You are on page 1of 11

TAJUK : ULASAN DAN KRITIKAN ARTIKEL

(TUGASAN 1)

NAMA : INTAN SUKHAILA BT ISHAK

NO MATRIK : 210 107

NAMA PENSYARAH : DR. RAFISAH OSMAN


Tajuk Jurnal :Pembangunan dan Penilaian Bahan Pengajaran dan Pembelajaran

Berasaskan Web – Webquest bagi Mata Pelajaran ICT (Development and

Evaluation of Webquest for Information and Communication Technology

Subject)

1.0 PENGENALAN

Sejak awal 90 an lagi, proses pembelajaran dan pengajaran berasaskan web mula

mendapat perhatian di dalam dunia pendidikan di seluruh dunia. Kementerian Pelajaran

Malaysia juga turut membuat anjakan paradigma dalam bidang ini .Kesungguhan Kementerian

Pelajaran dapat dilihat apabila matapelajaran Teknologi Maklumat (MPTM) diumumkan untuk

ditawarkan di dalam peperiksaan SPM tahun2000 sebagai satu matpelajaran pilihan di dalam

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Untuk pendidikan generasi masa kini, berbagai bagai

penambahbaikan dalam bidang IT ini dapat dilihat dengan begitu pesat sekali. Pada masa kini ,

bukan sahaja matapelajaran ICT diperkenalkan, malah matapelajaran lain juga telah

menggunakan ICT sebagai salah satu kaedah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan.

Konsep web atau webquest adalah salah satu kaedah bagi mengakses maklumat ke arah

mempertingkatkan pengetahuan dan prestasi individu seseorang pelajar. Artikel tulisan

Norazah Mohd Nordin dan Ngau Chai Hong ini cuba menyingkap tentang bagaimana

pembangunan dan penilaian bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan web ini dapat

diterapkan dalam pembelajaran murid Tingkatan Empat. Ia juga menilai persepsi pelajar

terhadap bahan pengajaran yang dibangunkan dari aspek antara muka, isi kandungan struktur

-1-
pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan Webquest. Artikel ini juga memfokuskan

bagaimana sesutau ilmu pengetahuan boleh diperolehi di hujung jari dengan menjadikan

internet sebagai sumber utama untuk mendapatkan maklumat. Proses pembelajaran di bilik

darjah menjadi lebih efektif dan berkesan setelah pelajar terlebih dahulu menjelajahi

pengetahuan tersebut menerusi laman web pembelajaran di internet . Menurut Rahmad Sukor

Abu Samah dan Shukri Osman, jaringan World Wide Web telah membolehkan penyebaran dan

pencapaian maklumat ke seluruh pelosok dunia dan membolehkan institusi pendidikan seperti

sekolah menggunakan telekomunikasi internet bagi tujuan P&P pelbagai cara.

2.0 ISU-ISU YANG DIBINCANGKAN

Artikel ini telah mengutarakan satu pandangan bahawa P&P berasaskan web

merupakan satu konsep yang dapat mengintegrasikan teknologi maklumat dan komunikasi ICT

dalam sistem pendidikan. Ianya bertujuan memberi kemudahan kepada guru untuk

menuguruskan bahan pengajaran, menghasilkan suasana yang kondusif di dalam bilik darjah

dan melibatkan penyertaan daripada pelajar ke tahap yang paling maksimum. Dua perkara

yang menjadi isu utama di dalam artikel ini adalah :

2.1 Membangunkan suatu bahan pengajaran berasaskan web, Webquest bagi mata

pelajaran ICT Tingkatan Empat

2.2 Menilai persepsi pelajar terhadap bahan Webquest yang bertajuk Computer System

:System Concept ini samada ianya sesuai dan menarik untuk pembelajaran dan

pengajaran matapelajaran ICT

-2-
Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan pembelajaran dan pengajaran

berasaskan web . Dua pendekatan yang diperkenalkan dalam P&P matapelajaran ICT iaitu

belajar tentang ICT dan belajar dengan ICT. Pendekatan belajar tentang ICT digunakan dengan

tujuan menyediakan pengetahuan dan kemahiran asas ICT bagi membolehkan murid menjadi

pengguna yang berkesan. Pendekatan belajar dengan ICT pula menggunakan teknologi untuk

menyelesaikan masalah dengan tujuan menyediakan murid dengan ilmu yang membolehkan

mereka menyumbang kepada pembangunan teknologi.

Di dalam kajian ini juga telah diperkenalkan satu model mengintegrasikan penggunaan web

dalam aktiviti bilik darjah iaitu pendekatan WebQuest (Dodge 1995). WebQuest ini mempunyai

enam komponen iaitu :

1.Pengenalan-melancarkan latar belakang dan cabaran sesuatu masalah autentik; dengan

memaparkan maklumat menarik

2. Tugasan- penerangan umum tentang tugasan yang diberikan

3. Maklumat –satu set halaman web dimana pelajar boleh meneroka untuk meperolehi

maklumat dalam melengkapkan tugasan mereka

4. Proses- penerangan langkah demi langkah yang perlu diikuti pelh para pelajar dalam

melengkapkan tugasan mereka

5. Penilaian- menjelaskan criteria penilaian

6. Kesimpulan- memberikan secara menyeluruh rumusan Webquest.

-3-
Enam komponen ini telah dihuraikan secara terperinci melalui langkah –langkah yang

perlu dikuti dengan gambaran rajah untuk menunjukkan komponen yang terdapat di dalam

WebQuest. Kajian ini juga menekankan penggunaan WebQuest merupakan pendekatan

pembelajaran Konstruktivisme yang berasaskan web yang paling utama melibatkan pelajar. Ia

dapat meningkatkan komponen inkuiri ke peringkat yang lebih tinggi.

Menurut pengkaji ini, teknologi harus difokuskan untuk memperbaiki kualiti

keseluruhan, boleh mengakses data dengan mudah, cepat dan meluas serta melibatkan para

pelajar dengan menggunakan teknologi dalam P&P dengan secara meluas. Menurut artikel ini

juga, WebQuest merupakan satu strategi pengajaran dalam abad 21 dimana semakin ramai

murid-murid dilibatkan dalam proses P&P semakin banyak ilmu pengetahuan yang akan mereka

diperolehi. Secara amnya, pendekatan baru ini mengubah cara pengajaran guru dan

pembelajaran murid. Ianya membawa makna pembelajaran secara berkuliah, menyalin nota

dan menghafal fakta telah digantikan dengan kerja kumpulan secara koperatif, aktiviti secara

hands-on , penggunaan kemahiran manipulative, membangunkan models, videos,perisian

computer yang interaktif dan penyelidikan internet.

Artikel ini juga menyatakan pembelajaran melalui pendekatan journalistic murid-murid

diandaikan untuk memainkan peranan penyiasat, pemberita, pengarang dan sebagainya. Dalam

hal ini , guru menggunakan penilaian dengan member gred untuk objektif khusus yang telah

dicapai oleh murid sepanjang masa murid membuat tugasan.

-4-
Kajian ini dijalankan dalam dua fasa iaitu :

1. Fasa Pembangunan Sistem P&P berasaskan web-WebQuest

2. Fasa Penilaian WebQuest yang telah dibangunkan

Fasa Pembangunan Sistem P&P berasaskan web melibatkan prosedur Fasa Analisis, Reka

Bentuk, Pembangunan ,Implementasi dan fasa terakhir ialah Penilaian. Manakala Fasa Penilaian

WebQuest Yang telah dibangunkan dinilai dari aspek murid terhadap komponen seperti antara

muka WebQuest, isi kandungan dan struktur P&P. Data dikumpul daripada 2 buah sekolah yang

menawarkan mata pelajaran ICT.Data yang diperolehi daripada soal selidik dianalisis dengan

menggunakan program SPSS Version 11.5. Hasil dapatan daripada kajian ini menyatakan secara

keseluruhannya WebQuest ini sesuai dan menarik perhatian pengguna. Dinyatakan juga

bahawa WebQuest menyediakan kemudahan pengakses e pembelajaran dan dapat menarik

minat untuk mendapatkan maklumat tambahan dengan menggunakan pautan-pautan yang

disediakan.

3.0 ULASAN BERDASARKAN SATU MODEL PENGAJARAN-MODEL ASSURE

Bagi pendapat saya , kajian ini sangat selari dengan model pengajaran Assure.Ini adalah

kerana Model Assure digubal bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan

pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Model pengajaran Assure telah

diperkenalkan oleh Heinich, Molanda, Russell (1989) yang membawa maksud ‘memastikan

sesuatu berlaku.’

-5-
Singkatan akronim ASSURE membawa maksud:

A-Analyse learner( Analisis pelajar)-

Langkah pertama dalam pembangunan system pengajaran dan pembelajaran berasaskan

webquest adalah Fasa Analisis. Ini dapat dilihat melalui Rajah 2 (halaman 112) yang

menunjukkan proses ini menjalankan temubual dengan pelajar dan guru ICT.

S- State objective (menyatakan objektif)

Artikel ini menyatakan bahawa P&P berasaskan Web bertujuan memberikan kemudahan

kepada para pendidik menguruskan bahan pengajaran, menghasilkan persekitaran

pembelajaran yang efektif, serta melibatkan penyertaan aktif dikalangan pelajar.

S –Select, Modify or make Media ( pilih, baiki atau bina media).

Media yang bersesuaian dipilih berdasarkan objektif pengajaran. Pembinaan media yang baru

perlu dilakukan sekiranya media yang sedia ada tidak bersesuaian dengan objektif pengajaran .

Di dalam artikel ini dinyatakan satu model iaitu Webquest (Dodge 1995) telah dibina untuk

mengintegrasikan penggunaan web dalam aktiviti bilik darjah. Pendekatan ini merupakan

aktiviti inkuiri yang mengarahkan sebahagian atau kesemua maklumat diperolehi daripada

internet. Menurut Shahabudin Hashim, Dr Rohizani Yaakub dan Mohd Zohir Ahmad(2007),

teknik inkuri dapat mengembangkan kebolehan berfikir reflektif di kalangan pelajar sewaktu

menyenaraikan soalan-soalan yang perlu dicari jawapannya sebelum membuat kesimpulan

sesuatu perkara yang sedang disiasat.

-6-
U- Use media (menggunakan media).

Perancangan yang teliti bagaimana media itu digunakan mestilah dikenalpasti. Aktiviti yang

menarik dan memberi motivasi kepada pelajar juga perlu supaya pelajar merasa seronok.

Pembinaan aktiviti susulan dan pengayaan juga perlu dbuat. Di dalam artikel tulisan Norazah

dan Ngau Chai Hong ini dinyatakan bahawa system P&P Berasaskan Web-Webquest dibina

dengan pelbagai aplikasi unsur-unsur hipermedia seperti animasi, bunyi, grafik, hiperteks dan

warna yang menjadikan persembahan sistem lebih menarik. Rekabentuk hypermedia

berperanan memastikan pembelajaran boleh berlaku pada aras yang lebih tinggi separti yang

ditekankan oleh teori konstruktivisme. (Jamalludin Harun&Dr Zaidatun Tasir,(2003)

Melalui webquest juga, guru boleh memotivasikan kerja pelajar dengan mengarahkan inkuiri

iaitu mewujudkan senario misteri untuk menimbulkan minat pelajar mencari jawapan.

R- Require learner response (keperluan tindakan).

Tindak balas pelajar seperti membuat latihan hasil dari proses pembelajaran perlu wujud. Perlu

diadakan pengukuhan supaya tindak balas yang betul diperolehi. Contohnya di bahagian

Pengenalan, suatu situasi diwujudkan supaya murid dapat menyempurnakan suatu misi.

Sebagai pengukuhan pula,terdapat latihan tambahan dan bagi bahagian Tugasan disediakan fail

PDF untuk memudahkan pelajar mencetak latihan atau bahan-bahan maklumat. Bagi

melaksanakan tugasan ,pelajar juga disediakan bahagian Prosedur.

-7-
E-Evalute materials ( Menilai)

Menilai dan menyemak semula bahan yang telah digunakan. Melalui webquest, para guru

menggunakanpenilaian dengan memberi gred untuk objektif khusus yang telah dicapai oleh

pelajar sepanjang masa pelajar membuat tugasan. Bagi pelajar pula, dalam bahagian Penilaian

dinyatakan kriteria pemarkahan. Pelajar dapat membuat tugasan dengan membuat semakan

berdasarkan criteria tersebut. Aktiviti minda juga diwujudkan di bahagian Kesimpulan sebagai

satu ganjaran dan penanda aras samada tugasan berjaya dilaksanakan atau sebaliknya.

4.0 KRITIK

Saya berpendapat jurnal tulisan Norazah Nordin dan Ngau Chai Hong ini adalah teratur

dan berstruktur. Penyelidik menggunakan pendekatan penulisan ilmiah bercorak penyelidikan.

Ini memudahkan para pembaca mengikuti siri perbincangan ilmiah oleh penyelidik secara

berperingkat-peringkat. Bahasa yang digunakan sesuai dengan bahasa penyelidikan atau

bahasa ilmiah saintifik yang memerlukan penggunaan istilah-istilah tertentu dalam mengungkap

dan membicarakan penyelidikan yang dijalankan. Format penulisannya merujuk kepada format

Gaya APA. Walaubagaimanapun pembaca perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam

dalam bidang ICT untuk mencapai kefahaman tahap yang maksimum. Walaubagaimanapun

secara peribadi ,saya berpendapat kita tidak boleh memandang remeh terhadap kelemahan

yang terdapat didalam isu yang diketengahkan iaitu kecenderungan pelajar melakukan “salin

dan tampal dari web”. Sekiranya ianya tidak dibendung, proses pembelajaran tidak akan

berlaku.

-8-
5.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya artikel ini telah membuat satu anjakan paradigm kepada pembaca dari

segi persepsi tentang betapa perlunya ICT dalam kehidupan kita sehari-hari . Pendekatan

WebQuest yang dinyatakan secara jelas berfungsi sebagai rangka kerja yang boleh digunakan

oleh guru untuk pembinaan pembelajaran yang berpusatkan pelajar dengan menggunakan

internet ke tahap yang paling maksimum. Menurut Rosiadi Tajudin ,Mohd Faridzul Akmam

Zulkifli, Nor Aziah Zakaria, Nur Shahidatul Akmar Mohd Shahibi dan Rohaya Abdul Wahab

(2008), adalah wajar pembelajaran berasaskan web diperkenalkan di sekolah-sekolah di

Malaysia secepat mungkin supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus ICT yang begitu pesat

sekali. Kita tidak seharusnya tunggu sehingga semua infrastruktur telekomunikasi, perkakasan

dan perisian siap sebelum ianya diperkenalkan kepada pelajar kita. Perlu diingatkan juga

bahawa unsur Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK) perlu diselitkan secara bijak

dalam pembelajaran berasaskan web.

-9-
RUJUKAN

Jamalludin Harun& DrZaidatun Tasir(2003). “Multimedia Dalam Pendidikan”,PTS Publication


&Distributors Sdn Bhd.

Noraini Idris&Shukri Osman(2009) “Pengajaran dan Pembelajaran- Teori & Praktis”, Mc Graw-
Hill (Malaysia) Sdn Bhd.

Norazah Mohd Nordin & Ngau Chai Hong (2009), Pembangunan dan Penilaian Bahan
Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Web – Webquest bagi Mata Pelajaran ICT
(Development and Evaluation of Webquest for Information), Jurnal Pendidikan 34 (1).

Shahabuddin Hashim,Dr Rohizani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad (2007) “Pedagogi – Strategi
dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan”,PTS Professional Publishing Sdn. Bhd

http://www.docstoc.com/docs/55943287/model-assure dimuat turun pada 21 April 2011

http://www.scribd.com/doc/13969332/Pembelajaran-Berasaskan-Web
dimuat turun pada 30 April 2011

-10-

You might also like