You are on page 1of 26

Folio Sejarah Tingkatan 2

Tema: Tokoh Yang Disegani


Dalam Masyarakat

Nama : Muhammad Ardany


Bin Nazlim
Sekolah :Sekolah Menengah
Sains Labuan
Tingkatan:2
Kelas : Pendeta
Tandatangan Penilai

……………..
Penghargaan

Saya ingin merakam penghargaan dan


ucapan terima kasih kepada mereka
yang telah menolong dan membantu
saya dalam menyiapkan dan
menjalankan kajian ini. Bantuan ,
dorongan dan tunjuk ajar mereka telah
membolehkan saya menjalankan kajian
ini dengan jayanya. Sekalung budi
kepada ibu bapa saya, pengetua
sekolah , guru sejarah Puan Nuryati
Nusu, rakan – rakan serta pihak lain
yang tidak dapat saya sertakan
namanya.
Pendahuluan
Saya Muhammad Ardany Bin
Nazlim .Saya murid Tingkatan 2
Pendeta di sekolah Menengah Sains
Labuan. Saya telah menjalankan kajian
saya secara individu. Tajuk kajian
sejarah saya ialah mengkaji tokoh
tempatan yang disegani. Saya telah
memilih Tun Dr. Mahathir Mohamad
sebagai tokoh . Hal ini kerana Tun telah
memberi banyak sumbangan dan jasa
kepada rakyat Malaysia.
Objektif Kajian
Objektif khusus Kajian Sejarah
Tempatan adalah untuk :

1. Mengetahui biodata tokoh

2. Mengenal pasti sumbangan


kepada masyarakat yang telah
diberikan .

3. Mengenal pasti jasa beliau .


Kaedah Kajian

Saya telah menggunakan beberapa


kaedah untuk mengumpul dan
memperoleh maklumat yang
diperlukan dalam kajian ini. Kaedah
yang saya gunakan ialah :

a) Menggunakam media elektronik

b) Pembacaan
Hasil Kajian :

1) Biodata tokoh

Nama penuh i.c. : Mahathir bin Mohamad


Tarikh lahir : 20 Disember 1925
Agama: Islam
Tempat lahir: .18, Lorong Kilang Ais, Seberang
Perak, Alor Setar, Kedah
Bangsa : Melayu
Nama bapa: Mohamad bin Iskandar
Nama ibu: Wan Tempawan bin Wan Hanafi
Pendidikan : 1) Sekolah Melayu Seberang Perak
2)Kolej Sultan Abdul Hamid
( lulus Sijil Tinggi Pelajaran )
3)Kolej Perubatan King Edward iv
(dianugerahkan Ijazah Muda
Perubatan Dan Pembedahan )
2) Sinopsis Hidup :
Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di
Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar,
Kedah. Selepas lulus, beliau kemudiannya
melanjutkan pelajaran di Kolej Sultan Abdul
Hamid, Alor Setar dan lulus Sijil Tinggi
Pelajaran (Senior Cambridge). Sewaktu Perang
Dunia Ke-2, Dr. Mahathir menghabiskan
masanya dengan berniaga cendol, diikuti dengan
membuka kedai kopi dan kemudiannya gerai
buah-buahan di Pekan Rabu, Alor Setar.
Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan
King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura,
dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda
Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun
1953. Selepas mendapat ijazah, beliau
ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital
Besar Pulau Pinang.
Pada tahun 1954, Dr. Mahathir berkhidmat
sebagai pegawai perubatan di Alor Setar, Jitra,
Langkawi dan Perlis sehingga tahun 1957.Beliau
kemudian melangsungkan perkahwinan dengan
Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali pada 5 Ogos,
1956 dan dikurniakan tujuh cahaya mata, iaitu
empat lelaki dan tiga perempuan. Anak-anak
beliau ialah :
 Marina Mahathir
 Mirzan Mahathir
 Melinda Mahathir
 Mokhzani Mahathir
 Mukhriz Mahathir
 Maizura
 Mazhar
 Daniel Fariezs
Pada tahun 1957, beliau berhenti dari
perkhidmatan kerajaan untuk membuka
kliniknya sendiri, MAHA Klinik yang terletak di
Jalan Tunku Ibrahim. Ketika itu, beliau
merupakan anak Melayu pertama yang
membuka klinik persendirian di Alor Star yang
pada ketika itu terdapat lima buah klinik sahaja.
Klinik ini kemudiannya berpindah ke 1587,
Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar dan
kekal sehingga sekarang.
3) Garis masa

 1925: Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 20


Disember.
 1945: Mengambil bahagian dalam penentangan
Malayan Union.
 1946: Menjadi ahli UMNO semasa ia ditubuhkan.
 1953: Mendapat ijazah perubatan dari King
Edward VII Medical College (yang kemudiannya
dikenali sebagai Universiti Malaya) di Singapura;
 1954: Berkhidmat sebagai pegawai perubatan di
Hospital Besar Alor Star, Hospital Langkawi,
Hospital Jitra dan Hospital Perlis.
 1957: Berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk
membuka kliniknya sendiri, Maha Clinic di Alor
Star.
 1964: Dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar
atas tiket Parti Perikatan selepas beliau
menewaskan calon PAS, Mohd Shaari Haji
Abdul Shukur, dengan majoriti 4,210 undi; Dr
Mahathir mendapat 12,406 undi, sementara
Mohd Shaari mendapat 8196 undi.
 1965: Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO.
 1968: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pelajaran
Tinggi.
 1969: Ditewaskan oleh calon Pas, Haji Yusoff
Rawa dalam Pilihanraya pada 10 Mei, dengan
989 undi di kawasan Kotar Setar; beliau
dikatakan kalah kerana kehilangan "undi Cina"
apabila beliau mengumumkan bahawa beliau
tidak perlu undi Cina untuk memenangi dalam
pilihanraya;
o Dipecat jawatan daripada Majlis Tertinggi

UMNO pada 12 Julai, berikutan pengedaran


suratnya kepada Tunku Abdul Rahman;
o Diberhentikan keahliannya dalam UMNO

pada 26 September.
 1970: Mengeluarkan buku dalam bahasa Inggeris
yang bertajuk "Dilema Melayu" (The Malay
Dilemma); buku ini diharamkan dengan serentak.
 1972: Diterima kembali menjadi ahli UMNO
pada 7 Mac;
o Dilantik menjadi Pengerusi Lembaga

Perindustrian Makanan Malaysia (FIMA).


 1973: Dilantik sebagai senator.
 1974: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Universiti
Nasional;
o Melepaskan jawatan sebagai senator untuk

bertanding di Pilihanraya 1974, yang mana


beliau menang tanpa bertanding;
o Dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 5
September.
 1975: Menjadi salah satu daripada tiga naib
presiden UMNO, selepas memenangi dengan
majoriti sebanyak 47 undi.
 1976: Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada 5
Mac.
 1978: Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri
Malaysia oleh Tun Hussein Onn pada 15
September;
o Melepaskan jawatan sebagai Menteri

Pelajaran untuk menjadi Menteri


Perdagangan dan Perindustrian Malaysia (1
Jun 1978 - Julai 1981);
 1981: Menjadi Presiden UMNO pada 26 Jun, dan
Perdana Menteri Malaysia ke-empat pada 10
Julai, berikutan perletakan jawatan Tun Hussein
Onn atas sebab-sebab kesihatan;
o Menjadi Menteri Pertahanan (18 Julai, 1981 -

6 Mei, 1986) disamping memegang jawatan


Perdana Menteri;
o Melancarkan slogan-slogan "Bersih, Cekap

dan Amanah", "Kepimpinan Melalui


Teladan", the "Dasar Pandang ke Timur",
"Pemupukan Nilai-nilai Islam", dan polisi
pemulauan barang UK ("Buy British Last");
o Mencepatkan masa sebanyak setengah jam
di Semenanjung Malaysia untuk
menyeleraskannya dengan Malaysia Timur;
o Meminta maaf daripada Tunku Abdul

Rahman secara umum;


o Menarik balik pengharaman buku Dilema

Melayu (The Malay Dilemma)


o Merancangkan serangan subuh dengan

pengambilan kembali Guthrie Corporation


oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB) di
Bursa Saham London pada 7 September,
supaya memulangkan hakmilik lebih kurang
200,000 ekar tanah pertanian kepada rakyat
Malaysia.
 1983: Mengemaskinikan kuasa Yang di-Pertuan
Agong dan Sultan-sultan, supaya rang undang-
undang yang diputuskan oleh Parlimen atau
Dewan Undangan Negeri dapat menjadi akta,
selepas penerimaan pendapat Yang Di-Pertuan
Agung ataupun Sultan-sultan negeri masing-
masing;
o Menubuhkan PROTON, sebuah projek

kereta nasional.
 1986: Datuk Musa Hitam meletakkan jawatan
sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 27
Februari;
o Ghafar Baba dilantik sebagai Timbalan
Perdana Menteri Malaysia;
o Menjadi Menteri Dalam Negeri pada 7 Mei

di samping memegang jawatan Perdana


Menteri;
o Suatu pertikaian tertimbul dengan negeri

Singapura tentang lawatan rasmi Chaim


Herzog, Presiden negara Israel.
 1987: Menewaskan cabaran Tengku Razaleigh
Hamzah untuk jawatan Presiden UMNO dengan
majoriti yang nipis sekali pada 24 April;
o Menjadi Menteri Kehakiman di samping

memegang jawatan Menteri Dalam Negeri


dan Perdana Menteri Malaysia.
 1988: Memecat empat hakim Mahkamah
Tertinggi, termasuk Tun Salleh Abas kerana
menghalang perbicaraan tentang salah laku tata
tertib semasa kehadapan UMNO akan
diputuskan oleh Mahkamah Tertinggi (pada
masa itu, UMNO telah diharamkan oleh
Makhamah Tinggi);
 1990: Menjadi Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri
(Oktober 1990 - Januari 1999) di samping
memegang jawatan Perdana Menteri.
 1993: Melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim
sebagai Timbalan Perdana Menteri;
o Mengehadkan pengecualian Sultan-sultan
daripada pendakwaan, selepas peristiwa
Douglas Gomez;
o Perhubungan di antara Dr. Mahathir dan

pemimpin-pemimpin Australia merosot


apabila Paul Keating mewajahkan Dr.
Mahathir sebagai seorang yang degil
("recalcitrant") kerana enggan menghadiri
Persidangan APEC.
 1997: Menetapkan nilai mata wang Malaysia
pada 1 September supaya mengatasi Krisis
Ekonomi Asia 1997.
 1998: Memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari
semua jawatan dalam kerajaan dan dalam
UMNO pada 2 September;
o Mendakwa Anwar Ibrahim atas kesalahan

peliwatan dan penyalahgunaan kuasanya;


Anwar dihadapkan ke makhamah pada 2
November;
o Pergaulan dengan Amerika Syarikat menjadi

buruk apabila Al Gore, Naib Presiden


Amerika Syarikat, merendahkan nama baik
negara Malaysia di Persidangan APEC yang
pada masa itu dianjurkan oleh Malaysia.
o Melantik Datuk Seri Abdullah Ahmad

Badawi sebagai Timbalan Perdana Menteri;


o Pembukaan rasmi Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di
Sepang, yang menelan kos sebanyak RM13
bilion;
o Penghabisan pembinaan Menara Berkembar

Petronas yang mempunyai 88 tingkat, iaitu


menara berkembar yang tertinggi di dunia;
o Dipilih sebagai "Asia's Newsmaker of 1998"

oleh Majalah TIME.


 1999: Menjadi Menteri Kewangan Pertama pada
8 Januari, di samping memegang jawatan
Perdana Menteri ketika Malaysia masih
mengalami Krisis Ekonomi 1997;
o Pembukaan rasmi Cyberjaya, sebuah bandar

yang baru yang memainkan peranan yang


penting dalam Koridor Raya Multimedia
Malaysia.
 2001: Menjadi Menteri Kewangan dan Menteri
Tugas-tugas Khas (5 Jun 2001) disamping
memegang jawatan Perdana Menteri.
 2002: Mengumumkan penggunaan bahasa
Inggeris untuk mengajarkan mata pelajaran
Matematik dan Sains, mulai tahun 2003;
o Mengumumkan perletakan jawatannya

sebagai Perdana Menteri dalam


Perhimpunan Agung UMNO, tetapi telah
dirayu untuk membuat penangguhan
selama 18 bulan.
 2003: Bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia
pada 31 Oktober, 2003 dan menamakan
timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi,
sebagai pengganti; beliau memegang jawatan
Perdana Menteri selama 22 tahun, dan terjadi
salah satu daripada pemimpin-pemimpin negara
Asia yang paling lama perkhidmatannya;
o Dianugerahkan sebagai Tun, pangkat

kehormatan yang tertinggi di Malaysia.


 2008: Dianugerahkan Seri Utama Mahkota
Wilayah (S.U.M.W.) membawa gelaran "Datuk
Seri Utama".
4) Jasa dan Sumbangan Tun Dr.
Mahathir Kepada Masyarakat

1) Memegang jawatan Pengerusi Majlis


Universiti Nasional pada tahun 1974
2) Menjadi menteri Pelajaran pada 5
September 1974
3) 1978: Dilantik sebagai Timbalan
Perdana Menteri Malaysia oleh Tun
Hussein Onn pada 15 September;
4) 1981: Menjadi Presiden UMNO pada 26
Jun, dan Perdana Menteri Malaysia ke-
empat pada 10 Julai
5) MenjadiMenteri Pertahanan (18 Julai,
1981 – 6 Mei, 1986) disamping
memegang jawatan Perdana Menteri
6) Melancarkan slogan-slogan “Bersih,
Cekap dan Amanah”, “Kepimpinan
Melalui Teladan”, the “Dasar Pandang
ke Timur”, “Pemupukan Nilai-nilai
Islam”, dan polisi pemulauan barang
UK (“Buy British Last”);
7) Pembukaan rasmi Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di
Sepang, yang menelan kos sebanyak
RM13 bilion
8) 1998 :Penghabisan pembinaan Menara
Berkembar Petronas yang mempunyai
88 tingkat, iaitu menara berkembar yang
tertinggi di dunia.

9) 1998 : Pembukaan rasmi Cyberjaya,


sebuah 18egara yang baru yang
memainkan peranan yang penting
dalam Koridor Raya Multimedia
Malaysia
10) 2002: Mengumumkan penggunaan
bahasa Inggeris untuk mengajarkan
mata pelajaran Matematik dan Sains,
mulai tahun 2003;
11) 2003: Bersara sebagai Perdana
Menteri Malaysia pada 31 Oktober, 2003
dan menamakan timbalannya, Datuk
Seri Abdullah Badawi, sebagai
pengganti; beliau memegang jawatan
Perdana Menteri selama 22 tahun, dan
terjadi salah satu daripada pemimpin-
pemimpin 19egara Asia yang paling
lama perkhidmatannya;
12) Dianugerahkan sebagai Tun,
pangkat kehormatan yang tertinggi di
Malaysia.
13) 2008: Dianugerahkan Seri Utama
Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) membawa
gelaran “Datuk Seri Utama”.
5) Rumusan

Saya berasa bangga apabila negara kita


ada tokoh yang dapat membangunkan
Malaysia . Seperti Tun Dr. Mahathir
Mohamad yang telah menjadi Perdana
Menteri Malaysia selama 22 tahun . Beliau
telah menaikkan nama Malaysia di pentas
dunia. Sikap yang yang ditunjukkan oleh
beliau inilah yang sewajarnya diikuti oleh
setiap pelajar untuk dicontohi .Tanpa orang
seperti beliau Malaysia tidak akan menjadi
seperti hari ini.
Rujukan

1)http://ms.wikipedia.org/wiki/Mahath
ir_bin_Mohamad"

2) http://www.tunmahathir.com

3) Berita harian 2008


Lapangan Terbang Kuala Lumpur
Menara Berkembar Petronas
Cyberjaya

You might also like