You are on page 1of 4

1 CONTOH KAJIAN TINDAKAN

1. Nama dan Alamat Sekolah:


SMK SEKSYEN 18 SHAH ALAM, JALAN 18/43 40200 SHAH ALAM, SELANGOR.

2. Nama Pengkaji:
AYOB B MOHD ALI
GURU CEMERLANG PENDIDIKAN ISLAM

3. Tajuk Kajian
MENGAPLIKASIKAN HUKUM NUN SAKINAH DAN TANWIN DALAM TILAWAH AL
QURAN

4. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Semasa saya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Al Quran dan


Al Sunnah di tingkatan 4 Umar, saya dapati ada beberapa orang murid masih tidak dapat
mengaplikasikan tajwid dengan betul khususnya penggunaan Hukum Nun Sakinah dan
Tanwin dalam bidang tilawah. Kelemahan ini sepatutnya tidak berlaku kerana kebanyakan
murid dalam darjah ini digolongkan dalam kategori cemerlang kerana hakikatnya mereka
sudahpun mempelajari Hukum Nun Sakinah dan Tanwin sejak di bangku sekolah rendah
lagi, bermakna mereka sudah mempelajari tajwid lebih sembilan tahun.

Dalam ujian topikal yang dibuat, saya dapati hampir 30 peratus dari 22 orang masih
tidak dapat mengaplikasikan Hukum Nun Sakinah dan Tanwin dengan betul. Bila ditanya
mereka memberikan alasan tidak dapat mengingatinya dan sukar untuk membezakan cara
bacaan yang betul kerana banyak hukum yang perlu diingat.

Dalam subjek Pendidikan Islam ada diperuntukan pengajaran dan pembelajaran


tajwid dalam tilawah, namun kekangan masa menyebabkan guru tidak dapat melaksanakan
dengan sempurna kerana lebih menumpukan kepada kefahaman ayat.

Selain itu, murid juga diwajibkan mengambil ujian lisan berdasarkan sekolah (ULBS)
dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Murid dikehendaki melengkapkan
tugasan bacaan Al Quran, Hadith dan hafazan. Murid yang tidak menguasai tajwid
khususnya Hukum Nun Sakinah dan Tanwin sudah pasti memberi kesan kepada peratus
keputusan peperiksaan sekolah.

5. Fokus Kajian

Saya hanya akan memfokaskan kajian saya kepada penggunaan Hukum Nun
Sakinah dan Tanwin dalam bacaan dan hafazan sahaja kerana hukum ini sentiasa ditemui
ketika membaca al Quran.

1
2 CONTOH KAJIAN TINDAKAN

6. Objektif Kajian

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif
berikut:

i. Objektif Umum

a) Meningkatkan mutu bacaan dan hafazan Al Quran dengan bertajwid

b) Meningkatkan nilai GNP sekolah dengan peningkatan kelulusan gred 1A

ii. Objektif Khusus

a) Meningkatkan kefahaman Hukum Nun Sakinah dan Tanwin

b) Meningkatkan keupayaan mengaplikasi Hukum Nun Sakinah dan Tanwin


dalam bacaan Al Quran

c) Membantu pelajar mengusai kemahiran membaca Al Quran

d) Meningkatkan peratus murid mendapat markah yang cemerlang dalam


Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah ( 5227/1)

7. Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan 13 orang daripada 22 orang murid Tingkatan 4 Umar.

8. Tindakan Yang Dicadangkan

8.1. Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, tinjauan terhadap


masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan
lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data
seperti yang berikut:

a) Ujian khas tajwid sama ada lisan atau bertulis bagi menganalisis
kelemahan penggunaan tajwid.

b) Bacaan talaqqi dan musafahah bagi mengesan kesilapan penggunaan


tajwid dalam tilawah Al Quran.

2
3 CONTOH KAJIAN TINDAKAN

8.2 Program " Modul TAJFAZ " (Tajwid dalam Bacaan dan Hafazan)

Cara Pelaksanaan:

i. Guru menerangkan hukum tajwid kepada murid dari segi bahasa,


istilah serta contoh mengikut modul.

ii. Murid mencatat dalam buku catatan khas.

iii Guru mengedarkan borang khas tasmik bacaan

iv. Guru memanggil murid secara individu dan me minta murid


mengaplikasikan penggunaan hukum tajwid pada bacaan mereka.

v. Guru mencatat kesalah dan memberi komen kepada murid.

8.3 Program “Bacap – 2” (Baca dan aplikasi dalam tempoh 2 minggu)

Cara Pelaksanaan

i. Guru meminta murid berkaitan membaca ayat tilawah dalam buku teks
tingkatan 4 semasa P&P di dalam bilik darjah.

ii. Murid merujuk Al Quran dan nota tajwid untuk mengetahui setiap
kesalahan yang dinyatakan oleh guru.

Iii Selepas 2 minggu guru menggabungkan murid yang berkaitan dan


meminta murid membaca secara individu.

v. Guru menguji murid dengan mengadakan Ujian Khas

9. Bahan Yang Dicadangkan


9.1 Modul Tajfaz
9.2 Borang Tasmi’
9.3 Lembaran Kerja
9.4 Rekod Pelajar

10. Jadual Pelaksanaan Kajian

BI TARIKH
AKTIVITI
L PELAKSANAAN
1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 21 Feb, 2011
2 Menulis Proposal Kajian 24 Feb, 2011
3 Merancang tindakan 25 Feb, 2011
4 Melaksanakan tindakan - aktiviti 1 (Modul TAJFAZ ) 21 Mac, 2011
5 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 30 Mac, 2011
6 Melaksanakan tindakan - aktiviti 2 (Program “Bacap – 2” ) 01 April, 2011
7 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 11 April, 2011
10 Ujian untuk mengesan pencapaian murid 13 April, 2011
11 Refleksi kajian 15 April, 2011

3
4 CONTOH KAJIAN TINDAKAN

12 Menulis laporan Kajian 18 April, 2011


13 Pembentangan dapatan kajian 22 April, 2011

11. Kos Kajian

BI
JENIS BAHAN KUANTITI X HARGA SEUNIT JUMLAH KOS
L
1 Kertas A4 1 Unit x RM 12.00 RM 12.00
2 Printer Catridge 1 Unit x RM 15.00 RM 16.00
Photostate bahan & RM 20.00
3
laporan kajian
4 Buku catitan guru 1 Unit x RM 02.00 RM 02.00
JUMLAH RM 50.00

12. Penutup

Mudah mudahan kajian tindakan bagi mengatasi masalah ini dapat dijalankan
dengan baik dan berkesan serta dapat kerjasama dari semua pihak.

You might also like