PENGHARGAAN

Alhamdulillah,kami bersyukur kepada Allah S.W.T yang memberikan taufik dan hidayahNya kerana dapat menyiapkan tugasan ini. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Ustazah Afifah bt. Abu Bakar selaku pensyarah bagi matapelajaran Pengajian Agama Islam kerana memberi sokongan, panduan dan tunjuk ajar yang amat berguna.Terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan sekelas yang telah membantu kami memberi bahan-bahan rujukan sehingga saya dapat menyiapkan tugasan ini. Semoga segala usaha ini akan meningkatkan penguasaan ilmu dan penghayatan serta mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.

1

PENGENALAN Setiap guru, khususnya guru Pendidikan Islam perlu meghayati etika keguruan Islam. Ini kerana etika tersebut dapat mengikat diri dalam usaha memberi komitmen terhadap tugas yang wajib dilaksanakan.

Guru Pendidikan Islam yang unggul ialah guru yang perlulah mempunyai ciri-ciri yang positif . Guru sepatutnya sedar mereka adalah mudarris, mu`allim, murabbi, muaddib mursyid dan da`i dalam usaha mendidik generasi masa kini. Guru yang mempunyai keperibadian yang baik akan meninggalkan kesan yang positif dalam diri muridmuridnya. Meskipun kini terdapat pelbagai bentuk pembelajaran seperti pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran secara on-line dan multimedia serta mempunyai pengaruhnya yang besar, namun ia tidak dapat menafikan status dan peranan utama guru dalam pembentukan sahsiah murid. Alat teknologi moden/pasca moden walau bagaimana canggih sekalipun tidak dapat mengambil peranan guru. Faktor manusia tetap diperlukan dalam proses pembentukan dan pematangan sahsiah murid. Sebab itu banyak kajian dibuat tentang sifat-sifat yang perlu ada pada seorang guru yang baik dan berkesan dalam pengajaran mereka untuk memastikan objektif pada hari tersebut tercapai .

PENGERTIAN ETIKA

Menurut Kamus Dewan (1995) bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Manurut Kamus Oxford (1994) pula ia bermaksud prinsip moralatau set prinsip moral. Dari persepktif Islam pula , etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah hasil dari ketakwaan kepada Allah. Etika boleh dianggap sebagai satu disiplin yang menilai betul atau salah. Etika bergerak selari dengan akauntabiliti/tanggungjawab sebagai pekerja dan kakitangan. Akauntabiliti setiap pegawai dan kakitangan kerajaan ialah untuk mengikuti dan patuh kepada arahan dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

2

Seorang guru Muslim hendaklah sentiasa memantapkan keyakinan dan keimanan kepada Allah di samping mengukuhkan hubungannya yang berterusan denganNya. Kod etika berkenaan memperincikan secara khusus sifat dan ciri tertentu yang menjadi garis panduan guru-guru muslim khususnya guru pendidikan Islam yang baik personaliti mereka. v. terhadap ilmu. Guru Muslim mustahak menghayati rasa khusyuk. Tergolong dalam kelompok guru pendidikan Islam (Guru Agama /Ustaz) yang mempunyai sahsiah yang baik juga ialah guru pendidikan Islam yang mengamalkan etika keguruan Islam yang standard. Guru Muslim hendaklah bersyukur kepada Allah di samping selalu berdoa kepadaNya dengan membaca ayat-ayat Allah dan merendahkan diri ke hadratNya. iltizam semangat berbakti dan beramal soleh hendaklah menjadi amalan harian. Sifat istiqamah. Guru Muslim hendaklah prihatin untuk sentiasa mengagungkan syiar agama Islam dan berusaha ke arah mendaulatkan syariat Islam. terhadap profesion. terhadap murid. menghindari laranganNya dan menyempurnakan segala hak dan tanggungjawab yang berkaitan dengannya. ii. terhadap masyarakat dan negara. Ustaz Abdul Ghani Shamsudin bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya. vi. terhadap rakan sejawat dan terhadap ibu bapa pelajar serta masyarakat dan negara. terhadap diri. 3 . takut dan harap kepada Allah. Guru Muslim mesti melaksanakan kewajiban agama.ETIKA KEGURUAN ISLAM Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap pencipta (Allah). iv. iii. telah merumuskan Etika Kerguruan Islam sebagaimana berikut: a) Tanggungjawab Terhadap Allah Etika guru muslim terhadap Allah ialah seperti berikut: i.

perawakan dan tempat tinggal. v. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur. 4 . iii. masyarakat dan negara. iii. Memahami kekuatan dan kelemahan diri untuk boleh dimanfaatkan serta ditingkatkan dari segenap aspek. Melibatkan diri dengan program dan agenda yang boleh meningkatkan kualiti profesion sebagai seorang guru. vi. sama ada dari aspek fizikal. mental mahupun moral. ii. Prihatin terhadap kebersihan diri. iv. c) Tanggungjawab Terhadap Ilmu i. Prihatin untuk mengamalkan dan mengembangkan ilmu yang dipelajari. iii. ii. Dari semasa ke semasa guru Muslim hendaklah menelusuri sudut atau dimensi spirituality Islam dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan Sentiasa memanfaatkan ilmu untuk tujuan kemanusiaan. iv. Guru muslim hendaklah memastikan keselamatan diri sendiri. ii. Sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terbaru dalam pengajaran ilmu yang berkaitan.b) Tanggungjawab Terhadap Diri i. Meningkatkan kesejahteraan diri agar dapat berkhidmat selama dan sebanyak mungkin kepada Allah. v. emosional. Seorang guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. Memastikan penguasaan ilmu takhassus secara mantap dan mendalam. kesejahteraan dan keamanan umat manusia sejagat d) Tanggungjawab Terhadap Profesion i. Beriltizam dengan amanah ilmiah. pakaian.

Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu di kalangan pelajar dan memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani. warna. xii. Dia tidaklah harus bertingkah laku terhadap para pelajarnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan. Dia haruslah menumpukan perhatian dan pengajaran untuk semua pelajar tidak kira bangsa. ix. daya cipta dan rohani. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap pelajarnya. vii. tempat asal keluarga. intelek.iv. xiv. v. agama. agama atau kepercayaan. intelek. vi. Dia haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkah laku para pelajar ke arah matlamat-matlamat yang diterima oleh masyarakat. Kepentingan para pelajarnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur. x. Dia harus menghormati hak setiap pelajar supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri para pelajar tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan. xiii. Seorang guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. jantina. persatuan atau persendirian. bahasa. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. kepercayaan politik. akademik dan statusstatus lain. xi. 5 . Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar tidak kira bangsa. viii. Tanggungjawab utama seseorang guru ialah terhadap pelajarnya.

Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap pelajar. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada para pelajarnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama. xvii. xxiii. xiv. xv. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama. xiii. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan pelajar. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan pelajar. xxi. masyarakat awam atau negara.xii. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama. xvi. 6 . xx. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap pelajar. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya. masyarakat awam atau negara. xviii. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan pelajar. xix. xxii. masyarakat awam atau negara. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya.

Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesarmembesarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan. xxv. Dia tidaklah harus memaksa kepercayaan keagamaan. masyarakat awam atau negara. Guru muslim hendaklah lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar dari hal-hal lain. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan). xxxi.xxiv. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap pelajar. xxvi. e) Tanggungjawab Terhadap Pelajar/Murid i. xxix. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama. ii. xxxiii. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya. xxxii. xxvii. xxxiv. Bersikap adil terhadap setiap seorang tanpa mengira faktor-faktor 7 . politik persendirian terhadap para pelajarnya. Dia tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain. Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa para pelajar atau ahli-ahli masyarakat dalam menjalankan tugas-tugas profesionnya. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan pelajar. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada para pelajarnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian. xxx. xxviii.

f) Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat i. iv. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian. vii. sosial. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru. vi. keturunan dan agama. mental. mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya. lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas. ii. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. persidangan. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam kelas sendiri atau dalam mata-mata pelajaran yang diajar dalam kelas tanpa sebarang bayaran. persidangan. mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya. v. ekonomi. Menampilkan suatu cara pakaian. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam kelas sendiri atau dalam mata-mata pelajaran yang diajar dalam kelas tanpa sebarang bayaran. v. 8 . Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan kemajuan ikhtisas dan sosial. iii. iv. politik. emosi. lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas. Guru muslim hendaklah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa. pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.jasmani. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian. iii.

menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan. iv. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warga negara yang taat setia. v. kebudayaan dan kecend ikiawanan masyarakat. iii. ii. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga. ataupun yang boleh bertentangan dengan Rukunegara. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. iv. masyarakat atau negara. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 9 . vi. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan harian dengan baik. Mengelakkan diri daripada meyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar. bertanggungjawab dan berguna. ii. institusi pendidikan dengan masyarakat. iii. dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. h) Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa i.g) Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara i. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa. keturunan dan agama. Menghormati masyarakat tempat mereka berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan tahap kehidupan morality.

guru perlu sedar dan mengenal dirinya sebenar. khususnya guru-guru Pendidikan Islam. Surah al-Baqarah ayat 31 menerangkan penggunaan kalimah mu`allim yang membawa makna mengajar perkara yang benar:                10 . Mengelakkan diri daripada penggunaan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.v. perlu mengukuhkan lagi peranan mereka masing-masing. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka. Salleh. da`ie dan sebagainya yang menunjukkan kepelbagaian peranan seorang guru yang BAIK. Berikut dijelaskan secara ringkas maksud kepelbagaian peranan seorang guru Pendidikan Islam yang baik itu : Guru seba gai Mu 'allim Mu'allim adalah kata nama pelaku (Isim Fa’il) yang muncul dari kata terbitan/masdar ta'lim (pengajaran yang benar). Ahmad Mohd. muaddib.tidak mencapai matlamat pengajaran. mudarris. vi. Kategori peranan guru Pendidikan Islam terbahagi kepada lima kategori berikut: Apabila menceburi diri bidang perguruan dan pendidikan. Oleh itu. PERANAN GURU PENDIDIKAN ISLAM Guru adalah agen pendidikan yang berkesan (Muhammad Uthman el-Muhammady. 1991 dIm. murabbi. jika guru yang mengajar bukannya guru yang berkesan bermakna apa yang disampaikan/diajar tidak akan difahami murid . seperti mu’allim. guru boleh diterjemahkan dengan berbagai istilah. mursyid. Mu`allim ialah guru yang mengajar ilmu yang benar. Dalam bahasa Arab. Walau sebaik mana pun sesuatu sistem pendidikan itu. 1997). guru.

Sebaliknya. guru perlu menguasai ilmu sebagaimana berikut: i) Ilmu Bidang: ialah ilmu yang kita dianggap pakar dalam bidang ber kenaan dan it ulah ilm u y ang k it a ajar k an k epada or ang lain.Maksudnya: “Dan Dia (ALLAH) mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya. Nor Wan Daud. Didalam sistem pendidikan sedia ada. beriman. dan sukakan kebendaan. Oleh itu. Mengenai perkara ini. 2001). Saedah Siraj (2001) mengatakan bahawa seorang individu yang tahu menggunakan dengan baik dan betul unsur-unsur kemanusiaannya akan dapat mengawal unsur-unsur kehaiwanan yang ada dalam dirinya. al-Ta'lim bermaksud: Mengajar. Dalam hal ini. dalam pembangunan bangsa yang berasaskan ilmu pengetahuan dewasa ini. dan pada masa yang sama manusia mempunyai sifat mereka sendiri seperti berakaI. para guru perlu memperkemaskan lagi peranan mereka dalam memberi ilmu kepada murid. 1991). ilmu ini akan dijadikan panduan oleh murid dan juga perisai kehidupan untuk mengawal unsur-unsur kehaiwanan yang secara semulajadi ada dalam diri manusia (termasuk murid) dan juga meningkatkan akhlak mereka. maka perbuatan. Manusia sememangnya memiliki sifat-sifat yang turut dimiliki oleh haiwan antaranya hawa nafsu. iaitu menjadikan seseorang individu memiliki ilmu pengetahuan dan proses tersebut berlaku secara berperingkat-peringkat. maka ilmu agama lah bidang 11 . jika seseorang itu tunduk kepada seluruh unsur haiwan yangada di dalam dirinya. pemikiran serta rohnya juga adalah sama tarafnya dengan haiwan. kelakukan. guru. Ini kerana. maka ia akan menjadi manusia sebenar dengan memiliki akhlak yang mulia. mereka juga berperanan sebagai mu'allim.” Menurut Tengku Ghani Tengku Jusoh (2002). bermusuhan. Kemudian mengemukakannya kepada para malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu golongan yang benar. tambah beliau. perlu memberi tumpuan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan (Wan Mohd. bijaksana dan sebagainya (Saedah Siraj. Al-Ghazali mengatakan ta'lim adalah proses menguasai ilmu yang meningkatkan manusia daripada taraf haiwan kepada taraf manusia. selain berperanan membentuk akhlak murid. Dinisbahkan kepada guru Agama.

Guru memerlukan ilmu yang berkaitan dengan pengajaran. dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru sewajarnya mempunyai niat yang ikhlas. mengajar bukan untuk mendapat upah atau pun apa-apa ganjaran di dunia. termasuk mengetahui haram halal dan sebagainya. Guru pun demikian juga.kita. Selaku mu'allim. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. sebaliknya. kepimpinan. sebaliknya bertujuan mendekatkan diri kepada Allah. iii) Ilmu Alat pula bermaksud ilmu yang perlu bagi menjalankan tugas dengan lebih sempurna. Ini semua memerlukan ilmu agama khasnya yang bekaitan dengan amanah dan tanggungjawab. solat. meyakininya dengan penuh bermakna. perkaedahan. pedagogi. Adakah mengajar sahaja atau ada kerja-kerja lain yang perlu dilakukan. bahasa dan lain-lain. Seorang peniaga harus mengetahui apa perkara yang boleh diperniagakan dan apa yang dilarang oleh Islam. ii) Ilmu Fardhu Ain: bukan berkmaksud hukum-hukum bersuci. zakat dan haji. tidak memandang remeh ke atas ilmu yang disampaikan. Kerani misalnya memerlukan kemahiran menaip. simpan kira dan lain-lain. Imam alGhazali menekankan supaya para guru mengajar dengan niat untuk menyelamatkan para muridnya daripada seksaan api neraka. Sebagai pegawai apa yang perlu ia lakukan terhadap pejabatnya dan orang yang di bawahnya. Demikianlah dengan pelajaran lain. Jika tidak dilakukan seperti yang ditetapkan apa akibatnya. penilaian. Ini juga berdasarkan kepada bidang masingmasing. memberi rangsangan motivasi kepada para murid dan memaharni kaedah-kaedah pengurusan bilik darjah yang berkesan untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. puasa. maka pengetahuan sainsnya mesti baik. ia tidak dapat menyampaikan pengajarannya dengan baik dan berkesan serta tidak dapat menjawab persoalan yang dikemukan oleh murid kepadanya. prinsip-prinsip pengajaran. Fardhu Ain di sini bermksud ilmu tentang tanggungjawab setiap orang Islam. 12 . Sekirannya guru tidak menguasai bidangnya sendiri. sosiologi. Ini ialah Asas Fardhu Ain. mengetahui dasar-dasar pendidikan dan strategi mengajar yang berkesan. Justeru guru agama mesti dalam pengetahuannya tentang agama serta permasalahannya dan mantap kefahamannya. Jika guru sains. iaitu psikologi. memberi perhatian kepada murid yang lemah dalam muridan.

pendidikan Islam adalah lebih tepat berorientasikan kepada istilah ta'dib. mengatakan bahawa ta'dib adalah: “ Proses mendisiplinkan kedua-dua aspek spiritual dan fizikal manusia. guru Pendidikan Islam perlu berusaha meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan. kepercayaan dan niat seseorang.proses ini melibatkan menahan nafsu dan disiplin yang tinggi (riyadah). Terdahulu. Ahmad. menghadiri kursus. 1997). Berhubung perkara ini. 1986. dan proses ini juga melibatkan penguasaan ilmu pengetahuan. Rasulullah saw mengatakan bahawa Allah swt sendiri yang telah mendidik baginda dengan sebaik-baik pendidikan. yang turut melibatkan perkataan. Ini kerana peranan guru yang paling menonjoI. mesyuarat. adaIah sebagai muaddib. Beliau menggunakan perkataan ta'dib untuk menjelaskan erti pendidikan. mewujudkan ciri-ciri tamadun Islam di dalam dan di luar sekolah. Wan Bakar Wan Dagang (1991) menambah. Syed Muhammad Naquib aI-Attas (1986) lebih menekankan peranan guru sebagai muaddib berbanding murabbi dan mu'allim. dan perubahan sahsiah bertujuan mencapai akhlak yang mulia . menurut beliau. Zawawi Hj. Menurut beliau. cintakan agama. sentiasa memelihara dan meningkatkan kecekapan ikhtisas dalam bidang perguruan sama ada melalui pengkajian. Guru sebagai Muaddib Salah satu peranan utama guru adalah bertindak sebagai mua'ddib (Syed Muhammad Naquib al-Attas. seminar dan lawatan (Ahmad Mohd Salleh. persidangan.” 13 . perbuatan. sentiasa mencari pendekatan pengajaran yang boleh menimbulkan minat murid serta menanam minat dan penghayatan terhadap agama. 1992). al-Ghazali dalam menghuraikan konsep ta’dib oleh guru.selain mengamalkan ilmu yang disampaikannya kepada murid.

Oleh kerana itu. menurut Abdul Raof Dalip (1985. sebagai mua'ddib. 14 . ii. Menurut Husain Mazhahiri (1993).bukan kerana inginkan balasan kebendaan (wang. Bagaimana pun. Individu-individu tertentu yang dekat dengan Allah seperti nabi dan rasul tidak pernah. tidak bermakna guru tidak boleh menerima ganjaran daripada usaha mereka. pangkat) dan penghormatan masyarakat tetapi semata-mata bertujuan untuk mendapat keredaan Allah. walaupun sekali. Husain Mazhahiri (1993) dan Ibrahim Amini 2001) mengatakan dalam soal menerima balasan kebendaan (ganjaran-upah-gaji) dalam proses mendidik murid. Ini kerana menyampaikan sesuatu kebenaran ataupun ilmu Allah merupakan tugas dan tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh individu-individu yang berilmu. dan bukan hanya dengan diberi ganjaran barulah mereka mahu melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka. Menaikkan semangat murid serta menimbulkan minat mereka untuk mempraktiskan ajaran agama sehingga menjadi kebiasaan kepada mereka. mengharapkan sebarang balasan kebendaan apabila menyampaikan sesuatu kebenaran ataupun ilmu Allah. guru wajib memiliki sejumlah sifat-sifat terpuji. Apa yang perlu difahami di sini ialah kemuncak matlamat kerja yang dilakukan seharusnya tidak diukur berdasarkan kepada pencapaian kebendaan (berapa tinggi ganjaran yang diterima) kerana ini akan membahayakan peningkatan diri dari aspek spiritual. Mendedahkan dan memahamkan murid mengenai jenis-jenis ibadah yang wajib dilaksanakan. Ibrahim Amini (1997) dan Abdullah Nasih 'Ulwan (2002). dan iv. dan sifat terpuji yang paling utama adaIah zuhud dalam proses mendidik . Menanamkan kepercayaan yang benar di dalam jiwa murid. kualiti pengajaran guru-guru (yang mengajar sesuatu ilmu bertujuan hendak memperoleh balasan kebendaan-ganjaran-upah-gaji) akan menurun apabila mereka tidak menerima ganjaran tinggi yang mereka harapkan. iii. Dari aspek kualiti pengajaran pula.Abdullah Nasih 'Ulwan (2002) mengatakan guru-guru dalam kategori ta'dib perlu sedar dan insaf bahawa mereka sebenarnya menjadi ikutan dan teIadan murid. 1993) . guru-guru tersebut perIu: i. Menanam dalam dirinya dan juga muridnya rasa cinta dan taat kepada Allah. kemuliaan individu yang berilmu di sisi Allah akan tercemar apabila mereka mengajar sesuatu ilmu bertujuan hendak memperoleh balasan kebendaan (ganjaranupah-gaji).

bersikap merendah diri dan tahu mengambil hati orang lain. Guru seba gai Mudarris Mudarris bermaksud guru yang mengajar dan menyampaikan maklumat kepada orang lain. ini juga akan membahayakan pencapaian murid kerana. 1997) mengatakan para guru perlu menjaga kehebatan dan kehormatan diri mereka pada pandangan masyarakat. dan kualiti spiritual murid di sisi Allah terjejas apabila kemuliaan guru-guru mereka tercemar di sisi Allah. Pembersihan atau penyucian diri . Menurut Husain Mazhahiri (l993) dan Ibrahim Amini (2001) sifat-sifat terpuji mua'ddib yang lain adalah. Guru juga tidak boleh melibatkan diri dalam suasana yang boleh menjatuhkan maruahnya sama ada dalam cara berpakaian. Guru ini boleh jadi orang Islam dan bukan Islam. Perkara yang diajar boleh jadi yang baik atau pun tidak baik. demikian juga yang mengajar ilmu salah atau ajaran sesat.Selain dari itu. 1993). Bagaimanapun dalam kontek perbincangan kita ialah guru adalah mudarris yang menyampaikan ilmu yang benar yang sesuai dengan peranan guru seterusnya iaitu guru juga sebagai mu`allim. murabbi dan mua'ddib. para guru pendidikan Islam adalah individu-individu yang sangat berpengaruh dalam pembentukan akhlak murid (Abdul Raof Dalip. hasad. perbuatan atau percakapan. Dalam soal ini. Ini boleh dilaksanakan dengan menjaga peribadi. memakai pakaian yang bersih) dan berperibadi mulia. Muhammad Uthman el-Muhammady (1991 dIm.para pendidik perlu membersihkan jiwa mereka dari segala bentuk kekotoran (dosa) seperti riak. 15 . selain para guru perlu memiliki kebersihan lahiriah (antaranya makan makanan yang suci dan bersih. boleh jadi yang taat atau yang tidak taat. Guru Pendidikan Islam perlu menjadikan diri mereka sebagai sumber teladan utama kepada para murid kerana selain berperanan sebagai mu'allim. kualiti pembelajaran menurun apabila kualiti pengajaran guru menurun. 'ujub dan pemarah. menjaga kebersihan diri. Semua mereka ini termasuk dalam kategori mudarris.Ahmad Mohd Salleh. Kalau dia orang Islam. Yang mengajar ilmu sihir pun mudarris.

dan iv. Mengutamakan keselamatan dan kebajikan murid. Merahsiakan maklumat sulit murid kecuali kepada yang berhak. Menjaga disiplin murid dengan menggunakan “Pendekatan Mencegah dan Menegur Secara Baik” terhadap perlakuan maksiat dan juga menggalakkan perlakuan makruf secara kasih sayang. ii. Peranan guru Pendidikan Islam sebagai murabbi melibatkan proses mendidik. iii. iii. Bagi Ahmad Mohd Salleh (1997) pula. danekonomi. Menyayangi murid dan memperlakukan mereka seperti anak sendiri. mendidik. Bersedia membimbing murid serta menunjukkan cara berpakaian. memelihara. mengembangkan. sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil” . tarbiyyah (pendidikan). pertuturan dan tingkah laku sebagai contoh yang baik kepada murid. antara ciri-ciri guru murabbi adalah: i. kasihilah mereka keduanya. Sentiasa menasihati murid dalam segala hal termasuk pembelajaran dan perlakuan mereka. 16 . Bersikap adil terhadapmurid tanpa mengira latar belakang keluarga. keupayaan akademik. Antara ciri-ciri guru-murabbi menurut al-Ghazali (tt) adalah: i.Guru sebagai Murabbi Murabbi berasal daripada kata terbitan. memelihara dan membentuk murid sehingga wujud rasa kasih sayang dan saling percaya mempercayai antara mereka. ii. Hasan Langgulung (1995) merujuk perkataan tarbiyyah dalam Al-Qur 'an: Surah Al-Isra` ayat 24:                   Maksudnya : Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku. menyuburkan dan membesarkan. Tengku Ghani Tengku Jusoh (2002) mengatakan tarbiyyah adalah mencurahkan kasih sayang.

perkataan mursyid bererti orang yang memberi petunjuk . Abdul Halim Muhammad (2003) mengaitkan antara Giri-Giri mursyid dengan peri bahasa "melentur buluh biarlah dari rebung" dan hadis Rasulullah saw yang menyarankan supaya mendidik anak mengerjakan solat seawal usia tujuh tahun. 17 . Aku tiada meminta harta benda kepada kamu (sebagai upah) bagi seruanku. Ini juga menunjukkan peranan seorang individu yang memberi petunjuk atau seorang individu yang menunjukkan hidayah (petunjuk) kepada murid adalah bertepatan dengan tujuan profesion keguruan Pendidikan Islam itu sendiri. Mursyid adalah kata pelaku (isim fa`el). (Surah Hud:29) Berdasarkan dua ayat Al-Qur' an di atas. Sesungguhnya mereka akan bertemu dengan Tuhannya. Nasih 'Ulwan (1989) memetik ayat Al-Qur'an yang ada kaitannya dengan sifat-sifat mursyid guru Pendidikan Islam antaranya:                               Maksudnya: Dan (Dia berkata): "Hai kaumku. akan tetapi aku memandangmu suatu kaum yang tidak mengetahui". 1994) dan Ibrahim Amini (2001) mengatakan bahawa pendidik yang telah berjaya membimbing muridnya dan berjaya menghidupkan roh mereka adalah satu kejayaan yang sangat besar kerana dapat membentuk golongan murid yang berakhlak mulia khususnya dan masyarakat amnya. Upahku hanyalah dari Allah dan aku sekali-kali tidak akan mengusir orang-orang yang telah beriman. guru yang mursyid ialah guru yang sedia menjadi seorang penasihat yang ikhlas. Hussain Mazhahiri (1993. Ini sinonim dengan perkataan [ahda] yang bermaksud memberi petunjuk. murabbi. Berhubung dengan peranan guru sebagai mursyid . Ini bermakna.Guru sebagai Mursyid Mursyid dari perkataan [arsyada]. mu'allim dan mua'ddib. ikhlas adalah sifat yang paling utama bagi seorang mursyid. Dengan itu.

mereka perlu menyediakan diri sebagai qudwah hasanah (model terbaik) kepada murid kerana sifat tersebut adalah salah satu daripada sunnah Rasul dengan Rasulullah saw sebagai modelnya yang terbaik. bahkan tercetak dalam jiwa dan perasaan suatu gambaran pendidik tersebut. Hal ini akan lebih memudahkan proses pemebentukan sahsiah murid.” Sehubungan itu. contoh teladan yang baik bagi kamu (iaitu) bagi orang yang men gharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.a. Ini maknanya guru bukan sahaja menyampaikan pelajaran. Dengan erti kata lain guru perlu berusaha membentuk diri sebagai contoh terbaik kepada anak muridnya. murabbi. tetapi juga mengajar dan mengajak muridnya melakukan kebajikan dan meninggalkan kejahatan. baik dalam ucapan atau perbuatan. 0leh kerana itu. disedari atau tidak. 18 . mua'ddib mahupun da 'i. diketahui atau tidak diketahui. kerana baginda telah dinobatkan oleh Allah sebagai contoh terbaik (model terbaik) untuk seluruh umat manusia sebagaimana Firman-Nya dalam Surah Al-Ahazab ayat 21:                  Maksudnya : “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah s. baik material atau spiritual. Hal ini kerana pendidik adalah contoh terbaik dalam pandangan anak.w. Dengan itu guru haruslah terdiri daripada orang yang melakukan kebajikan dan menjauhi diri daripada segala bentuk kemungkaran yang boleh menjatuhkan martabatnya. sepertimana yang disepakati juga oleh pakarpakar pendidikan.Guru seba gai Da`ie: Da`ie : bermakna orang yang mengajak orang lain berbuat kabajikan.w.a. yang akan ditirunya dalam tingkah lakunya. Guru perlu berusaha sedaya upaya mencontohi peribadi Rasulullah s. spiritual dan sosial. Nasis 'Ulwan (2002) mengatakan: Keteladanan dalam pendidikan adalah metod berkesan yang paling meyakinkan keberhasilannya dalam mempersiapkan dan membentuk anak di dalam moral. tidak boleh tidak. tidak kira sama ada guru berperanan sebagai mu 'allim.

Kerajaan wajar peka dengan keperluan persekolahan dan pembelajaran generasi baru yang semakin canggih dan pelbagai. Ibu bapa harus ikut serta dalam memudahkan kerja guru-guru di sekolah. Pengajaran guru sama ada berkesan atau tidak bergantung kepada beberapa faktor yang berkaitan degan proses pengajaran guru dan pembelajaran murid. Guru-guru pendidikan Islam haruslah terdiri dari orang-orang yang benar-benar memahami.RUMUSAN “Etika Keguruan Islam” dan “Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia” adalah saling berkait. menghayati dan memperjuangkan cita-cita Islam yang syumul dan merangkum. Tanpa kerjasama semua pihak proses pendidikan tidak akan berjaya menghasilkan generasi yang baik. Kalau kedua-duanya dipatuhi dan diamalkan akan membantu keberkesanan pangajaran guru. Guru berhadapan dengan kenakalan remaja yang semakin serius. Dengan keikhlasan dan semangat Islam yang membara guru dapat mengatasi kekurangan alat teknologi untuk menghasilkan keberkesanan pengajaran mereka. Meskipun ciri dan sahsiah guru yang baik telah dicapai namun itu tidak pula bermakna pengajaran mereka dengan sendirinya berkesan. Keberkesanan bermaksud pengajaran guru berkenaan mencapai puncak matlamat yang digariskan. Masyarakat juga mustahak memainkan peranan sebagai pemangkin kejayaan guru dan murid dalam pembelajaran mereka. Cabaran yang dihadapi oleh para guru dalam mengajar murid-murid zaman ini bukanlah suatu yang mudah. 19 .

Pendidikan Islam Malaysia. Ismail Abd. Al-Syaibany. Ahmad Mohd. Pedagogi dan Metodologi Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Pustaka Nasional Singapura. Sejarah Perkembangan Pelajaran Dan Pendidikan Islam Al. . . Jakarta: Bulan Bintang. Salleh (1997) Pendidikan Islam: Falsafah. Bhd.Salleh. Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran Kuala Lumpur : Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri. Kuala Lumpur. Kursus ikhtisas guru-guru Agama Islam Kementerian Pendidikan Malaysia. Peranan guru agama dalam pendidikan. (1995) Pendidikan Islam Dan Peralihan Paradigma Kuala Lumpur: Pustaka Aman. Asas Dinamika Guru. Kementerian Pendidikan Malaysia.Disember 13).BIBLIOGRAFI Abdul Raof Dalip (1985). Selangor: Penerbit UKM. Abdul Raof Dalip (1993). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. Rahman (Ed). ( 1989). Pendidikan Islam menghadapi abad ke 21. Teknik pengajaran dan pembelajaran Pengetahuan Agama Islam di sekolah menengah . 1985. November 17 . Ahmad Mohd. . (2002). Abdullah Ishak. Hasan Langgulung (1991). Falsafah pendidikan Islam (Terjemahan: Hasan Langgulung ) . 1997 Kuala Lumpur: Pendidikan Islam.: . Syed. Bangi. Shah Alam: Hizbi Hasan Langgulung. Terjemahan Ahmat Semait. Abdullah Nasih Ulwan. Abdullah Basmih. Kuala Lumpur. DIm. Bahagian Pendidikan Islam. Prof Dr. Pendidikan Anak-anak Dalam Islam . Omar Muhamad al-Toumy (1979).Rahmaniyah. 20 .

21 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful