You are on page 1of 55

SEJARAH TAMADUN ISLAM

 Tamadun Islam bermula sejak terbinanya Negara islam.


 Kemudian diteruskan oleh para Khulafa Ar-Rashidin, BAni Umaiyah dan Bani Abbasiyah
 Pada zaman BAni Abbasiyah, tamadun Islam telah mencapai zaman keemasannya.

LATAR BELAKANG KERAJAAN ABBASIYAH

 Perkataan Abbasiyah diambil sempena nama al-Abbas iaitu bapa saudara Rasulullah SAW.
 Ditubuhkan secara rasmi oleh Abu Al-Abbas As-Saffah.
 Keluasan kerajaan ini merangkumi dua pertiga dunia.
 Struktur kerajaan Abbasiyah ialah :-

a. Sistem pemerintahan ialah secara pewarisan


b. Dimpimpin oleh 37 orang khalifah

 System pemerintahan kerajaan Abbasiyah:-


Al-khalifah
Ketua Negara iaitu pemimpin tertinggi dalam wilayah islam

Al-Wazir
Ketua pentadbir yang dibantu oleh menteri dan jabatan baru

Al-Dawawin
Berada dibawah pengawasan Al-Kuttab.

 Khalifah-khalifah terkenal kerajaan Abbasiyah:-


Abu Al-Abbas
Abdullah As-
Saffah

Khalifah
terkenal
Abu Jaafar Al- Harun Ar-
kerajaan
Mansur Rasyid
Abbasiyah

Abdullah Abu
Al-Abbas Al-
Makmum

FAKTOR-FAKTOR PENYEBARAN ISLAM

 FAKTOR DALAMAN

a) Penduduk setempat yang tertarik dengan agama islam


b) Dasar kerajaan yang menyamakan status orang arab dengan orang bukan arab
c) Kedudukan Baghdad yang menjadi tumpuan dalam bidang keilmuan dan perdagangan antarabangsa.

 FAKTOR LUARAN

a) Pembukaan wilayah-wilayah baru


b) Penggunaan bahasa arab secara meluas.
c) Hubungan diplomatic antara kerajaan Abbasiyah dengan Negara-negara luar.

KESAN POSITIF PENYEBARAN ISLAM

 KESAN KEPADA AKIDAH

a) Penyebaran islam Berjaya merobah kepercayaan kebanyakan masyarakat dari menyembah berhala
kepada menyembah Allah Yang Maha Esa.
b) Tertarik dengan ajaran islam yang menghapuskan penghambaan
c) Masjid dibina di merata tempat dan menjadi pusat dakwah terbuka.
d) Terdapat sarjana islam yang berjuang memurnikan akidah dari pengaruh yang menyeleweng.

 KESAN KEPADA ILMU PENGETAHUAN

a) Penyebaran islam mendorong kepada perkembangan ilmu pengetahuan


b) Menuntut ilmu fardu ain dan kifayah adalah jihad
c) Pelabagai infrastruktur telah dibina seperti masjid dan sekolah.
d) Penguasaan ilmu menyebabkan umat islam dipandang tinggi oleh masyarakat antarabangsa.

 KESAN KEPADA KEBUDAYAAN

a) Umat islam bebas mengamalkan budaya masing-masing


b) Semua budaya dibenarkan selagi tidak bertentangan dengan agama islam

 KESAN KEPADA KEMASYARAKATAN

a) Penyebaran islam ketika itu telah menghapuskan penghambaan


b) Konsep keadilan sesame manusia tanpa mengira bangsa diterapkan
c) Khalifah Al-Mahdi menubuhkan Mahkamah TInggi Rayuan
d) Orang bukan islam bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing.

SEMANGAT JIHAD UMAT ISLAM PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH

 Keagungan kerajaan Abbasiyah menjadi bahan kajian para sejarawan hingga hari ini.
 Ia menjadi kebanggaan umat islam hingga akhir zaman.
 Mereka meluaskan konsep jihad.
 Penguasaan pelbagai ilmu telah mengangkat martabat umat islam sebagai umat yang paling maju ketika
itu.
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN

 Pendidikan pada zaman kerajaan Abbasiyah lebih maju daripada zaman kerajaan Bani Umaiyah
 Factor utamanya ialah kerajaan Bani Umaiyah selalu dilanda pemberontakan terutamanya dari puak syiah.
 Selain itu, para khalifah lebih menumpukan kepada penyebaran islam sahaja.
 Pada zaman kerajaan Abbasiyah, masalah tidak timbul dan keadaan Negara stabil.
 Khalifah kerajaan Abbasiyah memberikan perhatian kepada pembangunan dan pembinaan kekuatan dalam
Negara iaitu pendidikan dan ekonomi.
 Hasilnya, kemajuan yang tinggi dalam bidang pendidikan dan Kota Baghdad muncul sebagai pusat
kecemerlangan ilmu.

BIDANG-BIDANG ILMU YANG DITEROKAI

ILMU BERTERASKAN WAHYU

 ILMU TAFSIR
a) Ilmu tafsir Al-Quran mula disusun mengikut susunan surah oleh Yahya Bin Ziyad Al-Farra’
b) Kemudian ia disusun semula dengan lebih sistematik oleh Ibnu Jarir At-Tabari

 ILMU HADIS
a) Zaman kerajaan Abbasiyah terkenal dengan zaman pengumpulan dan penyusunan hadis.
b) Pada zaman ini muncul ramai pakar-pakar hadis.

 ILMU FIKAH
a) Pada zaman ini muncul tokoh-tokoh ulama muktabar yang mengasaskan mazhab-mazhab terkenal seperti
Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab Syafie dan Mazhab Hanbali.

 ILMU TAUHID
a) Perkembangan ilmu falsafah telah mengancam kemurniaan akidah umat
islam ketika itu.
b) Ada yang menganggap falsafah yunani sebagai rujukan utama dalam
masalah akidah
c) Skop perbincangan ilmu tauhid menjadi semakin luas berbanding
zaman-zaman sebelumnya.

ILMU BERTERASKAN AKAL

 ILMU MATEMATIK
a) Beberapa fomula matematik dapat dihasilkan oleh sarjana Muslim.
b) Tokoh matematik ketika itu ialah Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi
c) Beliau juga telah menghasilkan karya iaitu Hisab Al-Jabr Wa Al-Muqabalah.

 ILMU FALAK
a) Antara kejayaan umat islam dalam bidang ini ialah :-
 Mengukur jarak antara bumi dengan matahari
 Membuat jadual pergerakan bulan dan bintang
 Menjelaskan system geologi bumi serta pengaruh bulan dan matahari terhadap pertukaran
musim.

 ILMU KIMIA
a) Umat islam Berjaya mengasaskan beberapa teori dan fakta kimia
b) Penemuan asid galian seperti asid nitrik, teori penghasilan petroleum, teori penghasilan alkohol.
 ILMU FIZIK
a) Mencipta teori pergerakan jirim, daya, gravity dan pantulan cahaya
b) Menjelaskan tentang lapisan mata serta proses penglihatan
c) Menyukat kelajuan bunyi dan cahaya
d) Mencipta cermin mata
e) Tokoh utama ialah Al-Hassan Bin Al-Haitham

 ILMU GEOGRAFI
a) Tokoh dalam bidang ini ialah As-Syarif Al-Idrisi
b) Memberi ukuran yang tepat tentang keluasan bumi.
c) Menghasilkan peta dunia pertama dalam bentuk glob.

 ILMU PERUBATAN
a) Menjelaskan kesan kuman dalam penyakit
b) Mencipta ubat untuk pelbagai penyakit
c) Tokoh perubatan terkenal ialah Ibnu Sina.
d) Terdapat dua hospital telah dibina di Kota Baghdad.

FAKTOR PERKEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN


Kreativiti para Aktiviti
Baghdad ulama peterjemahan
menjadi pusat
pelbagai
keilmuan
bidang ilmu

Hubungan Dasar kerajaan:


diplomatik keutamaan
dengan negara kepada ilmu
FAKTOR
luar pengetahuan
PERKEMBANGA
N ILMU

Kestabilan
Galakan islam
politik dan
supaya umatnya
kewangan
mengkaji alam
kerajaan
Kewujudan
Usaha dan
prasana
galakan para
pendidikan
khalifah
yang baik
INSTITUSI PENDIDIKAN

MASJID
Menjadi tempat ibadah dan penyebaran ilmu pengetahuan yang berkesan
Masjid dipenuhi dengan halaqah-halaqah
Contoh: Masjid Jamik Al-Mansur

ISTANA KHALIFAH
Para khalifah menjadikan istana sebagai pusat perbincangan para ulama dan menyampaikan ilmu kepada
masyarakat
Contoh: Kahlifah Al-Muktadid Billah

PERPUSTAKAAN
Perpustakaan yang ulung ketika itu ialah baitul hikmah.
Terdapat khazanah karya tempatan serta karya terjemahan daripada pelbagai bahasa.
Khalifah Al-Makmum bertanggungjawab membawa masuk karya-karya yunani.

PUSAT PENGAJIAN
Biasanya pusat pengajian dibina oleh para khalifah, menteri dan orang kaya diatas tanah milik kerajaan , tanah
waqaf dan tanah persendirian.
Pusat pengajian terkenal ialah Madrasah An-Nizamiyyah
Antara ulama terkenal yang mengajar di madrasah tersebut ialah Imam Al-Ghazali.
PENGUASAAN UMAT ISLAM DALAM BIDANG SAINS

 Keagungan tamadun islam disuburkan dengan kemunculan cendiakawan dan saintis muslim yang
terkemuka
 Andalus dan Sicily di itali menjadi tumpuan pencinta ilmu
 Umat islam Berjaya menguasai ilmu sains dan teknologi daripada tangan orang rom, parsi dan yunani
 Orang islam telah melakukan penemuan baru serta pembetulan kesalahan fakta sains dan teknologi
terdahulu

FAKTOR PERKEMBANGAN ILMU SAINS DAN TEKNOLOGI

 AKTIVITI PENTERJEMAHAN
a) Baitul hikmah telah dijadikan pusat penterjemahan
b) Yuhana bin Masawaih dan Hunain bin Ishaq ditugaskan segabai penterjemah tetap di Baitul
hikmah
c) Pelabagai karya tentang pelbagai bidang telah dihasilkan dalam pelbagai bahasa.

 GALAKAN KHALIFAH

a) Pelbagai program telah dijalankan.


b) Contoh: seminar perubatan yang dihadiri oleh pakar perubatan seluruh dunia pada setiap kali
musim haji.
c) Menyediakan peruntukan yang banyak dalam bidang sains dan teknologi
d) Membina banyak pusat penyelidikan sains.

 GLOBALISASI ILMU

a) Aktiviti perdagangan dan pembukaan tempat-tempat strategik telah membuka peluang kepada
umat islam untuk mengembangkan ilmu pengetahuan.
b) Sicily di Itali banyak menyimpan khazanah ilmu terutamanya astronomi dan perubatan
c) Andalus merupakan tempat tumpuan masyarakat Eropah untuk mencari ilmu pengetahuan
daripada umat islam.

KESAN PENEMUAN SAINS DAN TEKNOLOGI

 Pencapaian dan penemuan sains dan teknologi telah mengangkat martabat umat islam
 Umat islam dapat hidup dengan lebih maju berbanding umat lain
 Umat islam ketika itu tidak perlu bergantung kepada umat lain
 Ramai umat bukan islam tertarik dengan ajaran islam dan pencapaian umatnya.
PENDAHULUAN

 Tindakan Abu Jaafar memindahkan pusat pemerintahan dari Damsyik ke Baghdad telah menggiatkan
lagi ekonomi.
 Hal ini kerana kedudukan Baghdad yang strategik yang menjadi laluan perdagangan timur dan barat.
 Terdapat ladang-ladang pertanian dan penternakan serta sebuah pasar yang dikenal sebagai Suq Al-
Baqar

SEKTOR EKONOMI UTAMA

SEKTOR PERTANIAN

 Para khalifah telah berusaha memajukan sector pertanian dengan memulih dan menambah
prasana pertanian
 Antara tindakan yang dilakukan ialah : membina saluran. Melebarkan terusan, membuat
empangan dan membuka tanah pertanian baru
 Jenis hasil pertanian antaranya ialah: bijirin,buah-buahan,sayur-sayuran dan ternakan
SEKTOR PERINDUSTRIAN

 Kerajaan Abbasiyah adalah sebuah kerajaan yang terkemuka dalam bidang industri ketika itu
 Jenis-jenis industri yang terdapat ketika itu ialah: tenunan, hamparan, permaidani, pinggan
mangkuk, barangan kaca, tembikar, mozek, barangan kulit dan senjata, perhiasan dan batu
permata dan kertas.

SEKTOR PERDAGANGAN

 Kepesatan ekonomi perdagangan disebabkan oleh pembukaan wilayah baru yang memberi
banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat
 Pekembangan industri perkapalan memudahkan para pedagang bergerak
 Kemahiran orang arab dalam bidang perniagaan sejak zaman jahiliah lagi.
 Langkah-langkah yang telah diambil untuk memajukan aktiviti perdagangan ialah dengan
membina pusat perniagaan, membina rumah-rumah api untuk panduan kapal perdagangan
 Para peniaga musli pergi ke Canton untuk mendapatkan barangan sutera.
 Peniaga muslim juga berniaga di sana.

SUMBER KEWANGAN
ZAKAT
Kadar harta yang dikeluarkn oleh umat islam terhadap harta-harta tertentu dengan syarat-syarat-syarat
tertentu

KHARAJ
Cukai tanah milik orang bukan islam

GHANIMAH
Harta rampasan perang.

FAI
Harta yang diperoleh melalui jalan perdamaian setelah pihak musuh menyerah kalah kepada tentera islam

JIZYAH
Bayaran yang dikenakan kepada orang bukan islam yang mendiami Negara islam.

USYUR
Kadar bayaran yang tetap dikenakan ke atas kapal perdagangan bukan islam yang singgah di perlabuhan
Negara islam dengan tujuan perniagaan.

PERANAN BAITULMAL

 Baitulmal ialah institusi kewangan Negara yang terbesar diketuai oleh Sahib Baitulmal
 Baitulmal berfungsi mengawal dan mengurus pendapatan dan pembelanjaan Negara yang dilakukan oleh
Dewan Kharaj dan Dewan Al-Nafaqah
 Segala aktiviti kedua-dua dewan ini dilaporkan kepada Baitulmal.
PENDAHULUAN

 Perkembangan bidang pendidikan bergantung pada factor keamanan


 Cara untuk menjami keamanan ialah dengan mempunyai sistem ketenteraan yang baik dan tersusun
 Antara pembaharuan yang dilakukan ialah membuka keangotaan kepada orang bukan arab.
 Mengemaskini sistem pentadbiran dan struktur organisasi ketenteraan
 Memberi gaji dan imbuhan yang lumayan kepada tentera.
FUNGSI

KETENTERAAN

TUGAS UTAMA TUGAS BANTUAN


Mempertahankan sempadan Negara daripada Membantu pihak polis dan pihak berkuasa awam
pencerobohan pihak luar dalam memelihara ketenteraan awam.
Menentang musuh Negara Membantu pihak berkuasa awam dalam bantuan
Menghadapi sebarang keadaan darurat malapetaka dan pembangunan Negara.

FAKTOR KEJAYAAN TENTERA ISLAM

 Dasar ketenteraan terbuka


 Pemimpin yang berkaliber
 Peralatan ketenteraan yang canggih
 Strategi ketenteraan yang canggih
 Keimanan dan semangat jihad umat islam.

STRUKTUR ORGANISASI KETENTERAAN


Al-Khalifah

Al-Wazir

Dewan Al-Jundi
Mengurus hal ehwal pertahanan negara

Majlis At-Taqrir Dewan Al-Ardh


Mengurus hal gaji dan imbuhan tentera Mengurus stor dan kelengkapan tentera

Majlis Al-Muqabalah Al-Jawasis


Mengurus pengambilan dan latihan tentera baru Mengintip kekuatan dan pergerakan musuh

Al-Massahun Dairah Al-Muhandisin


Menasihatkan panglima tentera tentang topografi Mengurus pembinaan kem tentera dan kubu
tempat pertahanan

Al-Bahriyyah
Dewan At-Tasnif
Mengawasi perairan kerajaan Abbasiyah
Mengurus kenaikan pangkat
KEGEMILANGAN KERAJAAN ABBASIYAH

Kegemilangan kerajaan Abbasiyah disebabkan factor dasar-dasar yang telah diperkenalkan dari pelbagai aspek.

 ASPEK PENTADBIRAN
Mengamalkan sistem pentadbiran berpusat yang sistematik dan mantap yang diketuai oleh khalifah.
Keperluan dan bidang kuasa jabatan-jabatan dinilai dari semasa ke semasa.

 ASPEK EKONOMI
Tumpuan diberikan kepada 3 sektor utama iaitu perindustrian, pertanian dan perdagangan.inisiatif telah diambil
seperti mngurangkan cukai tanah dan menaikkan taraf saluran air.

 ASPEK KEBAJIKAN
Kekayaan yang diperoleh daripada aktiviti ekonomi dimanfaatkan untuk menyediakan infrastruktur fizikal dan
mental kepada masyarakat.

 ASPEK PERTAHANAN
Langkah drastik diambil dalam mengukuhkan sistem pertahanan. Keanggotaan dibuka kepada golongan bukan
arab.
FAKTOR KEGEMILANGAN

 KESTABILAN POLITIK
Kerajaan memberi tumpuan kepada pembasmian pemberontakan dan perbalahan puak.

 DASAR POLITIK
Kerajaan Abbasiyah memberi layanan yang baik dan adil kepada semua rakyatnya tanpa mengira bangsa dan
keturunan.

 KEDUDUKAN BAGHDAD YANG STRATEGIK


Pemilihan Baghdad sebagai pusat pemerintahan telah memajukan kerajaan Abbasiyah terutamanya dalam
bidang perdagangan.

 PERPADUAN RAKYAT
Layanan yang adil telah diberi kepada semua rakyat tidak mengira kaum. Oleh itu perpaduan rakyat dapat
diwujudkan

 PENGHAYATAN KONSEP KERJA SEBAGAI IBADAT


Konsep kerja sebagai ibadat telah mendorong para sarjana untuk mengkaji tentang muamalat menurut
pandangan islam.
FAKTOR KEMEROSOTAN

Kelemahan pemerintahan kerajaan Abbasiyah

Kegawatan ekonomi yang serius

Pepecahan wilayah-wilayah dibawah kekuasaan kerajaan


Abbasiyah

Perselisihan kefahaman keagamaan

Berlaku perebutan kuasa

Serangan dari luar oleh musuh


BIODATA IBNU SINA

 Nama sebenar beliau ialah Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hassan bin Ali bin Sina
 Dilahirkan pada tahun 370 hijrah
 Beliau berasal daripada keturunan turki
 Beliau pernah bertugas sebagai pakar perubatan di wilayah Raid an penasihat agung Amir Ala Al-Daulah.
 Beliau meninggal dunia pada tahun 428 Hijrah.

KEPERIBADIAN IBNU SINA

 Ibnu Sina seorang yang tekun dalam mempelajari ilmu


 Seorang yang taat kepada agama islam
 Seorang yang sangat pintar dan menguasai pelbagai ilmu sains
 Seorang yang inovatif
PENDIDIKAN IBNU SINA

 Ibnu Sina mempelajari Al-Quran ketika umurnya berusia 5 tahun


 Beliau menghafaz Al-Quran ketika berumur 10 tahun
 Beliau mempelajari ilmu fikah, tasawuf, geometri, falsafah, astronomi dan sains
 Ketika berusia 16 tahun, beliau mempelajari ilmu perubatan.

KETOKOHAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN

 Kepakaran beliau dalam bidang perubatan mendapat pengiktirafan antarabangsa


 Beliau pernah diberi kepercayaan merawat penguasa besar dunia
 Ibnu Sina menghasilkan banyak karya dalam bidang perubatan
 Penemuan baru banyak dijumpai oleh beliau antaranya ialah : penemuan penyakit baru dan ubatnya
seperti jangkitan virus TiBi, penemuan dalam bidang farmasi seperti ubat bius dan membangunkan
teknologi perubatan seperti mencipta picagari.

KESAN PENINGGALAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN

 Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina Berjaya menggilap kembali bidang perubatan.
 Beliau melakukan kaedah pemerhatian dan analisis.
 Terhasilnya pelbagai penemuan penyakit baru dan ubatnya
 Lahirnya kaedah kaedah baru yang lebih canggih.

SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN

 Ibnu Sina menghasilkan 116 karya dalam pelbagai bidang


 Buku-buku tersebut telah dihimpunkan di Kaherah Mesir
 Kemudia diterjemahkan dalam bahasa arab dan digunakan sebagai rujukan hingga hari ini.
BIODATA IBNU KHALDUN

 Nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman bin Muhammad bin Muhammad.
 Dikenali sebagai Ibnu Khaldun
 Dilahirkan di Tunisia pada tahun 732 Hijrah
 Bapanya adalah seorang sarjana terkenal
 Ibnu Khaldun meninggal dunia di Kaherah mesir pada tahun 808 Hijrah ketika berumur 87 tahun.

KEPERIBADIAN IBNU KHALDUN

 Seorang yang tekun dalam menuntut ilmu pengetahuan


 Seorang yang berjiwa pemimpin. Pernah menyandang jawatan penting seperti ketua hakim
 Seorang yang sangat kreatif.

PENDIDIKAN IBNU KHALDUN

 Ibnu Khaldun mempelajari asas agama dan bahasa arab daripada bapanya.
 Beliau juga mempelajari ilmu-ilmu fardhu kifayah seperti mantik, falsafah dan sains.
 Semasa di Fez, beliau mendapat pendidikan tinggi daripada beberapa guru yang terkenal.

IBNU KHALDUN TOKOH PELBAGAI BIDANG

 IBNU KHALDUN SEBAGAI SEJARAWAN


Beliau menganalisis sesuatu tamadun dari segi permulaan, factor kegemilangan dan kejatuhan. Beliau juga
memberi tafsiran sejarah berdasarkan prikologi, ekonomi dan sosiologi.

 IBNU KHALDUN SEBAGAI NEGARAWAN


Beliau merupakan negarawan yang banyak berjasa kepada Negara.beliau pernah menyandang pelbagai
jawatan seperti: setiausaha Negara, anggota majlis Ilmiah, perdana menteri dan ketua hakim
 IBNU KHALDUN SEBAGAI BUDAYAWAN
Beliau merupakan penggiat budaya dan kesusasteraan Arab. Pengajian kesusasteraannya dimanfaatkan untuk
menajamkan kemahirannya dalam syair.beliau banyak melahirkan syair sejak kanak-kanak lagi

SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN ISLAM

 Ibnu khaldun Berjaya menganalisis sejarah dari pelbagai aspek.


 Beliau juga telah memberi panduan terbaik kepada manusia tentang asas pembinaan sesebuah tamadun
 Beliau merupakan pelopor kepada pemikiran moden khususnya par sejarawan.
 Ibnu Khaldun juga mendorong para sarjana mengiktirafkan karya beliau sebagai bahan kajian dan rujukan.
 Nama Ibnu Khaldun diabadikan dalam sebuah universiti terkemuka di Indonesia.

KARYA AGUNG IBNU KHALDUN

 Beliau telah menggariskan empat perkara yang perlu dilakukan oleh sejarawan

1. membandingkan peristiwa-peristiwa dengan berdasarkan kaedah, sebab dan musahab.


2. mengkaji peristiwa lalu untuk dijadikan iktibar.
3. mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar dengan peristiwa yang berlaku.
4. mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku.
BIODATA AS-SAYYID JAMALUDDIN AL-AFGHANI

 Nama sebenar beliau ialah As-Sayyid Jamaluddin bin Safdar Al-Afghani


 Beliau dilahirkan pada tahun 1254 Hijrah di Afghanistan
 Beliau digelar As-Sayyid kerana salasilah keturunannya bersambung dengan Sayyidina Ali dan Rasulullah
SAW
 Beliau banyak merantau untuk menyebarkan idea-idea islah
 Pengaruhnya amat besar kepada umat islam menyebabkan beliau sering diburu oleh pihak musuh.
 Beliau meninggal dunia pada 5 Syawal 1314 Hijrah ketika berusia 60 tahun.

KEPERIBADIAN AS-SAYYID JAMALUDDIN AL-AFGHANI

 Berani memperjuangkan kebenaran


 Suka merantau dan mengembara untuk mengkaji kedudukan umat islam
 Seorang yang tekun ketika menuntut ilmu
 Sangat mencintai ilmu pengetahuan
 Memiliki akal fikiran yang cerdas, tajam dan berpandangan jauh.

PENDIDIKAN AS-SAYYID JAMALUDDIN AL-AFGHANI

 Beliau mula mempelajari Al-Quran ketika berusia 12 tahun


 Semasa berumur 18 tahun, beliau dapat menguasai pelbagai ilmu pengetahuan
 Beliau bermusafir ke india untuk mendalami ilmu sains dan matematik moden
 Beliau juga menguasai beberapa bahasa dunia seperti Parsi, Arab dan Turki

SUMBANGAN AS-SAYYID DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN


 Beliau merupakan penggerak utama dalam perjuangkan menentang penjajah
 Pidatonya yang bernas dan bersemangat dapat menyuntik semangat umat islam.
 As-Sayyid menghasilkan beberapa karya seperti Al-Amal Al-kamilah dan At-Khatirat
 Beliau tidak menghasilkan karya atau kitab kitab besar seperti ulama lain tetapi idea islah yang dibawanya
mampu mempengaruhi umat islam dan masyarakat ketika itu.

IDEA ISLAH AS-SAYYID JAMALUDDIN AL-AFGHANI

Pengetian islah ialah berasal daripada perkataan Aslaha yang bermaksud pembaikan.
Islah bermaksud pembaikan atau perubahan terancang kea rah yang lebih baik

 BENTUK ISLAH YANG DIBAWA OLEH BELIAU


Beliau membina perpaduan tanpa mengira bangsa dan budaya melalui gagasannya iaitu Al-Jamiah Al-
Islamiah. Beliau mengkritik taklid Al-A’ma tanpa berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Beliau menyeru
umat islam untuk berpegang semula kepada agama islam yang tulen. Beliau juga menyedarkan umat islam
tentang keburukan fanatik

 KESAN ISLAH YANG DIBAWA OLEH BELIAU


Idea islah ini disambung oleh As-Syeikh Muhammad Abduh dan Muhammad Rasyid Redha. Gerakan islah di
Asia Barat lebih besar pengaruhnya berbanding gerakan islah di India. Gerakan ini telah mendorong umat
islam mengkaji semula fahaman dan amalan masyarakat serta membetulkannya mengikut ajaran Al-Quran dan
As-Sunnah.
BIODATA AS-SYEIKH MUHAMMAD ABDUH

 Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Abduh bin Hasan Khairullah.
 Beliau dilahirkan dalam keluarga petani pada tahun 1265 Hijrah.
 Beliau pernah dibuang negeri kerana dituduh terlibat dengan pemberontakan Urabi.
 Semasa perjalanan hukuman tersebut beliau pergi ke perancis.
 Di sana beliau menterbitkan akhbar dan menjawat pelbagai jawatan tinggi.
 Beliau meninggal dunia pada tahun 1314 Hijrah di Iskandariah mesir.

KEPERIBADIAN AS-SYEIKH MUHAMMAD ABDUH

 Mempunyai sifat keperibadian yang tinggi.


 Seorang yang sangat tegas tetapi penyayang kepada anak-anak muridnya
 Merupakan tokoh ulama yang berketrampilan.
 Beliau juga berdaya kreatif dalam menghasilkan tulisan-tulisan yang bernas sehingga dapat
mempengaruhi pemikiran umat islam

PENDIDIKAN AS-SYEIKH MUHAMMAD ABDUH

 Semasa kecil, beliau belajar membaca dan menulis daripada bapanya.


 Mempelajari Al-Quran serta menghafaznya dalam masa dua tahun.
 Kemudian ilmu bahasa arab dipelajarinya. Di Masjid Al-Ahmadi
 Semasa di universiti Al-Azhar, beliau mempelajari pelbagai ilmu termasuklah ilmu sains dan matematik.
 Beliau juga memperoleh ijazah di universiti tersebut.

ALIRAN PEMIKIRAN AS-SYEIKH MUHAMMAD ABDUH SERTA PERJUANGANNYA

 Beliau banyak mengambil inspirasi daripada gerakan islah yang dipelopori oleh As-Sayyid Jamaluddin Al-
Afghani.
 Kesannya, beliau lebih bersikap terbuka berbanding sebelumnya.
 Beliau banyak memberi saranan kearah pembangunan rohani dan jasmani umat islam. Antaranya ialah :
aspek akidah, aspek intergrasi ilmu dan aspek kecekapan pentadbiran.

FAKTOR AS-SYEIKH MUHAMMAD ABDUH MELAKUKAN PENGISLAHAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN

 Inspirasi gerakan islah menjurus kearah mewujudkan integrasi ilmu


 Kesedaran As-Syeikh terhadap keperluan kepada islah dalam kurikulum sekolah dan universiti yang sudah
ketinggalan zaman.
 Sistem pendidikan ketika itu menjurus kearah taklid buta dan pasif
 Kekeurangan prasana pendidikan serta bantuan dari kerajaan Mesir.
 Kadar gaji guru yang rendah.

METODE ISLAH AS-SYEIKH MUHAMMAD ABDUH

 Antara idea-idea islah ialah :


1. melalui proses pengajarannya di Masjid Al-Husain
2. melalui media massa seperti Al-Urwatul Wusqa.
3. melalui karya ilmiah beliau seperti risalah Al-Islam Wa Ar-Rad Ala Muntaqidih
4. melalui jawatan-jawatan yang disandangnya seperti Hakim Mahkamah rayuan Mesir.

SUMBANGAN AS-SYEIKH MUHAMMAD ABDUH DALAM BIDANG PENDIDIKAN

 idea yang dibawanya mengubah pandangan umat islam terhadap agama islam.
 Beliau Berjaya memberi gambaran yang jelas tentang keperluan umat islam dalam bidang pendidikan
 Pelbagai pelajaran atau subjek baru yang ditekankan dalam pendidikan.
 Piawaian dalam penganugerahan sijil juga diwujudkan.
 Beliau telah meninggalkan pelbagai karya yang boleh dijadikan sebagai rujukan.
BIODATA AS-SYEIKH TAHIR JALALUDDIN

 Nama sebenar beliau ialah Muhammad Tahir bin As-Syeikh Muhammad bin Ahmad Jalaluddin
 Dilahirkan pada 7 nov 1869 Masihi di Indonesia
 Beliau berasal daripada keluarga yang berilmu.
 Bapanya merupakan seorang ulama dan hakim yang terkenal yang berketurunan Melayu Minangkabau
 Beliau pernah menyandang pelbagai jawatan seperti : mufti negeri Perak dan Johor dan guru di Masjidil
Haram Makkah
 Beliau meninggal dunia pada 26 oct 1956 Masihi di Perak

KEPERIBADIAN AS-SYEIKH TAHIR JALALUDDIN

 Beliau adalah seorang yang menepati masa


 Beliau juga sangat cinta akan ilmu pengetahuan
 Beliau sentiasa tekun dan gigih dalam menyebarkan idea islah
 Seorang yang gigih dan bersungguh-sungguh dalam memajukan masyarakat islam
 Seorang yang kreatif
 Seorang yang tegas dan memiliki semangat perjuangan yang tinggi.

PENDIDIKAN AS-SYEIKH TAHIR JALALUDDIN

 Semasa berumur 12 tahun, beliau belayar ke Makkah


 Pada tahun 1893 Masihi beliau menyambung pelajaran dalam bidang falak di Universiti Al-Azhar
 Beliau tekun mempelajari ilmu falak dengan tekun sehingga Berjaya menguasainya dengan baik.
 Beliau pernah diberi kepercayaan untuk mengajar di Masjidil Haram Makkah.
 Pada tahun 1899 Masihi, beliau mengembangkan ilmunya serta membuat pembaharuan untuk memajukan
umat islam.

IDEA ISLAH AS-SYEIKH TAHIR JALALUDDIN


 Mesej islah yang hendak disampaikan ialah:
1. mengajak umat islam supaya mengamalkan ajaran islam yang berteraskan Al-Quran dan As-
Sunnah
2. menjauhkan pengaruh negatif dari luar khususnya dari barat
3. berusaha mempelajari pelbagai ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah
4. menolak taklid buta

METODE AS-SYEIKH TAHIR JALALUDDIN DALAM MENYAMPAIKAN IDEA ISLAH

 MELALUI PENERBITAN AKHBAR


1. beliau banyak menerbitkan akhbar dan majalah seperti Al-Iman
2. melalui majalahnya, beliau menyampaikan mesej islahnya
3. akibat tekanan penjajah, penerbitan majalah Al-Iman terpaksa diberhentikan.
4. tetapi, kesan yang mendalam kepada karyawan melayu dan juga para pembaca seluruh nusantara
5. berikutan itu, pelbagai majalah telah diterbitkan.

 MELALUI JAWATAN YANG DISANDANG


1. kesarjanaanya terserlah selepas beliau dilantik menjadi mufti Perak dan Johor.
2. beliau menggunakan kesempatan tersebut untuk menyebarkan ilu islah.

 MELALUI PROSES PENGAJARAN


1. beliau menyebarkan idea islah ketika beliau menjadi guru di madrasah
2. usaha beliau mendapat sokongan rakan-rakan serta murid-muridnya
3. menerusi asuhan mereka, lahirlah tokoh-tokoh pendakwah yang berwibawa.

KEGIGIHAN AS-SYEIKH TAHIR JALALUDDIN DALAM MEMPERJUANGKAN IDEA ISLAH


 kelantangan beliau memperjuangkan idea islah menyebabkan beliau mendapat tentangan yang hebat
daripada golongan ulama tradisional
 beliau juga mendapat kekangan dari pihak penjajah.
 Akhirnya beliau dipenjarakan selama 9bulan atas tuduhan menentang Belanda.

SUMBANGAN AS-SYEIKH TAHIR JALALUDDIN DALAM BIDANG PEMIKIRAN

 DALAM BIDANG PEMIKIRAN


Menerusi majalah Al-Imam, beliau menyalurkan idea islah serta maklumat intelektual.

 DALAM BIDANG PENDIDIKAN


Beliau memberi sumbangan yang bermakna dalam bidang ini.beliau menubuhkan madrasa di Singapura.

 DALAM BIDANG ILMU FALAK


Beliau digelar Al-Falaki kerana kemahiran beliau dalam ilmu Falak. Walaupun beliau kurang mendapat
sambutan ketika itu namun beliau sentiasa optimis dengan keperluannya sebagai ilmu yang bersifat futuristik.
BIODATA HAMKA

 Nama sebenar beliau ialah Haji Abdul Malik bin As-Syeikh Abdul Karim Bin AsSyeikh Muhammad
Amrullah.
 Hamka ialah nama singkatan gabungan nama beliau dan bapa beliau.
 Beliau dilahirkan pada 13 Muharam 1362 Hijrah di Indonesia.
 Bapanya ialah seorang ulama terkenal yang membawa pembaharuan di Minangkabau
 Beliau banyak menyandang perlbagai jawatan penting.
 Hamka meninggal dunia pada 24 Julai 1981 ketika berusia 73 tahun

KEPERIBADIAN HAMKA

 Hamka merupakan Seorang yang petah berpidato


 Beliau juga seorang yang berjiwa seni
 Beliau juga seorang yang sangat berani.

PENDIDIKAN HAMKA

 Hamka mempelajari Al-Quran dan asas-asaa agama daripada bapanya.


 Beliau mendapat pendidikan rendah di sekolah yang didirikan oleh bapanya sendiri.
 Hamka banyak mengikuti pengajian di masjid dan surau yang disampaikan oleh para ulama.
 Hamka suka menghabiskan masa lapangnya di perpustakaan.
 Beliau menggunakan kemahirannya dalam bahasa arab untuk mengkaji karya-karya. Sarjana Timur
Tengah
KEGIGIHAN HAMKA MENGEMBANGKAN DAKWAH ISLAMIAH DI NUSANTARA

 Beliau menerbitkat sebuah majalah dakwah bernama Khatibul Ummah


 Beliau juga mengasaskan Persatuan Hindia Timur untuk pelajaran kepada jemaah haji Indonesia
 Beliau menganggotai Pertubuhan Muhammadiah dan mengetuai cawangannya di Padang Panjang
 Hamka juga mengasaskan Kolej Al-Muballighin

SUMBANGAN HAMKA DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN

 Hamka merupakan tokoh ulama yang melakukan pembaharuan yang besar kepada umat islam di
Nusantara.
 Hamka merupakan penyambung idea islah yang dibawa oleh As-Sayyid Jamaluddin Al-Afghani di
Nusantara
 Pendekatan Hamka yang sederhana diterima baik oleh masyarakat Islam di Indonesia
 Kegigihan beliau mendapat perhatian pelbagai pihak dan beliau menerima pelbagai anugerah.

HASIL-HASIL KARYA HAMKA


AGAMA
Tafsir Al-Azhar
Tasawuf Moden
Arkanul Islam
Revolusi Agama

FALSAFAH
Falsafah Hidup
Lembaga Hidup
Falsafah Ideologi Islam

SASTERA
Dibawah Lindungan Kaabah
Laila Majnun
Mandi Cahaya di Tanah Suci
NAMA : Rabiathul Eleena Binti Mohd Zaini

KELAS : 501

NO MAKTAB : 10058
HOMEROOM : Ambitious

You might also like