Professional Documents
Culture Documents
Ada banyak punca-punca yang menyebabkan rambut mudah gugur, selain dari faktor usia yang semakin bertambah.
1. Genetik.
2. Tekanan kerj.a yang teruk.
3. Diet yang teruk.
4. Faktor hormon
5. Masalah tempurung rambut.
6. Putus haid
7. Selepas bersalin (bagi wanita).
8. Penyakit tiroid. Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
9. Demam, jangkitan dan selesema yang serius. Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius,
seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti
sediakala.
10. Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan. Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan
protein atau tabiat pemakanan abnormal.
11. Ubat-ubatan. Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-
ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah
(coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
12. Rawatan kanser. Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang
mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.
Kos-kos rawatan yang sangat mahal dan tidak memuaskan.
Pernah juga,mendengar aduan dari rakan-rakan sendiri yang pernah membelanjakan sejumlah wang yang sangat besar,
bahkan sehingga beribu-ribu ringgit dilaburkan untuk mengatasi masalah keguguran rambut ini.
Cara-cara lebatkan rambut.
Sudah tiba masanya untuk menerangkan cara-cara/tips yang insyallah mujarab orang tua-tua kata.
Petua 1 :
Sapukan minyak bijan di akar rambut / kulit kepala sebelum tidur. Paginya, bersyampu dan bilaslah rambut seperti biasa. p/s :
anda boleh dapatkan minyak bijan di kedai mamak
Petua 2:
Daun lidah buaya digunakan bersama daun bunga raya putih untuk dijadikan resipi bagi mengurangkan rambut gugur. Kalau
tak ada daun lidah buaya, gunalah daun bunga raya putih sahaja. Itupun sudah memadai.
Petua 3.
Ambil sedikit daun inai. Tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air asam jawa.
Cuci rambut hingga bersih dan bilas dengan air daun inai tadi sambil memicitkan kepala. Biarkan selama setengah jam.
Kemudian bilas rambut sampai bersih. Amalakan seminggu 2 kali, Insyalah , anda tidak akan mengalami masalah keguguran
rambut.
Petua 4.
Ambil beberapa helai daun rambutan yang muda, kemudian bersihkan. Ramaskan daun itu bersama air sehingga keluar
lendirnya. Kemudian sapukan lendir itu pada rambut. Biarkan selama 20 minat, selepas itu bilas dengan air bersih, Lakukan 2
hari sekali dan nikmati hasilnya.
Petua 5.
Sediakan Bahan-bahan seperti berikut.
Penutup.
Selmat mencuba ya. Kalau ada petua/tip-tip yang lain ingin dikongsikan bersama. Kongsikan bersama ya!
Sumber :
http://petuasejagat.blogspot.com/2008/12/petua-lebatkan-rambut.html
http://www.petua-kecantikan-melayu.blogspot.com/
http://gediq.com/tips/petua-melebatkan-rambut