You are on page 1of 10

1.

0 PENGENALAN
Kesenian ialah sesuatu yang mengindahkan sehinggalah dapat menimbulkan
kepuasan kepada orang lain apabila berlakunya proses penghayatan seni.
Setiap penilaian terhadap kesenian pastinya mempunyai nilai-nilai estetika
kerana seni adalah sebahagian daripada kehidupan manusia. Ketinggian dalam
bidang kesenian merupakan salah satu faktor yang membantu negera China
ataupun Tamadun China untuk mencapai kegemilangan. Hal ini kerana
perkembangan kerja-kerja kesenian China sering mendapat perhatian oleh
bangsa asing sejak zaman Klasik China lagi.

2.0 SENI ORIENTAL CHINA

2.1 SENI TEMBIKAR CHINA.

Seni tembikar China merupakan salah satu seni yang telah lama wujud sejak
pada akhir zaman batu lagi. Tetapi, pada zaman Neolitik, negeri china
merupakan tempat yang yang popular dengan pembuatan tembikar. Kebanyakan
tembikar di merata dunia hampir datang daripada negeri tersebut. Jelasnya,
negeri China kaya dengan ilmu seni tembikar cina yang merupakan antara yang
terbaik di dunia.

Pada awalnya, kebanyakan tembikar China berbentuk pasu mulut besar


dan berbadan kecil. Apabila beralih daripada dinasti ke dinasti lain, bentuk pasu
masih kekal tetapi ciri-ciri perhiasan luaran pasu adalah berlainan. Sebagai
contoh, tembikar zaman Maharaja Yso dan Shun berwarna kemerah-merahan
dengan perhiasan hitam. Manakala, tembikar Dinasti Chou mempunyai lapisan
glaze yang terang pada permukaan tembikarnya. Seterusnya, tembikar Zaman
Wangsa Han, menggunakan glaze kelabu kekuningan yang diperbuat dari timah
hitam dan copper oxide.
2.2 SENI TEMBAGA CHINA
Seni tembaga China dipercayai bermula pada zaman Wangsa Shang.
Kebanyakan kesenian tembaga pada ketika itu adalah peralatan rumah dan
peralatan untuk sembahyang yang ditiru daripada bentuk-bentuk tembikar. Pada
akhir Wangsa Chou, terdapat bukti teknik tuangan bentuk huruf atas bejana-
bejana telah dilakukan. Bentuk-bentuk bejana berasaskan bentuk binatang yang
lazim digunakan adalah untuk kegunaan harian dan istiadat keagamaan.

Tembaga dibahagikan kepada 9 kategori iaitu Ding, alat untuk mengisi arak,
alat untuk mengisi makanan, alat untuk mengis air, alat muzik, senjata untuk
peperangan, pengukur, cermin gangsa dan peranti yang lain. Salah satu pola
yang paling umum dari gangsa, adalah “taotie”, juga dikenali sebagai wajah
haiwan seperti naga, harimau, rusa, burung dan lain-lain lagi. Tembaga juga
digunakan dalam ritual pengorbanan. Peralatan ritual keagamaan adalah seperti
lampu, peranti merokok, aksesoris bangunan dan sebagainya.

2.3 CATAN CHINA

2.3.1 Catan China

Sebenarnya, lukisan tradisional China telah ditemui dan dikembangkan dari 4000


sebelum masihi dan lukisan tradisional China ini dijangka telah dikembang lebih
daripada 6000 tahun.

Pada peringkat awal, lukisan China amat berkait rapat dengan ukiran di


atas kraf, perhiasan daripada tembaga, jed dan juga tembikar. Seterusnya, catan
China dipengaruhi oleh agama Buddha dari India pada abad 1 Masihi dan
kebanyakan lukisan adalah berunsurkan agama Buddha, Taoisme dan
Confucianisme.Semasa Dinasti Song (960-1127) pula, lukisan yang berunsurkan
keagamaan telah ditukar kepada wajah sejarah dan juga cerita daripada
kehidupan seharian para penduduk pada zaman tersebut. Pada zaman Song,
pelukis Cina banyak menggunakan ciri pemandangan untuk menghasilkan
lukisan-lukisannya. Sebagai contohnya, lukisan bunga dan burung telah
dipisahkan untuk membentuk sebuah genre lukisan yang bebas sekitar pada
abad ke-9. Pelukis kerap menggunakan bunga, buah-buahan, serangga dan 
ikan sebagai subjek matter. 

Catan Cina biasanya menggunakan media seperti berus dan kerta China.
Setiap media tersebut mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Bahan media seperti
berus China, ia lebih kurang sama dengan berus biasa yang digunakan oleh
pelukis untuk lukisan cat air di negara barat yang lain. Berus China ini pula
mempunyai bulu yang lebih halus berbanding dengan berus barat pada masa itu.
Terdapat beberapa jenis berus China yang digunakan oleh para pelukis iaitu,
Hsieh Chao Bi. Berus ini juga dikenali sebagai ketam berus cakar dan saiznya
kecil. Hua Jan Bi pula direka khas untuk melukis lukisan bunga-bunga. Lan Yu
Chu Bi pula direka khas untuk anggerek lukisan dan juga buluh. Media lain iaitu,
kertas China juga mempunyai beberapa ciri-ciri seperti lertas itu dicipta dan
diperbuat daripada pelbagain bahan seperti kulit, pokok, pulp dan juga jala ikan.
Sebenarnya, kertas yang berbeza mutu menghasilkan keputusan yang berbeza.
Kertas yang kasar menyerap air atau dakwat dengan cepat manakala kertas licin
tidak dapat menyerap air dan dakwat.kertas China biasa dikenali sebagai “ rice
paper” dalam bahasa Inggeris. Dalam penggunaan warna pula, cara
penggunaan warna di China berbeza berbanding dengan cara penggunaan
warna di Barat. Warna yang digunakan di negara China biasanya pudar sahaja.
Hal ini kerana tujuan warna yang digunakan pada masa itu bukan digunakan
untuk menunjukkan bayang pada sesuatu objek tetapi digunakan untuk
menunjukkan ciri-ciri objek tersebut.

Di samping itu, terdapat banyak perlambangan dalam catan China.


Perlambangan dan falsafah ini mempunyai makna yang tersendiri dan
merupakan perlambangan bagi setiap satu objek. Antaranya ialah, Shan –
gunung, qi- atmosfera dan hsing – bentuk. Ketiga-tiga objek ini merupakan tiga
unsur yang biasanya muncul dalam sesebuah catan Cina.
Gunung berlambangkan kesuburan, keturunan, kekuatan, kesungguhan serta
boleh mempengaruhi perasaan dan penghayatan seseorang melalui perubahan
atmosfera. Awan cerah melambangkan keharmonian, malah awan gelap
menimbulkan suasana kemuraman. Pokok besar seperti ru dan pine membawa
maksud pasak bumi dan kedudukan mengikut hirarki. Pokok buluh pula
melambangkan kekayaan, lanjut usia, kejujuran, kebenaran serta mampu
menghalau hantu. Pokok orkid melambangkan musim luruh manakala pokok
plum blossom melambangkan kecantikan dan lanjut usia. Ikan pula
melambangkan pertambahan rezeki. Jika ikan yang bewarna keemasan
melambangkan status kaya, manakala hitam melambangkan kehidupannya
biasa sahaja. Ikan kelisa melambangkan kekayaan dan keuntungan juga. Sungai
pula melambangkan kegembiraan dan keharmonian.

Selain itu, terdapat juga falsafah dalam catan China. Dalam proses
penghasilan catan China, terdapat beberapa falsafah dalam penghasilannya
seperti ‘melukis tanpa sombong’ yang bermaksud, mempercantik lagi hasil yang
telah siap bagi mempertingkatkan mutu catan lagi sehingga mencapai
penghasilan yang paling bermutu dan berkualiti. Dalam hal ini, boleh dilihatkan
bahawa, pelukis tidak harus cepat berpuas hati dan bangga dengan kerjanya.
Falsafah seterusnya adalah ‘tidak menghadapi kerja dengan lalai’ . Falsafah ini
bermaksud sesorang haruslah bersedia dari segi rohani dan peralatan serta
persekitaran sebelum melukis bagi mendapatkan kerja yang sempurna. Jika
setiap pelukis memupuk falsafah-falsafah ini dalam jiwa mereka sendiri,
maka,lebih banyak catan yang berkualiti dapat dihasilkan.

2.3.2 Hukum Catan China


Hukum catan China merupakan asas yang penting dalam menghasilkan
sesebuah karya aliran China. Terdapat enam ciri ataupun boleh disebut sebagai
kriteria dalam hukum catan China. Keenam-enam kriteria ini adalah berasaskan
prinsip Shi-Vitalize Spirit.
Kriteria yang pertama ialah penggunaan warna secara monokrom dalam
sesebuah karya China. Penggunaan cat air ini adalah dalam ton warna yang
terhad dan kesan ini akan memberi impak yang mendalam. Warna yang sering
digunakan dalam karya China ialah warna hitam atau coklat. Kedua-dua warna
ini adalah tergolong dalam media dakwat.

Selain itu, komposisi juga memainkan peranan yang penting dalam catan
China. Komposisi adalah merupakan ruang atau sudut dimana ia mementingkan
rangkaian ruang berasaskan garisan tegak dan mendatar. Ruang atau sudut ini
juga dikenali sebagai ruang keemasan. Fungsi komposisi ini adalah untuk
menonjolkan dan menarik lagi perhatian orang ramai.

Di samping komposisi, wujud juga ton dan suasana untuk memberi


suasana yang lebih ghairah dan dinamik dalam sesebuah karya. Dalam
penghasilan ton dan suasana, prinsip Chi Yun Sheng Tung telah diaplikasikan
dalam karya tersebut. Prinsip Chi Yun Sheng Tung merupakan salah satu
daripada enam prinsip dalam menghasilkan catan China. Prinsip ini membawa
maksud getaran rohani atau perasaan pelukis. Dengan ini, prinsip ini adalah
amat berguna dan penting dalam proses penghasilan catan China.

Kriteria keempat ialah struktur dan sapuan berus. Dalam catan China,
sapuan memberi sesuatu pergertian. Di samping itu, ia dibuat secara spontan
dan merupakan simbol kepada semula jadi.

Selain itu, lakaran merupakan proses pertama dalam penghasilan sesuatu


karya. Lakaran memangpenting kerana lakaran adlah pembentukan awal
sesuatu gambaran. Tidak kira sama ada karya itu catan China atau Barat,
lakaran adalah proses yang pertama dalam penghasilan karya seni.

Kriteria yang terakhir adalah berhubungkait dengan objek. Dalam sesuatu


karya, pelukis harus berfikir tentang kesesuaian lukisan dengan objek yang ingin
dilukis olehnya. Walaupun lukisan tidak sama dengan objek sebenar tetapi perlu
ada persamaan dalamannya. Sebagai contoh, pokok dengan bunga merupakan
pasangan yang sesuai. Sekiranya pokok dengan komputer, komputer atau pokok
tersebut akan menjadi penegasan terhadap satu sama lain.

2.4 CATAN LANDSKAP CHINA

Catan landskap Cina menggambarkan keindahan panorama alam semula jadi


yang nyata dan memberi pengaruh yang luas serta mengambil tempat yang
istimewa dalam seni catan Cina.

Dalam catan landskap China, bumi ataupun lebih khusus gunung dan air
merupakan dua aspek terpenting dalam landskap Cina, sesuai dengan
pengertian landskap ataupun shan-shui yang bermaksud gunung dan air. Cara
pelukis Cina melukis catan mereka adalah dengan berus dan cat air serta kertas
beras. Media ini merupakan media utama kepada catan seni Cina. Menurut buku
Segerak Yusof Ghani, seniman besar China, Kuo His pernah menyebut anak
sungai adalah salur nadi ataupun urat-urat kepada gunung. Dalam landskap
Cina, aliran air dikelilingi oleh gunung-ganang serta batu-bata besar yang dilukis
berkepul-kepul seperti awan.

Pelukis-pelukis Cina gemar mengembara ke seluruh pelosok alam ini


untuk mengkarya. Hal ini demikian disebabkan oleh mereka ingin menghayati
dan merakamkan alam dengan penuh kejujuran. Dalam catan landskap Cina,
kebanyakannya menerangkan kepercayaan kaum Cina bahawa manusia
merupakan sebahagian daripada alam. Ini dipaparkan dengan imej figura
manusia yang kecil seringkali ditampilkan dalam komposisi alam semula jadi
yang luas bagi menunjukkan kekerdilannya serta menyedarkan bahawa manusia
adalah bahagian kecil dari alam. Malah, catan yang dihasilkan juga mempunyai
falsafah dan sajak yang menyampaikan perasaan hati pengkarya.
Dalam catan landskap Cina, binaan struktur landskap merupakan topik
yang penting dan harus difahami oleh pelukis dalam mengkarya dan
memahirkannya. Pertama sekali ialah pembahagian objek utama dan sekunder.
Biasanya, benda yang dilukis berdekatan dengan paras penglihatan dalam catan
landskap Cina dikatakan objek utama. Kedua, sifat memberi dan menerima
untuk menghasilkan daya kesungguhan dan irama kelembutan dalam lukisan
diperlukan dalam pemandangan pada sesebuah catan landskap Cina.
Seterusnya, sifat nyata dan kabur yang dipaparkan pada catan. Biasanya, sifat
nyata dalam catan akan menonjolkan sesuatu perasaan yang lebih berat, lebih
nyata dan senang dikesan. Meninggalkan tempat kosong dalam catan landskap
Cina merupakan teknik yang penting dalam lukisan Cina supaya lukisan tersebut
dikatakan ‘elegant’ dan ruang ini dapat membezakan lapisan lukisan. Kesan
berus yang padat atau jarang juga penting agar sesuatu catan landskap Cina
tidak kelihatan kaku.

Beberapa ciri terdapat dalam catan landskap Cina iaitu tidak meniru alam
secara realistik tetapi tertumpu kepada ekspresi yang membawa pengertian
terhadap keseluruhan catan. Seseorang artis harus dapat berinteraksi dengan
alam secara harmoni dan terjemah falsafahnya melalui catan. Tambahan pula,
konsep Yin dan Yang menjadi teras kepada catan landskap Cina iaitu
keseimbangan kekuatan dan kelemahan. Kaum Cina percaya elemen-elemen
dalam ala mini adalah saling melengkapi. Contohnya, gunung, kuda hitam dan
ayam jantan mewakili Yin manakala kabus, air, awan, bunga dan lembah ialah
Yang.

2.5 SENI ARCA DAN UKIRAN CHINA

Seni arca China dan seni ukiran China dikesan sejak zaman Wangsa Shang
dengan terjumpanya dua arca yang berbentuk harimau dan burung hantu yang
diperbuat daripada marmar.
Perkembangan seni arca China bermula pada zaman Dinasti Tang seiring
dengan perkembangan seni lukis. Agama Buddha banyak memainkan peranan
dalam seni arca China. Hal ini dapat dikesan melalui patung-patung yang
dihasilkan di kuil. Misalnya, terdapat banyak imej-imej Buddha ditemui dalam
candi-candi di Gua Yun Kang, Shensi. Di Gua-gua Tun Huang, Kansu juga
terdapat imej-imej Buddha yang diukir pada dinding dan arca-arca tersebut
adalah diperbuat daripada batu, tembaga dan tanah liat yang telah diwarnakan.
Kemudiannya, orang China telah menggantikan patung-patung keagamaan itu
secara beransur-ansur dengan membuat patung-patung berbentuk kuda dengan
ukiran-ukirannya sekali. Patung-patung kuda yang bersama dengan penunggang
dibuat kerana patung tersebut dapat menggambarkan sifat kepahlawanan China.

Seni ukiran China pula dapat dilihat pada patung-patung yang dibuat
daripada batu jed, batu, tanah liat dan kayu. Tambahan pula, seni ukiran China
juda dibuat di kubur dan di dinding gua. Pada Dinasti Shang, pengukinya
menggunakan batu marmar, batu jed dan batu kapur untuk mengukir patung-
patung kecil. Bukan sahaja Dinasti Shang, Dinasti Han juga terkenal dengan
pengukir-pengukirnya yang mahir.

2.6 SENI KALIGRAFI CHINA

Kaligrafi China adalah salah satu seni kaligrafi tertua di dalam sejarah peradaban
manusia. Tradisi kaligrafi China berasal dan berkembang dari negara China,
khususnya penulisan aksara Cina dengan menggunakan dakwat dan kertas.

Sedangkan untuk kaligrafi, bentuk-bentuk ini mengalami perubahan yang


sifatnya memperindah. Terdapat banyak gaya penulisan dalam seni kaligrafi
China. Misalnya, skrip cop mohor (zhuanshu), skrip rasmi (lishu), skrip rumput
atau dikenali sebagai tulisan kursif (caoshu), skrip standard (kaishu), skrip berlari
atau dikenali sebagai tulisan separa kursif (xingshu). Ahli kaligrafi boleh menulis
dalam bentuk aksara tradisional atau diringkaskan, tetapi mereka agak menjurus
kepada bentuk tradisional bagi seni tradisi lama. Seperti abjab Rumi, terdapat
pelbagai mukataip yang wujud untuk pencetakan bahasa Cina, yang mana
sebilangan besarnya banyak berteraskan gaya-gaya arts individu atau sekolah-
sekolah kaligrafi.

Terdapat beberapa ciri penting yang diberikan perhatian dalam


menghasilkan suatu karya yang berkualiti. Antaranya ialah unsur tebal tipis
goresan, komposisi dan teknik sang kaligrafer ketika menggoreskan tinta.

Kaligrafi ini juga membawa kepada banyak lagi bentuk seni di Asia Timur,
termasuk mengukir cap mohor, penindih kertas hiasan dan batu dakwat. Dalam
sehari-hari, lukisan kaligrafi China ini menghiasi dinding-dinding rumah atau toko
milik warga keturunan Cina. Kaligrafi ini mengandungi makna dan filosofi tertentu
bagi mereka yang mengerti. Seni kaligrafi China digunakan untuk
mempersembahkan berbagai-bagai ungkapan, seperti kata-kata mutiara, duka
cita, ucapan perkawinan atau ulang tahun.

2.7 SENI BINA CHINA

Seni bina China adalah merujuk kepada sesuatu gaya seni bina yang
sudah ada di Asia untuk beberapa abad. Seni bina China telah dikatakan setua
Tamadun China sendiri. Sejak dari Dinasti Tang lagi, pengaruh besar dari seni
bina China telah dapat dilihat dalam gaya seni bina Vietnam, Korea dan Jepun.
Seperti seni bina yang lain, seni bina China juga mempunyai ciri-cirinya yang
tersendiri di mana seni bina China ini lebih kepada prinsip simetri dan juga
keseimbangan.

Dalam seni bina China, terdapat empat bahagian penting dalam seni bina
China iaitu dinding, pintu gerbang, bumbung dan hiasan. Batu bata merupakan
elemen atau bahan penting dalam bahagian pembinaan dinding dan begitu juga
kayu. Dinding bata mempunyai jubin (tiles) yang licin serta berwarna. Terdapat
juga dinding nipis yang mana diperbuat daripada kayu. Dalam bahagian pintu
gerbang pula, kayu merupakan elemen penting dan ianya dibina secara
bertingkat. Fungsi bagi pintu gerbang ini adalah sebagai pintu masuk ke kuil,
tugu, tempat perkuburan dan bandar. Selain itu, bumbung juga merupakan salah
satu bahagian penting dalam seni bina China. Bumbung selalunya mempunyai
hiasan dan ukiran yang menarik. Ianya disusun secara bertingkat dan
mempunyai atap genting yang berwarna. Terdapat pelbagai jenis bumbung
dalam seni bin China iaitu bumbung panjang, bumbung piramid dan bumung
lima. Dalam hiasan pula, hiasan seni bina China lebih banyak menunjukkan ciri-
ciri kebangsaan iaitu negara China itu sendiri. Hiasannya pula lebih kepada
bentuk binatang dan manusia. Selain empat bahagian penting itu tadi, terdapat
juga seni bina China yang lain iaitu pagoda, “pai lou” iaitu pintu pagar atau tugu
peringatan, jambatan, istana dan rumah kediaman.

3.0 KESIMPULAN
Kesenian China mempunyai sejarah yang lama dan padat serta masih
berterusan sehingga banyak mempengaruhi kehidupan seharian orang ramai.
Nilai-nilai positif yang ingin disampaikan telahpun diserapkan dalam kesenian
China secara tidak langsungnya seperti dalam catan landskap China dan seni
kaligrafi. Melalui karya seni yang dihasilkan juga dapat mengajar dan membawa
falsafah-falsafah baik kepada generasi akan datang. Justeru itu, bidang kesenian
Cina perlulah diperkembang lagi dalam kalangan pelajar bukan sahaja kepada
kaum Cina tetapi kepada kaum-kaum yang lain. Hal ini kerana apa yang positif
perlulah kita serapkan supaya kita dapat hidup dalam alam yang harmoni, bersih
dan indah ini.

You might also like