KEBAIKAN SAINS DALAM KEHIDUPAN MODEN

Kemajuan sains dan teknologi telah banyak membawa perubahan positif kepada kita dan berkait rapat dengan kemajuan sesebuah negara. Kemajuan sains telah membawa kebahagiaan kepada manusia. Sesungguhnya banyak faedah yang telah kita nikmati hasil daripada kemajuan sains dan teknologi. Justeru itu tidak hairanlah jika sesebuah negara menyumbangkan belanja yang besar untuk memajukan sains dan teknologi bagi mewujudkan sebuah negara yang disegani. Fenomena ini membuktikan bahawa kemajuan sains lebih banyak mendatangkan kesan positif daripada kesan negatif. Walaupun tidak dinafikan bahawa kemajuan sains dan teknologi masih tidak dapat memenuhi kekurangan dari segi kerohanian, namun sebenarnya ia mampu memenuhi kekurangan dari segi kebendaan. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa bidang penyelidikan dan pembangunan akan hanya mencapai tahap yang tinggi melalui penerokaan dalam sains dan teknologi.Kepakaran yang tinggi akan membolehkan lebih banyak kajian dan penyelidikan sainstifik dijalankan serta dapat membantu menghasilkan produk-produk prototaip dalam pelbagai bidang sosial dan ekonomi.Khususnya dalam sektor pertanian,negara akan mengalami kemajuan yang besar sekiranya mengarap sains dan teknologi yang canggih.Melalui kepakaran dalam bioteknologi,teknik dan teknologi pertanian akan mengalami transformasi.Teknik-teknik moden yang efektif dalam bidang penanaman,penternakan dan penuaian akan membantu meningkatkan produktiviti.Bioteknologi juga akan membantu dalam penghasilan baka,benih dan racun bagi memajukan sektor pertanian.Pertanian yang berorientasi intensif teknologi bukan sahaja meningkatkan kualiti makanan tetapi juga menjamin kelangsungan makanan.Lantarannya,usaha berterusan dalam penyelidikan dan pembangunan dapat membantu memelihara ekologi tanaman yang akan meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Umum mengetahui bahawa perkembangan sains dan teknologi dengan pesatnya telah mendatangkan pelbagai kebaikan terhadap peningkatan taraf hidup manusia seperti penciptaan teknologi laser.Penciptaan teknologi laser telah memainkan peranan yang penting dalam bidang komunikasi dan perindustrian.Kini,teknologi laser digunakan secara meluas dalam bidang telekomunikasi mengganti peranan kabel dengan obtik fiber.Jalur laser yang lebih luas membenarkan maklumat seperti bunyi dan suara dihantar dengan lebih cepat dan tepat serta meminimumkan risiko kehilangan data.Selain itu,bidang prindustrian turut berkembang maju dengan kemunculan penggunaan laser.Laser merupakan alat pemecah dan pemotong yang termoden.Laser dapat memotong batu permata,intan,kaca,malah kepingan logam tanpa mengeluarkan haba,bunyi dan sisa kotoran.Oleh demikian,dapatlah kita memutuskan bahawa teknologi laser mampu meningkatkan taraf hidup manusia dengan meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil industri serta mencetuskan perkembangan dalam bidang komunikasi dan perindustrian.

Selain itu.Kemajuan sains dan teknologi membawa kepada pengenalan ubat-ubatan baru untuk pelbagai jenis penyakit kronik yang tidak dapat disembuhkan dahulu.misalnya penyakit barah.Telefon bimbit juga memberi kesenangan kepada rakyat kini untuk berkomunikasi dari jarak jauh.canggih telefon bimbit dan satelit. Sains dan Teknologi berupaya memajukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) yang semakin penting dalam era maklumat. marilah kita bersama-sama beranggapan sains dan teknologi adalah nadi pembangunan masyarakat dan negara. Teknologi yang semakin canggih telah membantu kerajaan untuk meningkatkan imej negara di mata dunia dan dapat merealisasi impiannya ke arah Wawasan 2020. .menambahbaikkan fungsi dan meningkatkan kualiti ubat-ubatan yang sedia ada dan lain-lain. Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020.Penciptaan komputer riba juga telah memudahkan pergerakan kita dan mudah dibawa ke mana-mana tempat.Kemajuan sains dan teknologi juga membawa kemudahan dalam menjalankan pembedahan.Penggunaan mesin untuk menjalankan operasi dapat mengurangkan risiko dan kesilapan yang akan berlaku terutamanya bagi operasi yang agak rumit dalam prosesnya.Kebelakangan ini. penggunaan satelit turut membolehkan kita memberi isyarat kecemasan kepada negeri asing dan sebaliknya di negara lain juga.Tambahan pula.penyakit-penyakit yang dihadapi dapat ditentukan dengan cepat dan tepat semasa diagnosis dijalankan sebelum kemunculan tanda-tanda yang ketara.risiko penyakit dapat kita kurangkan melalui program vaksinasi. Projek Koridor Raya Multimedia(MSC) akan dapat menjadi lebuh raya maklumat melalui input sains dan teknologi yang secukupnya.penyakit itu dapat diubati dengan efektifnya sebelum dikesan lewat.Oleh itu.Sains dan teknologi meningkatkan taraf hidup manusia melalui perkembangan dalam bidang perubatan dan kesihatan.Tambahan pula. manusia semakin bijak dan kian mahir dalam penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) untuk mencipta peralatan berteknologi seperti internet.Perkembangan sains dan teknologi telah mengubah cara hidup manusia dari sektor pertanian sehingga sektor perkhidmatan.Aktiviti ekonomi negara dipertingkatkan dan pendapatan negara akan bertambah serta meningkatkan taraf hidup manusia pada masa yang sama.Internet membolehkan kita melayari laman web untuk mencari maklumat dan boleh berbalas e-emel dengan sesiapa sahaja walaupun seseorang itu berada di tempat yang jauh.Kita seharusnya berterima kasih kepada phak kerajaan kerana kerajaan semakin menitikberatkan Dasar Sains dan Teknologi untuk mempertingkatkan sumbangannya dalam pelbagai aspek.Kepesatan ini di Malaysia dapat mempermudah kita berhubung dengan orang lain serta meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful