You are on page 1of 24

SEKOLAH MENENGAH SAINS HULU

SELANGOR, HULU YAM BHARU,


SELANGOR

Kajian geografi tempatan

Pencemaram Alam Sekitar di Taman Melawati, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan


(KL)

Nama: Nur Aleah Jehan bt Abdullah

Kelas: 3 Ehsan

No. kad pengenalan: 960220-10-5110

Guru matapelajaran: Puan Masitah binti Salamat


Bil Tajuk m/s

1.
Penghargaan 1

2.
Pendahuluan 2

3.
Objektif kajian 3

4.
Kawasan kajian 4

5.
Kaedah kajian 5

6.
Hasil kajian 6-15

7.
Rumusan 16

8.
Lampiran 17-19

9.
Rujukan 20

SENARAI KANDUNGAN
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan saya kepada guru

matapelajaran geografi, Puan Masitah bt Salamat kerana telah banyak memberi tunjuk ajar

kepada saya sepanjang saya menjalankan projek kajian geografi tempatan ini. Selain itu, saya

juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengetua cemerlang Sekolah Menengah Sains

Hulu Selangor, Tuan Haji Rafiei bin Mustapha kerana telah mambenarkan pelajar tingkatan

tiga menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan. Sekalung apresiasi saya ucapkan

kepada ibu saya, Nik Camelia binti Nik Mustapha Fathil kerana telah banyak membantu saya

dengan memberi sokongan dan dorongan motivasi serta membantu saya dari segi ekonomi

dengan menyediakan segala medium yang saya perlukan. seter, sayusnya,a berasa amat

bersyukur kerana telah mendapat bantuan daripada rakan-rakan setingkatan saya, iaitu, Nurul

Amira Zulaikha binti Zulhapri, Shah Al-hadi bin Shahrim dan Nurul Nadhirah binti Md

Ismail. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua responden iaitu

penduduk taman melawati yang juga banyak membantu saya bagi menyempurnakan kajian

geografi tempatan ini. Dengan bantuan semua rakan-rakan dan guru-guru,folio ini berjaya

disiapkan dengan lengkap. Oleh itu, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-

rakan dan guru yang membantu tidak kiralah yang telah membantu diri ini secara langsung

atau tidak langsung.


PENDAHULUAN

Nama saya Nur Aleah Jehan binti Abdullah. Saya belajar di tingkatan 3 Ehsan di Sekolah

Menengah Sains Hulu Selangor.Sebagai Memenuhi Keperluan mata pelajaran Geografi, saya

diwajibkan membuat satu kerja lapangan iaitu Kajian Goegrafi Tempatan (KGT).

Saya dan ketiga-tiga rakan saya telah bersepakat untuk memilih tajuk “Pencemaram Alam

Sekitar di kawasan perumahan Taman Melawati,Kuala Lumpur,Wilayah Persekutuan (KL)”

untuk projek kajian geografi tempatan kami. Saya mengkaji tentang aspek punca pencemaran

alam sekitar dan merumuskan kesan pencemaran Alam Sekitar. Saya memilih kawasan kajian

ini kerana menepati tema kajian saya dan juga memudahkan saya menjalankan kajian kerana

kawasan kajian ini berhampiran dengan rumah dan sekolah saya. Jadi, saya tidak menghadapi

sebarang masalah pengangkutan. Masa yang diberikan bagi menyempurnakan folio ini adalah

selama sebulan. Setiap pelajar di kehendaki menulis laporan yang lengkap secara individu.
OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk:

 Mengetahui konsep pencemaran alam sekitar

 Menyenaraikan jenis pencemaran alam sekitar

 Mengkaji punca pencemaran alam sekitar

 Merumuskan kesan-kesan pencemaran alam sekitar

 Memberi cadangan bagi mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar

 Menerapkan nilai-nilai patriotisme dalam dapatan kajian


KAWASAN KAJIAN

Saya telah memilih Taman Melawati, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan (KL) sebagai

tempat bagi saya menjalankan kajian geografi tempatan saya. Taman Melawati merupakan

sebuah bandar yang serba-lengkap yang terletak di ibu kota Malaysia, iaitu Kuala Lumpur. Ia

ditadbirkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Lokasi kawasan ini adalah di timur laut

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Taman Melawati terletak diantara Wangsa Maju dan

Taman Wangsa Melawati,Taman Permata dan Klang Gate.Ia juga berada berhampiran

dengan sempadan negeri Selangor.Taman Melawati mempunyai kedudukan yang strategik,

iaitu di sepanjang Jalan Lingkaran Tengah Kuala Lumpur 2(MRR2). Ia juga mempunyai

pautan ke Kuala Lumpur melalui Jalan Ampang, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala

Lumpur dan Lebuhraya Genting Klang-Pahang. Bandar ini juga boleh diakses melalui

pengangkutan awam dengan menggunakan bas 303RapidKL dari Lembah Keramat, bas 304

Rapid KL dari stesen LRT Wangsa Maju dan juga dengan menggunakan khidmat Metro bas

191 dari Masjid Jamek. Saya memilih kawasan ini kerana taman melawati merupakan tempat

tinggal saya Di kawasan kajian yang telah saya pilih ini, terdapat beberapa kilang dan masjid

serta sekolah yang didirikan bagi memenuhi kehendak penduduk. Suhu pada waktu siang di

kawasan kajian kira-kira 34 darjah Celsius manakala pada waktu malam pula 29 darjah

Celsius. Jarak Taman Melawati dari Bandar hanyalah 3km.


Kaedah kajian

Sepanjang kajian ini dijalankan pelbagai kaedah kajian yang telah saya guna pakai. Antara

kaedah kajian yang telah saya guna pakai ialah:

a) Pemerhatian: sepanjang kajian ini saya telah memerhatikan keadaan di

sekeliling taman perumahan saya. Sepanjang pemerhatian saya, banyak yang

telah saya dapati daripada kajian saya kali ini.

b) Temubual: saya telah menemubual 3 orang penduduk Taman Melawati dan

telah mendapat maklumat yang banyak.

c) Soal selidik: saya telam menyediakan satu set soal selidik untuk diajukan

kepada 25 orang responden di Taman Melawati. Kandungan soal selidik

adalah seperti dalam lampiran 1.

d) Internet: saya telah melayari internet bagi mendapatkan maklumat tentang

konsep pencemaran alam sekitar dan bagi mendapatkan peta kawasan kajian

saya. Peta kawasan kajian boleh didapati di lampiran dan alamat sesawang

yang telah saya layari boleh didapati di bahagian rujukan.


Nik Camelia binti Nik Mustapha Fathil

No 76, Jalan F4,

Fasa 5, Taman Melawati,

53100, Kuala Lumpur,

Wilayah Persekutuan (KL) Tel : 017-3820377

………………………………………………………………………………………………

Pengetua

Sek. Men. Sains Hulu Selangor ,

Hulu Yam Bharu,

44300 Batang Kali,

Selangor. Tarikh : 9 Mac 2011

Tuan ,

Menjalankan Kerja Lapangan Kajian Geografi Tempatan (KGT)

Perkara di atas adalah dirujuk

2. Saya Nik Camelia binti Nik Mustapha Fathil , No. Kad Pengenalan 500906-03-

5092 , ibu kepada Nur Aleah Jehan binti Abdullah murid tingkatan 3 Ehsan dengan ini

(bersetuju / tidak bersetuju) melibatkan anak saya dalam projek KGT .


3. Saya dimaklumkan bahawa guru geografi , iaitu cikgu Masita Binti Salamat akan

mengetuai pengendalian projek KGT ini .

4. Saya juga faham bahawa segala perbelanjaan dan keselamatan anak saya semasa

menjalankan projek KGT ini adalah bukan di bawah tanggungan pihak sekolah .

sekian , terima kasih .

Yang Benar ,

…………………….

( T.T ibubapa / penjaga )


Borang soal selidik

Nama:
Umur:

A) Sila tandakan pencemaran alam sekitar yang berlaku di Taman Melawati

Pencemaran udara Pencemaran air

Pencemaran tanih Pencemaran bunyi

Pencemaran bau Lain-lain

Sila nyatakan :-………………….

B) Tandakan punca pencemaran alam sekitar yang berlaku di Taman Melawati

Perkilangan pembakaran terbuka

Kenderaan perniagaan

Sampah sarap Pembinaan


A) Peta Daerah Selangor:
B) Peta Kawasan Taman Melawati
Dapatan kajian

Konsep pencemaran Alam Sekitar

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil

daripada aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau

kemandirian kehidupan. Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta

Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan

sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi

atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,

mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah

yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,

keselamatan atau kebajikan awam atau organism-organisma lain, tumbuhan dan

haiwan.Pencemaran dapat di kategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk

pencemaran alam. Pencemaran berlaku apabila komposisi udara atau air berubah, hasil

daripada aktiviti-aktiviti manusia dan proses alam sehingga menyebabkan kualiti air dan

udara berkurang dan tidak dapt lagi berfungsi dengan baik. Pencemaran juga berlaku apabila

terdapat makhluk hidup, zat, tenaga atau komponen-komponen lain di dalam air atau udara.

Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam :

1 . Pencemaran air 

2 . Pencemaran bau

3 . Pencemaran tanah

4 . Pencemaran udara

5. pencemaran bunyi
Jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian

Dunia yang semakin maju ini memungkinkan semua perkara berlaku

termasuklah pencemaran. Pencemaran yang berlaku di dunia ini adalah hasil daripada

pertambahan populasi manusia. Apakah yang dimaksudkan dengan pencemaran? Pencemaran

berlaku apabila komposisi udara atau air berubah hasil daripada aktiviti-aktiviti manusia dan

proses alam sehingga menyebabkan kualiti air dan udara berkurang dan tidak dapt lagi

berfungsi dengan baik. Pencemaran juga berlaku apabila terdapat makhluk hidup, zat, tenaga

atau komponen-komponen lain di dalam air atau udara. Pencemaran dikelaskan kepada tiga

jenis pencemaran iaitu pencemaran air (water pollution), pencemaran udara (air pollution)

dan pencemaran tanah ( soil pollution).

Pencemaran alam sekitar yang sering berlaku di kawasan kajian ialah pencemaran

bau.Pencemaran bau berlaku kerana terdapat segelintir masyarakat yang telah membuang

sampah ke tepi jalan tanpa rasa tangunggjawab. Bau busuk daripada sampah sarap itu telah

menyebabkan pencemaran bau di kawasan kajian .

Pencemaran udara juga berlaku di kawasan kajian kerana terdepat sesetengah

orang yang suka melakukan pembakaran secara terbuka. Hal in telah menyebabkan udara

menjadi tercemar kerana sampah yang di bakar mempunyai toksik dan sebagainya.Selain itu,

terdapat banyak kenderaan yang mengeluarkan asap yang banyak terutama lori-lori besar dan

juga bas-bas yang lalu di kawasan tersebut.

Selain itu, pencemaran air juga berlaku di kawasan kajian khususnya bagi

longkang-longkang besar dan juga sungai yang kecil. Perkara ini adalah disebabkan

sesetengan masyarakat sekeliling yang tidak bertanggungjawab membuang sampah ke dalam

longkang yang turut menjurus kepada pencemaran bau. Air longkang dan sungai menjadi

tercemar dan telah menjejaskan kehidupan akuatik di dalam air .


Punca pencemaran alam sekitar di Taman Melawati

Setelah kajian dijalankan, saya mendapati beberapa jenis pencemaran alam sekitar yang

berlaku di Taman Melawati. Berikut merupakan pencemaran alam sekitar yang berlaku di

kawasan kajian saya:

A) Kenderaan

. Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan

keretapi. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir

kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil, yang menghasilkan asap dan bunyi

bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan setempat. Di kawasan tempat tinggal

saya, hampir kesemua penduduk yang tinggal di taman melawati menggunakan kenderaan

bermotor seperti motor dan kereta. Oleh kerana terlalu banyak kenderaan yang di gunakan di

kawasan kajian telah menyebabkan pencemaran udara berlaku. Fakta juga menyatakan

bahawa kenderaan merupakan penyebab terbesar berlakunya pencemaran udara.

B) Pembakaran terbuka

Di sekitar kawasan Taman Melawati, ramai penduduk yang gemar melakukan pembakaran

terbuka. Mereka selalunya melakukan pembakaran sampah sarap tanpa memikirkan perasaan

orang di sekeliling dan akibatnya. Mereka gemar membakar daun-daun kering tanpa usaha

bagi mencari inisiatif lain untuk melupuskan sampah sarap tersebut. Masyarakat sepatutnya

bertanggungjawab dengan berusaha mencari inisiatif lain supaya masyarakat di sekeliling

hidup dalam keadaan yang sihat sejahtera


C) Perniagaan

Pada setiap malam jumaat di sekitar Taman Melawati, Kuala Lumpur akan diadakan pasar

malam.Sikap para peniaga yang tidak bertanggungjawab serta para pembeli membuang

sampah merata-rata semakin menjadi-jadi. Kesannya ialah kawasan ini menjadi tercemar dan

kotor. Para peniaga sepatutnya bertanggungjawab atas hal ini dengan menyediakan tong

sampah. Setiap pelanggan juga seharusnya menyedari tanggungjawab masing-masing dan

memastikan mereka membuang sampah ke dalam tong sampah. Jika kita melihat segelintir

masyarakat yang membuang sampah. Kita sebagai masyarakat yang melihat seharusnya

menegur kerana itu merupakan tanggungjawab kita bersama.

D) Sampah sarap

Sampah sarap yang dibuang oleh masyarakat yang tidak bertanggungjawab telah

mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan di kawasan persekitaran. Pembuangan ini

juga telah mengakibatkan pemandangan yang buruk kerana mereka telah membuang

sampah di tempat yang tidak sepatutnya seperti di tepi-tepi jalan raya. Setiap warga

Malaysia seharusnya mempunyai sifat cinta akan Negara kerana ianya mampu mengatasi

masalah berikut.
Kesan pencemaran alam sekitar di Taman Melawati

KEJADIAN HUJAN ASID

Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya Hujanasidyang disebabkan

oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dannitrogenoksida dengan air hujan. Ianya

berlaku apabila gas-gas sulfur oksida(SO2) danoksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke

udara danbertindakbalas denganwap air yang terdapat di atmosfera dan seterusnyamenjadi

asid sulfurik dan asidnitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan danawan pula bergerak ke

tempat-tempat lain dan membawa asid-asid tersebut.Asid itu akan turun bersama-samadengan

hujan dan menimpa hidupan yangterdapat di dunia. Ianya membunuhtumbuh-tumbuhan dan

juga hidupan air.Ia juga boleh menghakis pakaian, kertasdan bahan binaan bangunan.

Selainitu, asid tersebut juga meresap kedalamtanah dan menyebabkan kualiti tanahberkurang

dan menjadikannya tidak subur.

 JEREBU

 Asap yang dikeluarkan dari kliang ini boleh menyebebkan jerebu.bahanyang terampai dalam

asap ini menyebabkan kita kesukaran bernafas.selainitukandungan bahan kimia dalam asap

juga tinggi.Ini menyebabkan paru-parudalam badan kita mudah rosak.selain itu juga

penglihatan mata kita akankabur dan tidak nampak .

 
BAU BUSUK 

 Bau busuk yang dikeluarkan oleh asap kilang ini tidak menyenangkan hatipenduduk.bau

busuk ini akan dihidu oleh penduduk setiap hari.bau busuk inimenyebabkan kereta yang lalu

lalang di situ berasa loya dan busuk.keadaanini menyebabkan ramai penduduk berasa tidak

selesa tinggal di situ.

PENYAKIT

Akibat daripada kegiatan kilang,penduduk juga mudah terdedah dengnpenyakit seperti

kesukaran bernafas,angin ahmar dan radang paru-paru.inimeyebabkan ramai penduduk tidak

tinggal di situ.hanya beberapa orangsahaja yang tinggal di kawasan tersebut

SUHU BUMI MENINGKAT

Tidak keterlaluan jika saya ingin katakan suhu di bumi kia meningkat. Berdasarkan

pengalaman saya, saya sendiri dapat merasakan bahangnya walaupun berada di bawah kipas

dan selepas mandi. Suhu akan mengalami perubahan yang ketara sekiranya penggunaan

penghawa dingin dan peti sejuk tidak digunakan dengan bijak. Kloroflurokarbon atau lebih

dikenali sebagai CFC yang terdapat dalam peralatan-peralatan tersebut akan menipiskan

lapisan ozon bumi perlahan-lahan dan mendedahkan penduduk di bumi kepada sinaran UV

yang tidak ditapis dan berbahayaterus dari matahari. Saya dapat lihat sendiri penggunaan

penghawa dingin dalam kalangan peniaga-peniaga dan penduduk di Taman Melawati, Kuala

Lumpur itu sendiri yang kebanyakannya berpendapatan tinggi.


Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di Taman Melawati

Menghijaukan kawasan

Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat

mengurangkan masalah peningkatan suhu! Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam

udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses

fotosintesisnya.

Penggunaan petrol tanpa plumbum

Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam

pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering

berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan

selsema daripada berlarutan.

Program kitar semula

Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman

perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh

dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula

ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh

diproses semula untuk menghasilkan kertas baru. Kempen kesedaran mengenai program

kitaran semula perlu diperluas kepada semua lapisan masyarakat di seluruh negara. Tempat-

tempat khas harus disediakan untuk membolehkan orang ramai membawa bahan-bahan yang
boleh dikitar semula seperti botol, plastik, bekas minuman aluminium, bateri terpakai, tayar

buruk, kertas atau surat khabar lama dan besi. Walaupun ini•melibatkan kos yang tinggi,

dalam jangka panjang kaedah ini dipercayai dapat membantu pemuliharaan alam sekitar dan

seterusnya menjimatkan sumber alam.

Meninggikan serombong asap dan memasang alat penapis asap

Pihak berkuasa mesti mewajibkan pihak kilang meninggikan serombong asap 30 meter ke

udara. Disamping itu, serombong asap itu hendaklah dipasang alat penapis asap agar asap

yang dilepaskan adalah asap bersih yang telah dirawat dan tidak mencemarkan udara.

penguatkuasaan undang-undang

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana kilang di negeri

masing-masing. Oleh itu, jika ada kilang yang tidak mematuhi akta kualiti alam sekitar,

penduduk di sekitarnya boleh membuat aduan kepada PBT untuk diambil tindakan

selanjutnya.

Kempen

Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati

supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap

individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.
Kempen menggunakan pengangkutan awam

Cadangan saya yang seterusnya, pihak kerajaan boleh mengadakan kempen

menggunakan pengangkutan awam. Dengan menggunakan pengangkutan awam, kita dapat

mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Bayangkan jika setiap seorang daripada kita

menggunakansebuah kereta seorang untuk ke tempat kerja, bolehkah kita bayangkan betapa

banyaknyakenderaan yang digunakan dan asap yang dilepaskan ke udara? Sedangkan, sebuah

kereta boleh membawa 5 ke 6 orang dalam satu masa. Pengangkutan awam seperti bas,

KTM,monorel dan sebagainya perlulah diperkenalkan dengan lebih meluas dan sistem

keselamatan perlulah diperketatkan. Dengan itu, rakyat Malaysia tidak takut untuk

mencuba pengangkutan awam. Dalam masa yang sama, kita juga dapat mengurangkan

kesesakan lalulintas dan risiko untuk berlaku kemalangan


Bahan grafik

Jadual

Bil Jenis pencemaran Peratus


1 Pencemaran udara 30%
2 Pencemaran tanih 6%
3 Pencemaran bunyi 10%
4 Pencemaran bau 14%
5 Pencemaran air 45%

Carta pai

pencemaran Alam sekitar di Taman Melawati


6%

10%

pencemaran air
pencemaran udara
13% 43% pencemaran bau
pencemaran bunyi
pencemaran tanih

29%

 
RUMUSAN
Hasil daripada kajian ini, dapatlah saya rumuskan bahawa pencemaran alam

sekitar amat berbahaya pada kita. Pencemaran terbahagi kepada lima iaitu pencemaran udara, 

pencemaran air, pencemaran tanih, pencemaran bunyi dan pencemaran bau.

Kesemua pencemaran ini akan mengakibatkan kemusnahan yang teruk kepada bumi

kita jika tidak dibendung dari sekarang. Kita hendaklah sentiasa menjaga alamsekitar kita

daripada sebarang pencemaran.Kita sebagai penduduk negara berbilang bangsa ini

hendaklah sentiasa bekerjasama dan berganding bahu dalam memastikankebersihan

kawasan di sekeliling kita. Tidak perlulah kita terlalu berharap akan bantuan

kerajaan sedangkan kita boleh berusaha menjaga kebersihan dankeharmonian di kawasan

tersebut. Melalui hubungan baik antara penduduk setempat juga dapat menjalinkan hubungan

silaturrahim antara satu sama lain. Tetapi, pencemaran ini boleh belaku seandainya kita

mengabaikan kebersihankawasan tersebut.Pelbagai kesan buruk akan berlaku hasil daripada

sikap endah tidak endah penduduk di sesuatu kawasan seperti penyebaran penyakit seperti

malaria, demam denggi dan sebagainya.

Oleh itu, kita perlulah sama-sama mencegah perkara ini daripada berlaku

denganmengambil langkah awal.Bak kata pepatah”Mencegah lebih baik daripada

mengubati”.

Lampiran
 Buku teks geografi tingkatan 3

Khaw Ah Seng , Habibah Hj Lateh , Tan Koh Lim , 2004 , Buku Teks Geografi

Tingkatan 3 , Ipoh , PTS publications & Distributors Sdn. Bhd.

 Internet

http://www.scribd.com

http://maps.google.com.my

You might also like