You are on page 1of 10

.

PAN D U~A·N
."

"; ~

MENGENALI TANDA KEKURANGAN NUTRIEN MAKRO PADA TANAMAN MONOKOT DAN OIKOT

mUPEJABAT Jabatan Pertanian Malaysia Aras 7-17, Wisma Tani, Block 4G2, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62632 PUTRAJAYA. Tel: 03-8870 3000 Fax: 03-8870 3376 Laman Web: http://www.doa.gov.my

PANDUAN MENGENALI TANDA KEKURANGAN NUTRIEN MAKRO PADA TANAMAN MONOKOT DAN DIKOT

NO.Terbitan

BP 21.1/1-95/5R

PENDAHULUAN

Edisi Pertama 1995 Cetakan Pertama 1995

Semua maklumat dan bahan daripada terbitan ini boleh dirujuk dan digunakan dalam apa bentuk juga dengan syarat sumber rujukan dinyatakan dengan jelas.

Turnbuh-turnbuhan memerlukan cahaya matahari, karbon dioksida, air dan zat makanan (nutrien) untuk pembesaran, Terdapat berbagai-bagai jenis nutrien didalam tlsu tanaman tetapi hanya 16 jenis nutrien saha]a yang penting bagi pertumbuhan dan pengeluaran hasil. Nutrien ini boleh dibahagikan kepada nutrien makro dan mikro. Nutrlen makro terdiri daripada karbon (C), hidrogen (H),. oksigen (0), nitrogen (N), fosforas (P), kalium (K) kalsium (Ca), magnesium (Mg) dan sulfur (S). Nutrien mikro pula terdiri daripada ferum (Fe), zink (Zn), mang.an (Mn), kuperam (Cu), boron (8), molibdenum (Mo) dan klorin (CI). Kekurangan nutrien C, 0 dan H tidak tanaman kerana nutrienini mudah didapaf tumbuhan dari udara dan air. Nutrien berkemungkinan kurang pada tanaman Ca, Mg dan S. berlaku pada oleh tumbuhmakro ,yang lalah N, P, K,

Manuskrip terbitan ini disediakan oleh Cawangan Pengurusan Tanah . Konsep persembahan, suntingan, dan grafik o/eh Cawangan Komunikasi Pembangunan.

Kekuranqan nutrien rnakro rnemberi kesan kepada seluruh bahagian pokok dan tanda-tanda kekurangannya mudah dan jelas dilihat pada bahagian daun. Kekurangan nutrien makroselelunya.menyebabken perubahan bentuk dan warna pada daun-daun tanarnan. Pada peringkat awal selalunya seluruh atau beberapa bahagian bahagian permukaan daun akan' beruhah warna dad hijau kapada kekuningan (klorosis) dan seterusnya menjadi kering dan mati (nekrosls) bila keadaan teruk. 8ingkisan ini bertujuan memberi panduan mengenali tanda-tanda kekurangan nutrien makro pada tanarnan dikot dan monokot. Gambar-gambar kekurangan nutrien tanaman getah dan tanaman jagung serta padi digunakan sebagai contoh. Tanda-tanda yang sama akan kelihatan jika berlaku kekuranqan pada tanaman lain.

Diterbitkan o/eh: Jabatan Pertanian Semenanjung Kuala Lumpur

Malaysia

II

I. TANDA-TANDAKEKURANGAN ZAT .' MAKANAN MAKRO PADA TANAMAN DIKOT (GETAH) .

Nitrogen (N) Kekurangan nutrien N akan membantutkan per-tumbuhan pokok dan mengurangkan saiz kanopi tanaman getah. Tanda-tanda kekurangan mula terjadl pad a daun tua, terutamanya pada daun yang terdedah pada cahaya matahari. Warna daun akan berubah dari hijau pucat kepada kekuningan (Gambar1). Dalam keadaan yang teruk, tanda-tanda kekurangan juga akan berlaku pada daun-daun muda.
Gambar 1: Kekurangan N - Daun getah berubah warn a dari hijau ke hijau pucat dan seterusnya kepada kekuningan.

Fosforas (P) , Kekurangan P akan menyebabkan bahagian bawah daun getah berubah warna dari hijau kepada kuning gangsa (Gambar 2), bermula di bahagian hujung daun dan seterusnya merebak keseluruh bahagian daun. Perubahan warna inl terjadi pada daun seder-haria tua dan muda dan lebih jelas pada daun-daun yang terdedah pad a cahaya matahari. Kekurangan P juga akan menyebabkan keguguran daun getah. '

Gambar 2: Kekurangan P - Bahagian bawah daun getah menjadi kuning gangsa

II

Kalium (K) Pada daun getah, tanda-tanda kekurangan K selalunya terjadi pada daun tua yang terdedah pad a eahaya matahari. Dalam keadaan yang teruk, tandatanda kekurangan juga akan terjadi pada daun sederhana tua. Daun-daun ini akan menunjukkan tanda klorosis di bahagian hujung dan tepi daun dan seterusnya tanda-talida nekrosls akan terbentuk. (Gambar 3).

Gambar 3: Kekurangan K. - Tanda-tanda klorosis dan nekrosis terjadi dibahagian tepi dan hujung daun getah.

Kalsium (Ca) Kekurangan Ca akan memberi kesan pada daun muda dan. bahagian pucuk tanaman getah. Hujung dan tepi daun akan menunjukkan tanda-tanda leeur berwarna putih ke eoklat eerah. Keadaan yang teruk akan menyebabkan mati rosot pada bahagian pueuk (Gambar 4).

Gambar 4: Kekurangan Ca - Tanda-tanda melecur dibahagian hujung dan tepi daun getah

II

Magnesium {Mg}

~ ~ i.'

~,
'

daun bahaglan di antara urat-urat daun berrnula dati bahagian , tepi daun menjadi Kekuningan ". apabila mengalami kekuran'gan Mg (Gambar 5). Tanda-tandainl ter'JacHpada daun tua dan bermula pada daun-dall!1 yang terdedah pada cahaya rnataharl. Tanda kekurangan Mg ini juga dikenali sebagai "Herring-bone pattern".

Pada

~'e¥ah

Gambar 5. Kekurangan Mg - Warna kekuningan di antara urat-urat daun.

Sulfur (S)
. Tanda'kekurangan '$ pada daun a(f~lah serapa seperti tanda~tandakekur~l1gan N.'Perbezaannya ialah 'kekurantJafil S selah.inya berlakl:l pada daun muoa ..Pada dawngetah. tanda Klorosis dan nekrosis . bermula oJbahagian hujuryg dan tepi daun(lan seterusnya mere,bak kebahagian tengahd,aun. (Gambar 6~. Selufuh bahagian daun seteJusnY,a akanbertakarwarna kepada coklal kekuningan dan akhlrnya kei"ing.

Gambar 6: Kekurangan S - Daun berubah warna menjadi kuning dan tanda nekrosis terjadi bermula dibahagian hujung deun.

II

1. TANDA-TANDA

KEKURANGAN ZAT MAKANAN MAKRO PADATANAMAN MONOKOT (JAGONG/PADI)

Nitrogen (N) Kekurangan N pada tanaman jagung akan menyebabkan pertumbuhan tanaman terencat dan daun berwama kekunlnqan (klorosis). loi dilkutl oleh tanda-tanda nekrosis, bermula dari hujung daun. Tanda-tanda ini akan rnerebak ke bahagian . tulanq daun dan seterusnya ke semua bahagian daun. Daun-daun ini akan berubah warna menjadi . coklat dan akhirnya kering (Gambar 7).

Gambar 7: Kekurangan N - Tanda klorosis dan nekrosis bermula bahagian hujung dan tengah daun.

dari

Fosforas (P) Pertumbuhan tanaman jagung akah:ilt1~.rt:jantut _', . ~j n .t11. dengan kskuranqan P. Sahagian tepi 'ataU'se,luruh permukaan daun tua akan berubah warna m'eRjadi ~ngu (Gambar 8). -'
1 'j _.

,'

Gambar 8: Kekurangan P - Tepi atau seluruh permukaan daun berwama ungu.

Kalium (K) Tanda-tanda kekurangan K pad a tanamanjagung terjadi pad a daun tua. Tanda-tanda kekuningan (klorosis) mula terjadi pada bahagian hujung daun dan tepi daun dan seterusnya merebak ke bahagian tengah daun. Dalam keadaan yang teruk, tandatanda nekrosis akan terjadi di bahagian hujung dan tepi daun (Gambar 9).

Gambar 9: Kekurangan K - Tanda kekuningan k/orosis dan nekrosis bermula daTi bahagian hujung dan tepi daun.

Kalsium (Ca) Kekurangan Ca pada tanaman menghalang pengeluaran pucuk dan pembukaan daun muda dari gulungannya. Pada tanaman padi, daun muda akan berubah warna menjadi kekuningan dan hujunghujung daun akan mati (Gambar1 0).

Gambar 10: Kekurangan Ca - Daun muda berwama dan hujung daun mati.

kekuningan

Magnesium (Mg)
Kekurangan Mg pad a tanaman jagung akan' menunjukkan tanda-tanda klorosis di antara uraturat daun dan urat daun kekal beiwama hijau (Gam bar 11). Tanda-tanda ini terjadi pada daun tua dan pada peringkat seterusnya daun bertukar warna menjadi kunlnq pucat dan akhirnya bertukar menjadi coklat dan kering.
Gambar 11: Kekurangan Mg - Tanda klorosis terjadi di antara urat-urat daun.

Sulfur (S)
Kekurangan S menyebabkan pertumbuhan terbantut dan batangnya akan menjadi kecil dan tirus. Seluruh permukaan daun berubah warna menjadi kekuningan dan tanda ini serupa dengan kekurangan N. Berbeza dengan kekurangan N, tanda kekuranqan S bermula pada daun muda. (gambar 12)

Gambar 12 : Kekurangan S - Pertumbuhan tanaman padi terbantut, saiz daun kecil dan seluruh permukaan daun berwama kuning.

Penghargaan Jabatan Pertanian merakam penghargaan kepada RRIM dan UPM kerana memberikan makJumat dan meminjamkan gambar-gambar untuk bingkisan ini diterbitkan.

Rujukan: '1._1973.

A Compendium of Com Diseases, The American Phytopathological Society, Inc, 2. _ Yoshiaki Ishizuki, 1978, Nutrient Deficiencies of Crop, FFTC Book Series No.1. Revised Edn.

. P A·N D U,A·f\J.

:"<:
"

MENGENALI TANDA KEKURANGAN NUTRIEN MAKRO PADA TANAMAN MONOKOT DAN DIKOT

mUPEJABAT Jabatan Pertanian Malaysia Aras 7-17, Wisma Tani, Block 4G2, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62632 PUTRAJAYA. Tel: 03-8870 3000 Fax: 03-8870 3376 Laman Web: http://www.doa.gov.my

You might also like