You are on page 1of 7

1.

PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA

Di akhir pembelajaran murid boleh :


 Mendefinisikan sains anatomi dan fisiologi
 Mengenalpasti struktur dan fungsi sistem
tubuh.
 Menjelaskan hubung kait antara sistem-sistem
tubuh.
 Menjelaskan struktur-struktur dan fungsi
sistem-sistem tubuh.

1.1 Sains anatomi dan fisiologi Gambarah2.1 Anatomi zaman Greek


http://www.photographersdirect.com

Anatomi ialah bidang pengajian tentang struktur badan dan hubungan antara satu bahagian dengan
bahagian yang lain. Perkataan anatomi berasal daripada perkataan Greek kuno ‘tomy” (memotong) dan
“ana” (asingkan). Kajian anatomi ini boleh dilakukan dengan melihat organ dan sistem melalui mata
kasar (anatomi makroskopik) atau melihat stuktur tisu dan sel melalui mikroskop (anatomi mikroskopik).
Fisiologi ialah bidang kajian terhadap pelbagai sistem dalam badan, fungsinya dan hubungannya antara
satu sistem dengan sistem yang lain. Anatomi dan fisiolgi sentiasa berkait antara satu sama lain kerana
dalam mempelajari fisiologi suatu sIstem, ia melibatkan beberapa organ yang wujud dalam system
tersebut. Sebagai contoh system kardiovaskular melibatkan organ jantung, arteri dan vena.

Gambarajah 2.2 Organisasi struktur manusia

Atom
Tisu
Sel
Molekul

Sistem otot
Organ Organisme
Organisasi struktur manusia terjadi berperingkat-peringkat dari tahap yang paling ringkas kepada yang
paling kompleks. Untuk memudahkan kefahaman tentang organisasi ini maka kita akan fokuskan kepada
satu sistem (otot) daripada badan manusia.
Otot terbina daripada molekul-molekul protein yang terdiri daripada atom-atom karbon, hidrogen,
oksigen dan nitrogen. Molekul-molekul protin ini akan bergabung untuk membentuk unit kehidupan yang
paling ringkas iaitu sel otot. Sel-sel otot yang mempunyai struktur dan fungsi yang sama bergabung bagi
membentuk tisu-tisu. (Selain daripada tisu otot, tisu-tisu lain yang terdapat dalam badan manusia ialah
tisu epithelial, tisu penyambung dan tisu saraf). Tisu-tisu ini bergabung untuk membentuk struktur yang
kompleks iaitu organ. Pada peringkat organ, fungsi-fungsi khusus sudah boleh dilaksanakan. Sebagai
contoh tisu-tisu otot tangan boleh menguncup dan menggerakkan tangan. Semua otot pada badan dan
anggota membentuk sistem otot. Sistem otot dan sistem-sistem lain berfungsi secara teratur untuk
membentuk satu organisme iaitu manusia seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 2.

Sistem saraf.

Sistem endokrina
Sistem kardiovaskular.

Sistem limfatik. Sistem respiratori

Sistem penghadaman.

Sistem pembiakan.

Sistem urinari.

Sistem otot
Sistem rangka.

Sistem integumentari

Gambarahjah 2.3 Sistem-sistem dalam badan manusia.


Jadual 2.1 Sistem, organ dan fungsinya.
Sistem badan Organ-organ terlibat Fungsi

Sistem integumentari  Kulit  Melindungi tisu dan organ dalam


 Derivatif ( kuku, rambut, badan.
kelenjar peluh dan  Membantu mengawal suhu badan.
minyak).  Membantu mengeluarkan urea dan
asid urik.
 Sintesis vitamin D

Sistem rangka  Tulang  Menyokong dan melindung organ


 Sendi dalam badan.
 Kartilej  Membina sel darah merah.
 Menyimpan mineral.
 Menyedia kerangka untuk lekatan
otot.

Sistem otot  Otot  Membantu dalam pergerakan.


 Tendon  Mengekal postur.
 Aponeuroses  Menghasilkan haba.
 Ekspresi muka.

Sistem saraf  Otak  Mengawal system dalam badan.


 Reseptor sensori  Bertindak balas terhadap perubahan
 Saraf tunjang persekitaran.
 Saraf-saraf  Merangsang kelenjar dan otot.

Sistem endokrina  Kelenjar-kelanjar(pineal,  Merembes hormon yang mengawal


pituitary, tiroid, taimus, pertumbuhan, pembiakan dan
adrenal, pankreas, testes, metabolisme sel badan.
ovari.

Sistem kardiovaskular  Jantung  Jantung mengepam darah


 Arteri  Arteri membawa darah ke organ.
 Vena  Vena membawa darah dari badan
balik ke jantung.

Sistem respiratori  Hidung  Membekal oksigen kepada darah.


 Farink  Mengeluarkan karbon dioksida
 Larink daripada darah.
 Trakea
 Bronkus
 Paru-paru

Sistem limfatik  Pundi limfatik  Menghantar cecair yang terkeluar


 Nodus limfa dari salur darah balik ke darah.
 Salur toraksik  Membuang kotoran daripada
limfatk.
 Menyimpan sel darah putih untuk
immunity.

Sistem penghadaman  Mulut  Menghadam makan daripada bentuk


 Perut kompleks kepada bentuk ringkas.
 Usus kecil  Penyerapan makanan di usus kecil.
 Usus esar  Penyelengaraan pembuangan najis.
 Anus

Sistem urinari  Ginjal  Menyingkir bahan buangan


 Ureter daripada badan.
 Pundi kencing  Menyelaras air, elektrolit dan
 Urethra keseimbangan asid-bes dalam
darah.

Sistem pembiakan  Penis / vagina  Menghasilkan baka.


 Testis / ovary  Testes menghasilkan sperma dan
 Kelenjar tubuh hormone seks lelaki dan ovari
menghasilkan ovum dan hormone
seks wanita. Kelenjar susu wanita
menghasilkan susu.

Hubung kait antara sistem tubuh


Sistem-sistem dalam tubuh manusia tidak wujud dan berfungsi secara berasingan tetapi saling berkait
antara satu sama lain. Contoh hubungkait antara enam sistem-sistem ditunjukkan dalam Jadual 2.2.

Rangka Otot Saraf Endokrina Kardiovaskula Respiratori


r
Membekal Tengkorak Melindungi Membina darah Sangkar rusuk
Rangka kalsium untuk melindungi sistem untuk peredaran melindungi
aktiviti otot otak endokrina darah. paru-paru

Mengekalkan Otot adalah Hormon Aktiviti otot Aktiviti otot


Otot kesihatan dan organ efektor pertumbuhan meningkatkan meningkatkan
kekautan bagi saraf mempengaruhi keupayaan keupayaan
tulang somatik kekuatan dan sistem repiratori.
jisim otot. kardiovskular
Saraf Merangsang Hipotalamus Sistem saraf Mengawal
‘innervate otot rangka, mengawal autonoik ritma dan
Saraf tulang mengekal aktiviti mengawal kadar kedalaman
kesihatan otot kelenjar nadi dan tekanan pernafasan.
pituitary dan darah.
menghasil dua
hormon.
Hormon Hormon Mempengaruhi Memepengaruhi Epinefrin
Endokrina paratiroid pertumbuhan dalam tekanan darah, mempengaruhi
adalah penting penting bagi kematangan kadar degupan ventilasi paru-
untuk perkembangan dan fungsi jantung dan paru
mengawal otot. sistem saraf isipadu darah.
tahap kalsium
dalam darah.
Menghantar Menghantar Menghantar Menghantar Menghantar
nutrein dan nutrein dan nutrein dan nutrein dan nutrein dan
Kardiovaskula oksigen d. oksigen dan oksigen dan oksigen dan oksigen dan
membuang membuang membuang membuang membuang
r
bahan kumuh bahan kumuh bahan kumuh bahan kumuh. bahan kumuh
Darah sebgai
pengangkut
hormone.
Membekal Membekal Membekal Membekal Membekal
oksigen untuk oksigen untuk oksigen untuk oksigen untuk oksigen untuk
Respiratori aktiviti otot, aktiviti otot, aktiviti otot, aktiviti otot, aktiviti otot,
membuang membuang membuang membuang membuang
karbon karbon karbon karbon karbon dioksida
dioksida dioksida dioksida dioksida
Jadual 2.2 Hubungkait antara sistem-sistem dalam tubuh manusia.

Rumusan

 Anatomi adalah berkaitan dengan struktur tubuh manusia dan fisiologi ialah berkaitan fungsi
sistem-sistem badan.

 Organisasi tubuh manusia bermula dari peringkat paling asas iaitu peringkat kimia hinggalah
peringkat yang paling tinggi iaitu organism.

 Sistem-sistem badan manusia terdiri daripada sistem-sistem integumentari, rangka, otot,


kardiovaskular, respirasi, saraf, endokrina, limfatik, penghadaman, urinari dan pembiakan.
 Setiap sistem mempunyai organ-organ tertentu yang mempunyai fungsi yang khusus.

 Sistem-sistem dalam badan tidak berfungsi secara berasingan tetapi berkait rapat antara satu sama
lain untuk kesejahteraan organisme.

LATIHAN

1. Berikut ialah peringkat organisasi manusia: 1) sel, 2) sistem, 3) tisu, 4) kimia, 5) organ,
6) organism. Pilihan yang manakah di bawah menunjukkan susunan peringkat daripada yang asas
kepada yang lebih kompleks?
A. 1,2.3.4.5.6 B.1, 4, 3, 2, 5, 6 C. 4, 1, 3, 5, 2, 6 D. 4, 3, 1, 2, 5, 6.

2. Organ-organ farink, larink, trakea dan bronkus membentuk satu sistem dalam tubuh manusia.
Apakah nama sistem badan tersebut?
A. Sistem pencernaan. B. Sistem kardiovaskular. C. Sistem Limfatik, E .Sistem respiratori.

3. Proses-proses sistem dalam badan melibatkan pembinaan bahan kompleks daripada bahan-
bahan yang ringkas dan penguraian bahan kompleks kepada bahan ringkas. Apakah nama proses
tersebut?
A. Penghadaman B. Pembiakan C. Perkumuhan D. Metabolisme

4. Sistem limfatik melibatkan organ berikut kecuali?


A. Pundi limfatik B. Bronkus C. Nodus limfa D. Salur toraksik.

5. Berikut di bawah ialah fungsi-fungsi sistem tulang dalam tubuh manusia.


I. Menyokong dan melindung organ dalam badan.
II. Membina sel darah merah.
III. Merembes enzim.
IV. Mengawal suhu badan.

A. I & II B. I, IV. C. II & III. D. III & IV.

6. Berikan definisi bagi anatomi dan fisiologi.


Anatomi

Fisiologi

7. Bezakan antara anatomi makroskopik dan anatomi mikoskopik.


8. Susunkan peringkat-peringkat struktur organisasi tubuh manusia tersebut daripada mudah kepada
yang kompleks.
i. ii.

iii iv.

v vi

9. Struktur organisasi tubuh manusia terdiri daripada beberapa peringkat. Terangkan dengan jelas
peringkat-peringkat orgaanisasi tersebut.

10. Tubuh manusia terdiri daripada 11 sistem yang berkaitan antara satu sama lain

a. Senaraikan 11 sistem-sistem tersebut.

b. Pilih 5 sistem dan secara ringkas nyatakan fungsi sistem-sistem berkenaan.

c. Namakan 2 organ yang terdapat dalam setiap sistem yang anda pilih..

You might also like