You are on page 1of 18

PENGENALAN

Permainan ketingting yang juga dikenali sebagai permainan ‘tengteng’ dan ‘ciak
tingting’ merupakan salah satu warisan kebudayaan Melayu yang masih popular hingga
ke hari ini. Walaupun pengaruh permainan moden seperti ‘video game’ dan ‘monopoli’
memberi ancaman kuat kepada permainan tradisional, permainan ketingting masih
menjadi aktiviti kanak- kanak.

Ketingting merupakan sebuah permainan kanak-kanak yang bukan sahaja


memberi hiburan, malah bermanfaat terhadap rohani dan jasmani seseorang pemain.
Permainan ini yang dimainkan oleh kanak-kanak di seluruh dunia dengan istilah yang
berbeza merupakan asas kepada acara lompat jauh yang bertaraf sukan
antarabangsa. Skil melompat dalam permainan ketingting yang memberikan
pengalaman dan latihan asas kepada pemain untuk menceburi sukan yang lebih tinggi
kemahirannya.

Permainan ketingting yang tidak lenyap akibat arus pemodenan ini telah
diamalkan khususnya oleh masyarakat luar bandar yang masih memelihara warisan
nenek moyang mereka. Di samping itu informasi mengenai ketingting boleh didapati di
internet dan buku-buku rujukan permainan tradisional. Melalui sumber-sumber tersebut
masyarakat di serata dunia dapat mengetahui dan memahami ciri-ciri permainan
ketingting dan sekaligus mengenali warisan kebudayaan masyarakat Melayu.

1
BAHAGIAN A : KERTAS KONSEP PERMAINAN TRADISIONAL KETINGTING

1.0 SEJARAH

Menurut sumber rujukan dari internet, sejarah permainan ketingting bermula


semasa Empayar Rom. Luas petak ketingting pada ketika itu dikatakan berukuran lebih
daripada 100 kaki. Ketingting diperkenalkan di kalangan askar-askar Rom sebagai
latihan ketenteraan yang mengasah kekuatan fizikal dan daya tahan mereka.

Semasa latihan diadakan, askar-askar akan berlari sambil memikul guni-guni


berat dan dipercayai kaedah tersebut dapat meningkatkan ketangkasan dan daya tahan
kaki mereka.Dengan berbekalkan latihan ini askar-askar tersebut mampu bertahan
lebih lama di medan peperangan.

Apabila kanak-kanak Rom melihat latihan tersebut , mereka mula meniru latihan
pahlawan-pahlawan mereka dengan mencipta dan mengubahsuai permainan
ketingting. Struktur latihan pahlawan tersebut berubah wajah menjadi sejenis
permainan yang menarik di kalangan kanak.kanak. Mereka mengubahsuai dengan
mengurangkan jumlah keluasan petak dan memudahkan permainan dengan sistem
pemarkahan mereka sendiri

Permainan ketingting ini berbeza di kebanyakan negara dari segi jumlah dan saiz
petak, cara bermain dan alat-alat yang digunakan. Tetapi, dua ciri asas permainan ini
yang universal ialah ‘petak segi empat’ dan skil ‘melompat’. Walaupun pelbagai teori
dan sumber mengatakan bahawa ketingting berasal dari tempat-tempat yang berbeza
namun masyarakat di setiap negara menganggap permainan tersebut sebagai warisan
tradisi nenek moyang mereka.

2
Berdasarkan rujukan internet, selain daripada gelaran ketingting, ciak tingting
dan tengteng, permainan ini juga mempunyai beberapa gelaran lain mengikut negara
masing-masing. Antaranya adalah seperti berikut :

Alaska - Alaskan Hopscotch

Argentina - Rayuela

Aruba - Pele

Bolivia - La Thunkuna

India - Ekaria Dukaria

Indonesia - One Leg Jump

Jerman - Templehupfen

Netherlands - Hinklebaan

New York - Potsy

Perancis - Marelles / Escargot

Vietnam - Pico

3
2.0 TEMPAT ATAU KAWASAN PERMAINAN

Lazimnya, ketingting dimain di kawasan-kawasan lapang yang rata. Di kawasan


luar bandar, halaman rumah yang luas dijadikan medan permainan ketingting . Para ibu
bapa mempercayai permainan ini dianggap selamat dijalankan di perkarangan rumah
kerana gerak-geri anak-anak mereka dapat diawasi sambil menguruskan tugasan
masing-masing.

Manakala di kawasan bandar pula, kanak-kanak bermain ketingting di taman


permainan ataupun di gelanggang-gelanggang yang berlantaikan simen seperti
gelanggang badminton.

Kawasan berumput atau padang tidak sesuai untuk permainan ini kerana
kesukaran melukis petak dengan menggunakan kapur. Tambahan pula, kor yang
dibaling akan terselindung di celah-celah rumput dan akan menjejaskan proses
permainan.

Rajah 1 : kanak-kanak bermain di kawasan lantai simen

3.0 UKURAN PETAK GELANGGANG PERMAINAN

4
120 cm

40 cm
60 cm

Ukuran petak gelanggang ini lazimnya tidak perlu di ukur dengan mana-mana
saiz yang rasmi. Petak ini boleh dilukis oleh kanak-kanak yang bermain dengan saiz
yang mereka kehendaki.

4.0 SASARAN PEMAIN

5
Ketingting biasanya dimainkan oleh kanak-kanak yang berumur 6 hingga 15
tahun. Jumlah pemain pula tidak terhad dan sekurang-kurangnya dua orang pemain.
Kanak-kanak perempuan dan lelaki amat menggemari permainan ini kerana
permainannya menyeronokkan dan menguji stamina dan kecekapan seseorang
pemain.

Walaupun tahap umur ataupun saiz badan tidak menjadi penentu kemenangan
dalam permainan ketingting, biasanya kanak-kanak gemar memilih pemain-pemain
yang seusia dengan mereka.

Namun, kini permainan tradisional juga termasuk dalam kurikulum pelajar-


pelajar sekolah rendah dan menengah bagi mengekalkan tradisi permainan tradisional
yang dimiliki oleh Negara kita.

Rajah 2: Kanak-kanak berumur 6 hingga 8 tahun.

5.0 PERALATAN PERMAINAN

Salah satu keistimewaan ketingting ialah, permainan ini tidak membebankan


kanak-kanak atau ibu bapa untuk membeli peralatan seperti permainan-permainan

6
moden. Ini adalah kerana peralatannya yang terdiri daripada barang-barang yang boleh
dikitar semula senang diperolehi dan selamat digunakan.

Peralatan-peralatannya ialah seperti;

a) kapur putih / berwarna atau crayon

o digunakan untuk melukis petak-petak di atas tanah

Rajah 3 : Kapur putih

Rajah 4 : Crayon

b) Batu, ‘kor’,gundu atau ceper

o Setiap pemain perlu ada ceper, kor, gundu atau batu yang boleh terdiri
daripada sebarang bahan, bentuk, saiz dan warna .

7
o Contohnya : batu, penutup botol, duit syiling, beg berisi biji saga, kulit
siput, butang, pundi kacang.

Rajah 5 : Duit syiling

Rajah 6 : kulit kerang Rajah 7 : Penutup botol

6.0 PERATURAN PERMAINAN

Peraturan dan syarat di dalam permainan ketingting melancarkan proses


permainan dan juga mendisiplinkan para pemain.

Berikut adalah peraturan-peraturan umum permainan ketingting ;

I. Ceper pemain-pemain tidak boleh sama kerana boleh mengelirukan para


pemain untuk membezakannya.
II. Semasa bermain, ceper tidak boleh jatuh di luar petak , di atas garisan mana-
mana petak dan di petak ‘rumah’ pemain lain.

8
III. Tangan dan kaki pemain tidak boleh terpijak garisan petak semasa melompat
ataupun ketika mengambil semula ceper mereka.
IV. Seseorang pemain diberikan 3 peluang sahaja apabila membuat pemilihan
‘rumah’. Semasa pemilihan ‘rumah’ sekiranya ceper jatuh di atas garisan
ataupun ‘rumah’ pemain lain, pemain dianggap ‘mati’ dan akan memulakan
semula permainan dari awal.
V. Pemain boleh melompat di ‘rumah’nya tetapi tidak di ‘rumah’ pemain-pemain
lain dan tidak boleh lupa memijak mana-mana petak kecuali ‘rumah’ pemain lain.

Pemain yang tidak mematuhi mana-mana peraturan di atas akan hilang satu pusingan.
Permainan akan tamat setelah semua petak dimiliki oleh para pemain atau pemain itu
sendiri ingin menamatkan permainan. Pemain yang memiliki ‘rumah’ yang paling
banyak akan dianggap pemenang.

7.0 CARA BERMAIN

 Tentukan giliran dengan cara “o…som!”

 Pemain akan berdiri di tempat permulaan apabila mula bermain.

 Pemain mesti membuang ceper ke dalam petak 1 dahulu dan pemain akan
melompat terus ke petak kedua dengan menggunakan satu kaki.kemudian
diteruskan ke petak berikutnya mengikut turutan nombor.

9
 Sekiranya semasa mencampak ceper, ceper terkena pada garisan ataupun
terkeluar daripada petak, maka giliran akan diberi kepada pemain seterusnya.

 Seseorang pemain perlu menghabiskan permainan iaitu sehingga ceper nya


dibuang di petak 8.

 Selepas tamat semua pusingan, kini tibalah langkah memilih ‘rumah’.

 Pemain akan membaling ceper ke dalam mana-mana dari tempat permulaan.Di


mana jatuhnya ceper, akan menjadi ‘rumah’ pemain.

 Pemain yang mempunyai rumah yang banyak dikira pemenang.

Rajah 8 : Petak permainan.

8.0 FAEDAH YANG DIPEROLEH DARIPADA PERMAINAN KETINGTING

a) Aspek perkembangan fizikal

o Permainan ini dapat mengembangkan kemahiran mengimbang badan


dengan berdiri sebelah kaki tanpa bantuan. Ia juga memerlukan pemain
bergerak melompat dari petak serta mencampak atau membaling buah.

10
b) Aspek perkembangan pendidikan kerohanian dan moral

o Pemain perlu sabar ketika menunggu giliran.

c) Aspek perkembangan kognitif

o Permainan ini membantu kanak-kanak mengenal symbol nombor dan turutan


nombor menaik 1 hingga 9. Begitu juga sebaliknya, memahami urutan
nombor menurun.

BAHAGIAN B : MENGELOLA PERMAINAN

1.0 KERTAS KELOLAAN PERMAINAN TRADISIONAL

a) OBJEKTIF
 Memenuhi sukatan pelajaran dan tugasan kerja kursus pendek Pendidikan
Jasmani Asas.
 Meningkatkan kemahiran mengelola sesuatu aktiviti yang berkhususkan
pendidikan jasmani dalam kalangan bakal guru.

11
 Memupuk kesedaran tentang kepentingan permainan tradisional dalam
pendidikan kanak-kanak di sekolah.
 Memastikan permainan tradisional warisan nenek moyang kita terus kekal
dalam kalangan generasi baru.

b) MASA, TARIKH, DAN TEMPAT

Program ini akan dijalankan seperti ketetapan berikut :

Masa : 8.30 a.m – 10.30 a.m

Tarikh : 25 Mac 2011

Tempat : Padang IPG Kampus Kent

c) KUMPULAN SASARAN PERTANDINGAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada pelatih-pelatih PPISMP PRASEKOLAH Semester 2


IPG Kampus Kent.

Bil. Kumpulan (nama ahli kumpulan) Jumlah Ahli


1 Sri Tanjong (Paul, John, Princeton, Alvays) 4
2 Minangkabau (Farah, Zulaikha, Qayuum, Niza) 4
3 Tanak Kent ( Anyline, Ellychia, Asly, Lydora ) 4
4 Galah Panjang (Rahim,Halizah,Hafizah) 3
12
Jumlah keseluruhan 15 orang

d) PERMAINAN YANG DIJALANKAN


 Ketingting

e) SENARAI PERALATAN YANG DIPERLUKAN DARI STOR

Bil Peralatan Tujuan Kuantiti


. BORANG PEMARKAHAN PERMAINAN TRADISIONAL KETINGTING
1. Tape
BIL. Hitam
NAMA PESERTA Membuat
JUMLAH garisan petak
RUMAH YANG DIMILIKI 2 buah
1. gelanggang permainan
2. Tali
2. pengukur Mengukur keluasan petak 1
3.
gelanggang permainan
4.
3. Kepingan plastik Sebagai ‘kor’ atau gundu 15 keping
pemain (jika ada)

2.0 BORANG SKOR PEMARKAHAN

 Borang skor pemarkahan bagi permainan tradisional ketingting ini dalam bentuk
petak gelanggang ketingting.
 Bertujuan untuk menanda rumah dan markah yang telah dimiliki oleh peserta

13
A

Rajah 9 : Borang pemarkahan

3.0 JADUAL PERTANDINGAN B


i) Kumpulan dibahagikan kepada empat kumpulan. Diikuti oleh satu hakim.

Hakim 1 Hakim 2 Hakim 3 Hakim 4


(Aizati) C (Bidin) (Faizol) (Dayang)
Kumpulan 1 Paul John Princeton Alvays
Kumpulan 2 Farah Zulaikha Qayuum Niza
Kumpulan 3 Anyline Ellychia Asly Dora
Kumpulan 4 Rahim Halizah Hafizah

ii) Jadual Pertandingan D

14
C

4.0 PENGHAKIMAN DAN SISTEM PERTANDINGAN

1. Peserta mestilah bertanding mengikut kumpulan yang telah ditetapkan.


2. Masa yang diperuntukkan adalah singkat.
3. Pemain yang tidak mematuhi peraturan akan disingkirkan
4. Keputusan hakim adaklah muktamad. Sebarang ketidakpuashatian tidak akan
dilayan.
5. Sistem pertandingan adalah sistem kalah mati

15
KESIMPULAN

Permainan ketingting yang tergolong dalam permainan luar rumah yang sesuai
untuk perkembangan rohani dan jasmani seorang kanak-kanak. Ciri-ciri permainan
ketingting yang menggunakan gerakan otot mampu melahirkan badan yang sihat dan
otak yang cerdas.

Gerakan ‘lompatan’yang menguji kemahiran mengawal keseimbangan badan


boleh menjadikan seorang kanak itu cergas dan aktif. Secara tidak langsung, sifat
keyakinan diri dapat disemai di jiwa kanak-kanak supaya mereka percaya akan
kemampuan diri.

16
Mengawal gerakan badan dan mematuhi peraturan yang diamalkan di dalam
permainan ketingting ini boleh mendidik seseorang kanak-kanak mendisiplinkan diri
apabila berada di rumah dan juga tempat-tempat awam.

Persaingan memonopoli ‘rumah’ dalam permainan ketingting merupakan satu


budaya yang sihat. Sikap bersaing ini akan melatih kanak-kanak agar sentiasa gigih
berusaha untuk mencapai keinginan atau matlamat mereka dengan cara yang adil dan
betul.

Di samping itu, permainan ketingting juga melahirkan interaksi sosial di kalangan


kanak-kanak yang berasal dari pelbagai budaya dan keturunan yang berbeza. Secara
tidak langsung, interaksi ni mengeratkan perpaduan kaum di kalangan masyarakat
majmuk di negara kita.

Semoga permainan ketingting ini akan terus dipelihara di kalangan generasi


muda agar khazanah warisan kebudayaan Melayu ini akan kekal sebagai jati diri
bangsa yang disanjungi.

RUJUKAN

http://wwwmaribelajar.blogspot.com/2008/09/ketingting.html

http://www.penangmalays.my/bm/index.php?option=com_content&view=article&id=70&Itemid=94

http://malaysiana.pnm.my
http://www.scribd.com/doc/37701764/Permainan-Teng-Teng

http://paichorwan-tradisional.blogspot.com/2010/08/teng-teng-ketingting.html

Nani Nenon, Permainan, Lagu & Puisi Kanak-kanak Siri Prasekolah. Pahang.

17
Publication sdn.bhd. 2005

BORANG PEMARKAHAN PERMAINAN TRADISIONAL KETINGTING

BIL NAMA PESERTA JUMLAH RUMAH YANG DIMILIKI


.
1.
2.
3.
4.

18

You might also like