You are on page 1of 7

Semangat Berpasukan

Salah satu daripada nilai bitara yang ingin saya huraikan yang pertamanya di sini ialah Semangat
Berpasukan. Berintegriti di sini berdasarkan Kamus Dewan ialah amanah, telus, adil
mempertahankan nama baik mereka daripada sebarang bentuk penyelewengan.
Semangat Berpasukan

 Muafakat
 Fokus Matlamat
 Hormat Menghormati
 Bangga

BERINTEGRITI
1. Amanah
2. Telus
3. Akauntabiliti
4. Adil

Pendidik boleh diertikan sebagai orang yang mendidik iaitu guru. Intergriti pula bermaksud
peribadi mulia yang terdapat pada diri individu meliputi nilai-nilai amanah, jujur, ikhlas, sabar,
tidak rasuah, telus, bertanggungjawab dan ciri-ciri positif yang lain. Intergriti adalah suatu kualiti
yang dimiliki secara konsisten bagi mendokong prinsip moral tinggi atau tahap
profesionalisma.Dalam membentuk personaliti Bitara, nilai intergriti mempunyai empat petunjuk
utama iaitu bersikap adil, amanah, akauntabiliti dan telus.

A) PETUNJUK ADIL
Guru tidak harus sama sekali menggunakan masa yang sepatutnya untuk „mencuri tulang‟ atau
membuang masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berkaitan dengan hal akademik.
Tanggungjawab utama guru ialah semestinya terhadap murid- muridnya. Kepentingan murid-
murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau
persendirian. Contoh seperti yang termaktub dalam kod etika perguruan, guru tidaklah harus
bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang
akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. Juga
termaktub bahawa guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua
murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal,
keturunan, daya intelek dan lain-lain.

B) PETUNJUK AMANAH
Guru haruslah bersikap amanah dengan menyampaikan fakta-fakta yang benar dan relevan
dalam pembelajaran. Guru juga digalakkan menjalankan perundingan dengan murid-murid
mengikut jadual waktu mengandungi masa konsultasi yang ditetapkan dan memaklumkan masa
tersebut kepada murid-murid supaya perundingan yang lebih berkesan melalui perancangan
yang telah ditetapkan.Sebagai contoh guru tidak harus menyalahgunakan kedudukan sebagai
ahli akademik malah dalam hal kewangan untuk kepentingan sendiri. Seperti yang termaktub
dalam kod etika perguruan guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa
kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
C) PETUNJUK TELUS
Seseorang guru harus bersikap telus dari segi intergriti. Guru mestilah melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran secara adil dan telus dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Contohnya mengikut kod etika perguruan dari segi nilai telus dalam semua hubungan dan tugas,
guru hendaklah menjalankannya dengan jujur dan guru haruslah menumpukan perhatian terhadap
keperluan setiap muridnya.

D) PETUNJUK AKAUNTABILITI
Akauntabiliti keguruan bermaksud tanggungjawab terhadap profesion keguruan dan ianya adalah
tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti guru
berkait rapat dengan sekolah, komuniti, pelajar, tingkah laku, murid dan profesion. Guru
hendaklah memastikan semua pelajar belajar mengikut kemampuan mereka sendiri dan berfaedah
bagi kumpulan murid yang lemah. Pencapaian pelajar seharusnya meransang guru untuk mencuba
pendekatan-pendekatan pengajaran yang baru. Termaktub dalam kod etika perguruan
bahawasanya seseorang guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya
supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna..
Contohnya jika kita imbas kembali sejarah dan asal usul intergriti dalam negara kita. Intergriti ini
sebenarnya sudah lama berada dalam negara kita tetapi insan yang memainkan peranan dengan
mewujudkan Pelan Intergrasi Nasional ialah mantan perdana menteri kita yang ke-5, Tun
Abdullah Ahmad Badawi. Ciri-ciri guru berintergriti ialah seorang guru haruslah berakhlak mulia.
Oleh itu, salah satu cara yang terbaik untuk membentuk akhlak mulia ini ialah dengan cara
pendidikan atau contoh ikutan dan tauladan yang baik. Para guru haruslah memiliki sifat-sifat
amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga dan sikap suka
membantu serta membimbing dan berperanan sebagai 'role model' kepada pelajar -pelajar.

2) PROFESIONAL
Sikap profesional merupakan sikap yang harus dimiliki oleh semua orang.
Profesional adalah sikap dalam melakukan sesuatu secara unggul, tidak asal-asalan,
melebihi standart umum. 
PROFESIONAL
1. Iltizam
2. Cinta Ilmu
3. Kompeten
4. Beretika

Ciri- ciri profesion guru adalah seperti perkhidmatan yang unik dan cemerlang, banyak
menggunakan keupayaan, memiliki latihan khusus dan mempunyai autonomi ketika menjalankan
tugas. Dalam membentuk personaliti bitara, nilai profession mempunyai empat petunjuk utama
iaitu beretika, iltizam, cinta ilmu dan kompeten.
A) PETUNJUK BERETIKA

Guru mestilah sentiasa mengutamakan kepentingan organisasi. Guru mesti jelas tentang
tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan dan lebih faham dan
jelas tentang tanggungjawab mereka. Contonya guru harus memiliki akhlak mulia dan menjadi
teladan, dengan menampilkan tindakan yang sesuai dengan jujur, ikhlas dan memiliki perilaku
yang diteladani dari segi pertuturan, pemikiran, bersosialisasi dan berpakaian. Di dalam (Meta-
Encyclopedia of Philosophy, 2007) etika diertikan “That study or discipline which concerns itself
with judgements of approval and disapproval, judgments as to the rightness or wrongness,
goodness or badness, virtue or vice, desirability or wisdom of actions, dispositions, ends, objects
or states of affairs” .
B) PETUNJUK ILTIZAM
Sikap iltizam dan komited adalah menjalankan tugas dengan penuh semangat dan dedikasi.Guru
haruslah memberi penekanan kepada pengajaran dan pembelajaran dengan merancang serta
melaksanakan tugasan dengan terperinci dan teliti. Contoh hasil bukti Ornstein & Levine (1993),
PPG yang cemerlang mampu untuk melahirkan guru yang cemerlang dan profesional serta
berpengetahuan dan mahir dalam bidang masing-masing. Kenyataan ini turut disokong oleh
Socket (1996) dan Parkay & Stanford (1998) yang telah menyenaraikan amalan professional guru
cemerlang seperti tingkah laku yang baik dan beriltizam penuh kepada keperluan etika,
kesungguhan dan terlibat secara aktif dalam meningkatkan profesionalisme keguruan.
C) PETUNJUK CINTA ILMU

Guru dikehendaki menjalankan penyelidikan dalam bidang tugas masing-masing dan menjadi
pelajar sepanjang hayat dengan berbekalkan sumber ilmu dan maklumat. Sebagai contoh pendidik
yang beriltizam guru seharusnya berani dan sekurang-kurangnya berinovasi dalam mewarnai
corak P&P agar murid akan berasa seronok dan minatnya tinggi mengikuti subjek yang diajar.
Dari segi kekuatan intelek, guru hendaklah cemerlang melaksanakan tugas asasi mengajar. Proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lancar jika guru menguasai kandungan subjek
diajar serta berketerampilan dalam kemahiran pedagoginya.Di samping itu, guru juga perlu
memiliki pengetahuan umum yang baik dan terkini agar mereka kekal relevan dengan tuntutan
perubahan semasa.

D) PETUNJUK KOMPETEN
Guru seharusnya mempunyai sikap kompeten iaitu menyiapkan segala tugasan yang diberi dengan
berkualiti dan efisyen. Guru mesti memastikan pembelajaran yang disampaikan kepada murid
difahami dengan baik. Guru harus selalu menampilkan diri sebagai peribadi yang mantap, stabil,
dewasa, arif, dan berwibawa dengan mengembangkan diri secara terus menerus sebagai pendidik
profesional. Sebagai guru yang profesional, guru perlu melaksanakan kerjayanya dengan sepenuh
hati, bersedia menanggung semua konsekuen yang sesuai dengan nilai profesion ini. Fungsi guru
ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin
dalam kurikulum sekolah. Para guru haruslah memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada
tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga dan mempunyai sikap membantu dan
menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada murid-muridnya. Guru harus mendalami ilmu
sebanyak mungkin supaya dapat menyebarkan ilmu kepada para pelajar bagi melahirkan insan
dan warganegara yang berilmu. Contohnya dalam era transformasi pendidikan sekarang guru
hendaklah menghasilkan pelajar yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta
memperkembangkan potensi pelajar dalam semua aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek
dan Sosial) bagi mencapai taraf pendidikan yang bermutu.
3) BERORIENTASIKAN PELANGGAN
Sebagai seorang guru setiap perkhidmatan yang diberikan perlulah sentiasa berorientasikan
kepada kepuasan orang lain terutamanya dengan siapa kita berurusan dan berhadapan.Kepuasan
pelanggan adalah berlandaskan suatu perkhidmatan ke arah kepuasan orang lain atau pelanggan
yang mendapat perkhidmatan.
BERORIENTASIKAN PELANGGAN
1. Responsif
2. Proaktif
3. Mesra
4. Berkualiti
Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan sosial yang baik dan
murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Sebagai ibu bapa
kedua kepada murid-murid, segala nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada
para pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan
diterapkan dalam jiwa pelajar melalui nilai seperti resposif, proaktif, mesra dan berkualiti. Dalam
membentuk personaliti Bitara, nilai berorientasikan pelanggan mempunyai empat petunjuk
utama iaitu responsif, proaktif, mesra dan berkualiti.

A) PETUNJUK RESPONSIF
Responsif membawa erti kata tentang tindakan yang cepat dan segera. Seorang guru yang
responsive akan merancang dan merangka keperluan murid berdasarkan apa yang diperlukan
dalam pasaran pekerjaan. Guru itu tidak sahaja menyebarkan ilmu bahkan menjadi model
peribadi yang akan diteladani oleh para pelajar . Seorang guru harus menjiwai peranannya
sebagai pendidik. Ciri-ciri guru yang responsif harus sentiasa peka terhadap perubahan yang
berlaku di persekitaran agar tidak ketinggalan dengan perkembangan semasa. Seorang guru
perlu peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini.Contohnya guru yang responsif juga
sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan terkini bagi
mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran P&P guru.

B) PETUNJUK PROAKTIF
Semangat tinggi juga perlu juga diterapkan dalam sanubari setiap guru melalui pembelajaran,
mendidik anak bangsa dan memperkasakan bidang pendidikan di negara kita. Contohnya
peranan saya sebagai guru dalam pelaksanaan dan kejayaan proses pengajaran dan
pembelajaran meliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif dan isi kandungannya,
menentukan keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan
penyediaan bahan-bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran, membuat
penilaian untuk mengenalpasti kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam
pelaksanaan pengajaran dengan membuat pengubahsuaian dalam rancangan mengajar.

C) PETUNJUK MESRA
Guru yang mesra akan mewujudkan persekitaran yang juga tidak membosankan pelajar. Situasi
sebegini menimbulkan rasa ingin belajar tidak mudah jemu oleh murid-murid. Guru haruslah
sentiasa bersedia untuk mendengar masalah pelajar bagi mengeratkan hubungan antara pelajar dan
guru. Guru mesti mengamalkan senyuman, menyapa rakan-rakan serta tidak kekok untuk bergaul
dan perlu mengamalkan sifat-sifat sebegini dengan konsisten. Setiap orang guru perlu mahir
dalam berkomunikasi, khususnya dalam bilik darjah. Sekiranya guru tidak faham serta mahir
dalam berkomunikasi dengan murid-murid semasa mengajar sudah pasti sukar bagi seseorang
guru itu untuk menjadikan pengajarannya berkesan dan bermutu. Guru juga perlu bijaksana
menyusun strategi agar suasana berinteraksi di antara murid sesama murid berlaku secara
harmonis, saling bantu membantu serta hormat menghormati supaya pembelajaran berlaku secara
bermakna dan berkesan. Contohnya semasa waktu mengajar, guru berinteraksi dengan murid
dengan bercakap, memberi penjelasan, menyoal soalan-soalan, berbincang, meneguh dan
menegur, mengarah, memberi isyarat, menghampiri dan mendampingi murid. Oleh kerana itu,
apabila berhadapan dengan murid-murid, guru bukan sahaja perlu kreatif dan inovatif, tetapi mesti
sabar, bijaksana, cekap dan optimis dalam menghadapi sesuatu situasi serta cabaran.

D) PETUNJUK BERKUALITI
Melakukan sesuatu tugasan dengan berkualiti akan menepati sesuatu criteria kerja dan standard
tertentu. Jika menyampaikan sesuatu maklumat kepada pelanggan terutamanya sesi pengajaran
dan pembelajaran, maklumat yang diberikan perlulah tepat, sumber yang betul dan tepat. Guru
tidak seharusnya member jawapan yang salah atau tidak tepat kerana ianya akan member kesan
buruk kepada pelajar. Contohnya tidak dapat dinafikan tanggungjawab dan peranan guru akan
lebih mencabar dengan ledakan perkembangan ICT masa kini yang menuntut para guru dan
pendidik untuk lebih berusaha gigih bagi menghasilkan anak didik yang benar-benar berilmu,
berakhlak mulia, mempunyai jati diri dan mampu bersaing pada peringkat nasional mahupun
global. Pendidik perlu melengkapi diri dengan ciri-ciri kualiti yang diperlukan bagi membawa
tahap pendidikan negara ke era lebih cemerlang dan mampu mengangkat kualiti bangsa yang
berkemahiran, berpendidikan tinggi dan berpengetahuan luas serta mampu mempertahankan
kedaulatan negara, memperteguh pegangan hidup.
4) PERIHATIN KEBAJIKAN ANGGOTA
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar.
Untuk memenuhi tugas ini, guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran
yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga memberi perhatian kepada kebajikan murid-murid
disamping menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana
pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan
dan keperluan pelajar.
PERIHATIN KEBAJIKAN ANGGOTA
1. Empati
2. Penghargaan
3. Keselesaan Persekitaran
4. Peluang Untuk maju
Lazimnya keperihatin guru terhadap murid mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap
penumpuan pelajar, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan
kecenderungan serta mampu membantu guru dalam pengajarannya. Dalam membentuk
personaliti Bitara, nilai perihatin kebajikan anggota mempunyai empat petunjuk utama iaitu
empati, penghargaan, keselesaan persekitaran dan peluang untuk maju.

A) PETUNJUK EMPATI
Empati merupakan suatu perasaan yang melebihi tahap simpati. Simpati hanya sekadar
menyatakan rasa sedih terhadap apa yang telah menimpa seseorang. Namun, empati adalah
lebih dari itu. Oleh itu, semasa guru berada di dalam kelas, empati merupakan suatu kemahiran
yang harus seorang guru miliki. Ia akan menunjukkan keperibadian dan perwatakan seorang
guru yang peka dengan masalah murid, maka ini akan memudahkan guru mengesan anasir-
anasir lain yang turut hadir bersama diri murid yang mana anasir-anasir ini akan mengganggu
pembelajaran mereka. Sebagai contoh yang telah saya hadapi sendiri semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran, saya telah dapati murid saya tidak menumpukan perhatian di dalam kelas.
Pada awalnya, saya andaikan yang murid itu bosan dengan pengajaran saya. Maka, saya segera
dekati murid itu dan bertanyakan masalah yang dihadapi. Setelah disoal selidik, barulah saya
tahu yang murid saya ini gelisah dengan keadaan ibunya yang bakal menghadapi pembedahan
pada masa tersebuat. Maka, tindakan saya adalah untuk menenangkannya serta memberi kata-
kata semangat.

B) PETUNJUK PENGHARGAAN
Memberi penghargaan kepada pelajar, samaada dengan ucapan, hadiah atau material akan
dapat membentuk sikap untuk maju di kalangan pelajar.meraka akan berlumba lumba dalam
pelajaran atau ko kurikulum untuk mendapat pujian dan sokongan dari guru atau rakan.
Contohnya apresiasi seperti „bagus‟dan „bijak‟ yang diberikan amatlah bermakna kepada
murid-murid dimana ia dapat meningkatkan keyakinan diri murid-murid dalam kehidupan
mereka. Segala pujian bagi mereka dengan perasaan sayang yang jujur dan ikhlas adalah penting
kerana guru harus sentiasa memuliakan pelajar dan memimpin mereka ke jalan yang
dikehendaki.

C) PETUNJUK KESELESAAN PERSEKITARAN


Pengurusan kelas dan luar kelas penting supaya suasana pembelajaran menjadi kondusif untuk
murid. Keselesaan persekitaran pelajar amat penting untuk mencapai objektif organisasi atau
kumpulan dalam sesuatu gerak kerja. Ini termasuklah proses merancang, mengelola, memimpin,
mengarah dan mengawal. Keselesaan yang dinamik dapat mencapai objektif ke arah pembinaan
Modal Insan yang menjurus kepada pembinaan JERIS. Kemudahan asas dalam bilik darjah
mestilah mencukupi serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan. Contohnya kejayaan guru
mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif bermakna guru telah berjaya
membentuk budaya berdisiplin, kerjasama, sayang kepada keindahan alam sekitar, mematuhi
setiap arahan, kehidupan berkualiti yang melambangkan sebahagian daripada keimanan.

D) PETUNJUK PELUANG UNTUK MAJU


Guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang pendidikan di
negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Fungsi dan peranan guru dipandang tinggi
dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan,
pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan.Contohnya guru
sememangnya harus berbekalkan ilmu seperti melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi, celik
ICT disamping mengamalkan kaedah P&P terkini seiring dengan proses globalisasi agar kekal
relevan dan mampu menarik minat murid-murid untuk menimba ilmu.

5) KREATIF DAN INOVATIF


Guru perlu kreatif dan inovatif untuk menghasilkan pengajaran & pembelajaran yang berkesan
dalam memainkan peranan sebagai pemangkin atau pengadang kepada keburukan hasil
globalisasi dan tidak menjadi mangsa kepada globalisasi.

KREATIF DAN INOVATIF


1. Penambahbaikan Berterusan
2. Nilai Tambah
3. Rebut Peluang
4. Berdaya Cipta
Dalam membentuk personaliti Bitara, nilai kreatif dan inovatif mempunyai empat petunjuk utama
iaitu penambahbaikan berterusan, nilai tambah, rebut peluang dan berdaya cipta.

A) PETUNJUK PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN


Guru harus membuat perubahan dari masa ke semasa. Ini adalah bertujuan agar murid-murid tidak
merasa jemu dan bosan.Penambahbaikan boleh dibuat dari segi cara mengajar, latihan murid,
teknik pengajaran, alat bantu mengajar dan lain-lain lagi. Guru sebenarnya harus sentiasa harus
peka terhadap penambahbaikan dan perlu mengambil iktibar daripada apa yang berlaku walaupun
ianya tidak ditulis di atas kertas kerana kerjaya guru mempunyai matlamat. Apabila membuat
tindakan berlaku perubahan, ia adalah satu kejayaan dalam penyelidikan tindakan yang member
manfaat kepada diri dan juga orang lain. Contohnya melalui kajian tindakan, dapat membantu
guru membuat penambahbaikan terhadap masalah yang dihadapi di sekolah atau bilik darjah serta
membantu guru membuat keputusan yang berkaitan dengan pelbagai aktiviti meningkatkan lagi
proses pengajaran dan pembelajaran seperti aktiviti memperbaiki mutu pencapaian pelajar dan
sebagainya. Kajian yang sistematik dan terperinci membolehkan seseorang itu memahami sesuatu
masalah atau fenomena yang biasa wujud. Selain itu, melalui kajian tindakan, seseorang itu boleh
menyelesaikan masalah yang dihadapi melalui proses penyelidikan.

B) PETUNJUK NILAI TAMBAH


Guru seharusnya lebih inovatif dari segi penggunaan bahan dan media mengajar.Kaedah yang
sama seperti „chalk and talk‟ sudah tentu ditelan zaman pada era globalisasi kini. Contohnya
penggunaan kemudahan media dan teknologi seperti kemudahan internet tanpa wayar, kemudahan
seperti „Program Online Skor A‟, kemudahan facebook bagi tujuan pembelajaran. Guru harus
memiliki ciri seperti komitmen yang tinggi untuk membuat nilai tambah diluar P&P. Sebagai
seorang guru juga harus mempunyai sikap tidak berpuas hati dengan pencapaian sedia ada
sebaliknya berusaha untuk mempelbagaikan pembelajaran dan pengajaran ke peringkat yang lebih
tinggi. Pendedahan awal terhadap penggunaan komputer dalam kalangan guru membolehkan
guru-guru lebih yakin dalam menjadikan sistem pendidikan berasaskan komputer sebagai satu
alternatif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

C) REBUT PELUANG
Guru yang tidak harus mengenal erti jemu untuk menimba ilmu, memiliki keinginan untuk terus
memperoleh ilmu dan memiliki sikap terpuji serta sanggup berhadapam dengan cabaran pada
masa hadapan. Contohnya guru harus merebut peluang dengan menerima tawaran-tawaran kursus
di sekolah bagi tujuan untuk meningkatkan keupayaan guru dan kualiti guru itu sendiri dalam
menyebarkan ilmu. Melalui program ini, guru dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari sebelum
bergelar guru untuk satu tempoh masa yang lama dan mengekalkan kualiti sebagai seorang guru
di masa hadapan.

D) BERDAYA CIPTA
Pada masa hadapan apabila melalui teknologi virtual dan 3D semakin berkembang iaitu
melibatkan deria penglihatan, bau, rasa serta sentuhan akan menyebabkan revolusi dalam
pendidikan. Pada era tersebut, sudah tentu penggunaan buku teks menjadi tidak lagi relevan dan
pastinya semua guru harus bersedia kearah itu. Sekiranya guru tidak mengamalkan budaya daya
cipta dalam pengajarannya dan hanya mengamalkan strategi pengajaran tradisional yang sama
sepertimana yang biasa terdapat di dalam buku teks atau buku latihan, maka pelajar juga akhirnya
tidak akan terdorong untuk melakukan inovasi. Tetapi sekiranya pengajaran guru berbeza dari
kebiasaan (ada daya cipta) maka pelajar akan melihat bahawa kaedah yang digunakan oleh guru
berbeza dari apa yang biasa mereka ikuti, maka ini akan mendorong pelajar untuk turut
melakukan inovasi dalam kehidupannya . Guru tersebut akan secara tidak langsung menjadi "role
model" untuk mendorong pelajar melakukan inovasi dalam aktiviti sehariannya. Apabila
seseorang guru itu inovatif, maka produktivitinya juga akan meningkat. Dalam usaha untuk
melahirkan pelajar yang berfikiran inovatif, elemen daya dan cipta perlu diterapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran sains supaya proses pengajaran dan menjadi lebih dinamik dan
menarik kepada pelajar. Pelajar masa kini di lihat sangat terdedah kepada maklumat berikutan
perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Pelajar kini lebih terbuka minda
kerana mereka boleh mengakses maklumat tanpa had. Dengan melalui enjen carian "Google"
contohnya, mereka boleh mendapat pelbagai maklumat. Jika guru tidak berdaya cipta dalam
pengajarannya maka suda tentu pelajar akan hilang minat terhadap sains dan melihat sains sebagai
subjek yang kurang menarik.

You might also like