur Organisasi Iblis.

Kita perlu ketahui bahawa iblis juga mempunyai sistem pentadbiran yang tersusun yang terdiri daripada kerajaan, menteri, pegawai tinggi, kehakiman, mandubmandub, rakyat dan lainnya sebagaimana alam manusia juga. Mandub- Mandub Iblis. Sebahagian daripada mandub yang besar tugasnya yang mesti kita ketahui adalah lima:1) Thabar:- antara tugasnya ialah mendatangi orang yang di timpa bala atau musibahsepertiberlaku kematian orang yang disayangi dengan cara menyuruh mereka menampar-nampar pipi mereka, istihar memerangi Allah dan mengajak kepada mengeluarkan kata- kata buruk serta marah kepada qada` dan qadar Allah Ta`ala. Cara menhindarinya dengan membaca:-

‫أعوذ بالله من الشيطان ثبر الرجيم وجنوده وابناءه‬
2) penceraian. Cara menghindarinya dengan membaca:Dasim:- antara tugasnya ialah memecah belahkan kehidupan suami

isteri dengan mewujudkan perasaan benci membenci sehingga berlakunya

‫اعوذ بالله من الشيطان داسم الرجيم وجنوده وابناءه‬
3) Al -A`war: Tugasnya ialah mencari dan memudahkan jalan kearah

melakukan hubungan haram dan perzinaan. 4) Maswat: Tugasnya membuat pembohongan dan pengeliruan

terhadap manusia dalam keputusan mereka.Termasuklah dengan cara menjelma sebagai ahli sidang didalam satu-satu persidangan atau mesyuarat dan akan mengeluarkan kata-kata pembohongan kearah perkara yang Allah murka. 5) Zalnabur: Tugasnya dipasar-pasar atau kedai dengan mengajak

manusia supaya melakukan penipuan dalam timbangan,berbantah-bantah,bertikam lidah,bertumbuk dan akhirnya membawa kepada pembunuhan-biasanya berada pada perempuan.

6) Nama /Gelaran

Khinzab: Tugasnya ialah mewas-waskan gerak kerja manusia.

Mengikut sebutan biasa Yang melakukan kejahatan Yang lebih jahat lagi Yang lebih jahat juga

- dinamakan Jin. - dinamakan Syaitan. - dinamakan Marid. - dinamakan Ifrit. - dinamakan A`mmar.

Yang suka tinggal dikediaman manusia

Yang suka mengusik kanak-kanak - dinamakan Arwah. Tempat Tinggal: Sebagaimana manusia,Jin dan Syaitan juga mempunyai tempat tinggal dan kampung halaman. Antara tempat-tempat yang menjadi tumpuan golongan ini ialah: a) b) c) d) e) f) g) h) i) j) k) Tempat usang atau binaan-binaan yang tidak didiami. Tempat-tempat najis seperti tandas,tempat pembuangan sampah sarap dan kubur. Kubur yang dipuja. Pasar-pasar. Sahara /padang pasir. Rekahan-rekahan dan lubang-lubang ditanah. Kandang-kandang unta dan lembu. Tempat-tempat gelap. Bukit-bukit - Jin Bunian. Diatas air - terdapat istana Jin. Dirumah-rumah manusia.

Secara ringkasnya, makhluk ini tinggal disemua tempat yang ada dibumi ini malah lebih ramai lagi daripada manusia, ini jelas diketahui jika kita melihat bahawa manusia hanya tinggal didaratan yang hanya 28% berbanding keluasan lautan seluas 72% bumi. Perlu diketahui juga, bukan semua golongan jin itu tinggal ditempat kotor tetapi yang kafir sahaja sementara yang islam dan baik tinggal ditempat yang cuci dan wangi-wangian. Adakah Jin Makan Dan Minum?.

Ada tiga pendapat dalam masalah ini:1- Semua jin tidak makan dan minum. 2- Golongan yang setengahnya makan dan minum dan setengahnya lagi tidak makan dan minum 3- Semuanya makan dan minum. Pendapat ini khilaf dalam masalah cara makan. Ada yang mengatakan dengan cara hidu dan yang mengatakan dengan cara kunyah dan telan seperti manusia. Makanan. Diantara makanan yang dimakan oleh golongan jin ialah najis binatang dan tulang. Ini jelas kita ketahui berdasarkan daripada hadis-hadis Rasullah SAW. yang mana diantaranya ketika apabila sekumpulan jin datang bertemu baginda mananyakan tentang barang yang menjadi makanan mereka:-

‫عن ابى هريرة رضى الله عنه: انه كان يحمل مع النبى)ص( اداوة‬ .‫لوضوئه وحاجته فقلت ما بال العظم والروثة؟ قال: هما من طعام الجن‬ ‫ونعم الجن فسالونى الزاد فدعوت الله لهم‬ ‫وانه اثآنى وفد جن نصينين‬ ‫ان ل يمروا بعظم ول روثة ال واجدوا عليها طعاما. - صحيح البخارى‬
Takhta Iblis. Takhta atau arasy yang dimiliki oleh iblis ialah dilautan sebagaimana yang diriwayatkan oleh Iman Ahmad Bin Jabir, Rasulullah bersabda:-

‫ان ابليس يضع عرشه على المأ ثم يبعث سراياه فادناهم عن منزل‬ ‫اعظمهم فتنة...الخ‬
Tempat Majlis Syaitan. Diantara tempat yang menjadi kegemaran dan kesukaan jin dan syaitan ialah tempat diantara bayang dan cahaya matahari. Kerana inilah adanya tegahan daripada duduk diantara dua tempat itu. Waktu Beroperasi:

Waktu yang paling banyak digemari yang menjadi kebiasaan bagi syaitan itu beroperasi serta berkeliaran ialah diwaktu senja dan malam, ini disebut oleh Rasulullah didalam hadis yang berbunyi:-

‫ان رسول الله )ص( قال: اذا كان جنح اليل أو امسيتم فكفوا‬ ‫صبيانكم, فان الشيطان تنتشر حينئذ, فاذا ذهب ساعة من اليل فحلوهم‬ - .‫واغلقوا البواب واذكروا اسم الله فان الشيطان ل يفتح بابا مغلقا‬ ‫رواه البخارى‬
Tujuan Besar Syaitan. Matlamat utama syaitan memerangi manusia ialah untuk:1- Membawa manusia kepada kufur, syirik dan memerangi Allah Ta`ala. 2- Membawa manusia kepada perkara bida`ah, fasik dan maksiat. 3- Membawa manusia kepada melakukan dosa samada kecil atau besar. 4- Menyekat manusia melakukan ketaatan kepada Allah Ta`ala. Ini adalah tugas yang paling rendah. Perkahwinan. Golongan jin dan makhluk halus ini juga hidup dalam keadaan berkeluarga iaitu mereka turut berkahwin dan beranak pinak. Ini berdalilkan kepada ayat yang menunjukan mereka juga mengetahui proses yang melibatkan perkahwinan:-

56 ‫قال تعالى: لم يطمثهن انس قبلهم ول جان - الرحمن‬
Ramai Ulama` yang telah mentafsirkan kalimah ( (‫ طمث‬dengan tiga wajah:- ada yang mengertikan dengan jima`, pergaulan secara langsung dan hamil. Antara lainya:-

‫قال تعالى: افتتخذونه وذريته أولياء من دونى وهم لكم عدو - الكهف‬ 50 ‫قال تعالى: فسبحان الذى خلق الزواج كلها مما تنبت الرض ومن‬ 35 ‫انفسهم وممال يعلمون- يس‬
Perkahwinan atau peniduran jin terhadap manusia bolehlah kita golongkan dalam tiga keadaan:-

- Keadaan yang pertama: paling bahaya. Ia menjelmakan dirinya yang bertubuh badan seperti manusia biasa dan melakukan hubungan jenis. Cara ini adalah cara yang paling bahaya kepada manusia yang menjadi mangsanya. - Keadaan yang kedua: Ia melakukan hubungan tanpa menjelmakan tubuh badan tapi dapat dirasakan oleh mangsa sebagaimana yang realiti walaupun tidak dapat dilihat. Biasanya ini berlaku diantara waktu sedar dan lena. - Keadaan yang ketiga: Ia melakukan hubungan melalui mimpi yang diluar kebiasaan mangsa seperti berlalu berturut- turut atau perkarayang sama. Samada bagi lelaki ataupun perempuan. Biasanya ini berlaku pada waktu diantara lena dan hampir jaga. Bolehkah Jin Mengahwini Manusia: Kita pernah mendengar dan terbaca bahawa ada cerita yang mengatakan bahawa ada dikalangan kita manusia yang berkahwin atau dikahwini oleh makhluk halus samada salah seorang daripada pasangan itu menyedari ataupun tidak, dikerasi atau sebaliknya. Sebenarnya perkara ini merupakan perkara yang tidak mustahil berlaku kerana antara keduanya tidak jauh berbeza cuma yang ketara ialah dari segi dapat dilihat atau tidak. Konsep kehidupan dan pengibadahan juga adalah setanding dengan samasama memikul amanah yang ditaklifkan oleh Allah Ta`ala. Pendapat ini turut disebut dan disokong oleh Iman Ibnu Taimiah.:

64 ‫قال تعالى: وشاركهم فى الموال والولد - السراء‬
Sekiranya berlaku persetubuhan dengan makhluk jin maka tidak mustahil juga akan berlaku kehamilan dan kandungan biasa samada dipihak manusia ataupun jin sendiri cuma yamg menjadi masalahnya ialah kepada siapakah akan dinasabkan anak tersebut. Namun begitu, ada juga yang berpendapat bahawa walaupun berlaku percampuran benih tetapi benih tersebut tidak akan bersenyawa disebabkan oleh perbezaan jenis. Apakah Perkahwinan Itu Disyariatkan. Pada dasarnya perkahwinan diantara dua golongan itu adalah merupakan perkara yang mungkin. Tetapi di sana terdapat banyak dan berbagai- bagai pendapat

yang mengatakan perbuatan itu tidak elok dan akan menimbulkan suatu fitnah yang besar kepada individu dan masyarakat itu sendiri. Dikalangan Ulama` Syafieah itu sendiri, juga khilaf tetapi kebanyakkannnya dan pendapat yang terkuat adalah boleh. Namun begitu, Ulama` menghukum ianya makruh kerana ada riwayat yang menegah perbuatan mengahwini golongan jin walaupun hadis tersebut berada diperingkat mursal. Contohnya:-

‫عن الزهرى قال: نهى رسول الله )ص( عن نكاح الحن‬
Tegahan yang dibuat itu juga menunjukan bahawa perkara itu boleh berlaku, kalau tidak mengapakah ianya dikatakan makruh. Sebenarnya itu adalah untuk menyekatnya daripada terus berlaku dikalangan manusia sehingga akhirnya dapat memecah belahkan keharmonian dan keadaan. Lantaran itu, tidak hairanlah jika di sana ada sesetengah Ulama` yang mengatakan haram kerana menyalahi perintah Allah dengan berdalilkan kepada ayat yang berbunyi:-

‫قال تعالى: ومن اياته ان خلق لكم من انفسكم ازواجا لتسكنوا اليها وجعل بينكم‬ 21 ‫مودة ورحمة - الروم‬
Ayat ini menunjukan bahawa Allah menjadikan manusia ini adalah untuk berpasangan sesama mereka bukan dengan golongan lain untuk mengecapi nikmat kasih sayang. Bagi pendapat Syafie makruh berkahwin dengan jin bagi lelaki tetapi bagi perempuan ia adalah haram.

Adakah Wajib Mandi Jika Disetubuhi Oleh Jin?. Mengikut sesetengah pendapat Hanafiah dan setengah Hanabilah: tidak wajib bagi perempuan yang ditiduri oleh jin walaupun ia merasakan seperti ditiduri oleh suaminya sendiri. Bagi Syafieah wajib mandi sekiranya berlaku inzal. Tanda- Tanda Ganguan( Sentuhan). Tanda- tanda tersebut boleh kita bahagikan kepada dua ketegori, ketika jaga dan ketika tidur:

1- Ketika jaga termasuklah: i. ii. iii. iv. v. vi. vii.
viii.

Sakit kepala atau pening yang berpanjangan dan ianya bukan disebabkan oleh sakit mata, gigi, hidung dan sebagainya. Terhalang iaitu daripada dapat berzikir, sembahayang atau lain perkara kebajikan ibadah. Selalu mengelamun tanpa dipinta. Berasa malas dan jemu dalam pergerakan badan. Merasa sakit- sakit pada angota badan yang tidak dapat dikesan oleh Doktor atau alat canggih. Meracau dalam berbagai bentuk. Dapat melihat benda-benda aneh. Bercakap tanpa apa-apa motif atau tujuan.

2- Ketika tidur atau ditempatnya termasuklah: a. b. c. Payah untuk melelapkan mata sehingga menjadi kerusingan. Ia dinamakan Al- Araq (‫)الرق‬ Pening atau pusing kepala yang disebabkan banyak berjaga malam. Ia dinamakan Al- qalq ‫) )القلق‬ Melihat didalam mimpi atau tidurnya suatu yang menekan perasaan dan dalam masa yang sama dia cuba untuk melepaskan dirinya atau meminta tolong tetapi tak berdaya. Boleh dikatakan dengan tindihan ini dinamakan. Al- kawabis ‫) )الكوابيس‬ d. e. Mengalami mimpi yang mengejutkan. Bermimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, singa, musang, tikus dan sebagainya yang boleh dikaitkan dengan makhluk halus. f. g. h. i. j. k. l. Mengacing gigi taring dalam tidur. Mengeluh-ngeluh dalam tidur. Berjalan dalam keadaan tidur tanpa disedari. Bermimpi seolah- olah jatuh dari tempat tinggi. Bermimpi dirinya berada dikubur, tempat perbuangan sampah atau dijalan- jalan kotor Bermimpi melihat orang yang terlalu tinggi atau rendah atau manusia yang berwarna hitam legam. Bermimpi dipaksa makan benda haram.

Jenis- Jenis Sentuhan: Sentuhan atau gangguan jin dan syaitan itu terbahagi kepada empat jenis: 1- ( ‫ ) :)مس كلى‬Sentuhan jin terhadap keseluruhan badan manusia. 2- ( (‫ :)مس جزئى‬Sentuhan jin yang melibatkan anggota-anggota tertentu seperti lidah,tangan, dan sebagainya. 3- ( (‫:)مس دائم‬Sentuhan jin yang berpanjangan atau lama dalam badan manusia. 4- ( ‫) :)مس طائف‬Sentuhan jin yang melibatkan masa yang singkat atau beberapa minit sahaja seperti kawabis atau disifatkan sebagai tindihan. Sebab- Sebab Dirasuk Jin. Setiap yang berlaku itu tidak asing daripada sebab dan musababnya. Begitu juga disana banyak sebab yang boleh memberikan peluang kepada jin dan syaitan merasuk badan manusia samada sedar atau tidak. Antaranya:1 -Kezaliman atau kesalah manusia terhadap golongan mereka sendiri seperti mencurahkan air panas, merosakan tempat tinggal mereka dan sebagainya. 2 -Mempunyai perasaan yang sangat takut. 4 -Terlalu melayan nafsu syahwat. 5 -Pelupa atau nyayuk yang amat. 6 -Keasyikan jin itu sendiri kepada manusia yang ia ingini. 7 -Sifat nakal jin itu sendiri. 8 -Dengki kepada manusia kerana rahmat Allah. 9 -Sesetengah jin itu memusuhi manusia. Bagaimana Cara Jin Memasuki Badan Manusia. Jin adalah merupakan satu makhluk halus dan diumpamakan seperti angin sementara badan manusia pula ialah seperti tempat- tempat rongga yang boleh dimasuki oleh sesuatu. Oleh yang demikian, keadaan tersebut memungkinkan jin memasuki manamana tempat ruang yang ada didalam tubuh manusia. Dalilnya:3 -Sangat marah.

15 ‫قال تعالى: وخلق الجان من مارج من النار - الرحمن‬
Mengikut Ibnu Abbas, Ianya dicipta daripada hujung pucuk api iaitu hawa yang paling panas yang keluar daripada api ( secara fatamorgana) ketika mana jin

memasuki badan manusia ia secara langsung akan menuju ke otak dan dari sinilah ia akan mampu memberi kesan kepada anggota- anggota yang berpusat diotak. Berkaitan dengan ini, sesungguhnya kajian doktor telah mengesahkan bahawa mangsa rasukan itu terdapat kesan-kesan aliran ganjil yang terdapat diurat saraf. Perkara ini juga dijelaskan oleh pengarang kitab “ ‫ ”وقاية النسان من الجن والشيطان‬Iaitu Wahid Abdul Salam Bali. Kadar Masa Kehidupan Jin. Untuk menentukan kadar jangkamasa kehidupan dan umur bagi satu-satu golongan jin atau syaitan, para Ulama` tidak dapat menetapkan secara tepat atau berpandukan kepada ghalibnya. Tetapi bagi iblis yang di laknati oleh Allah ia akan kekal sehingga ke akhir kiamat sebagaimana digambarkan oleh Allah dalam surah Al- A`raf ayat yang ke14 atau 15. Adapun yang selain daripada iblis juga tidak dapat diketahui melainkan yang pentingnya mereka telah menjalani kehidupan dibumi ini sebelum Nabi Adam lagi dan mereka mempunyai kadar umur yang panjang. Kematian. Menyentuh soal kematian maka tidak syak bahawa semua yamg dijadikan hidup diatas dunia ini pasti akan merasai kematian termasuklah jin dan syaitan kerana mereka juga termasuk di dalam ayat Allah Ta`ala yang berbunyi:-

26 ‫قال تعالى: كل من عليها فان, ويبقى وجه ربك ذوالجلل والكرام - الرحمن‬
Ini disebut juga didalam Sahih Bukhari yang berbunyi:-

‫عن ابن عباس رضى الله عنه: ان النبى)ص( كان يقول: اعوذ بعزتك الذى لاله ال‬ ‫انت الذى ليموت والجن والنس يموتون‬
Apakah Jin Juga Diazab Dengan Api?. Ada juga terdapat setengah golongan yang keliru dan berpendapat bahawa jin tidak akan diseksa dengan api kerana medan penciptaanya juga adalah daripada api. Itu adalah tidak mungkin. Kita menjawab Ya!! sebagaimana manusia, jin juga akan diazab dengan api neraka kelak walaupun dengan bahan asal kejadiannya, antara dalillnya:-

- ‫قال تعالى: قال ادخلوا فى امم قد خلت من قبلكم من الجن والنس فى النار‬ ‫العراف‬

119 ‫وتمت كلمة ربك للملن جهنم من الجنةوالناس اجمعين -هود‬ 94,95 ‫فكبكبوا فيها هم الغاوون. وجنود ابليس اجمعين - الشعراء‬
Pengakuan daripada golongan jin sendiri dalam surah jin ayat 14 dan 15. Kita manusia yang berasal daripada tanah dan apakah kita tidak terasa

sekiranya diazab dengan tanah begitu juga api dengan api.Semuanya berada dalam kuasa dan kehendak Allah Ta`ala. Rawatan Gangguan Makhluk Halus. Dalam islam berubat adalah di izinkan kerana ia dianggap sebagai satu ikhtiar. Di mana institusi perawat adalah golongan yang berusaha menyembuhkan penyakit dan tidak mempunyai kuasa penyembuh. Kuasa penyembuh yang sebenarnya adalah Allah SWT. Apabila Allah SWT. menghendaki suatu penyakit itu sembuh maka Allah akan menurunkan keserasian kepada ubat- ubat tertentu kepada hambanya. Skop Bidang Perubatan Islam. Sumber- sumber perubatan islam adalah luas dan merangkumi:1- Tibb Nabawi 2- Jampi- jampi daripada Al Qur`an dan hadis- hadis serta doa- doa yang telah dihimpunkan oleh Salafus Soleh dan para Aulia`. 3- Penggunaan herba-herba, tanaman serta binatang-binatang tertentu yang mempunyai khasiat-khasiat yang tersendiri. 4- Pemahaman kaedah-kaedah dan petua- petua yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Penggunaan Jin Dan Khadam. Terdapat perawat-perawat yang menyeru nama-nama jin tertentu yang disebut sebagai khadam. Biasanya golongan ini mengamalkan ilmu hitam. Ketika seorang perawat menggunakan ayat-ayat suci Al-Qur`an dalam rawatan pula, ayat-ayat suci itu yang menjadi mukjizat Rasulullah SAW. Menjadi pengusir kepada jin- jin yang menggangu. Rawatan seperti itu tidaklah bererti perawat tersebut menggunakan jin dalam perubatannya. Didalam Al-Qur`an, Allah Ta`ala menceritakan bahawa Rasul- Rasul juga dituduh menggunakan jin didalam berdakwah. Sedangkan tuduhan tersebut adalah

bertujuan untuk meliarkan masyarakat yang ada terhadap para Rasul dan dakwah mereka sebagaimana firman Allah Ta`ala dalam surah Al-Saff ayat 6. Bentuk- Bentuk Gangguan Syaitan Dan Sihir Serta Cara Rawatan. Segala apa yang dinyatakan disini hanyalah merupakan sebahagian daripada bentuk- bentuk gangguan syaitan atau sihir. Kadang kala perkara tersebut terjadi dengan sebab permainan sihir orang yang mensyirikkan Allah SWT. Dan ada kalanya ia berlaku oleh gangguan syaitan itu sendiri tanpa disuruh oleh ahli- ahli sihir yang hina dina itu. 1 -Rasukan syaitan. Ini berlaku dengan sebab syaitan yang masuk kedalam badan manusia dan menguasai seluruh gerak geri dan pemikiran. Ini dinamakan Takhabbut ( ‫)تخبط‬ Cara rawatan:Langkah pertama:-

‫الفاتحة‬ ‫صلوات على النبى‬ ‫سلم على النبياء‬ ‫سلم على الملئكة‬ ‫دعاء الهيكل‬ ‫بسم الله الرحمن الرحيم‬ ‫اعيذ نفسى بالله العلى العظيم, الله لاله ال هوالحى القيوم, لتأخذه سنة ول نوم, له‬ ‫ما فى السموات وما فى الرض, من ذاالذى يشفع عنده ال باذنه, يعلم ما بين ايديهم‬ ‫وما خلفهم ول يحيطون بشىء من علمه ال بماشاء وسع كرسيه السموات والرض ول‬ ‫يؤده حفظهما وهو العلى العظيم‬ ‫بسم الله الرمن الرحيم‬

‫اعيذ نفسى بالله العلى العظيم, اذ قالت امرات عمران رب انى نذرت لك ما فى‬ ‫بطنى محررا فتقبل منى انك انت السميع العليم. سنة من قد ارسلنا قبلك من رسلنا‬ ‫ولتجد لسنتنا تحويل. اقم الصلوة لدلوك الشمس الى غسق الليل وقرآن الفجر ان‬ ‫قرآنالفجر كان مشهودا. ومن الليل فتهجد به نافلة لك عسى ان يبعثك ربك مقاما‬ ‫محمودا. وقل رب ادخلنى مدخل صدق واخرجنى مخرج صدق واجعل لى من لدنك‬ ‫سلطانا نصيرا‬ ‫بسم الله الرمن الرحيم‬ ‫اعيذ نفسى بالله العلى العظيم, امن الرسول بما انزل اليه من ربه والمؤمنون كل‬ ‫آمن بالله وملئكته وكتبه ورسله ل انفرق بين احد من رسله وقالوا سمعنا واطعنا‬ ‫غفرانك ربنا واليك المصير. ليكلف الله نفسا ال وسعها لها ما كسبت وعليها ما‬ ‫اكتسبت ربنا ل تواءخذنا ان نسيينا او اخطأنا ربنا ول تحمل علينا اصرا كما حملته‬ ‫على الذين من قبلنا ربنا ول تحملنا ما ل طاقة لنا به واعف عنا واغقرلنا وارحمنا‬ ‫انت مولنا فانصرنا علي القوم الكفرين‬ ‫بسم الله الرحمن الرحيم‬ ‫اعيذ نفسى بالله العلى العظيم, وقل جاء الحق وزهق الباطل ان الباطل كان زهوقا‬ ‫وننزل من القرآن ما هو شفاء ورحمة للمؤمنين, وليزيد الظلمين ال خسارا, واذا‬ ‫انعمنا على النسان اعرض ونابجانبه, واذا مسه اشر كان يؤسا, قل كل يعمل على‬ ‫شاكلته فربكم اعلم بمن هو اهدى سبيل, ويسئلونك عن الروح قل الروح من امر ربى‬ ‫وما اوتيتم من العلم ال قليل‬ ‫بسم الله الرحمن الرحيم‬ ‫اعيذ نفسى بالله العلى العظيم, قال رب انى وهن العظم منى واشتعل الراءس شيبا‬ ‫ولم اكن بدعائك رب شقيا, وانى خفت الموالى من ورائى وكانت امراتى عاقرا فهب‬ ‫لي من لدنك وليا, يرثنى ويرث من ال يعقوب واجعله رب رضيا, لقد صدق الله رسوله‬

‫الرؤيا بالحق, لتدخلن المسجد الحرام ان شاء الله امنين. محلقين رؤسكم ومقصرين‬ ‫لتخافون فعلم ما لم تعلموا فجعل من دون ذلك فتحا قريبا‬

‫بسم الله الرحمن الرحيم‬ ‫اعيذ نفسى بالله العلى العظيم, قل اوحي الى انه استمع نفر من الجن فقالوا انا‬ ‫سمعنا قرآنا عجبا, يهدى الى الرشد فامنا به ولن نشرك لربنا احدا, وانه تعالى جد ربنا‬ ‫ما اتخذ صاحبة ول ولدا وانه كان يقول سفيهنا على الله شططا‬ ‫بسم الله الرحمن الرحيم‬ ‫اعيذ نفسى بالله العلى العظيم, وان يكاد الذين كفروا ليزلقونك بابصارهم لما‬ ‫سمعوا الذكر ويقولون انه لمجنون وما هو ال ذكر للعلمين‬

‫اية سريبو دينار‬ ‫بسم الله الرحمن الرحيم‬ ‫ومن يتق الله يجعل له مخرجا ويرزقه من حيث ل يحتسب ومن يتوكل على الله فهو‬ ‫حسبه ان الله بالغ امره قد جعل الله لكل شىء قدرا‬ ‫سورة‬ ‫يس اية 36 دان 28‬ ‫بسم الله الرحمن الرحيم‬ ‫هذه جهنم التى كنتم توعدون انما امره اذا اراد شئا ان يقول له كن فيكون‬
‫‪Langkah kedua‬‬

‫بسم الله الرحمن الرحيم‬ ‫بسم الله توكلت على الله‬ ‫بسم الله ماشاء الله‬

‫بسم الله انشاء الله‬ ‫بسم الله ل حول ول قوة ال بالله العلى العطيم‬ 87 ‫سورة النبياء اية‬ ‫بسم الله الرحمن الرحيم‬ ‫لاله ال انت سبحانك انى كنت من الظلمين‬
Histeria Pakar- pakar psikologi menafikan histeria itu berpunca daripada gangguan syaitan. Tetapi bagi kita yang beriman dengan Allah dan Rasul setelah dibuat kajian didapati perkara- perkara ganjil yang berlaku keatas pengidap histeria itu tidak lain dan tidak bukan ialah berpunca dari gangguan jin. Misalnya ramai pengidap histeria menjeritmenjerit ketakutan kerana dia melihat orang-orang lain disekelilingnya berwajah dengan rupa yang menakutkan dan sebagainya. Dalam bahasa arab juga dinamakan histeria. Rawatan Dibaca Pada Pesakit.

‫الفاتحة‬ ‫كلمة التامة‬ ‫اعوذ بوجه الله الكريم وبكلمات الله التامات التى ليجاوزهن ول فاجر‬ ‫من شرما ينزل من السماء ومن شرما يخرج فيها ومن شرما ذرأ فى‬ ‫الرض ومن شرما يخرج منها ومن فتن الليل والنهار ومن طوارق الليل‬ ‫والنهار ال طارق يطرق بخير يا رحمن‬

82 ‫سورة يس اية‬ ‫بسم الله الرحمن الرحيم‬ ‫انما امره اذا اراد سيئا ان يقول له كن فيكون‬ ‫سورة الكافرون‬ ‫سورة الخلص‬ ‫سورة الفلق‬

‫سورة الناس‬

Kita hanya berikhtiar sekadar yang termampu, hanya kepada Allah tempat memohon pertolongan Was-Was. Ia terbahagi kepada dua iaitu was-was dalam akidah dan was-was dalam amal ibadat dengan pelbagai persoalan secontoh bagi orang yang was-was dalam akidah ialah syaitan membisikan kepadanya bagaimana rupa Allah? dimana Allah? mana mungkin Allah tiada permulaan? dan sebagainya. Manakala orang yang was-was dalam ibadatnya sentiasa ragu-ragu dan syak terhadap kesempurnaan dan kesohihan ibadatnya. Ia berwuduk berulang-ulang kali, mandi wajib berjam-jam, mengulang -ulang takbir ketika solat, mengulang-ulang menyebut kalimah-kalimah tertentu dalam bacaan solat dan lainlain. Ubat yang paling mujarab untuk mengubati penyakit was-was ini ialah dengan memperbanyakan membaca Al-Quran, mendalami ilmu agama terutamanya Feqah dan Tauhid serta menbentengi diri dengan zikir-zikir pertahanan serta setiasa berada dalam keadaan berwuduk Orang yang was-was ini memerlukan kepada seorang penasihat yang sabar, tabah dan penyayang serta tekun mengikuti perkembangan diri, ia tidak memerlukan sama sekali kepada orang yang mencerca dan memperbodohkan dirinya sekalipun dia seorang Ustaz dan sebagainya. Penyakit was-was ini ada banyak peringkat. Ada yang ringan, sederhana dan serius. Ia dinamakan dengan was-wasah, was-was, was-was. Syaitan bagi penyakit ini juga dinamakan Was-was sebagaimana yang sabiti didalam surah An` Nass. Rawatan: 1- Membaca surah Al-Fatihah 2- Membaca surah An` Nass 3- Membaca ayat “ Tujuh”

‫بسم الله الرحمن الرحيم‬

‫التوبة‬

‫قل لن يصيبنا ال ما كتب الله لنا هو مولنا وعلى الله فليتوكل المؤمنين -‬ ‫15‬

‫وان يمسسك الله بضر فل كاشف له الهو, وان يردك بخير فل راد لفضله يصيب به‬ ‫من يشاء من عباده وهو الغفور الرحيم - سورة يونس 701‬ ‫وما من دآبة فى الرض ال علىالله رزقها ويعلممستقرها ومستودعها كل فى كتاب‬ ‫مبين - هود 6‬ ‫انى توكلت علىالله ربى وربكم ما من دآبة ال هو آخذ بناصيتها ان ربى على صراط‬ ‫مسنقيم - سورة هود 65‬ ‫وكأين من دآبة ل تحمل رزقها الله يرزقها واياكم وهو السميع العليم - سورة العنكبوت‬ ‫06‬ ‫ما يفتح الله للناس من رحمة فل ممسك لها وما يمسك فل مرسل له من بعده وهو‬ ‫العزيز الحكيم - سورة فاطر 2‬ ‫ولئن سئلتهم من خلق السموات والرض ليقولن الله قل افرايتم ما تدعون من دون‬ ‫الله ان ارادنى الله بضر هل هن كاشفات ضره او ارادنى برحمة هل هن ممسكات‬ ‫رحمته قل حسبى الله عليه يتوكل المتوكلون - الزمر 83‬

‫.‪Jin Mencintai Manusia‬‬ ‫‪Kerap kedengaran tentang manusia yang berkahwin dengan orang bunian‬‬ ‫‪sebelum terjadinya perkahwinan, si fulan atau si fulanah ini selalu bermimpi atau melihat‬‬ ‫‪ketika jaga seorang wanita yang sangat menawan dan cantik atau seorang yang sangat‬‬ ‫‪kacak dan sebagainya. Jika si fulan atau si fulanah ini tidak sukakan dirinya, ia akan‬‬ ‫‪diganggu dengan berbagai jenis gangguan seperti mimpi yang menakutkan, hantu-hantu‬‬ ‫‪yang datang mengacau diwaktu malam dan sebagainya. Ia dinamakan “ Isyqul Jin Lil‬‬ ‫)عشق الجن للنس (”`‪Ins‬‬

Rawatan:1234Surah Al-Fatihah Doa ( ‫ )هيكل‬seperti yang lepas. Ayat Tujuh seperti yang lepas Surah Al- Khafirun

Surah Al- Ikhlas Surah Al- Falaq Surah An` Nass. Masalah lain pula ialah seorang suami yang bersyahwat apabila ingin menyetubuhi isterinya alat kelaminnya menjadi kendur. Oleh itu, satu persengamaan diantara suami dan isteri tidak dapat dilakukan. Walau bagaimanapun, jika ia memandang kepada perkara-perkara lain yang menaikan syahwatnya seperti gambar-gambar dan filem-filem lucah, wanita- wanita selain isterinya yang mendedahkan bahagian yang sensitif dan sebagainya maka alat kelaminnya boleh menegang semula secara normal. Ia dinamakan Rabat( ‫ )ربط‬atau Aqad(‫ )عقد‬ia berbeza dari lemah syahwat kerana orang yang lemah syahwat secara tabie`nya syahwatnya memang dingin dan lemah. Kepada perempuan pula Rabat itu terbahagi kepada empat:1 - ‫-: ربط المنع‬Keadaan ini membuatkan paha si perempuan tidak dapat dibuka dan seakan menjadi bertangkup. 2 - ‫-: ربط التبلد‬Ialah sihir yang di hantarkan kepada perempuan untuk mempengaruhi otak dan pemikiran sewaktu bersetubuh sehingga ia tidak dapat merasai nikmat yang ada dan seolah-olah tidak ada apa- apa yang berlaku. 3 - ‫-: ربط النسداد‬Iaitu terasa seperti ada sesuatu yang menghalang daripada melakukan hubungan jenis. 4 - ‫-: ربط التغوير‬Iaitu terasa atau mendapai seolah-olah pasangannya tidak mempunyai alat kelamin ketika ingian bersetubuh. Rawatan: 1- Surah Al- Fatihah2 -Kalimah Tammah( ‫ )التامة‬yang telah lepas 3 -Doa Haikal( ‫ )هيكل‬Yang telah lepas 5 -Surah Al- Fiil 6 -Surah Al- Khafirun 4 -Surah Al- Qadar

Surah Al- Ikhlas Surah Al- Falaq Surah An` Nass. Bayi Menangis Malam. Sering kita temui anak kecil yang menangis malam secara berlarutan. Adakalanya tangisannya itu luar dari kebiasaanya. Ini disebabkan bayi tersebut dapat melihat apa yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar kita. Rawatan: 1 -Ayat kursi dibaca dan ditiup pada telingga kanan kanak-kanak tersebut beberapa kali 2 -Ayat seribu dinar seperti yang telah lepas dibaca dan ditiup pada telinga kiri beberapa kali. 3 -Ayat dari surah yassin ayat 63 dibaca dan ditiup beberapa kali dikepala bayi itu. Orang Mati Yang Dimasuki Pemeliharaan( jin) Kita mungkin pernah temui atau mendengar orang yang telah mati tapi masih berkeadaan seperti orang yang masih hidup dan masih makan minum seperti biasa malah lebih banyak daripada kebiasaannya. Keadaan ini berlaku sekiranya orang tersebut menpunyai peliharaan ( Jin) semasa hidupnya sebagai penjaga dirinya, harta dan keluarganya. Rawatan Kepada Si mati. 1- Surah Al- Fatihah2- Ayat 41 surah Al- An`am Yunus 4- Ayat Lima:3- Ayat 81 surah

‫بسم الله الرحمن الرحيم‬ ‫الم ترالى الملمن بنى اسرائيل من بعد موسى اذقالوا لنبى لهم ابعث لنا ملكا‬ ‫نقاتل فىسبيل الله قال هل عسيتم ان كتب عليكم القتال ان ل تقاتلوا قالوا وما لنا ان‬ ‫ل نقاتل فى سبيل الله وقد اخرجنا من ديارنا وابنائنا فلما كتب عليهم القتال تولو ال‬ 246 ‫قليل منهم والله عليم بالظالمين - البقرة‬

‫لقد سمع الله قول الذين قالوا ان الله فقير ونحن اغنياء سنكتب ما قالوا وقتلهم‬ ‫النبياء بغير حق ونقول ذوقوا عذاب الحريق - ال عمران 181‬ ‫الم ترالى الذين قيل لهم كفوا ايديكم واقيموا اللصلوة واتوا الزكوة فلما كتب عليهم‬ ‫القتال اذا فريق منهم يخشون الناس كخشية الله او اشد خشية وقالوا ربنا لم كتبت‬ ‫علينا القتال لول اخرتنا الى اجل قريب قل متاع الدنيا قليل والخرة خير لمن اتقى ول‬ ‫تظلمون فتيل - النساء 77‬ ‫واتل عليهم نباء ابنى آدم بالحق اذ قربا قربانا فتقبل من احدهما ولم يثقبل من الخر‬ ‫قال للقتلنك قال انما يتقبل الله من المتقين - المائدة 72‬ ‫بسم الله الرحمن الرحيم‬ ‫قل من رب السموات والرض قل لله قل افتخذتم من دونه اولياء ل يملكون‬ ‫لنفسهم نفعاولضرا قل هل يستوى العمى والبصيرام هل تستوى الظلمات والنور.‬ ‫فتشابه الخلق عليهم قل الله‬ ‫الرعد 61‬ ‫ام جعلوا لله شركاء خلقوا كخلقه‬ ‫خالق كل شىء وهو الواحد القهار -‬

‫‪RUJUKAN‬‬

‫@حوار صحفى مع جنى المسام “مصطفى كنجور” - محمد عيسى‬ ‫@عالم الجن اسراره ونفاياه‬

‫@القرآن الكريم‬ ‫داو‬

‫@وقاية النسان من الجن والشيطان - وحيد عبد السلم بالى‬

‫@ عالم الجن والشيطان - عمر سليمن الشقر‬ ‫الشيخ مدحة عاطف‬

‫مصطفى عاشور @ الدليل والبرهان على بطلن اعراض المس ومحاورةالجان -‬‫@ اخر الكلم فى اخراج الجن بالقرآن - محمد المفاورى‬ ‫@ التعاوىذ - محمد ابراهيم ساليم‬ ‫@ دليل المعالجين بالقرآن‬ ‫@ الندواى بالقرآن والشتشفاء بالرقى‬

‫@ البيان المبين فى اخبار الجن والشيطان - ابن تيمية‬

‫الكريم - رياض محمد سماحة @غرائب وعجائبالجن - ابرهيم محمد الجمل‬

- ‫@ العلج الربانى للسحر‬

‫@ الشيطان فى ظلل القرآن - عكاشة عبد المنان‬ ‫مجدى محمد الشهاوى‬ ‫العارف‬ ‫@ لقط المرجان فيما يتعلق بالجن‬

‫@ اسرار وغرائب عالم الجن - عادل عزة محمد‬

PATAH TULANG Patah tulang boleh berlaku bila-bila masa dan pada sesiapa saja baik kanakkanak atau orang dewasa dan patah ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:1 -Patah terbuka 2 -Patah tertutup Daripada dua jenis ini patah tertutupkurang bahaya kerana tidak menyebabkan luka pada bahagian tulang yang patah manakala patah terbuka yang menyebabkan luka mudah dijangkiti kuman. Ianya berpunca daripada terjatuh, kemalangan, kecederaan, bermain bola dan sebagainya. Bagi megenal pasti tulang itu patah ataupun tidak, boleh dikesan terhadap pesakit itu dengan beberapa keadaan:1 -Bengkak pada bahagian yang patah 2 -Merasa sakit dibahagian yang patah serta sukar untuk mengerakkannya 3 -Luka yang jelas kelihatan pada tulang yang patah terbuka Rawatan Rawatan terhadap pesakit patah terbahagi kepada dua bahagian iaitu moden dan tradisional. Bagi rawatan moden pesakit patah akan menjalani pemeriksaan X-ray bagi mengenal pasti sejauh manakah seriusnya patah pada tulangnya. Jika didapati patahnya serius bahagian ini akan disimen dan sekiranya tulang itu patah terbuka doktor akan melakukan pembedahan dengan memasukan logam untuk menstabilkan kedudukan tulang. Manakala rawatan tradisional pula bahagian tulang yang patah tadi akan dimasukkan mengikut keadaan patahnya kemudian bahagian yang patah tadi akan dibalut dengan alat-alat atau ubat-ubat kampung seperti telur ( putih telur ), bawang putih, bawang merah, lada hitam, pembalut besar dan batang kayu. Semua bahan diatas akan ditumbuk sehingga lumat dan dimasukkan ke dalamnya putih telur, selepas itu dilumurkan bahagian yang patah itu beserta dibalut dengan kain pembalut besar bersama batang kayu. Balutan ini akan dibuka pada waktu yang ditetapkan oleh perawat itu.

Kebiasaanya pesakit patah akan mengambil masa selama 1 bulan untuk kembali sembuh seperti asalnya berbanding kanak-kanak, ianya mengambil masa yang singkat kerana tulangnya masih muda dan dalam proses pembesaran lagi. CARA URUTAN TUBUH BADAN Urutan tubuh badan adalah penting kepada kita semua kerana dengan cara ini dapat melegakan kesakitan dalaman yang bersangkut paut dengan otot-otot dan uraturat. Kesakitan ini biasanya berpunca daripada kerja kuat juga disebabkan oleh kemalangan- kemalangan kecil, urutan juga boleh mendatangkan mudarat seandainya sering dilakukan semasa masih muda. Ini diseebabkan kerana urat pada masa itu masih belum diusik, masalah ini akan terasa pada usia yang menjankau tua dan juga akan timbul masalah sekiranya urutan tidak mengikut caranya yang betul. Secara umumnya setiap urutan hendaklah dimulakan dari atas dan diurut turun kebawah disini saya ingin nyatakan secara terperinci cara-cara urutan tubuh badan manusia:1 -Bermula dari buku lali hingga kehujung jari-jemari:Urutannya bermula dari buku lali dan diurut turun kehujung setiap jari kaki 2 -Lutut hingga kebuku lali Urutan dilakukan dari atas atau bawah lipatan hingga ke buku lali 3 -Sakit dikawasan paha pula Urutannya bermula dari pangkal paha( sendi paha) hingga ke kepala lutut 4 -Sakit dikawasan belakang badan Urutannya bermula dari atas bahu hingga kepangkal punggung melalui keduadua belah urat belikat ( iaitu yang berada dikiri kanan tulang belakang) Cara kedua bagi urutan belakang ialah dengan mengurut dari tengah badang turun kesisi tepi ( lambung ). Urutan ini adalah untuk melegakan penafasan. 5 -Bagi urutan diperut Urutannya bermula dari ulu hati turun kepundi kencing. Cara keduanya ialah dengan bermula dari tengah perut turun ke tepi. Bagi kedua-dua masalah ini boleh dilakukan dengan uritan biasa atau dengan urutan yang lebih khusus seolah-olah cara pacat berjalan iaitu dengan hujung-hujung jari. 6 -Bagi kawasan pergelangan tangan ke hujung jari Urutannya bermula dari pergelangan tangan hingga ke hujung setiap jari 7 -Bagi sakit dikawasan lengan

Urutan bermula dari siku hingga ke pergelangan tangan 8 -Bagi kesakitan dikawasan atas siku Urutan bermula dari sendi bahu hingga ke siku 9 -Bagi kesakitan kawasan dada Urutannya bermula dari tengah dada turun ke tepi mengikut tulang rusuk 10- Bagi kesakitan kawasan tengkuk Urutannya ialah dengan cara menolak ke atas dan ke bawah 11 -Bagi kesakitan kawasan kepala Urutannya ialah dengan meletakkan kedua ibu jari tangan pada hujung telinga sebelah belakang dan hujung jari telunjuk di letakkan ditengah-tengah antara hujung kening dan rambut setentang dengan atas telinga( side burn ) kemudian ditolak ibu jari ke atas kepala dilakukan berulang-ulang kali. SENDI, MASALAH DAN RAWATANNYA Sendi-sendi manusia selalunya akan membawa masalah walaupu tidak mengalami kemalangan atau sebagainya kerana ia merupakan tempat lipatan yang selalu digunakan dalam setiap pergerakan manusia sehari-hari, oleh itu insya-Allah saya akan mengetegahkan masalah serta rawatannya sebagaimana yang saya ketahui dan saya mulakan dari bawah ke atas;1 - Kaki ( sendi buku lali hingga ke hujung jari) Masalah yang sering dihadapi adalah seperti sedi termasuk kedalam disebabkan oleh sukan dan sebagainya Cara urutannya:a)- Urutan umum Diurut daripada sendi kaki turun ke hujung jari sebelah atas kemudian dari anak kaki hingga ke buku lali sebelah tepi dan tepi ibu jari hingga ke buku lali. Selepas itu diurut buku lali hingga ke tumit kemudian bawah tapak kaki bermula dari hujung( tumit hingga ke hujung jari sebelah bawah) b)- Urutan khusus bagi sendi yang bermasalah sahaja i -Sendi ibu jari dan jari-jari lain Caranya pegang sendi yang besar dan sendi kura-kura kaki, tolak

secara berlawanan atau

bertentangan

ii -Sendi ditepi kura-kura kaki Selalunya tidak banyak membawa masalah. iii -Pergelangan kaki Pastikan samada sendi itu keluar ataupun tidak, sekiranya keluar masukkannya dengan beberapa cara antaranya:1) Jikalau sendi keluar sebelah kiri kembalikan kaki kepada keadaan asal sama juga bagi yang keluar sebelah kanan dengan sebelah tangan memegan pada buku lali dan sebelah lagi memegan pada tumit kemudian tolak secara bertentangan. 2) tolak sendi sebelah atas kebelakang dan sebelah bawah kedepan secara serentak. Sama juga jika terkeluar sebelah belakang cuma yang berbeza pada hujung jari. iv -Terseliuh bukulali biasanya tercabut kebawah. Cara memasukkannya dengan menolak buku lali keatas disamping menolak lendir-lendir yang ada diatasnya untuk laluan buku lali masuk ketempat asalnya. v -Bagi sendi jari yang terseliuh kedalam Pastikan terlebih dahulu jari itu ditarik keluar dan selepas itu urutlah ia ke hujung jari secara lilitan. 2 -Lutut Sendi lutut mempunyai satu sendi dan satu tempurung. a) Selalunya ia terseliuh ke kiri, kanan, belakang dan sekiranya kehadapan ia adalah patah. Cara memasukkan sendi lutut yang terseliuh ialah dengan tangan kanan perawat memegang betis pesakit dan tangan kiri perawat memegang paha pesakit serta tangan kanan perawat tadi menarik betis pesakit ke bawah bagi mengembalikan sendi itu kepada keadaan asalnya. Boleh juga dilakukan dengan tangan kanan perawat memegang diatas lutut pesakit dan tangan kirinya memegang dibawah sendi lutut( lipatan) berserta menarik kedua- dua tangan perawat tadi serentak. Apabila selesai menarik Jikalau keluar sebelah depan angkat hujung jari dan

kebawah, urutan hendaklah dilakukan secara mengelilingi sendi itu dengan perlahan- lahan. b) Bagi terpurung lutut pula ianya boleh tercabut ke kiri, kanan, atas dan bawah biasanya berlaku keatas dan kebawah di sebabkan kerana ianya tiada penghalang. Cara memasukkannya adalah sama dengan cara memasukan buku lali yang terkeluar. 3 -Sendi Paha ( cawan paha) Kebiasaannya sendi paha ini akan terkeluar kearah luar dan ianya tidak menghadapi masalah lain. cara memasukkannya seperti berikut: a) Sebelah tangan kanan perawat memegang paha pesakit pada sebelah dalam dan sebelah lagi diletakan pada sendi yang terkeluar kemudian tolak sendi itu kedalam. Pastikan sendi tersebut memasuki lubangnya seterusnya urutalah pada tempat tersebut.

PENYAKIT KULIT Sebagaimana yang telah kita ketahui penyakit kulit boleh menjangkiti seseorang itu tanpa mengira usia. Tetapi apa yang harus kita ingat semua ini datangnya daripada Allah SWT. untuk menguji kesabaran dan keimanan hambanya. Oleh yang demekian setiap penyakit yang dialami pasti ada ubatnya. Kita sebagai hambanya hendaklah sentiasa berusaha untuk mengubati penyakit dan memohon kepada Allah agar dijauhi daripada penyakit-penyakit ini. Hasil daripada kajian dan sebagaimana yang telah saya pelajari penyakit kulit ini adalah penyakit yang berlaku dibahagian luar kulit atau dalam kulit samada ianya berjangkait atau tidak berjangkit yang disebabkan oleh kuman-kuman yang tertentu. Penyakit-penyakit kulit terbahagi kepada dua bahagian iaitu penyakit yang berada diluar kulit dan yang berada dibahagian dalam kulit. Bab I :Penyakit kulit ( Luar Kulit). 1 - Badam

Menurut perubatan tradisional penyakit badam ialah penyakit gatal yang berlaku dipermukaan kulit khususnya dibahagian tangan dan kaki. Pada kebiasaannya ia berlaku dalam bentuk merekah dan kemerah- merahan. Penyakit ini mudah menyerang apabila seseorang itu sentiasa berjalan dikawasan yang lembab, contohnya diatas lantai simen berair dan sebagainya. Selain daripada itu, ianya juga disababkan oleh seseorang itu bermain air kotor. Ianya juga cepat merebak apabila seseorang itu sentiasa menggunakan pakaian yang telah lama tidak dibasuh atau kotor. Rawatan. Cara-cara rawatan yang saya pelajari menurut perubatan tradisional penyakit ini boleh diubati dengan menggunakan tumbuhan semulajadi seperti pucuk daun gelenggang, lengkuas genting, selain daripada itu kita juga boleh menggunakan minyak tanah dan belerang. Rawatan yang menggunakan ayat-ayat Al- Quran memerlukan bahan-bahan seperti berikut:1 -Sebotol air2 -Garam ( mengikut keadaan penyakit tersebut) -Sebilah pisau nipis Cara-cara merawat dengan menggunakan bahan-bahan diatas terbahagi kepada lima cara:1 -Dau pucuk gelenggang tadi hendaklah dimasukkan ke dalam minyak tanah dan direndam selama 10 — 20 minit. Kemudian digosok pada tempat sakit itu sehingga kulit berwarna kemerahan. 2 -Lengkuas genting( hanya berada didalam hutan) hendaklah dibasuh terlebih dahulu. Lengkuas ini tidak boleh dicium sama sekali dan dipotong sedikit kemudian digosok pada tempat sakit tadi( bahagian lengkuas yang dipotong). Hendaklah digosok sehingga kemerahan dibahagian sakit. 3 -Daun pucuk gelenggang hendaklah dimasukkan ke dalam air dan dicampurkan dengan belerang. Rendamkan bahan-bahan tadi selama satu hari semalam. selepas itu gosokkan pada tempat yang sakit tadi sehingga terasa pedih. 3

4 -Dengan menggunakan sebilah pisau, kikis bahagian badam tadi sehingga kemerah-merahan kemudian lumurkan dengan garam bahagian yang dikikis tadi. 5 -Ambilkan sebotol air dan dibaca padanya:i - Al- Fatihah Bismilllah 4 ii - Doa penawar penyakit iii-

‫بسم الله توكلت على الله‬ ‫بسمالله ما شاء الله‬ ‫بسم الله انشاء الله‬ ‫بسم الله ل حول ول قوة ال بالله العلى العظيم‬
iv- Kemudian tuliskan ayat syifa` pada kertas dengan dakwat kering dan dimasukkan ke dalam air sehingga luntur. Kemudian diberi minum air tadi kepada pesakit. ayatnya adalah seperti berikut:-

14 ‫ويشف صدور قوم مؤمنين -التوبة‬ 57 ‫وشفاء لما فى الصدور - يونس‬ 64 ‫يخرج من بطونها شراب مختلف الوانه فيه شفاء للناس - النحل‬ 82 ‫وننزل من القرآن م هو شفاء ورحمة للؤمنين - السراء‬ 80 ‫واذا مرضت فهو يشفين - الشعراء‬ 44 ‫قل هو للذين امنوا هدى وشفاء -فصلت‬
** Pilih salah satu daripada lima cara-cara di atas jangan gunakannya pada

waktu yang sama untuk merawat. 2 -Kayap( Shingles) Mengikut perubatan tradisional kayap terbahagi kepada dua jenis iaitu:i - Kayap jenis tapak anjing. Kayap jenis ini berbentuk butiran besar yang berisi air dibahagian permukaan kulit secara bertompok.

ii - Kayap jenis ular. Kayap jenis ini berisi air berada dipermukaan kulit tetapi berbentuk menjalar yang mengelilingi badan. Pada kebiasaannya ia dijangkiti pada bahagian pinggang. Sebab- Sebab Dijangkiti Kayap. Ianya sejenis penyakit yang berjangkit dan mudah berjangkit pada orang lain melalui bertukar-tukar pakaian dengan pesakit. Rawatan ( Tradisional) Bahan-bahannya;1 -Sirih Pinang dan kapur sambai( Rumput yang banyak akar) 4 –Air Cara-caranya:1 -Diniatkan terlebih dahulu untuk menyembuhkan penyakit. Kemudian ambilkan sirih dan pinang dan dicampurkan dengan kapur serta dibaca padanya:i -Al- Fatihah ii -Ayat Kursi iii-Doa Haikal seperti dalam bab Jin iv-Ayat tujuh seperti dalam bab jin ** Selepas itu dikunyah sehingga lumat kemudian disemburkan pada kayap 5 -menggunakan ayat Al- Qur`an 2 –Beras 3 -Rumput

tadi, setiap kali sembur hati hendaklah mengingati Allah semoga disembuhkan. 2 -Ambilkan beras dan ditumbuk sehingga lumat dan dicampurkan dengan air kemudian dijadikan bedak sejuk. Selepas itu ambilkan rumput sambal tadi dibasuh akarnya dan dicelup pada bedak sejuk tadi dan disapukan pada kayap. ** Cara rawatan yang pertama hendaklah didahulukan daripada rawatan yang

kedua. Rawatan yang kedua hendaklah dilakukan selang tiga hari selepas rawatan pertama. Sekiranya rawatan yang pertama tadi dilakukan tiga hari berturut-turut maka rawatan yang kedua hendaklah dilakukan selang tiga hari selepas hari terakhir pada rawatan yang pertama.

** pesakit.

Penyakit ini boleh membahayakan si pesakit sekiranya terkena hujan, minum

air kelapa, dan sebagainya kerana ia boleh meninggalkan kesan parut pada badan

3 -Panau Panau adalah sejenis penyakit yang berjangkit pada badan pesakit itu sendiri. ianya terbahagi kepada dua jenis:i -Panau Bunga. Panau jenis ini biasanya tumbuh pada kulit manusia secara bertompok-tompok seperti bunga. Kebiasaannya melekat pada kulit pesakit. ii -Panau Debu. Ianya berbentuk seperti debunga tetapi tidak bertompok( secara bersendirian). Jikalau digosok atau digaru padanya ianya akan mengeluarkan debu dan menjadi kemerah- merahan dibahagian tersebut. Sebab-Sebab Jangkitan dan Rawatan Seperti Penyakit Badam 4 -Kurap. Ianya adalah sejenis penyakit yang berbentuk butiran yang berair dan berukuran sederhana besar. ianya amat gatal dan warnanya butirnya kemerah-merahan. Sebab- sebab dijangkiti penyakit ini ialah dengan sentiasa memakai pakaian yang lembab dan ia juga penyakit yang berjangkit. Cara rawatannya ialah seperti penyakit badam. 5 -Gatal-Gatal Berair. Ia adalah sejenis butiran berair yang tumbuh pada kulit diseluruh badan khususnya dibahagian belakang badan, tangan dan bahagian punggung. Sebab-sebab dijangkiti ialah dengan memakai pakaian kotor dan juga sentiasa terdedah pada bendabenda kotor. Memakan makanan yang gatal seperti sotong, udang dan sebagainya. Rawatan:-

Dengan melumurkan minyak panas seperti minyak hijau dan yang sejenis dengannya, juga dengan menggunakan bedak yang sesuai seperti Johnson Baby dan yang selembut dengannya. 6 -Bertih Adalah sejenis penyakit yang berjangkit pada manusia yang berbentuk butiran yang berair serta tumbuh secara beransur-ansur diseluruh tubuh dan ianya berwarna putih kehitaman. sebab jangkitan penyakit ini adalah boleh dikatakan berpunca dari makanan yang tidak seimbang. Rawatan;Bahan-bahannya ialah 1 - Beras semangkuk 2 - Air sebotol

Cara-caranya ialah masukkan tiga biji beras kedalam air kemudian dibaca padanya:1 - Al- Fatihah 2 - Doa Penawar Penyakit 3 - Bismillah 4 seperti yang lepas, dalam bab badam 4 - Ayat Syifa` seperti yang lepas. Kemudian air tadi diberi minum kepada pesakit tiga kali sehari sehingga habis. Ambilkan semangkuk beras tadi kemudian dibaca padanya:1 - Al- Fatihah 2 - Ayat Kursi 3 - Doa Haikal seperti yang telah lepas. Kemudian tumbukkan beras tadi sehingga lumat dan dicampur dengan sedikit air yang telah di jampi tadi, sapukan pada butiran bertih tadi. ** Hindarkan dari terkena hujan, garu ditempat sakit tadi dan juga makan

benda- benda gatal. Jangan biarkan pesakit berada ditempat yang panas terik kerana bmengakibatkan kesan parut dan bertambah sakit.

7- Campak Sejenis butiran yang tidak banyak air berwarna kemerah-merahan dan ia berada diseluruh tubuh dan diikuti dengan demam yang kertelaluan. Sebab-sebab jangkitan dan cara rawatannya adalah sama seperti penyakit bertih. Bab II: Penyakit kulit ( Dalaman) 1- Bisul Biasanya penyakit ini menyerang antara bahagian pinggang ke bawah. Ianya sejenis butiran berbonjol serta bernanah dan bercampur darah. Ia akan membesar serta bermata sehingga sebesar ibu jari kaki berwarna merah kehitaman. Penyakit ini diebabnya pengambilan makanan tidak seimbang, kekurang vitamin dalam badan dan sebagainya. Rawatan: Bahan- bahan yang diperlukan:1- Pisau, gunting dan sarung tangan 2- Putik kapas dan pelekat luka 3- Sebiji botol dan sebotol air 4- Bawang putih dan bawang merah 5- Garam dan panadol 6- Bahan bakar Caranya terbahagi kepada tiga:1 -Pastikan bisul itu sudah tua, pakai sarung tangan kemudian bedah bisul tadi dengan pisau secara memanjang, keluarkan darah dan nanah serta cucikan dengan menggunakan putik kapas sehingga benar- benar bersih. Guntingkan tempat itu supaya menjadi luas untuk memudahkan panadol yang di tumbuk lumat dimasukkan kedalam lubang yang dibedah tadi, selepas itu tampalkan dengan kapas dan dilekatkan dengan pelekat luka. 2 -Nyalakan bahan bakar kemudian dimasukkan ke dalam botol dan ditutupkan dilubang bisul( seperti berbekam)

3 -Bagi bisul yang belum tua, ambilkan sedikit garam lumurkan disekililing bisul khususunya perbanyakan dibahagian mata bisul, kemudian lekatkan dengab kapas serta dengan pelekat( jangan buka sebelum tiga hari). Selepas itu ambilkan sebotol air lalu dibaca padanya:1- Al- Fatihah 2- Surah Al- Kauthar 3x 3- ( ‫)لاله ال انت سبحانك انى كنت من الظلمين‬ 4- Surah Al- Fiil 3 x 5- Surah Al- Khafirun Surah Al- Ikhlas Surah Al-Falaq Surah An` Nass. Kemudian diberi minum kepada pesakit 3x sehari. 2 -Kudis Buta Penyakit ini biasanya menyerang pada bahagian tangan dan bahagian lutut ke bawah ianya tidak bermata dan bernanah besarnya lebih kurang dengan bisul. Sebabsebabnya juga sepeti bisul. Rawatan. Antara bahan- bahan yang diperlukan:1- Beras semangkuk 2- Buah limau nipis( bilangan mengikut kudis) 3- Pisau dan sebotol air 4- Garam Caranya, semangkuk beras tadi dibaca padanya:1- Surah Al- Mudatstsir ayat 1-5 2- Doa Haikal 3- Surah Al- Qadar 4- Surah Al- Asr 5- Surah Quraisy 6- Surah Al- Kauthar 7- Quul

Kemudian setelah dibaca ayat tadi hendaklah ditiup pada beras tadi serta ditumbuk sehingga lumat untuk disapu pada kudis tersebut. -Bacakan pada limau nipis dan dipotong untuk disapu atas kudis -Masukkan garam dalam lubang kudis -ditiup pada air untuk diberi minum pada pesakit. 3- Kudis Malam. Penyakit ini tumbuh pada waktu malam dibahagian tertentu seperti dibawah lengan, paha dan sisi betis. Ia berwarna kemerah- merahan disekeliling dan bernanah ditengahnya tetapi tidak bertunas. Sebab- sebabnya sama seperti bisul dan rawatannya adalah seperti rawatan untuk kudis buta. 4- Raja Satong. Ialah sejenis penyakit yang membengkak pada kebiasaanya kebanyakkannya di jangkiti dibahagian kepala khususnya dalam telingga. Ianya bernanah bercampur darah serta mempunyai mata yang banyak dan merebak dibahagian bawah kulit, amat membahayakan pesakit. Sebabnya adalah sama seperti bisul. Rawatannya:1- Pembedahan akan dilakukan seperti bisul tetapi memerlukan kepada pemerhatian yang rapi kerana penyakit ini menguasai dibahagian dalaman. 2- Sekiranya ia berada dalam rongga telingga, ambil pokok Raja Satong kemudian diasah dengan air dan dititikan kedalam rongga telingga itu. Reumatism

‫بسم الله الرحمن الرحيم‬ ‫قال تعالى: وننزل من القرآن ما هو شفاء ورحمة للؤمنين‬
Maksudnya:Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al- Qur`an ayat- ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang- orang yang beriman kepadanya. (surah Al- Israa` 82)

Sebagai manusia kita tidak dapat lari dari penyakit yang mana ianya adalah dugaan daripada Allah untuk menguji sejauhmana keimanan dan kesabaran seseorang hambanya. Kita sebagai hambanya haruslah sedar bahawa setiap penyakit ada ubatnya sepertimana yang dijelaskan dalam ayat diatas. Apa yang perlu bagi kita ialah berikhtiar atau berusaha untuk mengubatinya atau menjauhi daripadanya dengan apa cara sekalipun yang tidak melanggar syariat islam. Pengenalan. Apakah yang dimaksudkan dengan reaumatism? Reaumatism ialah sejenis penyakit yang mana ianya menyeranng pada sendi-sendi tulang dan mengakibatkan bengkak- bengkak pada bahagian tersebut.Kesannya akan bertambah buruk apabila ia terdedah kepada udara. Sebab-Sebabnya:Mengikut kajian, punca sebenar penyakit ini tidak diketahui. Kita sebagai seorang islam mempercayai bahawa ianya adalah dugaan daripada Allah. Walau bagaimanapun air dan udara merupakan punca sampingan berlakunya penyakit ini. Cara Mencengahnya:1- Bagi mereka yang telah diserang penyakit ini hendaklah memastikan tubuh lebih-lebih lagi tempat yang terkena penyakit ini agar sentiasa kering daripada terkena basahan air dan juga terdedah kepada udara. 2- Bagi mereka yang belum diserang penyakit ini hendaklah berwaspada dengan penggunaan air di Mesir ini supaya tidak terlalu lama membasahi tubuh dan tidak terdedah kepada udara seperti memakai pakaian yang terlalu nipis.

Cara Rawatan ( pembedahan) 1- Tradisional( yang telah dikaji) Antara keperluannya ialah:1- Pisau dan Gunting 3- Kapas, putik kapas dan tisu 2- Sarung tangan 4- Limau nipis.

Bacaan sebelum melakukan pembedahan:1- Mengucap dua kalimah syahadah 3- Selawat keatas Nabi Muhammad SAW. Cara Membedah Hendaklah memakai sarung tangan terlebih dahulu kemudian dibedah secara memanjang dengan menggunakan pisau yang tajam untuk mengeluarkan air didalamnya. Bersihkan tempat yang dibedah tadi dengan menggunakan putik kapas. Guntingkan tempat pembedahan tadi agar menjadi luas kemudian masukkan ubat luka ke dalamnya. Ambilkan kapas dan balut ditempat yang dibedah tadi dan lekatkan dengan pelekat luka. Cara Rawatan ( tidak melakukan pembedahan) Bahan-Bahan keperluannya:1- Pisau dan batang mancis 2- Daun kayu yang baru dipetik( kecuali yang gatal) 3- Mancis 4- Buah limau nipis dan air sebotol Cara- Caranya:Ambil pisau dan letakkan pada tempat yang sakit kemudian ambil sebiji limau nipis yang dibelah terlebih dulu dan sapukan pada bahagian atas pisau yang diletakan pada tempat yang sakit tadi terlebih dahulu. Kemudian sapukan pula pada bahagian bawah pisau tersebut. Selepas itu angkat pisau dari tempat sakit tadi dan dibakar. Kemudian ambil sebilah mancis dan dipotong dengan membaca ayat syifa` iaitu;2- Istighfar 4- Membaca Al- Fatihah

‫بسم الله الرحمن الرحيم‬ 14 ‫ويشف صدور قوم مؤمنين - التوبة‬ 82 ‫وننزل من القرآن ما هو شفاء ورحمة للمؤمنين -السراء‬
Uluran ( Penyakit Angin)

Uluran boleh diertikan sebagai satu penyakit yang menimpa orang- orang lelaki sahaja tanpa berkaitan dengan orang perempuan secara semulajadi. Umumnya penyakit ini mula menyerang apabila seseorang lelaki itu diawal akil baligh dan berterusan sehingga akhir hayat. Penyakit ini terbahagi kepada tiga bahagian:1- Uluran angin 2- Uluran batu ( batu karang) 3- Uluran lendir

Di antara ketiga-tiga jenis penyakit ini yang paling bahaya ialah uluran angin. Penyakit angin ini tidak dapat disembuhkan ataupun tidak dapat dibuang samada dengan cara moden atau pun tradisional kerana ianya bersangkut paut dengan nafsu syahwat. Punca-Punca Penyakit Uluran. Ianya berpunca daripada memakan makanan jenis sejuk seprti buah pisang, timun, labu, terung dan sebagainya. Penyakit ini juga boleh merebak dengan meminum minuman yang bergas, ais, teh dan sebagainya. Penyakit ini juga disebabkan penahanan membuang air kecil yang mana boleh membawa kepada penyakit batu karang ( Uluran Batu). Cara-Cara Mencegah: Penyakit ini dapat dicegah dengan menjauhi memakan makanan sejuk dan benda- benda yang boleh mengaktifkan penyakit ini serta hendaklah menjauhi daripada menahan pembuangan air kecil. Rawatan. Proses-Proses rawatan bagi penyakit ini terbahagi kepada:1- Tradisional Cara Tradisional terbahagi pula kepada;1- Urutan Langkah pertama( urutan) 2- Menggunakan Ayat-ayat Al-Qur`an 2- Moden

Dimulai dengan meletakkan kedua-dua belah tangan diatas ulu hati kemudian kedua-dua tangan tadi ditarik kesisi bawah mengikut bentuk tulang rusuk secara serentak. Kemudian diambil dari sisi kiri atau kanan dan diurut sampai pertengahan perut secara berasingan. Selepas itu dari sisi kanan ke kiri melalui pundi kecing dan seterusnya dari sisi kiri ke kanan melalui tempat yang sama. Akhirnya diurut melalui ulu hati dan turun ke pusat. Langkah Kedua( Menggunakan Ayat-Ayat Suci Al-Qur`an). Ayat- Ayat Al- Qur`an dugunakan untuk menghancurkan lendir dan batu. Ayat- Ayat yang digunakan bagi merawat penyakit ini:1- Surah Al- Fatihah 2- Surah Al- Qadar 3- surah Al- Fiil 4- Surah Al- Masad 5- Surah Al- Khafirun 6- Surah Al- Ikhlas 7- Surah Al- Falaq 8- Surah An` Nass. Cara- cara mengunakan ayat ini bagi menghancurkan lendir dan batu seperti berikut:1- Tentukan dimana terdapatnya lendir dan batu kemudian letakkan ibu jari kawasan itu dan seterusnya baca surah- surah diatas selepas itu hendaklah ditekan serta memusingkan mengikut pusingan jam. Cara ini hendaklah diulang beberapa kali sehingga hancur. Rawatan Moden. Mengikut perubatan moden, penyakit lendir dan batu akan dibuang dengan cara pembedahan, Sekiranya pesakit diserang oleh uluran angin yang serius, biasanya suntikan akan diberikan untuk menahan sakit.

Penyakit Lelah ( asma )

Penyakit lelah ( asma ) ialah penyakit yang disebabkan oleh kesukaran untuk bernafas yang dialami oleh pesakit kerana ketidak seimbangan jantung untuk mengawal penafasan Ia juga berlaku ekoran daripada gangguan kerongkong. Disamping itu juga penyakit ini merupakan petanda seseorang itu hendak menghadapi demam. Hasil dari kajian penyakit ini terlalu mudah menyerang ataupun pada kebiasaannya dialami oleh kanak-kanak yang berumur lingkungan 2 - 5 tahun. Bagi pesakit yang menghidapi sehingga dewasa ianya disebabkan oleh keturunan. Penyakit lelah berlaku terutamanya ketika sejuk. Antara cara-cara bagi mengelak seorang itu diserang penyakit lelah ini ialah jangan bermain hujan, elakan daripada kesejukan dan menjauhkan diri daripada debudebu. Ubat-ubatan tradisional yang digunakan untuk merawat penyakit ini seperti berikut:1- Hati Unta- hendaklah dibakar untuk dimakan 2- Burung ciak- hendaklah dibakar untuk dimakan 3- Hati Tupai- disembelih dahulu kemudian digoreng hatinya. 4- Burung Merpati- hendaklah dibuat sup. Apabila penyakit menyerang hedaklah disapukan minyak angin pada dada pesakit serta diurut dari atas ke bawah mengikut tulang-tulang rusuk. Jangan biarkan orang ramai mengelilingi pesakit kerana memberi ruang kepada pesakit untuk bernafas. Sekiranya cara diatas masih lagi tidak berjaya, bolehlah menggunakan cara yang kedua iaitu dengan mengambil sebotol air dan dimasukkan tiga biji beras serta di baca padanya ayat-ayat berikut:1- Al- Fatihah 2- Ayat 7 sebagaimana dalam bab Jin m/s15 3- Surah Yasin ayat 82 Setelah dibaca ayat diatas hedaklah ditiup dalam air kemudian diberi minum kepada pesakit. Serangan Cacing.

Sebenarnya dalam perut manusia telah wujud cacing-cacing secara semulajadi lagi. Cacing ini akan membiak dan seterusnya membawa masalah pada manusia di atas beberapa sebab. Disini saya akan mengenengahkan sebab yang penting:1- Yang disebabkan oleh makanan. Penyakit ini berlaku disebabkan oleh pengambilan makanan yang tidak seimbang menyebabkan keperluan tubuh badan tidak mencukupi kerana zat-zat makanan itu telah diserap oleh cacing. Selalunya pesakit yang diserang penyakit ini menunjukkan beberapa tanda:i -Deman keterlaluan bersama dengan muntah- muntah ii -Kepala besar daripada tubuh iii-Perut buncit dan keras. Cara Rawatan. Terdapat dua cara untuk mencegah penyakit ini:1- Moden 2- Tradisional. Rawatan Tradisional Cara untuk merawat pesakit ini dengan:1- Dua biji telur ayam kampung 3- Tujuh biji asam limau nipis 2- Garam 7 sudu teh 4- Benang mentah( sumbu pelita)

Selepas itu rapatkan kedua-dua kaki pesakit kemudian letakkan sebiji telur dicelah hujung kaki dan sebiji lagi letakkan dipinggang pesakit kemudian dibaca AlFatihah dan ( ‫ )لاله ال انت سبحانك انى كنت من الظلمين‬serta berdoa kepada Allah agar dikeluarkan cacing dalam tubuh pesakit dan dimasukkan kedalam telur tadi. Setelah selesai rawatan tadi hendaklah dipecahkan telur didalam bekas untuk melihat cacing. Sekiranya cacing itu ada atau tiada diperahkan sebiji asam limau nipis dan 7 sudu garam selepas itu telur tadi hendaklah dibuang. asam limau yang selebihnya lagi diperah airnya untuk diminum oleh pesakit tanpa campuran air lain. Sebelum minum hendaklah dibaca:-

1- Selawat keatas Nabi Muhammad SAW. 2- membaca doa penawar penyakit sebanyak 3 kali 3- membaca Bismillah 4 seperti dalam bab badam 4- Ayat 7 seperti dalam bab jin m/s 15 WANITA Wanita adalah makhluk yang dijadikan oleh Allah Ta`ala untuk menjadi pasangan kepada lelaki, bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia hidup berpasangan.

“ ‫“انا خلقناكم ازواجا‬
Jika tidak dijadikan Hawa masakan Adam mendapat Habil dan Qabil. Wanita juga merupakan kaum yang lemah yang patut diberi pertolongan dan perlindungan daripada kaum lelaki. Sebagaimana yang kita ketahui juga, wanita asalnya daripada tulang rusuk lelaki. Didalam Al-Quran juga ada menyebut bahawa kaum lelaki adalah lebih tinggi martabatnya daripada wanita

‫الرجال قوامون علي النساء‬
. Sifat - Sifat Wanita.

‫ما روى عن النبى)ص( قال للمغيرة بن شعبة وقد خطب امراة ليتزوجها نظرت اليها‬ ‫ان بؤد ما بينكم‬ ‫قال ل,فقال رسول )ص( انظر اليها فانه اخرى‬

Hadis diatas menunjukkan bahawa harus kita melihat kepada wanita yang ingin dijadikan isteri serta menyelami hati budinya terlebih dahulu. Walaupun begitu di dalam mazhab Syafi`e menghadkan kepada kita tempat-tempat yang harus dilihat iaitu dikawasan muka dan tangannya sahaja kerana yang lainnya adalah aurat. Dimana wajahnya menunjukkan kejelitaan dan keayuan seseorang perempuan itu, manakala tangannya pula menunjukkan kesuburan tubuh badannya. Disini saya akan menjelaskan serba sedikit mengenai tanda-tanda untuk mengenal wanita. Bahagian Muka. Muka yang bulat tandanya mudah manakala yang bujur tandanya susah.

1) Telinga. Bagi wanita yang telinganya tertutup biasanya mempunyai sifat degil dan susah menerima nasihat suami, dan sebaliknya yang terbuka mudah untuk diberi tunjuk ajar. 2) Mata. Wanita yang mempunyai biji mata yang besar dan bulat biasanya tidak pemalu dan panas baran. Wanita ini juga biasanya suka bercakap dengan lelaki tanpa rasa malu. Juga lebih bersikap terbuka sebaliknya wanita yang menpunyai mata yang kuyu( susah untuk didapati pada wanita melayu) adalah pemalu sedikit dan mempunyai kasih sayang mempunyai kelentet kolopak mata yang membekak sedikit dan kelihatan seakan lebam merupakan seorang pemalu juga boleh dikatakan manja. 3) Bulu Mata Biasanya wanita yang mempunyai bulu mata yang lebat dan agak melentik keatas kelihatan menarik dan menawan. Tetapi harus diingat wanita ini kebiasaan memiliki kelakuan biasa, agak pemarah dan inginkan kebebasan, Ia juga agak memilih dalam mencari pasangan. Bagi wanita yang mempunyai bulu mata yang mendata atau menjunam sedikit adalah seorang yang peramah dan boleh dikatakan tidak terlalu memilih pasangan. 4) Hidung Kebanyakan lelaki menyukai hidung wanita yang mempunyai batang hidung yang tirus dan bahagian sisinya seperti pelepah kelapa tetapi nampak timbul sedikit dihujungnya. 5) Pipi Megikut kajian yang dibuat rata-rata kaum lelaki menyukai wanita yang berlesung pipit, berpipi gebu dan tembam sedikit. 6) Mulut Mulut yang sempit dan tebal juga mulut yang luas sedikit tetapi bibir keduaduanya nipis amat disukai oleh lelaki kerana dapat mengeratkan lagi kasih sayang antara keduanya.

Bahagian Tangan. 1) Jari Jari jemari yang gembur dan membentuk tirus dihadapan boleh dikatan mencermikan kesuburan wanita itu. 2-Kuku Lelaki rata-ratanya tidak menyukai wanita yang berkuku panjang dan kalau memotongnya tidak dipotong sepenuhnya. ** Diminta perhatian supaya tidak terlalu terikat dengan cara-cara ini kerana

ianya tidak akan didapati sepenuhnya pada seorang perempuan. Oleh yang demikian kita hendaklah memilih citarasa masing- masing dan kenalah menerima ketentuan daripada Allah. Kehamilan Dan Langkah Menyambut Kelahiran Bayi Di sini ingin saya bincangkan bagaimanakah langkah-langkah untuk menyambut kelahiran bayi, didalam tubuh wanita terdapat satu rahim dimana merupakan tempat pembesaran bayi sebelum dilahirkan. Apabila sperma lelaki dipacutkan kedalam alat kelamin perempuan ia akan berenang menuju ke tiup fallopio untuk disenyawakan dengan ovum dipanggil persenyawaan akan melalui proses kehamilan bayi sebagaimana yang diterang oleh Allah tentang kejadian manusia yang bermula daripada setitik air mani kemudian menjadi seketul darah dan seterusnya membentuk daging-daging dan tulangtulang sehingga membentuk anggota badan manusia yang sempurna. Proses perkembangan janin dalam rahim ibu berlaku selama 9 bulan. Dalam tempoh ini pengambilan makanan oleh si ibu hendaklah seimbang seperti protein, vitamin, zat-zat dan sebagainya, kerana ianya penting bagi menjaga kesihatan ibu serta bayi dalam kandungannya membesar. Tidak salah juga sekiranya ibu-ibu mengamalkan pantang larang yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam antaranya:1- Jangan mengambil makanan yang boleh menyebabkan berlakunya keguguran seperti makanan yang memanaskan badan “ sejenis jatung pisang, pucuk daun semeru dan sebagainya” terutamanya bagi janin yang berusia1- 4 bulan.

2- Jangan bersukan, berlari, melompat dan yang seumpama dengannya Ibu-ibu dinasihatkan memperbanyakkan waktu rehat dan selalu mendapatkan nasihat doktor serta bagi ibu-ibu yang beriman kepada Allah dinasihatkan supaya memperbanyakkan membaca ayat-ayat Al-Quran dan berzikir agar dimudahkan ketika melahirkan anaknya nanti. Kebiasaannya apabila cukup 9 bulan bayi akan dilahirkan dan persediaan menyambutnya mestilah mempunyai beberapa langkah yang biasa dilakukan oleh perubatan tradisional dan moden. Antara langkah-langkah perubatan tradisional:1Memastikan keadaan bayi itu selamat untuk dilahirkan( tidak

songsang). 2- Menyuruh si ibu agar meneran bayi dalam kandungan itu. 2Apabila munculnya kepala bayi dipintu faraj penyambut ( bidan) hendaklah memegang kepala bayi itu dengan cermat dan menariknya serentak dengan peneranan ibu secara perlahan sehinggalah terkeluarnya seluruh tubuh bayi itu, kemudian penyambut hendaklah memotong tali pusat yang menyambung antara anak dan ibunya. Penyambut juga hendaklah membersihkan semua lendir yang berada dibadan bayi samada diluar atau didalam. Cara membersihkan lendir didalam badan bayi ialah dengan menunggingkan bayi kepala kebawah serta merenjak-renjakkan secara perlahan-lahan sehingga keluarnya lendir-lendir itu, selepas daripada itu hendaklah dimandikan dengan air suam. Antara langkah-langkah moden:Ianya adalah sama dengan perubatan tradisional tetapi yang berbezanya apabila bayi itu berkedudukan songsang pihak hospital akan melakukan pembedahan ke atas ibu bagi mengeluarkan bayi itu. Rawatan Selepas melahirkan anak si ibu memerlukan rawatan bagi memulihkan kesan luka pada faraj seperti sediakala. Rawatan ini terbahagi kepada moden dan tradisional. Bagi rawatan moden doktor akan menjahit bahagian faraj yang terkoyak semasa melahirkan bayi dan memberi nasihat serta ubat -ubat yang sewajarnya. Dan

bagi rawatan tradisional kebanyakkannya menggunakan ubat-ubat daripada tumbuhan semulajadi. Penjagaan Faraj. Faraj merupakan anugerah Allah kepada seseorang wanita. Ia merupakan nikmat azali yang mana wanita perlu bersyukur kepada Allah dengan menjaganya sebaik mungkin. Oleh itu saya akan menerangkan beberapa cara penjagaannya. Ianya terbahagi kepada dua peringkat:1- Sebelum berkahwin. 2- Selepas berkahwin. Penjagaan Faraj Sebelum Berkahwin Tidak melakukan aktiviti sukan lasak seperti menunggang basikal, berlumba lari, lompat jauh dan sebagainya kerana ini akan menyebabkan rosaknya bahagian faraj dan sekaligus kehilangan dara kewanitaanya. Selain daripada itu wanita juga hendaklah menjaga bahagian punggungnya daripada terjatuh dan sebagainya kerana ini juga akan menyebabkan kerosakkan pada bahagian dalam faraj wanita. Penjagaan Faraj Selepas Berkahwin. Penjagaan ini pula terbahagi kepada dua peringkat:1-Sebelum melahirkan anak 2-Selepas melahirkan anak. Sebelum melahirkan anak boleh dijaga dengan cara membersih dengan menggunakan wap air panas. Ia dapat memulihkan sel-sel yang musnah akibat berlakunya hubungan kelamin. Cara menggunakan wap air panas ini, panaskan air sehingga mendidih kemudian masukkan kedalam bekas besar, selepas itu duduk mencangkung diatas bekas tadi serta megemukkan faraj seperti hendak membuang air kecil bagi memberi wap air memasuki faraj itu. Manakala selepas melahirkan anak wanita didalam pantang hendaklah bertuku kerana dengan cara ini ia dapat mengecutkan faraj yang membengkak setelah melahirkan anak serta dapat menyegarkan dalaman wanita itu, disamping itu juga mandian dengan menggunakan air akar kayu juga dapat memulihkan sel-sel dalamannya, air akar kayu itu campuran diantara daun sena, akar setunjang bumi, pohon raja wali dan

kayu tongkat ali perempuan. Cara sebelum melahirkan anak juga boleh dilakukan ketika ini. Mengandung Diluar Rahim( Ektopik). Dalam keadaan normal kehamilan akan berlaku di dalam rahim. Dalam keadaan tertentu terdapat juga bayi yang dikandung di luar rahim tetapi ini jarang berlaku. Keadaan berlaku kerana telur biasanya di senyawakan oleh sperma didalam tiub fallopio. jika tiub fallopio itu ada terkoyak sedikit atau terdapat kelainan dari keadaan biasanya mungkin disebabkan oleh pengguna pil perancang, maka ini akan menyebabkan telur itu tersekat perjalannannya hingga menjadi subur dan terus melekat disitu Kehamilam di luar rahim ini adalah serius dan jangan dipandang ringan oleh bakal ibu, doktor atau bidan. Ini adalah kerana bayi itu akan membesar hingga memecahkan tempat kandungan ( di luar rahim) misalnya, terkeluar dari tiub fallopio yang mana ini akan menyebabkan pendarahan, jangkitan kuman, jatuh dan mungkin membawa maut kepada ibu. Sebab-sebab terjadinya hal demikian:a) Wanita lambat berkhawin hingga usia masuk 40 an b) Takut tidak cukup rezeki jika anak ramai c) Terpengaruh dengan cara hidup orang barat yang sudah hilang pedoman hidup beragama. *** Jalan yang sebaiknya ialah kembali kepada ajaran islam yang sebenarnya

seperti yang dianjurkan oleh Allah dan Rasul. Rawatan Setelah kehamilan itu dikesan, si pesakit akan dibedah, dalam pembedahan, janin, urinya serta bahagian tisu yang rosak akan dibuang dan jika kehamilan itu telah sampai ke peringkat yang serius tiub fallopio itu akan dibuang untuk memberhentikan pendarahan serta mengawal jangkitan kuman, bakteria dan lain-lain. Adakalanya ovari atau indung telur akan dibuang. Walaupu pakar bedah berjaya menyelamatkan tiub fallopio dari dibedah buang dan bahagian luka ditampal dengan tisu namun ianya menjadi kurang elok atau tersumbat, ini menyebabkan kehamilan yang seterusnya menjadi sukar atau langsung

tidak boleh hamil lagi. Bagi wanita terdapat dua tiub fallopio, jika hanya satu yang tidak boleh digunakan dia masih boleh hamil dengan sebelah lagi. Senggugut Penyakit yang dihidapi oleh golongan wanita sahaja, ia adalah merupakan ketulan-ketulan lendir yang sedia ada didalam perut wanita yang mana ia akan merasa sakit apabila ketulan tadi bergerak ke segenap bahagian perut, ianya seolah-olah memulas urat perut dan akan merasa kesakitan yang keterlaluan ketika kedatangan haid. Kebiasan penyakit ini akan meyerang wanita-wanita bermula akil baligh hingga berkahwin dan ada kalanya penyakit ini akan berlarutan walaupun sudah berumah tangga.Tetapi penyakit seggugut ini berbeza sebelum berkahwin dan selepas berkahwin, ketika belum kahwin ianya akan menyerang wanita itu saja, berlainan pula selepas berkahwin penyakit ini akan menyerang kehamilan yang berlaku dalam rahim menyebabkan berlakunya keguguran. Kebanyakannya penyakit ini berlaku disebabkan pengambilan makanan dari jenis sejuk dan makanan yang boleh menggalakkan lagi penyakit ini. Rawatan ( Tradisional ) Bahan yang diperlukan:1-Buah timun batang mengikut bulan kalau gugur bulan pertama satu biji, kalau dua, dua biji begitulah seterusnya 2-Sekotak mancis dan air sebotol 3-Minyak sejuk, lada hitam dan asam limau Cara-caranya:Buah timun dicucuk dengan bilah mancis pada kedua-dua hujung dan ditengahnya kamudian dimakan pada tempat yang tidak terkena cucuk, selepas itu ambil asam limau nipis diperah dan dicampur dengan air untuk diminum dan masukkan lada hitam kedalam minyak sejuk untuk diurut bahagian perut. Cara urutan pula pengurut hendaklah merapatkan kedua-dua belah tangan dan melakukan urutan bermula dari atas ke bawah dengan perlahan- lahan sebagaimana urutan bagi orang mengandung. Apa yang penting disini pengurut hendaklah menggunakan tapak tangan dalam urutannya jikalau sebaliknya ia akan menambahkan kesakit kepada pesakit tersebut

Rawatan Moden. Selalunya pihak doktor akan memastikan punca sebenarnya penyakit itu, sekiranya ia merupakan senggugut pihak doktor akan memberi ubat penahanan sakit seperti panadol, pil perancang dan sebagainya. Ciri-ciri Suami Yang Soleh Dan Isteri Yang Solehah

‫بسم الله الرحمن الرحيم‬ ‫قوله تعالى: ومن اياته ان خلق لكم من انفسكم ازواجا لتسكنوا اليها وجعل بينكم‬ 21 ‫مودة ورحمة - الروم‬
Allah Taala telah menciptakan manusia dan meletakkan mereka pada tempat yang mulia dan tinggi melebihi makhluk-makhluk lain yang diciptanya sebagaimana firmanNya:

‫ولقد كرمنا بنى آدم وحملناهم فى البر والبحر ورزقناهم من الطيبات وفضلناهم‬ 70 ‫على كثير ممن خلقنا تفصيل - النساء‬
Dan setiap makhluk dicipta oleh Allah Taala berpasangan. Lebih-lebih lagi manusia yang mana mereka mempunyai akal dan boleh memilih yang antara yang baik dan buruk. Maka sudah tentulah setiap manusia lelaki dan perempuan mahukan pasangan yang baik dan mampu untuk bekerjasama dalam menghadapi setiap masalah dan dalam mendidik anak. Rasulullah SAW sendiri menggesa kita untuk berkahwin dan memilih pasanganyang terbaik kerana inilah satu-satunya jalan untuk memperbesarkan lagi bilangan umat manusia dan sekaligus menambah bilangan umat Islam. Sebagaimana sabda Rasulullah: Setiap isteri inginkan suami yang soleh yang dapat mendidik dan membimbing mereka ke arah kebaikan. Dan bukan menjadikan diri isteri mereka sebagai tempat untuk memuaskan nafsu semata-mata. Di antara ciri-ciri suami yang soleh adalah seperti berikut: 1 . Mempunyai sifat ketakwaan kepada Allah Taala. 2 Berpendidikan agama dan terus-menerus mendalami ilmu agama serta

berilmu. 1. 2. Datang dari keluarga yang baik, dalam erti kata lain lelaki tersebut Mempunyai sifat penyabar dan bertanggungjawab dalam berasal dari keturunan yang baik. menghdapi setiap karenah dan pemasalahan yang dihadapi dalam keluarga dan seterusnya dalam masyarakat sekeliling.
3.

Mempunyai sifat penyayang dan bertimbang rasa terhadap isteri, Mestilah lelaki itu mempunyai akhlak yang baik sebagaimana sabda

anak-anak dan keluarga. 4. Rasulullah saw:

‫اذا جأكم من ترخون دينه وخلقه فزوجوح ال تفعلوا تكن فتنة فى الرض وفساد كبير‬
Begitu juga dengan suami, mereka juga inginkan isteri yang solehah dalam meneruskan kehidupannya, serta dapat mendidik anak-anak dan membantu mereka dalam menghadapi masalah. Di antara ciri-ciri isteri solehah ialah: 1. 2. 3. menggesa kaum lelaki 4. dalam hadisnya agar memilih calon isteri daripada perempuanperempuan yang mempunyai rupa paras yang baik, berharta, berketurunan baik dan beragama. Di akhir hadisnya Rasulullah saw menyebut ...... Bertaqwa serta berpendidikan agama dan berilmu. Mempunyai akhlak yang mulia dan terjaga dari melakukan perkara yang tidak baik. Datang daripada keturunan yang baik. Rasulullah saw telah

‫فاظفر بذات الدين تربت يداك‬
5. 6. 7. 8. Mempunyai sifat penyabar dan betanggung jawab. Mempunyai sifat penyayang dan bertimbang rasa. Menjaga kehormatan diri dan suami agar tidak berlaku fitnah terhadap diri, suami dan keluarganya. Tidak menzahirkan kecantikan dirinya kepada masyarakat sekeliling.

Tanggungjawab Suami Isteri. Apabila seseorang itu berumah tanggga mereka tidak dapat tidak mesti memikul tanggungjawab masing-masing. Si suami mempunyai tanggungjawab yang tersendiri begitu juga dengan isteri. AntaraTanggungjawab Suami 1 -Memberi nafkah kepada isteri zahir dan batin 2 -Menyediakan tempat tinggal untuk isteri dan anak-anak 3-Menjaga kehormatan isteri dan anak-anak serta keharmonian rumahtangga Antara Tanggungjawab Isteri:1 -Taat serta patuh kepada suruhan suami selagi tidak bercanggah dengan islam 2 -Melayang kehendak suami mengikut suruhan agama 3 -Sentiasa menjaga kehormatan suami 4 -Menutup aurat ketika ketiadaan suami dirumah atau ketika melayan tetamu. Antara Tanggungjawab Suami dan Isteri: 1 -Saling bantu-membantu dalam menangani masalah yang timbul 2 -Mendidik dan melatih anak-anak dari segi jasmani dan rohani 3 -Saling bertolak ansur dan tegur-menegur kearah kebaikan Mendidik Anak-Anak. Pembinaan istittusi keluarga bahagia adalah satu-satunya perkara yang diimpikan oleh setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Selepas mendirikan rumah tangga Insya-Allah mereka akan dikurniakan dengan cahaya mata yang menjadi penghias dan penhibur bagi pasangan itu. Disinilah ibu-bapa mesti menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa dan ibu, tugas ini telah diamanahkan oleh Allah untuk mereka supaya mendidik anak-anak dengan sempurna. Oleh itu Peranan ibu bapa untuk mendidik anak-anak amat penting supaya anak-anaknya mendapat sepenuhnya pendidikan agama, ilmu-ilmu yang berfaedah dan sebagainya. Gangguan Perasaan( Emosi).

‫بسم الله الرحمن الرحيم‬ ‫اللهم انا نعوذ بك من الهم والحزن ونعوذ بك من العجز والكسل ونعوذ بك من الجبن‬ ‫والبخل ونعوذ بك من غلبة الدين وقهر الرجال‬

Maksudnya:Ya Allah!Aku berlindung denganmu dari perasaan keluh kesah dan dukacita, dan aku berlindung denganmu dari sikap kelemahan dan kemalasaan, dan aku berlindung denganmu dari sifat ketakutan dan kebakhilan dan aku berlindung denganmu dari tekanan hutang dan kekerasan lelaki. Apabila dinamakan manusia tidak dapat tidak kita akan diduga oleh Allah dengan berbagai masalah dalam kehidupan dan kita sebagai hambanya hendaklah menerima dugaan itu, dengan sikap tersebut akan menjadikan kita sebagai insan yang bertaqwa kepadanya. Oleh itu sama-samalah kita memohon perlindungan dari Allah supaya dipermudahkan urusan kehidupan didunia yang fana ini. Antara dugaan Allah ialah dalam bentuk gangguan emosi yang menyebabkan seseorang itu hilangnya pertimbangan untuk berfikir secara waras yang mana ianya disebabkan oleh masalah-masalah yang menimpa samada masalah diri sendiri atau masalah anasir-anasir luar dan masalah-masalah lain. Ianya berlaku disebabkan terlalu banyak menanggung masalah umpamanya masalah peperiksaan. Dimana individu yang akan menduduki exam tetapi individu itu tidak dapat membuat persiapan yang baik. Oleh yang demikian individu itu akan memikirkan keputusan peperiksaannya nanti samada lulus ataupun gagal. Dengan terlalu memikirkan masalah itu, berbagai tekanan yang akan menimpanya. Selain daripada itu masalah keluarga seperti ayah dan ibu bercerai, tidak mendapat perhatian dari kedua ibubapa, beselisih faham antara ahli keluarga dan sebagainya. Dengan keadaan sedemikian mengakibatkan ketidakmampuan untuk mencari keputusan atau jalan penyelesaian yang baik. Di samping itu juga individu itu terlalu mengikut emosi tanpa berfikir dengan panjang lebar. Ini akan menyebabkan kekusutan fikiran contohnya ditinggal kekasih( putus cinta). Dimana individu ini akan dibayangi oleh kenangan ketika dilamun cinta dan akan memikirkan masalah-masalah ketika terjadinya putus cinta. Selain daripada yang diatas gangguan perasaan juga boleh disebabkan oleh gangguan syaitan, syaitan ini yang dinamakan Al-Thabar. Ia akan memasuki tubuh manusia dan menjadi tabiatnya menguasai fikiran seseorang itu ketika ditimpa masalah dan secara tidak langsung ia menolak qada` dan qadar Allah Taa`la. Penyakit ini boleh dicegah dan dirawat dengan dua cara:1- Rawatan biasa:-

Seseorang yang menghadapi gangguan perasaan ini sepatutnya mengadu atau memberitahu kepada orang lain seperti sahabat yang akrab dengannya ataupun individu yang lebih tua daripadanya dan boleh dipercayai serta berpengalaman. Disamping itu juga seseorang yang menghadapi masalah ini hendaklah berfikir secara rasional agar tidak tergopoh-gapah dalam membuat sesuatu keputusan serta hendaklah tenang dalam menghadapi keadaan tersebut. Selain daripada itu individu yang mengalami masalah ini hendaklah menerima qada` dan qadar Allah Taa`la yang ditentukan kepada kita walaupun ianya amat pahit untuk diterima kerana qada` dan qadar merupakan salah satu daripada rukun iman.Oleh itu setiap muslimin dan muslimat hendaklah menerima ketetapan tersebut kerana Allah Ta`ala amat mengetahui segala urusan seseorang individu itu samada dari rezeki, ajal maut dan sebagainya. Oleh itu wajib keatas setiap muslim mempercayai dan meyakini akan ketentuan yang ditetapkan oleh Allah kepada kita semua mempunyai hikmah disebalik ketentuan itu. Dengan demikian itu akan menambahkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita semua kepada Allah Ta`ala yang mencipta kita semua sebagaihambanya. 2- Rawatan dalaman. Sekiranya rawatan yang pertama masih lagi menemui jalan kebuntuan perlulah bagi kita mencuba rawatan dalaman yang mana menggunakan ayat-ayat Al1- Selawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad SAW. 2- Salam kepada para anbia`. 3- Salam kepada para malaikat. 4- Al-Fatihah. 5- Surah Al-Qadar. 6- Surah Al-fiil. 7- Membaca doa sebagaimana diawal perbincangan masalah ini tadi. Seandainya kedua-dua diatas masih lagi tidak berkesan bolehlah selalu mengamalkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran kerana ianya merupakan petunjuk, penyembuh dan sebagainya kepada semua yang beriman dengannya. Di dalamnya juga mempunyai ayat-ayat syifa` yang mana boleh kita jadikan amalan harian. Antara ayat-ayat yang dikhususkan untuk amalan:Quran yang lebih mujarab:-

1- Al-fatihah. 2- Ayat kursi. 3- Doa Haikal dan selebihnya lagi. SENAMAN UNTUK KESIHATAN BADAN Senaman untuk lelaki 1) 2) Setempat beberapa minit sehingga keluar peluh ( 10 - 15 minit ) Gerakkan( palingkan) muka kekanan, kiri, bawah dan atas 3) Pusing bahu mengikut arah pusingan jam kemudian

bertentangan, buat kiri dan kanan. 4) Tangan kanan diletakkan diatas bahu kemudian tangan kiri

menolak siku kanan ke tengkak begitu juga tangan kiri 5) Bawa tangan kanan keatas dan letakkan siku dibelakang

kepala. Kemudian turunkan (lipatkan ) tangan kebelakang selepas itu tangan kiri menekan siku kanan yang berada dibelakang tadi kebawah. begitu juga kiri 6) Letakkan tangan kanan dipunggung kemudian tangan kiri

menarik kesebelahnya dan begitu juga dengan kiri 7) Ramaskan tangan dengan membuka dan tutup( kepal) kedua-

dua kiri dan kanan 8) Pusingkan pergelangan tangan kemudian tukar arah kiri dan kanan

8) arah

Tangan di cekakkan kepinggang kemudian pusing dan tukar

pusingan 9) tukar arah pusingan 10) Hulurkan kaki kanan kedepan sedikit kemudian pusingkan. Rapatkan kedu-dua belah kaki kemudian pusingkan lutut dan

Selepas itu tukar arah pusingan. Buat kiri dan kanan 12) Tekan tubi ( Pumping) i -Dua belah tangan dibuka ii -Kepal tangan iii-Dengan jari tangan iv-Dengan sebelah tangan, tukar kiri dan kanan. 13) tunduk rapat kepala kelutut 14) Melentikkan badan kebelakang, kalau boleh sehingga dapat Tunduk kedepan tangan dipegan pada lipatan ( belakang lutut)

bertongkat dengan tangan kelantai lebih baik 15) Melentik ( membengkukkan) badan kesisi tepi kanan dan kiri 15) ( atas buku lali) dan rapatkan kedada, buat kiri dan kanan. 16) Lipat kaki kebelakang. tangan pegan pada hujung jari kaki Angkat sebelah kaki, kemudian pegan pada pengelangan kaki

kemudian tarik dan rapatkan kepunggung, buat kiri dan kanan

17)

Letakkan sebelah kaki atas suatu benda paras pinggang

kemudian tunduk kepala sampai kelutut,buat kiri dan kanan beberapa kali 18) Letakkan kaki sebelah atas suatu benda paras pinggang

kemudian turunkan badan dengan memegan kaki yang sebelah bawah, buat kiri dan kanan beberapa kali 20) Tangan berpegan pada suatu benda( dinding ), condongkan kepala kedepan, kemudian tangan dibengkukkan agar badan kita dapat rapat pada benda tersebut. kemudian betulkan balik supaya badan tegak semula, buat beberapa minit. 21) Tidur melentang, letakkan tangan dibawah kepala dan angkat keduadua kaki paras 90 darjah turunkan keparas 45 darjah tahan sekejap. kemudian turunkan keparas 30 darjah tahan sekejap dan turun pula paras 22) Tahan sekejap, seterusnya turun keparas 5 darjah tahan sekejap kemudian angkatkan semula keparas 90 darjah dan ulangi beberapa kali 23) Kedudukan yang sama cuma bangunkan kepala tapi jangan bagi kaki terangkat, buat beberapa kali dengan cepat. 24) Kedudukan yang sama cuma angkat kedua-duanya( kaki dan kepala) kemudian turunkan balik kedua-duanya, lakukan beberapa kali 25)Kedudukan yang sama lagi cuma depakan kedua-dua tangan, angkat ( bangunkan ) kedua-dua ( kaki dan kepala) kemudian bengkukkan kaki dan betulkan balik, lakukan beberapa kali

26)

Tidur secara meniarap, letakkan tangan dikepala kemudian bangunkan kepala jangan biarkan kaki terangkat, lakukan beberapa kali

27)

Tidur meniarap dan buka kankang seluas yang boleh 27) Tidur pada sebelah sisi ( lambung) kanan, kemudian angkat punggung sedikit dan hayungkan kedepan dan kebelakang,beberapa kali, begitu juga pada kiri 28) Duduk seperti hendak pamping tapi kaki diangkat sebelah kemudian pamping, tukar kiri dan kanan 29) Duduk mencangkung, hulurkan sebelah kaki kedepan kemudian bangun dan duduk, ulang beberapa kali kemudian tukar

kaki 30) Duduk seperti hendak merangkak, tangan dan lutut dibuka, kemudian bengkukkan tangan sambil menolak kepalakedepan dan undur semula pada kedudukan asal( seperti harimau mengeliat) ulang beberapa kali 31) Rapatkan tapak kaki kiri dengan tapak kaki kanan kemudian tarik serta rapatkan kekangkang seterusnya tangan menekan lutut biar rapat kelantai kemudian tunduk kepala kelantai sehingga rapat. 32) Silangkan kaki kiri dari kanan macam bersila biar kemas kemudian tidur dengan meletakkan tangan dibawah kepala. Angkat kaki tadi jangan bagi terbuka,ulang beberapa kali 33) Kedudukkan yangsama cuma bangun seperti duduk bersila,

kemudian angkat kaki tadi jangan bagi te, ulang beberapa kali 34) Rapatkan punggung pada lantai kemudian luruskan kedua kaki kedepan. Selepas itu tunduk sambil membuka tangan rapatkan kepala kelutut setakat yang boleh 35) Rapatkan sebelah lutut ke lantai dan sebelah lagi dibuka seluasluasnya dan tangan diletakkan ke lantai rapatkan kedua-dua tangan tadi kemudian pamping sambil lutut yang dibuka tadi samasama rapat ke lantai 36) Duduk mencangkung hanya dengan jari kaki. kemudian bangun dan duduk beberapa kali 37) Duduk antara dua sujud kemudian letakkan tangan dilantai kedepan sedikit serta rapatkan kedua-duanya. tunduk kepala sambil menolak kedepan dan undur semula kepada asal (tegak) pastikan kedua-dua lutut rapat, ulang beberapa kali 38) Buka kangkang dan pastikan tumit dalam keadaan setentang antara kiri dan kanan. Bengkukkan sedikit kaki kemudian duduk kebawah dan bangun, ulang beberapa kali 39) Bukakan kangkang seluas yang boleh kemudian turunkan tangan kedepan dan pamping.

Senaman Untuk Wanita ** 1 Melentikkan badan adalah penting. -Melembutkan urat i -Lipat setiap sendi berulang kali. ii -Meliupkan badan kedepan dan kebelakang setiap hari iii -Sebelum kahwin :Duduk dengan merapatkan punggung ke lantai dan meluruskan kedua kaki kedepan serta rapatkan kedua belah kaki kemudian tunduk kepala rapat Selepas kahwin:Duduk, rapatkan punggung ke lantai kemudian rapatkan kedua kaki kedalam selepas itu tunduk biar mencecah lantai

Tips Semasa Melakukan Persetubuhan. Tips Pertama :- Secara umum. 1- Bercakap-cakap dengannya seperti hendak menggunakannya. 2- Gunakan bahagian mukanya sahaja untuk beberapa ketika (30 minit). 3- Gunakan tengkuknya sahaja beberapa ketika (10 minit). 4- Gunakan bahagian tangan sahaja beberapa ketika (15 minit). 5- Gunakan buah dadanya sahaja beberapa ketika (30 minit). 6- Gunakan pusatnya sahaja (15 minit). 7- Gunakan punggungnya sahaja (10 minit). 8- Gunakan pahanya sahaja (15 minit). 9- Gunakan betisnya sahaja (10 minit). 10- Gunakan kakinya sahaja (5 minit). Tips Kedua:- 1) Bahagian Muka.

1- Pertemukan mulut kita dengan mulutnya sambil tangan memegang sisi kepala dengan lembut. i- Menggunakan bibir bawah sahaja(5 minit). ii- Menggunakan bibir atas sahaja(5 minit). iii- Menggunakan lidah(20 minit). 1- Hisap lidahnya dengan lembut. 2- Hisap lidahnya dengan keras sedikit. 3- Hisap lidahnya lama sedikit, sampai tak boleh bernafas. 2) Bahagian Tengkok. 1- Hisap tengkoknya dengan gigitan kecil (10 minit), kedua-dua belah kiri dan kanan. 3) Bahagian Tangan. 1- Jilat atau kucup tangannya sambil mengusap tangannya dengan lembut ( 15 minit). 2- Lakukan pada kiri dan kanan. 4) Bahagian Buah Dada. 1- Gunakan dengan mulut sahaja (10 minit). 2- Gunakan dengan tangan sambil mulut bertemu dengan mulut (20 minit). 5) Bahagian Pusatnya. 1- Gunakan dengan lidah dibahagian atas pusat (5 minit). 2- Gunakan dengan tangan atau tapak tangan (10 minit). 6) Bahagian Punggung. 1-Ramas punggungnya dengan kedua belah tangan (10 minit). 7) Bahagian Paha. 1- Hisap paha dengan mulut kiri dan kanan selama (10 minit). 2- Ramas dengan lembut (5 minit). 8) Bahagian Betis.

1- Digosok dengan betis kita(10 minit). 9) Bahagian Kaki. 1- Lipatkan kakinya kemudian ramaskan jari-jari kakinya dengan lembut. Tips Ketiga:1- Hisap mulutnya sambil tangan menggosok dengan lembut dibelakangnya. 2- Hisap tengkoknya sambil tangan meraba dibelakangnya. 3- Hisap mulutnya sambil meramas buah dadanya. 4- Hisap buah dadanya sambil tangan meramas punggungnya. 5- Hisap buah dadanya sambil tangan meramas pusatnya. 6- Hisap buah dadanya sambil tangan meramas pahanya 7- Hisap betisnya sambil meramas-ramas tangannya. 8- Hisap pahanya sambil meramas-ramas buah dadanya. 9- Hisap buah dadanya sambil menggosokkan kaki kita dengan kaki dia. 10- Hisap mulutnya sambil meramas-ramas farajnya. Tips Keempat:1- Hisap mulut sambil meramas-ramas buah dadanya dan farajnya. 2- Hisap buah dadanya sambil meramas-ramas faraj dan punggungnya. 3- Gontel farajnya sambil meramas-ramas buah dadanya. 4- Gontel farajnya dengan menggunakan kedua-dua belah tangan sambil duduk di celah kangkangnya serta mulut mengusap pusatnya 5- Sentuh seluruh tubuhnya dengan menggunakan kedua-dua belah tangan dan kaki serta mulut sekali.. Tips Kelima:1- Bersetubuh dengannya sambil tidur. 2- Bersetubuh sambil tidur dengan sebelah kakinya diangkat keatas bahu kita. 3- Bersetubuh dengannya disisi. 4- Lipat kedua kakinya kepunggung kemudian bersetubuh.

5- Angkat kedua belah kakinya keatas bahu kita saeterusnya bersetubuh. 6- Hulurkan kedua kaki kita kedepan kemudian letakkan dia diatas paha kita dan bersetubuh. ** Dan sebagainya lagi. Tips Keenam:1- Selepas bersetubuh tidur diatasnya seketika. 2- Selepas bersetubuh peluk dan cumbuilah dia dengan lembut seterusnya peluklah ia buat selama-lamanya.

RUJUKAN 1 2 3 4 5 6 AL- QURAN AL- HADIS DR MIRIAM STOPPARD DR E. H. RUDDOCK DR ASHAR ABDULLAH ISMAIL JUSOH ( PERUBATAN TRADISIONAL) 7 ZAIDI ZAWAWI

HAK CIPTA TERPELIHARA TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN, MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM. MANHAL PMRAM 2000©

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->