You are on page 1of 2

MASALAH OBESITI DALAM KALANGAN PELAJAR

PUNCA-PUNCA DAN LANGKAH-LANGKAH PENYELESAINNYA

Obesiti atau yang biasa kita tafsirkan sebagai kegemukan terlampau kini,menjadi isu yang
hangat diperkatakan hingga kemedia massa.Masalah ini hangat diperkatakan yang sedang
berlaku dalam kalangan pelajar.Hal ini kerana para pelajar seharusnya mengelakkan diri mereka
dari menjadi salah seorang dari penghidap obesiti.Hal ini kerana,apabila seseorang itu
menghidapi obesiti pelajarann mereka akan terganggu dan obesiti boleh mendatangkan pelbagai
penyakit yang lain.Masalah obesiti ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor.

Antara faktor yang menjadi penyebab utama Masalah obesiti ialah pengurusan makanan dari
pihak kantin sekolah.Pihak kantin sekolah seharusnya menyediakan makanan yang dapat
mengelakkan para pelajar dari obesiti dan bukannya makanan yang menggalakkan lagi
obesiti.Pihak kantin seharusnya menjual makanan yang berkhasiat kepada pelajar
seperti,makanan yang berasakan sayur-sayuran,ulam-ulamam,buah-buahan dan yang sebagainya.

Selain itu,ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam menjaga menjaga pemakanan
anak-anak mereke agar anak-anak mereka tidak akan menghidap obesiti.Ibu bapa seharusnya
memantau pemakanan anak-anak mereka agar anak-anak mereka dapat menikmati makanan
yang berkhasiat dan menyihatkan.Ibu bapa juga harus berusaha untuk menyemaikan dalam diri
anak-anak mereka tentang bahayanya obesiti serta meluangkan waktu untuk anak-anak mereka
sambil membincangkan tentang isu obesiti ini di samping memberi peringatan terhadap anak-
anak mereka tentang obesiti.Bak kata pepatah ‘’Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat
sagunya’’.Jika ibu bapa sendiri tidak berusaha atau tiada galakan untuk menjaga pemakanan dan
kesihatan anak-anak mereka,masakan anak-anak mereka kan dapat mengelakkan diri mereka dari
menghidap obesiti.

Di samping itu,Faktor genetik juga turut menyumbang kepada masalah obesiti ini.Hal ini
kerana kegemukan boleh diwarisi dari generasi yang dahulu kepada generasi yang akan
mendatang.Hal ini kerana berdasarkan pemerhatian saintifik yang dijalankan,kebanyakan ibu-ibu
ynag menghidapi obesiti mengandung,maka anak mereka yang akan lahir juga berkemungkinan
besar menghidapi obesiti.

Faktor kurang bersukan juga boleh dikaitkan dalam permasalahan ini,jika seseoran pelajar
itu kurang bersukan,maka berkemungkinan besar dalam 85% mereka akan menghidapi
obesiti.Hal ini kerana,Sukan sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar untuk mengurangkan
panggalakkkan obesiti kerana setiap kali para pelajar bersukan,kalori mereka akan terbakar,jadi
semakin banyak mereka bersukan semakin banyak kalori yang kan terbakar.
Bagi setiap masalah pasti ada jalan penyelesainnya,salah satu jalan penyelesainnya bagi
masalah obesiti dalam kalangan pelajar ini ialah,Pihak kantin sekolah seharusnya menyediakan
makanan yang berkhasiat buat para pelajar.Hal ini kerana para pelajar banyak menghabiskan
masa mereka disekolah.Jadi selain dari rumah mereka,kantin menjadi tempat kedua mereka
menghabiskan masa dan makan disitu.

Selain itu,Galakkan dari ibu bapa juga penting untuk menggalakkan anak-anak mereka
supaya,anak-anak mereka dapat mngelakkan dari obesiti dengan cara mengawal pemakanan
anak-anak mereka agar anak-aank mereka tidak akan mengambil makanan yang dapt
menggalakkan lagi pertumbuhan obesiti dalam badan anak-anak mereka.

Disamping itu juga,pihak sekolah dan diri pelajar sendiri harus menanamkan sifat suka
bersukan agar dapat mengurangkan obesiti dalam kalangan pelajar.Hal ini sepertimana seperti
yang disebutkan tadi setiap kali para pelajar bersukan terdapat kalori yang akan terbakar jadi
semakin banyak pelajar bersukan semakin banyak kalori yang akan terbakar.

Akhir sekali,kempen kesedaran dari pihak kerajaan tentang bahayanya obesiti juga
penting.Dengan adanya kempen yang sebegini pelajar akan dapat mengetahui dengan lebih lanjut
tentang obesiti,dan para pelajar juga akan mengetahui apa yang harus mereka lakukan untuk
mengelakkan diri mereka dari masalah obesiti.

NUKILAN DISEDIAKAN OLAH:

MUHAMMAD ‘ABID BIN ABDUL LATEEF

DARI KELAS 2 FARABI.

You might also like