You are on page 1of 2

Latihan dan Aktiviti (Sejarah Tingkatan 4 – Bab 6, m/s 158)

1. Bagaimanakah kerajaan Bani Abbasiyah ditubuhkan?


 Kerajaan Bani Abbasiyah diasaskan pada tahun 750 Masihi selepas gerakan atau
Revolusi Abbasiyah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyah.
 Pada mulanya, gerakan ini ditaja oleh Ali bin Abdullah dan telah bergerak secara sulit.
 Bermula dari zaman Khalifah Umar Abdul Aziz gerakan ini telah dikendalikan secara
terbuka.
 Mereka meneruskan kempen atas nama Ahlul Bait (keluarga Nabi Muhammad s.a.w.)
untuk mendapatkan sokongan.
 Mereka menjadikan Khurasan, Kufah, dan Humaimah sebagai pusat operasi.
 Gerakan ini diperkukuh dengan keanggotaan dua orang pahlawan besar, iaitu Abu
Salamah al-Khallal dan Abu Muslim al-Khurasani.
 Abu Salamah al-Khallal mengetuai gerakan di Kufah.
 Abu Muslim al-Khurasani menjadi ketua di Khurasan.

2. Apakah peranan baitulhikmah dalam perkembangan ilmu pengetahuan?


 Baitulhikmah ialah sebuah institusi keilmuan yang diasaskan oleh Khalifah Harun al-
Rasyid.
 Kegiatan utamanya ialah penterjemahan karya falsafah dan sains terutamanya daripada
bahasa Yunani.
 Kegiatan penulisan dilakukan mengikut tiga tahap, iaitu :
*Mencatat segala idea dan percakapan.
*Mengumpulkan idea yang serupa atau mengumpulkan hadis Nabi Muhammad
s.a.w. ke dalam sebuah buku.
*Mengarang.

3. Senaraikan ilmu pengetahuan yang muncul pada zaman Abbasiyah.

 Menjadikan kota Baghdad sebagai pusat intelektual dan penyebaran ilmu semasa
pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya Khalifah al-Makmun.

 Menubuhkan Baitulhikmah sebagai sebuah institusi keilmuan oleh Khalifah Harun al-
Rasyid.

 Menterjemah karya falsafah dan sains terutamanya daripada bahasa Yunani ke dalam
bahasa Arab.

 Melibatkan golongan ulama dalam penulisan seperti menyusun hadis dan menghasilkan
tulisan dalam bidang fikah, tafsir, dan sejarah.
 Melahirkan ulama terkenal iaitu Imam Malik, Ibn Ishaq, Abu Hanifah, Imam Abu
Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi'i dan Imam Ahmad bin Hanbal.

 Memisahkan antara ilmu tafsir, ilmu sirah dan ilmu hadis.

 Mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemahkan ke dalam bahasa
Arab dan memuatkan keterangan dan ulasan dengan jelas.

 Memelihara warisan ilmu daripada lenyap kerana mereka telah menerima hasil penulisan
ketika Eropah dilanda Zaman Gelap.

 Penubuhan institusi pengajian tinggi telah mempertingkatkan kegiatan penyelidikan


membolehkan hasil kajian sarjana Islam sampai ke Eropah.

 Penterjemahkan kajian sarjana Islam dalam bahasa asing telah menyebabkan berlaku
Renaissance di Eropah.

You might also like