You are on page 1of 39

PAKEJ TEKNOLOGI BELIMBING

Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia

2001

JP/PT01.02/04-01/1.2R
Cetakan Pertama 2001 @) Hak Cipta Jabatan Pertanian Semenanjung

Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel,illustrasi dan isl kandungan buku ini di dalam apajuga bentuk dan dengan apa carapun sam a ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah Pertanian, Jabatan Pertanian.

Manuskrip terbitan ini disediakan oleh Bahagian Buah-buahan. Konsep persembahan, suntingan dan grafik disediakan oleh Seksyen Sokongan Komunikasi.

Perpustakaan Negara Malaysia data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Pakej teknologi belimbing. Bibliografi: ms. 26 ISBN 983-047-080-6 1. Averrhoa carambola. 2. Tropical fruit. I. Malaysia. Kementerian Pertanian. 634.6

Rupa taip teks Saiz taip teks

: Arial : 11,10

Harga senaskah : RM5.00

KANDUNGAN Pendahuluan v

1. 2. 3. 4. 5.

Pengenalan.............................................................................................. Botani Keperluan Asas Tanaman Kultivar Yang Didaftarkan Dan Disyorkan Amalan Kultur 5.1 Penyediaan Bahan Tanaman 5.2 Sistem Penanaman 5.3 Penyediaan Kawasan Penanaman 5.4 Penanaman di Ladang 5.5 Pemangkasan 5.6 Pembajaan 5.7 Penngurusan Air 5.8 Membungkus Buah Pengurusan Makhluk Perosak 6.1 kawalan Penyakit 6.2 Kawalan Serangga 6.3 Kawalan Rumpai 6.4 Tempoh di Larang Mengutip Hasil Kematangan Dan Pengutipan Hasil Pengendalian Dan Pascatuai Ekonomi Pengeluaran Dan Pemasaran

1 2 6 6 8 8 8 9 9 10 10 12 13 14 14 15 17 18 18 19 22 26 27 28

6.

7. 8. g.

Rujukan Lampiran 1 : Panduan Pengiraan Racun Perosak Tanaman Lampiran 2: Penghargaan Nota Aliran Kewangan Belimbing

PENDAHULUAN
Buku ini mengandungi teknologi tanaman secara pakej yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian terutamanya dari segi botani, keperluan asas tanaman, amalan kultur, pengurusan perosak tanaman, pengendalian hasil dan ekonomi pengeluaran bagi tanaman belimbing. Buku ini diterbitkan sebagai bahan rujukan utama kepada pegawai-pegawai yang terlibat di dalam aktiviti khidmat nasihat dan perundingan. Teknologi tanaman dalam buku ini juga boleh diamalkan oleh pengusaha-pengusaha tanaman belimbing untuk mempertingkatkan daya pengeluaran kebun mereka.

1.

PENGENALAN

Belimbing Averrhoae carambola L. adalah sejenis buah tropika yang berasal dari gugusan pulau-pulau Asia Tenggara iaitu Pulau Jawa, Indonesia hingga ke Filipina. Selain dari Malaysia, pengeluar dan pengeksport utama belimbing di dunia ialah Brazil dan Israel. Belimbing mula ditanam di Malaysia dan telah berkembang dengan pesatnya di seluruh Semenanjung Malaysia terutamanya di Johor dan Selangor kerana terdapatnya permintaan yang tinggi bagi buah belimbing segar di negara-negara seperti Singapura, Hongkong, Negaranegara Kesatuan Ekonomi Eropah dan Asia Barat. Belimbing merupakan salah satu jenis buah-buahan yang telah dikenalpasti di bawah Dasar Pertanian Negara (1992- 2010). Pembangunan tanaman belimbing akan ditumpukan di kawasan-kawasan agro-iklim yang sesuai dan kawasan tanah bekas lombong. Kawasan tanaman belimbing di Semenanjung adalah seperti dalam Jadual 1. Kawasan utama pengeluaran belimbing ialah Selangor, Johor, Pahang dan Negeri Sembilan. Nilai eksport belimbing menduduki tempat keempat pada 1998 bernilai hampir RM 27 juta dan pada 1999 nilai eksportnya menduduki tangga kelima bernilai melebihi RM 28 juta.

Jadual 1 : Keluasan Tanaman 8elimbing di Semenanjung Malaysia (1997 - 1999)

NEGERI
Johor Kedah Kelantan Melaka N.Sembilan Pahang Perak Perlis Pulau Pinang Selangor Terengganu

1997 448 69 64 63 64 157 60 6 50 134 18 1132

1998 434 67 56 63 69 131 61 6 80 97 17 1080

1999 393 56 40 46 70 131 43 9 61 89 17 955

Jumlah
Sumber: Perangkaan

Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian

Semenanjung Malaysia 1997,1998,1999

Buah belimbing mengandungi vitamin A dan C yang tinggi dan komposisi nutrien di dalam buah belimbing adalah seperti di Jadual 2.

Jadual 2: Komposisi

Zat Makanan Dalam Buah Belimbing

Zat makanan Tenaga (*Kcal) Protein (g) Lemak (g) Serabut ( g) Mineral Ca (mg) Fe ( mg) Vitamin A (mg ). B1 (mg ) B2 (mg ) C (mg)
Sumber: Siong (1988)

Unit 11009 24 0.7 0.1 1.8 7 0.7 26 0.07 0.07 25.8

Kebiasaannya, buah belimbing dimakan segar. Sebahagiannya diproses dan dijadikan pelbagai jenis produk seperti minuman segar serta kordial, jem, gula-gula buah, sos buah, buah kering, campuran hirisan buah di dalam sirap atau jus, halwa dan sebagainya. Buah belimbing yang muda pula boleh dijadikan jeruk.

2.

BOTANI Nama Saintifik: Nama Tempatan: Famili: Averrhoae Carambo/a Belimbing besi Oxalidaceae

L.

2.1

Pokok

Pokok belimbing bersaiz kecil dan boleh mencapai ketinggian antara 3 - 4 m. Pokok berkanopi rimbun, berbentuk hampir bulat, mempunyai batang yang pendek dan mula bercabang pada paras yang rendah serta mempunyai dahan yang melempai. Pangkal batang pokok adalah pendek, kulit pokok lazimnya licin dan berwarna kelabu atau perang muda. Dahan mudanya lembut dan mudah dilentur. Batang senang mengeluarkan tunas air terutama selepas musim hujan.

2.2 Daun
Daun belimbing bersifat kompaun yang tersusun seeara berpilin (spirally arranged) di atas ranting dan berukuran diantara 15 - 20 em panjang. Setiap helai daun belimbing mempunyai 5-7 pasangan anak daun sisi yang tersusun bertentangan dan satu helai anak daun terminal. Anak daun di pangkal daun lazimnya kecil dan berbentuk hampir bulat. (Gambar rajah 1). Saiz anak daun semakin membesar menghala kepada apeks daun. Seeara purata anak daun berukuran di antara 2 - 4 em lebar dan 2 - 9 em. panjang. Anak daun mempunyai bentuk dasar yang tak serata di mana salah satu lob lebih besar daripada yang satu lagi; mempunyai apeks yang tajam dan tepi daun yang licin. Permukaan atas anak daun berwarna hijau muda hingga hijau tua dan berkilat. Bahagian bawah daun pula berwarna hijau keputihan dan kelabu. Anak daun belimbing mempunyai sembilan pasang urat yang tidakjelas kelihatan. Tangkai anak daun lazimnya pendek, berukuran 0.5 em dan berwarna perang tua.

2.3

Bunga

Pokok belimbing mengeluarkan bunga yang banyak (Gam bar rajah 1) di dalam jambak bunga (inflorescence). Bunga yang banyak terdapat pad a dahan lateral sekunder. Bunganya bersaiz keeil dan apabila kembang berukuran diantara 8-10 mm panjang. Setiap bunga mempunyai struktur yang lengkap berwarna ungu muda atau kemerahan, 5 stamen (bahagianjantan) yang sebahagiannya bereantum di pangkal dan lima pistil (bahagian betina). Ovari terletak di atas dan mempunyai lima stil (benangsari) yang berbentuk pendek atau panjang mengikut klon. Bunga belimbing mempunyai dua eorak susunan struktur. Corak susunan struktur yang pertama ialah bunga yang mempunyai filamen yang panjang dan benangsari yang pendek, struktur kedua ialah bunga yang mempunyai filamen yang pendek dan benangsari yang panjang (Gambar rajah 2). Ciri ini menjadikan tanaman belimbing taksama serasi di antara klon. Oleh itu untuk memperbaiki proses persenyawaan dalam tanaman belimbing, penanaman pelbagai klon adalah digalakkan.

o
A - Ranting Berdaun B - Jambak Bunga C - Bunga D - Keratan Memanjang Bunga E - Buah F - Keratan Melintang Buah G -Biji

Gambar rajah 1: Bahagian Pokok Belimbing.

VJ----.l'--

Stamen

Stigma Benang sari Stamen

'__--~I-

Benang sari

(Klon benangsari pendek)

(Klan benangsari panjang)

Gambar rajah 2 : Struktur Bunga Belimbing 2.4 Buah

Buah belimbing boleh meneapai saiz 3 em -5 em lebar dan S em - 15 em panjang. Buah belimbing mempunyai permukaan yang berlilin, liein dan berkulit nipis; berwarna hijau semasa muda dan bertukar kepada kuning atau kuning keemasan apabila masak. Bentuk keratan rentas buah ialah bentuk bintang yang mempunyai lima sading (segi). Iranya berjus, bertekstur lembut, pejal dan rangup serta mempunyai rasa yang man is kemasaman.

2.5

Biji

Buah belimbing lazimnya mempunyai 4-5 biji benih yang berukuran di antara Smm -10 mm panjang. Terdapat juga buah tanpa biji dan buah berbiji banyak.

3.

KEPERLUAN Faktor Iklim

ASAS TANAMAN

3.1

Kawasan beriklim tropika adalah sesuai sesuai untuk tanaman belimbing. Taburan hujan yang seragam adalah perlu untuk mendapatkan tumbesaran dan penghasilan maksimum. Pengairan perlu pada peringkat awal menanam atau pada musim kemarau yang berpanjangan. Pengeluaran bunga belimbing berkurangan sekiranya musim kering berterusan melebihi dua bulan. Elakkan menanam belimbing pad a kawasan-kawasan yang mengalami angin kencang kerana ianya akan menyebabkan keguguran bunga dan putik belimbing yang berlebihan. 3.2 Faktor Tanah Tanaman belimbing boleh hidup di berbagai jenis tanah. Kemasaman (pH) tanah yang yang sesuai ialah diantara 5.0 - 6.5. Jadual3 menunjukkan sifat-sifat tanah yang sesuai dan sederhana sesuai untuk tanaman belimbing ..

Jadual

3 : Sifat-Sifat

Tanah dan Kesesuaiannya

Untuk Tanaman

Belimbing

Sifat Tanah Sesuai

Kesesuaian

Untuk Tanaman Sederhana

Belimbing Sesuai

Keeerunan Saliran Kedalaman tanah yg berkesan Tekstur dan struktur

Kemasinan Kedalaman lapisan asld sulfat Ketebalan gambut Keberbatuan

0-12° Tak sempurna salir-salir > 75 em Berstruktur baik kesederhanaan Halus ke sederhanaan 10m berpasir atau halus bertekstur. > 1 mm hos > 75 em Tiada gambut Tiada kandungan unsur-unsur mikro yang berlebihan atau CEC sederhana rendah.
For Peninsular Malaysia.

12 - 20° Agak sangat salir 50 -75 em Berstruktur kasar dan lemah

1- 2 mm hos 50 -75 em < 25 em CEC sederhana rendah.

Sumber : Wong I.F.T. 1986. Soil-Crop Suitability Classification

4.

KUL TIVAR YANG DIDAFTAR DAN DISYORKAN Jabatan Pertanian telah mendaftarkan sebanyak 19 klon belimbing. Daripada 19 klon

4.1

Ciri-Ciri Klon

B 10 pad a tahun

Klon ini mula dijumpai di Serdang Baru, Selangor dan telah didaftarkan

1968. Buahnya besar di antara 180-300 gm dan mempunyai bentuk bujur iaitu besar di
bahagian atas dan keeil di bahagian hujung buah. Kulitnya berwarna kuning keemasan apabila masak, manis, mengandungi banyak air, bertekstur halus dan beraroma.Buahnya boleh melebihi 15 em panjang dan 8 em garis pusat. Klon B 10 ini paling banyak ditanam seeara komersial dan mempunyai eiri yang baik untuk pasaran antarabangsa. Kandungan pepejallarut (TSS) ialah 8 - 10%. Anggaran hasf untuk sehektar pada umur 6 tahun ialah lebih kurang 40 tan/ha setahun. 4.2 Ciri-Ciri Klon B 17

Klon ini dikenali sebagai belimbing madu, telah didaftarkan pad a 1988 dan berasal dari Triang, Pahang. Buah berbentuk silinder dan berukuran 10 - 15 em panjang. Buah yang masak berwarna oren dan berbintik-bintik putih, berserabut, rangup dan berair. Berat buah adalah di antara 200 - 400 gm sebiji. Kandungan pepejallarut (TSS) ialah 12 - 18%, mempunyai rasanya sangat manis serta berbau harum.

4.3

Sifat Keserasian

Klon

Dari segi morfologi belimbing boleh dibahagi kepada 2 jenis, iaitu jenis yang mempunyai benangsari pendek dan jenis yang mempunyai benangsari panjang seperti di Gambarajah 2. Dari 19 klon belimbing yang telah didaftarkan oleh Jabatan Pertanian, klon-klon tersebut boleh dibahagikan mengikut jenis benangsari seperti dalam Jadual 4.

Jadual 4: Pengkelasan Benang Sari

Klon Belimbing

Mengikut Klon

Jenis Benang Sari

1. Jenis Pendek 2. Jenis Panjang

83,84,88,89,810,813,814,817 81,82,85,826,87,811,812,815, 816,818,819,

8elimbing dart jenis benangsari pendek memerlukan pendebungaan silang dari jenis benangsari panjang. Proses ini diperlukan untuk menggalakkan pembentukan buah yang seragam. Kegiatan serangga seperti Ie bah akan menyeragamkan bentuk buah dan meningkatkan lagi pembentukan buah.

5. 5.1

AMALAN

KULTUR Bahan Tanaman

Penyediaan

Penanaman belimbing pada masa ini menggunakan bahan tanaman dari baka klonal yang dibiak seeara vegetatif. Pokok penanti disediakan dengan menyemai biji benih yang matang. Biji diproses dengan membasuh dan mengeringkan sebelum disemai di dalam pasir atau tanah bakar. Biji benih ini mula bereambah 4 - 5 minggu selepas disemai. Kadar pereambahan biji benih biasanya tinggi. Anak benih yang subur berumur sebulan dipindah ke dalam polibeg yang diisi dengan tanah eampuran dengan kadar 3:2:2 (tanah:pasir:bahan organan). Anak benih disusun dr bawah lindungan yang mempunyai sekurang-kurang 50% teduhan. Raeun serangga dan kulat disembur jika perlu untuk mengawal serangga dan penyakit. Baja sebatian NPK (15: 15:15) pada kadar 30g bagi setiap anak pokok diberi dua bulan sekali. Pokok penanti yang berumur di antara 5 - 6 bulan dengan ketinggian 20 em adalah sesuai untuk dibuat eantuman mata tunas. Torehan melintang 0.5 em dan torehan ke bawah 3 em, di paras 5 em dari tanah, dibuat pada pokok penanti. Mata tunas dari pokok induk disediakan dengan saiz yang agak keeil sedikit dari tapak torehan pokok penanti. Mata tunas yang sudan dipisahkan dari kayu diselitkan ke dalam kelopak kulit torehan pokok penanti. lanya dibalut dengan pita plastik eantuman dengan kemas supaya kedua-dua kambium mata tunas dan tapak torehan bersentuhan. Selepas tiga (3) minggu pita cantu man dibuka. Penilaian kejayaan ditentukan dengan kehijauan mata tunas. Mata tunas yang aktif akan bereambah dan tumbuh dengan segar. Pokok-pokok penanti dipotong pada paras 3 - 4 em dari tempat eantuman dan pertumnuhan tunas. Selepas 4 - 5 bulan pada ketinggian 25 em pokok eantuman yang subur dapat dipindahkan ke ladang. 5.2 Sistem Penanaman

Pokok belimbing seperti pokok buah-buahan yang lain boleh ditanam dengan menggunakan samada sistem penanaman empat segi tepat, sistem empat segi sarna atau sistem tiga segi sarna. Dalam meraneang penanaman belimbing, satu aspek penting yang perlu diambil perhatian ialah proses pendebungaan yang boleh mempengaruhi bilangan dan pembentukan buah belimbing. Pengusaha belimbing komersil perlu menan am klon pendebunga samada berasingan atau pun seeara meneantum klon pendebunga pada pokok klon komersil bagi membantu proses pendebungaan. Belimbing yang ditanam seeara komersil sebaik-baiknya mengamal konsep tanaman tunggal supaya kerja-kerja pengurusan dapat dijalankan dengan sempurna. Penanaman klon komersil dan klon pendebunga dengan kadar 5:1 iaitu lima (5) pokok klon komersil dan satu (1) pokok klon pendebunga adalah digalakkan. Satu daripada eontoh sistem penanaman eampuran klon ini ialah seperti dalam Gambarajah 3.

x
X X

0 0 0 0 0 0

0 0 0 0 0 0

0 0 0 0 0 0

0 0 0 0 0 0

0 0 0 0 0 0

X X X X X X
X

0 0 0 0 0 0

0 0 0 0 0 0

0 0 0 0 0 0

0 0 0 0 0 0

0 0 0 0 0 0

X X X X X X

·x
X

8arisan sempadan

= a=

Klon pendebunga (82 atau 811) Klon Komersil (810 atau 817)

Gambar rajah 3: Cantah

Sistem Penanaman

Klan dengan Kadar 5:1

Selain daripada mempunyai sistem seperti di atas, pokok belimbing klon kamersil boleh juga dieantum dengan klon pendebunga pada dahannya. Dengan ini setiap pokok komersil mempunyai klon debunga di atasnya untuk membantu proses pendebungaan. 5.3 Penyediaan Kawasan Penanaman

Kawasan perlu dibersihkan dahulu sebelum diusahakan dengan tanaman belimbing. Pokok-pokok ditebang berserta dan semua akar dieabut dan dikumpul untuk dimusnahkan. Tanah dibajak dengan bajak piring dan diikuti dengan bajak putar sehingga tanah menjadi gembur. Tanah yang kemasamannya tinggi (pH < 5) hendaklah dikapur dengan kadar 3 - 5 tan sehektar sebelum dibajak putar. Tanah yang sedia gembur dibiarkan selama seminggu sebelum menanam. 5.4 Penanaman Oi Ladang

Belimbing boleh ditanam pad a jarak 4.5 -6.0 m berqantunq kepada klon yang dipilih dan jenis tanah. Jarak penanaman yang sesuai bagi belimbing ialah 6 m x 6 m (278 pokokl ha), sementara di tanah bekas lombong, jarak 4.6 m x 4.6 m (480 pokoklha) boleh digunakan kerana pertumbuhan pokok belimbing di tanah jenis ini tidak sebegitu besar berbanding dengan keadaan di tanah mineral. Walau bagaimana pun, pengusaha belimbing boleh menggunakan sistem kepadatan tinggi dengan jarak 4 m X 6 m (417 pokoklha) bagi tanah mineral. Lubang-Iubang berukuran 60 em x 60 em x 60 em digali selepas barisan dibuat. Setiap lubang diisikan dengan 5 - 10 kg bahan organik dan 20 9 baja fosfat digaul dengan tanah di dalam lubang. Bagi tanah pasir bekas lombong, lubang tanaman disyorkan berukuran 1 m x 1 m x 1 m. Sekurang-kurangnya tiga lapisan tandan kosong kelapa sawit di selangi dengan pasir diatur di dalam lubang dengan satu bahagian atas diisi dengan bahan organik yang bercampur pasir. Penyediaan lubang untuk penanaman pokok adalah seperti yang tersebut diatas. Selepas seminggu, anak-anak pokok eantuman yang terpilih diubah ke ladang. Anakanak pokok diletakkan di tengah-tengah lubang setelah polibeg dipotong dan dibuang. Lubang kemudian dikambus sehingga ke paras 2 em di bawah titik eantuman anak pokok tadi. Kayu sokongan yang berukuran 1 meter tinggi perlu dipaeak pada setiap anak pokok untuk mendapatkan pertumbuhan tegak pada batang utama.

5.5

Pemangkasan

Pokok belimbing perlu dipangkas pad a peringkat awal lagi bagi membentuk dan mengawal ketinggian daripada menjadi terlalu tinggi supaya kerja-kerja pengurusan dapat dijalankan dengan baik. Pemangkasan ini akan melibatkan cantasan bahagian pokok bagi mengubah bentuk rimbunan, membuang bahagian pokok yang tidak perlu dan yang berpenyakit. Dahan-dahan kecil yang terlalu banyak perlu dicantas kerana ia boleh menyulitkan. kerja penyelenggaraan seperti menyembur racun, membungkus dan memetik buah. Terdapat dua jenis pemangkasan yang dikenalpasti bagi membentuk pokok belimbing untuk pengeluaran buah iaitu : (a) Bentuk Terbuka Tengah (Open Center) Batang utama dipangkas pada peringkat awal pertumbuhan iaitu pad a paras 1 m dari tanah. Di antara 3 - 4 dahan sisi di biarkan membesar dari batang utama tadi. Dahan-dahan ini akan membesar dan rimbunan akan kelihatan lebih terbentuk dan rendang. Walaubagaimana pun ranting-ranting yang terlalu melempai dijaga dan dipangkas supaya rimbunan pokok terkawal. Selain daripada mencantas, dahan-dahan baru dilentur kebawah bagi menggalakkan pertumbuhan bunga baru pada musim berikutnya. (b) Dahan Pandu Terubahsuai

(Modified central Leader)

Rimbunan pokok dibentuk dengan mencantas dahan-dahan kecil sisi sahaja. Dahan-dahan yang bersaiz besar dikekalkan dan dibiar meningkat ketinggiannya. Selepas tiga (3) atau lima (5) tahun dahan-dahan ini baru dibentuk. Pemangkasan semula dahan utama perlu dilakukan lagi. Bentuk dahan pandu terubahsuai kerapkali digemari kerana pembungkusan dan pemetikan buah senang dilakukan.

5.6

Pembajaan

Pokok belimbing cepat mengeluarkan hasil dan berbuah sepanjang tahun. Oleh sebab itu tanaman ini memerlukan jumlah baja yang agak tinggi bermula pada peringkat awal umur lagi. Penggunaan bahan organik sangat digalakkan untuk tanaman belimbing kerana selain daripada menambah bahan baja ianya juga memelihara kesuburan tanah dan membaiki mutu hasil. Jadual 5 menunjukkan program pembajaan belimbing di tanah mineral dan pasir (BRIS & bekas lombong).

Jadual 5 : Program Pembajaan Tanaman Belimbing Pembajaan Umur (tahun) Jenis Kadar (kg/pokokltahun) Tanah Mineral 1 15:15:15 MOP* Organik ** 1.0 3.0 15.0 Tanah Pasir 1.5 3.0 40.0 6 x I tahun: tabur keliling pokok 6 x I tahun: tabur keliling pokok 2 - 3 x Itahun: gaul kedalam tanah Masa dan cara

12: 12 : 17: 2 MOP Organik

1.5 3.5 30.0

2.0 3.5 50.0

3 - 4 x I tahun; tabur keliling pokok 3 - 4 x I tahun: tabur keliling pokok 2 - 3 x Itahun; gaul kedalam tanah

12 : 12 : 17 : 2 MOP Organik

2.0 4.0 45.0

3.0 4.0 60.0 4.0 5.0 70.0

- sda-

12 : 12 : 17 : 2 MOP Organik

3.0 5.0 45.0

- sda-

12 : 12 : 17: 2 MOP Organik

4.0 5.0 45.0

5.0 5.0 80.0

- sda-

12 : 12 :17 : 2 MOP Organik

5.0 5.0 45.0

6.0 5.0 90.0

- sda-

Nota:'

Muriate of Potash (KCI), •• Tahi Ayam, sda = seperti di atas

5.7

Pengurusan Air

Air merupakan salah satu keperluan asas untuk tanaman belimbing selain daripada udara dan tanah. Air merupakan faktor utama untuk meningkatkan pengeluaran hasil dan tumbesaran pokok. Pengurusan air yang berkesan dapat mengurangkan kematian pokok pad a peringkat awal pertumbuhan pokok, Terdapat dua jenis sistem pengairan yang boleh digunakan untuk tanaman belimbing iaitu sistem pengairan titis dan sistem pengairan penyembur. Pemilihanjenis sistem pengairan bergantung kepada kedapatan sumber air, kualiti air, bentuk muka bumi, topografi, perbezaan aras tertinggi dan terendah serta modal kos pembangunan. Secara amnya kedua-dua sistem pengairan di atas adalah sesuai untuk industri penanaman belimbing. Kedua sistem pengairan mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri. (Jadual 6)

Jadual 6: Perbandingan Sistem Pengairan Titis dan Pengairan Penyembur Jenis Pengairan
Pengairan Titis

Kebaikan

Keburukan

i. Kos Pembangunan antara RM7,OOO- 8,OOO/hektar. ii. Kos operasi dan penyelenggaraan rendah, RM350/hektar/tahun. iii.Kecekapan pengairan tinggi - 95% iV.Sistem memerlukan jumlah tekanan

i. Penyebar mudah tersumbat. ii. Jangkamasa operasi panjang iii. Penyeliaan sistem rumit

Pengairan Penyembur

i. Kepala penyembur jarang tersumbat. ii.Jangkamasa iii.Penyeliaan operasi singkat. sistem mudah.

i. Kos pembangunan tinggi antara RM13,OOO- 14,OOO/hektar ii. Kos operasi dan penyelenggaraan tinggi RM500/hektar/tahun iii. Kecekapan pengairan rendah- 60% iv. Sistem memerlukan jumlah tekanan dan kadar alir air yang tinggi.

Pengairan untuk tanaman belimbing selalunya dibuat pada sebelah pagi dan petang, ini adalah untuk mengelakkan perwapan yang berlaku di waktu tengahari, meningkatkan keeekapan pengairan dan menentukan supaya air yang dibekal bukan air panas yang terkena kepada eahaya matahari. Jangkamasa pengairan setiap hari untuk tanaman belimbing bergantung kepada keluasan zon akar, faktor tanaman, keupayaan pegangan air bagi tanah, jumlah penyebar setiap pokok, kadar alir air setiap penyebar, euaea dan peringkat pertumbuhan pokok. Jangkamasa pengairan perlu dikawal pad a peringkat matang pokok untuk merangsang pembungaan. Pada amnya keperluan pengairan setiap hari untuk dusun yang mempunyai tekstur tanah yang sederhana adalah seperti Jadual 7.

Jadual

7:

Keperluan Pengairan Setiap Hari

Perkara

Peringkat Baru Tanam

Peringkat Tampang

Peringkat Matang

Jumlah penyebar setiap pokok (unit) Kadar alir air setiap penyebar (liter sejam) Jangkamasa pengairan setiap hari (iarn)

1
5 0.5

1
5

2
5

5.8

Membungku5

Buah

Buah belimbing perlu dibungkus untuk mendapatkan kualiti buah yang eantik dan bermutu. Buah yang dibalut juga dapat mengelakkan daripada diserang oleh lalat buah dan perosak-perosak lain serta mengelakkan kerosakkan ketika buah diangkut ke rumah pembungkusan. Buah yang dibungkus juga adalah lebih besar, lebih menarik dan berkilat daripada buah yang tidak dibungkus. Bahan pembungkus yang biasa digunakan adalah kertas surat khabar. Sehelai kertas surat khabar berukuran 60 em x 70 em dibahagi empat setiap satu berukuran 18 em x 15em. Tepung kanji digunakan sebagai bahan pelekat. Dawai sepanjang 6 em digunakan untuk mengepit beg kertas pada tangkai buah. Beg plastik berukuran 23 em x 15 em terbuka di bahagian atas dan bawah boleh digunakan sebagai pembalut buah. Plastik yang digunakan mestilah nipis bagi mengelakkan buah di dalam bungkusan plastik daripada terlalu panas, sehelai kertas suratkhabar berukuran 18 em x 29 em (iaitu sehelai suratkhabar biasa berukuran 58 em x 73 em di bahagi kepada 8 bahagian) dimasukkan ke dalamnya untuk menutupi buah tersebut. Dawai kokot (stapler) diguna bagi melekatkan pembalut buah pada tangkai buah. Sekiranya kedudukan buah terlindung daripada panearan eahaya matahari, kertas suratkhabar tidak perlu digunakan. Kebaikan menggunakan plastik ialah bagi memudahkan melihat buah semasa menuai dan mengelakkan daripada dimakan oleh burung.

Buah belimbing mula dibungkus pada peringkat empat minggu selepas berputik. Membungkus pada peringkat ini memberikan peratus kejayaan pembentukan dan pembesaran buah lebih daripada 90%. Buah yang dipilih untuk dibungkus berbentuk lurus, bersih dari titlk-titik hitam atau tanda-tanda sengatan lalat buah atau serangga. Dalam satu jambak bunga hanya 1 - 2 putik sahaja dibungkus bergantung kepada kedudukan buah samada di dahan yang besar atau keci!. Setiap buah dibalut berasingan. Putik buah di bahaqian hujung dahan perlu dibuang. Sekiranya menggunakan kertas sebagai pembalut, beg tersebut hendaklah ditandakan dengan warna atau kod tarikh bagi memudahkan kerja-kerja memetik buah. Buah disarong dari hujung buah dan bahagian atas beg kertas diikat dengan dawai pad a tangkai buah. Pokok belimbing berumur lebih 5 tahun boleh mengeluarkan 1,000 buah semusim. Walaubagaimana pun untuk mendapatkan buah yang bermutu hanya 500 - 600 buah dibungkus. Manakala pokok berumur di bawah 5 tahun hanya dibungkus 50 - 100 buah. Pembungkusan buah di pokok memerlukan tenaga pekerja yang banyak. Mengikut kajian, seorang pekerja mahir dapat membungkus 1,000 buah belimbing dalam sehari.

6. 6.1

PENGURUSANMAKHLUK PEROSAK Kawalan Penyakit (a) Mati Rosot Dahan

Penyakit ini disebabkan oleh Cepha/euros virescens iaitu sejenis alga yang menyerang daun, batang dan buah. lanya merebak melalui air dan angin. Alga ini sekiranya sekiranya menyerang tisu korteks luar boleh menyebabkan batang bengkak, retak retak dan seterusnya daun boleh gugur serta mati rosot pad a batang. Jangkitan pada daun tidak penting kerana ia hanya menyerang pad a lapisan luar (epidermis) sahaja. Bahagian pucuk yang diserang diselaputi dengan tompok-tompok alga. Pemangkasan bagi meningkatkan aliran pengedaran udara adalah satu amalan bagi mengurangkan serangan alga ini. Sementara kawalan secara kimia dengan menggunakan racun kulat yang mengandungi kupram pada kadar yang ditetapkan adalah berkesan.

(b)

Penyakit Akar Putih

Penyakit ini disebabkan oleh kulat Rigidoporus lignosus. lanya merbahaya dan boleh menyebabkan kematian pokok. Kulat ini boleh merebak melalui akar. Pokok yang diserang boleh menyebabkan daun menjadi layu, kering dan gugur. Akar-akar yang dijangkiti akan kelihatan bebenang kulat atau rizomof yang berwarna putih dipermukaannya. Cara jangkitan ialah dari akar ke akar melalui bebenang kulat. Akar yang diserang hendaklah dibuang dan siram tanah keliling dengan racun kulat disiram dengan racun jenis sistemik seperti tridemorf atau triademenol. Jika serangan teruk, pokok hendaklah dicabut dan dibakar bersama-sama akar yang berpenyakit.

(e)

Bintik Daun Cereospora

Bintik daun ini disebabkan oleh kulat Cercospora averrhoae. Kulat ini menyerang daun dan kerap berlaku apabila keadaan lembab. Tanda awal serangan ialah bintikbintik kecil nekrotik pad a daun dan bintik-bintik ini akan bercantum menjadi besar. Bahagian tengah bintik berwarna putih kelabu manakala bahagian tepi gelap dan dikelilingi oleh tisu klorotik. Serangan teruk boleh menyebabkan daun muda gugur. Untuk kawalan 6.2 Kawalan Serangga (a) sembur dengan raeun kulat yang mengandungi Perosak kupram.

Lalat Buah (Baetroeera earambolae and Bactrocera papayae)

Lalat buah adalah perosak utama buah belimbing. Lalat betina bertelur di dalam buah. Buah belimbing muda rentan terhadap serangan lalat buah dalam tempoh 2 - 3 minggu selepas peringkat buah berputik. Pada ketika ini serangan lalat buah perlu dikawal dengan membungkus buah tersebut kerana selepas waktu ini lalat buah betina mula bertelor walaupun buah masih di peringkat muda. Tanda buah yang disengat ialah bintik hitam pada buah hijau dan coklat atau lebam pad a buah yang masak. Buah yang disengat akan gugur lebih cepat dari buah yang normal. Larva yang menetas makan lsi buah dan menyebabkan pembesaran buah terencat, rosak dan tidak sesuai untuk dimakan. Akhirnya buah [adi busuk dan gugur. Lalat buah adalah perosak yang sukar untuk dikawal.Oleh itu pengawalannya perlu dibuat pad a peringkat awallagi. Cara pengawalan lalat di ladang masa kini adalah berteraskan konsep Pengurusan Perosak Bersepadu (PPB) yang disyorkan seperti berikut:l) Kawalan Kultura (Sanitasi Ladang): Populasi lalat buah berkait rapat dengan jumlah perumah di keliling. Pengusaha dinasihatkan memusnahkan buah-buah yang tidak dibalut (atau yang tidak di perlukan) di atas pokok dan juga buah-buah yang rosak dan jatuh ke tanah bagi mengurangkan perumah lalat buah. Jika tidak lalat buah ini akan membiak di dalam buah tersebut dengan cepat. ii) Membungkus: Membungkus adalah cara yang paling mudah dan pasti selamat untuk mengelakkan kerosakkan oleh lalat buah.la dilakukan dengan meluas dalam sistem pengeluaran belimbing. Pembungkusan hendaklah dijalankan pad a 2 - 3 minggu selepas pembentukan buah yang berukuran 4 Scm. Gunakan beg kertas atau 'polythene' berukuran 30 cm x 20 cm. iii) Penyemburan Raeun Kimia: Racun serangga juga digunakan untuk mengawallalat buah tetapi penggunaan secara terus ke atas buah hendaklah dielakkan demi untuk menghindarkan kesansisabaki berlebihan. Pemilihan racun serangga adalah mustahak. Oi antara beberapa jenis racun serangga yang digunakan untuk kawalan lalat buah adalah fenthion atau cypermethrin.

iv) Semburan Umpan Protin: Satu cara untuk mengelakkan penggunaan racun serangga secara terus kepada buah ialah dengan menggunakan semburan "umpan protin", Semburan umpan protin adalah campuran "protein hydrolysate" dan racun serangga. Kedua-dua lalat buah jantan dan betina biasanya mencari dan memakan sumber-sumber protin semulajadi (contoh : rembesan serangga, cecair yang dikeluarkan oleh tumbuhan) yang diperlukan untuk pertumbuhan alat kelamin dan peranakan. Protin tumbuhan yang telah dihydroliskan (seperti kacang soya atau jagong) mempunyai daya penarik yang kuat kepada lalat buah. Apabila dicampur dengan racun serangga seperti malathion dan disemburkan ke sebahagian kecll kawasan daun, lalat buah akan tertumpu ke kawasan tersebut dan akan mati setelah memakan cecair protin yang bercampur racun. v) Perangkap Lalat Jantan Menggunakan Bahan Penarik: Lalat buah yang jantan sangat mudah tertarik kepada sebatian-sebatian tertentu dan tarikan ini telah digunakan didalam program kawalan. Sebatian seperti methyl eugenol adalah sangat tinggi daya tarikannya kepada lalat jantan. Apabila dicampur dengan racun serangga (seperti malathion) dan didedahkan kepada lalat buah di ladang,sejumlah besar lalat jantan akan tertumpu di situ dan akan mati. Dengan menggunakan cara ini populasi lalat buah jantan akan berkurangan dan akhirnya memusnahkan populasi lalat buah.

(b)

Ulat bunga (Diacrotriccha fasciola Zell)

Larva ulat ini akan mengorek bunga dan putik buah. Serangan yang teruk boleh merosakkan keseluruhan jambak bunga dan akibatnya buah tidak terbentuk. Putik buah yang diserang akan gugur. Peringkat kepompong terjadi di permukaan bawah daun dan mengambil masa 6 hari sebelum menjadi serangga dewasa. Apabila menjadi wabak, sekali semburan dengan racun serangga seperti cypermethrin dan malathion adalah memadai kerana jika berlebihan akan memberi kesan yang buruk kepada serangga pendebungaan. (e) Ulat Lymantriid

(Euproetis (Porthesia) scintilans walk)

Peringkat larva menyerang bahagian bunga dan permukaan kulit buah tanpa mengorek ke dalam isl. Serangan selalu terjadi keatas buah muda yang tidak dibungkus. Kejadian serangan selalu rendah dan perosak ini dikawal oleh parasitoid larva secara semulajadi seperti Apenteles sp. (d) Ulat buah (Archips tabescens Walk)

Larva ini menyerang buah muda yang tidak dibungkus.la membentuk jaringjaring sutera yang melindunginya daripada pemangsa. Cara larva ini berlindung membezakan tanda serangan oleh perosak ini daripada serangan Porthesia Scintillans. Perosak ini juga menyerang daun hijau yang matang. Larva menyerang lapisan kulit luar daun dan menyebabkan bahagian itu menjadi kering dan coklat,

Buah yang diserang hendaklah dibuang semasa pembungkusan buah. Amalan mer'nbungkus buah adalah satu dari kawalan. Sebelum membungkus sekali penyemburan dengan deltametrin atau metamidofos 0.05% b.a. adalah memadai.

(e)

Pengorek

batang (/ndarbe/a discip/aga

Swinch)

Serangga bertelur di celah-celah rekahan kulit batang. Larva yang menetas mengorek batang dan menyerang permukaan kulit. Larva seterusnya membentuk terowong dan liang-liang. Kepompong terjadi di lorong dalam batang dan akan bergerak ke liang sebelum serangga dewasa terjadi. Serangan dewasa akan keluar dan meninggalkan sarong kepompong di muka liang. Kawalan kimia dibuat dengan membuang fras pada permukaan kulit yang diserang dan membersihkan liang. Racun serangga seperti metamidofos di suntikkan ke dalam liang dan kemudian disumbat dengan tanahbagi mengelakkan larva keluar.

6.3

Kawalan

Rumpai

Rumpai merupakan masalah serius pada peringkat pertumbuhan iaitu pada peringkat sembilan bulan yang pertama. Rumpai merupakan perencat kepada pertumbuhan dan menjadi tempat pembiak serangga untuk merebaknya penyakit. Rumpai di keliling pokok hendaklah selalu dibuang untuk memperolehi hasil yang tinggi. Jenis-jenis rumpai yang biasa didapati seperti rumput sambau (Eleusine indica), jelamparan (Digitaria ciliaris), pokok duri semalu (Mimosa invisa) lalang (Imperata cylindrica) dan senduduk (Melastoma ma/abathricum). Pengurusan rumpai secara bersepadu adalah disyorkan yang merangkumi kaedah manual, mekanikal, kultur dan kimia. kaedah-

Bagi pokok yang baru ditanam adalah disyorkan kaedah kawalan rumpai secara manual menggunakan tangan atau tajak untuk membuang rumpai di sekeliling pangkal pokok setiap 1 - 2 bulan. Rumpai yang tumbuah di antara barisan pokok hendaklah dipotong dengan mesin rumput. Penggunaan racun kimia adalah disyorkan bagi pokok yang melebihi satu tahun. Racun seperti glufosinat-ammonium (0.5 kg/ha) boleh digunakan untuk mengawal rumpai di sekeliling pangkal pokok. Semburan racun hendaklah dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak terkena pokok belimbing.

6.4

Tempoh

Dilarang

Mengutip

Hasil (TDMH)

Penyemburan racun perosak hendaklah diberhentikan sebelum mengutip hasil mengikut TDMH seperti di Jadual 8:Jadual 8. TDMH Selepas Semburan Akhir Racun Perosak Bagi Tanaman Belimbing. Racun Perosak Malathion Fenthion Cypermethrin Triademefon Racun berunsur kuprum Glufosimate-amonium TDMH (hari) 7 14 5 30 14

7. 7.1

KEMATANGAN Penghasilan

DAN PENGUTIPAN

HASIL

Buah

Lazimnya, pokok belimbing cantum mula mengeluarkan bunga sembi Ian bulan selepas ditanam. Bunga yang keluar dari pokok berumur kurang dari satu tahun perlu dibuang supaya pertumbuhan tampang tidak terganggu pad a peringkat awal. Pokok digalakkan mengeluarkan buah pada tahun kedua. Pada amnya pokok belimbing mengeluarkan banyak bunga dan akan menjadi buah. Saiz buah boleh ditingkatkan dengan penjarangan buah semasa membalutnya. Sebanyak 60 - 70% buah yang terbentuk perlu dibalut dan balut hanya satu biji buah setangkai sahaja. Buah matang boleh dipetik apabila warna bertukar daripada hijau ke kuning hijau atau jingga. Dengan penjagaan yang rapi dan cuaca yang baik, satu pokok belimbing berpotensi mengeluarkan 100 - 150 kg buah setahun. Pokok yang berumur 9 - 10 tahun merupakan peringkat paling produktif dan boleh mengeluarkan buah melebihi 200 kg sepokok setahun. 7.2 Musim Buah

Biasanya belimbing mengeluarkan hasil sepanjang tahun. Akan tetapi terdapat 2 musim utama iaitu April-Jun dan Oktober-Disember setiap tahun. 7.3 Kematangan Buah

Buah belimbing dipetik di peringkat matang supaya tempoh penyimpanan dan mutu buahnya tidak terjejas. Indeks kematangan merupakan petunjuk yang amat berguna dalam menentukan peringkat yang sesuai untuk di petik. Bagi belimbing B10, indeks kematangan

terbahagi kepada enam indeks warna seperti berikut-

• • • • • •

Indeks Indeks Indeks Indeks Indeks Indeks

Warna Warna Warna Warna Warna Warna

1 2 3 4 5 6

: : : : : :

Keseluruh buah kelihatan hijau Buah berwarna hijau muda Buah berwarna hijau kekuningan Buah berwarna kuning kehijauan Keseluruhan buah kelihatan kuning Keseluruhan buah kelihatan oren

Biasanya buah belimbing klon B 10 mengambil masa 60 - 65 hari selepas pembentukan buah untuk mencapai peringkat indeks warna 2. Buah B2 pula mengambil masa 45 50 hari manakala buah B17 mengambil masa 77 - 90 hari selepas pembentukan buah. 7.4 Pengutipan Hasll

Buah belimbing dipetik mengikut kod atau warna pada beg pembungkus. Hanya buah yang dibungkus dengan beg yang mempunyai kod atau warna tertentu sahaja yang dipetik mengikut indeks kematangan yang sesuai untuk pasaran. Kacip atau gunting digunakan untuk memotong buahdari ranting. Pengutipan buah dilakukan pada waktu pagi ketika suhu persekitaran kurang panas dan buah masih pejal.

8. 8.1

PENGENDALIAN Pengendalian

PASCATUAI

di Ladang

Bungkusan buah yang dipetik dimasukkan ke dalam bakul yang sedia dibawa oleh pemetik ke pusat pengumpulan sementara. Oi sana, pembalut buah tidak ditanggalkan dan disusun rapat ke dalam bakul plastik atau kotak kertas beralun. Ini dapat mengurangkan geseran yang terjadi antara kertas kering dan sading buah. Buah-buah disusun secara terbaring pada garis panjang. Setiap lapisan buah dialas dengan kertas. Keadah ini sesuai untuk pengangkutan buah ke tempat yang dekat. 8.2 Pengendalian di Pusat Pembungkusan

Buah belimbing yang akan dipasarkan perlu dikendalikan dalam bangsal atau tempat pembungkusan yang sesuai. Rumah pembugkusan perlu ada ruang untuk aktiviti pemilihan, penggredan, membuat rawatan, bilik sejuk dan stor untuk menyimpan kotak dan peralatan. Aktiviti di rumah pembungkusan adalah seperti berikut(a) Pemilihan dan Pengasingan Buah

Buah yang diterima dari ladang perlu dipilih untuk mendapat pengeragaman saiz, warna dan mutu, penyeragaman tahap kematangan dan mengasingkan buah yang cacat. Buah dibersihkan dengan berus halus untuk membuang kekotoran yang terdapat pada buah.

(b)

Penggredan

Buah belimbing digredkan mengikut piawaian SIRIM. Penggredan ini perlu dilakukan untuk belimbing yang akan dieksport. Keseragaman saiz, warna dan mutu untuk diberi perhatian adalah seperti berikut: (i) (ii) (iii) Buah bersaiz 'S' (kecil) ialah buah yang beratnya antara 130 - 160g. Buah bersaiz 'M' (sederhana) ialah buah yang beratnya melebihi dari 160 hingga 1909. Buah bersaiz 'L' (besar) ialah buah yang beratnya melebihi 1909.

Setiap kotak yang berisi buah tidak boleh mengandungi lebih dari 10% jumlah buah luar saiz. Keseragaman tahap kematangan buah di dalam setiap kotak juga perlu diberi perhatian. Setiap kotak hendaklah mengandungi:(i) (ii) (iii) (iv) (v) Buah berwarna hijau matang sahaja Buah berwarna hijau kekuningan sahaja. Buah berwarna kuning kehijauan sahaja. Campuran buah berwarna hijau matang dengan buah hijau kekuningan. Campuran buah berwarna hijau kekuningan dengan buah kuning kehijauan.

Dalam konteks kecacatan buah, boleh dikategorikan kepada empat (4) kategori iaitu:(i) (ii) (iii) (iv) buah rosak buah cacat buah blemish buah kotor samada kecederaan mekanikal,diserang serangga atau penyakit. cacat dari segi rupabentuk yang tidak normal. terdapat tanda bintik-bintik hitam atau karat yang tidak boleh dibersihkan. sebarang kotoran dipermukaan buah tidak dibersihkan.

Buah yang mempunyai mana-mana ciri kecacatan ini mestilah tidak melebihi 10% daripada jumlah yang diperiksa. Lazimnya buah belimbing dipilih mengikut gred yang dikehendaki oleh negara pengimport. Contohnya untuk pasaran ke Eropah, indeks warna 2 dan 3 adalah sesuai, pasaran Hong Kong dan Singapura indeks warna 2 h9ingga 4 dan untuk pasaran tempatan indeks warna 3 dan 4. (c) Pembungkusan

Buah belimbing untuk dieksport mestilah segar iaitu dibungkus dalam tempoh 24 jam selepas dipetik. Pembungkusan adalah perlu bagi menjamin mutu buah agar sentiasa berkeadaan pejal, kulit tidak bertukar warna dan buah tetap berwarna hijau ketika dipasarkan. Terdapat tiga cara pembungkusan buah belimbing yang boleh digunakan untuk pasaran eksport seperti berikut: (i) Buah dibungkus dengan filem regang jenis polimer klorida (PVC). (ii) Buah dibungkus dengan kertas tisu (iii) Buah dibungkus dengan polystyrene net

Buah belimbing yang dibungkus, disusun di dalam kotak yang disedia khas untuk belimbing bagi tujuan eksport. Buah belimbing dan kotaknya perlu disediakan seperti berikut:(i) (ii) (iii) (iv) Kotak bungkusan dilapis dengan span atau kertas sebagai .kusyen pada bahagian dasar dan dinding dalamnya. Buah yang dibalut disusun seeara menegak dengan bahagian pangkalnya meneeeah dasar kotak. Mestilah terdiri dari buah yang seragam Pastikan susunan buah tidak terlalu padat. Jika terlalu longgar ruang yang kosong perlu diisi dengan gumpalan tisu atau span bagi mengurangkan pergerakan di dalam kotak semasa penghantaran. Kelonggaran beratbersih buah di benarkan kurang atau lebih hanya 1S0g bagi setiap kotak.

(v)

(d)

Penyimpanan

Hasil

Kotak-kotak yang telah diisi hendaklah diasingkan kepada lot-lot mengikut kelas saiz besar, sederhana dan kecil. Buah belimbing untuk eksport hendaklah disimpan dalam bilik sejuk pad a suhu antara 5°C hingga 10°C. Pengasingan lot ini juga akan memudahkan penyusunan kotak di dalam lori atau kontena berhawa dingin serta memudahkan kerja-kerja pengesahan gred oleh pegawai FAMA untuk penghantaran eksport. Penyusunan kotak di dalam bilik sejuk hendaklah mengambilkira penggunaan saiz kotak yang standard (sama) bagi susunan sesuatu lot. Penggunaan kotak yang mempunyai saiz yang sama akan dapat memberi faedah seperti berikut(i) (ii) (iii) (iv) Menjimatkan masa pengendalian dan penyusunan dengan menggunakan jentera pengangkut yang moden. Memudahkan peredaran udara di dalam bilik sejuk Kedudukan susunan yang tetap dan stabil semasa dalam perjalanan menggunakan lori atau lain-lain kenderaan. Oapat mengurangkan kerosakan mekanikal

8.3

Pengangkutan

Belimbing boleh dieksport dengan menggunakan kapallaut atau kapal terbang. Pengangkutan kapal laut dari segi kos lebih murah jika dibandingkan dengan kapal terbang. Buah Belimbing yang hendak dihantar dengan kapallaut tahap kematangannya adalah pad a warna indeks 2 iaitu hijau matang. Buah ini dibalut dengan sempurna supaya kuallti buah terjamin. Pengeksport yang membalut buah menggunakan kertas tisu biasanya mengalami sedikit masaalah kerana apabila dikeluarkan dari kontena, tisu tersebut mejadi basah dan ini akan menjejaskan kualiti buah. Cara pembungkusan yang disyorkan ialah dengan menggunakan fHem regang (streeh film). Suhu kontena disyorkan di paras 5°C sesuai untuk destinasi pasaran Eropah dan Asia Barat. Manakala untuk pasaran Hong Kong ialah SoC. Susunan kotak di dalam kontena perlu dipastikan supaya setiap kotak mendapatkan peredaran udara yang meneukupi.

Pengangkutan dengan kapal terbang memerlukan masa yang cukup untuk memastikan urusan pemeriksaan kastam dan proses dokumentasi dapat disempurnakan. Oleh itu pengeksport perlu menghantar buah-buah yang hendak diekspot 4 jam lebih awal dari waktu penerbangan di terminal eksport MAS kargo di Lapangan Terbang Subang.

9.

EKONOMI PENGELUARAN

DAN PEMASARAN

Untuk mengusahakan tanaman belimbing secara komersil pengusaha perlu memberi perhatian kepada aspek-aspek kewangan, faktor-faktor yang mempengaruhi dayamaju projek dan pemasaran yang cekap. Ekonomi pengeluaran belimbing merangkumi 3 aspek, iaitu : (a) (b) (c) (a) Kos Perbelanjaan Dayamaju projek Tanaman Pemasaran

Kos Perbelanjaan

Pad a amnya kos perbelanjaan belimbing merangkumi segal a kos yang diperlukan untuk projek tanaman belimbing. Kos-kos ini termasuklah kos pembangunan, kos bahan input dan kos tenaga kerja.

(i)

Kos Pembangunan

Kos pembangunan merangkumi segala perbelanjaan yang diperlukan untuk menyediakan kawasan penanaman belimbing. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan kos pembangunan adalah seperti berikut• Menebang dan membersih kawasan baru seperti hutan atau kawasan terbiar/belukar. • Penyediaan Infrastruktur seperti parit ladang, jalan ladang, pagar dan pintu. • Penyediaan sistem pengairan titis. • Kos penyediaan tanah • Kos membaris, menggali lubang dan menanaman anak-anak pokok. Pecahan kos pembangunan yang diperlukan untuk tahun pertama dianggarakan sebanyak RM 12,752.00 seperti dalam Lampiran III.

(ii)

Kos Bahan-Bahan

Purata kos bahan setahun sehektar untuk projek ini ialah RM4,753.00 dan jumlah kos bahan bagi hayat ekonomik projek ini adalah RM 118,819.00 (seperti Lampiran II dan III). Perbelanjaan ini diperlukan untuk bahan-bahan berikut • Kos benih tanaman • Kos baja • Kos bahan kimia dan • Kos peralatan ladang.

(c)

Kos Tenaga Kerja


Tenaga kerja yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti di ladang termasuk: Pembajaan Pengawalan serangga dan penyakit Pengawalan rumput rumpai Pencantasan Membungkus hasil Memungut hasil Penyelenggaraan sistem pengairan dan Penyelenggaraan infrastruktur.

Jumlah kos untuk tenaga kerja adalah RM 463,376.00 dan purata setahun adalah RM 18,535.00 (Lihat Lampiran III)

(b)

Dayamaju Projek
Dayamaju projek dinilai dengan menggunakan • • • • • • Pedapatan Bersih Tempoh Pulang Modal Nilai Kini Bersih (NPV) Kadar Pulangan Dalam (IRR) Nisbah Faedah IKos (B/C Ratio) dan Analisis Sensitiviti. lima kaedah seperti berikut:

(i)

Pendapatan Bersih

Pendapatan bersih di takrifkan sebagai pendapatan yang diperolehi selepas jumlah kos ditolak dari jumlah pendapatan kasar sesuatu projek. Bagi projek ini pendapatan bersih adalah positif mulai tahun kelima dan pendapatan bersih kumulatif bagi projek yang berhayat ekonomik 25 tahun adalah lebih kurang RM170,918.30. Ini bermaksud purata pendapatan bersih setahun adalah RM6,836.70.

(ii)

Tempoh Pulangan Bailk Modal

Tempoh pulang modal di capai apabila baki wang kumulatif (timbunan) menjadi positif. Untuk tanaman belimbing, tempoh pulangan modal ialahpada tahun kelima. Kaedah ini menunjukkan projek ini adalah berdaya maju oleh sebab tempoh pulang modal kurang dari hayat ekonomik projek.

Analisis aliran kewangan boleh juga dapat menentukan tempoh pulangan balik modal. Dengan purata harga di ladang sebanyak RM 0.80 sekilogram, tempoh pulang modal ialah 4 tahun selepas penanaman. Berasaskan anal isis yang dijalankan didapati tanaman belimbing adalah berdayamaju. Dengan purata harga RM 0.80 sekilogram di peringkat ladang, NPV ialah RM 94,075.48, IRR ialah 41% dan B/C Ratio ialah 2.85.

Untuk analisis dayamaju penanaman belimbing yang lebih terperinci, satu anal isis kepekaan (sensitivity) juga dibuat seperti di Jadual 9 dan Jadual 10. Analisis kepekaan adalah bertujuan untuk mengetahui keupayaan dayamaju jika terdapat perubahan harga, kos pengeluaran dan pengeluaran hasil. Penanaman belimbing didapati akan menghadapi kerugian jika harga di ladang belimbing jatuh di bawah RMO.28 sekilogram atau pengeluaran hasil berkurangan sebanyak 66% daripada anggaran.

Jadual 9: Analisis Harga Jualan 0.30 0.40 0.60 0.80 1.00 1.20

Kepekaan

(Turun Naik Harga Jualan) IRR@ 10% SIC Ratio (RMI Kg) 1.12 1.49 2.18 2.85 3.49 4.11

NPV@ 10% (RM) 89282.07 90240.75 92158.10 94075.46 95992.81 97910.17

36 37 39 41 44 47

• Titik pulang modal ialah RM0.28/kg.

Jadual 10: Analisis Hasil NPV (10%) (RM) 94,075.46

Kepekaan

(Turun Naik Hasil) S/CRatio @ 10% (RM/Kg) 2.85

IRR@ 10%

Hasil Asal

41 %

Turun Turun Turun Turun Turun Turun

20% 30% 40% 60% 65% 66%

92,541.57 91,774.63 91,007.69 89,473.80 89,090.30 89,013.64

40 39 38 37 36 36

% % % % % %

2.3 2.04 1.77 1.20 1.05 1.02

• Titik pulang modal ialah pada kejatuhan hasil 66 %.

9.2

Pemasaran

Pemasaran belimbing melibatkan agen-agen pemasaran seperti pemungut, pemborong, pengeksport dan peruncit. Terdapat 6 jenis saluran pemasaran belimbing di Semenanjung Malaysia iaitu:(i) Ladang - Peruncit (ii) Ladang - Pemborong - Peruncit (iii) Ladang - Pengguna (iv) Ladang - Pengumpul - Pemborong - Peruncit (v) Ladang - Pemborong (vi) Ladang - Pengumpul Saluran pemasaran yang paling popular adalah ladang peruncit diikuti saluran pemasaran ladang - pemborong - peruncit.

RUJUKAN

1. 2. 3.

MARDI (1992). Panduan Pengeluaran Belimbing. Jabatan Pertanian (1990). Belimbing Besi Risa/ah Pertanian Bilangan 28. Jabatan Pertanian (1993). Panduan Analisis Produktiviti Tanaman Buah-buahan. Terpilih: No. Terbitan: RT 69a/10-93/TR, November, 1993. M.A. Betty (1967) Malayan Fruits. An Introdution to the cultivated species. Donald Moore Press Ltd. Singapore. Kementerian Pertanian, (1991). Industri Buah-buahan - Tinjauan Dari Segi Dasar, Strategi dan Perkembangan Semasa. Jawatankuasa Kerja Laporan Status Buahbuahan. Jabatan Pertanian Malaysia. Panduan Menanam tanaman Saka 1993. FAMA (1994), Market Potential for Aglric. Produce. Paper presented at the Seminar on Agriculture Commercialisation in Sarawak, Kunching, 5-7 Julai 1994. FAMA (1993). The Fruit Industry in Malaysia - Market potential of Marketing Aspect. Paper presented at the Seminar on Malaysian Fruit Expert, Malacca 24 April 1993. Kementerian Pertanian (1986). The Feasibility Study of Fruit Production and Market
ing in Peninsular Malaysia.

4.

5.

6. 7.

8.

9.

10. 11.

FAMA, Pemasaran dan Pengendalian Lepas Tuai Belimbing Siong, T.E. et.ai. (1988). Nutrient Composition of Malaysian Foods. ASEAN Sub-committee on protein, Malaysia. Wong, i.F.T. (1986). Soil-Crop Suitability Classification for Peninsular Malaysia. Soil Management Services Branch, Dept. of Agriculture, Ministry of Agriculture Malaysia.

12.

Lampiran PANDUAN PENGIRAAN RACUN PEROSAK TANAMAN Syor berdasarkan bahan aktif. Formula: V1 X C1 V2 X C2 V1 = V2 X C2 / C1 Oi mana: V1 Isipadu ( volume) racun perosak komersil C1 Kepekatan bahan aktif racun perosak komersil V2 Jumlah isipaadu semburan ( spray volume) racun perosak dan air. C2 Kepekatan bahan aktif racun perosak yang disyorkan.

= = =

Contoh

450 liter isipadu semburan racun malathion (kandungan bahan aktif 52 %) disyorkan untuk mengawak kepinding dengan kadar 0.1 % bahan aktif. Berapa banyakkah (liter) racun malathion diperlukan. Contoh pengiraan menggunakan formula diatas. V2 450 liter C1 = 52 % C2 = 0.1 % V1 = 450xO.1 % 52 % 0.86 liter ( 860 ml )

pengiraan: (a)

Jawapan: Gunakan 0.86 liter racun malathion dengan isipadu semburan 450 liter. Berdasarkan kiraan di atas berapa banyak racun diperlukan untuk alat penyembur racun yang boleh mengisi 18 liter? Isipadu (vol) racun perosak x kapasiti alat penyembur Isipadu semburan = 0.86 liter X 181 450 liter 0.034 liter ( 34 ml ) 34 mil 18 liter air

= =

Jawapan:

b)

100 liter semburan carbaryl ( 85 % bahan aktif) disyorkan untuk mengawal bena perang dengan kadar 0.1 % bahan aktif. Berapa banyakkah racun carbaryl yang diperlukan?

Menggunakan formula diatas; 100 liter 85 % 0.1 % 100 X 0.1 85 0.12 kg ( 120 g) Gunakan 120 9 racun carbaryl dengan isipadu semburan 100 liter. V2 C1 C2 V1

= =

Jawapan:

Lampiran 2 NOTA ALiRAN KEWANGAN BELIMBING 1. Jarak Tanaman 2. Kepadatan Tanaman 3. Harga di Ladang 6m x 6m ( Sistem segi empat sama) 278 pokok/ha RMO.80/kg

4. Pendapatan berdasarkan kepada 90% hasil dipasarkan


5. Kos Pembangunan a. Menebas Hutan b. Parit ladang, jambatan, pembentong RM 1,250 RM 1,135 RM 500

c. Jalan ladang
d. Pagar dan pintu e. Sistem pengairan f. Penyediaan Tanah g. Membaris, menggali lubang, baja basal menan am dan menyediakan lindungan @ RM 3.00/pokok

RM 500 RM 8,000 RM RM 450 918

6. Anak pokok @ RM 3.00/pokok dengan sulaman 10%.

7. Baja: a) Baja basal untuk lubang tanaman: 150 gm TSP @ RM 760.001tan 7.5 kg baja organan @ RM 120.001tan

b).

Baja Tahunan:

Tahun

Baja

Kg/pokokltahun

Harga RM 840.00/tan RM 840.001tan

1.

15:15:15 organan 12:12:17:2 organan 12:12:17:2 organan 12:12:17:2 organan 12:12:17:2 organan

0.5 15 1.0 30 2 45 3.0 45 4.0 45

2.

RM 860.00/tan

3.

RM 860.00/tan

4.

RM 860.00/tan

5.

RM 860.001tan

8. Kawalan serangga dan penyakit a) Penyakit i. Bintik daun Semburan Captofol 50% (Difolatan) @ 12 kali setahun. Semburan Terrazole 25% @ 2 kali/tahun.

ii. Penyakit akar b) Perosak: i. Kumbang/belalang ii. Ulat makan bunga iii. Lalat buah (Dacus spp)

Semburan Malathion Semburan Deltamethrin

@ 6 kali/tahun. @ 6 kali/tahun.

Gunakan Methyl eugenol @ 10 kali/tahun. + Endosulfan @ 0 kali/tahun.

+ Fenthion @ 6 kali/tahun.8. 9. Kawalan rumpai: 2 pusingan penyemburan 'blanket' + 4 pusingan 'ring spray' dengan BASTA dan 4 pusingan kawalan dengan bush cutter (kontrak). 10. Membungkus buah dengan kontrak @ RMO.05/biji,termasuk bekalan beg. Purata berat buah: 6 biji/kg. Bakul buah: 1 bakul untuk 60 kg buah @ RM 3.00/bakul. Memungut hasil (kontrak) @ RM 0.1O/kg (termasuk pengangkutan ladang dan pembungkusan). Alat-alat ladang: Cangkul & tajak Scateurs & parang Baldi plastik 14. RM 60.00 RM 50.00 RM 190.00

11. 12.

13.

Penyelenggaraan infrastruktur @ 5% kos pembinaan infrastruktur.

lampiran III JADUAl10 Kepadatan tanaman: 278 pokok sehektar


Perkara/HektarlTahun Unit Harga Jumlah 1 2
3

ANGGARAN All RAN KEWANGAN SEHEKTAR BEllM BING (Averrrhoe carambola l.)

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

Jumlah

PENDAPATAN HasH (kg/ha) Pendapatan Kasar @ RMO.801kg PERBELANJAAN A. KOSPEMBANGUNAN 1. Menebas hutan ladang,jambatan,pembentung 2. Parit l 3. Jalan-jalanadang 4. Pagar dan plntu 5. Sistem Pengairan 6. Penyediaan tanah 7. Membaris. menggali lubang, membaja basal.menanam dan menyediakan lindungan@RM3/pokok Jumlah Kos Pembangunan B. KOS BAHAN-BAHAN 1. Anak pokok @ RM3/pokok 2. Baja : Q Basal (TSp) Ii)Baja Organan iii) Baja Tahunan 3. Racun Kawalan Serangga & Penyakit 4. Racun Kawalan Rumput Rumpai 5. Alat-alat Ladang 6. Bakul buah Jumlah Kos Bahan-Bahan C. KOS TENAGA KERJA 1. Pembajaan 2. Kawalan Serangga & Penyakit 3. Kawalan Racun Rumpai 4. Cantasan 5. Membungkus Buah RMO.051biji 6. Memungut HasH @RMO.l0/kg 7. Penyelenggaraan Infrastruktur 8. Penyelenggaraan sistempengairan Jumlah Kos Tenaga Kerja JUMLAH KOS PENGELUARAN JUMLAH KOS PENGELUARAN 10% KOS LUAR JANGKAAN SAKI WANG TUNAl BAKI WANG TIMBUNAN

kg/ha RMlkg

0.80

1031700 825360

11600 9280

19400 29000 15520 23200

34800 34800 27840 27840

34800 27840

42800 34240

48500 38800

48500 38800

48500 38800

48500 38800

48500 38800

48500 38800

48500 38800

48500 38800

48500 38800

48500 38800

48500 38800

48500 38800

48500 38800

48500 38800

48500 38800

48500 38800

48500 38800

1031700 825300

1250 1135 500 500 8000 450 917

12752

12752 918 50 250 617 489 170 350

1240 359 170 387 2156 105 630 336 150 3480 1160 261 350 6472 8628

1979 559 170 647 3355 120 944 336 450 5820 1940 261 350 10221 13576

2218 671 170 967 4026 120 944 336 600 8700 2900 261 350 14211 18237

118819

2844 90 315 336 30

2458 991 170 350 1153 5122

2458 758 170 1163 4549

2458 784 170 1290 4702 120 944 336 600 11610 3870 261 350 18091 22793 25072 14744 35652

2462 810 170 1420 4862

2462 1053 170 1550 5235

2462 906 170 350 1550 5438 120 944 336 600 13950 4650 261 350 21211 26649

2462 836 170 1550 5018 120 944 336 600 13950 4650 261 350 21211 26229

2462 836 170 1550 5018 120 944 336 600 13950 4650 261 350 21211 26229

2462 836 170 1550 5018 120 944 336 600 13950 4650 261 350 21211 26229

2462 836 170 1550 5018 120 944 336 600 13950 4650 261 350 21211 26229

2462
906

170 350 1550 5438 120 944 336 600 13950 4650 261 350 21211 26649

2462 836 170 1550 5018 120 944 336 600 13950 4650 261 350 21211 26229

2462 836 170 1550 5018 120 944 336 600 13950 4650 261 350 21211 26229

2462
836

170 1550 5018 120 944 336 600 13950 4650 261 350 21211 26229

2462 836 170 1550 5018 120 944 336 600 13950 4650 261 350 21211 26229

2462
906

2462
836

2462
836

2462
836

2462
836

170 350 1550 5438 120 944 336 600 13950 4650 261 350 21211 26649

170 1550 5018 120 944 336 600 13950 4650 261 350 21211 26229

170 1550 5018 120 944 336 600 13950 4650 261 350 21211 26229

170 1550 5018 120 944 336 600 13950 4650 261 350 21211 26229

170 1550 5018 120 944 336


600

2462 906 170


350

1550 5438 120 944 336 600 13950 4650 261 350 21211 26649

118819

463376 594947

350 1121 16717

120 120 944 944 336 336 600 600 10380 10470 3460 3490 261 261 350 350 16451 16571 21573 21120

120 120 944 944 336 336 600 600 12780 13950 4260 4650 261 261 350 350 19651 21211 24513 26964 16~ 52536 26446 29091 18717 71253

13950 4650 261 350 21211 26229

463376 582195
653887.3 375929

654441.7 170918.3

18388.7 9490.8 14934 20061 23730 23232 -18388.7 -210.8 5010 9963 11910 12624 -18388.7 -18600 -13590 -3627 8283.5 20908

29314 28852 28851.9 28852 28851.9 29314 28852 28852 28852 28852 29314 28852 28852 28852 18494 18956 18956 18956 18956 18494 18956 18956 18956 18956 18494 18956 18956 18956 89747 108703 127659 146615 165571 184065 203021 221977 240933 259889 278383 297339 316295 335251

28852 29313.9 18956 18494 354207 372701

NILAIKINI BERSIH (NPV) @ 10°A, KADAR PULANGAN DALAM (IRR) KADAR FAEDAH/KOS @ 10%

$94,075.46 41% 2.849 _

PENGHARGAAN
Jabatan Pertanian mengucapkan setinggi-

tinggi penghargaan

dan terima kasih kepada Ahli

Pasukan Petugas Pakej Teknologi Belimbing, Puan Wan Zakiah Muhammad, Encik Wan Darman Wan Abdullah, Encik Azizan Asmuni, Encik Muhammad Omar, Puan Ngazizah Ismail, Encik Sulaiman Adam, Encik Nik Mazlan Wan Abu Bakar, dan Encik Mohd. Yusuf Hashim yang telah menyediakan Penghargaan pandangan terbitan ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan Komunikasi pakej ini. yang telah menyediakan kepada konsep pakej ini. juga di berikan kepada semua ahli dan sokongan dalam menyediakan

Jawatankuasa Promosi Teknologi yang telah memberi

semua pegawai dan kakitangan Seksyen Sokongan persembahan, suntingan, kerja grafik dan percetakan

mUPEJABAT Jabatan Pertanian Malaysia Aras 7-17, Wisma Tani, Block 4G2, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62632 PUTRAJAYA. Tel: 03-8870 3000 Fax: 03-8870 3376 Laman Web: http://www.doa.gov.my ISBN: 983-047-080-6

You might also like