P. 1
Sejarah Pendidikan Islam

Sejarah Pendidikan Islam

|Views: 468|Likes:
Published by Ana Hasnaria

More info:

Published by: Ana Hasnaria on Jun 07, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/16/2013

pdf

text

original

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM ZAMAN RASULULLAH Pendidikan adalah berasal dari perkataan Latin iaitu e, ex, yang bermaksud

keluar dan perkataan “ ducare due “ yang bermaksud memimpin. Secara keseluruhan ia beerti mengumpul matlumat ke dalam dan mengeluarkan bakat. Pendidikan merupakan satu latihan mental, fizikal, dan moral. Objektifnya ialah untuk melahirkan menusia yang mampu berfikir dan mampu memikul tanggungjawab. Selain dari itu, pendidkan bolehlah dianggap atau diertikan sebagai pertumbuhan-pertumbuhan pemeliharaan, pengasuhan dan penyuburan. Sejarah pendidikan bermula sejak kewujudan manusia, namun begitu bentuk dan corak sistem pendidikan berbeza mengikut masa, tempat dan adat resam sesuatu masyarakat. Proses pendidikan bermula serentak sejak kelahiran manusia dan berterusan hingga ke akhir hayat. Pendidikan merupakan satu seni yang membolehkan manusia mengumpul segala pengalaman yang dipelajari dan diperolehi di dalam kehidupan mereka dan selanjutnya menyampaikan pengalaman itu kepada generasi baru. Dalam Islam pendidikan yang sebenar yang dikehendaki ialah apa yang terkandung dalam AlQuran dan Al-Hadith, kerana ia adalah pendorong yang menggalakkan umat muslim supaya mengambil berat dengan kemajuan dan ilmu pengetahuan adalah lahir dari Al-Quran dan Hadith. Pendidikan Islam ialah bimbingan jasmani dan rohani berdasarkan hukum agama islam yang menuju kearah pembentukan keperibadian muslim iaitu keperibadian yang mempunyai nilai-nilai agama yang bersumberkan Al-Quran dan Hadith. Tujuan pendidikan dalam Islam ialah untuk penghidupan yang sepenuhnya meliputi kehidupan di dunia dan di akhirat. Pendidikan Islam menitikberatkan hubungan manusia dengan manusia, dengan alam sekeliling dan hubungan manusia dengan pencipta. Oleh itu segala amal ibadat hendaklah dilakukan dengan sempurna dan penuh ikhlas. Dengan itu dapatlah di simpulkan bahawa tujuan pendidikan dalam Islam adalah amat luas yang meliputi penghidupan di dunia dan di akhirat. SEJARAH PENDIDIKAN PADA ZAMAN AWAL ISLAM Sistem pendidikan pada awal islam adalah bertunjangkan pendidikan Islam. Agama Islam memberikan penekanan kepada penganutnya tentang kepentingan mempelajari ilmu yang berkaitan dengan keduniaan dan akhirat. Islam juga menyarankan dan mewajibkan setiap umatnya mencari ilmu dalam semua bidang. Berhubung dengan ini, Nabi Muhammad saw bersabda “Tuntutlah ilmu pengetahuan itu semenjak dari ayunan sampai ke liang lahad” dan Nabi bersabda dalam hadis yang lain “Menuntut ilmu adalah suatu kewajipan keatas setiap muslim”. Malah orang yang berilmu akan mendapat kedudukan ang tinggi di sisi Allah. Nabi Muhammad saw menyanjung tinggi golongan yang berilmu. Ini jelas ternyata daripada sabda baginda bahawa seorang ahli ilmu lebih di sisi Allah daripada seribu ahli ibadat dan manusia yang mulia adalah seorang mukmin yang berilmu. Pada peringkat awal, pendidikan diajar di rumah-rumah. Nabi Muhammad s.a.w manjadikan rumah baginda dan rumah Al-Arqam sebagai tempat memperoleh ilmu pengetahuan. Mulai tahun 622 masihi, masjid digunakan sebagai institusi pendidikan untuk menyampaikan ilmu secara formal. Matlamat akhir pendidikan Islam ialah pewujudan diri yang bertujuan untuk melahirkan insan yang sempurna dari segi rohaniah, psikologikal, intelektual,dan jasmaniah. Selain itu menerusi pendidikan juga manusia dapat membuat persiapan bagi kehidupan di dunia dan di akhirat. Sementara itu Al-Abrasyi telah menyenaraikan lima tujuan pendidikan menerusi kajiannya.

Tujuan tersebut adalah: 1. Pembentukan akidah yang mulia. 2. Persiapan untuk kehidupan di dunia dan di akhirat. 3. Persiapan untuk mencari sumber pendapatan. 4. Melahirkan semangat ingin tahu dan berbentuk ilmiah di kalangan pelajar. 5. Memperlengkapkan pengetahuan pelajar dalam bidang-bidang profesional, teknikal dan pertukangan . Dengan demikian mereka juga dapat menguasai kemahiran dalam pekerjaan di samping memelihara aspek kerohanian dan keagamaan. Pada peringkat awal Islam, semua pendidikan Islam adalah tanggungjawab orang perseorangan dan guru yang mengajar murid tanpa campurtangan negara. Nabi Muhammad saw sendiri menjadi guru dalam menyebarkan Islam kepada umatnya. Sistem pendidikn yang dilaksanakan oleh baginda adalah bersumberkan wahyu. Corak pendidikan baginda semasa di Mekah adalah berbeza dengan pendidikan yang dilaksanakan di Madinah. Ini kerana keadaan dan suasana masyarakat Madinah berbeza dengan masyarakat Mekah. Justeru itu corak dan pendekatan pendidikannya juga turut berbeza. Walaupun begitu, secara keseluruhannya sistem pendidkan pada zaman baginda berfokuskan kepada tiga perkara iaitu pendidikan akidah, pendidikan akhlak, dan pendidikan syariah. Semasa di Mekah, bentuk pendidikan lebih tertumpu kepada soal-soal akidah dan akhlak. Pada peringkat awal Nabi Muhammad saw menyampaikan ilmu secara sulit dan tertumpu kepada ahli keluarga terdekat. Orang yang mula-mula menerima pendidikan Islam daripada baginda ialah isteri baginda Khadijah, Ali bin Abi Talib, Zaid bin Harithah dan Abu Bakar. Pendidikan Islam yang dijalankan oleh baginda di Mekah adalah secara lemah lembut dan penuh hikmat. Hari demi hari semakin ramai orang dan para sahabatnya yang memeluk Islam. Pusat kegiatan dakwah ialah dirumah baginda sendiri. Selepas hampir tiga tahun berdakwah secara tersembunyi, melalui pendidikan Islam yang yang di terapkan oleh baginda Nabi Muhammad saw, maka terbinalah satu kaum muslimin yang beriman dan bertakwa kepada Allah. Akhirnya turun wahyu daripada Allah yang meminta Nabi Muhammad saw menyampaikan dakwah secara terang-terangan. Baginda menyampaikan pendidikan secara berpidato, berceramah serta bertabligh di tempat orang ramai berkunjung seperti di pekan Ukaz dan berhampiran Kaabah pada musim haji. Ayat-ayat Al-Quran dibaca kepada orang ramai untuk memberi pengajaran dan petunjuk kepada umum. Oleh kerana isi AlQuran terang dan hebat susunannya, maka ramai yang tertarik dan memeluk Islam. Ini telah menimbulkan tekanan dan ancaman daripada kaum Quraisy yang seterusnya membawa kepada penghijrahan orang Islam ke Habsyah dan kemudiannya ke Madinah pada tahun 622 masihi. Pendidikan di Mekah berkisar kepada soal pokok agama Islam. Pengajarannya berteraskan kepada akidah, akhlak,dan syariah. Agama ini mengajar manusia supaya menggunakan akal fikiran dengan memerhatikan kejadian alam sebagai anjuran kepada pendidikan akliyyah dan ilmiah. Akidah ialah kepercayaan yang menghubungkan seseorang dengan tuhan atau dikenali sebagai rukun iman. Akidah juga merupakan dasar dalam pembinaan pendidikan. Sesuatu proses pembinaan pendidikan tidak akan sempurna tanpa dasar-dasar yang sempurna. Nabi Muhammad saw juga menganjurkan kaum muslimin supaya berakhlak mulia. Untuk mendampingi diri dengan Allah memerlukan akhlak yang terpuji. Dalam kehidupan seharian Nabi Muhammad saw telah mengajar kaum muslimin supaya mengamalkan sikap kesederhanaan, tolong-menolong dan sentiasa bersyukur akan nikmat yang diberikan oleh

orang yang pandai membaca dan menulis disuruh oleh Nabi Muhammad saw supaya menulis wahyu yang diturunkan oleh Allah. Pendidikan yang pertama dilakukan oleh baginda Nabi Muhammad saw di Madinah ialah memperkuatkan penyatuan ummah dan mengikis sisa-sisa permusuhan. Demikin juga ibadat haji. Di Madinah. Kesimpulannya. Pendidikan berpuasa pula di mulai di Madinah pada bulan Ramadhan tahun 2 hijrah. Pendidikan kepada wanita tidak diabaikan. di samping mengajar umat Islam yang tidak tahu mambaca dan menulis. kegiatan ekonomi dan pemerintah yang mula di sampaikan kepada umat Islam pada tahun 6 hijrah. zakat. Struktur pengajian di masjid lebih berbentuk kepada sistem pendidikan tidak formal dan menjadi sekolah pertama dalam sejarah pendidikan Islam pada zaman awal Islam. Umat Islam pada zaman baginda sudah terbukti kehebatan mereka dalam semua aspek. di perintahkan oleh baginda untuk menulis wahyu tersebut. menunggang kuda. memanah dan belajar bahasa asing. Ini kerana ianya telah di terajui oleh baginda Rasulullah saw sendiri. Kepandaian menulis dan membaca amat ditekankan oleh baginda. Pendidikan yang diberikan kepada kaum wanita bukan sahaja aspek agama tetapi juga hal-hal yang berkaitan dengan keduniaan. sistem pendidikan pada awal Islam adalah suatu pendiikan yang paling sempurna. Apabila Nabi Muhammad saw berhijrah ke Madinah pada tahun 622 masihi. Baginda Rasulullah saw adalah pendidik yang ulung di sepanjang zaman. umat Islam mula di wajibkan mendirikan solat Jumaat. . Suatu amalan baginda yang memberi kesan terhadap perkembangan pendidikan ialah baginda memerintahkan kepada setiap mukmin yang pandai membaca dan menulis supaya mengajar kepada mereka yang tidak mengetahuinya. Umat Islam juga di beri peringatan agar menjaga waktu solat yang sebelum ini tidak di utamakan. Al-Quran menjadi kitab yang pertama dalam sejarah pendidikan Islam. hal-hal yang berkaitan dengan ibadah ditingkatkan dan di beri penekanan utama oleh Nabi Muhammad saw dalam usaha menyampaikan pendidikan Islam kepada seluruh umatnya. Semasa di Madinah. Baginda mendidik manusia melalui perbuatan dan pertuturan baginda sendiri. misalnya musuh yang ditawan dalam peperangan Badar diminta menebus dirinya dengan mengajar menulis dan membaca kepada 10 orang kanak-kanak yang tinggal di Madinah. Pendidikan yang bersumberkan Al-Quran dan Hadith dapat melahirkan insan yang mampu mengimbangi kehidupan di dunia dan di akhirat. Akhlak yang terpuji membolehkan seseorang individu dan masyarakat bertakwa. Setelah itu struktur pengajian yang lebih sistematik dan formal dapat dibentuk apabila sebuah serambi didirikan bersambung dengan masjid yang disebut al-suffah. Baginda juga menghantar pendakwah yang pandai membaca dan menulis untuk mengajar dan berdakwah ke kawasan-kawasan yang baru memeluk Islam. Sesudah baginda menerima wahyu dari Allah. Sesungguhnya akhlak yang buruk boleh memberikan kesan negatif kepada individu dan masyarakat. Mata pelajaran lain termasuklah dasar-dasar Islam. Ia menjadi model dan ikutan hingga ke akhir zaman. baginda akan mengajarnya kepada para sahabat.Allah. Sahabat baginda yang pandai membaca dan menulis. Manakala sikap yang buruk seperti menyekutukan Allah dan segala perbuatan sumbang adalah dilarang keras oleh Nabi Muhammad saw. perubahan telah berlaku dalam sistem pendidikan Islam dengan terbinanya Masjid Quba’ dan Masjid Nabawi. Pada zaman ini. Nabi Muhammad saw telah mengambil satu hari untuk menyampaikan ilmu khusus untuk kaum wanita. seni khat. sejarah. hukum hakam perkahwinan. Konsep pendidikan di Madinah lebih tertumpu kepada ibadat dan syariah tanpa mengenepikan soal-soal lain. Amalan baginda ini kemudiannya diikuti oleh para sahabat dan kaum muslimn kemudiannya.

karena ilmui-ilmu agama memerlukan riwayat. Al-Ulumul Lisaniyah dan Al-Jughrofi. Seorang ustadz duduk dalam masjid dan murid duduk di sekelilingnya mendengarkan pelajarannya. Ja'far As-Shidiq dan lain-lain. At-Tarikh. Lembaga dan pusat pendidikan Islam Pada zaman ini masjid menjadi semcam lembaga sebagai pusat kehidupan dan kegiatan ilmu terutama ilmu-ilmu agama. Gerakan Sejarah. sedangkan untuk pendidikan Islam bani Umayyah masuk dalam kategori periode 2. Al-Hadits. Kadang pula ustadz menggunakan rumahnya untuk mengajar. Sedangkan Al-Ulumul Islamiyah dapat dibagi menjadi tiga bagian : • Al-Ulumul Syar'iyah. GERAKAN ILMU AGAMA Gerakan di dalam bidang ini dapat di pisah-pisahkan menjadi beberapa bagian. Materi bidang ilmu pengetahuan. Hasan Basri. Beberapa ustadz pada masa ini adalah Abdullah bin Abbas. Pada zaman ini belum ada sekolah atau gedung khusus sebagai tempat belajar. Mesir dan ditambah lagi dengan pusatpusat baru seperti Kordoba. Kadang dalam satu masjid terdapat beberapa halaqoh dengan ustadz dan pelajaran berbeda-beda. karena ahli agama di akhir bani Umayyah mempergunakan filsafat untuk melawan Yahudi dan Nasrani. yaitu : 1. Faktor yang menyebabkan kurang pesatnya perkembangan ilmu-ilmu pada zaman ini salah satunya adalah faktor pemerintahan bani Umayyah yang lebih suka pada membangun kekuatan pemerintahan/politik yang cenderung otoriter. . PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM MASA BANI UMAYYAH Pada zaman bani Umayyah ada tiga gerakan yang berkembang dengan sendirinya. Kufah. Untuk mengetahui pertumbuhan pendidikan Islam pada zaman ini yang lebih rinci. Damaskus. baiklah kita masuk saja pada pembahasan materi. A. Kairawan dan lain-lain. Kamajuan ini hanya diwarnai dengan berkembangnya ilmu-ilmu Naqliyah yaitu filsafat dan ilmu eksakta disamping juga ilmu-ilmu agama yang sudah berkembang sebelumnya. yaitu : • • • Gerakan Ilmu Agama. Materi/ilmu-ilmu agama yang berkembang pada zaman ini dapat dimasukan dalam kelompok Al-Ulumul Islamiyah yaitu ilmu-ilmu Al-Qur'an.SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM ZAMAN BANI UMAYYAH PENDAHULUAN Pertumbuhan dan perkembangan pendidikan Islam pada masa ini berjalan seperti di zaman permulaan Islam. Al-Fiqih. karena didorong semangat agama sendiri yang sangat kuat pada waktu itu. 2. Sebagaimana telah diketahui bersama bahwa pertumbuhan dan perkembangan pendidikan Islam dibagi dalam 5 periode. Gerakan Filsafat. Sedangkan kota-kota yang menjadi pusat kegiatan pendidikan ini masih seperti pada zaman Khulafaur rosyidin yaitu. Sehingga karena masih dalam masa pertumbuhan maka hanya ada sedikit kemajuan seperti yang diterangkan di atas. Granada. Basrah. yaitu ilmu-ilmu agama Islam. yaitu periode pertumbuhan pendidikan Islam yang berlangsung sejak Nabi Muhammad saw wafat sampai masa akhir bani Umayyah. hanya ada sedikit peningkatan sesuai dengan perkembangan Daulah Islamiyah sendiri.

Pada zaman ini pula yang memunculkan tujuh macam bacaan Al-Qur'an yang terkenal dengan " Qiraat Tujuh " yang kemudian ditetapkan menjadi dasar bacaan ( Ushulul Lil Qira'ah ). Tiga sebab ini disamping sebab-sebab lain yang mendorong orang Yunani lama untuk membuat ilmu bumi yaitu kepentingan dagang dan perang. Untuk menunaikan rukun haji kaum Muslimin di seluruh penjuru dunia harus mengetahui ilmu bumi. 119 H ). Ilmu Hadits. 2. namun bangsa Arab muslim telah membuat ilmu ini menjadi satu ilmu yang tersendiri oleh karena tiga sebab : 1. yaitu Abu Aswad Ad-Dualy ( W. Abdulloh bin Amir. Ilmu Jughrofi. d. yaitu ilmu tentang perubahan bunyi pada kata-kata yang terdapat di dalam AlQur'an. ilmu yang berusaha untuk memberikan penafsiran terhadap ayat-ayat Al-Qur'an dengan tujuan untuk menghasilkan hukum dan undang-undang. 123 H ). Para ahli hadits yang terkenal pada zaman ini adalah : 1. Untuk membantu di dalam memahami ayat-ayat Al-Qur'an. Tentang ilmu jughrofi sekalipun bukan berasal dari bangsa arab. Al-Ilmu. juga mengharuskan kaum muslimin mengetahui ilmu bumi. Karena terdapat banyak hadits maka timbullah usaha untuk mencari riwayat dan sanad yang hadits yang akhirnya menjadi Ilmu Hadits dengan segala cabang-cabangnya. c. Ilmu Nahwu. Ilmu Qiraat. Keharusan berdakwah dan berjihad untuk mengembangkan Islam. Ilmu Tafsir. Kewajiban menuntut ilmu bagi kaum muslimin. Orang yang pandai membaca Al-Qur'an disebut Qurra. seorang shahabat terkenal yang wafat pada tahun 68 H. a. yaitu ilmu cara membaca Al-Qur'an. Menurut riwayat yang mutawatir beliau adalah orang yang pertama menafsirkan Al-Qur'an dengan cara riwayat dan isnad.• • Al-Ulumul Lisaniyah. e. Ilmu Jughrofi dalam masa bani Umayyah baru dalam taraf merintis jalan. Pada masa kholifah Umar bin Abdul Aziz barulah hadits dibukukan yang dirintis oleh Ibnu Zihab Az-Zuhri yang kemudian disusul oleh ulama lain. Sedangkan ilmu-ilmu yang di salin dari bahasa Asing ke dalam bahasa Arab dan di sempurnakan untuk kepentingan keilmuan umat Islam dikelompokan dalam Al-Ulumud Dakhilah yang terdiri dari : . At-Tarikh wal Jughrofi. 2. Dakwah. Ahli tafsir yang pertama yaitu Ibnu Abbas.Pengarang ilmu nahwu yang pertama dan membukukannya seperti halnya sekarang. menafsirkan dan memahami Hadits. Beliau belajar dari Ali bin Abi Thalib sehingga ada ahli sejarah yang mengatakan bahwa Ali bin Abi Thalib adalah Bapak Ilmu Nahwu. Ashim bin Abu Nujud. b. Al-Haj yang menjadi salah satu rukun Islam. Ali bin Hamzah dan lain-lain. yaitu Abdulloh bin Abi Malikiah ( W. hal mana mengharuskan kaum muslimin mengetahui ilmu bumi. Ibnu Abi Malikiah. Ahli tafsir lainnya adalah Mujahid yang wafat pada tahun 109 H dan ulama Syi'ah yaitu Muhammad Al-Baqir bin Ali bin Husain. Pelopor bacaan ini terdiri dari kaum Malawy yaitu antara lain : Abdulloh bin Katsir. yaitu ilmu-ilmu untuk memastikan bacaan Al-Qur'an. 3. mengharuskan mereka melakukan Rihlah Ilmiyah untuk menuntut ilmu. 69 H ). Abu Bakar bin Muhammad bin Ubaidillah bin Zihab Az-Zuhri ( W.

Beliau mendatangkan beberapa orang Romawi yang bermukim di Mesir. menggunakan akal dan sebagainya yang kesemuanya mendorong umat Islam. Penerjemahan ke dalam bahasa Arab dilakukan oleh Isthafun. berfikir. Pembukuan ilmu sejarah sudah dimulai dan berkembang pesat pada zaman Abbasiyah. Ilmu Bintang. yaitu tarikh bangsa-bangsa lain yang dipelajari dan disalin dengan sungguh-sungguh sejan zaman bani Umayyah. 3. GERAKAN SEJARAH Pada zaman bani Umayyah gerakan sejarah menghasilkan tarikh yang terbagi dalam dua bidang besar : • • Tarikh Islam. mislanya karanganm Qis Ahrun dalam bahasa Suryani yang disalin ke dalam bahasa Arab oleh Masajuwaihi. B. yaitu tarikh kaum muslimin dengan segala perjuangannya. Ilmu Kima.1. Hal ini karena kholifah mereka termasuk orang-orang yang paling gemar untuk mengetahui orang-orang ternama dari tarikh bangsa lain. terutama para ahlinya untuk berfikir mengenai segala sesuatu guna mendapatkan kebenaran dan kebijaksnaan. Ilmu kalam dalam perkembangannya menjadi ilmu khusus yang membahas tentang berbagai macam pola pemikiran yang berbeda dari ajaran Islam sendiri. Masih dalam masa Kholid bin Walid. Ilmu Kedokteran. Karena itu timbul dalam Islam pemikiran yang bersifat teologis untuk menolak ajaran-ajaran teologis dari agama Kristen yang kemudian disebut Ilmu Kalam. di antaranya Maryanis seorang pendeta yang mengajarkan ilmu kimia. Pemikiran teologis dari agama Kristen sudah berkembang lebih dulu sebelum datangnya Islam dan masuk ke lingkungan Islam secara sengaja untuk merusak akidah Islam. Demikian pesatnya sehingga mencapai jumlah 1:300 judul seperti yang diterangkan dalam kitab Kashfud Dhunun. 2. beliau sangat menggemari ilmu ini sehingga dikeluarkan sejumlah uang untuk mempelajari dan membeli alat-alatnya. . Penduduk Syam di jaman ini telah banyak menyalin bermacam ilmu ke dalam bahasa Arab seperti ilmu-ilmu kedokteran. Tarikh umum. C. Khalifah Yazid bin Yazid bin Mua'wiyah adalah yang menyuruh penerjemahannya ke dalam bahsa Arab. karena dalam Al-Qur'an terdapat banyak ayat yang memerintahkan untuk membaca. Karena gemarnya setiap akan pergi ke medan perang selalu dibawanya ahli ilmu bintang. GERAKAN FILSAFAT Gerakan filsafat muncul di akhir zaman bani Umayyah untuk melawan pemikiran Yahudi dan Nasrani. riwayat hidup pemimpin-pemimpin mereka. Sumber tarikh dalam bidang ini adalah dari amal perbuatan mereka sendiri.

W. Ia juga boleh digunakan atas tujuan sebagai pusat penyebaran dakwah.SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM ZAMAN KHUAFA AR-RASYIDIN Pendidikan Islam berasaskan keseimbangan dan integrasi antara roh. pengajaran dan pembentukan budi pekerti. dan jasad. pusat pentadbiran dan pendidikan. dan Syurahbil bin Hasanah ke Jordan menerusi perang Tabuk. Urwan bin Zubayr dan Salim bin Abdullah bin Umar. Aisyah dan Abdullah bin Umar.A. kurikulm yang diajar dan tenaga pengajar serta sumber. pembaharuan yang ditekankan ialah mengumpul ayat-ayat Al-Quran. Ia melibatkan proses pendidikan sepanjang hayat sebagaimana Nabi Muhammad S. perkataan-perkataan seperti tarbiyyah-ta’lim-ta’dib yang membawa pengertian pendidikan.A. Pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab pula. Hadis juga turut diriwayatkan oleh tokoh daripada golongan Tabi’in seperti Said bin Musayyab. Selain itu. Tokoh-tokoh hadis adalah seperti Abu Hurairah. akal. membayar jizyah dan berperang apabila dicabar. pada zaman Abu Bakar As-Siddiq. Utusan-utusan lain dihantar ke Palestin. Seterusnya. kepada para pengikutnya dapat diperpanjangkan kepada umat manusia yang lain dengan tujuan agar merekan dapat mengabdikan diri kepada Allah S.T. Ia juga dijadikan antara syarat sebelum berperang seperti memeluk Islam. kepingan batu dan lain-lain bahan penulisan.W pernah bersabda.A. Zaid bin Thabit telah diperintah untuk melaksanakan tugas ini kerana beliau pernah menjadi penulis wahyu pada zaman Nabi Muhammad S. Seterusnya. Dalam tradisi Islam.W. pembaharuan yang giat dilakukan adalah mempergiatkan usaha dakwah.W. Pendidikan selepas zaman Nabi Muhammad SAW telah mengalami beberapa perubahan dari segi kaedah atau cara pengajaran . Baginda turut menghantar guru seperti Zaid bin Abdullah bin Saad untuk mengajar AlQuran dan hadis di sekitar masjid Madinah. Pada zaman ini. ia adalah bertujuan memerangi golongan nabi palsu (ArRiddah). diketuai oleh Amr bin Al-As. Ayat-ayat Al-Quran diajar dengan cara hafalan pada zaman Nabi Muhammad S. Ayat-ayat Al-Quran ditulis semula diatas pelepah kurma. Ini adalah untuk menjadikan masjid bukan hanya tempat ibadat semata-mata. Usaha ini dilakukan apabila berlaku peperangan. Penyebaran hadis ini dilakukan agar setiap perkara yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S. pembaharuan yang dilakukan ialah penyebaran hadis iaitu melalui ucapan Nabi Muhammad S.A.W. tempat belajar. Tambahan pula. telah digunakan pakai semenjak zaman awal Islam lagi. Satu utusan telah dihantar ke Damsyik (Syam) bersama 7500 orang tentera. Menurut Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkam Al-Sultaniyah.A.”tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”. Pengajaran pendidikan yang digunakan adalah berdasarkan system halaqah dimana guru berada ditengah dan dikelilingi pelajarpelajarnya. Abu Bakar As-Siddiq juga selalu mengunjungi dan melawat ke masjid untuk berdakwah.W. menjadikan masjid sebagai institusi penyebara ilmu pengetahuan. Hal ini dilakukan kerana ramai tahfiz telah mati syahid semasa berperang. Perkembangan pendidikan Islam pada zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin bermula dengan zaman Abu Bakar As-Siddiq. perkembangannya dapat dilihat menerusi . tugas khalifah adalah untuk menegakkan agama dan mentadbir dunia.

Hal ini bertujuan untuk memudahkan urusan pentadbiran. Seterusnya. Secara tak langsung. Pengenalan kepada kalendar Islam juga adalah perkembangan yang dilakukan oleh Khalifah Umar sempena mengambil tarikh hijrah pada 17 hijrah bersamaan 16 julai 622 masihi. disamping mengekalkan bahasa ibunda suku kaum masing-masing. namun masing-masing telah memberikan sumbangan yang amat besar dalam pendidikan Islam. terdapat kelas-kelas bacaan Al-Quran diseluruh wilayah Islam. pendidikan zaman Khulafa Ar-Rasyidin merupakan kesinambungan perkembangan pendidikan zaman Rasulullah. beliau mengarahkan Zaid bin Thabit menyalin semula Al-Quran sebanyak enam kali. Al-Quran akhirnya dibukukan dan dipanggil Mashaf Uthmani dan digunapakai sehingga ke hari ini. Hal ini bertujuan untuk memantapkan akidah masing-masing. Pendidikan pada zaman ini adalah berpandukan Al-Quran dan Hadis. bersikap jujur dan berpandangan jauh. Khalifa Umar juga memerintahkan supaya ilmu nahu (tatabahasa) Arab disusun supaya mudah mempelajari bahasa arab. Pada zaman Khalifah Uthman bin Affan. Selain itu. . beliau menyambung pendidikan sedia ada dengan meriwayatkan hadis-hadis sebanyak 146 buah. Khalifah Ali dianggap pengasas ilmu nahu dan beliau mewujudkan dasar-dasar pendidikan.pembinaan madrasah dan perpustakaan. perubahan perkembangan yang dapat dilihat ialah pemerintah mewajibkan solat jumaat dan puasa di bulan ramadhan.A. sebagai seorang Khalifah yang mempunyai ilmu pengetahuan tinggi. ini menggambarkan kebijaksanaan Ali R. Ia adalah menempatkan pusat pengumpulan dan penyebaran ilmu pengetahuan. Pelantikan adalah mengikut majoriti dan sesiapa yang tidak bersetuju atau ingkar dianggap tidak mengikut hukum Islam. Pemimpin juga harus bersikap tegas dan adil dan rakyat harus menurut perintah pemimpin. Beliau juga menyusun semula kaedah pembelajaran dan pengajaran Islam mengiktu kesesuaian. Meskipun terdapat kekurangan peralatan. Beliau juga melantik guru untuk mengajar isi Al-Quran dan akidah. pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib berlaku perkembangan pendidikan seperti usaha pendidikan agama. Bahasa arab juga dijadikan bahasa rasmi diseluruh Negara dan jajahan takluknya. Antaranya ialah melantik pemimpin melalui Bai’ah yang diberikan oleh orang ramai. Ilmu tauhid dan kebudayaan disebar dengan meluas dan dapat menambah ilmu pengetahuan rakyat. Tambahan pula. Akibat terdapat percanggahan dalam tentera Islam mengenai pembacaan Al-Quran. Khalifah Umar mengirimkan guru-guru berpengalaman disetiap wilayah. Ia dapat memantapkan akal dan mempertinggikan nilai akhlak seseorang penuntut. Seterusnya. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan salah faham mengenai ibadah dan iman. Kota Basrah dijadikan sebagai pusat pengajian Islam begitu juga dengan di Kufah. Kesimpulannya. Menerusi pembelajaran bahasa arab.

Pendidikan pada masa itu tidaklah dijalankan secara formal dan sistematik dengan sistem silibus yang seragam. Sistem pondok. Ianya dipelopor oleh ulama yang mendapat pendidikan di Patani. Bilangan pelajar yang ramai dan datang dari beberapa tempat menyebabkan pondok-pondok kecil pula dibina berdekatan dengan rumah guru. (Penyeliaan Pendidikan Islam Sekolah Rendah. timbullah idea baru dengan membina surau berdekatan rumah guru. sistem pendidikan agama di Malaysia terbahagi kepada 4 tahap:a. surau dan rumah-rumah tok guru adalah menjadi tempat di mana ilmu agama ini diajar. Pendidikan pada awalnya ialah dengan pelajar datang ke rumah guru (Penyeliaan Pendidikan Islam Sekolah Rendah. b. Hikayat Abdullah Munshi pernah menulis. Ini bagi memudahkan pengajaran bagi pelajarpelajar yang datang dari luar daerah. 1992). Oleh sebab itu. 1992) • Sistem pondok Apabila bilangan pelajar makin bertambah. . 1992). • Sistem belajar di rumah guru Kehadiran Islam telah merubah sistem kehidupan masyarakat masa itu dari Hindu kepada Islam. Silibus adalah berasaskan kepada AlQuran. Didalam lapuran Penyeliaan Pendidikan Islam Sekolah Rendah (1992). (Kementerian Pendidikan Malaysia 1997). Geografi dan lain-lain. Sistem Madrasah d. Hisab. Pada awalnya. c. sesudah boleh membaca dan menulis barulah disuruh mengaji Ilmu Tauhid dan Fiqh. • Sistem Madrasah Apabila pendidikan ini semakin berkembang. Masjid. Islam diterima sebagai membawa perubahan sosiologi kanak-kanak Islam dalam keluarga Melayu. Jadi. madrasah ini adalah yang dibiayai oleh penduduk setempat (Penyeliaan Pendidikan Islam Sekolah Rendah. Pendidikan Agama Islam di Malaysia bermula sejak sekian lama dahulu. Sistem belajar di rumah guru. Dasar Pelajaran Kebangsaan. sistem madrasah pula dibentuk. Sunnah dan Hadith.SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA Perkembangan Sejarah Pendidikan Islam. tumpuannya lebih daripada sekadar kepada ibadah dan tauhid tetapi juga bahasa Arab. Pendidikan yang menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar diajar oleh mubaligh-mubaligh Arab yang berdagang di Tanah Melayu masa itu.

secara terhad dapat diterokai oleh akal melalui pemikiran sains dan teknologi. Mereka ini mendalami ilmu agama dengan begitu mendalam tetapi tidak mahir dengan sains dan teknologi. 1992) Sewaktu penjajahan Inggeris. 3. 2. dalam pembinaan sekolah Madrasah. Kurikulum asasnya adalah bersamaan dengan yang ditawarkan di sekolah menengah akademik biasa. 4. pengembangan sains tanpa mendapat bimbingan Ilahi akan membawa kepada perkembangan yang tidak bersesuaian dengan fitrah manusia dan pembangunan rohani yang sehingga . kebanyakkannya melanjutkan pelajaran ke Mesir terutama di Universiti Al-Azhar di Kaherah. Dasar Inggeris yang mengamalkan pendidikan vernakular. Bahasa Arab (lanjutan). Kursus yang wajib adalah bahasa Arab (komunikasi). DPK dibahagikan kepada: 1. Ibu-bapa banyak menghantar anak-anak ke sekolah kerajaan memandangkan peluang untuk mengikuti pendidikan yang lebih tinggi adalah lebih luas. sistem penjajahan Inggeris tidak melibatkan diri mereka dalam hal agama dan budaya Melayu. Sekolah agama oleh Majlis Agama. Melayu dan Arab. Walau bagaimanapun. Seperti contoh. Sekolah ini mempunyai tiga bahasa pengantar iaitu Inggeris. Pada masa itu. Pada tahun 1917.• Dasar Pendidikan Kebangsaan Madrasah telah lumpuh apabila Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) diperkenalkan.0 Islam dan Ilmu Sains Menurut Dr Hakimi Ibrahim. 3. Mereka yang mengikuti persekolahan di sekolah agama. Rahsia dan hikmah di alam fizikal ini sampai masa kini. Ini memandangkan Al-Azhar pada masa itu adalah merupakan gedung ilmu agama yang termasyhur. ilmu agama dipisahkan dari ilmu sains dan teknologi. Madrasah Muhammadiah telah dibina di Kelantan hasil usaha rakyat tempatan sendiri tanpa campurtangan Inggeris. adalah kebanyakkannya mereka yang mendapat pendidikan Inggeris di tanah air dan dari golongan bangsawan (Chelliah 1960) Fenomena lampau ini memberikan kesan sejagat kepada masyarakat sekarang dalam melihat adakah arus teknologi berkembang bersama dengan unsur-unsur kerohanian Islam itu sendiri. Kelompok yang menuntut di negaranegara barat pula. Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah dan Pendidikan Syari'ah. Sekolah Agama dibawah Kementerian Pendidikan (SMKA) (Sumber: Penyeliaan Pendidikan Islam Sekolah Rendah. Allah menjadikan alam semesta ini penuh dengan peraturan dan hukumnya yang tersendiri. Sekolah agama dan madrasah rakyat yang didirikan oleh rakyat dan ditadbir sendiri. memisahkan lagi pendidikan agama dengan pendidikan yang lain. Sekolah agama oleh kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri. Tasawwur. DPK diperkenalkan melalui Penyata Pelajaran Razak 1956 dan Penyata Pelajaran Abdul Rahman Talib 1960. (Chelliah 1960 ).

1996 Pendidikan Islam adalah antara elemen penting kearah pembentukan diri insan tersebut. kemahiran. pelajar aliran agama seharusnya seiring bergerak dengan aliran-aliran yang lain. Konsep pembangunan jasmani.mengabaikan sains dan teknologi juga akan membawa kepada kehancuran (Berita Harian. Sumber: Lapuran Tahunan Pendidikan Kemnterian Pendidikan Malaysia. Sains boleh membawa kecelaan apabila melahirkan kesan-kesan sosial yang tidak diingini. insaniah dan kerohanian. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Bilangan Sekolah 100 141 2 31 . perangkaan pendidikan menunjukkan jumlah sekolah agama seperti berikut:Jenis Sekolah SM (A) Negeri SM (A) Rakyat SM (Arab) Negeri SM (Arab) Rakyat Perangkaan Pendidikan 1995. apabila membawa kekaburan yang merenggangkan manusia dengan yang lain. 10 Julai 1998) . peribadi dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang bertanggungjawab untuk membangunkan diri. emosi rohani dan intelektual sering dipertekankan. Ini adalah selari dengan Falsafah Pendidikan Islam iaitu:"Menyampaikan ilmu. apabila ianya membawa kepada kekeliruan bukan pengetahuan. Tidak dinafikan perubahan pesat dalam pendidikan negara melalui reformasi pendidikan. Ini adalah kerana sains dalam Islam adalah menyatukan sains yang objektif ke dalam pandangan hidup Islam. masyarakat dan negara kearah kebaikkan dunia dan akhirat". telah memberikan impak yang besar kepada cara hidup masyarakat. Menurut Ziauddin Sardar (1981). Sehingga 1995. Jadi. Islam bukan sahaja menghasilkan ahli-ahli sains yang terkemuka tetapi juga membentuk satu bentuk sains yang tersendiri. kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan Sunnah bagi membentuk sikap. Falsafah Pendidikan Negara amat menekankan dalam melahirkan insan yang mempunyai unsur nilai.

calon mestilah sekurang-kurangnya mendapat kepujian bagi enam matapelajaran termasuk Bahasa Melayu dan dua subjek elektif. . Ini memberikan peluang pelajar mengambil bidang agama dan bidang lain mengikut pilihan. Sistem ini melahirkan empat kelompok besar yang lain iaitu dari jurusan sains. Madya Dr Muhammad Nur Manuty (Berita Harian. sastera dan teknik.1 Peringkat Sekolah Lapuran Tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan sistem persekolahan di Malaysia dipisahkan mengikut 3 kelompok utama: 1. Sekolah Teknik dan Vokasional. Menurut Mohd Fauzi Mustaffa Al-Besuty (Jun. Kimia dan Biologi. 1997) pengintegrasi mata pelajaran agama dengan matapelajaran lain adalah perlu dalam merapatkan jurang antara pelajar aliran agama dan pelajar sains yang sekaligus dapat melahirkan bakal ulama dan kelompok profesional. jika matapelajaran . Mei 20. kerajaan bercadang untuk memperluaskan aliran agama disemua sekolah menengah kebangsaan. Sekolah Kebangsaan Agama. Calon SPM. Ini berikutan pandangan Presiden ABIM. kerajaan cuba memperkenalkan matapelajaran ini di SKA. Enam matapelajaran teras termasuklah Pendidikan Islam dan empat matapelajaran elektif. Universiti Islam Antarabangsa dan Kolej Agama Sultan Zainal Abidin ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan lebih ramai ulama intelek yang profesional dan progresif. Sekolah Jenis Kebangsaan) 2. polisi baru yang menetapkan 60% kemasukkan pelajar dalam bidang sains ke IPT boleh menyebabkan pelajar aliran agama akan tercicir sungguhpun mendapat keputusan yang baik. agama. Beliau juga menyatakan bahawa. Prof. Sehinggalah sekarang. matapelajaran Pendidikan Islam bukanlah menjadi matapelajaran yang banyak membantu dalam kriteria pemilihan untuk ke IPT jika pelajar ingin mengikuti jurusan sains dan teknologi. mengambil sekurang-kurangnya lapan matapelajaran dan tidak melebihi sepuluh.syariat dan sebagainya. • Matapelajaran Sains di Sekolah Kebangsaan Agama Sekolah Kebangsaan Agama (SKA) ditubuhkan bertujuan untuk membina individu yang berjaya dengan nilai-nilai yang seimbang antara rohani dan pengetahuan intelek. Pelajar akan mengambil matapelajaran bahasa Arab sebagai teras dan elektif lain seperti Tasawwur. Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya.5. 23 Jun 1997) bahawa pelajar agama tidak dibenarkan mengambil jurusan sains dan sains sosial memandangkan mereka tidak mempunyai komponen mata pelajaran Sains yang melayakkan mereka ke IPT. (Berita Harian.1998). Di peringkat sekolah. Bagi mendapat pangkat 1. 3. Ini supaya dapat melahirkan individu yang dapat mengintegrasikan pengetahuan dalam Islam dengan bidang-bidang lain seperti sains dan teknologi. • Aliran agama di sekolah biasa Sistem pendidikan aliran agama telah diperluaskan lagi. Sekolah Harian (Sekolah Kebangsaan.Namun begitu. SKA menitik beratkan ilmu kerohanian dan kurang penekanan pendedahan kepada ilmu sains seperti Fizik. Persoalanya.

1997). Dalam satu kajian "Pengajaran Pendidikan Agama Islam di sekolah rendah di Semenanjung Malaysia" (1989). sekolah menengah agama juga dicadangkan untuk diperkenalkan dengan aliran teknik dan vokasional. 1992). • Tenaga Pendidik Didalam Seminar Kebangsaan Kurikulum Pendidikan Islam.ini menjadi pilihan pelajar ianya tidak membantu pemilihan ke IPT kelak bagi mengikuti jurusan sains dan teknologi. mengadakan latihan amali dalam aspek ibadah dan pemulihan. didapati guru-guru pendidikan Agama Islam lemah dalam kemahiran menulis dan bertutur dalam bahasa Arab. 1997). 5. • Pendidikan teknik di sekolah agama Berikutan dengan pengenalan aliran teknikal. satu resolusi mendesak supaya Jabatan Pendidikan Islam dan Moral mengadakan garis panduan untuk mewujudkan pula guru pakar dalam bidang pendidikan Islam. (Kementerian Pendidikan Malaysia. Perkara ini seharusnya dipandang serius kerana kualiti pengajaran akan menjadi persoalan yang perlu dijawab. Menurut Perangkaan Pendidikan 1995.2 Peringkat Tinggi . Ini bagi memperbaiki kelemahan dan kekurangan dalam meningkatkan kualiti guru pendidikan Islam. Juga. Mei 19. Langkah ini adalah bijak dalam memberi pendedahan teknikal kepada pelajar agama diperingkat sekolah lagi. Lebih dari 90% guruguru jarang melatih murid-murid merujuk buku-buku agama di perpustakaan atau sumbersumber lain. (Berita Harian. Ini seharusnya diambil perhatian memandangkan guru adalah merupakan nadi kepada pendidikan. 50% sahaja guru yang menyediakan sendiri alat bantuan mengajar. bilangan guru disekolah agama seperti berikut: Jenis Sekolah SM (A) Negeri SM (A) Rakyat SM (Arab) Negeri SM (Arab) Rakyat Guru Terlatih 1530 231 21 60 Guru Tidak Terlatih 1592 2456 18 403 Perangkaan tersebut menunjukkan jumlah yang tinggi dikalangan guru tidak terlatih. dicadangkan supaya maktab perguruan dan Jabatan Pendidikan IPT menubuhkan Jabatan Perkaedahan Pendidikan Islam dalam melahirkan dan melatih guru. Di dalam resolusi utama Seminar Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan telah dicadangkan matapelajaran Lukisan Teknik Kejuruteraan ditawarkan di SMKA begitu juga matapelajaran elektif teknik dan vokasional (Penyeliaan Pendidikan Islam Sekolah Rendah.

Peluang mereka untuk memasuki jurusan sains dan teknologi adalah tipis jika tidak memiliki asas dalam matapelajaran sains diperingkat sekolah. Di dalam Seminar Kebangsaan Kurikulum Pendidikan Islam satu resolusi telah diambil iaitu: . 1995) 7. keperibadian akhlak pelajar aliran agama juga adalah baik. Jika sebelum ini. pelajar aliran agama yang berminat diketepikan. Penumpuan mereka akan hanya untuk meneruskan pengajian dalam bidang agama kerana mata pelajaran agama yang diambil tidak lagi menjadi kriteria pemilihan ke IPT bagi jurusan sains. (Watan. pendidikan guru dan strategi pengajaran akan dilaksanakan untuk memberi pendekatan baru terhadap pendidikan Islam (Rang Undang-Undang Pendidikan. Malaysia. 23 Jun 1997). Atas kesedaran ini.0 Cadangan • Refomasi Kurikulum Pendidikan Islam Banyak perubahan yang perlu dilakukan dalam usaha untuk merealisasikan cita-cita untuk melahirkan lebih ramai lagi teknokrat Islam. Dalam pada itu perancangan penubuhan Universiti Teknologi Islam (UNITI) sebagai satu universiti swasta telah mendapat perhatian ramai.0 Arah Masa Depan Aliran Agama Tidak dinafikan pencapaian akademik pelajar aliran agama adalah sungguh memberangsangkan. 6. Ianya juga menuntut kepada pengislaman ilmu dalam matapelajaran bukan agama. 1996). Pelajar aliran agama dikelompokkan dalam jurusan agama dengan terpaksa bersaing dengan pelajar aliran sastera untuk ke IPT. Ini disebabkan syarat ke IPT tempatan terhad kepada aliran sains sahaja. Ianya penting dalam memberikan tasawur yang betul untuk menghasilkan golongan profesional Islam seperti jurutera. ianya hanya diwajibkan disekolah kerajaan dan bantuan kerajaan apabila terdapat 15 atau lebih pelajar Islam. Subseksyen 18(2) pula menjadikan Pendidikan Islam sebagai matapelajaran teras. Ini sudah menampakkan fenomena lalu berulang lagi dimana negara masih gagal untuk melahirkan golongan teknokrat Islam meintegrasikan sains dan agama dalam pendidikan. Adakah negara sudah bersedia dengan generasi yang menguasai kedua-dua bidang ini. tahun 2020 mengundang pembangunan negara Malaysia berasaskan teknologi mengikut acuan budaya tersendiri. yang bercita-cita untuk menjadi pusat ilmu serantau seharusnya melakukan reformasi dalam pendidikan Islam. (Berita Harian. Usaha ini dapat membentuk golongan profesional yang bukan sahaja mahir dalam bidang teknologi dan sains tetapi juga mempunyai pegangan yang kuat dalam agama. Namun begitu. Disamping itu juga.Timbul persoalan sekarang ini ialah masalah penempatan pelajar aliran agama di IPT. Rang Undang-Undang 1995 membincangkan isu pendidikan Islam yang mana ianya akan diperluaskan disemua kategori sekolah termasuk sekolah swasta. akauntan dan doktor mengikut acuan Islam. Julai 18. (Berita Harian. Resolusi Seminar Pendidikan Islam Kebangsaan 1995 telah dibuat berhubung dengan penyusunan semula kurikulum. Mac 1997). UNITI memberikan peluang kepada pelajar jurusan agama untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan.

Pendedahan ini perlu agar tidak wujud fobia hingga boleh membawakan istilah sekularisme dalam pendidikan difikiran pelajar. Kesedaran sains diperingkat sekolah rendah dengan penggunaan sistem pendidikan adalah mesti dijalankan dengan lebih sistematik dan terperinci. 1981). Ini dapat dilihat melalui pembahagian antara dua bahagian penting iaitu ‘kehidupan’ dan ‘keagamaan’. Datuk Khalid Yunus (Berita Harian 30 Mac 1998) ianya adalah untuk memberikan peluang yang sama kepada pelajar aliran agama ke IPT. Tindakan adalah wajar bagi Kementerian Pendidikan menyuntik aliran sains dan teknikal ke sekolah agama. • Suntikan matapelajaran sains Jadi. Pensyarah Jabatan Asas Pendidikan UKM (Utusan Malaysia. kurikulum sains dalam pendidikan Islam tidak menjadi isu yang diambilkira dalam resolusi tersebut memandangkan ianya sudah lengkap. 27 Jun 1997) akan berlaku kejutan kurikulum dikalangan pelajar sekolah agama apabila menjejakkan kaki ke universiti sebagai pelajar sains. apakah rasionalnya Kementerian Pendidikan memperkenalkan matapelajaran pendidikan teknik (Lukisan Kujuruteraan) di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. . (Ziauddin Sardar. Pegawai Penyelidik IKIM. memahami dan menghayati pengajaran surah-surah. 10 Julai 1998). kesepaduan dan penilaian" (Utusan Malaysia 27 Jun 1997) Jika diamati resolusi tersebut. Jadi. menyakini asas keimanan. Ini tidak diterima oleh Islam dengan membahagikan agama dengan sains dan teknologi. langkah-langkah yang perlu diberikan perhatian serius dalam melahirkan lebih ramai teknokrat Islam di masa hadapan antaranya: a) Penekanan aliran sains diseimbangkan dengan aliran sastera. Kurikulum Pendidikan Islam dahulu terikat kepada membaca Al-Quran. Jika ini berlaku menurut Datin Dr. terutama aspek perkaedahan. jika semua kehendak dan ketetapan dipatuhi. menghafaz. Kurikulum Pendidikan Islam yang sedia ada sudah lengkap dan mampu menanggani masalah masyarakat kini. • Mengintegrasikan sains dan agama Sistem Pendidikan di negara Islam menggunakan andaian asas dari sistem pendidikan barat. 27 Jun 1997)."Berdasarkan kehendak masa kini. Jika diperhatikan. Hakimi Ibrahim. Sememangnya Islam tidak pernah manafikan pembangunan sains dan teknologi asalkan pembangunan itu bertempat dan membawa manafaat (Dr. aliran agama di sekolah biasa dan matapelajaran sains di sekolah agama? Menurut Timbalan Menteri Pendidikan. tidak salahnya mengubah falsafah pendidikan agama kerana bukannya mengubah falsafah agama kerana pelajar telah didedahkan dengan matapelajaran sains dan teknikal sejak dibangku sekolah lagi (Utusan Malaysia. Menurut Mohd Fauzi Mustaffa. mengamalkan asas Fardu Ain dan mengamalkan akhlak Islamiah. Rohaty Mohd Majzub.

. f) Kekurangan kemudahan asas dan peralatan dalam proses pembelajaran.kebanyakkan cadangan untuk mengajar sains dan teknologi kepada orang awam adalah dengan bahasa Inggeris. (Ziauddin Sardar. 1981 m. kursus.b) Kelemahan tenaga pengajar perlulah diperbaiki melalui latihan khas. c) Kelemahan pelajar aliran agama dalam penguasaan bahasa Arab dan Inggeris.s 228) e) Kelemahan kurikulum pendidikan agama yang tidak menekankan aspek sains dan teknologi. program dan lain-lain.

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ZAMAN ABBASIYAH Published by PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMKDHTK under NOTA TINGKATAN 5 on 10:09 AM 1. Kretiviti para ulamak b. Islan menggalakkan umatnya sepaya mengkaji alam sekitar h. disebabkan di zaman bani umaiyah banyak pemberontakan dari puak syiah khususnya yang perlu ditangani b. Untuk itu perhatian diberikan kepada pendidikan dan ekonomi. Hubungan diplomatik antara kerajaan abbasiyah dengan negara luar i. Aktiviti penterjemahan pelbagai ilmu d. Kedudukan baghdad yang menjadi pusat keilmuan dan perdagangan antara bangsa 3. Istana khalifah · khalifah telah menjadikan istana sebagai tempat untuk para ulamak bermuzakarah dan menyampaikan ilmu pengetahuan c. Menyenaraikan faktor utama perkembangan ilmu pengetahuan pada zaman abbasiyah a. Berbanding negara islam di zaman abbasiyah yang sudah kukuh dan telah menguasai dua pertiga dunia. Masjid · masjid memainkan peranan sebagai tempat ibadat dan pusat penyebaran ilmu pengetahuan · masjid dipenuhi dengan halqah ilmu pengetahuan b. Dasar kerajaan abbasiyah yang memberi keutamaan kepada ilmu pengetahuan f. Menerangkan perkembangan pendidikan pada zaman abbasiyah a. Perpustakaan . Perkembangan pendidikan di zaman ini lebih pesat berbanding di zaman bani umaiyah. Kewujudan prasarana pendidikan yang baik g. Kestabilan polotik dan kewangan kerajaan abbasaiyah e. Menjelaskan institusi pendidikan pada zaman abbasiyah a. 2. Usaha dan galakan para khalifah c.

menteri dan orang kaya diatas tanah milik kerajaan.· Perpustakaan yang terulung ketika itu ialah baitul hikmah di baghdad yang dibina oleh khalifah harun ar-rasyid · Terdapat pelbagai karya sarjana tempatan dan karya terjemahan dariapda bahasa parsi. wakaf dan persendirian · Pusat pengajian yang terkenal ialah al-madrasah an-nizamiyah · Sumber kewangan kebanyakan pusat penagjian ketika itu diambil daripada hasil tanah-tanah waqaf atau perbendaharaan negara 4. Ilmu hadis ¨ Zaman abbasiyah adalah zaman kegemilangan pengumpulan dan penyusunan hadis . Menganalisis bidang-bidang ilmu yang diterokai pada zaman abbasiyah a. Ilmu tafsir ¨ Pada awalnya wujud dalam keadaan tidak tersusun ¨ Mula disusun mengikut susunan surah oleh yahya bin ziyad al-farra' dan diperbaharui oleh at-tabari ii. cina dan india · Khalifah al-makmun mengambil inisiatif membawa masik khazanah karyakarya yunani yang diambil dari pulau cyprus dan istambul · Peranan baitul hikmah ketika itu ialah sebagai. yunani. Pusat pengajian · Banyak pusat pengajian dibina oleh khalifah. o Pusat pertemuan para sarjana o Pusat penterjemahan o Pusat sumber o Pusat penyelidikan ilmiah o Pusat latihan para ilmuan · Terdapat juga perpustakaan lain yang terkenal di kaherah iaitu darul hikmah d. Ilmu berteraskan wahyu i.

ilmu falak ¨ penemuan baru di zaman ini. imam malik. Beliau merantau ke india untuk mempelajari ilmu matematik dan menghasilkan buku "integration and equations". menjelaskan sistem geologi bumi serta pengaruh bulan dan matahari terhadap pertukaran musim d. Ilmu berteraskan akal i. mencipta alat pengukur sudut yang dikenali sebagai astrolabe . muslim. membuat jadual pergerekan bulan dan bintang c. ilmu matematik ¨ muncul beberapa formula baru matematik seperti trigonometry. a. Mahir juga dalam ilmu falak dan geografi ii. Ilmu tauhid ¨ Perkembangan ilmu falsafah memberikan kesan sampingan buruk terhadap akidah umat islam ¨ Terdapat umat islam pada masa itu menganggap falsafah yunani sebagai rujukan utama dalam menyelesaikan masalah akidah ¨ Muncul ulamak-ulamak terkenal seperti abu hasan al-a'sya'ri yang berjuang memurnikan semula akidah umat islam daripada pengaruh falsafah yunani yang menyesatkan b.¨ Muncul pakar-pakar hadis terkenal seperti al-bukhari. abu daud. Ilmu fekah ¨ Di zaman ini muncul tokoh-tokoh ulamak muktabar yang mengasaskan mazhab-mazhab fikah seperti imam abu hanifah. an-nasai dan ibnu majah iii. imam malik. imam syafi'e dan imam ahmad bin hanbal iv. at-tirmizi. geometry dan logarithm ¨ di zaman ini diperkenalkan sistem angka dalam abjad arab ¨ diperkenalkan juga bilangan kosong ( 0 ) dalam sistem angka ¨ tokoh terkenal ialah al-khawarizmi. algebra. mengukur jarak antara bumi dengan matahari b.

¨ tokoh terkenal ialah al-butani iii. teori penghasilan alkohol d. ilmu fizik ¨ fizik merupakan salah satu cabang ilmu sains yang dikuasai oleh umat islam di zaman ini ¨ pencapaian ilmu fizik di zaman ini. geografi ¨ penemuan baru a. teori penghasilan petroleum c. dan asid hidroklorik b. daya graviti. a. a. menjelaskan kesan kuman dalam penyakit . dan pantulan cahaya b. memberi ukuran yan tepat tentang keluasan permukaan bumi b. asid sulfurik. mencipta cermin mata v. membaiki proses pembuatan kaca iv. menyukat kelajuan bunyi dan cahaya d. penemuan asid galian seperti asid nitrik. mencipta pergerakan jirim. menghasilkan peta dunia pertama dalam bentuk glob vi. ilmu perubatan ¨ hubungan orang arab dengan orang rom dan farsi telah memberi peluang kepada mereka untuk mendalami ilmu perubatan ¨ pencapaian ilmu perubatan di zaman ini a. menjelaskan tentang lapisan mata serta proses penglihatan c. ilmu kimia ¨ umat islam di zaman ini telah berjaya membetulkan beberapa teori kimia yang penting dan mengasskan fakta-fakta kimia berdasarkan uji kaji ¨ penemuan.

menjelaskan teori jangkitan virus seperti TB c.b. mencipta ubat untuk pelbagai penyakit kronik e. cacar dan penyakit jiwa d. menemui pelbagai jenis penyakit seperti rubella. 5. ubat bius dan benag yang khusus untuk menjahit luka pembedahan. alahan. Merumus kepentingan ilmu serta kesannya dalam membina tamadun . mencipta picagari.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->