You are on page 1of 23

OLEH

MARENI BT SUHAILI
KHADIJAH BT AUT
REZAOMI BT REFF
FAUZANA FILZAH BT ABD ROPA
RAHIMAH BT MALIKI
APAKAH BIG
BOOK
SEBENARNYA?
 Ciri utama buku tersebut selain daripada
formatnya yang besar dan font yang jelas :
- ia ada gambar-gambar yang menarik ,
- perkataan yang tidak banyak, ringkas
dan berulang-ulang
 setiap buku mempunyai jalan cerita yang
mudah untuk difahami oleh pembaca kanak-
kanak

 Dengan plot cerita yang mudah dan gambar-


gambar yang bersaiz besar serta berwarna-
warni, kanak-kanak akan tertarik untuk
membaca buku tersebut.
KENAPA
MENGGUNAKAN
BIG BOOK?
 Membolehkan aktiviti kelas literasi
dilaksanakan
 => susah jika guru menggunakan buku yg saiz
biasa utk dibaca dengan kanak2 seramai 25
org.
 => dgn format yg besar, semua orang boleh
melihat, membaca dan melibatkan diri dgn
aktif
 Satu Big Book yg baik boleh menyumbang
keseronokan kpd slot literasi di samping
menjadikan pengalaman membaca itu
menggembirakan dan bermakna.
 1. Menyeronokkan pengalaman membaca
 2. Membantu murid memahami buku
 3. Mengenalkan murid kepada pelbagai jenis
bahan membaca
 4. Memberi peluang kepada guru memberi
contoh bacaan yang baik
 5. Melibatkan murid secara aktif
 6. Menyediakan contoh teks yang baik untuk
digunakan oleh murid
 7. Membolehkan guru meransang murid untuk
bercakap
 8. Menggalakkan murid berinteraksi dengan
teks dan visual
 9. Murid seronok membaca di dalam suasana
yang tidak tertekan
• Mempunyai tema yang mudah, menarik dan
sesuai
• Mempunyai mesej, pengajaran dan nilai-
nilai murni
• Latar belakang yang sesuai
• Jalan cerita yang mudah
• Bahasa mudah
• Dapat memperkaya kosa kata
• Melibatkan watak yang dapat dikaitkan dengan
kanak-kanak

• Dapat melibatkan kanak-kanak secara tidak


langsung

• Jelas , gambar dan illustrasi yang menarik


 Membaca bersama melibatkan guru dan murid
membaca dan ulang membaca buku yang
mempunyai teks bersaiz besar.

 Guru dan murid duduk bersama mengadap buku


besar.

 Guru tunjuk tulisan dan membaca. Murid boleh ikut


membaca bersama.
 Membaca bersama ialah satu langkah untuk
membantu murid melihat bagaimana
membaca.
 Murid membaca mengikut contoh guru.
 Sebelum memulakan cerita, guru perlu
menunjukkan buku kepada murid-murid dan
membacakan judul serta pengarangnya
 Semasa bercerita, guru hendaklah memegang buku
dan halakannya kepada murid-murid.
 Pegang bahagian bawah buku.
 Boleh tunjuk ayat-ayat dengan jari telunjuk
ketika membaca. Bimbing murid-murid
berfokus kpd jari.
 Sebaik-baiknya buku diletakkan di tengah,
di sisi atau di sebelah kiri pembaca. (lebih
senang kalau buku diletak pada easel –
supaya “hands free”)
 Beritahu murid-murid mengapa BIG BOOK
tersebut dipilih
 Baca judulnya, pengarangnya.
 Berbual-bual dgn mereka tentang apa yang
ada di kulit buku tersebut, tentang gambar,
warna, teks dll.. yang boleh dilihat pada
kulit.
 Bertanya dgn murid berkaitan apakah
agaknya BIG BOOK ini?
 Baca mengikut nada dan intonasi membaca
yang betul
 Tarik perhatian murid-murid kepada jari
telunjuk anda dan tunjukkan perkataan demi
perkataan bersama dgn sebutan.
 => menguasai konsep “kiri ke kanan”
 => dan juga “atas ke bawah”
• Ajar murid-murid hentian antara
perkataan (spacing and separation)
 Membaca dgn kadar yang sederhana (tidak sangat
perlahan atau terlalu cepat)
 Membaca dgn intonasi suara yg sesuai dgn jalan
cerita.
 ( NOT ME! => intonasi marah,
 Boleh tolong saya? Tolonglah saya! =>berbeza intonasi
suara)
 Pada masa yg sama, ajar murid-murid maksud tanda-
tanda seruan ! ? )
 Bertanya soalan dari masa ke semasa utk
mendapatkan penglibatan aktif murid-murid:
 => Apa yang kita boleh lihat di sini?
 => Apa yang berlaku?
 => Pada pendapat anda kenapa ini berlaku?
 => Apa akan terjadi selepas ini?
 => Bolehkah anda teka apa akan berlaku
seterusnya?
 Gunakan “eye contact”.
 Gunakan gerak geri yang sesuai jika perlu.
 Beritahu murid-murid bila sampai masa utk
membuka muka surat seterusnya.
 Beritahu mereka muka surat buku itu.
 Begitulah seterusnya …sehingga memberitahu
mereka kesudahan cerita itu.
 Berbincang dgn murid-murid (ajaran, nilai-
nilai …)
 Dapatkan buku yang sama, saiz biasa supaya
murid dapat membaca semula
 Membuat aktiviti lanjutan yang berkaitan dgn
cerita
 Ibu bapa perlu diberitahu mengenai aktiviti
membaca bersama.
 Ada baiknya ibu bapa tahu bagaimana aktiviti ini
dijalankan dan mengapa dijalankan.
 Ibu bapa boleh diperkenalkan dengan aktiviti,
dengan cara menjemput ibu bapa melihat sesi ini
dijalankan di kelas.
 Ibu bapa digalakkan meneruskan aktiviti membaca
bersama dgn anak-anak mereka.
 Jadikan pengalaman membaca suatu
pengalaman yang menyeronokkan dan
menggembirakan untuk murid-murid
anda.

 Jadikan anda sebagai satu model


membaca yang baik kepada murid-murid
anda.

You might also like