You are on page 1of 24

SUMBER ELEKTRIK

1.0 ELEKTRIK
Elektrik ialah istilah am bagi sebilangan jenis fenomena yang terhasil akibat kewujudan
dan aliran cas elektrik. Bersama-sama dengan kemagnetan, ia membentuk saling tindak
asas yang dikenali sebagai keelektromagnetan. Ia meliputi kebanyakan fenomena fizikal
yang biasa dijumpai seperti kilat, medan elektrik dan arus elektrik. Elektrik juga
digunakan dalam bidang perindustrian seperti elektronik dan kuasa elektrik. Orang-orang
Yunani kuno dan Parthia tahu tentang elekrik statik, iaitu dengan menggosok benda
dengan kain bulu. Walaupun penerokaan sains atas fenomena ini telah bermula pada
zaman Renaissance Eropah, elektrik pada masa itu hanya digunakan dalam silap mata
dan permainan-permainan, sehinggalah penemuan yang lebih mendalam dibuat pada
penghujung abad ke-18 sehingga pertengahan abad ke-19.

Walaupun "rekaan" terkenal Benjamin Franklin iaitu elektrik dengan menerbangkan


layang-layang semasa hujan kilat hanyalah lebih kepada cereka berbanding dengan fakta,
namun teori-teorinya mengenai hubungan antara kilat dan elektrik statik telah
menimbulkan minat ahli-ahli sains terkemudian untuk mengkaji dengan lebih lanjut
tentang elektrik, dan hasil-hasil kerja mereka inilah yang telah menjadi asas kepada
teknologi elektrik masa kini.

Elektrik boleh di anggap sebagai cara yang mudah untuk pengangkutan dan pengagihan
kuasa. Contohnya tenaga daripada air terjun boleh di saluran kepada satu janakuasa
untuk membuat kuasa elektrik yang mana ianya di angkut oleh talian penghantaran sejauh
beribu-ribu batu ke bandar-bandar. Ianya di gunakan untuk memberikan kuasa
mekanikal,cahaya,haba penyejukan dan lain-lain kemudahan.

Tenaga elektrik sangat penting untuk menggerakkan industri negara. Tenaga elekrik yang
murah akan menjadikan kos pengeluaran barang-barang kilang dan produk pertanian di
Negara kita menjadi rendah. Ini akan menjadikan barang-barang keluaran Negara kita
lebih kompetetif dan rakyat juga akan dapat menikmati harga barang keperluan yang
lebih murah.

TEKONOLGI ELEKTRONIK 1
SUMBER ELEKTRIK

Kita bernasib baik kerana di anugerahkan dengan sumber air yang banyak.Sungai-sungai
di empang sehingga dapat menakung air seperti di Tasek Temenggor dan Cameron
Highland. Air yang diempang ini disalurkan untuk menggerak dan memutar turbin
penjana elektrik (generator). Tenaga tolakan air yang dilepaskan dari empangan itu
ditukar menjadi tenaga elektrik.

Oleh kerana kita mendapat sumber air percuma dari alam maka tenaga elektrik yang
dihasilkan melalui cara elektrik hidro ini seolah-olah seperti percuma juga. Apabila gas
asli petroleum ditemui diperairan Negara kita, penghasilan tenaga elektrik Negara kita
mengalami anjakan besar, di mana gas asli telah menjadi sumber tenaga utama dalam
menghasilkan tenaga elektrik Negara.

Oleh kerana gas asli adalah didapati di kawasan Negara kita dan dikeluarkan oleh
syarikat Negara kita sendiri, kita masih sepatutnya dapat menikmati harga tenaga elektrik
yang rendah berbanding dengan Negara-negara lain.Gas asli digunakan sebagai bahan
bakar bagi memanaskan air di dalam dandang menghasilkan wap panas bertekanan
tinggi. Wap panas bertekanan tinggi ini akan dilepaskan bagi menggerakkan turbin
penjana elektrik.

Selain dari gas asli, Negara kita juga menggunakan minyak dan arang batu sebagai bahan
bakar untuk menjana tenaga elektrik. Tidak seperti elektrik hidro, pembakaran gas,
minyak dan arang batu untuk mendapatkan tenaga elektrik turut menyumbang kepada
pencemaran udara dan pemanasan global.Sumber gas asli yang tersimpan dalam perut
bumi Negara kita akhirnya akan habis juga dan tidak boleh diganti semula, oleh itu kita
tidak boleh bergantung selamanya dengan gas asli sebagai sumber tenaga elektrik Negara
kita.

Sekarang sudah ada rancangan dari pihak kerajaan untuk menggunakan tenaga nuklear
bagi menghasilkan tenaga elektrik. Walaupun kita tidak mengeluarkan uranium dan
terpaksa mengimport bahan tersebut untuk menghasilkan tenaga nuklear, tetapi kita

TEKONOLGI ELEKTRONIK 2
SUMBER ELEKTRIK

masih boleh membelinya dari Negara lain dengan harga yang murah berbanding dengan
jumlah tenaga elektri yang dihasilkannya.

2.0 SUMBER ELEKTRIK


Elektrik adalah sumber tenaga yang penting dalam kehidupan seharian. Elektron mengalir
menghasilkan arus elektrik. Daya yang boleh menggerakkan elektron keluar dari orbitnya
mengalirkan arus menjadi punca tenaga elektrik. Kesemua punca-punca tenaga elektrik ini
berdasarkan dua kriteria iaitu cas negatif menolak elektron sementara cas positif menarik

TEKONOLGI ELEKTRONIK 3
SUMBER ELEKTRIK

elektron. Atau kedua-dua cas ini masing-masing menolak dan menarik elektron secara
berterusan.Tenaga elektrik dapat dihasilkan daripada sumber pelbagai iaitu kemagnetan,
tindakan kimia, geseran, tekanan, tindakan haba dan tindakan cahaya.

TEKANAN
TINDAKAN
ELEKTRIK DIGUNAKAN KIMIA
UNTUK MENGHASILKAN

HABA
CAHAYA

KUASA KEMAGNETAN

2.1 KEMAGNETAN
Elektrik terhasil apabila sebatang magnet digerakkan di dalam gegelung wayar. Bila
magnet bergerak, galvanometer akan bergerak. Arus elektrik yang terhasil dinamakan
“arus aruhan”.

2.1.1 Dinamo
TEKONOLGI ELEKTRONIK 4
SUMBER ELEKTRIK

Dinamo terdiri daripada:-

i. magnet kekal
ii. teras besi lembut
iii. gegelung wayar

Putaran dinamo oleh roda basikal menyebabkan medan magnet pada magnet kekal
bergerak. Medan magnet yang bergerak akan dipotong oleh gegelung dawai lalu
menghasilkan aruhan arus elektrik. Voltan akan bertambah jika putaran roda basikal
semakin laju.

RAJAH DINAMO 2.1.2


2.1.3 TURBIN

Turbin digunakan pada penjana kuasa elektrik di stesen penjana kuasa hidro, wap dan
diesel. Mempunyai rotor yang dapat diputar oleh aliran air, stim, atau angin. Turbin
menukarkan tenaga kinetik kepada tenaga mekanik untuk menggerakkan pelbagai jenis
mesin seperti pam air dan penjana elektrik.

TEKONOLGI ELEKTRONIK 5
SUMBER ELEKTRIK

RAJAH 2.1.4

2.2 TINDAKAN KIMIA


Tindakan kimia juga boleh digunakan untuk menghasilkan arus elektrik.
Tenaga yang dihasilkan adalah sedikit kuantitinya. Elektron mengalir daripada
punca positif dengan adanya unsur-unsur dalam elektrolit.Tindak balas kimia antara
dua jenis logam dalam elektrolit yang sesuai dapat menghasilkan tenaga elektrik.
Penghasilan tenaga ini boleh didapati dalam sel elektrik. Mungkin contoh tindakan
kimia yang paling mudah yang dihasilkan dari elektrik ialah mengecas semula
bateri simpanan bagi kereta biasa. Apabila sel-sel bateri simpanan digunakan untuk
menjana elektrik untuk menghidupkan kereta, menyalakan lampunya dan
seterusnya. Walau bagaimanapun, jika arus dialirkan melalui sel dalam arah yang
bertentangan, tindakbalas kimia itu akan menjadi terbalik dan bateri itu akan
mengecas semula. Terdapat dua cara tindakan kimia iaitu sel basah dan sel kering.
Elektrik boleh dihasilkan melalui proses tindakan kimia daripada sel basah dan sel
kering. Sel kering dan sel basah menghasilkan arus jenis arus terus (D.C).

Satu daripada jenis sel utama yang paling banyak digunakan hari ini ialah sel
kering. Sel ini menggunakan bahan kimia yang dapat mengurangkan tindakan
setempat dan pengutuban bahan elektrolit, bukannya cecair. Oleh sebab itu,
dinamakan sel kering. Elektrod positifnya diperbuat daripada karbon dan elektrod

TEKONOLGI ELEKTRONIK 6
SUMBER ELEKTRIK

negatifnya merupakan bekas sel yang diperbuat daripada zink. Bahan elektrolitnya
bukan cecair tetapi perekat, iaitu daripada adunan ammonium klorida dan tepung
atau kanji jagung, mangan dioksida dan serbuk karbon.

RAJAH 2.2.1

Voltan yang dihasilkan oleh sel kering adalah sebanyak 1.5 volt dan dua sel kering
yang disambungkan secara siri akan menghasilkan 3.0 volt. Voltan ini akan
berkurangan jika digunakan langsung pada satu jangka masa tertentu. Tenaga yang
hilang ini tidak dapat dipulihkan semula. Pengurangan atau kehilangan keupayaan
sel mengeluarkan voltan disebabkan bahan elektrolitnya kering. Saiznya sesebuah
bateri bukan faktor penentu kekuatan voltan yang dapat dikeluarkannya.Dua sel
kering disambung siri. Arus elektrik yang dihasilkan oleh sel kering ialah arus terus
(AT/DC). Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh sel kering adalah daripada hasil
tindak balas kimia. Ia tidak boleh dicas semula. Sel kering digunakan dalam
peralatan elektrik bervoltan rendah seperti radio, lampu suluh, jam dan alatan
mainan. Kelemahannya, sel ini tidak dapat digunakan lagi setelah casnya habis.

TEKONOLGI ELEKTRONIK 7
SUMBER ELEKTRIK

A = Punca positif ,
B = Bekas zink , C =
Elektrolit , D =
Batang karbon ,

E = Punca negatif

Apabila sel
kering disambung
dalam sesuatu litar
yang lengkap,
RAJAH 2.2.2 tindakan kimia
berlaku dalam sel. Tenaga kimia ini akan bertukar menjadi tenaga elektrik yang
mengalir dari kutup negatif ke kutub positif. Setelah bahan kimia di dalam sel habis
digunakan, sel itu tidak boleh digunakan lagi dan perlu diganti.

PENYAMBUNGAN SEL KERING

Penyambungan secara siri

Kutub positif sesuatu sel disambung ke kutub negatif sel yang lain. Tujuan
menyambung sel-sel secara siri adalah untuk menambahkan voltan. Voltan yang
dihasilkan bersamaan jumlah voltan sel-sel yang disambungkan.

Penyambungan secara selari

Dalam penyambungan secara selari, kutub-kutub positif sel disatukan.


Begitu juga dengan kutub-kutub negatif. Tujuan menyambung sel-sel secara selari

TEKONOLGI ELEKTRONIK 8
SUMBER ELEKTRIK

adalah untuk mendapatkan arus elektrik yang lebih tinggi. Bekalan tenaga elektrik
juga tahan lebih lama. Jumlah voltan yang dihasilkan tidak berubah iaitu 1.5 V.

Sel elektrik ialah satu penjana elektrik di mana tenaga kimia ditukarkan menjadi
RAJAH 2.2.3
tenaga elektrik. Seperti yang ditunjukkan di Rajah dibawah, sel volt inti terdiri daripada
satu bekas yang mengandungi H2SO4 cair. Dua keeping logam, satu diperbuat daripada
tembaga dan satu lagi daripada zink dicelupkan ke dalamnya.

Apabila kedua-dua kepingan ini disambungkan dari luar dengan satu dawai logam,
arus elektrik mengalir dari tembaga ke zink dan ini boleh dikesan dari pesongan jarum
magnet yang terhubung pada dawai. Kepingan tembaga ini dinamakan kutub positif dan
kepingan zink dinamakan kutub negatif.

Zink larut di dalam asid sulfurik cair, buih hydrogen terkumpul di keliling kepingan
tembaga dan arus elektrik mengalir di dalam sel dari zink ke tembaga menerusi cecair.

RAJAH 2.2.4
TEKONOLGI ELEKTRONIK 9
SUMBER ELEKTRIK

JENIS-JENIS SEL KERING

1) Sel alkali

-digunakan pada alat voltan rendah seperti lampu suluh dan radio.

-tidak boleh dicas semula

2) Sel lithium

-Sel ini mampu membekalkan arus yang tinggi dan jangka hayat yang lama serta boleh
dicas semula

-Sel lithium biasanya digunakan pada peralatan yang kecil (mudah alih) seperti kamera,
kalkulator, dan komputer (memori sokongan).

3) sel merkuri

-Sel merkuri merupakan sejenis sel bersaiz kecil yang hanya digunakan untuk peralatan
peranti atau perkakas elektrik seperti alat yang hanya memerlukan seperti alat yang hanya
memerlukan arus yang rendah.

TEKONOLGI ELEKTRONIK 10
SUMBER ELEKTRIK

4) Sel nikel cadmium (NiCad)

 Sel ini banyak digunakan pada peralatan pada peralatan tanpa wayar (cordless).

 Sel ini boleh dicas semula sehingga 1000 kali dengan menggunakan peralatan
khas yang membekalkan arus yang stabil serta mengelakkan litar pintas.

SEL BASAH

TEKONOLGI ELEKTRONIK 11
SUMBER ELEKTRIK

Tenaga yang dihasilkan oleh sel basah lebih tinggi daripada sel kering dan
ia dapat dicas semula. Sel basah biasanya menghasilkan voltan 6.0 volt, 12 Volt
dan 24 volt. Sel basah seperti sel asid plumbum terdiri daripada plumbum peroksida
sebagai elektrod positif dan plumbum sebagai elektrod negatif dan asid sulfurik cari
sebagai elektrolitnya. Sel basah lebih dikenali sebagai bateri. Sel ini digunakan
dalam kenderaan seperti kereta, lori, bas dan motosikal atau bekalan kecemasan
untuk telefon dan lampu di hospital.

Bateri ini menyimpan tenaga dan mengeluarkan tenaga elektrik secara


tindak balas kimia sama seperti sel utama. Perbezaan ketara bateri ini ialah
kebolehannya dicas semula untuk membekalkan elektrik setelah tenaga yang
dikeluarkannya berkurangan (sehingga menyerupai bateri baru) dengan itu usia
bateri dapat bertahan lebih lama. Biasanya beberapa sel digabungkan bersama
dalam satu bekas, dan sel ini dinamakan bateri sekunder atau penumpuk atau sel
sekunder. Bateri asid plumbum dan alkali sekunder (nikel-besi dan nikel kadium)
merupakan contoh sel sekunder.

2.3 GESERAN
Apabila dua bahan yang berlainan digosok atau digeserkan antara satu sama lain, elektron
di dalam suatu bahan akan keluar dari atomnya dan berpindah ke bahan yang satu lagi.
Ini menyebabkan bahan yang menerima kelebihan elektron akan bercas negatif dan bahan
yang kehilangan elektron bercas positif. Sebagai contoh, jika sebatang kaca digeserkan
dengan kain sutera pada satu arah, elektron yang berada di batang kaca itu akan
berpindah ke kain sutera dan menjadikan batang kaca itu bercas positif sementara kain
sutera yang menerima elektron akan bercas negatif.

Walaupun penghasilan tenaga elektrik secara geseran ini kecil, ia masih digunakan oleh
sesetengah alat elektrik. Misalnya dalam alat pembersih kotoran, penapis udara, mesin
fotostat, proses mengecat dan janakuasa Van de Graaff.

TEKONOLGI ELEKTRONIK 12
SUMBER ELEKTRIK

Semua jirim terdiri daripada beribu-ribu atom. Di pusat atom terletak nucleus. Di keliling
nucleus ada kumin dinamakan electron. Elektron ini berlegar mengelilingi nucleus seperti
planet berlegar mengelilingi matahari. Tiap-tiap electron membawa satu cas negatif. Jika
sesuatu atom seperti karbon mempunyai enam electron jadi atom ini mempunyai enam
cas negatif. Tetapi pada keseluruhannya atom adalah neutral iaitu tidak mempunyai cas.
Ini menunjukkan nucleus mesti ada enam cas positif untuk mengimbangkan enam cas
negatif. Pada amnya, sesuatu atom mempunyai cukup cas positif bagi meneutralkan cas
negatif electron.

Elektron yang di luar sekali di dalam sesuatu atom mudah dipindahkan. Jika sesuatu atom
hilang satu electron, iaitu cas negatif, atom tidak akan berkeadaan neutral lagi. Atom ini
dikatakan bercas positif, kerana atom itu telah mempunyai lebih satu cas positif daripada
cas negatif. Kadang-kadang dalam keadaan yang tertentu electron yang berada di luar ini
tertarik kepada atom yang lain. Elektron yang sempurna ini dinamakan arus elektrik. 

Elektron elektron yang terkeluar dari orbitnya menimbulkan kekurangan elektron di


dalam atom yang telah di tinggalkan. Inilah
RAJAH 2.3.1akan menyebabkan lebihan elektron di mana

ianya berada.Bahan yang mengalami kekurangan elektron menjadi cas positif, dan yang
mempunyai elektron yang berlainan akan menjadi cas negatif.
      Apabila satu atom kehilangan satu elektron, ia akan kehilangan satu cas negatif. Oleh
itu bahagian atom yang telah di tinggalkan elektron akan menjadi tidak seimbang secara
elektrik kerana nukluesnya tetap positif seperti dahulu, tetapi salah satu daripada
pengimbang cas telah hilang. Oleh itu hanya cas positif yang  tertinggal. Benda yang
bercas positif ini di namakn ion positif.
       Dalam bahan bahan pejal, ion ion ini di kekalkan pada tempatnya oleh struktur
hablur bahan tersebut oleh itu ion ion ini tidak bergerak seperti elektron bebas.

TEKONOLGI ELEKTRONIK 13
SUMBER ELEKTRIK

Walaubagaimanapun, di dalam cecair dan gas ion ion boleh bergerak seperti elektron dan
menolong pengaliran arus .

Istilah-istilah yang berkaitan :-

1. Molekul . satu gabungan dua atau lebih atom. Unit yang paling halus dalam satu
benda tanpa  menghilangkan identiti asalnya.
2. Atom . Kumin yang paling halus dalamana satu unsur seperti hidrogen- kekal
dalam bentuk asalnya.
3. Nuklues . Bahagian tengah atom bercas positif yang kuat
4. Proton. Kumin yang bercas positif kecil yang ringan mengelilingi orbit di
sekeliling nuklues sesuatu atom
5. Elektron. Kumin bercas  negatif kecil yang ringan mengelilingi orbit di sekeliling
nuklues sesatu atom
6. Neutron kumin neutral yang berat di dalam nuklues atom yang bersifat seperti
satu gabungan proton dan elektron
7. Elektron Bebas. Elektron yang telah meninggalkan orbit- orbitnya di sekeliling
nuklues dan bergerak dengan bebas melalui bahan bahan yang membentuk
sebahagian darinya.
8. Arus elektrik. Arah pergerakkan elektron bebas didalam sesuatu pengalir.
9. Cas positif . kekurangan elektron
  10.  Cas negatif . berlebihan elektron.

Ada dua jenis cas elektrik pada sebarang benda iaitu cas positif dan cas negatif.
Jika digosok sebatang kaca pada selembar kain sutera, sutera ini akan mendapat electron
dari batang kaca tadi. Apabila ada electron yang dipindahkan ke sutera maka kaca tadi
mempunyai lebih cas positif. Oleh itu kita boleh katakana sesuatu benda yang kehilangan
electron akan mempunyai cas positif. Ini dinamakan cas elektrik tetap.
Jika dua bola kecil digantung dengan benang pada suatu palang, kedua-duanya boleh
bergerak dengan bebas. Jika kedua-dua bola itu bercas positif, ia kan menolak satu sama
lain, dan begitu juga keadaannya jika kedua-dua bola itu bercas negatif. Tetapi dua bola

TEKONOLGI ELEKTRONIK 14
SUMBER ELEKTRIK

kecil yang bercas negatif dan satu lagi bercas positif, kedua-dua bola ini akan menarik
satu sama lain. Dengan itu kita boleh mengatakan bahawa apabila dua cas yang sama
didekatkan ia akan menolak dan cas yang berlainan akan menarik.

2.4 HABA
Tenaga haba bertukar menjadi tenaga elektrik melalui prinsip termokupel. Jika dua logam
yang berlainan jenis yang dibelit dan dipanaskan di hujungnya bersama-sama, beza upaya
akan wujud di antara kedua-dua logam tersebut kerana elektron bebas dari satu logam
berpindah kepada logam yang satu lagi dan cas-cas elektrik akan dihasilkan. Perbezaan
suhu antara hujung logam yang dipanaskan dan yang yang tidak dipanaskan menentukan
banyaknya tenaga elektrik.

Tenaga elektrik yang diperoleh secara kepanasan tidaklah besar, namun tenaga ini amat
berguna seperti dalam alat penyukat suhu kepanasan enjin kereta, ketuhar dan relau gas
automatik.

Satu alat yang menggunakan kesan termoelektrik telah ditemui oleh Seeback pada
tahun 1821. Beliau membuat satu percubaan dengan menggunakan dua jenis dawai yang
berlainan. Dawai tembaga dan dawai besi telah dicantumkan pada dua tempat yang
berasingan. Seperti Rajah 2.4.1, terdapat dua gelas, iatu gelas A dan B. Di dalam kedua-
dua gelas ini terdapat cantuman dawai besi dan dawai tembaga.

TEKONOLGI ELEKTRONIK 15
SUMBER ELEKTRIK

Jika gelas B dipanaskan, arus akan mengalir dari logam besi ke logam tembaga
dalam gelas A yang sejuk. Arus juga akan mengalir dari logam tembaga yang ada dalam
gelas B yang panas tadi ke logam besi. Sepasang dawai yang dicantumkan begitu rupa
sebagai pasangan haba, dan dari sini ia mengeluarkan satu daya elektrik haba, apabila
kedua-dua cantuman berada di dalam keadaan yang berlainan suhu.

Kesan termoelektrik ini boleh digunakan untuk menyukat suhu. Dengan itu jika
bacaan galvanometer G dilihat untuk mengetahui keadaan suhu air di B dan suhu air di A
adalah tetap, maka senanglah melihat perbezaan suhu di antara A dan B.

RAJAH 2.4.1

Haba sentiasa dihasilkan apabila arus elektrik mengalir melalui satu wayar yang bukan
satu pengalir yang sempurna. Ini berlaku kerana setengah tenaga yang telah di gunakan
dalam bentuk haba untuk mengalirkan arus elektrik.
€
Pengalir yang baik mengeluarkan haba yang sedikit.Ini kerana ianya memudahkan arus
mengalir melaluinya. Pengalir yang kurang baik seperti nikrom, iaitu aloi nikel dan
kromium yang di gunakan untuk membuat unsur pemanas, mengeluarkan haba yang
banyak apabila arus mengalir melaluinya.

Kedua-dua pengalir yang baik dan kurang baik ini ada gunanya. Kuprum misalnya adalah
kira-kira 60 kali ganda lebih baik dari nikrom sebagai pengalir. Oleh itu kumprum
digunakan apabila keperluannya ialah untuk memberi elektrik dengan kehilangan yang

TEKONOLGI ELEKTRONIK 16
SUMBER ELEKTRIK

minimum dan nikrom digunakan apabila keperluannya ialah untuk mengeluarkan haba
secara berkesan.

Alat-alat elektrik yang digunakan dirumah untuk kerja-kerja harian seperti seterika,
cereka, pembakar roti, pengering rambut dan sebagainya menggunakan kesan elektrik
haba

HABA YANG DIHASILKAN DARI ELEKTRIK


.

RAJAH 2.4.2

TEKONOLGI ELEKTRONIK 17
SUMBER ELEKTRIK

2.5 TINDAKAN CAHAYA

RAJAH 2.5.1

Cahaya merupakan satu tenaga. Ia mengandungi zarah-zarah halus yang dikenali sebagai
foton. Apabila foton-foton ini terkena pada bahan-bahan tertentu seperti selenium,
elektron bebas pada selenium akan bergerak keluar jika seutas dawai disambungkan
kepadanya. Di antara bahan yang akan membebaskan elektron apabila terkena cahaya
ialan caesium, lithium dan selenium.

TEKONOLGI ELEKTRONIK 18
SUMBER ELEKTRIK

Bahan kimia seperti selenium, natrium dan kalium dapat ditukarkan kepada tenaga
elektrik apabila menerima pancaran cahaya. Prinsip ini digunakan dalam sel solar pada
kalkulator dan pada meter dedahan cahaya untuk kamera.

Sel solar

• satu sumber arus terus di mana pancaran cahaya matahari boleh menghasilkan arus
elektrik

• digunakan untuk menghidupkan jam digital, mesin pengira digit dan stesen
janakuasa solar yang memberi bekalan elektrik di makmal angkasa

Sel foto

• menerima cahaya matahari menghasilkan tenaga elektrik.

• Semakin tinggi keamatan cahaya, semakin tinggi tenaga elektrik dihasilkan

Fotovoltan merupakan satu contoh bagaimana tenaga elektrik diperolehi daripada cahaya.
Apabila dua daripada bahan yang peka kepada cahaya itu dicantumkan dan dipancarkan
cahaya pada satu daripada permukaannya, elektron dari salah satu bahan itu akan
berpindah kepada bahan yang lain. Ini menyebabkan satu bahan mengalami kelebihan
elektron dan satu bahan lagi mengalami kekurangan elektron. Bahan yang mengalami
kelebihan elektron akan menjadi bercas negatif sementara bahan yang kekurangan
elektron akan menjadi bercas positif. Jika seutas dawai bersama meter penyukat arus
disambungkan di antara dua bahan itu, jarum meter akan bergerak menandakan tenaga
elektrik telah terhasil.

TEKONOLGI ELEKTRONIK 19
SUMBER ELEKTRIK

Sel solar yang digunakan untuk menghidupkan jam digital,mesin pengira digit dan stesen
janakuasa solar yang memberi bekalan elektrik di makmal angkasa ialah beberapa contoh
penggunaan tenaga elektrik yang diperoleh daripada tenaga cahaya.

Bahan kimia seperti kalium, natrium, selenium dan silicon akan menghasilkan arus
elektrik yang sedikit apabila didedahkan pada cahaya. Prinsip ini diaplikasikan dalam sel
foto dan sel solar seperti pada kamera, kallulator dan alat pemanas air. Tenaga elektrik
dihasilkan apabila sel foto menerima cahaya matahari. Jarum meter cahaya bergerak lebih
banyak.

Elektrik untuk menghasilkan cahaya

 Perkakas yang digunakan untuk menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga


cahaya adalah seperti lampu pijar dan lampu pendarflour.

 Tiub lampu pendarflour berisi gas argon dan merkuri.

 Arus yang mengalir melalui campuran gas argon dan merkuri ini akan
menghasilkan sinaran ultraungu.

 Sinaran ini akan bertukar menjadi cahaya putih apabila terkena lapisan fosfor.

TEKONOLGI ELEKTRONIK 20
SUMBER ELEKTRIK

2.6 TEKANAN
Apabila sejenis hablur seperti kuarza atau garam Rochelle dihimpit dan ditekan di antara
dua logam, elektron yang terdapat pada hablur itu akan berpindah ke salah satu logam itu
dan menjadikan logam itu bercas negatif. Logam yang satu lagi akan ditarik elektronnya
oleh hablur itu dan menjadi bercas positif.

Pada masa ini, dua kekutuban yang bertentangan telah wujud. Jika disambungkan logam-
logam itu dengan meter galvanian, jarum meter itu akan bergerak. Ini menunjukkan arus
telah mengalir dan tenaga elektrik telah dihasilkan. Kuasa elektrik yang dihasilkan
bergantung kepada banyaknya tekanan dikenakan ke atas Kristal(hablur)yang terkapit di
antara dua plat logam. Tenaga elektrik yang diperolehi daripada tekanan tidaklah besar,
namun begitu ia tetap berguna untuk penggunaan seharian. Misalnya ia digunakan pada
mikrofon tekanan dan kepala pemain piring hitam dan penyala gas.

Konsep asas tenaga hidro ialah tenaga tekanannya digunakan oleh satu komponen
mekanikal yang gerakannya akan melibatkan penukaran tenaga upaya air ke tenaga
mekanik. Tenaga ini kemudian memutar aci kuasa dan seterusnya memacu penjana
elektrik untuk menghasilkan atau menjana tenaga elektrik.

Tenaga hidro biasanya menggunakan empangan di kawasan sungai untuk menakung air.
Air dilepaskan daripada takungan atau empangan dan mengalir melalui turbin yang akan
memutarnya untuk mengaktifkan penjana elektrik bagi menghasilkan tenaga elektrik.
Walau bagaimanapun tenaga hidro tidak selalu memerlukan empangan yang besar. Ada
TEKONOLGI ELEKTRONIK 21
SUMBER ELEKTRIK

beberapa loji tenaga hidro hanya menggunakan terusan untuk mengalirkan air dari sungai
melalui satu turbin.

Satu lagi jenis loji tenaga hidro yang dikenali sebagai loji pam simpanan dapat
membekalkan dan menyimpan tenaga. Kuasa dihantar dari grid kuasa ke penjana elektrik.
Penjana kuasa kemudian memutar turbin dari arah yang berlawanan, yang menyebabkan
turbin akan mengepam air dari sungai atau penakung sebelah bawah ke penakung sebelah
atas dan di sinilah tenaga akan disimpan. Apabila tenaga diperlukan air dari penakung
akan dilepaskan semula ke sungai atau penakung sebelah bawah. Air ini kemudiannya
memutar turbin ke arah depan semula dan akan mengaktifkan penjana untuk menjana
elektrik. Biasanya dinding bahagian bawah empangan dibuat lebih tebal berbanding
bahagian atas kerana tekanan air di bahagian bawah adalah lebih tinggi mengikut
kedalamannya.

Stesen janakuasa elektrik hidro adalah sangat baik kerana ia dapat menghasilkan tenaga
dengan murah. Empangan besar "Hoover Dam", di sungai Colorado, Amerika Syarikat
membekalkan sebahagian besar elektrik bagi kota Las Vegas. Walaupun terdapat banyak
tapak yang sesuai di merata tempat di seluruh dunia tetapi pembinaan empangan elektrik
adalah sangat mahal. Walau bagaimanapun jika stesen janakuasa sudah siap dibina, air
akan datang secara percuma dan tidak akan ada sisa buangan dan pencemaran yang serius
terjadi. Matahari menyejatkan air dari tasik dan lautan dan kemudiannya akan
membentuk awan. Awan turun sebagai hujan di daratan dan gunung-ganang dan
seterusnya akan membekalkan air ke dalam empangan.

Sumber-sumber tenaga hidrotermal terjadi dalam bentuk wap atau air panas bergantung
pada suhu dan tekanan yang terlibat. Sumber-sumber yang mempunyai gred yang baik
biasanya digunakan untuk menjana elektrik sedangkan gred yang rendah biasanya
digunakan hanya untuk pemanasan biasa.

Sumber-sumber hidrotermal memerlukan tiga komponen asas satu sumber haba (contoh:
magma terkristal), sebuah akuifer yang berisi air dan satu batu tutup tak boleh telap yang

TEKONOLGI ELEKTRONIK 22
SUMBER ELEKTRIK

dapat menahan air dalam akuifer. Kuasa geotermal biasanya diperoleh dengan cara
menggerudi ke dalam akuafer untuk mengeluarkan air panas atau wap panas.

3.0 KESIMPULAN
Elektrik adalah satu bentuk tenaga yang begitu penting dalam kehidupan seharian
manusia. Pengendalian alatan elektrik dengan cara yang salah akan mengakibatkan
kemalangan yang serius seperti renjatan elektrik dan kebakaran.Oleh itu aspek
pengurusan keselamatan elektrik perlu dititikberatkan agar tahap hazad dan risiko dapat
diminima serendah mungkin seterusnya dapat mengelakkan sebarang insiden dan
kemalangan daripada berlaku.

Antara akibat sekiranya bersentuhan dengan elektrik ialah kejutan elektrik. Ini adalah
akibat daripada pengaliran arus elektirk yang berlebihan melalui badan seseorang yang
menyebabkan fungsi tubuh (urat saraf, otot, organ) menjadi tidak formal. Kedua ialah tisu
badan terbakar ( electrical burns) akibat daripada pemanasan arus elektrik yang
berlebihan. Tiga ialah kebakaran elektrik(electrical fires), akibat daripada pemanasan
berlebihan peralatan elektrik dan bersentuhan dengan bahan-bahan mudah terbakar.

Antara kelalaian manusia semasa mengendalikan elektrik ialah pemasangan wayar yang
salah, kegagalan menguji rintangan penebat pada alatan elektrik, pendawaian tambahan
tanpa kebenaran, kegagalan membaiki alat-alat elektrik yang telah rosak, dan membuat
modifikasi pada alat-alat elektrik. Kegagalan untuk mematuhi segala peraturan
keselamatan semasa menggunakan alat-alat elektrik atau perkakasan elektrik. Jarang
membaikpulih dan menguji peralatan atau mungkin tiada pengetahuan dalam
membaikpulih dan menguji peralatan.

TEKONOLGI ELEKTRONIK 23
SUMBER ELEKTRIK

Perlindungan terhadap kejutan elektrik ialah perlindungan daripada sentuhan terus.


Sentuhan terus ialah sentuhan manusia atau haiwan dengan punca hidup pada satu
pemasangan. Untuk perlindungan daripada sentuhan terus salah satu cara berikut boleh
digunakan. Antaranya ialah penebatan bahagian hidup dimana semua bahagian hidup
pada pemasangan elektrik mesti mempunyai salutan penebat yang mampu menahan
tekanan/pemanasan secara elektrikal, mekanikal atau tindakbalas kimia yang dikenakan
terhadapnya. Kedua ialah penyekat atau penutup dimana semua bahagian hidup mesti di
letakkan di dalam penyekat/penghadang/penutup yang diikat kuat supaya dapat bertahan
sepanjang tempoh perkhidmatan.

Seterusnya ialah halangan /pagar dimana dibina untuk melindungi bahagian hidup
mestilah tidak boleh dibuka dengan mudah dan pengguna tidak boleh menyentuh
bahagian-bahagian hidup. Hanya orang yang mahir dan dipertanggungjawabkan sahaja
boleh memasuki kawasan tersebut.

Akhirnya ialah letak bahagian hidup di tempat tinggi. Bahagian hidup terdedah di
kawasan mestilah diletakkan ditempat tinggi dan tidak boleh di capai tangan. Jarak
minimum mestilah tidak kurang 2.5m. Peraturan ini di amalkan bagi talian rentang dan
pendawaian antara bangunan.

TEKONOLGI ELEKTRONIK 24

You might also like